You are on page 1of 11

Soalan A Pendidikan Luar

Pendahuluan
Pendidikan luar merupakan salah satu konsep pembelajaran yang lebih kepada
pendidikan yang boleh diperolehi sama ada di luar rumah atau sekolah. Aktiviti-aktiviti ini
kadang-kala dikaitkan dengan rekreasi atau aktiviti luar, cenderung kepada individu yang
gemar bersukan dan beriadah. Walaupun begitu, ramai ahli ilmuan berpendapat bahawa
aktiviti pendidikan luar ini sudah pastinya dapat mendatang ilmu serta pengajaran kepada
sesiapa yang menceburinya Dalam masa yang sama, pendidikan luar dapat mendedahkan
individu kepada pengalaman dan kemandirian dalam menghadapi suasana yang mencabar di
luar sana.
Konsep dan Definisi Pendidikan Luar
Ramai ahli ilmuan berpendapat bahawa, pendidikan luar ini sentiasa dihubungkaitkan
dengan pembelajaran seseorang itu di persekitaran alam semula jadi. Sebagai seorang
manusia, kita memang tidak akan terelak dari menjalani aktiviti-aktiviti yang berbentuk
riadah atau sukan. Sebagai satu proses pengajaran dan pembelajaran, pendidikan luar lebih
tertumpu kepada elemen-elemen alam sekitar dan cara-cara untuk hidup bersama alam
semula jadi.
Menurut McRae (1990), pendidikan luar merupakan salah satu alat perantara bagi
seseorang itu mencapai objektif-objektif pendidikan melalui pengalaman secara terus dalam
alam semula jadi dengan menggunakan sumber-sumbernya sebagai alat bantu mengajar dan
belajar. McRae berpendapat bahawa pendidikan luar amat penting sebagai satu proses
penglibatan alam persekitaran secara menyeluruh kerana proses sosialisasi persekitaran luar
amat penting bagi aktiviti yang dijalankan oleh manusia. Jika dilhat, pendidikan luar dapat
memberikan

pengajaran

dan

pembelajaran

kepada

manusia

terutamanya

dalam

berkomunikasi dengan persekitaran luar dan tahu bagaimana menggunakan alam sekitar di
sekeliling mereka.
Dalam satu definisi lagi, Ford (1981) merumuskan bahawa penglibatan dalam
penggunaan persekitaran bagi mencapai pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum yang
sedia ada ;existing curicula dapat membantu perkembangan pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang akan digunakan secara bijaksana dalam kegiatan kesenggangan. Dari sini, kita
dapat lihat bahawa perhubungan antara pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas dapat
membangunkan lagi pengetahuan seseorang itu dalam memahami konsep dan menguasai
teknik-teknik apa yang mereka telah belajar di dalam kelas

Seterusnya, Acuff(1976) menekankan bahawa pengalaman menjalankan pendidikan


luar dapat mengurangkan tahap ketegangan murid dari pelbagai budaya. Pengalaman yang
mereka dapat akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka disamping dapat
membentuk kemahiran berkomunikasi dan kefahaman mereka dalam bidang akademik.
Sebagai contoh, dalam pendidikan seni, murid dapat melihat gambaran sebenar suasana di
pantai daripada melihat gambar yang diberikan oleh guru, dan secara tidak langsung boleh
melukis gambaran di pantai dengan lebih baik lagi. Dari sini, kita dapat lihat bahawa, murid
tidak akan dapat seratus-peratus kefahaman hanya dengan belajar di dalam kelas sahaja.
Mereka perlu diberi peluang meneroka alam sekeliling untuk lebih memahami apa yang telah
dipelajari oleh mereka di kelas sebelumnya. Kita juga dapat lihat bahawa dengan adanya
program pendidikan luar, murid akan rasa seronok dan tidak tertekan dengan hanya belajar
setiap waktu di dalam kelas.
Knapp (1981) menyatakan bahawa certain objectives over others, even in cases
where there is an attempt to provide a balance curriculum. Di sini beliau menyatakan
bahawa penggabungjalinan antara objektif pembelajaran di dalam kelas dengan pendidikan
luar mampu membantu kita mencapai kurikulum yang seimbang dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dari sini, beliau berpendapat bahawa disamping peningkatan dalam
pembelajaran sistem akademik tradisional, pendidikan luar juga dapat memberi penekanan
dan kesedaran terhadap ekologi persekitaran itu sendiri. Sebagai manusia, kita perlu tahu dan
sedar bahawa alam persekitaran juga perlukan perhatian dan konsep ini dapat dilaksanakan
dengan aktiviti atau program pendidikan luar yang dirancang.
Dalam satu lagi definisi, Hammerman et al. (1985) mendefinisikan pendidikan luar
sebagai satu pengalaman dalam proses pembelajaran yang dijalankan dalam persekitaran
semula jadi bagi mengenalpasti berbagai tekanan yang boleh dipraktikkan dalam situasi atau
kehidupan seharian. Mereka berpendapat bahawa dengan pendidikan luar, murid dapat
mengalami sendiri proses pembelajaran secara first-hand observation dalam suasana
sebenar, di luar kelas. Mereka juga berpendapat bahawa murid dapat membina penghargaan
dan rasa kesedaran terhadap alam sekitar disamping membentuk keperihatinan serta
tanggungjawab terhadap alam sekitar itu sendiri. Disamping itu juga, murid dapat menjalani
satu proses pembelajaran dalam keadaan yang senggang secara bijaksana dan berjadual
semasa menjalani proses pendidikan luar ini. Dari sini, dapat kita lihat bahawa, antara
peranan pendidikan luar ialah untuk membentuk satu generasi yang menghargai alam sekitar
dan sanggup menjalankan tanggungjawab mereka dalam memelihara dan memulihara alam

sekitar mengikut masa yang sesuai dan mengikut perangcangan yang telah ditetapkan secara
baik dan teratur.
Dari definisi-definisi dan konsep-konsep tadi, dapat kita lihat bahawa peranan
program-program pendidikan luar ini adalah amat baik dan boleh meningkatkan ilmu serta
kemahiran seseorang individu itu, Sama ada gabungjalinan pengajaran di dalam dan diluar
kelas atau berteraskan sendiri, pendidikan luar dilihat sebagai satu proses yang mendekatkan
lagi manusia dengan alam sekitar dan boleh dijadikan sebagai pengajaran dan pembelajaran
secara formal bagi murid di sekolah khususnya. Di samping itu juga, pendidikan luar banyak
menitikberatkan tentang isu dan permasalahan alam sekitar yang boleh dijadikan panduan
bagi murid dalam membina kendiri yang prihatin, bertanggungjawab serta berpengalaman
dalam memelihara dan memulihara alam sekitar itu sendiri.
Aktiviti-Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba Dan Era Moden Sekarang
Memang tidak boleh dinafikan bahawa pendidikan luar banyak berkonsepkan aktiviti
yang lasak dan mencabar. Namun begitu, ada juga aktiviti-aktiviti yang berbentuk motivasi
dan juga kerohanian. Jika dilihat pada masa kini, aktiviti-aktiviti pendidikan luar yang
dijalankan adalah untuk membina individu yang seimbang dari semua segi.
Jika dikaji, sebenarnya pendidikan luar sudah lama bertapak dalam hidup manusia.
Pada zaman purba, pendidikan luar banyak menekankan kepada kemandirian hidup satu-satu
keluarga atau kaum. Di zaman purba, kaum bapa akan membawa amak-anak lelaki mereka
untuk belajar memburu dan menangkap ikan. Anak-anak ini akan diajar cara-cara membuat
perangkap dan juga senjata. Walaupun tiada sistem yang khas untuk pendidikan, ibu bapa dan
suku kaum memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda mereka pada masa
itu. Kebanyakan suku kaum yang masih ada, yang hidup secara kuno menjadikan pendidikan
luar ini sebagai budaya masyarakat mereka. Ada juga diantara mereka yang menjadikan
pendidikan luar ini sebagai satu pertandingan bagi mendapatkan gelaran atau pangkat.

Aktiviti memburu dan memancing bersama-sama keluarga dan sanak saudara

Permulaan pemodenan manusia, pendidikan luar juga telah memainkan peranan


penting dalam kebudayaan, seni mempertahankan diri dan juga sukan. Di England, aktiviti
memburu boleh dianggap sebagai satu suatu ketika dahulu dan masih diamalkan sehingga
sekarang. Golongan-golongan bangsawan akan berkumpul dan menjadikan sukan memburu
ini sebagai satu pertandingan di masa itu.

Memburu rusa dan musang yang terkenal di England


Budaya masyarakat mula bergabung bila datangnya para pedagang. Budaya dijadikan
rekreasi di mana wujudnya kelas-kelas menari dan juga pertunjukan tarian untuk para
pedagang. Kegiatan pendidikan luar ini banyak diceburi oleh kaum wanita dan kini masih
lagi dijalankan di negara-negara seperti Thailand, Indonesia dan india. Kebanyakan unsurunsur tarian juga mengambil kira seni metafora dan alam semula jadi

Seni budaya tarian yang indah


Selain dari itu juga, seni mempertahankan diri juga mula menjadi perhatian oleh
golongan muda. Pelbagai seni telah wujud dan perkembangan pendidikan luar juga mula
mengorak ke satu alam lagi. Mereka akan mencari tempat-tempat untuk menjalankan latihan
di luar dan juga tempat-tempat pertapaan. Di China, sebagai contoh, seni kung fu telah juga
mengambil kira unsur-unsur haiwan dan di Tanah Melayu juga, seni persilatan telah
mengambil seni dari flora dan fauna juga.

Seni mempertahankan diri yang unik


Pada masa kini, pendidikan luar mula membangun dalam sistem-sistem pendidikan di
dunia. Di Malaysia, program-program pendidikan luar kini bertapak dalam sistem pendidikan
rendah, menengah dan tinggi. Pendidikan luar dalam pendidikan sekarang banyak dikaitkan
dengan aktiviti ko-kurikulum, aktiviti perkhemahan dan juga sukan. Unit-unit badan
beruniform banyak telah diwujudkan bagi merealisasikan program pendidikan luar. Begitu
juga dengan wujudnya pusat-pusat rekreasi dan latihan, aktiviti pendidikan luar kini
mempunyai banyak destinasi yang boleh digunakan dituju bagi memastikan agar program
dirancang, berjalan dengan lancar dan teratur. Sukan juga kini mula melangkah ke satu era di
mana sukan rekreasi mula mengambil tempat. Sebagai contoh, sukan mendaki gunung,
berkayak dan bermacam-macam lagi.

Pusat-pusat rekreasi dan tapak perkhemahan

Aktiviti pendidikan luar masa kini

Dari sini, kita dapat lihat bahawa pendidikan luar sudah lama dijalankan. Pada masa
dahulu atau zaman purba, ianya lebih berbentuk ke arah kemandirian hidup dan masih lagi
diamalkan bersama keluarga atau suku kaum sahaja. Setelah itu, pendidikan luar mula
mengambil tempat dalam bentuk sukan golongan bangsawan dan juga bagi mengisi masa
lapang. Persatuan-persatuan berbentuk persendirian dan mengikut budaya serta adat resam
seni masing-masing mula wujud dan telah memberi peluang kepada golongan muda dan tua
berekreasi bersama-sama. Dan kini, pendidikan luar telah bertapak dalam sistem pendidikan
sebagai satu proses pembangunan modal insan, dalam membentuk generasi yang seimbang
dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Penggabungjalinan kurikulum dank o-kurikulum
juga mula member impak kepada kita bahawa keseimbangan itu penting dalam mewujudkan
generasi yang terbaik di masa akan datang.
Kesimpulan
Dalam usaha membina satu bangsa yang kuat dan sentiasa prihatin terhadap alam
sekitar, program pendidikan luar boleh meminkan peranan yang penting bagi tujuan tersebut.
Langkah-langkah kerajaan memperkenalkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan luar
ini amatlah baik dan boleh memberi faedah yang tinggi terutamanya kepada murid-murid di
sekolah. Dengan adanya program pendidikan luar, murid akan berasa seronok dan akan dapat
membina tahap penghargaan mereka terhadap alam sekitar. Pendidikan luar juga boleh
memberikan pendedahan kepada murid tentang alam sekeling mereka dan akan menarik
minat mereka dalam usaha memastikan ianya tidak tercemar. Disamping itu juga, dengan
wujudnya pendidikan luar, murid dapat ilmu yang tidak boleh didapati di dalam kelas biasa
serta boleh mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah.
Jadi, kerjasama dari semua pihak amatlah penting dalam melaksanakan segala
program pendidikan luar yang dirancang. Dengan wujudnya jawatankuasa, jadual perjalanan
program dan modul-modul yang sesuai, aktiviti pendidikan luar akan menjadi lebih menarik
dan boleh mendatangkan ilmu serta pengalaman untuk para peserta. Kesesuaian tempat dan
perancangan masa juga perlulah di ambil kira agar perjalanan program yang dirancang,
berjaya. Semoga pendidikan luar ini terus dijalankan bagi memastikan anak-anak generasi
akan datang bersedia dan menggunakan ilmu-ilmu yang mereka dapat di masa dan keadaan
yang sesuai.
Sekian, terima kasih.

Rujukan
Abu Bakar Sidek. 2004. PENDIDIKAN LUAR-SATU PENDEKATAN; Hari Ko-Kurikulum
UPSI 2004
Md Amin Md Taff, Azlizam Abdul Aziz, Jaffry Zakaria. 2011. KERELEVANAN
PENDIDIKAN LUAR DALAM SISTEM PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA; AJTLHE
Vol. 3 No. 1, February 2011, 11-27
Phyllis Ford,1981, Principles dan Practices of Outdoor/Environmantal Education, New
York, Wiley
http://pakguruonline.pendidikan.net/
http://palingseru.com/1898/sejarah-ilmu-beladiri-kuno-dari-berbagai-belahan-dunia

Soalan B Program Pendidikan Luar


KERTAS KERJA PERKHEMAHAN
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
SK SUNGAI BINJAI
TARIKH : 22 MAC 23 MAC 2014
TEMPAT : TAMAN PERTANIAN, BUKIT CERAKAH, SHAH ALAM
Pendahuluan
Program dwi-tahunan ini dijalankan oleh Unit Bulan Sabit Merah Malaysia, SK
Sungai Binjai dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia, Chapter Klang. Ianya
dijalankan untuk murid-murid mengetahui Asas Pertolongan Cemas 1. Mereka akan
dibimbing dan mejalani ujian bagi mendapatkan sijil Asas Pertolongan Cemas 1.
Matlamat
Memastikan murid-murid Tahun 6, ahli Bulan Sabit Merah Malaysia, SK Sungai
Binjai mempunyai pengetahuan dan sijil pengikhtirafan Asas Pertolongan Cemas 1.
Objektif Perlaksanaan
1. Memberi peluang kepada murid-murid ahli BSMM SKSB mempunyai sijil Asas
Pertolongan Cemas 1.
2. Memberi pengalaman kepada murid tentang asas perkhemahan dan kemandirian
hidup.
3. Mewujudkan hubungan yang rapat dengan BSMM Chapter Klang.
4. Memberi motivasi kepada murid agar minat kepada BSMM itu sendiri.
5. Memantapkan lagi asas BSMM di kalangan murid Tahun 6 agar dapat dibawa ke
sekolah menengah nanti
Sasaran
Seramai 120 murid, ahli BSMM SK Sungai Binjai dan 10 orang guru penasihat
BSMM.

Tentatif Program
Tarikh

Masa

Aktiviti

Penerangan/Justifikasi

7.30 pagi

- Pendaftaran

- Pendaftaran dijalankan oleh ajk

- Taklimat ringkas

pendaftaran dan taklimat disampaikan oleh

8.00 pagi

En. Syahriman (ketua Penasihat BSMM


SKSB)

8.00 pagi

- Bertolak ke Taman

Pertanian Bukit

9.00 pagi

Cerakah

- Menaiki bas ke tempat perkhemahan

9.00 pagi

- Mendirikan khemah

- Murid mendirikan khemah masing-masing

- Pembahagian

- Murid dibahagikan kepada 12 kumpulan

10.00 pagi

kumpulan

(10 orang ahli) dan setiap kumpulan diberi


nama0nama bulan dalam setahun.

10.00 pagi
22 Mac 2014
SABTU

- Minum pagi

puat rekreasi

10.30 pagi
10.30 pagi

- Asas Pertolongan

- Penerangan, definisi dan pengetahuan am

Cemas (sesi 1)

berkenaan pertolongan cemas

12.30 tgh

- Bengkel 1

- Bengkel menguji kefahaman murid

12.30 tgh

- Makan tengah hari

- Makan tengahari, solat Zuhur dan

- Solat Zuhur

pengurusan diri

2.00 petang

- Tazkirah

- Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Zaiful

2.00 petang

- Asas anduh dan

- Latihan ikatan anduh dan jenis-jenis ikatan

ikatan

- Pertandingan ikatan anduh antara

4.00 petang
Tarikh

- Minum pagi yang disediakan oleh pihak

Masa
4.00 petang

kumpulan
Aktiviti
- Minum petang

Penerangan/Justifikasi
- Minum petang, solat Asar dan pengurusan

- Solat Asar

diri

- Riadah

- Alam Bersama Kita memberi peluang

5.00 petang
5.00 petang
-

Alam Bersama

6.30 petang

Kita

kepada murid mengetahui cara pertolongan


cemas jika berlaku di dalam hutan atau di
luar rumah (mengunakan bahan yang ada)

22 Mac 2014
SABTU

6.30 petang

- Makan malam

- Makan malam, pengurusan diri, solat

- Solat Maghrib

Maghrib, Tazkirah dan solat Isya

9.00 malam

- Tazkirah

- Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Radzuan

- Solat Isya
9.00 malam

- Asas Pertolongan

- Memberi pengetahuan berkenaan kotak

Cemas 2 (sesi 2)

ubat dan spesifkasi setiap barang yang

11.00 malam

Kotak kecemasan

terdapat di dalam kotak tersebut.

- Aktiviti kumpulan

- Aktiviti kumpulan Mencari ubat hilang

- Night Walk

- Murid berjalan di tengah kegelapan malam

11.00 malam
-

Deria Peka

12.00 t.mlm

- Rehat

sambil mengenal setiap bunyi, mengetahui


jejak langkah mereka dan peka tentang
perubahan sekeliling

23 Mac 2014

5.30 pagi

- Solat Subuh

- Pengurusan diri dan solat Subuh

- Tazkirah

- Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi

6.45 pagi

- Senamrobik

- Acara senamrobik

- Sarapan pagi

- Sarapan pagi

6.45 pagi

AHAD

7.30 pagi
Tarikh

Masa

Aktiviti

Penerangan/Justifikasi

8.00 pagi

- Asas Pertolongan

- Kemalangan Di Mana-Mana membri

Cemas (sesi 3)

pengetahuan

10.00 pagi

Kemalangan Di

kecederaan dan kemalangan yang boleh

kepada

murid

jenis-jenis

Mana-Mana

berlaku di mana-mana sahaja kita berada.

- Aktiviti kumpulan

- Amali pertolongan cemas

- Minum pagi

- Minum pagi

10.30 pagi

- Ujian Asas

- Ujian bertulis Asas Pertolongan Cemas 1

Pertolongan Cemas 1

10.00 pagi
10.30 pagi

23 Mac 2014
AHAD

12.30 tgh
12.30 tgh

- Makan tengah hari

- Makan tengah hari, solat zuhur dan

- Solat Zuhur

pengurusan diri

2.00 petang

- Majlis penutup

- Majlis Penutupan oleh Tuan Guru Besar

- Penyampaian sijil

SKSB

2.00 petang

3.00 petang

- Penyampaian

Sijil Asas Pertolongan

Cemas 1 kepada yang lulus


3.00 petang

- Cleaning Up

- Mengemas khemah
- Membersihkan kawasan perkhemahan

4.30 petang
4.30 petang

- Bertolak balik ke

sekolah

5.00 petang

- Balik ke SKSB

You might also like