You are on page 1of 1

SYED QUTB (1906--1966)

Memperingati Syed Qutb . Remembering Sayyid Qutb

KELUARGA AS-SYAHID SYED QUTB

Nama sebenarnya ialah Syed. Qutb ialah nama keluarganya. Keluarga ayahnya berasal dari Semenanjung
Arab, berhijrah ke Utara Mesir dan menetap di situ. Seorang daripada keluarga Qutb ini ialah ayah Syed, iaitu
Haji Ibrahim Qutb. Haji Ibrahim mempunyai dua orang anak lelaki, Syed Qutb (anak sulung) dan Muhammad
Qutb, dan tiga anak perempuan, iaitu Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan seorang lagi yang tidak dapat
dipastikan namanya.

Adik Syed, Muhammad, adalah seorang cendekiawan terkemuka. Sehingga kini, beliau telah menulis lebih
daripada sebelas tajuk buku menyentuh pelbagai persoalan mengenai Islam dan mendapat penghormatan
serta dukungan daripada berbagai-bagai majalah dan mereka yang terlibat dengan gerakan Islam.

Aminah Qutb pula merupakan seorang muslimah terkemuka yang secara aktif terlibat dalam usaha-usaha
menyebarkan risalah Islam bersama-sama abangnya. Rencana-rencananya mengenai kemasyarakatan dan
perubahan telah diterbitkan dalam pelbagai majalah berkala. Kumpulan cerita ringkasnya telah diterbitkan di
bawah tajuk "Fi Tayyar al-Hayat".

Adik perempuannya, Hamidah tidak ketinggalan di belakang si abang dan kakak.

Sesungguhnya setiap keluarga Qutb adalah permata indah dan seumpamanya. Keluarga yang istimewa
adalah tepat untuk merujuk kepada keluarga Qutb ini. Keteguhan dan ketabahan serta keperibadian unggul
yang dipamerkan sepanjang tempoh dugaan dan tribulasi oleh keluarga Qutb dalam abad dua puluh masa
kini mengingatkan kita kepada contoh keluarga Yasir:

Syed Qutb dihukum gantung sampai mati


Muhammad Qutb dipenjara dan diseksa dengan ganas
Hamidah Qutb dipenjara tujuh tahun dengan kerja berat
Aminah Qutb menerima nasib yang sama

Aminah, anak perempuan ketiga daripada keluarga Qutb ini yang namanya tidak dapat dikesan juga
mengorbankan anak lelakinya, Syed Rifaat, seorang lulusan kejuruteraan yang berusia dua puluh lima tahun
untuk perjuangan. Beliau ditangkap, dipenjara dan disebat dengan kejamnya, dihukum dengan berbagai-
berbagai penyeksaan dan dipaksa menjadi saksi dalam perbicaraan bapa saudaranya (Syed Qutb) sendiri.
Riwayatnya berakhir apabila dia meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 1965.

You might also like