You are on page 1of 106

BAB I

PENGENALAN KAJIAN

1.1

PERNYATAAN MASALAH

Sejarah menunjukkan sungai dan persekitarannya sejak dulu lagi amat


penting di dalam kehidupan manusia dari segi sosial dan ekonomi. Sungai juga
berperanan dalam kemudahan perhubungan yang menyebabkan banyak penempatan
masyarakat tertumpu di sepanjang sungai contohnya di Kuantan, Temerloh, Lipis
dan lain-lain bandar utama di Malaysia.

Sungai dan persekitarannya adalah harta yang tidak ternilai yang perlu
dijaga dan dilindungi bersama agar tidak terus dieksploitasi secara berlebihan dan
tanpa kawalan yang akhirnya akan membawa kepada kemusnahan persekitaran dan
pencemaran air yang terlalu mahal dan sukar untuk dipulihkan kembali. Sungai
juga merupakan kawasan semulajadi terakhir bagi penghuni-penghuni di dalam
sebuah kota yang padat dengan infrastrukturnya untuk menikmati ketenangan dan
keindahan pemandangan serta menjalankan kegiatan rekreasi dan sosial yang sihat.

2
Sungai dan persekitarannya adalah ekosistem yang mengandungi pelbagai
spesies binatang dan tumbuh-tumbuhan yang menghidupkan sesebuah kotaraya.
Negara-negara maju seperti Jepun pada masa ini sedang berusaha memulihkan
kembali persekitaran sungai-sungai mereka supaya masyarakat dapat lari dari
hutan konkrit yang mati ketika kelapangan.

Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang


bertambah serius dari semasa ke semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi
suatu kaedah penyelesaian yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini.
Apa yang menyedihkan, pencemaran bukan sahaja dialami oleh sungai-sungai di
kawasan bandar, malah sungai-sungai luar bandar juga turut dilanda masalah ini.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menakrifkan pencemaran sebagai apaapa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat fizikal, haba, kimia atau
biologi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan
atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah,
menyebabkan suatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,
keselamatan dan kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan liar, ikan
atau hidupan dalam air atau kepada tumbuhan atau menyebabkan suatu
pelanggaran terhadap apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu
lesen yang dikeluarkan dibawah akta ini.

Menurut Kamus ZaBa, edisi pertama (2000) teknologi membawa maksud


pengetahuan tentang kaedah dan cara sistematik dalam pembuatan barang dan
perlaksanaan sesuatu kerja. Pemuliharaan pula bermaksud pemeliharaan, manakala
sungai bermaksud tali air semulajadi. Seterusnya, tercemar bermaksud dicemarkan
atau dikotorkan dan akhir sekali pengawasan membawa maksud perihal perbuatan
mengawasi, penjagaan dan pemeriksaan.

3
Secara keseluruhannya tajuk projek ini iaitu Teknologi Pemuliharaan
Sungai Tercemar serta Pengawasannya bermaksud kaedah atau cara sistematik
dalam pemeliharaan atau memulihkan semula tali air semulajadi yang telah
dicemarkan oleh bahan-bahan pencemaran sama ada secara langsung atau tidak
langsung serta penjagaannya.

Mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), daripada 120 lembangan


sungai yang dipantau pada tahun 1999, sebanyak 13 tercemar, 75 sederhana
tercemar manakala 32 masih bersih. Sungai tercemar boleh dibersihkan seperti
yang dilakukan oleh beberapa negara dengan membabitkan tindakan bersepadu
dan menyeluruh pada pelbagai peringkat. Sungai yang bersih bukan saja
memastikan fauna dan flora dapat hidup, malah boleh dijadikan tempat orang
ramai menjalankan kegiatan harian dan berekreasi. Di kebanyakan negara, sungai
dijadikan tarikan pelancongan utama kerana keindahan dan keunikannya.

Projek ini ditulis untuk mengenal pasti teknologi-teknologi yang digunakan


untuk memulihara sungai serta pengawasan yang dilakukan selepas sungai tersebut
telah dibersihkan.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian adalah seperti berikut:


I.

Mengkaji punca-punca utama pencemaran sungai yang berlaku di Malaysia.

4
II.

Mengenal pasti teknologi pemuliharaan sungai tercemar yang dipraktikkan


di luar negara yang mungkin boleh diaplikasikan di Malaysia.

III.

Mengkaji kaedah pengawasan yang dipraktikkan bagi meningkatkan kualiti


air sungai yang telah dipulihkan semula.

1.3

SKOP KAJIAN

Kajian untuk Projek Sarjana Muda ini akan menumpukan perhatian kepada
kajian literatur mengenai teknologi terkini yang dipraktikkan di luar negara bagi
memulihkan semula sungai yang telah tercemar. Kajian ini juga akan meninjau
sejauh manakah teknologi ini boleh dipraktikkan di Malaysia. Skop kajian Projek
Sarjana Muda ini adalah seperti berikut:
I.
II.
III.

Kajian literatur mengenai punca-punca pencemaran sungai.


Kajian literatur mengenai akta-akta yang mengawal pencemaran sungai.
Meninjau teknologi terkini yang boleh digunakan untuk memulihara sungai
tercemar.

IV.

Meninjau cara-cara pengawasan sungai tercemar yang telah dibersihkan.

5
1.4

KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian Projek Sarjana Muda ini adalah seperti berikut:


I.
II.

Dapat mengenalpasti punca-punca pencemaran sungai serta mengawalnya.


Dapat mengaplikasikan teknologi pemuliharaan sungai di sungai-sungai
yang tercemar di Malaysia.

III.

Dapat mengaplikasikan kaedah pengawasan sungai yang telah dipulihara


bagi mengekalkan kualiti sungai tersebut.

BAB II

KAJIAN LITERATUR.

2.1

PENGENALAN

Pencemaran sungai bukanlah satu masalah yang baru bagi hampir


keseluruhan negara di dunia ini. Pencemaran sungai sebenarnya bermula pada
zaman revolusi industri iaitu pada kurun ke-19. Revolusi industri di Britain telah
mengubah cara hidup masyarakat secara dramatik dan juga menyebabkan
perubahan mendadak dalam kualiti sungai.

Terdapat dua faktor yang membawa kepada masalah pencemaran sungai.


Faktor yang pertama adalah peningkatan dalam populasi manusia dan yang kedua
adalah migrasi yang berlaku akibat kewujudan kilang-kilang serta pertumbuhan
bandar dan pekan. Kebanyakkan kilang adalah bertumpu di bandar. Ini
menyebabkan penduduk di luar bandar bermigrasi ke bandar.

Kebanyakkan kilang-kilang ini merupakan kilang pembuatan seperti


pembuatan kain, kertas dan kulit. Oleh yang demikian, kilang-kilang ini akan

7
memerlukan air dalam kuantiti yang banyak untuk kerja pembasuhan dan untuk
kuasa. Bagi tujuan ini, kilang-kilang ini dibina di tepi sungai. Sungai-sungai ini
bukan sahaja berfungsi untuk membekalkan air bagi kegunaan kilang tersebut
malah sungai ini juga berfungsi sebagai pengangkut sisa-sisa kilang tersebut.

Bagi menaikkan taraf sistem sanitasi di bandar-bandar, pembetung dibina


untuk mengangkut najis manusia yang sebelum ini ditanam. Akibat pertambahan
populasi yang mendadak pada zaman revolusi industri, jurutera air (water
engineer) yang membina sistem pembentung telah memperkenalkan pengklorinan
bekalan air. Ini secara tidak langsung telah menghentikan penyebaran penyakit
secara berkesan berbanding dengan pencegahan penyakit secara perubatan.

Namun demikian, rawatan air pada waktu itu adalah dalam keadaan yang
agak minima, dan kebanyakkan sisa disalurkan secara terus ke sungai dimana sisa
tersebut bercampur dengan effluen dari kilang-kilang dan mencemarkan sungai
tersebut.

Akibat pencemaran yang semakin meluas pada waktu itu, kerajaan telah
mengambil keputusan untuk mengawal pencemaran sungai. Dengan demikian, dua
persidangan penting telah diadakan pada tahun 1865 dan 1868. Hasil persidangan
ini telah melahirkan satu akta iaitu Akta Pengawalan Pencemaran Sungai, 1876
(River Pollution Prevention Act, 1876). Akta ini memberi kuasa kepada pihak
berkuasa tempatan berkenaan dengan pelupusan sisa kilang serta rawatan effluen
sebelum dilepaskan ke dalam sungai.

Sungguhpun beberapa akta yang mengawal tahap pencemaran sungai telah


ditubuhkan sejak zaman dahulu lagi, namun sehingga hari ini pencemaran sungai

8
masih lagi berleluasa. Malah banyak lagi akta yang telah diwujudkan bagi
memulihara sungai-sungai di muka bumi ini.

Tidak kira sebanyak mana akta atau teknologi yang diwujudkan atau
dicipta, pencemaran sungai ini hanya boleh diatasi apabila setiap manusia sedar
akan kepentingan sungai. Kesedaran inilah yang merupakan teknologi utama yang
boleh memulihara sungai berbanding dengan teknologi sains yang lain.

2.2

FUNGSI SUNGAI.

Manusia memerlukan sungai sebagai sumber yang air utama dalam


menjalani aktiviti harian. Antara aktiviti harian manusia yang berkaitan dengan
sungai adalah kegunaan domestik, perindustrian, pertanian, pengangkutan, sumber
perikanan dan sumber tenaga hidroelektrik. Di samping itu, sungai juga berfungsi
sebagai sempadan pemisahan antara sesuatu daerah ataupun negeri.

2.2.1

Kegunaan Domestik.

Air sungai digunakan untuk mandi, memasak makanan, membasuh pakaian


dan juga untuk minum. Tidak dinafikan bahawa dari dulu lagi sungai dijadikan
sebagai sumber bekalan air sehingggalah ke hari ini. Jabatan Kerja Raya (JKR)
iaitu jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk membekalkan air melalui

9
cawangan JKR, juga menggunakan sungai sebagai sumber bekalan air. Begitu
juga dengan syarikat swasta yang membekalkan air termasuklah Syarikat Air
Johor Sdn Bhd bagi Negeri Johor dan syarikat-syarikat swasta lain yang
membekalkan air. Air bagi kegunaan seharian di rumah-rumah, pejabat, hospital
dan sebagainya yang dibekalkan adalah air yang telah melalui beberapa proses
untuk memastikan air yang dibekalkan adalah bersih.

2.2.2

Perindustrian.

Dewasa ini, perindustrian merupakan salah satu daripada aktiviti manusia


yang paling penting. Aktiviti perindustrian ini bukan sahaja merupakan peluang
pekerjaan yang utama negara, malah ia juga menyumbang kepada ekonomi
negara. Dalam perindustrian, air digunakan untuk menyejukkan jentera-jentera.
Antara industri yang banyak menggunakan air adalah industri membuat minuman,
industri memproses getah, industri membuat kertas, industri kimia dan industri
tekstil. Air merupakan bahan utama untuk membuat minuman di kilang membuat
minuman. Seterusnya di kilang getah pula, air digunakan untuk membersihkan
getah beku dan lantai. Manakala di industri kertas pula, air digunakan untuk
merendam palpa, kain buruk dan sisa-sisa kertas.

2.2.3 Pertanian.

Walaupun pertanian tidak lagi merupakan sumber pendapatan utama


penduduk Malaysia pada masa kini, tetapi air sungai masih lagi diperlukan untuk
mengairi tanaman contohnya sawah padi. Dengan adanya teknologi moden pada

10
masa kini, penanaman padi dilakukan lebih dari sekali dalam masa setahun
berbanding dengan sebelum ini di mana padi hanya ditanam dua kali dalam
setahun. Oleh yang demikian, sistem pengairan yang lebih baik diperlukan untuk
mengairi sawah padi sepanjang tahun.

2.2.4 Pengangkutan.

Sungai merupakan satu-satunya sistem pengangkutan yang terpenting pada


suatu ketika dahulu. Jadi tidak hairanlah bandar-bandar besar sekarang banyak
dibangunkan di tebing-tebing sungai utama. Pada masa kini, sungai tidak lagi
menjadi laluan utama manusia. Namun demikian, di kawasan pedalaman seperti di
Sabah dan Sarawak, sungai masih dijadikan jalam pengangkutan utama.

2.2.5

Sumber Perikanan.

Perikanan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di Malaysia. Kawasan


utama bagi kegiatan perikanan ialah di persisiran Pantai Laut China Selatan, Selat
Melaka dan sungai-sungai utama di setiap negeri di Malaysia. Bagi nelayannelayan kecil, sungai adalah tempat mereka mencari rezeki untuk menampung
kehidupan mereka selain melakukan kerja-kerja lain. Manakala bagi nelayan yang
bergantung hidup sepenuhnya kepada aktiviti perikanan selalunya tinggal di
persisiran pantai-pantai di Malaysia.

11
2.2.6

Sumber Tenaga Hidroelektrik.

Tenaga elektrik juga adalah sumber tenaga yang terpenting dalam abad ini.
Ini adalah kerana semua operasi ke atas aktiviti seharian manusia memerlukan
tenaga elektrik sebagai daya pengggerak utama. Antara kaedah yang digunakan
untuk menjanakan tenaga elektrik adalah menggunakan air. Air sungai di
empangan yang dibina akan memutarkan alat penjana yang seterusnya
menghasilkan tenaga elektrik dan dibekalkan ke rumah-rumah, kilang-kilang dan
sebagainya.

2.2.7 Sempadan Negeri atau Daerah.

Malaysia merupakan satu contoh yang terbaik untuk menjelaskan fungsi


sungai sebagai sempadan negeri dan daerah. Semenanjung Malaysia terdiri
daripada 11 buah negeri yang mana setiap negeri dipisahkan oleh sebatang
sungai. Oleh yang demikian, sungai bukan sahaja dijadikan sebagai tanda
sempadan antara negeri malah juga antara daerah.

12
2.3

PENCEMARAN SUNGAI

Pencemaran dan alam sekitar merupakan dua komponen yang tidak boleh
dipisahkan. Masalah pencemaran merupakan masalah global yang telah
dikenalpasti sejak dahulu lagi dan sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan.
Masalah pencemaran sungai merupakan satu masalah yang paling sukar untuk
dibendung kerana semua aktiviti manusia melibatkan penggunaan air. Air sungai
adalah berpunca dari gunung dan mengalir ke laut. Air sungai yang mengalir ini
akan melalui kawasan tempat tinggal manusia dan kawasan manusia menjalankan
aktiviti-aktiviti seperti penternakan, pertanian dan perindustrian. Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan ini telah menghasilkan air sisa dan dilepaskan ke dalam sungai
hingga menyebabkan air sungai tercemar.

Pencemaran berlaku apabila terdapat benda yang tertentu dicampurkan ke


dalam persekitaran alam yang mengakibatkan berlakunya perubahan pada sifat-sifat
fizikal, kimia dan biologinya. Pencemar adalah bendasing atau bahan semulajadi
yang dilepaskan ke alam sekitar dalam amaun yang berlebihan. Walau
bagaimanapun, secara praktikal pencemaran hanya dianggap berlaku sekiranya
kesan dari bahan buangan yang berlebihan adalah berbahaya kepada alam sekitar.

Sesebuah sungai dianggap tercemar apabila nilai oksigen yang masuk ke


dalam jasad air sungai (dalam bentuk oksigen terlarut) kurang daripada nilai
oksigen yang digunakan oleh hidupan air terutamanya mikroorganisma dalam
bentuk keperluan Oksigen Biokimia (BOD) bagi mengurangkan bahan-bahan
organik di dalam air tersebut.

13
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesemua makhluk hidup di muka
bumi ini bertanggungjawab terhadap pencemaran sungai. Kita menyumbang secara
langsung melalui penggunaan bahan-bahan detergen dan racun serangga. Kita juga
secara tidak langsung bertanggungjawab ke atas bahan buangan yang dihasilkan
oleh industri-industri yang membekalkan makanan dan keperluan lain, sebagai
contohnya industri petroleum, gula, tekstil, getah, kelapa sawit, dan lain-lain.

2.4

PARAMETER-PARAMETER PENENTUAN TAHAP PENCEMARAN


AIR SUNGAI.

2.4.1

Kualiti Air Sungai

Secara amnya kualiti air sungai membawa makna yang berbeza-beza bagi
setiap individu bergantung kepada perspektif yang dilihat oleh mereka. Sebagai
contoh air yang digunakan untuk tujuan rekreasi tidak perlulah memiliki kualiti
yang tinggi seperti yang diperlukan untuk tujuan bekalan minuman.

Oleh yang demikian bekalan air yang digunakan semestinya memiliki


kriteria-kriteria tersendiri bergantung kepada keperluan pengguna-pengguna di
setiap sektor yang berkaitan. Parameter-parameter air sungai samada fizikal, kimia
atau biologi haruslah dipenuhi untuk mencapai kriteria-kriteria di atas.

14
2.4.2

Indeks Kualiti Air

Indeks kualiti air digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi tujuan
mengkelaskan tahap kualiti air sungai. Nilai indeks ini diukur dari hasil
penganalisaan air sungai di stesen-stesen persampelan yang telah ditentukan
terlebih dahulu. Indeks ini juga berguna untuk mengenal pasti penjana-penjana
utama pencemar-pencemar air dengan merujuk kepada stesen-stesen kawalan
kualiti air.

Indeks ini menilai keadaan air pada sesuatu sungai berdasarkan kepada
purata parameter-parameter kualiti air yang dikaji dalam jangkamasa tertentu.
Berdasarkan kepada nilai indeks, sungai-sungai telah dikelaskan kepada 3 tahap
iaitu bersih, sederhana tercemar dan tercemar. Julat nilai indeks bagi tahap-tahap
ini adalah seperti dalam Jadual 2.1 di bawah.

Jadual 2.1

: Tahap Pencemaran Air Berdasarkan Nilai Indeks Kualiti Air


(IKA)

Sumber

: Alam Sekitar Malaysia 2002


Julat indeks kualiti air (%)

Status

0-59

Sangat tercemar

60-80

Sederhana tercemar

81-100

Bersih

15
Tahap-tahap pencemaran di atas adalah diperolehi berdasarkan kepada
enam parameter utama iaitu pepejal terampai, COD, BOD, DO, pH dan
Ammonikal Nitrogen. Nilai parameter-parameter ini diperolehi dari persamaanpersamaan dalam Jadual 2.2 untuk mendapatkan peratus Indeks kualiti Air (IKA)
supaya tahap pencemaran sungai dapat ditentukan berdasarkan kepada julat yang
diberi. Rajah 2.1 menunjukkan kualiti air sungai di Malaysia dari tahun 1996
hingga tahun 2000.

Daripada graf didapati kualiti air sungai di Malaysia adalah tidak seragam
sejak tahun 1996. Namun pada tahun 2000 bilangan sungai yang sederhana
tercemar adalah paling banyak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya iaitu
sebanyak 74 batang sungai. Secara keseluruhannya boleh diringkaskan bahawa
kualiti air sungai di Malaysia adalah sederhana tercemar. Namun ia perlu di
pulihara segera untuk mengelakkan daripada terus dicemari.

Jadual 2.2

: Persamaan Penentuan Indeks Kualiti Air (IKA)

Sumber

: Alam Sekitar Malaysia 2002

Subindeks untuk DO : SIDO


SIDO = 0

untuk x 8

= 100

untuk x 92

= -0.395+0.03x2-0.0002x3

untuk 8 < x < 92

Subindeks untuk BOD : SIBOD


SIBOD = 100.4 - 4.23x
= 108e-0.055x 0.1x

untuk x < 5
untuk x > 5

Subindeks untuk COD : SICOD


SICOD = -1.33x + 99.1
= 103e-0.0157x 0.04x

untuk x < 20
untuk x > 20

16

Subindeks untuk AN : SIAN


SIAN

= 100.5 -105x

untuk x 0.3

= 94e-0.573x 5 | x-2 |

untuk x < x < 4

Subindeks untuk SS : SISS


SISS = 97.5e-0.00676x + 0.05x

untuk x 100

= 71e-0.0016x 0.015x

untuk 100 < x < 1000

=0

untuk x 1000

Subindeks untuk pH : SIpH


SIDO = 17.2 17.2x + 5.02x2

untuk x < 5.5

= -242 + 95.5x 6.67x2

untuk 5.5 x < 7

= -181 + 82.4x 6.05x2

untuk 7 < x < 8.75

= 536 77x 2.76x


= 108e-0.055x 0.1x

untuk x > 8.75


untuk x > 5

Nota : x = nilai dalam unit mg/l untuk semua parameter kecuali pH.

IKA = 0.22*SIDO + 0.19*SIBOD + 0.16*SICOD + 0.15*SIAN + 0.16*SISS +


0.12*SIpH

17

Kualiti Air Sungai, Malaysia, 1990-2000


80
73
68

70

74

72

71

64
61

Bilagan Sungai

60

50

55

53
48

48
44

40

42
38

37
35

30

25

24

20

14
7

34

25
16

14

13

11
10

35

33

32

13

12

0
1990

1991

1992

1993

1994

1995

1996

1997

Tahun

Bersih

Sederhana Tercemar

Tercemar

Rajah 2.1

: Kualiti Air Sungai, Malaysia, 1996 2000

Sumber

: Jabatan Alam Sekitar Malaysia 2002

1998

1999

2000

18
2.4.3

Parameter-parameter Fizikal

2.4.3.1 Kekeruhan

Air keruh ditakrifkan sebagai air yang penembusan cahaya terhalang.


Kekeruhan ini adaalah disebabkan oleh bahan-bahan terampai halus seperti tanah
liat, Lumpur atatu kelodak, mikroorganisma serta air sisa domestik atau industri
yang tersebar dengan meluasnya dalam air. Dalam rawatan air untuk minuman,
kekeruhan adalah penting, pertama kerana estatika dan keduanya kerana organisma
patogen boleh berlindung di sekeliling partikel halus.

2.4.3.2 Suhu

Suhu dengan sendirinya tidak boleh menentukan sama ada air sisa itu
tercemar atau tidak. Walaubagaimanapun, ia mempengaruhi parameter kualiti air
yang lain. Sebagai contoh kelarutan gas-gas serta bahan-bahan mineral dalam air
sungai juga bertambah dengan kenaikan dalam suhu. Kadar pembiakan serta
pernafasan organisma-organisma juga dipengaruhi oleh faktor suhu.

19
2.4.3.3 Bau dan Rasa

Faktor bau dipengaruhi oleh bahan-bahan organik yang sedang mereput


seperti sisa tumbuhan, bangkai haiwan, mikroorganisma atau kumbahan yang
mungkin tertimbun di dasar sungai sehingga menyediakan keadaan optimum untuk
tindakan bakteria anerobik yang menghasilkan gas-gas yang berbau seperti gas
hidrogen sulfida.

Sementara itu faktor rasa pula mempunyai kaitan dengan faktor bau kerana
bahan-bahan atau bendasing yang mengeluarkan bau, kebiasaanya akan
menjejaskan rasa tawar air sungai semulajadi.

2.4.3.4 Pepejal Terampai (SS)

Pepejal terampai merupakan di antara punca pencemaran air sungai yang


utama. Pepejal terampai ini boleh terdiri daripada bahan organik ataupun tidak
organik. Bahan organik pepejal adalah seperti sisa tumbuhan dan pepejal biologi
seperti sel-sel alga atau bakteria. Tanah dan kelodak atau lumpur adalah pepejal
tidak organik yang dihasilkan dari kegiatan perlombongan dan juga dari hakisanhakisan tanah akibat pembukaan kawasan-kawasan baru untuk perumahan dan
perindustrian.

Berikut adalah pengkelasan terhadap pepejal terampai berdasarkan nilai


Indeks Kualiti Air (IKA). Manakala Rajah 2.2 pula menunjukkan status kualiti

20
air sungai di Malaysia berdasarkan kandungan pepejal terampai dari tahun 1995
hingga 2000.

Jadual 2.3

: Pengkelasan Tahap Pencemaran Berdasarkan Nilai Indeks


Pepejal Terampai. (IKA)

Sumber

: Alam Sekitar Malaysia 2002


Julat Indeks SS (%)

Status

0-69

Sangat tercemar

70-75

Sederhana tercemar

76-100

Bersih

2.4.3.5 Warna

Warna air semulajadi seperti sungai dipengaruhi oleh bendasing-bendasing


yang wujud di dalam terutamanya bahan-bahan organik. Kebanyakkan air sungai
didapati berwarna perang tua disebabkan oleh pereputan tumbuhan serta hidupan
akuatik. Kebanyakkan air sisa dari industri juga berwarna dan jika tidak dirawat
dengan baik kemungkinan besar akan mempengaruhi warna air sungai yang
menerimanya.

21

Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan SS, 1995-2000


70

60

Bilangan Sungai

50

40

30

20

10

0
1994

1995

1996

1997

1998

1999

2000

2001

Tahun
Tercemar

Rajah 2.2

Sederhana Tercemar

Bersih

: Status Kualiti Air Sungai di Malaysia Berdasarkan Kandungan


Pepejal Terampai Dari Tahun 1995 Hingga 2000.

Sumber

2.4.4

: Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2002

Parameter-parameter Kimia

2.4.4.1 Permintaan Oksigen Biokimia (BOD)

BOD adalah merupakan parameter kualiti air yang paling penting dalam
mengenal tahap pencemaran sungai. Ia merupakan satu ukuran kuantiti oksigen
yang diperlukan untuk menguraikan bahan-bahan pencemar terutamanya yang
mengandungi karbon dan nitrogen yang dihasilkan dari bahan sisa buangan
industri, domestik serta pertanian.

22
Pengkelasan tahap pencemaran berdasarkan nilai indeks Kualiti Air BOD
adalah seperti berikut:-

Jadual 2.4

: Pengkelasan Tahap Pencemaran Berdasarkan Nilai Indeks


BOD

Sumber

: Alam Sekitar Malaysia 2002


Julat indeks BOD (%)

Status

0-79

Sangat tercemar

80-90

Sederhana tercemar

91-100

Bersih

Rajah 2.3 di muka surat sebelah menunjukkan status kualiti air sungai di
Malaysia berdasarkan pengukuran nilai keperluan oksigen biokimia dari tahun
1995 hingga 2000. Daripada graf dapat diperhatikan bahawa status kualiti air
sungai di Malaysia berdasarkan pengukuran nilai keperluan oksigen biokimia
adalah semakin menurun dari tahun ke tahun. Penurunan kualiti air yang
mendadak dapat diperhatikan pada tahun 1997. Secara keseluruhannya dapat
disimpulkan bahawa kualiti air sungai di Malaysia berdasarkan nilai keperluan
BOD adalah dalam tahap yang sederhana.

23

Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan BOD, 1995-2000


100
90
80

Bilangan Sungai

70
60
50
40
30
20
10
0
1994

1995

1996

1997

1998

1999

2000

2001

Tahun
Tercemar

Rajah 2.3

Sederhana Tercemar

Bersih

: Status Kualiti Air Sungai di Malaysia Berdasarkan


Pengukuran Nilai Keperluan Oksigen Biokimia Dari Tahun
1995 Hingga 2000.

Sumber

: Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2002

2.4.4.2 Permintaan Oksigen Kimia (COD)

COD merupakan suatu parameter yang digunakan untuk mengukur


kesetaraan oksigen terhadap sebahagian daripada bahan organik yang terdapat di

24
dalam sampel air sisa. Dari segi teori, COD merupakan jumlah oksigen yang
diperlukan secara stoikiometri bagi mengoksidakan dengan sempurna sejumlah
sebatian yang diketahui atau sedang diuji. Tujuan ujian ini adalah untuk
mengukur jumlah oksigen yang diperlukan untuk pengoksidaan bahan kimia
organik dalam sampel kepada karbon dioksida dan air.

2.4.4.3 Kandungan Oksigen Terlarut (DO)

Oksigen bukan sahaja merupakan satu unsur yang sangat penting dalam
kehidupan kita malah ia juga merupakan keperluan asas hidupan akuatik. Oleh
yang demikian kandungannya haruslah tinggi agar sistem ekologi air tidak
terganggu. Tahap pencemaran sungai boleh diukur berdasarkan kepada
keseimbangan kandungan oksigen terlarut.

Kelarutan oksigen pada keadaan biasa adalah kira-kira 14mg/l pada 0C


dan 7.5 mg/l pada 30C. kewujudan bahan-bahan organik mengakibatkan
perubahan peratus kandungan DO, yang mana proses pereputan akan menurunkan
tahap kandungan oksigen dalam air sungai.

25
2.4.4.4 pH

Nilai pH memainkan peranan penting terutamanya dalam kehidupan air di


mana nilai pH yang kurang dari 4 boleh menyebabkan kematian hidupan air. Air
yang berasid juga boleh mengakibatkan hakisan batu, logam dan lain-lain.
Biasanya air semulajadi mempunyai nilai pH antara 5 hingga 8.

Keasidan merupakan keupayaan untuk melepaskan proton iaitu ion


hidrogen. Kealkalian pula merupakan keupayaan untuk menerima proton dan
melepaskan ion hidroksida. Nilai pH digunakan untuk menunjukkan samada air
sungai itu berasid atau beralkali berdasarkan kepada kepekatan ion hidrogen.

2.4.4.5 Ammonikal Nitrogen (AN)

Ammonikal Nitrogen adalah merupakan satu lagi parameter yang digunakan


sebagai petunjuk pencemaran air disebabkan oleh najis manusia dan haiwan.
Kandungan Ammonikal Nitrogen yang maksimum yang boleh diterima adalah 1.0
mg/l seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Jadual 2.5 menunjukkan
pengkelasan tahap pencemaran air berdasarkan nilai AN. Rajah 2.4 pula
menunjukkan status kualiti air sungai di Malaysia berdasarkan pengukuran
kandungan Ammonikal Nitrogen dari tahun 1995 hingga 2000. Status kualiti air
sungai di Malaysia berdasarkan pengukuran kandungan AN boleh diperhatikan
semakin menurun dari tahun 1995 hingga tahun 1997 dan seterusnya meningkat
secara perlahan sehingga tahun 2000. Tahun 1997 merupakan tahun di mana

26
sungai yang tercemar mencatatkan nilai yang tertinggi jika dibandingkan dengan
tahun-tahun yang seterusnya.

Jadual 2.5

: Pengkelasan Tahap Pencemaran Air Berdasarkan Nilai AN

Sumber

: Alam Sekitar Malaysia 2002


Julat indeks AN (%)

Status

0-70

Sangat tercemar

71-91

Sederhana tercemar

92-100

Bersih

27

Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan NH3-N, 1995-2000


100
90
80

Bilangan Sungai

70
60
50
40
30
20
10
0
1994

1995

1996

1997

1998

1999

2000

2001

Tahun
Tercemar

Rajah 2.4

Sederhana Tercemar

Bersih

: Status Kualiti Air Sungai di Malaysia Berdasarkan Kandungan


Ammonikal Nitrogen Dari Tahun 1995 Hingga 2000.

Sumber

: Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2002

28
2.4.5

Parameter-parameter Biologi

2.4.5.1 Bakteria.

Bakteria boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut bentuk, cara


hidup dan cara ia bernafas. Kebanyakkan bakteria adalah dalam keadaan hidup
pada pH neutral tetapi ada setengah yang boleh hidup atau wujud pada keadaan
keasidan yang tinggi.

Salah satu daripada bakteria yang penting yang terdapat di dalam air
adalah bakteria koliform. Pada lazimnya kumpulan koliform yang merupakan
kumpulan bakteria, sering digunakan bagi memeriksa kualiti air terhadap
pencemaran oleh najis kerana habitat biasa kumpulan bakteria ini adalah di dalam
usus haiwan berdarah panas.

Anggapan ini adalah benar bagi petunjuk fecal koliform atau Escheridra
Coli ( E. Coli). Di sesetengah negara, nilai piawai telah ditetapkan untuk
menghadkan bilangan maksimum bakteria yang dibenarkan.

2.4.5.2 Virus.

Virus adalah organisma dari kumpulan parasit yang terdiri daripada asid
nukleik dan protein. Virus-virus ini wujud di dalam effluen kumbahan dan juga

29
dalam air permukaan tercemar. Pada amnya virus boleh hidup selama 41 hari
dalam air dan selama 6 hari dalam sungai biasa. Kebanyakkan virus dipindahkan
ke badan melalui air minuman dan seterusnya membawa penyakit yang berbahaya
kepada pengguna. Sebagai contohnya penyakit hepatitis adalah berpunca daripada
pemindahan virus melalui air bekalan.

2.5

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI.

Sumber air untuk kegunaan harian datang daripada air permukaan seperti
sungai dan tasik atau air bawah tanah. Umumnya, air dari perigi yang dalam
lebih bersih berbanding air sungai kerana proses penyusupan untuk membentuk
simpanan air bawah tanah boleh menapis dan menghakis bahan-bahan pencemar.
Air sungai pula sering dicemari pelbagai jenis pencemar dari sumber yang
berlainan. Pencemaran sungai berlaku akibat beberapa cara yang telah
dikategorikan kepada dua sumber yang utama iaitu sumber berpunca dan sumber
tidak berpunca.

2.5.1

Sumber Berpunca.

Sumber berpunca merupakan bahan pencemar yang mengalir keluar melalui


saluran yang diketahui puncanya. Sebagai contoh sungai, alur, paip, parit dan
lain-lain saluran yang boleh diketahui asal-usulnya. Pencemaran yang berpunca
daripada sumber ini adalah lebih mudah dikawal jika dibandingkan dengan

30
pencemaran yang berpunca daripada sumber tidak berpunca. Bahan pencemar
utama sumber berpunca adalah terdiri daripada effluen industri, effluen dari
ladang ternakan khinzir dan effluen daripada kawasan perumahan.

2.5.1.1 Effluen Industri.

Daripada kajian yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, kebanyakan


pengusaha perindustrian bertanggungjawab meningkatkan sisa buangan ke dalam
sungai bagi menjimatkan kos pelupusan. Effluen industri yang mengandungi bahan
kimia tak organik seperti asid, garam, kompaun logam toksik seperti plumbum
dan merkuri yang larut dalam air mengakibatkan air tidak sesuai diminum,
menjejaskan hidupan akuatik dan mempercepatkan proses pengaratan dalam
saluran paip air. Pelepasan pelbagai jenis effluen loji rawatan kumbahan turut
menyumbang bermacam-macam jenis bahan pencemar ke dalam air sungai. Ini
seterusnya akan membahayakan hidupan air dan manusia yang bergantung kepada
sungai sebagai sumber air.

Daripada kajian Jabatan Alam Sekitar, sejumlah 3,799 buah industri telah
dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah pencemaran sungai. Antara
penyumbang terbesar ialah industri pembersihan dan kerja logam, operasi
pemprosesan filem, industri elektronik dan semikonduktor, industri makanan dan
tapaian serta industri penghasilan barangan getah. Rajah 2.5 menunjukkan sebuah
kilang di Malaysia yang tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan effluen
industrinya tanpa dirawat terlebih dahulu ke dalam sungai. Rajah 2.6
menunjukkan jenis-jenis industri yang menyumbang kepada pencemaran sungai di
Malaysia pada tahun 2000. Daripada rajah tersebut dapat diperhatikan bahawa

31
industri makanan dan minuman merupakan penyumbang utama kepada pencemaran
sungai di Malaysia. Ini diikuti dengan industri yang berasaskan bahan kimia dan
industri pembuatan logam. Manakala Rajah 2.7 pula menunjukkan industri yang
berasaskan penggunaan tanah dan industri pembuatan yang menyumbang kepada
pencemaran sungai di Malaysia mengikut negeri pada tahun 2000. Apabila
diperhatikan Rajah 2.7, negeri Selangor merupakan negeri yang paling banyak
menyumbang kepada pencemaran sungai. Ini kerana kebanyakkan kawasan
perindustrian berada di negeri ini.

Rajah 2.5

: Effluen industri yang dialirkan terus ke dalam sungai tanpa


dirawat terlebih dahulu.

32

Industri yang Menyumbang Kepada Pencemaran Sungai Di Malaysia,


2000
1538

1600
1400
1200

Bilangan

1000
729 738

800
571

600
341 343 343 357

400
200

53 54 59
13 34

94

128

432

481

182

er rs m ill ry ed tic ed ing ill ral ed nic tile er ion ed ge


ath Othe roleuber Mchine-Bas Plas -Bas oplat Oil MMine -Bas ctro Tex Pap ricat Bas vera
t
ab al Be
ort ctr lm ic er Ele
Pe Rub Ma ood
sp Ele Pa etal ubbic &
l F emic d &
ry/
W
n
a
t
e
R
a
h
fin
Tr ing &
ctr
n-M
Me C Foo
Re
No
Ele
ish
n
i
F
tal
Me
Jenis Industri
Le

Rajah 2.6

: Jenis-jenis Industri yang Menyumbang Kepada Pencemaran


Sungai di Malaysia Pada Tahun 2000.

Sumber

: Jabatan Alam Sekitar, 2002

33

Pengagihan Punca Pencemaran Sungai Akibat Penggunaan Tanah dan


Industri Pembuatan Mengikut Negeri, 2000

1769

1800
1600

1375

1400

Negeri

1200
1000
717

800

690

600
414
400

357

346
192

200

187

156

112

77

76

22

or

ng

la
Se

ho

Jo

r
rak edah abah bilan elaka awak hang inang ntan mpu ganu erlis
a
P
l
g
r
u
a
S
K
m
P
e
M
a
L
P
en
K
S
Se
lau
ala Ter
N.
Pu
Ku

Pe

Bilangan

Rajah 2.7

: Industri yang Berasaskan Penggunaan Tanah dan Industri


Pembuatan yang Menyumbang Kepada Pencemaran Sungai di
Malaysia Mengikut Negeri Pada Tahun 2000.

Sumber

: Jabatan Alam Sekitar, 2002

34
2.5.1.2 Effluen dari Ladang Ternakan Khinzir.

Walaupun pencemaran oleh aktiviti perindustrian membimbangkan, tetapi


aktiviti penternakan dan penyembelihan khinzir juga berada dalam tahap yang
sama. Misalnya, perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan
(JPH) baru-baru lalu menunjukkan, sebahagian besar lading ternakan khinzir di
sekitar Selangor dan Negeri Sembilan tidak mempunyai system pengurusan sisa
(najis khinzir) yang sistematik sehingga menimbulkan pelbagai masalah
pencemaran.

Kajian juga menunjukkan, hampir 95 peratus ladang ternakan di dua negeri


tersebut tidak menyediakan satu sistem pengurusan sisa yang efektif,
kebanyakannya dialirkan terus ke sungai. Sisa ternakan terutama najis khinzir
yang dibuang terus ke sungai dan terus mencemari sungai yang menjadi sumber
air serta makanan kepada penduduk sekitar.

Najis khinzir yang dialirkan ke sungai menyebabkan pencemaran teruk ke


13 batang sungai negara ini antaranya termasuklah Sungai Sepang, Sungai Skudai,
Sungai Segget, Sungai Kelang dan Sungai Damansara. Rajah 2.8 menunjukkan
satu kawasan penternakan khinzir yang tidak mempunyai sistem pengurusan najis
yang sistematik.

35

Rajah 2.8

: Ladang penternakan khinzir yang tidak mempunyai sistem


pengurusan najis yang sistematik.

2.5.1.3 Effluen Dari Kawasan Perumahan.

Manusia dikatakan antara mekanisme utama yang menjadi punca kepada


pencemaran udara, kerosakan hutan dan pemusnahan hidupan laut kesan dari
pengabaian penjagaan alam sekitar. Pertambahan penduduk mengakibatkan sisa
pepejal terutamanya sampah sarap yang mengandungi plastik, botol, bekas, tin
kosong dan kertas turut bertambah. Pembuangan sampah ke sungai juga akan
mencacatkan pandangan dan mengganggu system saliran. Paling menjijikkan,
sungai dijadikan tempat pembuangan najis. Kesannya, sungai menjadi cetek dan
risiko berlakunya banjir kilat adalah tinggi. Rajah 2.9 di bawah menunjukkan

36
sebuah sungai di kawasan perumahan yang tersumbat dengan sampah-sarap yang
dibuang oleh penduduk di kawasan tersebut.

Rajah 2.9

: Sungai yang tersumbat akibat effluen dari kawasan


perumahan.

37
2.5.2

Sumber Tidak Berpunca.

Sumber tidak berpunca adalah terdiri daripada bahan pencemar yang tidak
diketahui puncanya. Pencemaran yang berlaku akibat sumber tidak berpunca
adalah sukar dikawal kerana tidak diketahui puncanya. Bahan pencemar utama
yang daripada sumber tidak berpunca adalah terdiri daripada aktiviti pertanian,
pembangunan bandar dan hujan asid.

2.5.2.1 Aktiviti Pertanian.

Pencemaran sungai juga berpunca melalui aktiviti-aktiviti pertanian. Aktiviti


pertanian sering menyebabkan masalah hakisan tanah serta masalah penggunaan
racun serangga dan rumpai yang boleh merupakan keracunan kepada hidupan air
dan mereka yang bergantung kepada sungai sebagai sumber air.

Penggunaan baja kimia atau racun serangga oleh petani di kawasan


pertanian yang berhampiran dengan sistem saliran atau sungai akan memudahkan
pengaliran bahan kimia tersebut ke sungai yang berhampiran dan seterusnya
mencemarkan sungai tersebut. Sisa bahan kimia yang mengalir ke dalam sungai
akan menyebabkan kualiti air sungai menjadi tercemar dan air sungai akan
mengandungi bahan kimia yang tinggi seperti kalsium, silika dan ammonia.

38
2.5.2.2 Pembangunan Tanah

Aktiviti pembangunan tanah seperti pembalakan, perlombongan bijih timah


dan pembinaan kebanyakannya melibatkan penggunaan air secara meluas.
Pembuangan kumbahan daripada aktiviti-aktiviti tersebut akan memberikan kesan
negatif kepada alam sekitar terutamanya sungai.

Perlombongan merupakan aktiviti yang utama di Malaysia pada suatu


ketika dulu. Aktiviti ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan negara
bahkan ia juga memberi impak yang negatif kepada alam sekitar. Air dari
kawasan lombong yang mengalir ke sungai akan menurunkan kualiti air dengan
kehadiran logam yang memberi kesan terhadap kesihatan dan menjejaskan
peredaran darah.

Pembalakan bukan sahaja mengakibatkan hakisan tanah malah ia juga


menyebabkan pencemaran air. Ini berlaku akibat dari hujan yang membawa
bersama partikel-partikel tanah ke dalam aliran sungai. Permukaan tanah yang
terdedah kepada hujan akan dipindahkan ke dalam sungai melalui aliran
permukaan.

Arus kemajuan semakin pesat di dalam dunia pembinaan. Aktiviti


pembinaan ini sama juga seperti aktiviti pembalakan iaitu dengan keadaan tapak
projek yang terdedah, tiada pokok atau rumput akan menyebabkan hakisan tanah.
Apabila keadaan ini berlaku, partikel-partikel tanah serta bahan kimia diangkut
terus ke sungai. Ini akan menyebabkan pemendapan sungai dan penurunan kualiti
air sungai.

39
Dari segi hakisan kajian Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa
pembangunan tanah di hadapan kawasan tadahan air Sungai Klang iaitu daerah
Batu, Setapak dan Hulu Klang, menyebabkan masalah hakisan tanah yang serius
apabila hujan, iaitu pada kadar 80-150 juta tan setahun yang mana 1.2 juta tan
(bersamaan 100,000 lori penuh pasir) mengalir ke Sungai Klang dan alirannya.
Muatan yang melebihi kapisiti ini memudahkan airnya melimpah apabila hujan
lebat dan mengakibatkan banjir.

2.5.2.3 Hujan Asid.

Hujan yang melepasi udara yang tercemar, secara tidak langsung menyerap
bahan pencemar dalam udara tersebut semasa ia turun ke bumi. Gas pencemar
utama dalam udara adalah sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang terbentuk
sewaktu petrol digunakan dalam pembakaran. Gas-gas ini bertindakbalas dengan
air hujan untuk menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik.

Sewaktu air hujan yang berasid ini jatuh ke bumi, ia berkeupayaan untuk
membebaskan logam yang berbahaya seperti aluminium dan logam-logam lain
daripada tanah. Logam-logam ini selalunya berada dalam keadaan tidak aktif dan
tidak berbahaya tetapi apabila ia bertindakbalas dengan asid, logam-logam ini akan
bertukar menjadi racun kepada flora dan fauna yang berada di sekelilingnya.

Apabila mengalir ke dalam sungai logam seperti aluminium ini boleh


membunuh hidupan akuatik. Mangsa yang paling terancam akibat logam
aluminium ini adalah sejenis burung yang dipanggil dipper, sejenis burung yang

40
menjunam ke dalam air untuk mencari makananya. Seandainya hujan asid ini
membunuh makanannya di dalam air maka lama kelamaan burung dipper ini
akan pupus.

Rajah 2.10 di muka surat sebelah menunjukkan pengagihan punca-punca


pencemaran sungai di Malaysia secara keseluruhannya pada tahun 2000. Daripada
rajah tersebut, terdapat empat punca pencemaran yang utama iaitu industri
pembuatan, penggunaan tanah, effluen kawasan perumahan dan penternakan
khinzir. Effluen dari kawasan perumahan merupakan punca utama pencemaran
sungai iaitu sebanyak 46.1% pada tahun 2000. Seterusnya diikuti oleh industri
pembuatan sebanyak 43%, penternakan khinzir sebanyak 7.5% dan penggunaan
tanah sebanyak 3.4%.

41

Pencemaran Sungai Mengikut Punca, 2000

6019
(43%)

6457
(46.1%)

1045
(7.5%)

Industri Pembuatan

Rajah 2.10

Penggunaan Tanah

471
(3.4%)

Penternakan Khinzir

Effluen Domestik

: Menunjukkan Pengagihan Punca-punca Pencemaran Sungai di


Malaysia Secara Keseluruhannya Pada Tahun 2000.

Sumber

: Jabatan Alam Sekitar, 2002

BAB III

TEKNOLOGI PEMULIHARAAN SUNGAI TERCEMAR

3.1

PENGENALAN

Dewasa ini, sains dan teknologi telah menjadi salah satu kemestian bagi
setiap hidupan di muka bumi ini. Dengan adanya perkembangan dalam bidang
sains dan teknologi kebanyakkan masalah yang selama ini tidak dapat diselesaikan
kini boleh diselesaikan dalam masa yang singkat dan juga dengan lebih berkesan.

Kewujudan pelbagai teknologi moden pada hari ini memberi laluan kepada
bidang perindustrian, pertanian dan juga perikanan untuk menambahkan hasil
pendapatan serta memudahkan kerja yang perlu dilaksanakan. Sebagaimana
perkembangan dalam teknologi moden ini memudahkan kerja serta menambahkan
pendapatan dalam bidang-bidang tersebut, terdapat juga teknologi yang moden
baru yang dikenalpasti untuk menangani masalah pencemaran sungai tercemar
yang selama ini menjadi satu masalah besar yang tidak dapat diselesaikan secara
sepenuhnya.

43
Teknologi-teknologi yang dikenalpasti kebanyakkannya merupakan teknologi
yang masih dalam kajian. Namun terdapat juga teknologi yang didapati
membuahkan hasil yang memuaskan setelah dilakukan kajian ke atas sungaisungai yang dipilih.

3.2

Jenis-jenis Teknologi yang Diaplikasikan di Luar Negara

Penggunaan teknologi pemuliharan sungai tercemar sudah lama


diperkenalkan di negara-negara seperti Jepun, Netherlands dan Canada. Di
Malaysia, penggunaan teknologi ini masih dalam kajian. Teknologi-teknologi yang
dikenalpasti untuk dibawa ke hadapan adalah teknologi Eco-Bio Block (EBB),
Membrane Bioreactor dan Biocord.

Penggunaan teknologi-teknologi belum lagi dipraktikkan secara meluas di


Malaysia namun, di negara-negara seperti Jepun, keberkesanan teknologi ini dalam
pemuliharaan sungai tercemar telah diperakui oleh semua pihak.

3.2.1

Teknologi Eco-Bio Block (EBB).

ECO-BIO BLOCK (EBB) merupakan satu teknologi baru yang kembali


ke konsep asas iaitu bersifat mesra alam, asli dan merupakan kaedah yang lebih
ekonomik dalam memulihara air serta sungai tercemar. Teknologi EBB ini adalah

44
hasil daripada kajian yang berterusan selama 16 tahun oleh saintis-saintis Jepun.
Mereka akhirnya berjaya mencipta menyerapkan pelbagai jenis mikroorganisma ke
dalam blok simen. EBB telah dicipta melalui satu proses yang rumit dengan
pencampuran antara suatu amaun simen yang tepat, pasir, batu, mikroorganisma
mesra alam yang mempunyai makanan penyubur dengan batu volkanik.

Malaysia akan menjadi negara pertama selain Jepun yang menggunakan


teknologi EBB ini. Dengan adanya teknologi ini kualiti air di Malaysia dijangka
akan bertambah jauh lebih baik daripada keadaan kualiti air sungai pada hari ini.

3.2.1.1 Konsep EBB.

Konsep EBB adalah mudah dan tidak sukar untuk difahami. Blok-blok
simen yang mengandungi mikroorganisma mesra alam memulihara air yang
tercemar dengan mengekalkan keseimbangan alam semulajadi serta menapis
mikroorganisma yang tidak diperlukan yang terdapat dalam air yang tercemar
secara berterusan. Oleh yang demikian, proses semulajadi ini akan menghasilkan
air yang seimbang, bersih, tidak berbau dan secara langsung akan mengurangkan
bahan pencemar di dalam air.

Satu fakta yang penting mengenai EBB adalah mikroorganisma yang


dimasukkan dalam blok-blok ini boleh hidup serta mempunyai kelasakan yang
tinggi terhadap persekitaran yang ekstrim. Kebanyakan mikroorganisma tidak
berupaya untuk hidup selepas dimasukkan ke dalam simen. Dalam perkara ini

45
mikroorganisma EBB boleh hidup dalam sebarang keadaan dan boleh berfungsi
secara optimum untuk meningkatkan kualiti air yang tercemar.

Batu poros gunung berapi

Batu poros dari Gunung Fugen,

yang berusia 10 tahun yang

Japan merupakan habitat yang

mengandungi mineral.

paling sesuai bagi mikrob.

Mikroorganisma efektif.

Batu poros gunung berapi.


+ Simen + Air Suling + Nutrien untuk
Mikrob EBB + Cara Penggaulan yang Tepat.

Rajah 3.1

: Komponen Sistem EBB.

Sumber

: Mamoru Bio-Tech Sdn. Bhd.

46

EBB 100

EBB 300

EBB Hanoko

Pasir EBB Jenis L

Pasir EBB Jenis S

Rajah 3.2

: Jenis-jenis Blok EBB yang Telah Dihasilkan Setakat Ini.

Sumber

: Mamoru Bio-Tech Sdn. Bhd.

47
3.2.1.2 Fungsi Sistem EBB.

Dalam sistem EBB apa yang dititikberatkan adalah untuk memasukkan


sistem EBB ke dalam air yang tercemar dan seterusnya membiarkan sistem ini
berfungsi secara semulajadi, di mana mikroorganisma EBB akan membiak secara
eksponen di dalam air dan mengembalikan keseimbangan antara mikroorganisma
yang bersifat mesra alam dengan mikroorganisma yang bersifat patogenik.
Kehadiran EBB yang bersifat mesra alam secara berterusan akan mengakibatkan
pengurangan mikroorganisma yang bersifat patogenik dan pada masa yang sama
menghapuskan segala bau yang tidak menyenangkan.

Penekanan bioteknologi adalah untuk mengimbangi mikroorganisma yang


bersifat mesra alam dan yang bersifat patogenik dalam air yang akan
disenggarakan pada keseimbangan semulajadi secara berterusan. Proses ini
memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang
sihat.

Seperti yang terdapat dalam Rajah 3.3 di muka surat sebelah, sistem air
yang tercemar berlaku bila mikroorganisma yang bersifat oportunis bertukar
menjadi mikroorganisma yang bersifat patogenik. Walaubagaimanapun, dengan
penggunaan EBB, air yang tercemar akan kembali menjadi seimbang apabila
mikroorganisma yang bersifat oportunis bertukar menjadi sebahagian daripada
mikroorganisma yang berfaedah. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan
kualiti air.

48

Mikroorganisma
yang bersifat
oportunis. ( 70% )

Mikroorganisma
yang berfaedah.
( 15% )

Mikroorganisma
yang bersifat
patogenik. ( 15% )
Mikroorganisma EBB

Rajah 3.3

: Cara Sistem EBB Berfungsi.

Sumber

: Mamoru Bio-Tech Sdn. Bhd.

3.2.1.3 Sifat-sifat Sistem EBB.

Walau sebanyak manapun teknologi yang diperkenalkan hanya sesetengah


teknologi sahaja yang boleh digunakan untuk memenuhi objektifnya. Faktor yang
mempengaruhi keberkesanan sesuatu teknologi tersebut adalah sifat-sifat atau ciriciri teknologi tersebut. Berikut adalah ciri-ciri mikroorganisma EBB yang secara
keseluruhannya bersifat mesra alam yang membolehkan teknologi ini memenuhi
tujuan ia diciptakan.
Mikroorganisma EBB boleh hidup dalam suhu di antara 10C
hingga 110C.

49
Mikroorganisma EBB adalah tidak begitu cekap apabila suhu adalah
di bawah 10C.
Mikroorganisma EBB adalah berkecekapan optimum pada suhu di
antara 25C hingga 60C.
Mikroorganisma EBB adalah berkeupayaan untuk hidup dalam pH
antara 3 hingga 11.
Mikroorganisma EBB menguraikan bahan organik kepada H2O dan
CO2 serta mengurangkan mikroorganisma yang berbahaya.
Mikroorganisma EBB merupakan mikroorganisma aerobik.

3.2.1.4 Kelebihan Sistem EBB.

Penggunaan sistem EBB adalah disarankan disebabkan pelbagai jenis


faedah yang dapat dimanfaatkan. Di antara kelebihan-kelebihan sistem EBB
adalah seperti berikut:
EBB berkeupayaan untuk memulihara dan menyenggara keseimbangan
mikroorganisma yang bersifat mesra alam dan mikroorganisma yang
bersifat patogenik.
Semua mikroorganisma EBB adalah bersifat mesra alam dan semulajadi.

50
Sistem EBB merawat air yang tercemar secara semulajadi tanpa melibatkan
penggunaan bahan-bahan kimia.
Sistem EBB mengurangkan kadar BOD, COD, ammonia, bahan organik,
pepejal terampai, kekeruhan dan lain-lain bahan pencemar yang hadir dalam
bahan buangan serta air yang tercemar.
Air yang dirawat dengan menggunakan sistem EBB adalah tidak bertoksik.
Sistem EBB akan menghapuskan segala bau busuk dalam bahan buangan
dan air yang tercemar.
Sistem EBB tidak akan menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar dan
tidak bekalan elektrik, minyak atau petrol serta sebarang penyenggaraan
mekanikal.
Sistem EBB merupakan satu sistem implimentasi dan penggunaan yang
mudah serta memerlukan kos yang efektif.

3.2.1.5 Aplikasi Sistem EBB.

Pengaplikasian sistem EBB adalah sangat luas dan boleh digunakan dalam
merawat air dalam pelbagai jenis keadaan. Berikut merupakan beberapa contoh
pengaplikasian sistem EBB:
9 Sungai
9 Tasik

51
9 Kolam akuakultur
9 Perparitan perumahan
9 Tangki septik
9 Kolam ikan dan akuarium
9 Air tercemar dari tapak pelupusan sampah
9 Air tercemar dari bahan buangan haiwan ternakan
9 Kolam rawatan air sisa kumbahan.

3.2.1.6 Penggunaan Teknologi EBB di Nobeoka, Japan.

Teknologi EBB pada mulanya diuji keberkesanannya di sebuah sungai


Nobeoka, Jepun. Kajian ini dilakukan dengan kerjasama dari Kementerian
Pembinaan Jepun. Sungai ini dipilih disebabkan oleh fungsi sungai tersebut yang
menjadi tempat pembiakan sejenis ikan sensitif terhadap air yang digelar
Akame. Namun kini ikan-ikan tersebut tidak lagi kelihatan di sungai tersebut
setelah sungai tersebut mula dicemari. Punca utama pencemaran di sungai ini
adalah berpunca daripada kawasan penternakan lembu yang terletak berhampiran
dengan sungai tersebut. Rajah 3.4 di muka surat sebelah menunjukkan peta
laokasi sungai tersebut.

52

Rajah 3.4 : Lokasi Sungai di Nobeoka, Jepun.

Kawasan yang dibulatkan dengan dakwat hitam merupakan kawasan sungai


tersebut manakala kawasan yang dibulatkan dengan dakwat merah jambu
merupakan kawasan ternakan lembu. Dalam pemuliharaan sungai ini blok EBB
300 digunakan. Sungai ini adalah 2 meter lebar dan 30 meter panjang. Projek
pemuliharaan ini dilakukan sepanjang 30 meter sungai ini iaitu bagi keseluruhan
sungai. Rajah 3.5 menunjukkan keadaan sungai sebelum diletakkan EBB 300.
Rajah 3.6 pula menunjukkan proses meletakkan blok-blok EBB 300 ke dalam
sungai tersebut. Sebanyak 9 parameter diuji secara keseluruhannya dalam selang
masa 7 hari.

Jadual 3.1 menunjukkan keputusan yang diperolehi selepas 14 hari blok


EBB 300 berada dalam sungai tersebut. Rajah 3.7 menunjukkan graf yang
mengilustrasikan keputusan dalam Jadual 3.1. Perubahan yang amat ketara dapat

53
diperhatikan daripada graf tersebut. Dalam tempoh masa 14 hari peningkatan
dalam nilai oksigen terlarut sebanyak 7.5 mg/l dari 6.0 mg/l dapat diperhatikan
daripada keputusan yang diperolehi. Manakala penurunanan dalam nilai keperluan
oksigen biokimia iaitu dari 2.5 mg/l kepada 0.7 mg/l, pepejal terampai dari 110
mg/l kepada 5 mg/l, nitrogen dari 1.3 mg/l kepada 0.3 mg/l, fosforus dari 0.34
mg/l kepada 0.041 mg/l dan E.Coli dari 7.9 PN/ 100ml kepada 1.3 PN/ 100ml
juga menunjukkan petanda yang baik iaitu sungai tersebut semakin bersih.
Apabila keputusan ini dibandingkan dengan Jadual 3.2 keberkesanan teknologi
EBB dapat dilihat dengan jelas sekali. Keberkesanan teknologi EBB dibuktikan
oleh graf di muka surat sebelah.

Rajah 3.5

: Sungai yang Diuji dengan EBB 300

Sumber

: Mamoru Bio-Tech Sdn. Bhd.

Rajah 3.6

: Proses Perletakkan EBB 300

Sumber

: Mamoru Bio-Tech Sdn. Bhd.

54
Jadual 3.1 : Keputusan Ujian Keberkesanan EBB.
Sumber
Parameter

Unit

: Mamoru Bio-Tech Sdn. Bhd.


Sebelum

7 Hari

14 Hari

Ujian
pH

6.9

6.6

6.5

DO

mg/l

6.0

7.4

7.5

BOD

mg/l

2.5

0.7

0.7

COD

mg/l

8.3

2.7

4.0

SS

mg/l

110

10

E-Coli

PN/
100ml
mg/l

7.9

4.6

1.3

1.30

0.39

0.30

mg/l

0.34

0.096

0.041

NTU

31

5.4

2.8

Jumlah
Nitrogen
Jumlah
Fosforus
Kekeruhan

Rajah 3.7

: Graf Ilustrasi Keputusan Ujian EBB.

Sumber

: Mamoru Bio-Tech Sdn. Bhd.

55
Jadual 3.2 : Piawai Kualiti Air Sungai Di Malaysia.
Sumber : Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2002
Parameter (unit)

Kelas
I

IIA

IIB

III

IV

BOD5 (mg/l)

12

>12

COD (mg/l)

10

25

25

50

100

>100

DO (mg/l)

5-7

5-7

3-5

<3

<1

50

50

0.1

0.3

0.3

0.9

2.7

>2.7

6.5-8.5

6-9

6-9

5-9

5-9

25

50

50

150

300

>300

10

100

400

5,000

5,000

Kekeruhan
(NTU)
Ammoniakal
Nitrogen (mg/l)
pH
TSS (mg/l)
E . Coli
(MPN/100ml)

Selepas 30 hari blok EBB 300 diletakkan ke dalam sungai tersebut


perubahan yang mendadak mula kelihatan. Ikan-ikan Akame yang sebelum ini
meninggalkan sungai ini akibat pencemaran mula kelihatan semula. Keadaan air
sungai pula adalah berkali ganda lebih cerah daripada sebelumnya. Rajah 3.8
menunjukkan keadaan sungai pada hari ke-30. Manakala Rajah 3.9 pula
menunjukkan migrasi ikan Akame ke sungai tersebut. Keberkesanan EBB 300
bukan sahaja dibuktikan oleh keputusan ujikaji terhadap kandungan air sungai
tersebut malah kehadiran semula ikan Akame juga menbuktikan keberkesanan
EBB yang telah merawat air yang tercemar.

56

Rajah 3.8

: Sungai Pada Hari Ke-30

Sumber

: Mamoru Bio-Tech Sdn. Bhd.

Rajah 3.9

: Ikan Akame yang Bermigrasi Semula ke Sungai

Sumber

: Mamoru Bio-Tech Sdn. Bhd.

57
3.2.2

Teknologi Biocord.

Biocord merupakan bioreaktor buatan manusia, dimajukan dan direka di


Jepun. Teknologi ini direka untuk pengurusan air yang selain longkang atau parit
menggunakan aktiviti mikroorganisma untuk mengelakkan pencemaran air di laut,
sungai, tasik dan kawasan paya. Sekali imbas Biocord ini kelihatan sebagai satu
tali pintal yang ringkas dengan diselubungi lingkaran benang yang tidak terkira.
Ia dihasilkan daripada polimer seperti polipropilene, vinilon, polivinilidene-klorida,
binilon atau poliester-nilon. Kandungan uniknya merupakan habitat simbiotik bagi
kebanyakan mikroorganisma. Rajah 3.10 di bawah sebelah menunjukkan struktur
Biocord.

Rajah 3.10

: Biocord

Sumber

: Fukui North America.

58
3.2.2.1 Konsep Teknologi Biocord.

Teknologi Biocord ini berfungsi sebagai penapis mekanikal dan juga


sebagai penapis biologi. Luas permukaan biocord yang besar menyokong koloni
besar bakteria, yang membolehkan bakteria tersebut merawat kualiti air. Sebagai
penapis mekanikal, biocord meregangkan ikatan antara partikel-partikel yang
berbeza-beza saiz dalam air, bergantung kepada model Biocord yang digunakan.

Biocord keluar dari kilang dengan cas positif magnetik yang membolehkan
ia tertarik kepada partikel yang berlawanan cas. Oleh kerana Biocord ini
berfungsi secara pasif, sebarang pam atau motor tidak diperlukan. Apabila biocord
ini diaplikasikan di dalam air, Biocord ini akan menarik mikrob, yang secara
semulajadinya mempunyai cas negatif. Sebenarnya struktur biocord tersebut juga
berfungsi dalam menarik mikrob ke arahnya. Inilah yang menjadi kegemaran
mikroorganisma untuk hidup dan membesar di dalam Biocord. Mikrob tersebut
akan melekat kepada bebenang tersebut untuk biodegradasi.

Proses ini dilakukan melalui tiga peringkat yang utama yang melingkungi
proses anaerobik yang optimum untuk pengeluaran pepejal. Bakteria yang
bermanfaat (tidak pathogenik) ditambah untuk mempercepatkan lagi proses serta
memastikan aktiviti mikrob berjalan lancar supaya tempoh penyesuaian
disingkatkan. Penambahan bakteria juga membantu dalam pengeluaran lumpur
tebal.

Proses biodegradasi ini memerlukan keseimbangan sinergi. Teknologi


Biocord ini membenarkan sasaran ke atas kesemua jenis bahan pencemar dan
secara berterusan mengekalkan sinergi ini. Ini memberi laluan kepada penggunaan

59
semula air yang maksimum. Sistem aliran air ini adalah bergantung kepada
penambahan atau pengeluaran nutrien.

3.2.2.2 Spesifikasi Biocord.

Terdapat lima jenis Biocord yang telah dihasilkan setakat ini. Jenis
Biocord serta kuantiti Biocord yang sesuai untuk digunakan adalah bergantung
kepada keperluan oksigen biokimia serta amaun pepejal terampai. Pemilihan jenis
Biocord yang yang akan digunakan dipilih berdasarkan panduan berikut:

BOD tinggi, binilon atau nilon dan tetron paling sesuai.

BOD sederhana tinggi, polivinilidene-klorida paling sesuai.

BOD rendah, polipropilene paling sesuai.

Jadual 3.3 di muka surat sebelah menunjukkan spesifikasi Biocord yang


telah dihasilkan setakat ini.

60
Jadual 3.3

: Spesifikasi Biocord

Sumber

: Fukui North America.

Kod
WQ-

Bahan
Polipropilene

Warna
Putih

Diameter

Diameter

Keseluruhan

bebenang

45 mm

5 mm

Berat

Luas

Kekuatan

permukaan
3.4 kg /

2.8 m2/m

74 kg

1.63 m2/m

74 kg

1.42 m2/m

74 kg

0.55 m2/m

74 kg

0.44 m2/m

60 kg

100 m

111
WQ-

Vinilon &

Perang

112

Polipropilene

dan

45 mm

5 mm

3.4 kg /
100m

Putih
WQ-

Polivinilidene

113

Klorida

WQ-

Binilon

Biru

45 mm

5 mm

5.5 kg /
100 m

Perang

45 mm

5 mm

114

3.3 kg /
100 m

WQ-

Nilon &

116

Tetron

Putih

25 mm

3 mm

1.6 kg /
100 m

3.2.2.3 Fungsi Sistem Teknologi Biocord.

Biocord adalah lebih berkesan seandainya ia dipasang dalam modul. Ini


adalah untuk membolehkan pembersihan air yang mudah serta untuk
menghindarkan gangguan pada keupayaan penapis biologi. Oleh yang demikian,
rangka dibina bagi Biocord tersebut dengan menggunakan paip polivinilklorida
(PVC) yang bersaiz 1 inchi dan modul tersebut disusun secara serenjang dengan
arah aliran sungai.

Rajah 3.11 di bawah sebelah menunjukkan satu contoh modul Biocord


yang telah siap dengan rangkanya. Bagi sesebuah sungai adalah disarankan supaya
sekurang-kurangnya 2 atau 3 modul dipasang. Ini adalah untuk meminimakan

61
kesan hentaman oleh koloni mikrob yang bahaya semasa proses pembersihan
berlaku. Rajah 3.12, 3.13 dan 3.14 menunjukkan contoh penggunaan Biocord di
sebuah kolam di padang golf di Jepun. Perubahan yang amat ketara dapat dilihat
dari setiap gambarajah tersebut. Rajah 3.12 menunjukkan kolam di padang golf
yang bakal dirawat dengan teknologi Biocord ini. Rajah seterusnya iaitu Rajah
3.13 menunjukkan proses pemasangan teknologi Biocord ke dalam kolam tersebut.
Perubahan yang dapat dilihat selepas 6 bulan teknologi Biocord diaplikasikan ke
dalam kolam ini ditunjukkan dalam Rajah 3.14.

Rajah 3.11

: Modul Biocord.

Sumber

: Fukui North America.

62

Rajah 3.12: Kolam di Padang Golf yang Akan Dirawat dengan Biocord
Sumber

: Fukui North America.

Rajah 3.13

: Pemasangan Biocord ke dalam Kolam.

Sumber

: Fukui North America.

63

Rajah 3.14: Perubahan yang Dapat Dilihat Selepas 6 Bulan


Sumber

: Fukui North America.

Terdapat lima cara pemasangan Biocord yang biasa diaplikasikan di


sungai-sungai yang tercemar bagi tujuan pemuliharaan. Berikut dibincangkan
kelima-lima cara tersebut.
i.)

Penempatan melalui pass equipment (1.8m Biocord / m3 air)

Kaedah ini menggunakan satu sistem panapisan yang dibentuk di luar


kolam. Penggunaan kaedah ini dapat menghasilkan air yang berkualiti
tinggi tetapi ia memerlukan kawasan yang luas di luar kolam.
ii.)

Pam jet (3m Biocord / m3 air)

Kaedah ini menggunakan sebuah pam jet dan Biocord ini ditenggelamkan
ke dalam air. Kelebihan kaedah ini adalah kesemua peralatan berada di

64
dalam air tetapi bagi menggunakan kaedah ini kolam mestilah sekurangkurangnya 1m / 3 kaki dalam.
iii.)

Pam pengudaraan (2.5m Biocord / m3 air)

Kaedah ini memerlukan penempatan Biocord di ekzos pam pengudaraan


tersebut. Kelebihan kaedah ini adalah sama seperti kaedah pam jet. Namun
kaedah ini memerlukan luas permukaan yang besar.
iv.)

Pam air (3m Biocord / m3 air)

Kaedah ini memerlukan penempatan Biocord pada laluan pengambilan air


pada pam air. Kesemua peralatan berada di dalam air tetapi kaedah ini
memerlukan penyenggaraan yang sentiasa.
v.)

Pembersihan secara terus

Kaedah ini memerlukan penempatan Biocord di dasar kolam dan


memerlukan pergerakan air yang semulajadi. Kelebihan kaedah ini adalah
kaedah ini tidak memerlukan sebarang peralatan yang lain namun kaedah
ini memerlukan pergerakan air yang semulajadi.

3.2.2.4 Kelebihan Teknologi Biocord.

Penggunaan sistem Biocord adalah disarankan disebabkan pelbagai jenis


faedah yang dapat dimanfaatkan. Di antara kelebihan-kelebihan sistem Biocord
adalah seperti berikut:
Teknologi Biocord bersifat 100% mesra alam.

65
Tidak memerlukan pembersihan yang kerap kerana kemampuan tali pintal
untuk membuang pepejal melalui tindakan graviti dengan tidak
mengganggu aktiviti rawatan air.
Luas permukaan yang besar berkeupayaan untuk menanggung kuantiti
mikroorganisma yang besar per unit panjang jika dibandingkan dengan
media penapis biologi yang lain.
Settling pond lagoons tidak perlu seringkali dibersihkan disebabkan
kadar penyingkiran pepejal terampai adalah tinggi.
Teknologi Biocord boleh disertakan dalam rekabentuk sistem sirkulasi yang
baru mahupun yang telah sedia ada. Keadaan ini membenarkan penggunaan
Biocord diaplikasikan di situasi yang berlainan.
Melalui pengurangan pepejal terampai dalam air, BOD dalam air juga
dikurangkan yang seterusnya membawa kepada keperluan oksigen yang
rendah dan juga merendahkan kandungan fosforus dan nitrogen dalam air.
Mengurangkan bau yang tidak menyenangkan serta mengurangkan kadaralir.
Murah dan mudah untuk disenggara.

3.2.2.5 Aplikasi Teknologi Biocord.

Biocord telah diiktiraf sebagai alat rawatan air yang unggul yang telah
menarik perhatian kerajaan dan industri di persada dunia. Teknologi Biocord ini

66
bukan sahaja boleh digunakan untuk merawat air sungai yang tercemar malah ia
boleh juga diaplikasikan di kawasan-kawasan seperti dibawah :
9 Loji

penapisan

awam

bangunan

pejabat,

sekolah

dan

kawasan

perumahan.
9 Institusi awam kawasan rekreasi, tasik, kolam dan padang golf.
9 Industri makanan kilang bir, penghasilan tenusu dan makanan ringan.
9 Tempat makanan awam restoran, hotel dan restoran makan segera.
9 Sistem penapis sisa kawasan perumahan dan apartmen.
9 Kitar semula loji air kawasan perumahan, kilang dan bangunan.
9 Pengitaran semula sisa industri system penyejukan dan penapisan.
9 Kolam renang penapisan dan eliminasi amonikal nitrogen.
9 Pra rawatan air minuman membersihkan sistem bekalan air.
9 Kawasan ternakan ikan dan akuarium air suling dan sistem kitar semula
air laut.
9 Industri akuakultur kawasan penetasan bagi ternakan, tapak semaian dan
kolam.

67
3.2.2.6 Peningkatan Taraf serta Nitrifikasi Loji yang Berskala Besar
Menggunakan Teknologi Biocord di Germany.

Peningkatan taraf serta nitrifikasi di perlukan bagi sebuah loji rawatan air
sisa yang direkabentuk bagi 250 000 penduduk di Geiselbullach, Germany.
Biocord yang ditenggelamkan di dalam tangki pengudaraan digunakan untuk
mengurangkan kadar konsentrasi mixed liquor suspended solids (MLSS). Ciri-ciri
loji tersebut serta data operasi sebelum projek peningkatan taraf dijalankan adalah
ditunjukkan dalan Jadual 3.4 di bawah.

Jadual 3.4

: Ciri-ciri Loji serta Data Operasi Sebelum Projek Peningkatan


Taraf.

Sumber

: Fukui North America.


Ciri-Ciri Loji

Data Pengoperasi

Kuantiti air sisa

35 000 m3 / d

Beban spesifik pada ruang kosong

0.8 - 1.0 kg BOD / m3.d

MLSS

1.4 - 1.8 kg / m3

Beban spesifik lumpur

0.5 - 0.5 kg BOD / kg.d

Isipadu tangki pengudaraan

7800 m3

Kadar Lumpur kembali

0.5 1.0 l

Indeks isipadu lumpur

180 ml / g

Biocord ini dipasang secara menegak dalam sebuah sangkar yang


mempunyai isipadu sebanyak 25 % daripada isipadu tangki tersebut. Tempoh
nitrifikasi dengan menggunakan teknologi Biocord dilakukan selama 6 minggu.
Biocord yang dipasang dalam sebuah sangkar didapati bergerak secara berayun

68
dalam air sisa akibat gelora yang dihasilkan oleh tangki pengudaraan.
Pengumpulan lumpur hitam tidak diperhatikan dalam projek ini.

Sessile biomass dijumpai terenap di permukaan Biocord selepas beberapa


hari projek ini di mulakan. Namun, sessile biomass tersebut yang didapati
mengenap dalam amaun yang amat besar dalam beberapa hari sahaja telah menjadi
sedikit akibat tindakan biocord yang bertindak tanpa meninggalkan sebarang kesan
terhadap rawatan air sisa serta proses nitrifikasi. Penghasilan semula biomass
berterusan selama 2 atau 3 hari namun proses ini tidak memberi sebarang kesan
terhadap konsentrasi MLSS. Biocord yang digunakan dalam projek ini tidak
menunjukkan sebarang prosess anaerobik. Jadual 3.5 di muka surat menunjukkan
keputusan yang di perolehi pada hari ke-30.
Jadual 3.5

: Keputusan Pada Hari Ke-30

Sumber

: Fukui North America.

Ciri-ciri

BOD

COD

NH4-N

BOD-b

MLSS

beban

dalam tangki

lumpur

pengudaraan
(g/l)

In

Out

In

Out

In

Out

(kg /

(mg/l)

(mg/l)

(mg/l)

(mg/l)

(mg/l)

(mg/l)

kg.d)

Tanpa Biocord.

170

11

310

53

36

32

0.56

1.6

Dengan Biocord,

125

13

280

47

35

32

0.40

3.3

104

359

47

40

0.09

5.5

148

402

38

39

0.13

6.0

tanpa pengeluaran Fosforus


dan keadaan operasi yang
tidak stabil.
Dengan Biocord,
tanpa pengeluaran Fosforus
dan keadaan operasi yang
stabil.
Dengan Biocord,
pengeluaran Fosforus dan
keadaan operasi yang
stabil.

69
Daripada keputusan yang diperolehi didapati proses anaerobik tidak berlaku
dalam Biocord semasa proses pengumpulan lumpur berlaku. Konsentrasi MLSS
dalam tangki pengudaraan meningkat dari 1.6 g/l kepada 3.3 g/l dalam keadaan
operasi tidak stabil dan tanpa pengeluaran fosforus. Manakala dalam keadaan
operasi stabil dengan pengeluaran fosforus nilai konsentrasi MLSS juga meningkat
kepada 6.0 g/l.

Pembersihan air sisa telah mencapai konsentrasi yang baik iaitu sebanyak
40 % daripada nilai BOD sebelumnya dan sebanyak 70 % daripada nilai COD
sebelumnya. Nilai penghasilan lumpur yang spesifik didapati menurun dari 0.9
kg/kgBOD selepas beberapa minggu selepas projek ini kepada setengah daripada
nilai asalnya.

Bakteria nitirifikasi biasanya membesar dalam lumpur yang berumur lebih


dari 8 hari. Biocord yang ditenggelamkan tersebut boleh mendorong proses
nitrifikasi. Pengaruh Biocord dalam umur serta ciri-ciri Lumpur adalah amat
penting sekali. Penggunaan Biocord bagi tujuan meningkatkan konsentrasi MLSS
adalah lebih kurang 2.5 kali lebih efektif dari sudut kos jika dibandingkan
dengan pembinaan sebuah tangki pengudaraan untuk mencapai tujuan yang sama.

3.2.3

Teknologi Storm Filter.

Pencemaran sungai daripada sumber berpunca boleh diatasi dengan lebih


mudah berbanding dengan pencemaran sungai akibat sumber tidak berpunca.
Teknologi Storm Filter merupakan satu teknologi yang dicipta bagi tujuan

70
mengurangkan pencemaran sungai akibat sumber tidak berpunca. Teknologi ini
digunakan dalam merawat air larian permukaan sebelum air tersebut bercampur
dengan air sungai. Storm Filter ini dipasang selari dengan longkang untuk
memastikan sebarang bahan pencemar yang dialirkan oleh air larian permukaan
akibat hujan tidak mencemarkan sungai.

Storm Filter merupakan sebuah teknologi yang pasif dan boleh


mengalirkan bendalir melaluinya. Ia merupakan satu sistem penapisan ribut yang
di pasang selari dengan alur ribut. Sistem ini terdiri daripada satu atau lebih
penapis media dan kartrij penapis. Sistem ini berfungsi apabila air hujan melalui
medium yang dipenuhi kartrij di mana ia berfungsi untuk memerangkap partikel
dan menyerap bendasing seperti logam terlarut dan hidrokarbon. Sebaik sahaja
ditapis melalui penapis tersebut, air hujan yang telah dirawat dialirkan kepada
sebuah paip pengumpul atau dialirkan kepada sistem saluran terbuka di mana ia
akan bercampur dengan air sungai.

Storm Filter ini dihasilkan dalam 4 konfigurasi yang berlainan iaitu tuang
di tempat (cast-in-place), pratuang (precast), linear dan lembangan tadah (catch
basin). Konfigurasi pratuang, linear dan lembangan tadah menggunakan unit pra
pembuatan untuk memudahkan rekabentuk dan proses pemasangan sistem ini.
Manakala konfigurasi unit tuang di tempat pula di pelbagikan bagi aliran yang
lebih besar dan boleh sama ada unit bawah tanah yang terlindung ataupun
sebaliknya. Rajah 3.15 muka surat sebelah menunjukkan sistem storm filter.

71

Rajah 3.15

: Storm Filter

Sumber

: Stormwater Management Inc.

3.2.3.1 Konsep Storm Filter.

Sistem Storm Filter direkabentuk dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti


air larian akibat ribut daripada kawasan perbandaran sebelum ia memasuki sungai.
Daripada kajian yang telah dilakukan, system ini terbukti berkesan dalam merawat
aliran pancutan pertama akibat ribut. Kecekapan sistem ini adalah paling tinggi
apabila konsentrasi bahan pencemar tinggi. Sumber tidak berpunca yang
difokuskan dalam rawatan oleh system ini adalah jumlah pepejal terampai (total
suspended solids), minyak dan gris (oil and grease), logam terlarut, nutrien,
bahan organik dan sampah-sarap.

72
Sistem ini direkabentuk bagi merawat aliran puncak kualiti air ribut. Aliran
puncak ditentukan daripada pengiraan berasakan kepada sumbangan kawasan
tadahan air dan juga dari magnitud rekabentuk ribut yang ditetapkan oleh agensi
Pengurusan Ribut. Saiz sebuah Storm Filter ditentukan oleh bilangan kartrij
penapis yang diperlukan bagi rawatan aliran puncak.

Kadaralir melalui setiap kartrij boleh diubah membolehkan kawalan


terhadap tempoh masa perhubungan antara influen dengan media penapis.
Kadaralir maksimum melalui setiap kartrij boleh diubah antara 5 hingga 15 gpm
dengan menggunakan disk pembatasan yang dikalibrasi pada tapak setiap kartrij.
Perubahan terhadap kadaralir kartrij akan memberi kesan kepada bilangan kartrij
yang diperlukan untuk merawat aliran puncak.

Sistem ini direkabentuk dengan menggunakan sifon untuk mengalirkan


ribut melalui kartrij penapis yang mengandungi penapis. Terdapat banyak jenis
media penapis yang boleh digunakan pada tapak-tapak tertentu dengan sasaran
sumber tidak berpunca yang tertentu. Dalam banyak kes, kombinasi media
digunakan bagi memaksimumkan keberkesanan rawatan air larian ribut.

3.2.3.2 Kartrij Storm Filter.

Kartrij merupakan jantung bagi sebuah sistem Storm Filter. Keserbabolehan


kartrij ini membolehkan media penapis di pilih berdasarkan keperluan tapak dan
fungsi sifon yang pasif memaksimumkan kecekapan penapis. Kartrij ini
ditempatkan di dalam sebuah vault konkrit. Vault ini terdiri daripada tiga jenis

73
ruang iaitu ruang pra rawatan, ruang penapisan dan ruang outlet. Stormwater
yang tercemar memasuki ruang pra rawatan di mana sisa pepejal dan sisa yang
terapung di perangkap. Dari ruangan tersebut air dialirkan ke ruang penapis bagi
rawatan yang sepenuhnya. Seteruanya air mengalir melalui penapis ke dalam
saluran manifold yang menyingkirkan air yang telah dirawat sepenuhnya ke ruang
outlet. Ruang outlet menumpul aliran dari saluran manifold untuk disingkirkan
melalui sebuah paip outlet. Rajah 3.16 menunjukkan sebuah kartrij Storm Filter.

Rajah 3.16

: Kartrij Storm Filter

Sumber

: Stormwater Management Inc.

3.2.3.3 Media Penapis Storm Filter.

Sistem Storm Filter menggunakan pelbagai jenis media penapis untuk


menyingkirkan bahan pencemar dari air larian akibat ribut. Sistem ini boleh
diubah-ubah berdasarkan keperluan tapak dengan menggunakan penapis media
yang berbeza-beza bagi menyingkirkan sedimen, fosforus terlarut, nitrat, logam
terlarut serta minyak dan gris. Dalam kebanyakkan kes penggunaan kombinasi
media penapis disyorkan bagi memaksimumkan penyingkiran bahan pencemar.

74
Media-media penapis yang boleh digunakan adalah seperti perlite, zeolite,
media daun compost storm filter, pleated fabric inserts, granulated activated
carbon (GAC) dan media iron-infused.

Perlite bahan semulajadi yang terbentuk dari debu gunung berapi. Ia


bersifat poros, struktur yang berliang dan mempunyai sisi yang kasar. Cici-ciri ini
menyebabkan media ini sangat berkesan dalam menyingkirkan partikel-partikel
yang halus. Perlite boleh digunakan sebagai satu media yang tersendiri atau
digabungkan dengan media yang lain. Perlite adalah sangat berkesan dalam
menyingkirkan pepejal terampai dan minyak serta gris.

Zeolite juga merupakan mineral semulajadi yang telah pun diaplikasikan


dalam pelbagai jenis penapis air sebelum ini. Media ini digunakan untuk
menyingkirkan logam terlarut, ammonium dan beberapa bahan organik.

Daun compost storm filter (CSF) adalah penggunaan daun luruh reput dan
dijadikan baja atau humus. Baja yang telah siap diproses kepada media granular
organik untuk menyingkirkan pepejal terampai, minyak dan gris serta logam
terlarut.

Pleated fabric inserts direkabentuk untuk digunakan sebagai media


tersendiri atau dengan gabungan media lain untuk penyingkiran bahan pencemar
yang efektif. Media ini digunakan terutamanya bagi mengawal pepejal terampai.

GAC telah digunakan dalam industri penapisan air sejak beberapa tahun
dulu. Media ini adalah popular disebabkan sturuktur mikroporosnya serta luas

75
permukaannya yang besar yang membekalkan kadar penyerapan yang tinggi.
Media ini digunakan untuk menyingkirkan minyak dan gris serta bahan organik.

Media iron-infused merupakan satu sel yang terbuka yang di masukkan


cebisan besi bagi tujuan penyingkiran fosfat terlarut. Media ini juga berkebolehan
dalam penyingkiran kuprum dan zink terlarut. Rajah 3.17 menunjukkan kesemua
media penapis yang telah dibincang sebelum ini.

Perlite

Zeolite

CSF Leaf

Pleated Fabric

Granulated

Iron-Infused

Insert

Activated Carbon

Rajah 3.17

: Media Penapis Storm Filter

Sumber

: Stormwater Management Inc.

Pemilihan media penapis harus dilakukan bergantung kepada bahan


pencemar yang dikenalpasti di kawasan tersebut. Jadual 3.6 adalah panduan bagi
pemilihan media penapis bagi memaksimumkan keefektifan storm filter.

76
Jadual 3.6 : Panduan Pemilihan Media Penapis.
Sumber
Bahan

: Stormwater Management Inc.


Perlite

CSF

Zeolite

GAC

Pencemar
Sedimen

Sangat

Iron-

Pleated

Infused

Fabric

Baik

Sangat

baik

baik

Minyak

Sangat

Sangat

dan gris

baik

baik

Logam

Sangat

terlarut

baik

Bahan

Baik

Baik
Baik

organik
Fosforus

Baik

Baik

Baik

Fosforus

Sangat

terlarut

baik

Nitrogen

Baik

Baik

Baik

Baik

3.2.3.4 Fungsi Sistem Storm Filter.

Apabila stormwater di dalam sistem ini memasuki kartrij storm filter, ia


menapis secara melintang melalui media penapis di dalam kartrij berkumpul di
tengah-tengah tiub kartrij tersebut, di mana float di dalam kartrij berada dalam
keadaan tertutup secara ke bawah. Rajah 3.18 pula menunjukkan struktur
dalaman kartrij.

77

Rajah 3.18

: Struktur Dalaman Kartrij Storm Filter.

Sumber

: Stormwater Management Inc.

Air seterusnya akan terus bergerak melalui media penapis dan ke dalam
pusat tiub kartrij. Udara di dalam kartrij digantikan dengan air dan proses
pembersihan berlaku dari bawah filter hood melalui laluan sehala ke injap
penyekat di puncak atau cap kartrij. Sebaik sahaja tiub pusat dipenuhi dengan air
iaitu lebih kurang sebanyak 18 inch, bermakna terdapat daya apungan yang
mencukupi pada float untuk membuka injap float dan membenarkan air yang
telah dibersihkan di dalam pusat tiub mengalir keluar saliran manifold di bawah
kartrij. Ini menyebabkan injap penyekat untuk menutup dan pembukaan sifon
yang menyingkirkan air yang tercemar di sekitar penapis dan permukaan kartrij.

78
Kartrij disambungkan kepada saliran manifold di bawah kartrij dengan
menggunakan sambungan plastik. Sistem ini juga dilengkapkan dengan penyebar
aliran yang memerangkap sampah-sarap yang terapung dan saput permukaaan,
walaupun semasa keadaan limpahan.

3.2.3.5 Kelebihan Storm Filter

Penggunaan sistem storm filter adalah disarankan disebabkan pelbagai jenis


faedah yang dapat dimanfaatkan. Di antara kelebihan-kelebihan sistem storm filter
adalah seperti berikut:
Berkesan dalam penyingkiran semua jenis hidrokarbon.
Berkesan dalam penyingkiran minyak serta petrol.
Sesuai bagi pengaplikasian di kawasan tempat letak kereta serta kawasankawasan industri berat.
Mempunyai keberkesanan 100% serta mudah untuk menukar bahan
penapis.
Boleh digunakan di kawasan pertanian dan juga kawasan perkilangan.

79
3.2.3.6 Penggunaan Sistem Storm Filter Di Kawasan McDonald, Vancouver.

Teknologi storm filter diaplikasikan di Vancouver, Washington bagi


merawat air larian stormwater yang dikenal pasti mencemarkan sungai di sekitar
Vancouver. Kawasan yang dikenalpasti untuk diaplikasikan system ini adalah di
sekitar kawasan Mc Donald, Vancouver. Luas kawasan kajian adalah lebih kurang
1 ekar atau 4047 m2. Rajah 3.19 menunjukkan lokasi kawasan kajian.

Rajah 3.19 : Lokasi kawasan kajian


Sumber

: Stormwater Management Inc.

Bagi kajian ini storm filter yang digunakan adalah dari jenis pra tuang
(precast) dengan saiz 6 x 12 beserta dengan aliran rawatan puncak adalah
sebanyak 0.3 kaki3 per saat (cfs). sebanyak 9 kartrij diaplikasikan di dalam storm
filter ini. Setiap kartrij direkabentuk bagi merawat sebanyak 15 gallon per minit
(gpm). Kajian ini dilakukan selama 3 tahun secara keseluruhannya. Jadual 3.7
menunjukkan proses yang terlibat secara keseluruhannya dalam kajian ini.

80
Jadual 3.7 : Pemasangan Serta Penyenggaraan Storm Filter.
Sumber
Tarikh

: Stormwater Management Inc.


Media /

Operasi

Catatan

Hari ke-0- Pemasangan

-Sistem mula berfungsi.

Kartrij
18-10-96

9 / CSF

sistem storm filter.


11-03-97

9 / CSF

Hari ke-149-Penyiasatan

-Hujan selama 3 hari.

tapak.

-80 gpm dirawat tanpa


sebarang limpahan.
-Pepejal terampai dan
minyak dikenalpasti dalam
kuantiti sederhana.

30-04-97
01-06-98

9 / CSF
9 / CSF

Hari ke-199-Penyenggaraan

-Sedimen yang terkumpul di

yang ringkas.

Vault Floor di singkirkan.

Hari ke-596-Penyiasatan

-Lapisan buih kotor, minyak

tapak.

serta sedimen dikenalpasti.


-Sampel media diambil dan
didapati berminyak.

30-06-98

3 / CSF, 3/

Hari ke-625-Penyenggaraan

-Sistem dipasang dengan 3

Perlite & 3 /

penuh.

media penapis bagi penilaian

Fabric.
30-07-98

kecekapan.

3 / CSF, 3/

Hari ke-655-Pensampelan

-Sebanyak 6 sampel influen

Perlite & 3 /

dilakukan.

dan effluen diambil.

Fabric.
16-07-99

9 / Perlite

Hari ke-1036-Penyenggaraan -Sedimen dikeluarkan dari


penuh.

vault. Kartrij ditukarkan.


Sistem diberhentikan bagi
tujuan penyelenggaraan.

81
Sampel diambil dalam sela masa 30 saat. Seorang pensampel mengambil 6
sampel influen manakala seorang lagi pensampel mengambil 6 sampel effluen.
Sampel-sampel ini kemudian digabungkan dan dianalisis bagi tujuan menghasilkan
2 sampel. Analisis pepejal terampai, fosforus terlarut, jumlah fosforus serta
minyak dan gris dilakukan. Jadual 3.8 menunjukkan keputusan yang diperolehi
daripada analisis yang telah dilakukan.

Jadual 3.8 : Keputusan Analisis Sampel dari Storm Filter.


Sumber

: Stormwater Management Inc.

Tarkih sampel

Parameter

Influen

Effluen

Peratus yang

(mg/l)

campuran

disingkirkan.

diambil.

Perlite (mg/l)
30-07-98

Pepejal

708

146

79.4%

0.097

0.093

4.1%

1.87

0.553

70.4%

96

13

86.5%

terampai.
30-07-98

Fosforus
terlarut.

30-07-98

Jumlah
Fosforus.

30-07-98

Minyak dan
Gris.

Seperti yang dapat dilihat dalam konsentrasi influen, beban bahan


pencemar adalah sangat tinggi semasa kajian ini akibat pengumpulan bahan
pencemar semasa cuaca kering. Storm filter direka bagi merawat air larian
daripada hujan ribut dan peratus penyingkiran bahan pencemar di Jadual 3.8
menunjukkan keberkesananya. Penyingkiran pepejal terampai sebanyak 79.4%
menunjukkan kapasiti kartrij penapis dalam peningkiran bahan pencemar secara

82
fizikal. Sementara itu, penyingkiran minyak dan gris pula adalah sebanyak 86.5%
yang menunjukkan keupayaan penyerapan media penapis.

BAB IV

KAEDAH PENGAWASAN SUNGAI TERCEMAR YANG TELAH


DIBERSIHKAN.

4.1 PENGENALAN

Sungai dan persekitarannya sangat perlu selaras dengan kehendak kerajaan


dan masyarakat masa kini yang mahu memastikan kepesatan pembangunan negara
diharmoniskan dengan keadaan alam sekitar.

Daripada kajian dunia, didapati bahawa kualiti air sungai semakin terjejas
akibat daripada pencemaran terhadap sungai yang semakin serius. Oleh kerana
jumlah air yang dikategorikan bersih dan berkualiti telah pun berkurang tetapi
jumlah penggunaan air semakin meningkat menyebabkan masalah kekurangan air
berlaku. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk
mengatasi masalah ini.

84
Di Singapura, kerajaan negara itu telah berjaya membersihkan sungai di
negaranya dan menjadikannya sebagai tempat rekreasi dan pelancongan. Walaupun
kerajaan Malaysia juga telah mengambil tindakan bagi membersihkan sungai tetapi
tidak begitu berjaya serta berkesan. Di Melaka, kerajaan juga mengeluarkan
berjuta-juta ringgit supaya membersihkan dan mendalamkan Sungai Melaka.
Seandainya kita menawarkan seberapa banyak wang yang ada hanya untuk
membersihkan sebatang sungai, ia adalah lebih baik jika kita menjaga kebersihan
sungai dan menggunakan wang itu dalam bidang lain yang lebih bermanfaat.

4.2 AKTA-AKTA YANG BERKAITAN DENGAN PENCEMARAN SUNGAI.

Apabila melihat ke arah negara-negara luar seperti negara-negara Eropah


dan British, mereka lebih prihatin dan menmpukan lebih perhatian ke arah
masalah pencemaran sungai. Kualiti air sungai di negara mereka dilindungi oleh
pelbagai akta yang diluluskan oleh kerajaan mereka. Akta pencemaran 1388
(Pollution Act 1388), merupakan akta kerajaan yang pertama di England yang
melarang pembuangan bangkai haiwan, najis haiwan atau sampah-sarap ke dalam
sungai. Sesiapa yang didapati melanggar peraturan tersebut akan digantung sampai
mati pada ketika itu.

Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan Malaysia juga mengambil langkahlangkah yang sewajarnya untuk memulihkan sungai yang tercemar di seluruh
Malaysia, namun tanpa kerjasama yang sepenuhnya daripada masyarakat masalah
ini sudah tentu tidak dapat diatasi. Kerajaan Malaysia juga telah menggubal
pelbagai akta yang melindungi pencemaran sungai. Akta-akta yang melindungi
pencemaran sungai adalah seperti berikut:

85

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)


(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977-P.U.(A) 342/77
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)
(Getah Asli Mentah) 1978-P.U.(A) 338/78
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Effluen
Perindustrian) 1979-P.U.(A) 12/79
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling)
1987
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Penggunaan Bahan-Bahan
Terkawal di Dalam Sabun, Detergen Sintetik dan Agen-agen lain) 1995

4.2.1

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)


(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977-P.U.(A) 342/77.

Akta ini telah berkuatkuasa secara sepenuhnya mulai 1 Julai 1978. Di


bawah akta ini premis yang ditetapkan membawa maksud premis yang ditentukan
di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)
(Minyak kelapa Sawit Mentah), 1977, yang merupakan premis yang menggunakan
atau memproses buah kelapa sawit kepada minyak kelapa sawit mentah, sama ada
sebagai bahan perantaraan atau pun bahan akhir. Akta ini secara keseluruhannya
mengawal pelepasan effluen dari kilang-kilang minyak kelapa sawit ke dalam
sungai dan alam sekitar.

86

4.2.2

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)


(Getah Asli Mentah) 1978-P.U.(A) 338/78

Akta ini telah berkuatkuasa secara sepenuhnya mulai 1 April 1979. Di


bawah akta ini premis yang ditetapkan membawa maksud premis yang ditentukan
di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)
(Getah Asli Mentah), 1978, yang merupakan premis yang terlibat dengan
penggunaan atau pemprosesan getah asli mentah sama ada dalam bentuk yang
ditentukan, bentuk lateks termasuk pemanasan getah dengan sulfur dan bentuk
lapisan yang lazim, skim, bentuk berkedutan atau bentuk getah yang lain yang
tidak melebihi 5 ton sehari dengan kadar pengeluaran serta pemprosesan yang
sama. Kesimpulannya, akta ini mengawal pelepasan effluen dari kilang-kilang
getah asli mentah.

4.2.3

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan EffluenEffluen Perindustrian) 1979.

Akta ini telah berkuatkuasa secara sepenuhnya mulai 1 Januari 1979. Di


bawah akta ini effluen membawa maksud kumbahan atau effluen perindustrian.
Effluen perindustrian membawa maksud cecair atau air sisa yang di hasilkan bagi
tujuan pemprosesan atau pengeluaran yang berlaku dalam mana-mana premis
perindustrian. Kumbahan pula membawa maksud cecair atau air sisa yang

87
mengandungi sisa-sisa haiwan atau tumbuhan dan boleh juga mengandungi cecair
yang beracun. Akta ini diaplikasikan kepada pengeluaran effluen ke dalam manamana air sungai oleh premis perindustrian.

4.2.4

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam


Sekeliling) 1987.

Akta ini telah berkuatkuasa secara sepenuhnya mulai 1 April 1988. Akta
ini menetapkan 19 kategori aktiviti yang tertakluk kepada penilaian kesan kepada
alam sekeliling. Aktiviti-aktiviti termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan
pertanian, lapangan terbang, pengairan dan saliran, tebusguna tanah, perikanan,
perhutanan, perumahan, industri, infrastruktur, pelabuhan, perlombongan, petroleum,
penjanaan dan pemancaran kuasa, kuari, keretapi, pengangkutan, pemajuan rekreasi
dan peranginan, pengolahan dan pelupusan buangan, dan bekalan air. Penerangan
terperinci mengenai aktiviti tersebut adalah seperti yang dilampirkan dalam
Lampiran A.

4.2.5

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Penggunaan Bahan-Bahan


Terkawal di Dalam Sabun, Detergen Sintetik dan Agen-agen lain)
1995.

88

Akta ini telah berkuatkuasa secara sepenuhnya mulai 15 April 1995. Di


bawah akta ini bahan-bahan terkawal membawa maksud bahan yang disenaraikan
dalam Jadual Bahan Buangan Terkawal sama ada dalam bentuk individu atau pun
dalam bentuk campuran. Sabun membawa maksud bahan yang digunakan sebagai
agen pembersih yang berasaskan lemak semulajadi atau minyak. Detergen sintetik
pula membawa maksud bahan yang digunakan sebagai agen pembersih yang
berasaskan bahan organik dan bahan inorganik kimia. Lampiran B menunjukkan
Jadual Bahan Buangan Terkawal.

4.3 KAEDAH-KAEDAH PENGAWASAN YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN.

Walaupun terdapat pelbagai akta yang berkaitan dengan pencemaran sungai,


namun tidak semua pihak yang mematuhinya. Bagi memastikan persekitaran yang
bersih dan sihat, kerjasama dari setiap individu diperlukan. Sikap mencintai alam
sekitar patut terbenam di dalam jiwa setiap insan di muka bumi ini. Hanya
dengan ini kesemua masalah yang berkaitan dengan alam sekitar dapat dibendung
sama sekali.

Di dalam suasana kehidupan yang bermasyarakat, manusia tidak boleh


lepas tangan jika sesuatu masalah timbul di kalangan masyarakat tersebut.
Sehubungan dengan itu, kesedaran terhadap pentingnya menjaga kebersihan sungai
lebih mudah diterapkan ke dalam masyarakat yang bekerjasam dan bersatu-padu.
Penyatupaduan masyarakat akan tercapai menerusi program-program yang
dijalankan. Ini diperolehi dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap golongan

89
masyarakat semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Sebagai
contohnya program pengindahan sungai, di dalam program ini, semangat
kerjasama yang tinggi amat diperlukan. Oleh yang demikian, setiap lapisan
masyarakat perlu memberi komitmen yang sewajarnya.

Sungai-sungai yang telah dibersihkan sewajarnya dipelihara supaya tidak


dicemari lagi. Antara kaedah-kaedah pengawasan yang boleh dilaksanakan adalah
seperti:
Kempen yang berterusan.
Program terhadap masyarakat.
Pendidikan sungai.
Peranan sektor awam dan swasta.
Tindakan undang-undang.
Konsep pembangunan berhadapan sungai.

4.3.1

Kempen Yang Berterusan.

90
Kempen bagi meningkatkan kesedaran orang ramai perlu dilakukan secara
berterusan. Ini adalah kerana fitrah manusia yang perlu sentiasa diiingatkan.
Kempen ini boleh dilakukan melalui media massa seperti surat khabar dan
majalah yang biasa dilakukan atau pun melalui media elektronik seperti radio,
televisyen dan juga internet. Pihak-pihak yang berkenaan seharusnya mengambil
inisiatif ini dalam usaha untuk membuka mata masyarakat terhadap pencemaran
sungai.

Di samping itu, satu kelab atau badan perlu ditubuhkan untuk


memudahkan aktiviti publisiti ini dijalankan. Badan tersebut perlu dikendalikan
oleh organisasi yang terdiri daripada sukarelawan yang sedia untuk berkhidmat.
Dengan penubuhan badan-badan seperti ini juga akan memudahkan orang ramai
untuk mendapatkan maklumat berkenaan sungai dan gerakan serta usaha yang
dijalankan akan lebih sistematik kerana ia dinaungi di bawah satu organisasi yang
mantap sebagai contoh organisasi yang telah ditubuhkan iaitu Sahabat Alam
(SAM).

4.3.2

Program Terhadap Masyarakat.

Program-program kesedaran yang dirancang mesti mengikut peringkat umur


tertentu. Ini adalah kerana setiap peringkat umur memerlukan kaedah pendekatan
yang berlainan dalam penerimaan sesuatu program. Antara program yang sesuai
dijalankan adalah seperti sukan air, program pengindahan, program sungai angkat,
ekspedisi sungai, ceramah perdana dan konsert serta kem kesedaran.

91
Program sukan air pernah diadakan oeh pihak Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) sebelum ini, namun ia perlu perkembangkan lagi dan aktiviti sukan
ini perlu dipelbagaikan demi menarik minat orang ramai. Antara aktiviti yang
dirasakan dapat menarik minat orang ramai adalah acara berkenu kerana ia
semakin digemari tidak kira di negara barat atau di negara kita sendiri.

Program sungai angkat merupakan salah satu cara pengawasan yang


bertujuan untuk menggalakkan penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran
sungai memulihara serta mengjaga sungai sebagai kawasan rekreasi bagi
masyarakat setempat. Skop aktiviti boleh termasuk pengenalpastian bahagian
sungai untuk dimajukan, perancangan serta pemajuan kawasan tersebut melalui
konsep gotong-royong. Sebagai contohnya, daripada aktiviti sungai angkat yang
telah dijalankan setakat ini, beberapa sungai telah menjadi tarikan kepada
pengujung . Contohnya sungai Air Putih di Junjung, Kulim, Kedah.

Program pengindahan sungai sebenarnya berada di bawah program sungai


angkat, Cuma penghargaan diberikan kepada sungai terbersih dan tercantik
mengikut kategori yang ditetapkan. Penaja-penaja dari agensi kerajaan dan swasta
diperlukan untuk menjayakan program seperti ini.

Program ekspedisi sungai ini telah diadakan oleh pihak JPS sebelum ini,
tetapi program ini cuma dibuka kepada para wartawan dari media cetak dan
elektronik. Program seperti ini juga boleh diperluaskan lagi penyertaannya dengan
membuka peluang kepada orang ramai terutamanya.
Ceramah perdana merupakan satu program yang sesuai dijalankan bagi
kelompok masyarakat luar bandar dan juga di taman-taman perumahan serta di
kawasan setinggan. Ceramah yang dianjurkan akan mendapat sambutan yang lebih
baik jika penceramah yang dijemput adalah dari golongan terpelajar dan ternama.

92
Dalam sesi ceramah ini orang ramai akan didedahkan secara langsung kepada
kepentingan dan peranan sebenar sungai.

Persembahan teater tentang pencemaran sungai adalah merupakan satu


program yang baik ke arah menyedarkan masyarakat. Di dalam teater tersebut
perlulah diselitkan unsur-unsur cintakan sungai dan dilakonkan oleh artis-artis
terkenal yang boleh menarik perhatian orang ramai. Industri muzik juga boleh
memainkan peranan dengan mengadakan konsert amal. Para artis dijemput secara
sukarela mengadakan konsert. Konsert yang diadakan hendaklah bertemakan
Cintailah Sungai Kita. Dengan cara ini artis-artis juga dapat melibatkan diri
dan lebih menyedari tentang kepentingan sungai.

Kem kesedaran biasa dijalankan untuk para pelajar sekolah rendah dan
menengah. Namun demikian, kem seperti ini biasa diadakan sekali bagi setiap
pelajar. Ini jelas tidak mencukupi, kem seperti ini perlu dijalankan berterusan
secara berkala. Ini bermakna setiap pelajar akan mengikuti kem secara bersiri.
Kaedah ini lebih efektif dijalankan setiap tahun untuk mnyegarkan semula ingatan
mereka.

4.3.3

Pendidikan Sungai.

93
Pendidikan sungai merupakan sikap yang baik yang semestinya perlu
dipupuk sejak kecil lagi. Ini bersesuaian dengan pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Oleh itu, program pendidikan sungai perlu diadakan untuk pelajar
dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Sebelum
ini, aktiviti seumpamanya telah dijalankan oleh JPS dengan mengadakan program
khas untuk pelajar tetapi ianya tidak begitu berjaya kerana program ini cuma
diadakan sekali. Dengan cara ini agak sukar untuk menerapkan nilai-nilai ke
dalam diri pelajar itu sendiri. Oleh yang demikian, satu kaedah yang lebih efektif
perlu dilaksanakan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kesedaran dikalangan
pelajar yang akan menerajui kepimpinan akan datang.

Pengenalan satu mata pelajaran khas tentang pencemaran di sekolahsekolah adalah merupakan kaedah yang paling efektif. Kelab khas yang berkaitan
dengan pencemaran sungai juga perlu diadakan di setiap sekolah. Kelab seperti
ini perlulah digiatkan dengan aktif oleh para guru. Dalam hal ini guru
memainkan peranan yang penting. Kelab tersebut boleh menjalankan aktivitiaktiviti mingguan sebagai contoh pertandingan melukis, kuiz, ceramah,
pertandingan syarahan dan sebagainya.

4.3.4

Peranan Sektor Awam dan Swasta.

Bagi sesuatu organisasi tidak kira sama ada sektor awam atau swasta,
kakitangan di dalamnya adalah merupakan nadi penggerak bagi setiap aktiviti
yang dijalankan. Pihak majikan perlulah mengambil peluang dengan mengadakan
kursus-kursus serta seminar khas untuk mendedahkan kepada kakitangan tentang
kesedaran terhadap kebersihan sungai. Selain itu juga, satu slot khas yang

94
membincangkan mengenai pencemaran boleh diadakan semasa mesyuarat syarikat
diadakan. Di samping itu, usaha-usaha terhadap pemuliharaan sungai boleh
dijalankan dan dijadikan program hujung minggu syarikat jabatan atau firma
masing-masing.

4.3.5

Tindakan Undang-Undang.

Satu peruntukkan undang-undang perlu disediakan terhadap orang ramai


yang membuang sampah ke dalam sungai atau tidak ke dalam tong sampah.
Undang-undang seperti ini perlu dilaksanakan kerana orang ramai akan lebih
berhati-hati apabila hendak membuang sampah. Setiap kawasan atau zon perlu
disediakan pegawai-pegawai khas yang akan memerhatikan tingkah laku orang
ramai. Undang-undang seperti ini adalah tidak mustahil jika pihak berkuasa
tempatan bersedia untuk mengambil inisiatif terhadap kebersihan sungai dan
bandaraya.

4.3.6

Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai.

Konsep pembangunan berhadapan sungai merupakan suatu cadangan yang


dikemukakan oleh JPS, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan
kepesatan pembangunan negara perlu diharmonis dengan keadaan alam sekitar.
Sungai dan persekitarannya adalah tempat terakhir di dalam sebuah kota yang

95
pesat membangun untuk penghuni-penghuninya menikmati ketenangan dan
keindahan pemandangan seperti bandar-bandar besar di Malaysia.

Sebenarnya kebanyakan negara-negara membangun telah melaksanakan


konsep ini setelah menyedari kesilapan dan keghairahan mengejar pembangunan.
Perancangan yang teratur merupakan aspek yang terpenting bagi mengurangkan
pencemaran, di mana aktiviti-aktiviti pembangunan yang meliputi kawasan
perumahan, infrastruktur dan perindustrian perlu dirancang dan dirujuk kepada
kepentingan alam sekitar untuk jangka masa yang panjang. Konsep pembangunan
yang baru berhadapan dengan sungai dan menggalakkan visual contact dengan
sungai perlu diwujudkan di lembangan sungai ini. Sebagai contoh, Sungai Rejang
di Sarawak mampu menjadi daya tarikan umum untuk menghargai kebersihan dan
keindahan sungai.

Untuk menangani suatu masalah, penglibatan dari semua yang pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung akan mendapat kesan yang
ketara. Tiada makna jika hanya pihak berkuasa sahaja yang berusaha untuk
membersihkan sungai dan mengawalkan pencemaran sungai andainya masyarakat
terus mengamalkan sikap tidak mencintai keindahan sungai. Tidak prihatin wujud
dalam diri masing-masing dan amalan membuang sampah sarap terus ke dalam
sungai menjadi faktor pencemaran terhadap sungai tidak berjaya diatasi dan
program pemulihan sungai gagal di separuh jalan pelaksanaannya.

Adalah diharapkan agar program-program ini dapat dilaksanakan dengan


kerjasama masyarakat setempat dan ini dapat menjimatkan kos pelaksanaan
sesuatu program pemuliharaan. Secara keseluruhanya, pencemaran disebabkan
daripada sikap kerakusan manusia sendiri dalam mengejarkan pembangunan.

96
Program pembangunan juga tidak mengambil kira faktor keseimbangan semula
jadi dan akibat daripada pencemaran sungai.

Apalah guna kita maju dari segi ekonomi, sebaliknya alam sekitar kita
semakin dicemar. Untuk mencapai suatu perseimbangan di antara ekonomi dan
alam sekitar, kerjasama di antara semua pihak adalah agak penting daripada usaha
kerajaan sahaja.

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

KESIMPULAN

Daripada kajian projek sarjana muda ini beberapa perkara dapat


disimpulkan. Bagi mengatasi sesuatu masalah punca yang menyebabkan masalah
tersebut harus dikenalpasti terlebih dahulu. Begitu juga dengan masalah
pencemaran sungai yang semakin berleluasa ini.

Beberapa punca pencemaran sungai yang utama telah dikenal pasti melalui
kajian ini. Punca pencemaran sungai boleh dikategorikan kepada dua iaitu sumber
berpunca serta sumber tidak berpunca. Sumber berpunca adalah bahan pencemar
yang mengalir keluar melalui saluran yang diketahui puncanya. Contohnya effluen
industri, effluen dari ladang ternakan khinzir dan effluen dari kawasan perumahan.
Sumber tidak berpunca adalah bahan pencemar yang tidak diketahui puncanya.
Contohnya aktiviti pertanian, pembangunan bandar dan hujan asid.

98
Bagi mengatasi pencemaran sungai ini beberapa teknologi yang telah pula
mula diaplikasikan di luar negara telah dikenalpasti. Sebagai mengatasi masalah
pencemaran akibat sumber berpunca, dua teknologi yang dikenal pasti adalah EcoBio-Block (EBB) dan Biocord. Manakala Storm Filter merupakan teknologi yang
dikenalpasti bagi mengatasi masalah pencemaran akibat sumber tidak berpunca.

EBB merupakan satu teknologi baru yang kembali ke konsep asas iaitu
bersifat mesra alam, asli dan merupakan kaedah yang ekonomik dalam
memulihara air serta sungai tercemar. EBB merupakan hasil daripada satu proses
percampuran antara suatu amaun simen yang tepat, pasir, batu, mikroorganisma
mesra alam yang mempunyai makanan penyubur dengan batu volkanik.

Biocord merupakan bioreaktor yang direka untuk pengurusan air yang


selain longkang atau parit menggunakan aktiviti mikroorganisma untuk
mengelakkan pencemaran air di laut, sungai, tasik dan kawasan paya. Biocord ini
kelihatan sebagai satu tali pintal yang ringkas dengan diselubungi lingkaran
benang yang tidak terkira. Teknologi ini berfungsi sebagai penapis mekanikal dan
juga sebagai penapis biologi.

Storm Filter merupakan satu teknologi yang dicipta bagi tujuan


mengurangkan pencemaran sungai akibat sumber tidak berpunca. Teknologi ini
digunakan dalam merawat air larian permukaan sebelum air tersebut bercampur
dengan air sungai. Sistem ini terdiri daripada satu atau lebih penapis media dan
kartrij penapis.

Sungai-sungai yang telah dibersihkan sewajarnya dipelihara supaya tidak


dicemari lagi. Beberapa kaedah telah dikenal pasti bagi memelihara sungai yang

99
telah dipulihara. Antaranya ialah kempen yang berterusan, program terhadap
masyarakat, pendidikan sungai, peranan sektor awam dan swasta, tindakan
undang-undang dan konsep berhadapan sungai.

5.2

CADANGAN.

Negara maju merupakan pencemar terbesar. Negara itu harus


mengurangkan penggunaan lebihan dengan kadar yang tinggi, sekiranya ia
berhasrat untuk menurunkan tekanan terhadap sumber dan alam sekitar semesta.
Negara maju wajib memberi bantuan dan sokongan kepada negara membangun
kerana negara maju memiliki sumber kewangan dan kemahiran teknikal.

Tidak ada negara yang dapat melepaskan diri daripada kemudaratan apabila
sistem biologi sejagat rosak. Tiada negara dapat melarikan diri daripada perbalahan
tentang sumber yang kian terhad. Ketidakstabilan persekitaran dan ekonomi akan
mengakibatkan penghijrahan besar-besaran yang mendatangkan bencana yang tidak
terkira bagi negara maju dan negara membangun. Negara membangun harus sedar
bahawa kerosakan alam sekitar adalah antara ancaman dahsyat yang dihadapi dan
usaha untuk mengurangkannya perlu dikuatkuasakan segera. Bencana paling teruk
ialah terperangkap dalam lingkaran kemelesetan alam sekitar, kemiskinan dan
keresahan yang membawa keruntuhan sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Etika baru diperlukan termasuk sikap baru terhadap melaksanakan


tanggungjawab memelihara diri dan bumi. Keupayaan bumi ini terhad. Manusia
tidak boleh terus membenarkan pembinasaan berlaku.

100
Kata perpatah Melayu, dunia ini hanya pinjaman. Dalam hal ini Islam
menuntut manusia bertindak sebagai khalifah di bumi ini dan memastikan bahawa
dunia ciptaan Allah terus kekal dalam keindahannya dan kegunaannya.

101

RUJUKAN

Klein, L. (1966). River Pollution 3: Control.


London: Butterworths.
Best.G.A. dan Ross.S.L. (1977). River Pollution Studies.
Liverpool University Press.
Stiff.M.J. (1980). River Pollution Control.
Chichester: Ellis Howard Limited.
Black.A.J. (1977). Water Pollution Technology.
Reston, Virginia: Reston Publishing Company.
Jenkins.S.H. (1981). Water Pollution Research And Development.
Pergamon Press.
Thanh.N.C, Lohani.B.N. and Quano.E.A.R. (1978). Proceedings Of The
International Conference Held At Bangkok, Thailand. (February 21-25, 1978)
International Association on Water Pollution Research (IAWPR)
De Waal L.C. (2000). Rehabilitation Of Rivers: Principles and Implementation.
Chichester: John Wileys and Sons Limited.
Nalven.G.F. The Environment: Air, Water And Soil.
New York: American Institute Of Chemical Engineers.

102
Blazej.A and Privarova.V Environmental Biotechnology.
Amsterdam: Elsevier.
Bruce E. Rittmann Environmental Biotechnology : Principles and Applications.
Mc Graw Hill.

103
LAMPIRAN A

: Aktiviti yang Tertakluk Kepada Penilaian Kesan


Kepada Alam Sekeliling

104

105

106
LAMPIRAN B

: Jadual Bahan Buangan Terkawal

You might also like