You are on page 1of 17

PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT

GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) KG. SAMAN


TUARAN, SABAH.
Pada :

25 DISEMBER 2009 - 01 JANUARI 2010

Disediakan Oleh :

MAZLIE BIN NORINAH


S/u Jawatankuasa Penganjur Program

GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW)


Kampung Saman, Peti Surat 432, 89207 Tuaran, Sabah.
Tel : 088-793554 / 016-8414342 Fax : (+6088) 794 911
Emel : jkkk_kampungsaman@yahoo.com

www.kampungsaman.blogspot.com

1
1.0 PENDAHULUAN

Laporan ini adalah berkenaan Program Gotong-Royong Mesra Rakyat GDW Kg.
Saman. Program yang pada awalnya, diilhamkan oleh KEMAS Daerah Tuaran ini
dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 1000 telah diperincikan oleh GDW Kg.
Saman dengan kerjasama JKKK Kg. Saman. Matlamat utama program adalah:

MEMBERI KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT KG. SAMAN KHUSUSNYA BERKENAAN


KEPENTINGAN UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA BERSIH DALAM KAWASAN KAMPUNG,
DISAMPING UNTUK MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA YANG LEBIH UTUH ANTARA
PENDUDUK DENGAN PEMIMPIN.

Objektif program yang digariskan untuk mencapai matlamat di atas adalah :

a. Memastikan semua penduduk Kg. Saman terlibat dengan aktiviti gotong-


royong yang diadakan.
b. Memberi kuasa pada ketua-ketua blok GDW yang dilantik untuk memimpin
blok masing-masing dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan.
c. Mengadakan aktiviti sampingan yang mewujudkan semangat kekitaan
dalam diri setiap penduduk Kg. Saman, Tuaran.

Program Gotong-Royong Mesra Rakyat GDW Kg. Saman ini diadakan secara
berperingkat-peringkat seperti berikut :
TARIKH/HARI AKTIVITI PROGRAM CATATAN
- Penduduk bekerjasama membersihkan - Kawasan padang
padang dan kawasan perkuburan (bekerjasama
- Penduduk membersihkan kawasan dengan penduduk
rumah masing-masing Kg. Jembulang)
25-30 Dis 2009
- Kawasan
(Jumaat)
Perkuburan
(bekerjasama
dengan penduduk
Kg. Berungis)
Aktiviti 1 : Sila rujuk :
- Sukaneka LAMPIRAN 1 : Aturcara
Aktiviti 2 : program pada 01
01 Jan 2010 - Majlis Perasmian/Penutupan Januari 2010
(Jumaat) - Serahan Watikah Perlantikan Ketua
Blok
- Penghargaan Pelajar Cemerlang PMR
- Cabutan Bertuah

2
2.0 AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR PROGRAM

PENAUNG
Pn. Nazarinah Binti Awang
Pegawai KEMAS Daerah Tuaran

PENASIHAT 1
En. Baklin Bin Poloh
Penyelia KEMAS N.10 Sulaman

PENASIHAT 2
En. Jamlah Bin Hj. Matullah
Ketua Kg. Saman

PENGERUSI
En. Mazlan Bin Norinah
Pengerusi GDW Kg. Saman

TIMBALAN PENGERUSI
En. Rubin Hj. JIjat
Pengerusi KRT Jembulang Saman

SETIAUSAHA/BENDAHARI
En. Mazlie Bin Norinah

PENGURUS GOTONG-ROYONG PENGURUS SUKANEKA


Tn. Hj. Maddeli Bin Madsuarin En. Noor Rezam B. Jamlah

PENGURUS JAMUAN PENGURUS TEMPAT


Pn. Rosnah Hj. Jijat En. Sabri Bin Hj. Betar

KETUA BLOK GDW KG. SAMAN, TUARAN

Ketua Blok Sinar Bunda Ketua Blok Sinar Petatap


En. Razali Bin Amit En. Sudin Bin Sipai

Ketua Blok Sinar Tasenta Ketua Blok Sinar Dempulau


En. Lamat Bin Majid En. Awang Bin Hj. Matullah

Ketua Blok Sinar Damburi


En. Awang Basar Bin Diki

3
3.0 TINDAKAN YANG TERLAKSANA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PROGRAM

BIL MATLAMAT / OBJEKTIF TINDAKAN


Menjemput semua
Memastikan Semua Penduduk Kg. Saman penduduk untuk terlibat
01 terlibat dengan aktiviti gotong-royong yang secara langsung dalam
diadakan aktiviti program. (Sila rujuk
LAMPIRAN 2 & 3)
Memaklumkan pada setiap
Memberi Kuasa Pada Ketua-Ketua Blok GDW
ketua blok GDW berkenaan
Yang Dilantik Untuk Memimpin Blok Masing-
02 tugas mereka sepanjang
Masing Dalam Aktiviti Gotong-Royong Yang
aktiviti gotong-royong
Diadakan.
dijalankan.
Antara aktiviti yang
diadakan untuk mencapai
Mengadakan Aktiviti Sampingan Yang objektif ini adalah :
03 Mewujudkan Semangat Kekitaan Dalam Diri a. Sukaneka
Setiap Penduduk Kg. Saman Tuaran. b. Cabutan Bertuah
c. Penghargaan Pelajar PMR
Cemerlang.

4
4.0 LAPORAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG

4.1 Perjalanan Aktiviti Gotong-Royong

25 DISEMBER 2009 (JUMAAT)

Sesi Pagi

Aktiviti gotong-royong dijalankan pada 25 Disember 2009 dengan memberikan


tumpuan utama kepada kawasan-kawasan major seperti kawasan padang dan
kawasan perkuburan. Sekitar jam 8.00 pagi, aktiviti gotong-royong dimulakan
dengan kerjasama penduduk Kg. Berungis dan Kg. Jembulang. Sebanyak 4 atau 5
buah mesin pemotong rumput kepunyaan penduduk digunakan untuk
membersihkan kawasan padang. Aktiviti ditangguhkan pada jam 11.30 untuk
memberi laluan kepada penduduk mengerjakan Solat Jumaat.

Sesi Petang

Aktiviti gotong-royong disambung semula selepas Solat Jumaat iaitu kira pada pukul
2.00 petang. Pada sesi petang ini, penglibatan belia dilihat amat
memberangsangkan sehingga pada lewat petang pada hari itu, kira-kira jam 5.30
petang, hampir ke semua kawasan padang telah dibersihkan.

5
26 DISEMBER 2009 (SABTU)

Pada hari kedua, aktiviti gotong-royong ini diadakan, keseluruhan kawasan padang
Kg. Saman telah habis dibersihkan sepenuhnya termasuk kawasan sekitar tanah
perkuburan.

27-31 DISEMBER 2009 (AHAD HINGGA KHAMIS)

Sebanyak lima (5) hari diperuntukkan untuk semua penduduk membersihkan


kawasan sekitar rumah masing-masing sebelum acara kemuncak program pada 01
Januari 2010 (JUMAAT ) diadakan.

6
4.2 Perbelanjaan Aktiviti Gotong-Royong

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


01 Minyak Mesin Pemotong Rumput (25 Disember 2009) 50.00
02 Minyak Mesin Pemotong Rumput (26 Disember 2009) 50.00
03 Jamuan 50.00
04 Lain-Lain 20.00
JUMLAH 170.00

Antara penduduk yang terawal membersihkan kawasan padang dengan


menggunakan mesin pemotong rumput mereka sendiri.

7
5.0 LAPORAN AKTIVITI SUKANEKA

5.1 Perjalanan Aktiviti Sukaneka

01 JANUARI 2010 (JUMAAT)

Sekitar jam 7.30 pagi, ahli jawatankuasa penganjur melakukan persiapan untuk dua
aktiviti iaitu : Aktiviti Sukaneka dan Majlis Perasmian/Penutupan Program.
Pendaftaran peserta sukaneka diadakan pada jam 7.45 pagi iaitu terlewat hampir
sejam dari jangkaan awal.

Jam 8.00 pagi, acara sukaneka dimulakan mengikut aturan berikut :

ACARA KATEGORI CATATAN


ACARA 1 : - Lelaki Tahap 1 - Kategori lelaki dan
Cari Duit Dalam Tepung - Perempuan Tahap 1 perempuan bagi
- Lelaki Tahap 2 tahap 1 dan tahap 2
- Perempuan Tahap 2 dijalankan serentak.
ACARA 2 : - Lelaki Tahap 1 - Kategori dewasa yang
Makan Buah Epal - Perempuan Tahap 1 sepatutnya
- Lelaki Tahap 2 menggunakan palang,
- Perempuan Tahap 2 diubah saat akhir untuk
- Terbuka Lelaki Dewasa kesesuaian peserta.
- Terbuka Wanita Dewasa
ACARA 3 : - Terbuka Wanita - Daun kelapa yang
Menganyam Ketupat digunakan sedikit
menyukarkan peserta.
ACARA 4 : - Terbuka Lelaki - Berjalan dengan
Menimang Bola lancar.

Meskipun terlewat daripada jadual asal, dengan beberapa pindahan saat akhir
yang dibuat oleh AJK Penganjur, acara sukaneka dapat diselesaikan kira-kira jam
9.40 iaitu sebelum Majlis Perasmian/Penutupan Program diadakan.

8
Ahli Jawatankuasa Penganjur membuat persiapan untuk Majlis
Penutupan/Perasmian Program

Peserta kanak-kanak yang lengkap dengan baju khas paling terhujah ketika aktiviti
sukaneka dijalankan.

9
Semangat Warga Emas : Tn. Hj. Maddeli antara golongan warga emas yang
bersemangat untuk sama-sama menjayakan aktiviti sukaneka.

Sukaneka Kategori Terbuka : Menganyam Ketupat.

10
Bermacam-macam gelagat semasa aktiviti sukaneka diadakan.

5.2 Perbelanjaan Aktiviti Sukaneka

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


01 Tali Rafia 3.50
02 Buah Epal (30 biji) 21.00
03 Tepung (1 Kg) 2.00
04 Pinggan Kertas (20 keping) 2.00
05 Bola Sepak 55.00
06 Baju Kanak-Kanak GDW Kg. Saman (30 helai) 360.00
06 Hadiah Bagi Kategori Kanak-Kanak (8 acara)
Pertama : RM 5
Kedua : RM 3 80.00
Ketiga : RM 2
07 Hadiah Bagi Kategori Dewasa (4 acara)
Pertama : RM 10
88.00
Kedua : RM 7
Ketiga : RM 5
08 Lain-Lain 20.00
JUMLAH 611.20

11
6.0 LAPORAN MAJLIS PERASMIAN / PENUTUPAN PROGRAM

6.1 Perjalanan Majlis Perasmian / Penutupan

01 JANUARI 2010 (JUMAAT)

Majlis dimulakan sebaik sahaja aktiviti sukaneka selesai iaitu kira-kira jam 10.00 pagi.
Majlis ini dirasmikan oleh En. Baklin Bin Poloh, Penyelia KEMAS N.10 Sulaman, selaku
wakil kepada Pn. Nazarinah Binti Awang, Pegawai KEMAS Daerah Tuaran yang
mempunyai urusan lain untuk dibereskan seperti yang dimaklumkan oleh Encik Baklin
Bin Poloh dalam ucapan perasmian/penutupan beliau.

Penyelia KEMAS N.10 Sulaman, En. Baklin Bin Poloh selaku wakil Pegawai KEMAS
Tuaran menyampaikan ucapan perasmian/penutupan program.

Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Blok GDW

Dalam majlis serba ringkas ini juga, seramai lima (5) orang Ketua Blok GDW Kg.
Saman yang baru dilantik menerima watikah perlantikan masing-masing yang
diserahkan sendiri oleh En. Baklin Bin Paloh. Lima (5) orang yang dilantik adalah :-

12
BIL NAMA KETUA BLOK
01 En. Razali Bin Amit Sinar Bunda
02 En. Sudin Bin Sipai Sinar Petatap
03 En. Lamat Bin Majid Sinar Tasenta
04 En. Awang Bin Hj. Matullah Sinar Dempulau
05 En. Awang Bin Basar Sinar Damburi

Wajah ceria En. Baklin sambil diperhatikan oleh Ketua Kampung Saman, En. Jamlah
Bin Matullah, semasa menyampaikan Watikah Perlantikan Ketua Blok GDW kepada
lima (5) orang yang dilantik.

Penghargaan Pelajar Cemerlang PMR 2009

Selain itu juga, pihak JKKK Kg. Saman mengambil kesempatan untuk memberi
penghargaan kepada dua (2) orang pelajar cemerlang dalam PMR 2009 yang
masing-masing mendapat keputusan 8A 1B iaitu : Adik Abdul Aziz Bin Abdul Noor
dan Adik Mohd. Syukri Bin Radin.

13
Naib Ketua Pemuda UMNO Tuaran, En. Norjaip Bin Hj. Daip menyampaikan hadiah
kepada bapa salah seorang pelajar cemerlang PMR 2009, sambil diperhatikan oleh
Pengerusi GDW Kg. Saman, En. Mazlan Bin Norinah (Kiri).

Cabutan Bertuah

Tidak cukup memberi hadiah kepada pemenang sukaneka, penganjur turut


menyediakan acara cabutan bertuah khas untuk kanak-kanak sekolah rendah.
Sebanyak lima belas (15) cabutan bertuah telah diberikan kepada kanak-kanak
yang bertuah pada hari itu.

Majlis berakhir kira-kira jam 10.40 pagi, selepas penyerahan cenderahati khas
daripada GDW Kg. Saman kepada En. Baklin Bin Poloh.

6.2 Laporan Perbelanjaan Majlis Perasmian / Penutupan

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


01 Bendera Mini (8 set) 52.00
02 Khemah & Kerusi 50.00
03 PA Sistem 50.00
04 Kertas Sijil (5 keping) 3.50
05 Topi JKKK Kg. Saman (20 buah) 320.00
05 Saguhati Pelajar PMR 60.00

14
06 Hadiah Cabutan Bertuah 170.00
07 Jamuan 400.00
08 Cenderahati Pegawai KEMAS 40.00
09 Lain-Lain 20.00
JUMLAH 1165.50

Majlis Perasmian/Penutupan Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua


orang Ketua Kampung bersebelahan iaitu dari kiri berbaju hijau, Tn. Hj. Nin B. Hj.
Madurah (Ketua Kg. Jembulang) dan duduk ditengah berbaju putih, En. Looh Bin
Bakti (Ketua Kg. Berungis)

15
7.0 LAPORAN PENUH PERBELANJAAN KESELURUHAN PROGRAM
HARGA
BIL PERKARA SEUNIT JUMLAH (RM)
(RM)
AKTIVITI GOTONG-ROYONG
01 Minyak Mesin Pemotong Rumput (25 50.00
Disember 2009)
02 Minyak Mesin Pemotong Rumput (26 50.00
Disember 2009)
03 Jamuan 50.00
JUMLAH 150.00
AKTIVITI SUKANEKA
04 1 Gulung Besar Tali Rafia 3.50 3.50
05 30 Biji Buah Epal 0.70 21.00
06 Tepung (1 Kg) 2.00 2.00
07 Pinggan Kertas (20 keping) 0.10 2.00
08 Bola Sepak 55.00 55.00
09 Baju Kanak-Kanak GDW Kg. Saman (30 helai) 12.00 360.00
10 Hadiah Bagi Kategori Kanak-Kanak (8 acara)
Pertama : RM 5
10.00 80.00
Kedua : RM 3
Ketiga : RM 2
11 Hadiah Bagi Kategori Dewasa (4 acara)
Pertama : RM 10
22.00 88.00
Kedua : RM 7
Ketiga : RM 5
JUMLAH 611.20
MAJLIS PERASMIAN/PENUTUPAN
12 Bendera Mini (8 set) 6.50 52.00
13 Khemah & Kerusi 50.00
14 PA Sistem 50.00
15 Kertas Sijil (5 keping) 0.70 3.50
16 Topi JKKK Kg. Saman (20 buah) 16.00 320.00
17 Saguhati Pelajar PMR 30.00 60.00
18 Hadiah Cabutan Bertuah 170.00
19 Jamuan 400.00
20 Cenderahati Pegawai KEMAS 40.00
JUMLAH 1165.50
21 LAIN-LAIN PERBELANJAAN 60.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 1986.70

16
8.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, Program Gotong Royong Mesra Rakyat 2009 GDW


Kampung Saman ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif seperti yang
disasarkan.

Bermula dengan aktiviti gotong-royong yang melibatkan seluruh penduduk


kampung, seterusnya aktiviti sukaneka berbagai kategori dan Majlis
Perasmian/Penutupan yang ringkas tetapi padat dengan berbagai acara seperti
penerimaan watikah perlantikan ketua blok, penerimaan penghargaan pelajar
cemerlang dan cabutan bertuah, menjadikan program yang dilaksanakan oleh
GDW Kg. Saman ini memenuhi keperluan dua (2) fokus utama program iaitu
membersihkan kampung dan mesra rakyat.

Pihak GDW Kg. Saman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mana-


mana pihak atau individu yang membantu sepanjang program dilaksanakan.
Semoga semangat kerjasama dan perpaduan dalam diri bukan saja penduduk Kg.
Saman malah penduduk kampung berhampiran juga mereka yang memimpin
dalam memastikan komuniti kita sentiasa bekembang secara positif dalam apa jua
aspek, pada masa akan datang. Siapa lagi kalau bukan kita!!

17

You might also like