You are on page 1of 19

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

RANTAI /
SIRATAN MAKANAN
PENGENALAN
• Dalam suatu ekosistem, setiap
organisma saling berinteraksi
melalui perhubungan makanan.
Dalam interaksi ini,organisma hidup
boleh dikelaskan sebagai pengeluar,
pengguna dan pengurai.
PENGELUAR, PENGGUNA DAN
PENGURAI
• PENGELUAR- Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana
tumbuhan membina makanannya sendiri melalui fotosintetesis.

Pengguna terbahagi kepada tiga iaitu:


PENGGUNA PRIMER-haiwan yang hanya memakan tumbuhan.

PENGGUNA SEKUNDAR – haiwan yang makan pengguna primer.

• PENGGUNA TERTIER - haiwan yang makan pengguna sekundar.

PENGURAI – Organisma yang mendapatkan makanan dengan cara


menguraikankan organisma yang telah mati.
RANTAI MAKANAN
Dapat ditakrifkan sebagai satu
kumpulan organisma apabila
terdapatnya pemindahan tenaga
melalui satu siri memakan(pemangsa)
dan kena makan(mangsa) atau setiap
benda yang hidup menjadi makanan
kepada benda hidup yang lain.
Contoh rantai makanan:-

Ular Helang
Pokok padi Tikus
(pengeluar) (pengguna primer) (pengguna sekunder) (pengguna tertier)

Habitat yang berbeza biasanya mempunyai rantai


makanan dan siratan yang berbeza.
JENIS-JENIS RANTAI MAKANAN
Rantai makanan pemangsa- rantai makanan ini bermula
daripada herbivor dan kepada karnivor kecil hinggalah
yang besar. Pemangsa pada aras yang pertama lebih
kecil daripada yang kedua dan seterusnya.

Rantai makanan parasit- rantai makanan ini juga


bermula daripada herbivor tetapi tenaga makanan
dipindahkan daripada organisma yang besar kepada
yang kecil. Organisma yang besar ialah perumah dan
yang kecil ialah parasit.
Rantai makanan saprofit- Rantai makanan ini
menunjukkan pemindahan tenaga daripada jirim
organik haiwan dan tumbuhan yang mati kepada
mikroorganisma.
SIRATAN MAKANAN
Kesemua rantai makanan saling
berhubung untuk membentuk siratan
makanan. Ini kerana kebanyakkan
pengguna makan lebih dari satu jenis
makanan. Oleh itu, siratan makanan ialah
gabungan beberapa rantai makanan.
Contoh siratan makanan
Piramid nombor
Merupakan satu susunan organisma yang
menunjukkan bilangan relatif organisma pada
setiap peringkat rantai makanan.

Sekiranya diperhatikan dalam ekosistem yang


tidak terganggu, kita akan dapati bilangan
hidupan yang paling banyak ialah tumbuhan.
Tumbuhan membekalkan makanan kepada
pelbagai jenis haiwan. Oleh itu, bilangannya
harus melebihi haiwan untuk menampung
keperluan setiap haiwan.
• Bilangan pengguna primer seharusnya melebihi
bilangan pengguna sekunder dan bilangan pengguna
sekunder mesti melebihi bilangan pengguna tertier.
• Sekiranya jumlah bilangan hidupan dalam setiap
peringkat disusun mengikut tertib dalam rantai
makanan, satu model piramid nombor akan terbentuk.
Contoh piramid nombor
Pada rantai makanan yang melibatkan parasit,
keadaan sebaliknya akan dapat dilihat.

Jumlah parasit jauh lebih banyak daripada jumlah


perumah. Misalnya sepohon pokok didiami oleh
beberapa ekor burung herbivor yang memakan
buah. Pada seekor burung itu pula akan terdapat
berpuluh-puluh atau beratus-ratus kutu atau pijat.
Piramid bilangan pada rantai makanan parasit.
ALIRAN TENAGA
Dalam setiap rantai makanan, tenaga berpunca daripada
matahari. Tenaga daripada tumbuhan dipindahkan
kepada organisma lain malalui rantai makanan dan
siratan makanan.
Dalam setiap peringkat, tenaga akan digunakan untuk
respirasi dan aktiviti organisma seperti pertumbuhan dan
pergerakan.
Untuk mendapatkan semula tenaga, organisma tersebut
mestilah membina makanan sendiri atau mencari
makanan lain.
Aliran tenaga dalam piramid nombor bermula daripada
pengeluar. Walau bagaimanapun, terdapat kehilangan
tenaga apabila tenaga dipindahkan dari satu peringkat ke
peringkat yang lain.

Tenaga dalam setiap peringkat akan hilang melalui aktiviti


organisma seperti respirasi, pencernaan, perkumuhan dan
pergerakan.

Oleh itu, bilangan organisma pada dasar piramid mestilah


jauh lebih banyak dari bilangan organisma di atasnya
supaya jumlah tenaga yang ada padanya mencukupi
untuk menyokong organisma di atasnya.
Kepentingan siratan makanan

Memastikan kemandirian spesies- jika


sesuatu haiwan hanya memakan sejenis
makanan sahaja dan sekiranya makanan
itu telah habis dimakannya, haiwan itu
akan mati kebuluran.
Hidupan boleh memperolehi makanan
daripada pelbagai sumber
Apabila mana-mana rantai makanan dalam
siratan makanan terganggu,bilangan hidupan
dalam siratan makanan akan berubah dan
menyebabkan keseimbangan alam terganggu.
Contoh : pengurangan bilangan tikus akibat diracun
akan mempengaruhi bilangan ular.

Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai


hidupan dalam siratan makanan.

You might also like