You are on page 1of 6

PEMARKAHAN

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014


QGK 3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
TUGASAN 2
ULASAN ARTIKEL ILMIAH
OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. MATRIK

NO TELEFON

NURAZNINI BT ABDUL GHANI

D20102041838

019-6455138

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 41 (A132 PJJ)


NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR MADYA DR.ONG KUAN BOON
TARIKH SERAH: 21 APRIL 2014

1.0 DEFINISI OBESITI


Dalam artikel ilmiah menceritakan tentang definisi gejala obesiti yang berlaku dalam kalangan
pelajar sekolah dan tidak kurang juga kanak-kanak. Menurut Azimah (2007), gejala obesiti
berlaku dalam segenap peringkat umur dan menjadi kebimbangan di serata dunia kerana masalah
ini tiada penyelesaian. Peratusan yang meningkat setiap tahun

amat membimbangkan

masyarakat dan menjadi suatu isu yang serius serta mendapat perhatian. Walaupun pelbagai cara
dan usaha yang dijalankan oleh pihak berwajib, namun gejala ini masih terjadi dan semakin
serius. Menurut Kamus Dewan, obesiti dikenali sebagai kegemukan di mana terkumpulanya
lemak yang berlebihan dalam badan. Lebihan lemak semakin banyak membiak sekiranya pelajar
tidak mengamalkan senaman dan amalan pemakanan yang sihat.
Kajian yang dilakukan oleh Azimah(2007) juga bertujuan untuk mengkaji pengetahuan
pemakanan serta mengenalpasti tabiat makanan pelajar di Wilayah Persekutuan. Ini kerana badan
yang sihat akan mempunyai minda yang cerdas sekali gus dapat melahirkan generasi dan
masyarakat yang sihat. Dalam pada itu, badan yang sihat adalah dengan pengambilan makanan
yang baik. Ini kerana pengambilan makanan yang tidak sihat akan melahirkan penyakit yang
berbahaya seperti kanser, sakit jantung, apendiks, kegatalan kulit dan sebagainya.. Indeks jisim
tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data
asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit
kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 )
Formula BMI ialah :
Kurus Kurang 20.6
Normal 20.7 - 26.4
Gemuk 26.5 - 30.9
Obesiti 31.0 - 45.2
Bahaya Lebih 45.3
Jika kita ingin mengetahui berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan
yang ideal atau tidak, bolehlah menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
1

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI =

berat(kg)

-----------------------------tinggi(m) x tinggi(m)
2.0 PUNCA-PUNCA OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA.
Dalam kajianya juga memperlihatkan faktor obesiti kepada pelajar sekolah dimana pelajar
mendapat gejala ini daripada keluarga. Dalam pada itu, pelajar juga mengambil pemakanan yang
tidak seimbang ditambah pula dengan kurangnya bersenam yang boleh membakar kalori. Pelajar
juga tidak gemar bersukan atau aktiviti luar yang mencabar menjadikan satu faktor kenapa
pelajar sekolah mendapat obesiti.
Dalam artikel Persatuan pengguna-pengguna standard Malaysia yang ditulis oleh Mohana
Priya (2010), obesiti diertikan sebagai lemak yang menyebabkan masalah kepada kesihatan
masyarakat khususnya kepada pelajar sekolah yang ingin menimba ilmu setiap hari. Jika pelajar
terlalu gemuk, mereka akan malas untuk kesekolah dan banyak menghabiskan makanan
berbanding pelajar biasa. Antara faktor berlakunya gejala obesiti adalah daripada keturunan atau
faktor genetik daripada ibubapa. Jika keturunan ibubapa mempunyai masalah kegemukan,
kemungkinan anak-anak juga akan mempunyai masalah yang sama. Selain itu, faktor tiada
senaman yang mencukupi menyebabkan gejala obesiti bertandang dalam diri pelajar. Lebih-lebih
lagi pelajar tidak mempunyai masa untuk bersenam pada waktu pagi atau petang. Pengambilan
makanan yang terlalu banyak juga mengundang obesiti kerana kebanyakan pelajar sekolah
mempunyai nafsu makan yang banyak disebabkan mereka penat ke sekolah dan bermain

4.0 KESAN OBESITI


Dalam info sihat pula menceritakan tentang komplikasi obesiti yang mendatangkan pelbagai
penyakit berbahaya dan punca lebihan berat badan. Peratusan kanak-kanak yang mengalami
obesiti meningkat bagi umur tujuh hingga sepuluh tahun yang membimbangkan masyarakat dan
pihak berwajib. Kalangan ini yang masih bersekolah dan mempunyai obesiti berkemungkinan
2

malas kesekolah dan tidak menyetai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertubuhan kesihatan
sedunia (WHO) menganggarkan lebih satu billion manusia di seluruh dunia mengalami masalah
berat badan dimana mereka kurang kesedaran tentang pemakanan yang sihat khususnya pelajar
sekolah yang mempunyai peluang yang cerah untuk memiliki tubuh badan yang sihat. Meskipun
ramai yang mengambil perhatian tentang gejala ini, namun ia masih di tahap yang
membimbangkan. Jesteru, di sekolah mesti mewujudkan pendidikan tentang gaya hidup yang
sihat untuk diterapkan sejak zaman kanak-kanak lagi supaya mereka memahami pentingnya
tubuh badan yang sihat.
Ramai pengkaji yang membuat kajian terhadap gejala ini dan seminar tentang bahaya
gejala obesiti khususnya dalam kalangan pelajar sekolah. Lebih-lebih lagi bagi pelajar yang
tinggal di bandar kerana mereka terdedah kepada corak pemakanan yang luas dan iklan yang
banyak dalam televisyen dan iklan di serata tempat seperti
4.0 CARA-CARA MENGATASI OBESITI
Terdapat beberapa cara yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah obesiti ini. Pertama
ialah mengetatkan peraturan penjualan makanan di kantin sekolah. Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Kesihatan secara bersama telah menentukan Garis Panduan Pemakanan Sihat di
sekolah-sekolah.Terdapat 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak telah dihadkan kekerapan
jualannya kepada sekali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut
garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti dalam kalangan
pelajar.Peraturan ini adalah langkah pro aktif kerajaan untuk menangani masalah kegemukan
dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.Cadangan supaya Indek Jisim Badan(BMI) wajib
direkodkan dalam Kad Laporan Prestasi Pelajar juga merupakan satu langkah bijak dalam
menangani masalah obesiti berbanding amalan sebelum ini yang mengkehendaki guru
merekodkan berat badan dan ketinggian pelajar sahaja.Pengambilan makanan yang berkhasiat
juga boleh membendung gejala obesiti. Bagi tujuan ini, semua pelajar perlu mengamalkan gaya
hidup sihat melalui pengawalan makanan. Bagi pelajar yang sedang membesar, mereka perlu
mengambil pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang.Mereka perlu makan makanan yang
baik dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan susu selain perlu meninggalkan
tabiat buruk, suka menikamti makanan ringan yang boleh menjejaskan tumbesaran. Pengambilan

makanan yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi hendaklah

dielakkan kerana boleh

menyebabkan kegemukan.
Seterusnya ialah panduan penyediaan makanan antara elemen penting dan berkesan untuk
menangani obesiti. Penyediaan bahan makanan secara sihat seperti mengikis dan membuang
lemak terlebih dahulu pada bahan masakan perlu diambil perhatian.Langkah memasak dengan
menggunakan minyak masak perlu dikurangkan, sebaik-baiknya gunakan cara memasak seperti
mengukus, membakar, merebus dan memanggang dalam penyediaan makanan.Langkah
mengubah suai resipi masakan dengan menggunakan santan rendah lemak dan ditambah
kekacang untuk serat boleh diamalkan dalam masakan.Buah-buahan dan sayur-sayuran
merupakan diet seimbang yang penting yang patut diamalkan dalam penyediaan makanan.
Amalan makan secara perlahan-lahan dan mengunyah makanan sehingga hancur juga
boleh mengawal obesiti dalam kalangan pelajar.Mengunyah makanan kepada cebisan yang lebih
kecil sebelum menelan membolehkan makanan cepat dihadamkan.Dengan cara ini, walaupun
kita makan dalam kuantiti yang sedikit sudah memadai untuk kenyang berbanding mereka yang
makan secara gelojoh tanpa mengunyah makanan sehingga lumat melambatkan seseorang untuk
kenyang. Ekoran daripada itu, mereka perlu makan dalam kuantiti yang banyak supaya cepat
kenyang.Situasi ini boleh menyebabkan berlakunya obesiti.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menjaga pemakanan anakanak mereka supaya tidak menghidap obesiti. Ibu bapa seharusnya memantau pemakanan anakanak mereka agar dapat menikmati makanan yang berkhasiat dan menyihatkan. Ibu bapa juga
harus berusaha untuk menyemaikan kefahaman dalam diri anak-anak tentang bahaya
obesiti.Sekiranya ibu bapa sendiri tidak berusaha untuk menjaga pemakanan dan kesihatan
anak-anak mereka,masakan anak-anak akan dapat mengelakkan diri mereka dari menghidap
obesiti. Di samping itu, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, guru-guru dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid sekolah berkaitan
makanan seimbang dan tidak seimbang yang boleh memberi kesan kepada kesihatan masa
depan. Selain itu, pihak sekolah juga patut menggalakkan murid-murid melakukan aktiviti
senaman setiap pagi di sekolah.Peranan dan tanggung jawab ahli keluarga juga penting dalam
memastikan pelajar mengambil makanan secara sihat dan berkhasiat.

3.0 PENUTUP
Natijahnya, masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah perlu diatasi bagi
mengelakkan perkara buruk yang akan berlaku pada masa depan mereka. Selain itu, pelajar
sekolah juga mungkin akan menerima akibatnya bila mereka meningkat kepada umur 40an.
Tambahan pula, gejala obesiti ini berpunca daripada pemakanan yang kurang sihat seperti burger
atau makanan ringan yang dibeli ketika pulang dari sekolah. Pelajar yang kurang bersenam juga
berkemungkinan akan mendapat obesiti yang mana berat badan tidak stabil dengan umur. Ibu
bapa yang sibuk bekerja menyebabkan masa kurang bersama anak-anak memberikan kesan
kepada berlakunya masalah berat badan pelajar kerana ibu bapa tidak menghiraukan cara
pemakanan anak-anak di rumah.

RUJUKAN
Azimah Binti Ahmad (2007). Faktor Utama Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Luar Bandar. University Pendidikan Sultan Idris, Perak
Berita Harian 25 November 2012 .Peratusan Kanak-Kanak Alami Obesiti Meningkat.
Norlilah binti Hj.Yatimin (2004) Hubungan Antara Pengetahuan Pemakanan Serta Tabiat Makan
Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Wilayah Persekutuan. University Putra Malaysia
Masalah Obesity di kalangan kanak-kanak semakin serius . Diperolehi daripada
http://intim.wordpress.com/2007/06/15/masalah-obesiti-di-kalangan-kanak-kanak-semakinserius/ pada 7 April 2014
Mohana priya (2010) Obesiti Di Malaysia-Apakah Yang Perlu Dilakukan? Persatuan PenggunaPengguna Malaysia
Risiko Obesity . diperolehi daripada http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/portalpengguna/artikel-media-massa/60-artikle-surat-khabar/220-risiko-obesiti.html pada 8 April 2014

You might also like