You are on page 1of 8

TUGASAN: ANALISIS FILEM LEAN ON ME

SOALAN 1
1. Senaraikan 15 masalah disiplin dan tingkahlaku devian yang dapat anda
kenalpasti dalam file mini.
JAWAPAN 1
I.

Mengedar dadah

II.

Menagih dadah

III.

Merokok

IV.

Buli

V.

Gengsterism

VI.

Bergaduh dan saling membuat masalah disiplin

VII.

Merosakkan harta benda sekolah

VIII.

Vandalisme

IX.

Pergaulan bebas

X.

Seks bebas

XI.

Memeras ugut

XII.

Berjudi

XIII.

Pergaduhan berkumpulan

XIV.

Meniru dalam peperiksaan

XV.

Tidak mematuhi etika berpakaian dan membuat kacau semasa sesi


pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

SOALAN 2
Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah
laku devian dalam kalangan pelajar di sekolah Eastside High School?
JAWAPAN 2
Berdasarkan filem ini

terdapat beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi

tingkah laku devian antaranya dari teori Merton yang mengatakan pelajar akan
melakukukan devian jika mengalami kegagalan mencapai kejayaan dan objektif ideal
dalam masyarakat di mana kebanyakan para pelajar sekolah ini tidak cemerlang
akademik dan mengalami tekanan dari pelbagai aspek lain seperti kekangan peluang,
masalah ekonomi (kemiskinan), persekitaran sosial yang negatif

dan aspek

kekeluargaan (keruntuhan rumah tangga). Merton juga menjelaskan akibat daripada


tekanan dan masalah devian ini akan membentuk 5 jenis penyesuaian

dalam

masyarakat iaitu pertama keakuran. Pelajar di dalam kumpulan keakuran akan sentiasa
menerima kejayaan dari aspek kebendaan dan berfungsi dalam masyarakat yang maju.
Kedua adalah inovasi di mana pelajar akan melakukan inovasi (devian) untuk mencapai
kejayaan

atau

matlamat

hidup

contohnya

mencuri

untuk

mendapatkan

duit

perbelanjaan di sekolah. Ketiga adalah Ritualisme, golongan ini akan menolak


matlamat kejayaan namun masih kekalkan cara untuk mencapainya contohnya ponteng
ke sekolah. Keempat adalah Retreatisme pelajar akan menolak cara dan matlamat
tanpa mencuba norma baru contohnya menjadi penagih dadah dan tidak mahu
meneruskan persekolahan. Terakhir adalah memberontak di mana pelajar akan

menolak cara dan matlamat serta menggantikan dengan norma baru contohnya
membina kumpulan radikal.
Seterusnya faktor lain yang menyebabkan para pelajar sekolah ini melakukan
devian adalah kerana kurangnya perhatian dan tindakan kawalan disiplin oleh pihak
sekolah hal ini kerana selepas kehadiran Joe Clark dan penerapan elemen disiplin
dikalangan pelajar dan guru-guru masalah devian dapat dibendung dan diatasi.
Menurut teori aktiviti rutin tingkah laku devian akan berlaku sekiranya pesalah laku
devian tidak dikawal aktiviti deviannya, bermotivasi, serta mempunyai mangsa yang
sesuai.
Menurut Teori Pembelajaran Sosial, agen-agen utama masyarakat seperti ibu
bapa, rakan sebaya, masyarakat sekeliling, pihak sekolah serta media massa
memainkan peranan penting dan ketara dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
Berdasarkan filem ini jelas menunjukkan pengaruh rakan sebaya sebagai punca yang
mempengaruhi tingkah laku devian. Mereka sentiasa berkomunikasi bersama rakanrakan yang melakukan devian tanpa merasakan perbuatan mereka itu adalah salah dan
mengikut norma masyarakat.
Persekitaran tempat tinggal dan komuniti setemat juga merupakan faktor
belakunya devian. Di dalam teori tekanan sosial elemen-elemen negatif yang ada
disekeliling seperti perbuatan delikuen turut menyumpang kepada masalah devian.
Teori ini juga mengatakan faktor kemiskinan akan memberi lebih tekanan kepada
pelajar seterusnya melakukan devian untuk mencapai sesuatu matlamat. Selain
daripada itu ketiadaan hala tuju dan perhatian ahli keluarga juga akan menyumbang

kepada perbuatan devian. Kes perceraian dan kepincangan rumah tangga akan
melemahkan hubungan kasih sayang kekeluargaan dan mengakibatkan pelajar mencari
kebahagiaan hidup dengan melakukan devian.

SOALAN 3
Bincangkan langkah-langkah intervensi yang dilaksanakan oleh Joe Clark untuk
memastikan Eastside High School bertukar wajah dan menjadi lebih cemerlang.
Berikan 3 contoh yang bersesuaian berdasarkan filem tersebut.
JAWAPAN 3
Antara langkah intervesi yang dilaksanakan oleh Joe Clark adalah mewujudkan
sistem kawalan disiplin yang ketat dengan cara melantik seorang lelaki yang gagah dan
berani sebagai pengawal dan akan menangkap para pelajar yang bertingkah

laku

devian seterusnya membawa pelajar tersebut untuk berjumpa dengan pengetua (Joe
Clark). Tindakan ini selari dengan Teori Aktiviti Rutin yang menyatakan tingkahlaku
devian tidak dapat berlaku sekiranya wujud kawalan untuk mencegahnya walaupun
terdapat pesalah laku yang bermotivasi dan mangsa yang sesuai.
Selain itu,

beliau turut menjalankan intervensi yang lain adalah dengan

menyediakan ruang untuk berbincang secara individu dengan pelajar bermasalah. Hasil
perkongsian masalah ini Joe Clark cuba meningkatkan keyakinanan diri pelajar tersebut
supaya tidak berasa terbeban menanggung masalah atau gagal dalam masyarakat. Joe
Clark juga cuba menasihati dan memberikan idea atau cara yang boleh dilakukan oleh
pelajar tersebut dalam usaha mencapai objektif ideal masyarakat. Semua ini akan
membantu pelajar untuk berfikir bahawa mereka mampu mematuhi norma-norma
masyarakat.

Seterusnya, langkah intervensi yang diambil oleh Joe Clark adalah dengan
memberi kesedaran kepada semua guru-guru untuk bersama-sama membanteras
tingkahlaku devian pelajar. Hal ini akan memperkukuhkan sistem kawalan yang akan
memandu setiap tingkahlaku pelajar pada setiap masa dan di setiap sudut sekolah.
Kerjasama ini juga akan memperlihatkan kepada pelajar bahawa sekolah sangat tegas
apabila berhadapan dengan masalah tingkahlaku devian. Justeru, pelajar secara
psikologinya akan berasa tidak berbaloi untuk melakukan tingkahlaku devian kerana
kesan tindakan tersebut adalah teruk. Hal ini selari dengan Teori Pilihan Rasional yang
menyatakan bahawa individu hanya akan melakukan devian sekiranya berbaloi
berbanding kesan tindakan tersebut. Selain daripada itu beliau dan para pelajar
bersama-sama menjadikan persekitaran sekolah lebih cantik dan selesa untuk sesi
pembelajaran. Bangunan sekolah dicat dan dibersihkan bersama-sama. Para pelajar
juga diajar untuk menghargai sekolah dengan mewajibkan mereka menghafal serta
menyanyikan lagu sekolah dengan cara yang betul.

SOALAN 4
Berdasarkan filem tersebut, nyatakan 5 perkara yang sepatutnya diamalkan oleh
seorang pentadbir atau guru bagi mengatasi masalah disiplin dan devian di sekolahsekolah di Malaysia.
JAWAPAN 4
I.

Pentadbir
a) Undang-undang sekolah
Memperketatkan undang-undang sekolah dan lebih tegas dalam memimpin dan
proses penerapan disiplin dikalangan para pelajar. Segala tindakan pelajar yang
melanggar disiplin dipantau dan diambil tindakan berdasarkan bukti-bukti yang
kukuh. Semua guru diwajibkan menjadi guru disiplin dan kaunselor sekolah agar
usaha sama dilakukan dalam membendung masalah disiplin.
b) Program Bersama Komuniti
Merancang program yang berunsurkan penerapan disiplin seperti program
bersama polis dan komuniti setempat agar masalah devian bukan sahaja
dipantau oleh pihak sekolah namun masyarakat sekeliling turut memainkan
peranan dan tanggungjawab. Menjemput pegawai polis berhampiran hadir ke
sekolah untuk memberikan ceramah dan penjelasan berkaitan hukuman berat
yang bakal diterima pesalah Juvana di Malaysia. Pendedahan awal ini akan
menimbulkan kesedaran kepada pelajar untuk tidak melakukan devian. Pihak
sekolah juga boleh menjemput bekas-bekas pelajar yang sudah berjaya untuk

memberikan

motivasi

dan

teknik-teknik

belajar

untuk

berjaya

dalam

persekolahan.
c) Program Pengawas Sekolah
Melantik pelajar yang berwibawa dan tegas untuk menjadi pengawas sekolah
bagi membantu guru-guru memantau disiplin pelajar. Para pengawas perlu
diberikan kursus kepimpinan dan pendedahan berkaitan peraturan-peraturan
sekolah yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sekolah.
d) Program Guruku Sahabatku
Guru perlu menjadi role model dan berkelakuan baik untuk dijadikan contoh
kepada para pelajar. Selain itu guru harus membina hubungan rapat dengan
para pelajar, ibu bapa dan komuniti setempat agar pelajar selesa untuk
mendampingi serta berkongsi masalah. Guru seharusnya lebih prihatin dan peka
dengan perkembangan dan perubahan sikap para pelajar dari semasa ke
semasa.
e) Program Sekolahku Syurgaku
Memastikan suasana dan persekitaran sekolah lebih ceria dan selesa untuk
melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru dan para pelajar
menjalankan sesi gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Setiap kelas
diberikan kawasan angkat agar dapat membersihkan kawasan tersebut
bersama-sama. Poster, peraturan sekolah, kata-kata hikmah dan nilai-nilai murni
dipapsrkan di perkarangan sekolah agar mudah diakses dan dibaca oleh semua
pelajar

You might also like