You are on page 1of 4

Khasiat Daun Kari

Nama Tempatan: Kari


Nama Saintifik: Murraya Koenigii
Nama Lain: Karipulei, curry leaves
Famili: Rutaceae
Lokasi dijumpai: Diperkarangan rumah
Keterangan:
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam
dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari
mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat
india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney ,
murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.
Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya
kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia
membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah
kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.
Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi: 66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Kegunaan:
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan India. Ia
dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah
penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus
daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening
terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan
satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit
birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan
10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh
keturunan dan kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan
minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan
berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan
cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di
India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, antihiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat.
Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai
tonik.
Pucuk
daun
muda
juga
boleh
dibuat
ulam.
Khasiat
Daun
Kari
Penawar
cirit
birit
dan
buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi
masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.
Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.
Khasiat
Daun
Kari
Atasi
masalah
loya
dan
pening.
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening
terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan
satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea
(gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai
daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan
kegemukan.
Khsaiat Daun Kari dalam perubatan.
Dari segi perubatannya, khasiat daun kari amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea,
menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit ciritbirit dan penyakit berak berdarah. Selain itu khasiat daun kari juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak
sebagai sedatif.
Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat
gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat
lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada
pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan
Khasiat daun Kari mnejadi ubat penyakit diabetis
Jika keluarga anda mempunyai masalah turun menurun penyakit diabetis cuba amalkan memakan pucuk daun kari
selama 3 bulan tanpa memasak atau merebusnya, buat sebagai ulam Insya-Allah akan sembuh penyakit tersebut.
Lebih elok memakan mentah seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan tercerna dalam abdomen anda
secara semulajadi. Amalan memakanya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi
tidak berkesan.
Khasiat Daun Kari untuk Kecantikan & Kesihatan Diri
Manfaatkan Khasiat Daun Kari untuk kecantikan & kesihatan diri dengan cara yang murah & lebih selamat.

Minum air rebusan daun,akar,kulit kayu,batang dan bunga kari.Ia akan melegakan sebarang gangguan
dalam perut.

Makan daun kari secara mentah untuk mengatasi cirit-birit.

Buat teh daripada daun kari yang kering dan minum airnya.Khasiatnya dapat menambah selera makan dan
mengurangkan muntah-muntah.

Jika terkena patukan ular,minum campuran daun kari yang telah dikisar dengan kunyit mentah dan
garam.Ini adalah langkah awal sementara mangsa dibawa ke hospital.

Untuk kanak-kanak yang mengadu sakit perut,minumlah campuran jus daun kari.

Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masakkan ia sehingga
hangus.Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung,campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh
jus limau nipis serta sesudu teh gula.

Untuk menghilangkan sembelit,rendamkan daun kari dengan air panas.Kemudian campurkan dengan madu
sebelum diminum.

Info Tambahan Khasiat Daun Kari


1. Daun Kari Bagus untuk menghitamkan rambut.
2. Perawatan untuk bengkak di tubuh badan.
3. Khasiat Daun Kari Baik untuk mencegah kencing manis.
4. Khasiat Daun Kari dapat Mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. Baik untuk penghadaman.
6. Mengatasi masalah alahan bagi wanita mengandung.
7. Selain dari itu, Daun kari boleh digunakan untuk menghalau lalat.
ktedit http://herba-tihara.blogspot.com
Petua dari kaum India:
Untuk mendapatkan anak atau meramaikan anak, makan daun karipulei ini setiap
hari samaada pucuknya untuk dibuat ulam atau daunnya yangg tua dicampur
dengan banyak dalam gulai kari.

Lebih elok memakan mentah seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan
tercerna dalam abdomen anda secara semulajadi. Amalan memakanya tidak perlu
direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan.

Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan
dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang
dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak
dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

You might also like