You are on page 1of 5

Sebuah Kisah

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk
menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul
oleh bahuku, apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini.
Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukan
semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan walau
secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya.
Segalanya masih sama seperti dulu.
Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah
laku ku tidak pernah dipersoalkan. Cuma ketika dia menurunkan
tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di
pipinya.
Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut
apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang
nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.
Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi
kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang.
Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan
alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus
hidupnya sendiri.
Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niat
ku mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku
memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian
pengantinku.
Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya.
Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah
pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium
tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.Aku mengahwini
Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri
kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi.
Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang
sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normi
cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki
tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.
Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang
ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan
ayahku malah saudara mara menentang hebat kemahuanku.
Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiada
cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. cantik dan
seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang
isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah
menjadi rebutan pemuda sekampung.
Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan
Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran.
Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah
mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku
kurang membantu.
Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang
dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup
sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan
oleh Nurjannah. Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia
sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku
tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia
enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan.
Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh
Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju
hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai
sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang
sejadah sembahyang.
Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas
minuman telah tersedia di ruang rehat. Nurjannah tidak pernah
menyusahkan aku walau menghantarnyake pasar. Katanya, dia
boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya,
Nurjannah faham benar seleraku.
Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun
Nurjannah menyakiti hatiku. Menjelang hari-hari perayaan,
ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah
minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di rumah
terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi
bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri
masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas
dua barang kemas.
Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu.
Nurjannah menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk
kegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakan
wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi,
madu Nurjannah.
Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala
masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa
nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan
sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku
dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.
Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-
jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang
seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk
memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengan
sifat sabarnya.
Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah
marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia
sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam danmencium
tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku.
Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman
mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang
berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku
sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi,
tetapi aku buat-buat tidak tahu.
Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat
tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit
atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng
kepala. Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku
berkahwin lain.Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak
pernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah.
Cuma antara kami kurang mesra,mungkin kerana sudah jarang
berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik
Nurjannah. Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah
menjejaki menaragading. Terasakan begitu cepat masa berlalu.
Anak-anakku sudah menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang
sulung menjawat jawatan doktor,Fariza menjadi pensyarah,
Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru
dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan
diadakan dua hari lagi.
Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan
ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telahdua
bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku
tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium
tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak
kurang senang padaku.
Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya,
namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak.
Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang
suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam
mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri
mudaku, namunaku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku
mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara
keduanya.
Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak
mampu untuk berlaku adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk
kegemaranku, udang masak lemak cili padi. Selera sungguh aku
makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga
makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi kemulut.
Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai
kehilangan cerita.
Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelakt
awa Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca
mencari kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-
duduk di ruang tamu disamping Fariza.
Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat
berwarna jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad
undangan perkahwinanku dengan Normi. Aku bagaikan
tersentak. Borang permohonan cerai. Telah lengkap diisi hampir
terlepas dari tanganku.
Aku terpempan.
Terkedu.
Hilang sudah segala kekuatan yang ada.
Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah aku berdepan dengan
realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah, tenang dan
bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku
menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.
"Bang,lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati
menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap
abang juga boleh melakukannya sekarang," pintanya dengan
suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati.
Rasanya ingin gugur air mata lelakiku. Namun kutahan. Adakah
ini balasan untuk pengorbanan yang telah kaulakukan. Kukira
langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah,
barangkali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas
pergi orang yang dikasihi..
'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana
sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun
Jannah hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu
lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah
sampai ke penghujungnya. Lagi punkesabaran Jannah sudah
tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhakaapabila
kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah
dewasa,mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara
lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.
"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu
tunaikan fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung
mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara.
"Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah
pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah
tinggal mak cik Normi sorang-sorang."
"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang
tinggalkan Normi," pintasku cuba melerai! kekusutan yang
membelit diri.
"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah
tetap terluka. Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah
sungguh-sungguh.
Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah
memanahi pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang
menghempap bahuku. Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang
sering dihampar oleh Nurjannah isteriku.
Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah
hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku
mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada.
Aku jatuh terduduk.
Sesal dulu pendapatan.......
sesal kemudian...
ini lah jadi nye...

You might also like