You are on page 1of 8

Senarai Makanan & Hikmahnya dalam Islam

Sabtu, 17 September 2005


Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum
yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti
itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita
akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama
dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang
terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w.
pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau.
hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu
kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan
kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid,
membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya
juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu
disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya
juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah
pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan
dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah
s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg
mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)


Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati,
memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan
basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk
menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan
dengan kurma dan madu sejenis makanan yang
menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)


Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk
penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan
kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan
badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan
aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah,
menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan
kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)


Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah
seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua
penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan
juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu
ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan
demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka
saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan
penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan,
baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa
paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak
boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik
ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)


Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan.
Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa
tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang
digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku
penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang


mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini
adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu".
Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan
kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan
kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan
pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda
menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)


Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan
putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah
baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)


Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar
atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi
s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma
hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan
parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu.
Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat
dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati
daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan
direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita
melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut
pada kulit.

"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada
awal musim adalah yang paling baik dan yang
dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith
menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa
kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan
air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang
ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya
dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu
pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit
perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)


Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya
ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi
s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah
datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya
inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana
khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan
tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan
benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak
sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan
badan.

Bawang putih (thum)


Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan.
Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran
air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat
gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda
"Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia
mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama
bersama kami."

Minyak sapi (samn)


Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap
sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu
dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al
Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka
dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang
campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu
penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya
menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan,
menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit
kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat
panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang
terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai
inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan
masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau
manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas
boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi
s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya,
minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada
penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika
seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya
dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah
sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi
ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan,
minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah
madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring),
seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang
berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim
sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis
kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau
dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut.
Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang
akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan
menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik
untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan
membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad
melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya
juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa
orang yang memakan daging selama 40 hari berturut
turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang
tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut
juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata
lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang
paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas
dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah
daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua
tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat
pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai
makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging
unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai
makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging
binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang
pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Rahsia Solat

Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita


dari dunia dan akhirat
Berdiri Betul Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan
tempat kita didalam kubur
Takbiratul Ihram Fadilatnya sebagai pelita yang
menerangi kita didalam kubur
Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah didalam
kubur
Rukuk Sebagai tikar kita didalam kubur
Iktidal Akan memberi minuman air dari telaga
al-kautsar ketika didalam kubur
Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul
mustaqim
Duduk Antara Dua Sujud Akan menaung panji-panji nabi
kita didalam kubur
Duduk Antara Dua Sujud (akhir) Menjadi kenderaan
ketika kita dipadang masyar
Tahiyat Akhir Sebagai penjawab bagi setiap soalan
yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam
kubur
Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka didalam
kubur
Salam Memelihara kita didalam kubur
Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas


hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk
mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya
menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan,
ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui
empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita
itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar


wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh
manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat
perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu
kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang
sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali
dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita
sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih
mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa
malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang
diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan
ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya
untuk mendapatkan wang.
Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal
menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di
Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis
kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada
Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang
disayanginya diselamatkan dari azab api neraka.
Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka
itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan
kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar
rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh
lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa
yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi
mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang
solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami)
diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam
syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan


solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan
agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari
lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka
insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala
perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya.
Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan
neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa
saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang
sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan
rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati
demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan
Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana


ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini.
Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan
dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua
kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan
biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan
kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani


suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan
tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk
dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan
kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan
seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan
yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu
atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang
isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan
semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat
keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya


dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan.
Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek
dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak
yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa
menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah
Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga
kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani


suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak
kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas,
hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar.
inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia
seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya
bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si
suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak
manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada


hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat
sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah
ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana
keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil
kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di
hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku
dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak
timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri
telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan


sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba
Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah
berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk
kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di
samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan
menenangkan fikiran.

Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa


bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha
untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat
dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya
dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika
sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai
ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis


kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan
sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab
Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu
untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui
Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan
memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan
mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda


saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali
umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat
demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh
menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut,
kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat
dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib,
sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah
tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan
bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin
oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

Dikemaskini pada ( Jumaat, 30 September 2005 )


< Prev Next >
[ Kembali ]

Copyright 2000 - 2005 Miro International Pty Ltd. All rights reserved.
Mambo is Free

You might also like