You are on page 1of 66

1

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SEMESTER 2 SESI 2013/2014

SKSE 3113: EVOLUSI DAN TRANSFORMASI SOSIO-EKONOMI MALAYSIA

BINCANGKAN DAN BUAT ULASAN SECARA KRITIKAL TULISAN AZLAN


TAJUDDIN, MALAYSIA IN THE WORLD ECONOMY 1824-2011.

FAHRUR RAZI BIN NASUKA A140496

PENSYARAH:
PROF. DR. NORDIN HUSSIN

1.0

2.0

ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
1.1 Kapitalisme
1.2 Demokrasi

HALAMAN
5
6
7

9
SEJARAH AWAL KOLONIALISASI DAN KAPITALISME DI
MALAYSIA
2.1 Pengukuhan Politik kolonialisasi dan kapitalisme di 10
Malaysia

3.0

KESAN KEMUNCULAN KOLONIALISME DAN KAPITALISME DI 12


TANAH MELAYU
12
3.1 EKONOMI
3.1.1 Transformasi komoditi ekonomi tanah melayu dan
kesannya
3.1.2 Diskriminasi terhadap tanaman tradisional dan orang
melayu
3.1.3 Pengenalan system dasar ekonomi bebas
3.1.4 Pengenalan dualism ekonomi
3.2 SOSIAL
3.2.1 Sejarah kemunculan masyarakat majmuk di Malaysia
3.2.1.1 Sejarah kemasukan Imigran Cina
3.2.1.2 Sejarah kemasukan Imigran India
3.2.2 Kesan kemasukan imigran terhadap masyarakat ditanah
melayu
3.2.2.1 Polarisasi kaum
3.2.2.2 Kemunculan strasifikasi social
3.2.2.3 Ketidakstabilan pengagihan kekayaan mengikut kaum
3.2.2.4 Ketidakadilan dalam proses urbanisasi dan
pembangunan

4.0

13
16
18
19
19
19
20
21

22
24
23
23
24

3.3 STEREOTAIP BRITISH TERHADAP BANGSA DI TANAH


MELAYU DAN KESANNYA

26

PENERUSAN PEMECAHAN IDENTITI MENJELANG


KEMERDEKAAN
4.1 Ethnonasionalisme ditanah melayu sebelum merdeka
4.1.1 Ethnonasioanalisme bangsa cina
4.1.2 Ethnonasionalisme india
4.1.3 Ethnonasionalisme melayu

27

4.2 Reaksi British terhadap kemunculan ethnocentrisme

28
28
29
30

5.0

6.0

7.0

ditanah melayu

32

GOLONGAN ELIT TANAH MELAYU DAN PERANAN DALAM


KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
5.1 Permulaan gabungan kerjasama golongan elit

34

5.2 Pengaruh golongan elit di sabah dan sarawak

36

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN DAN PENGUKUHAN


KUASA ELIT DI TANAH MELAYU SELEPAS MERDEKA

37

6.1 Pengukuhan kuasa elit melalui perkembangan ekonomi


tanah melayu sehingga 1970

37

35

6.2 pengukuhan kuasa elit dan ancaman yang timbul


6.2.1 isu pendidikan
6.2.2 isu bahasa
6.2.3 isu ekonomi

39
39
40
42

6.3 Ketegangan kaum dan peristiwa 13 Mei

42

PEMERINTAHAN GOLONGAN ELIT DAN PENGEKALAN KUASA


POLITIK
7.1 Pengekalan kuasa melalui pengenalan Dasar ekonomi
Baru

43

7.2 Dasar Ekonomi Baru dan peningkatan ekonomi Malaysia


7.2.1 Pengenalan dasar-dasar ketika DEB

47
47

7.3 Permasalahan didalam DEB dan Usaha pengekalan


hegemony UMNO

44

49

8.0

PENERUSAN DASAR EKONOMI MALAYSIA SELEPAS DEB

51

9.0

PENGUKUHAN HEGEMONY UMNO MELALUI KAWALAN


POLITIK TERHADAP RAKYAT DAN MEDIA DAN KESANNYA
TERHADAP DEMOKRASI Di MALAYSIA
9.1 Kawalan atas proses pilihanraya
9.2 Kawalan keatas system kehakiman Negara
9.3 Kawalan terhadap institusi beraja
9.4 Kawalan terhadap system kepolisan Negara
9.5 Pengenalan akta-akta draconian
9.6 Kawalan terhadap media arus perdana

52

53
55
57
58
59
59

10.0

Kepesatan globalisasi dan kesannya pada pola politik


Malaysia

60

11.0

KESIMPULAN

62

12.0

RUJUKAN

64

1.0 Pendahuluan
Pengaruh British didalam negeri-negeri ditanah melayu secara rasminya bermula pada tahun 1824 iaitu setelah
perjanjian British-Belanda dimetrai. Pada ketika itu tanah melayu berada dibawah pengaruh Syarikat Hindia
1

Timur Inggeris(SHTI) sebelum beralih ke pejabat colonial terus dari London pada tahun 1867. Pengaruh yang
juga secara rasminya tamat apabila tanah melayu merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 telah membawa
banyak perubahan dari segi aspek ekonomi, social dan politik yang mencorakkan Malaysia seperti apa yang
kita lihat pada hari ini. Campur tangan british selama 133 tahun di Malaysia telah membentuk satu acuan yang
dijadikan panduan dalam politik system pemerintahan dan juga ekonomi Negara kita yang mana ianya secara
tidak langsung telah mempengaruhi corak sosial masyarakat berbilang kaum dinegara kita sehingga hari ini.

Ketidakselarian diantara kemajuan ekonomi yang dikecapi negara kita yang dipengaruhi oleh sistem
kapitalisma barat melalui proses imperialis dengan hasil pendemokrasian dan persamaan kekayaan yang
diperoleh oleh segenap kaum dalam sistem lapisan masyarakat telah menimbulkan banyak tanda tanya.
Pemerkasaan system demokrasi di Malaysia yang semakin lama semakin rendah dan tidak seiring dengan
kemajuan ekonomi yang dikecapai juga merupakan satu lagi persoalan besar yang timbul. Segala persoalan
dan tanda tanya ini merupakan tema dan fokus utama yang dibawa oleh Dr. Azlan Tajuddin didalam buah
tangan utamanya mengenai Malaysia yang bertajuk Malaysia in the world economy 1824-2011 yang telah
diterbitkan pada tahun 2012. Objektif penulisan ini pula ditulis adalah untuk membincangkan dan membuat
ulasan secara kritikal mengenai buku ini tanpa sebarang unsur prejudis kepada mana-mana pihak.
Berbalik semula kepada persoalan penulisan Azlan Tajuddin ini, Terdapat enam objektif didalam buku
ini yang harus diutamakan sebelum dapat menjawab persoalan ini dengan kritis iaitu:
i)

Factor perspektif sejarah dalam mempengaruhi masalah politik, sosial dan ekonomi yang
berlaku di Malaysia pada hari ini bermula dari penguasaan British pada 1824 hingga fasa
industriliasasi pada 2011.

ii)

Melihat transisi penerus elemen demokrasi dan kapitalis dari zaman kolonialisme ke zaman
pemerintahan golongan elit.

iii)

Mengkaji strategi yang dilakukan oleh parti pemerintah yang diketuai UMNO dalam
mengekalkan kuasa politiknya dan kesannya kepada system pendemokrasian Negara.

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 20
2

Ibid., hlm xvi

Ibid., hlm 2

6
Didalam menjawab dan menghuraikan kepada persoalan utama penulisan buku Azlan Ghazali ini harus dikenal
pasti beberapa kata kuncinya yang menjadi pandu arah penulisan ini iaitu kolonialisme, kapitalisme, ethnicity,
demokrasi dan industrialisasi.
1.1 Kapitalisme
Aspek pertama yang menjadi asas didalam penulisan buku karya Azlan Tajuddin ini yang harus difahami
terlebih dahulu sebelum membedah buku ini dengan lebih dalam lagi adalah mengenai system kapitalisma.
Perkataan kapitalisma ini definisinya lebih menjurus kepada system ekonomi dan hal ini jugalah yang menjadi
teras kepada penulisan buku ini. Ekonomi kapitalis boleh didefinisikan sebagai ekonomi yang menjadikan
unsur pengeluaran menjadi hak milik orang persendirian yang bebas untuk memiliki harta bagi meraih
keuntungan. Kebebasan disini lebih menekankan kepada kebebasa dari campurtangan daripada kerajaan.
System ekonomi kapitalisme ini digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos,
penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan juga pendapatan. System ekonomi kapitalis ini
dibawa ketika kolonialisme inggeris berlaku dinegara kita dimana ia telah mengalihkan asas ekonomi sistem
tradisional pertanian feudal tanah melayu pada ketika itu kepada sistem ekonomi kapitalis.
Sistem ekonomi kapitalis yang diperkenalkan barat ini adalah 100 peratus berorientasikan
keuntungan semata-mata dan aspek kebajikan pekerja tidak langsung berada dialam pertimbangan dan ianya
diperkenalkan hanyalah untuk memudahkan proses mendominasi dan merompak kekayaan hasil bumi tanah
melayu. Kemasukan unsur ekonomi yang mementingkan modal dan keuntungan atau disebut ekonomi
kapitalis ini telah membawa kepada perubahan pola ekonomi dan perdagangan di Tanah Melayu.

Penguasaan system kapitalis ini berterusan bukan sahaja ketika British menjadi penguasa di Tanah
melayu, malah setelah Malaysia mencapai kemerdekaan sekalipun struktur ini tidak banyak berubah, kalau
adapun hanya bercorak peripheral. Misalnya, kalau dahulu teraju pemerintahan ditangan inggeris, kini telah
diambil alih oleh orang-orang Malaysia sendiri tetapi pengaplikasiannya, tetap sama. Apabila pemerintah dan
pegawai tadbir tempatan mengambil alih kuasa dan pentadbiran Negara ini mereka juga mewarisi berbagai
warisan yang ditinggalkan oleh penjajah. Termasuk didalamnya ialah struktur, ciri dan masalah masyarakat
yang telah dicipta oleh penjajah inggeris semata-mata untuk kepentingan ekonomi mereka. Diantaranya ialah
masalah kemiskinan, buta huruf, pengangguran, kemunduran sector ekonomi desa, perpaduan kaum,
pelajaran dan sebagainya. Asas dan skop perkembangan kapitalis di Malaysia sebenarnya banyak dipengaruhi
oleh gabungan sejarah ketika zaman colonial dan perkembangan istitusi budaya tempatan yang telah
menyebabkan munculnya satu permasalah ekonomi politik yang unik di Malaysia.

Jomo Kwame Sundaram, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Malaysia . 1988, Kuala Lumpur :
DBP,hlm 158
5

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 2

7
Zaman kolonialisme dan pengenalan system kapitalisme sememangnya telah menyebabkan
berlakunya diskriminasi terhadap masyarakat tempatan. Hal ini adalah kerana system ekonomi, social dan
politik tempatan telah dilemahkan oleh pengaruh luar dan menyebabkan mereka ini tidak mampu untuk
menentang. System pecah dan perintah yang diperkenalkan juga semakin membantutkan lagi usaha untuk
melakukan penentangan kerana tiadanya kesatuan diantara mereka.

1.2 Demokrasi
Satu lagi aspek yang diutamakan didalam penulisan buku karya Azlan Tajuddin ini adalah mengenai
pendemokrasian system politik di Malaysia yang terhasil daripada pengaruh kolonialisme barat. Demokrasi
merupakan satu ideology politik yang diagungkan oleh eropah yang dianggap sebagai system politik yang
terbaik didunia. System ini lahir selepas zaman kegelapan di eropah yang didasari oleh fahaman liberalisme
dan positivism yang mengangkat dan menekankan aspek kebebasan dalam membuat pilihan dan juga satu
fahaman yang mengangkat individualisme. Pada hari ini, system politik ini telah menjadi satu idealisme global
yang paling terkenal. Pada hari ini, fahaman liberalisme ini bukan sahaja merangkumi aspek politik demokrasi
sahaja tetapi telah berkembang cabangnya kepada pelbagai aspek kehidupan dengan menggunakan pelbagai
istilah baru seperti tetapi masih menggunakan jenama demokrasi seperti negara-bangsa, masyarakat sivil,
keadilan sosial, kedaulatan rakyat, kebebasan bersuara, kapitalisme dan sebagainya.
Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah Negara demokrasi dari segi teorinya kerana mempunyai
tujuh prinsip utama didalam demokrasi iaitu kebebasan bersuara, media massa yang tidak berpihak,
pilihanraya yang diadakan secara konsisten, kebebasan daam berorganisasi dan berpesatuan, pemerintahan
berasaskan majority, keadilan dalam hak minority dan akhir sekali badan kehakiman dan perundangan yang
bebas dan berkecuali. Hampir kesemua ciri ini terdapat didalam perlembagaan persekutuan Negara kita. Oleh
yang demikian, dari segi teorinya sememangnya Malaysia boleh dikatakan sebagia sebuah Negara yang
mengamalkan demokrasi acuan barat tetapi dari segi praktikalnya, ianya jauh sekali menyimpang. Hal ini
dipersetujui ramai sarjana barat seperti Von Vorys yang menggelar demokrasi di Malaysia adalah bersifat palsu
7

dan separuh. Dan kenyataan ini disokong oleh sarjana Crouch yang menggelar demokrasi Malaysia bersifat
8

tertutup dan terhad. Segala gelaran dan kenyataan mengenai demokrasi di Malaysia adalah sangat berasas
kerana sistem politik dan pentadbiran moden di Tanah Melayu pada dahulunya dan Malaysia pada hari ini
sebenarnya hanya diwarisi dan diubah suai dari penjajah Inggeris yang juga melibatkan idea demokrasi.
Demokrasi yang diamalkan diMalaysia pada hari ini juga dilihat dalam keadaan nazak dimana pengamalan
prinsip-prinsip asas demokrasi ini dilihat semakin terhakis .

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 7
7

Von Vorys, Karl, Democracy without consensus, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975, hlm 342

Harold Crouch, Government and Society in Malaysia, Australia: Allen & Unwin, 1996, hlm 233

8
Perkembangan demokrasi yang dibawa oleh barat mudah diadaptasi di Tanah melayu kerana
kekondusifan system disini yang banyak dipengaruhi oleh corak sosio-budaya masyarakat Melayu yang bersifat
feudal yang dapat dilihat menerusi autonomi dan kuasa yang dinyahpusatkan antara sultan dan pembesar.

Britih tidak membuat perubahan secara drastic dalam aspek politik apabila mula menjajah tanah melayu
sebaliknya mengekalkan system yang sedia ada kerana bagi mengelakkan penentangan terhadap pentadbiran
Inggeris dan bagi memudahkan proses transisi sistem pentadbiran tradisional ini kepada sistem pentadbiran
yang lebih moden dan sistematik iaitu system demokrasi.
Kolonialisme di Malaysia ini dipermudahkan dengan kewujudan system sultan atau beraja diMalaysia,
sebuah system tertinggi di Malaysia pada ketika yang hanya tinggi pada luarannya tetapi lemah dari dalamnya.
System ini juga mendapat sokongan penuh oleh seluruh rakyat dan apabila pihak British Berjaya menguasai
system kesultanan ini dengan tipu helah dek kedangkalan pemimpin itu sendiri, maka urusan untuk mendapat
persetujuan dari rakyat menjadi mudah dan urusan menjadi hegemoni di tanah melayu pada ketika itu
berjalan lancar.

10

Dalam melihat dan membincangkan mengenai perubahan yang berlaku terhadap sosio-

ekonomi di Malaysia pada hari ini, aspek susur galur sejarah terhadap semua ini yang dinadikan oleh sejarah
kolonialisme inggeris ditanah melayu dan telah didasari oleh system ekonomi kapitalisme dan politik
demokrasi haruslah diahami terlebih dahulu.
2.0 Sejarah awal kolonialisasi dan kemunculan kapitalisme di Malaysia
Sebelum pergi terus mendalam kepada menjawab persoalan soalan ini, adalah lebih bersesuaian
sekiranya melihat serba sedikit susur galur sejarah kemasukan pengaruh Inggeris ditanah melayu ini. Dari segi
kronologi sejarahnya, kedatangan pengaruh inggeris ke tanah melayu dikatakan telah bermula sejak abad ke16 yang didasari oleh aspek perdagangan ataupun ekonomi. Pengaruh British di bahagian asia dilihat lebih
signifikan bermula pada abad ke-18 melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris(SHTI) dan hal ini didorong oleh
kerancakan revolusi industri di eropah yang menuntut mereka untuk meluaskan empayarnya bagi mencari
bahan mentah dan mendapatkan tempat pasaran baru. Disebabkan oleh penurunan pengaruh Melaka sebagai
pelabuhan yang penting, kedudukan ini telah diambil alih oleh pelabuhan Batavia yang dikuasai oleh Belanda.
Pihak British pula pada ketika itu mempunyai pelabuhan pulau pinang yang semakin berkembang,
walaubagaimanapun, kedudukan geografi pulau pinang yang agak jauh dari aktiviti maritime serantau telah
menyebabkan ianya agak mustahil untuk menyaingi pelabuhan Batavia. Hal ini ditambah lagi dengan peraturan
polisi yang tidak membenarkan British East India Company (BEIC) untuk meluaskan kuasa di negeri-negeri di

J.M Gullick, Indigenous political system of western Malaya, London: Athlone Press, 1988, hlm 31

10

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 4

9
tanah melayu. Walaubagaimanapun, hal ini tidak dipersetujui oleh beberapa pihak didalam BEIC seperti
Stamford Raffles dan bermula dari hal inilah bermulanya pengaruh British di tanah melayu.

11

Pembukaan Singapura oleh Raffles pada tahun 1819 telah menonjolkan Singapura sebagai sebuah
pusat perdagangan bebas yang terkemuka di dunia.

12

Proses penaklukan Singapura ini dilakukan secara

diplomasi dan hanya menggunakan tipu helah keatas kedangkalan beberapa pemimpin johor pada ketika itu
13

dan juga dibantu oleh keadaan politik yang kucar-kacir. Walaubagaimanapun, penguasaan British terhadap
Singapura telah menggusarkan satu lagi kuasa besar penjajah di rantau ini iaitu Belanda.

14

Berikutan hal ini,

suatu perjanjian diantara British dan Belanda telah dilakukan pada 17 Mac 1824 di London yang dikenali
sebagai Treaty Of Commerce and Exchange Between Great Britain and Netherland bagi menyelesaikan segala
15

16

permusuhan ini. Perjanjian ini juga lebih dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Belanda. Bermula dari tarikh
inilah proses kolonialisasi yang membawa sama system kapitalis ini bermula secara rasmi di tanah melayu.
Disebelah Borneo pula, skrip yang hampir sama telah berlaku dan hanya dibezakan dari segi angka
tarikh dan nama wataknya sahaja. Watak utama didalam proses kemasukan kolonialisma di Sarawak adalah
seorang pengembara inggeris bernama James Brooke yang tiba di Kuching pada 11 Ogos 1839. Akibat daripada
konflik dalaman Brunei yang berlarutan pada ketika itu, khidmat James Brooke telah digunakan untuk
menangani pemberontakan yang berlaku dan beliau Berjaya melakukan misi tersebut dengan bantuan askar-

11

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 29
12

Singapura dijadikan pelabuhan bebas pada 6 Febuari 1819 dan pengisytiharaan secara rasmi hanya dibuat
pada 1 Januari 1823. Lihat C. M. Turnbull, A History of Singapore 1819-1975,: Oxford University Press, Kuala
Lumpur, 1977, hlm. 13.
13

L. A. Mills, British Malaya 1824-1867, Oxford University Press, 1966, Kuala Lumpur, hlm. 53-55.

14

Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: DBP, 1988, hlm 109-100.

15

The Consolidated Treaty Series 1969, Jilid, 78, New York: Ocean Publication Inc Dobbs Ferry, hlm. 88.

16

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini ditandatangani
untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya sentiasa dalam keadaan
tegang di samping adanya kepentingan-kepentingan mereka sendiri. Perjanjian Inggeris-Belanda telah
ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London. Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda
pula diwakili oleh Charles W. Wymn. Kandungan perjanjiannya ialah berkaitan dengan isu kewilayahan dan
syarat-syarat perdagangan. Antaranya ialah Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British
di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang,
Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura, British juga bersetuju tidak akan membuat
perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut. Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang
perjanjian atau pelabuhan di kawasan tersebut, Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British
bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera, Belanda
menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yang ada kepada British. Belanda juga akan
membayar sebanyak 100000 kepada Britsh sebagai penyelesaian hutang-piutangnya. Lihat Abdullah Zakaria
Ghazali, Istana dan Politik Johor 1835-1885, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1997.

10
askar beliau yang terdiri daripada penduduk tempatan sendiri.

17

Hasil jasanya itu, beliau telah menuntut

hamper dua pertiga tanah di Sarawak dan sultan Brunei pada ketika itu terpaksa akur maka pada 24
September 1841, bemulalah dinasti Brooke di Sarawak. Bagi memastikan kelancaran proses kapitalisme dan
kelangsungan pemerintahan beliau, Brooke telah memisahkan hubungan diantara orang melayu dan orang
iban dari segi sosio-politiknya.

18

Pengaruh kawasan jajahan Brooke ini terus diluaskan ke bahagian timur

Sarawak pula iaitu dari kawasan rejang hingga ke sungai Balingian masing-masing pada tahun 1853 dan 1861.

19

Sarawak juga diiktiraf sebagai sebuah negeri yang merdeka oleh Great Britain dan berada dalam lindungan
British pada 1888.
Bagi satu lagi negeri di Borneo iaitu Sabah pula, proses kolonialisasi bermula secara rasminya apabila
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang ditubuhkan pada 1878 mula beroperasi menorah kekayaan hutan di
Sabah pada tahun 1881. Pada tahun 1888 pula, negeri Sabah ini di letakkan di bawah naungan British di mana
kerajaan British akan memberikan perlindungan kepada Sabah di bawah pengaruh British. Walaupun keduadua negeri borneo ini dibawah British, tetapi bahagian pentadbiran dan pengurusannya dilakukan sepenuhnya
oleh James Brooke di Sarawak dan SBUB di Sabah. Hal ini adalah disebabkan oleh kos pengendalian yang tinggi
dan sumber utama dikedua negeri ini tidaklah menjadi permintaan utama di dagangan dunia.
Walaubagaimanapun, British tetap menyokong Brooke dan SBUB dalam mengerah kekayaan ekonomi di dua
negeri ini kerana pihak British akan tetap terkena tempiasnya melalui pengenalan cukai dagangan.

20

2.1 Pengukuhan kolonialisasi dan kapitalisme di Malaysia


Penguasaan British dikukuhkan di tanah melayu melalui pengenalan negeri-negeri selat yang
melibatkan gabungan negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura pada tahun 1826. Pada 1867 pula, British
telah memilih Singapura sebagai pusat pentadbiran kepada negeri-negeri selat kerana kedudukannya yang
strategic dan keadaan ekonomi pelabuhannya yang lebih maju berbanding dua lagi negeri selat yang lain.
Negeri-negeri selat pada ketika itu juga telah dinaiktaraf menjadi jajahan takluk inggeris atau dikenali sebagai
Crown Colony.

21

Tahap kolonialisasi British terus subur dengan pengenalan beberapa polisi dan peraturan baru seperti
pengenalan system residen pada tahun 1874. System residen ini dibina bagi mengukuhkan penguasaan British
di negeri-negeri ditanah melayu yang kaya dengan bahan mentahnya. System residen ini juga telah
17

D.S.Ranjit Singh, Brunei 1839-1983: The Problem Of Political Survival, Singapore: oxford Universiy Press,
1984, hlm 48-49
18

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 35
19

Venon Mullen, The Story of Sarawak, Kuala Lumpur: Oxford University Press,1967, hlm 54.

20

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 35-36.
21

Tan Ding Eing, A portrait of Malaysia and Singapore, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1977, hlm, 72.

11
menyebabkan munculnya kuasa baru yang lebih tinggi berbanding sultan dinegeri melayu. Nasihat residen
didalam urusan politik dan pentadbiran negeri-negeri melayu ini adalah bersifat mandatory dan tidak boleh
dibantah. Walaubagaimanapun, ruang lingkup kuasa residen ini tidak mencampuri urusan agama islam serta
adat istiadat Melayu.

22

Hal ini kerana British tahu bahawa dua elemen ini merupakan elemen yang paling

sensitive bagi orang melayu pada ketika itu, dan urusan mencampurinya akan boleh menyebabkan berlakunya
penentangan berskala besar. Dua hal ini juga tidak menarik minat British kerana apa yang ditekankan pada
ketika itu adalah ekonomi kapitalis semata-mata. Kewujudan sistem Residen di Tanah Melayu bermula di
Negeri Perak kesan dari Perjanjian Pangkor pada tahun1874. Keadaan kekacauan di Perak akibat perang
saudara antara kumpulan kongsi gelap Cina serta perebutan kuasa antara pembesar Melayu pada masa itu
telah digunakan oleh British untuk campur tangan.

23

Selepas pengenalan system residen ini di negeri perak,

tiga lagi negeri yang juga kaya dengan sumber bijih timahnya menerima nasib yang sama melalui cara yang
hamper sama seperti negeri perak iaitu Selangor pada tahun 1874, Negeri Sembilan pada tahun 1874 dan
Pahang pada 1888. Negerinegeri ini akhirnya digabungkan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNBM)
24

pada tahun 1896. Bermula dari tarikh tersebut, system federalisme mula diguna pakai.
Bagi melengkapkan lagi rajah penguasaan British diseluruh negeri disemenanjung tanah melayu, maka
lima lagi negeri ditanah melayu pada ketika itu juga disatukan dibawah satu pemerintahan iaitu Negeri-negeri
Melayu tidak Bersekutu(NNMTB) iaitu didahului dengan 4 buah negeri dibawah siam iaitu Perlis, Kedah
,Kelantan serta Terengganu dan dilengkapkan dengan penyertaan negeri Johor pada tahun 1914. Setiap negeri
NNMTB ini akan diletakkan seorang residen.

25

Secara keseluruhannya, bermula dari tahun 1874 hinggalah ke tahun 1914, British telah membawa
system pentadbiran baru di negeri-negeri Tanah Melayu bagi melicinkan urusan kolonialisme dan kapitalisme
secara berperingkat iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB). Dalam pentadbiran baru ini ,bagi NNMB ianya diketuai oleh residen bagi negeri dan Penolong
Residen bagi peringkat jajahan atau daerah dan bagi NNMTB pula ia melibatkan gandingan antara Penasihat
dan Penolong Penasihat. Bagi negeri-negeri selat pula, pemerintah tertingginya ialah Gabenor. Kesemua
wilayah-wilayah ini ditadbir oleh satu pusat pemerintahan di Singapura iaitu Pesuruhjaya Tinggi.

22

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 31
23

Leon Comber, 13 May 1969 : A Historical of Sino-Malay Relations. Kuala Lumpur:Heinemann Asia.1983, Hlm

8
24

Hasil perbincangan yang lebih mendalam mengenai system residen ini juga boleh dilihat didalam buku Azlan
Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy,
United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 30-34.
25

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 37-42

12
Pada tahun 1909 juga sebuah Majlis Persekutuan dibentuk bagi NNMB. Ianya dipengerusikan oleh
Pesuruhjaya Tinggi, dan dianggotai oleh residen umum, empat orang Sultan empat orang residen dan empat
orang wakil penduduk yang dilantik sebagai anggota tidak rasmi dan menjadi wakil bagi kepentingan
perladangan. Tugas penting Majlis Persekutuan adalah untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi dalam menggubal
dasar-dasar di Tanah Melayu. British juga turut memperkenalkan Perkhidmatan Awam Malaya(MCS) bagi
mengatasi masalah pentadbiran. Pada mulanya pentadbiran ini hanya dikhaskan untuk pegawai-pegawai
British sahaja. Perjawatan yang dibuka untuk orang Melayu hanyalah Perkhidmatan Pentadbiran
Melayu(MAS). Pentadbiran MAS lebih rendah berbanding MCS serta tempoh perkhidmatannya jauh lebih
pendek berbanding MCS. Ini bermakna orang Melayu tidak boleh menjadi Residen.
British turut menubuhkan system pendidikan untuk orang Melayu bagi diserapkan di dalam
pentadbiran. Maktab Melayu Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada tahun 1905 khusus untuk mendidik dan
memberi latihan kepada bakal pegawai Melayu

26

Kebanyakan kerabat diraja sahaja yang terpilih untuk

memasuki maktab ini. penubuhan beberapa institusi pendidikan elit ini juga bertujuan melahirkan golongan
elit yang pro kepada British yang dimahukan menjadi penyambung pengauh British apabila setelah merdeka.
Selain itu

British juga turut menubuhkan pasukan keselamatan seperti polis dan askar. Kebanyakan

keanggotaan pasukan keselamatan ini dianggotai oleh orang Melayu serta sesetengahnya merupakan anggota
upahan yang dibawa masuk dari luar Tanah Melayu. Kemajuan ekonomi pada masa itu menyebabkan British
mampu menanggung angkatan tentera dan polis yang besar itu. Pasukan ini telah diberikan latihan khas yang
sama dengan latihan pasukan keselamtan di Barat.
Kedatangan British ditanah melayu ini tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya Pertapakan
British ini telah merubah 360 darjah sistem politik dan ekonomi di tanah melayu dimana mereka telah
membawa dan memasukkan pengaruh unsur demokrasi dalam system politik dan kapitalisme dalam ekonomi
sekaligus menyebabkan berlakunya dualisme ekonomi dalam masyarakat di tanah melayu yang berbilang
kaum dan bangsa. Pengaruh kolonialisasi British ini juga telah membawa masuk system pentadbiran yang
moden berkiblatkan barat seperti kemuncuan badan legislative, system perundangan inggeris dan birokrasi
moden barat.
3.0 Kesan kemunculan kolonialisme dan kapitalisme di tanah melayu
3.1 Ekonomi
Satu kesan utama yang dapat dilihat hasil kedatangan penjajah barat dan pengenalan system kapitalis
di tanah melayu yang juga menjadi penekanan didalam buku penulisan Azlan Tajuddin ini adalah mengenai
transformasi ekonomi yang berlaku. Kekayaan sumber asli di tanah melayu pada suatu ketika dahulu telah
menarik minat pihak luar untuk membolot semua kekayaan di tanah melayu melalui proses kolonialisme dan
neo-kolonialisme. Pengaruh british di tanah melayu hadir bersama ideology pegangan ekonominya iaitu

26

Khasnor Johan. The Emergence of The Modern and Malay Elite. Singapore: Oxford Univ. Press. 1984, hlm 54

13
kapitalisme. System kapitalisme ini pula membawa nadi sekularisme dalam ekonomi atau juga laizzes faire
yang berpaksikan kepada kepentingan modal dan keuntungan semata-mata.

27

Pencetus kepada hal ini juga

adalah datang dari revolusi industry yang tercetus pada abad ke-17 di eropah yang menuntut british mencari
tanah jajahan yang subur dan kaya dengan sumber mentahnya terutamanya bijih timah.
Kedatangan Perkembangan system ekonomi kapitalis ini telah memberikan pelbagai kesan jangka
panjang kepada masyarakat tempatan seperti terhapusnya system ekonomi feudal yang digantikan dengan
system ekonomi semi-feudal dan semi-kapitalis yang mengangkat penggunaan mata wang sebagai medium
pertukaran. System ini juga telah menyebabkan ekonomi Malaysia terikat dengan system jaringan ekonomi
kapitalis dunia. Menerusi system wang ini jugalah, bermulanya penanaman tanaman komersial di kawasan luar
Bandar seperti getah yang sangat diperlukan oleh Inggeris untuk tujuan perindustrian disana. Disebabkan
harga komoditi ini tidak dapat dikawal sendiri oleh pengeluar iaitu masyarakat petani tanah melayu dan
terpaksa bergantung harap kepada untung nasib pasaran kapitalis dunia, maka hal ini telah menyebabkan
kehidupan mereka merosot kerana kebergantungan hidup hanya disandarkan terhadap tanaman tersebut.

28

Penjajahan berorientasikan ekonomi juga menandakan pengakhiran zaman imperial Preference di


tanah melayu oleh british. System ekonomi kapitalis yang dibawa ini sememangnya merubah corak ekonomi
ditanah melayu dan membawa angin sepoi transformasi yang baik tetapi pada masa yang sama juga membawa
ribut malapetaka terutamanya kepada orang melayu yang rata-rata merupakan petani miskin kerana tidak
mampu bersaing dengan pihak colonial terutamanya dari segi modal. Keadaan ekonomi tanah melayu yang
tiada kuasa dominan dari golongan tempatan telah memudahkan usaha pihak kolonial British untuk terus
mendominasi hasil ekonomi di bumi Melayu. Walaupun apabila dilihat dari segi angka dan nombor-nombor,
sememangnya memperlihatkan kemajuan ekonomi di tanah melayu terutamanya menjelang suku akhir kurun
ke-19, tetapi kekayaan tidak tersebut tidak sampai kepada rakyat sebaliknya dibolot semua oleh pihak inggeris
dan apa yang lebih teruk lagi, ekonomi kapitalis ini telah merubah landskap politik dan sosioekonomi negerinegeri di Malaysia.
3.1.1 Transformasi komoditi ekonomi tanah melayu dan kesannya
Kesan perubahan pertama kedatangan kapitalisme ini adalah transformasi ekonomi orang melayu daripada
mix-substance kepada komersial. Masyarakat melayu sebelum kolonialime berlaku mengamalkan system
ekonomi sara diri atau juga separa-sara diri. Sistem ekonomi sara diri telah diamalkan dan dilalui oleh
masyarakat Melayu tradisional dan berubah kepada separa-sara diri apabila beberapa keperluan terpaksa
diperolehi melalui proses jual beli. Jenis ekonomi ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu

27

Jomo Kwame Sundaram, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Malaysia . Kuala Lumpur : DBP, 1988,
hlm 158
28

Lim Teck Ghee, Peasant and their Agriculture Economy in Colonial Malaya 1874-1941, O.U.P, Kuala Lumpur,
1977

14
pertanian darat dan lautan. Antara contoh aktiviti ekonominya adalah seperti pertanian, menternak binatang,
mengumpul hasil hutan, memburu binatang dan perikanan.

29

Didalam sector pertanian sara diri yang diamalkan, penanaman padi yang terdiri daripada padi huma
dan padi sawah merupakan antara tanaman yang paling terkenal. Ianya dapat dilihat banyak di Kelantan dan
kedah pada ketika itu. Seperti di kedah pada awal abad ke-17, berlakunya perubahan pusat penanaman padi
30

sawah iaitu dari Merbok dan Kuala Muda ke bahagian selatan daerah Kedah. Hal yang sama juga berlaku di
31

Kelantan dan ini dibuktikan didalam buku pelayaran Abdullah. Satu lagi jenis aktiviti ekonomi orang melayu
tradisional adalah aktviti perlombongan. Orang melayu sebenarnya sudahpun memulakan aktiviti
perlombongan bijih timah ini sebelum kedatangan imigran cina melalui system mendulang. Aktiviti mendulang
ini sebenanrnya sudah dimulakan sejak zaman kesultanan Melaka lagi dan ianya menjadi aktiviti ekonomi
utama dibeberapa tempat seperti di Perak, Selangor dan kedah. Ianya dapat dilihat berlaku dikawasankawasan hulu sungai dan aktviti ini melibatkan pengawasan dari pembesar-pembesar kerana nilai komersial
yang dimiliki oleh bijih timah ini.

32

Apabila proses kolonialisasi british mula masuk ke tanah melayu, aktiviti ekonomi orang melayu pada
ketika itu telah bertukar 360 darjah hasil dari pengenalan jenis ekonomi kapitalisme dan komersial. System
ekonomi yang berasaskan keuntungan telah menyebabkan beberapa transformasi seperti rombakan jenis
tanaman didalam pertanian pada ketika itu kepada pertanian komersial seperti getah, pengambil alihan
perlombongan bijih timah dan system baru didalam aktiviti pertanian tradisional sedia ada. Antara jenis
tanaman komersial yang paling awal diperkenalkan adalah tanaman ubi kayu di beberapa tempat seperti di
Selangor, kuala lumpur dan linggi sekitar 1880-an. Jenis tanaman ini banyak diusahakan oleh pemodal dan
pengusaha cina seperti Yap Ah Loy di Kuala Lumpur.

33

Selain itu, tanaman gambir dan lada hitam juga

merupakan antara tanaman yang dikomersialkan. Pada tahun 1822, dicatatkan bahawa hamper 20 ladang
gambir direkodkan di singapura.

34

Walaupun dua tanaman ini telah ada pada awal abad ke-18 di Singapura

dan Johor, tetapi ianya mula dikomersialkan pada 1880-an di Selangor dan ini telah menarik ramai pelabur

29

R.O. Wistedt, The Malays A Cultural History, London, Routledge and Paul LTD, 1961, hlm.121.

30

S. Robert Aiken, Colin H. Leigh dan Michel R. Mass, Development and Environment in Peninsular Malaysia,
Singapore, Mc-Graw-Hill International Book Company, 1982, hlm, 126
31

Kassim Ahmad, Kisah pelayaran Abdullah, Kuala Lumpur, 1970, hlm 10

32

Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan, 1983, hlm 109

33

J.M.Gullick, A History of Selangor, 1742-1957, Singapore: Eastern Universities Press, 1960, hlm 80

34

J.C.Jackson, Planters and Speculators: Chinese and European Enterprise in Malaya, 1786-1921, kuala
Lumpur: University of Malaya Press, hlm 88

15
asing sehingga menubuhkan syarikat seperti Messr Hill and Rathbone yang pada tahun 1888, telah Berjaya
35

mendapatkan hak tanah seluas 10000 ekar di Selangor hanya untuk tanaman gambir, lada hitam dan kopi.

Satu tanaman yang paling signifikan sifatnya ditanah melayu adalah pengenalan tanaman getah.
Tanaman komersial ini telah diperkenalkan sekitar abad ke 19 disebabkan oleh permintaan yang tinggi dalam
sector industry. Eksperimen tanaman getah yang pertama ditanah melayu oleh H.N.Ridley di Perak pada tahun
1878,

36

telah membuahkan hasil dan ini menarik minat kapitalis-kapitalis barat dan cina untuk membuka

ladang getah di tanah melayu.

37

Pengenalan tanaman getah ini telah memberikan dilemma kepada orang

melayu apabila hak orang melayu telah ditenggelami oleh pemodal dari eropah,cina mahupun india.
Permintaan yang terlalu tinggi telah menyebabkan british meluaskan kawasan tanaman getah ini dan
menyebabkan british dan pelabur asing ini membeli tanah-tanah melayu yang luas dengan cara tipu helah.
Hasilnya muncullah syrikat-syarikat pelabur dari eroah ini seperti Harrison and Crosfield, Guthries, sime Darby
dan lain-lain.

38

Peningkatan industry permotoran di eropah dan amerika telah meningkatkan permintaan getah dan
membuatkan tanaman ini diutamakan oleh pihak British sehinggakan pada ahun 1916, tanaman getah ini telah
mengalahkan bijih timah sebagai komoditi eksport utama tanah melayu.

39

Hal ini telah menyebabkan British

melakukan diskriminasi terhadap aktiviti pertanian lain. satu undang-undang berkaitan tanah iaitu Enakmen
Tanah pada tahun 1897 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dibentuk bagi memudahkan pemberian
tanah kepada kapitalis bagi membuka ladang-ladang getah baru. Pemberian tanah ini menyaksikan bahawa
bakal peladang telah diberikan hak untuk memilih tanah yang paling sesuai, mempunyai sistem pengaliran
yang baik dan juga keadaan topografi tanah yang sesuai untuk tanaman pokok getah dan mengambilnya
walaupun ianya dimiliki oleh orang melayu.
Selain itu, aktiviti perlombongan merupakan salah satu sebab mengapa wujudnya sistem ekonomi
kapitalisme di Tanah Melayu. Bijih timah merupakan bahan mentah yang paling diperlukan oleh British bagi
40

meneruskan kelangsungan persaingan revolusi industrinya di eropah. Perlombongan bijih timah yang pada
asalnya hanyalah melalui proses mendulang telah berubah apabila kedatangan British dan sekali lagi

35

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 33
36

Ibid., hlm 46

37

Cheah Boon Keang & Abu Talib Ahmad. Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain . 1990, Petaling
Jaya:Fajar Bakti.hlm 239
38

Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan, 1983, hlm 248

39

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 46
40

Ibid., hlm 38

16
menyebabkan penindasan kepada orang melayu. Disebabkan kaedah melombong yang diamalkan dianggap
tidak menghasilkan pengeluaran yang banyak, dan sikap orang melayu yang tidak begitu produktif, maka
tenaga buruh dan teknologi melombong dari luar telah dibawa masuk.
Pihak British sangat mengutamakan pelabur-pelabur asing dan cina dalam hal perlombongan bijih timah
ini. Kesan yang ketara daripada dasar Inggeris yang memberikan keutamaan ke atas masyarakat imigran
selepas menguasai negeri-negeri Melayu ialah pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa pemilikan
lombong dan pekerja lombong Melayu semakin berkurang ke atas perusahaan melombong bijih kerana orang
Cina memonopoli kepentingan perusahaan ini di samping pemodal Eropah. Kesan ini boleh diibaratkan orang
Melayu seolah-olah merempat di negeri sendiri apabila begitu sukar untuk menempatkan diri dalam ekonomi
perdagangan ini. Sesetengah kawasan di Perak , Selangor dan Pahang telah dikuasai oleh pelombong China.
Hal ini juga didorong oleh hubungan pentadbiran inggeris yang rapat dengan orang Cina terutamanya
golongan elit peniaga dan pemodal Cina kerana kegiatan perdagangan perusahaan dan perlombongan orang
Cina menjadi sumber pendapatan yang besar bagi pihak British berbanding orang melayu.

41

Pihak British juga sangat menggalakkan kedatangan orang cina ini seperti melalui penubuhan Jabatan
Perlindungan Orang-orang Cina pada 1887.

42

Hal ini sememangnya menguntungkan Britsih dengan

peningkatan hasil bijih timahnya dan dapat dilihat melalui statisik pengeluaran bijih timah pada tahun 1904
yang meningkat kepada 50 000 tan dari hanya 6500 tan pada 1850.

43

Transformasi ekonomi dalam hal bijih

timah ini juga telah menyebabkan berbondong-bondong kapitalis, pemodal dan pelabur eropah datang
ketanah melayu. Kedatanagan mereka ini membawa kepada teknologi-teknologi baru dalam melombong bijih
timah seperti penggunaan kapal korek dan Kemasukan pemodal asing juga telah meningkatkan pengeluaran
bijih timah di Tanah Melayu.
3.1.2 Diskriminasi terhadap tanaman tradisional dan orang melayu
Satu lagi kesan utama terhadap kemunculan kolonialis barat dan system ekonomi kapitalis yang
dibawanya ini adalah dari segi diskriminasi terhadap tanaman tradisional sekaligus bermakna kepada orang
melayu. Sebagai contoh, pada ketika itu, sektor perladangan dan tanaman komersial dilihat lebih diberi
keutamaan oleh Brirish untuk mendapatkan tanah yang lebih baik dari segi kesuburan, kawasan ,pengaliran
serta infrastruktur dan lain-lain. Sebagai contoh, sekiranya tanah disesebuah kawasan itu dilihat sesuai untuk
tanaman komersial, maka ianya akan diambil walaupun pada awalnya ianya milik masyarakat melayu. Cukai
yang diberikan terhadap pertanian tani juga adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan pertanian

41

Leon Comber, 13 May 1969 ; A Historical of Sino-Malay Relations. Kuala Lumpur:Heinemann Asia.1983, hlm
12
42

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 34
43

K.g.Tregonning, A History of Modern Malaya, Singapore: University of London Press, 1964, 188

17
perladangan.

44

Selain itu, pentadbiran british juga telah memperkenalkan sistem hak pemilikan tanah yang

menuntut pemilik tanah ini untuk membayar cukai kepada kerajaan British. Hal ini sangat menyebalkan bagi
penduduk melayu dikawasan luar Bandar yang rata-ratanya hidup daif. Hal ini juga telah menyebabkan orang
melayu, menjual tanah-tanah mereka kepada orang luar termasuklah cina dan india kerana ketidakmampuan
untuk terus membayar sewa.

45

Diskriminasi juga dapat dilihat apabila aktiviti pertanian kaum tani Melayu telah menjadi sasaran
kepada beberapa undang undang yang telah menyekat aktiviti ekonomi asas mereka. Misalnya di Perak
peraturan-peraturan dan undang-undang baru ini termasuklah Compulsory Planting of Coconut by Malays
1880, Probihation Of Felling of Forest 1881 dan Alienation of Nipah Lands 1888. Peraturan-peraturan ini secara
perlahan mengurangkan kebebasan kaum tani Melayu.
Enakmen tanah 1897 juga telah diperkenalkan oleh Britsih untuk membantu golongan kapitalis ini
meluaskan lagi perniagaan mereka. Enakmen ini membolehkan golongan kapitalis ini untuk memilih manamana tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian, perlombongan dan penanaman mereka. Setelah lokasi tanah
dikenal pasti, pihak British akan berjumpa dengan tuan tanah dan memujuk mereka sama ada secara rela atau
tipu helah untuk setuju memberikan kebenaran penggunaan tanah mereka bagi golongan kapitalis eropah ini.
walaubagaimanapun, akibat dari enakmen ini yang menyebabkan rompakan tanah-tanah orang melayu ni
secara berleluasa telah sedikit menggusarkan british dan bagi mengawalnya, akta tanah simpanan melayu
1913 telah diperkenalkan.

46

British juga melakukan diskriminasi terhadap tanaman tradisional seperti padi dengan meminggirkan
tanaman tersebut sehinggalkan memaksa sultan sendiri untuk memulakan projek-projek berkaitan tanaman
padi ini terutamanya di kedah. Hal ini adalah kerana tanaman padi tidak memberikan keuntungan kepada
British dan juga bukanlah makanan asasi mereka. walaubagaimanapun, pihak British mula merubah strategi
apabila melihat orang melayu cuba untuk menanam tanaman komersial pula dan hal ini tidak digemari oleh
British kerana berpendapat orang melayu terlalu lambat untuk mengusahkan tanaman komersial ini. Keadaan
ini memaksa pihak British untuk menggesa orang melayu agar menumpukan kepada tanaman padi sahaja bagi
menampung keperluan makanan puak-puak yang rakus ini. Hal ini dibuktikan dengan pengenalan enakmen
tanaman padi pada tahun 1917 yang menetapkan bahawa hanya tanaman padi sahaja yang diberi di kawasan
47

tanah ini dan sesiapa yang ingkar, tanaman getahnya akan dimusnahkan. British juga telah memperkenalkan
Jabatan Parit dan Tali Air yang sehingga kini wujud dikenali juga Jabatan Pengairan dan Saliran bagi
44

Lim Teck Ghee, Peasant and their Agriculture Economy in Colonial Malaya 1874-1941, O.U.P, Kuala Lumpur,
1977, hlm 129
45

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 33
46

47

Ibid., hlm 45

Cheah Boon Keang & Abu Talib Ahmad . 1990 . Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain . Petaling
Jaya:Fajar Bakti, hlm 247

18
memudahkan pengurusan penanaman padi. Berdasarkan analisis yang dibuat, tindakan British
memperkenalkan sedikit kemudahan dalam pertanian padi dan beberapa sekatan lain kepada masyarakat
melayu adalah hanya untuk menyorokkan orang melayu dibahagian pedalaman sahaja tanpa mengganggu
tanaman-tanaman komersial yang lain dan memfokuskan kepada ekonomi tradisional sahaja menanam kelapa
, menangkap ikan dan sebagainya.

48

3.1.3 Pengenalan system dasar ekonomi bebas


Satu lagi kesan besar apabila system ekonomi kapitalis diaplikasikan di tanah melayu ini adalah pengenalan
dasar ekonomi bebas atau laizzes fairre. Dasar ini bermaksud, sesebuah Negara tidak akan dikenakan sebarang
duti keatas import barang dagangan dari Negara lain dan menggunakan situasi ekonomi antarabangsa sebagai
penentu harga dagangan. Sebagai contoh, bagi bijih timah, British tidak pernah menetapkan harga yang tetap
bagi aktiviti ekonomi ini sebaliknya bergantung kepada persetujuan pedaganag dan keadaan semasa. Ini
menyebabkan harga bijih timah turun naik mengikut pasaran semasa.

49

Ketetapan terhadap duti eksport dan

cukai bijih timah ini juga berubah-ubah mengikut harga timah semasa. Walaupun duti dan cukai ini
wujud,tetapi ekonomi bebas tetap dapat dilihat pada urusan eksport dan pelabuhan, dimana ianya hanya
digunakan untuk kos pengurusan dan penyelenggaraan pelabuhan tersebut dan bukan ke atas barangan
import itu sendiri.

50

Pengenalan ekonomi bebas juga telah menyebabkan berlakunya kemelesan ekonomi di tanah melayu
apabila harga getah yang menjadi komoditi eksport utamanya telah jatuh menjunam selepas perang dunia
pertama. Hal ini telah menyebabkan enakmen sekatan eksport getah ditubuhkan pada tahun 1922. Enakmen
ini telah ditamatkan pada tahun 1928 apabila harga getah dilihat telah sedikit stabil. Walaubagaimanapun,
akibat dari kemerosotan ekonomi dunia pada tahun 1930 telah menyebabkan harga getah sekali lagi turun dan
51

menyebabkan perjanjian getah antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934. Hal ini merupakan kesan apabila
tanah melayu menjalankan ekonomi kapitalis dan ekonomi bebas yang bergantung kepada keadaan situasi
ekonomi dunia.
Konsep ekonomi bebas juga dapat dilihat dari segi polisi British yang memberikan pinjaman yang
berbentuk faedah kepada pedagang agar terus menjalankan perdagangannya di tanah melayu. Pengenalan
dasar ekonomi bebas ini sememangnya hanya memberikan peningkatan dalam digit-digit statistik ekonomi di
tanah melayu sahaja tanpa memberikan keuntungan terhadap orang melayu kerana diskriminasi yang
diamalkan dan ketiadaan modal.
48

Leon Comber, 13 May 1969 ; A Historical of Sino-Malay Relations. Kuala Lumpur:Heinemann Asia.1983, hlm

4
49

Tan Ding Eing, sejarah Malaysia dan Singapura, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1975, hlm 233

50

Ibid., hlm 215

51

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 48

19

3.1.4 Pengenalan dualisma ekonomi


Satu lagi kesan penting yang wujud hasil daripada pengenalan dasar ekonomi kapitalis adalah dualism ekonomi
atau ekonomi duaan. Ekonomi duaan ini bersifat menyelam sambil mnum air dimana ianya wujud demi
kelangsungan ekonomi kapitalis tersebut. Contoh dapat dilihat di beberapa tempat yang maju infrastrukturnya
terutamanya di negeri-negeri melayu bersekutu seperti di Selangor dan Perak yang mana kemudahankemudahan seperti jalanraya, jalan kereta api, pelabuhan-pelabuhan telah dibina oleh British demi
memudahkan urusan ekonominya iaitu bijih timah dan getah. Hal ini dapat dilihat pada tahun 1901, apabila
kereta api tanah melayu(KTM) telah ditubuhkan. Apabila infrastruktur ini dibina, ianya akan membawa
kemajuan dan pemodenan ditempat berkenaan sekaligus merancakkan aktiviti ekonomi disitu dengan
terbinanya Bandar-bandar atau pekan. Sejurus daripada itu juga, bekalan elektrik, telefon dan telegraf pasti
akan menyusul di tempat berkenaan.

52

Walaubagaimanapun, dualism ekonomi ini tidak begitu dirasai oleh

orang melayu kerana jenis ekonomi orang melayu yang bersifat tradisional dan dikawasan pedalaman tidak
memberikan alasan untuk British membina infrastruktur dkemudahan disana.
Dualism ekonomi juga dapat dilihat apabila wujudnya bank-bank saudagar dan insurans seperti
Standart Chartered, Hong Kong Berhad dan beberapa bank antarabangsa lain yang mana ianya diwujudkan
bagi menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing dan syarikat-syarikat imperialis tanpa langsung melibatkan
golongan bumiputera. Selain itu, akibat dari pengenalan system ekonomi ini juga muncul institusi kewangan
terutamanya di Singapura yang bertujuan memberikan sokongan kepada kapitalis barat ini. dana-dana ini
diperoleh daripada pelabur, peniaga dan peminjam wang dari bangsa cina dan india yang dipusingkan kembali
menjadi suntikan kewangan kepada syarikat-syarikat eropah ini. institusi konglomerat dan kewangan utama
ditanah melayu pada ketika itu seperti straits trading company, Guthrie dan Bousted bukan sahaja memberi
bantuan dalam kewangan tetapi juga bertindak sebagai pembroker yang menguruskan pemasaran timah dan
53

komoditi komersial yang lain. pelbagai kemudahan dan galakan yang diterima oleh syarikat eropah ini telah
menjadikan proses transformasi pengeropahan biji timah hamper sempurna menjelang perang dunia kedua.
3.2Sosial
3.2.1 Sejarah kemunculan masyarakat majmuk di Malaysia
Kesan yang paling besar dan utama hasil pengaruh kolonialisme dan kapitalisme kepada Malaysia pada hari ini
yang juga mendasari tema penulisan buku karya Azlan Tajuddin ini adalah kewujudan masyarakat majmuk di
Malaysia. Masyarakat majmuk menurut J.S Furnivall adalah masyarakat campuran yang berbilang bangsa yang
bermaksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan
52

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 46
53

Ibid., hlm 45

20
bercampur gaul, dan tinggal dalam satu unit politik yang sama. Kepesatan ekonomi kapitalis yang dibawa oleh
british dan desakan keperluan bahan mentah seperti bijih timah, getah dan tanaman komersial yang lain telah
menyebabkan British membawa masuk imigran-imigran cina dan india bagi menjalankan aktiviti ekonomi
tersebut kerana orang melayu dikatakan tidak sesuai dan tidak mampu untuk memenuhi keperluan ekonomi
kapitalis ini. Sebelum menyelusuri isu ini dengan lebih mendalam, haruslah dilihat terlebih dahulu sejarah
kemasukan imigran-imigran cina dan india ini sehingga Berjaya merubah landskap masyarakat Malaysia pada
hari ini.
3.2.1.1 Sejarah kemasukan Imigran Cina
Sejarah masyarakat China di Malaysia ini boleh dikatakan bermula dari zaman kesultanan melayu Melaka lagi
iaitu sekitar abad ke-15 masihi

54

dan didasari oleh aspek perdagangan, malah akibat dari kesuburan dan

keamaanan keadaan ditanah melayu pada ketika itu telah menyebabkan sebahagiannya terus menetap di
sini.

55

Hubungan diantara kerajaan Melaka dan kerajaan China juga dilihat sangat akrab pada ketika itu

sehingga berlakunya perkahwinan diantara sultan Melaka dengan Puteri dari China.
Focus utama kedatangan imigran cina ditanah melayu didalam penulisan ini adalah ketika proses
kolonialisme British berlaku. Pada ketika itu, dapat disimpulkan bahawa kedatangan orang Cina ke Tanah
Melayu ini didorong oleh dua factor utama, iaitu faktor penolak dan faktor penarik. Factor penolak adalah
berpunca dari keadaan di Negara china itu sendiri yang sedang dalam keadaan huru-hara disebabkan oleh siri
pemberontakan yang berlaku seperti pemberontakan Taiping dan pemberontakan boxer yang telah
menyebabkan masyarakat disana hidup dalam kemiskinan.

56

Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah

sehingga ke Tanah Melayu.


Faktor penarik pula adalah dari segi keadaan ekonomi ditanah melayu yang stabil dan ditambah lagi
dengan galakan dari pihak British sendiri yang pada ketika itu sememangnya mahukan imigran cina sebagai
buruh yang murah untuk ditempatkan di lombong-lombong bijih timah di tanah melayu.

57

Seperti orang

mengantuk disorongkan bantal, galakan British terhadap kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana
sifat orang Cina yang mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha dan bersifat keusahawanan
58

semakin menyebabkan ramai imigran cina ini datang ke tanah melayu. Seperti disemenanjung, hal yang sama
juga terjadi di Sarawak dan Sabah yang masing-masing dibawa masuk oleh Brooke dan SBUB.

54

Ibid.,hlm 56

55

Khoo Kay Kim. Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72.
Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.
56

Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia. London : Macmillan, 1987. Hal 159

57

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 56.
58

Chan Hon Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur. Hal 102

21
Keadaan masyarakat cina ketika era kolonialisme british dapat dilihat secara dasarnya terbahagi
kepada dua bahagian yang berpengaruh iaitu masyarkat cina yang sudah lama menetap ditanah melayu yang
lebih dikenali sebagai golongan peranakan dan masyarakat imigran cina bergaji rendah yang dibawa masuk
oleh British yang kemudiannya terbahagi lagi kepada dua iaitu Ghee Hin dan Hai san. Kedua masyarakat cina
ini sangat berpengaruh didalam bidang ekonomi ditanah melayu seperti golongan peranakan, yang merupakan
pelopor ketika diawal era kolonialisasi didalam industry penanaman ubi kayu, lada hitam dan gambir. Ketika
era kolonialisasi, golongan peranakan ini dilihat menjalin hubungan ekonomi yang erat dengan british sehingga
Berjaya bergabung membina syarikat perkapalan di singapura. Bagi satu lagi masyarakat cina iaitu yang berada
dibawah kumpulan masing-masing, mereka lebih selesa untuk tidak menjalinkan hubungan ekonomi secara
langsung dengan British sebaliknya menubuhkan persatuan perniagaannya sendiri iaitu persatuan
perdaganagan cina.

59

3.2.1.2 Sejarah kemasukan Imigran India


Kemasukan imigran India ke Tanah Melayu mempunyai ciri sejarah yang hamper sama dengan imigran cina.
Kemasukan kaum india ini juga dicatatkan telah bermula telah berlaku sejak kegemilangan kesultanan Melayu
lagi dengan mengambil kira hubungan kerajaan Kedah dan India sungguh rapat pada ketika itu.

60

Factor

kedatangan mereka pada abad ke-19 juga hamper sama dengan factor kedatangan imigran cina iaitu factor
kekacauan dinegara asal dan factor galakan dari pihak British. Tindakan British berundur ke Sumatera setelah
menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda sebenarnya turut mendorong kemasukan orang India yang
menjadi tawanan ke Negeri-negeri Selat. Kaum India ini telah dijadikan buruh untuk membina bangunan61

bangunan dan jalan-jalan di kawasan Negeri-negeri Selat. Kemasukkan imigran india ini semakin digalakkan
oleh pihak British apabila pada pertengahan abad ke 19, banyak pembukaan ladang-ladang getah dibuat
berikutan keperluan pasaran getah dunia yang meningkat tinggi. British memerlukan pekerja-pekerja lading
getah yang murah dan sesuai untuk bekerja di iklim tanah melayu. Pengalaman british sendiri di Ceylon dan
selatan india telah menyebabkan mereka berasakan masyarakat india merupakan masyarakat yang paling
62

sesuai sekali untuk bekerja di adang getah ditanah melayu.

59

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 57.
60

Khoo Kay Kim, Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72.
Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.
61

62

Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 176

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 59.

22
3.2.2 Kesan kemasukan imigran terhadap masyarakat ditanah melayu
3.2.2.1 Polarisasi kaum
Satu kesan utama yang dapat dilihat setelah kemasukan imigran cina dan india di tanah melayu ini adalah
pembahagian dan pengasingan kaum mengikut aktiviti ekonominya. Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu
telah menyebabkan Inggeris mentadbir penduduk dengan cara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai dasar
Pecah dan Perintah( Divide and Rule ). Amalan Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak Brirish
telah mencorakkan polarisasi kaum dan kelas mengikut aktiviti ekonomi, pekerjaan dan tempat tiinggal. Orang
Melayu hanya diarahkan memfokuskan kepada bidang pertanian tradisional dan ditempatkan dikawasan
kampong-kampung.

Orang Cina pula mendominasi kegiatan perlombongan dan perdagangan dan

ditempatkan dikawasan Bandar-bandar manakala orang India mengusahakan ladang getah dan ditempatkan
dikawasan estet-estet.
Bagi orang melayu, british mengekalkan aspek berbudi pada tanah melalui tanah rizab untuk orang
melayu berdasarkan dua factor utama iaitu yang pertama bagi memberikan lambang kuasa raja terhadap
orang melayu yang kemudiannya digunakan sebagai alasan untuk menjaga kuasa raja tersebut oleh British
tetapi ia sebenarnya hanya helah untuk british mengakses tanah-tanah ini secara tersembunyi dan digunakan
untuk kepentingan ekonomi kapitalisnya. Factor yang kedua adalah untuk mengekalkan orang melayu didalam
bulatan kecil ekonomi sebagai petani. British malah melarang orang melayu untuk mengembangkan aktiviti
pertaniannya dan hanya diarah untuk menanam tanaman tertentu seperti padi. Hal ini dapat dilihat didalam
pengenalan enakmen tanah rizab melayu 1913 dan enakmen tanah padi 1917.
Tindakan British meletakkan Orang melayu diposisi ekonomi pertanian di kawasan kampong dan
dihadkan pertanian di tanah masing-masing disebabkan oleh beberapa factor iaitu yang pertama, ianya akan
memberi peluang kepada British dan penguasah-pengusaha lain terutamanya dari kaum cina untuk
mendapatkan tanah-tanah orang melayu yang tidak berada dalam kategori tanah rizab orang melayu. Factor
yang kedua adalah bagi mengelakkan orang melayu melakukan transformasi ekonomi yang boleh
meningkatkan tahap ekonomi orang melayu. Peningkatan ekonomi orang melayu akan mengundang ancaman
kepada politik pemerintah melayu. British juga takut sekiranya orang melayu melakukan transformasi ekonomi
mereka akan mula mendapat akses kepada pendidikan. Apabila mereka memperoleh pendidikan, maka
mereka akan sedar bahawa mereka selama ini ditindas dan ini akan memberi ancaman kepada penguasaan
British di tanah melayu.

63

Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar dan difokuskan kepada aktiviti perlombongan. Beberapa
buah Bandar baru telah muncul hasil dari aktiviti bijih timah oleh orang cina ini seperti di Larut, Lembah Kinta,
Lembah Kelang dan Sungai Ujong. Mereka juga memperkenalkan kaedah atau teknologi perlombongan yang
lebih efektif iaitu Lombong Dedah dan Lombong Pam. Selain itu mereka juga turut memperkenalkan
penggunaan stim. Hasilnya, pengeluaran bijih timah telah bertambah dari 6500 tan dalam tahun 1850 kepada
63

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 62

23
50000 tan dalam tahun 1904 dan terus meningkat kepada 77 ribu tan pada tahun 1937. Manakala orang India
tinggal di estet-estet dan kawasan perusahaan kelapa sawit. Kemasukan orang India telah menyebabkan
pembukaan lebih banyak kawasan ladang getah. Buktinya, pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar ladang
getah di Tanah Melayu tetapi pada tahun 1940, angka ini telah meningkat menjadi 3.5 juta ekar. Terdapat
imigran-imigran dari India yang berada di Tanah Melayu selepas kedatangan British dari golongan profesional
seperti peguam, polis dan doktor. Hal ini kerana British telah menggalakkan orang-orang India yang
berpelajaran untuk bekerja di Tanah Melayu.
3.2.2.2 Kemunculan strasifikasi social
Akibat daripada kolonialisme british di tanah melayu dan kemasukan imigran-imigran ini, struktur atau
strafikasi social masyarakat ditanah melayu juga telah berubah yang mana kayu ukurnya adalah berasaskan
penguasaan ekonomi. Golongan yang teratas sekali adalah golongan pedagang mahupun pelabur yang
menguruskan hal komoditi utama di tanah melayu ini yang kebanyakaannya merupakan kapitalis eropah.
Dibawah golongan kapitalis eropah ini, satu lagi kelompok masyarakat yang juga merupakan pedagang dan
pelabur di tanah melayu, tetapi disebabkan oleh perbezaan etnik dengan bangsa eropah, maka mereka ini
tidak mungkin akan berada di struktur social teratas sekali. Golongan ini kebiasaanya merupakan masyrakat
pedagang cina yang Berjaya ditanah melayu. Didalam kelompok masyarakat ini juga terdapat segelintir
golongan elit melayu yang mendapat keistimewaan disebabkan oleh kedudukan tradisional mereka. Golongan
ini mendapat pendidikan diperingkat tinggi dan bekerja dibahagian pentadbiran dibawah british.
Kelompok struktur masyarakat seterusnya adalah masyarakat cina dan india yang mendapat
pendidikan inggeris. Mereka ini kebanyakannya akan bekerja dibahagian pentadbiran dibandar-bandar
ataupun bekerja di sector industry. Struktur masyarakat seterusnya dihuni oleh majority penduduk ditanah
melayu pada ketika itu iaitu golongan imigran bergaji rendah yang bekerja dibahagian perlombongan,
perladangan dan pertanian komersial. Kelompok masyarakat yang menduduki ditangga terbawah sekali adalah
golongan yang paling banyak didiskriminasi didalam pengenalan dasar British ini iaitu masyarakat melayu atau
bumiputera yang hanya bekerja dalam aspek pertanian tradisional dikawasan kampuung-kampung.

64

3.2.2.3 Ketidakstabilan pengagihan kekayaan mengikut kaum


Satu lagi kesan yang jelas dapat dilihat hasil dari proses kolonialisasi dan ekonomi kapitalis adalah pengagihan
kekayaan yang tidak adil diantara kaum-kaum di tanah melayu. Dapat dilihat disini kekayaan hasil ditanah
melayu sebelum merdeka didominasi oleh kaum penjajah eropah dan diikuti oleh bangsa cina, malah kekayaan
kaum india juga dilihat melebihi dari tuan empunya tanah ini sendiri iaitu orang melayu. Hal ini dapat dilihat
dari aspek pemilikan tanah komersial dimana orang eropah mendominasi dengan memiliki 665 estat
bersamaan dengan 821 049 ekar. Orang cina pula ditangga kedua dengan jumlah estate sebanyak 299
bersamaan dengan 92 389 ekar dan orang india memiliki tanah seluas 26, 927 ekar iaitu sebanyak 119 estate.
64

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 65

24
Orang melayu menjadi bangsa termiskin dengan hanya memiliki 23 estates dan kurang dari 5000 ekar keluasan
tanahnya.
Diskriminasi dalam pengagihan kekayaan diantara kaum ini juga dapat dilihat dalam pendapatan per
kapita setiap kaum di tanah melayu. Statistik perbandingan dapat dilihat pada tahun 1947 dimana orang
melayu menduduki tangga terbawah dengan anggaran pendapatan hanya sebanyak 258 dolar Malaysia sahaja,
jauh dibawah kaum india dan cina yang masing-masing mengutip kekayaan pendapatan sebanyak 560 dan 656
65

dolar Malaysia. Perbezaan pengagihan kekayaan ini terus berlaku selepas perang dunia kedua dimana kaum
cina diihat terus memegang pelbagai cabang sector ekonomi ditanah melayu malah ianya masih lagi terjadi
pada hari ini.
Situasi yang serupa berlaku di sabah dan Sarawak apabila orang melayu yang dimomokkan dengan
aktiviti pertanian tradisional terus ketinggalan dari aspek kekayaan ekonomi. Malah disabah dicatatkan
bahawa kaum-kaum bumiputera muslim dan juga kaum bajau terus ditinggalkan terkapai-kapai di di bahagian
pesisiran pantai tanpa menerima sebarang sinaran kemodenan dan pembangunan.

Nasib yang serupa

diterima oleh kaum murut di sabah. Seperti disemenanjung, kaum cina terus mendominasi bahagian Bandar
dan menerima kemajuan dan kemodenan. keadaan yang lebih stabil juga membolehkan bangsa ini menerima
pendidikan dan pekerjaan yang lebih baik berbanding bangsa lain. disarawak pula, komposisi etnik pada ketika
itu didominasi oleh tiga bangsa utama iaitu kaum iban dengan 31 peratus, kaum cina sebanyak 30 peratus dan
melayu 18 peratus. Kekayaan bumi Sarawak pada ketika itu sememangnya didominasi oleh kaum cina dan hal
ini juga membawa kepada kemudahan perolehan bidang pekerjaan bertaraf professional seperti guru,
jururawat dan jurutera bawahan yang mana kesemua jawatan ini sangat sukar untuk diperolehi oleh golongan
bumiputera dan orang melayu.
3.2.2.4 Ketidakadilan dalam proses urbanisasi dan pembangunan.

Perpecahan sosial diantara etnik diburukkan lagi dengan dasar british yang hanya memberikan
kemajuan dan pembangunan dikawasan-kawasan yang memberikan keuntungan kepada British seperti kawasan
lombong bijih timah dan kawasan penanaman getah. Kawasan-kawasan yang menjana ekonomi kapitalis ini
kebiasaanya akan bertukar menjadi bandar dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti kereta api,
jalan raya, kemudahan telegraf, elektrik dan lain-lain. Pada tahun 1957 dicatatkan sudah terdapat lebih kurang
36 kawasan pusat bandar yang lahir dengan populasi anggaran sebanyak 10 000 orang akibat dari kekayaan
sumber ditempat berkenaan yang kebanyakannya merupakan kawasan lombong bijih timah.
Satu kesan yang dapat dilihat yang membezakan kawasan bandar yang dihuni oleh bangsa eropah dan
cina dengan kawasan perkampungan yang dihuni oleh orang melayu adalah dari segi kemudahan pengangkutan
dan perhubungan. Contoh pertama dapat dilihat adalah pengangkutan kereta api. Akibat dari permintaan yang

65

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 67

25
semakin meningkat terhadap bijih timah, British telah menyediakan perancangan yang sistematik dan moden
terhadap kawasan perlombongan bijih timah ini dengan menyediakan jalan kereta api bagi memudahkan urusan
penghantaran bijih timah dari kawasan lombong ke kawasan pusat pempropesan. Hal ini dapat dilihat banyak
berlaku dibandar-bandar di negeri-negeri melayu bersekutu seperti di bandar taiping, kelang, port dickoson dan
lembah kinta. Landasan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 bagi mengadakan satu sistem
pengangkutan dan perhubungan yang lebih cekap. Pada tahun 1901 pula, kereta api tanah melayu telah dibina.
Selain dari pembinaan landasan kereta api, British juga turut membina jalan raya sebagai jalan
perhubungan dan pengangkutan. Pembinaan jalan raya ini adalah bertujuan untuk menggantikan jalan denai
dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai. Seterusnya,
jalan kereta lembu ini telah diperbaiki dan diperluaskan untuk kegunaan kereta motor pada tahun 1902.

66

Dengan meningkatnya kemasukan kereta motor seperti motokar, lori dan bas pada tahun 1910, kegunaan jalan
67

raya juga bertambah.

Peningkatan jumlah kenderaan bermotor ini, telah mewujudkan satu sistem jaringan

jalan raya di Tanah Melayu. Jaringan jalan raya ini menghubungkan bandar dengan bandar dan disambungkan
juga dengan jalan tanah merah yang dibina oleh pihak swasta di ladang getah.
Terbinanya kawasan yang mempunyai laluan kereta api dan jalan raya juga akan membawa kepada
penghijrahan penduduk disitu terutamanya orang cina dan ia akan menjadi sebuah bandar. Kawasan tersebut
juga seterusnya akan dimajukan dengan dibekalkan dengan bekalan elektrik, perkhidmatan pos, telegraph dan
telefon.

68

Perkhidmatan ini bertujuan untuk memudahkan perhubungan antara negeri- negeri di Tanah Melayu

dan dengan negara luar. pada tahun 1875, sebuah pejabat pos telah siap dibina di Taiping Perak. Kesan
pembinaan sebuah pejabat pos di Taiping, akhirnya perkhidmatan ini telah berkembang ke seluruh Perak
seperti ke Ipoh, Tapah dan Batu Gajah. Malah pada tahun 1891, setiap daerah di Perak sudah pun dihubungkan
dengan melalui talian telegraf dengan Taiping, ibu negeri Perak pada masa itu.

69

Kemudahan perkhidmatan

telefon juga turut dibina di hospital- hospital dan balai polis. Pada tahun 1906, perkhidmatan pos dan telegraf di
Negeri- Negeri Melayu Bersekutu telah diletakkan di bawah satu jabatan persekutuan. Segala kemajuan dan
kemudahan ini hanya dapat dilihat dikawasan bandar yang majoritinya dihuni oleh orang cina dan bagi orang
melayu yang tinggal dikawasan kampung, mereka terus ketinggalan tanpa mendapat sebarang proses urbanisasi
ditempat mereka.

66

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul
Rahman & Mohd. Amin bin Hassan, 1992. Malaysia : Warisan Dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 247
67

Ibid.,hlm 248

68

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 46
69

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul
Rahman & Mohd. Amin bin Hassan, 1992. Malaysia : Warisan Dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 248

26

3.3 Stereotaip British terhadap bangsa di tanah melayu dan kesannya


Dasar polarisasi kaum yang dilakukan oleh British sangat jelas menindas bangsa melayu. Kekayaan yang
diperoleh dari perut bumi milik bangsa melayu ini dilahap oleh bangsa lain dan hal ini menimbulkan tanda tanya
mengapa British bersikap pilih kasih terhadap bangsa melayu? Apakah kelebihan bangsa-bangsa lain berbanding
bangsa melayu sehinggakan bangsa melayu disorokkan dikawasan pedalaman dan difokuskan hanya kepada
aktiviti pertanian yang tidak mampu mengundang kekayaan? Kedatangan british ketanah melayu adalah dengan
membawa ideologi bahawa bangsa mereka adalah bangsa yang terbaik dan membawa juga stereotaip negatif
terhadap semua bangsa ditanah melayu pada ketika itu yang diterjemahkan sedikit sebanyak dalam dasarnya.
Bangsa yang paling banyak terkesan dengan stereoaip british ini sudah semestinya adalah bangsa melayu.
British mendakwa bahawa perbezaan dari segi dapatan kekayaan, kemudahan dan struktur sosial
ketika proses kolonialisasi dan kapitalisme adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Hal ini adalah disebabkan
kepercayaan bahawa dari segi biologikalnya sendiri mengatakan bahawa bangsa eropah itu adalah lebih baik,
lebih cerdik, dan lebih rajin berbanding bangsa asia. Malah perkara ini diterjemahkan didalam kajian sains iaitu
melalui istilah craniometry dan eugenics. Perkara ini menjadi pegangan british dan mahu dibuktikan melalui
proses kolonialiasi yang dilakukan. British juga mahu menunjukkan bahawa bangsa eropah adalah bangsa yang
terbaik dan paling bertamadun didunia ini. Oleh yang demikian, mereka berasa adalah tanggungjawab mereka
untuk menyebarkan sedikit ketamadunan mereka kepada bangsa bukan eropah dan hal ini termasuklah ditanah
melayu. Melalui kekuatan ekonomi dan politik yang mereka peroleh, mereka berjaya merendahkan martabat
bangsa-bangsa lein ditanah melayu terutamanya bangsa melayu.
Bagi kes diskriminasi yang berlaku antara kaum asia ditanah melayu pula, orang melayu diletakkan
dikawasan luar bandar dan difokuskan hanya ke tanaman tradisional adalah kerana skeptikal british yang
percaya bahawa orang melayu hanya sesuai untuk kehidupan pertanian yang bersifat sederhana dan hanya
dalam kelompok mereka sahaja tanpa melibatkan campur tangan ekonomi dunia luar. British mendakwa
bahawa orang melayu tidak akan pernah berjaya untuk mengharungi jenis kehidupan ekonomi kapitalis secara
langsung yang kompleks. British juga mahu mengekalkan orang melayu dengan adat turun temurun mereka
70

didalam bidang pertanian kerana ianya akan memberikan kebahagian dan kesenangan kepada mereka. Dasar
british terhadap orang melayu ini telah menyebabkan timbulnya gambaran negatif terhadap orang melayu
seperti orang melayu adalah bangsa yang pemalas, tidak cergas, mundur dan sebagainya sedangkan interpretasi
terhadap orang melayu ini dibentuk oleh british sendiri tanpa memberi ruang pilihan kepada bangsa melayu
sendiri. Hal ini dibuktikan didalam banyak penulisan-penulisan novel, catatan pengembaraan dan sebagainya
dari orang british seperti Frederck Weld dan isabella birth.
Streotaip terhadap orang melayu juga dapat dilihat dalam penulisan beberapa sarjana eropah seperti
D.E.Worcester dan Frank Swettenham yang mengatakan bahawa orang melayu ini lumrah sifatnya adalah kasar,
berpewatakan pahlawan dan berbadan atletik. Hal ini diaplikasikan oleh british ditanah melayu dengan
meletakkan orang melayu dibahagian keselamatan seperti askar dan polis dan meletakkan hanya pekerjaan
70

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 73

27
jenis ini sahaja yang dirasakan sesuai untuk orang melayu selain dari aspek pertanian. Hal ini telah membina
satu situasi dimana, sebagus manapun seorang peguam atau doktor pada ketika itu, tetapi sekiranya mereka
berbangsa melayu maka akan terus dipinggirkan kerana skeptikal terhadap melayu tersebut telah tertanam
utuh.
Selain dari bangsa melayu, satu lagi bangsa yang menerima kecaman streotaip british ini adalah bangsa
india tamil. British menganggap bahawa bangsa india yang dibawa masuk dari selatan india ini adalah berasal
dari kasta yang rendah, maka adalah tidak salah untuk mereka ini dilayan secara tidak adil seperti diberi gaji
yang rendah dan kerja yang berat. Mereka juga dianggap oleh british sebagai bangsa yang pasiv dan hanya
menurut tanpa soal dan secara keseluruhannya, mereka melabelkan imigran india ini sebagai pathetic atau
menyedihkan. Jenis kehidupan mereka ini juga sebenarnya telah dibentuk oleh british yang juga telah menjajah
india sebelum itu.
Tidak hanya melayu dan india, britsih juga mempunyai pandangan racist terhadap bangsa cina. British
menganggap bangsa cina ini sebagai satu bangsa yang tidak boleh dipercayai, tidak berdisiplin, kurang integriti
dan tidak berbudi. British juga memberikan streotaip bangsa cina di tanah melayu ini sebagai bangsa yang
gemar melanggar peraturan, suka berjudi dan suka kepada aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran. Hal ini
dibuktikan pada tempoh awal kolonialisasi apabila bangsa cina ramai yang berdagang candu dan ramai
menganggotai kumpulan kongsi gelap.
Segala streotaip terhadap bangsa-bangsa di tanah melayu oleh British ini telah berjangkit hingga ke hari
ini. Sekiranya pada zaman kolonialisme, streotaip terhadap bangsa ini diterjemahkan melalui dasar-dasar british
terutamanya terhadap orang melayu, pada hari ini pula ianya diterjemahkan dalam bentuk pemikiran yang
dinatijahkan melalui kata-kata mahupun tuduhan yang bersifat perkauman. Hal ini dapat dilihat dalam skeptikal
satu bangsa terhadap bangsa yang lain seperti skeptikal orang melayu sebagai bangsa yang pemalas, orang cina
sebagai bangsa yang tamak dan orang india sebagai bangsa yang gemar memutar belit. Stereotaip ini sedikit
sebanyak telah menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia hingga ke hari ini.
4.0 Penerusan pemecahan identiti menjelang kemerdekaan
Kemasukan pengaruh konialisme ke tanah melayu yang membawa bersama system ekonomi kapitalis
telah menyebabkan berlakunya pemecahan kaum berdasarkan system divide & rule yang dibawa. Kesan
terhadap system ini telah menyebabkan berlakunya pemecahan identity setiap kaum dari konteks
sosioekonomi dan bermula pada abad ke-20 hingga kemerdekaan dicapai, pemecahan identity tersebut mula
berubah kepada pemecahan dari segi politik yang menghasilkan etnosentrik dan etnonasionalisme diantara
setiap kaum. Pengelompokan masyarakat di kawasan yang berbeza telah menanam bibit kesedaran
nasionalisme berdasarkan bangsa masing-masing. Kecenderungan semangat nasionalisme ini pada awalnya
hanyalah untuk memperjuangkan nasib bangsa masing-masing, tetapi kemuudiannya berubah keskala yang
lebih besar dan menjadi gerakan massa untuk memperjuangkan kemerdekaan. Kemunculan nasionalisme
bersifat etnosentrik ini telah menyebabkan munculnya parti-parti politik berasaskan kaum yang semakin

28
memburukkan lagi pemecahan kaum di tanah melayu. Hal ini juga telah membentuk pemecahan identity bagi
bangsa-bangsa ditanah melayu dan menguburkan impian pembinaan Negara bangsa.

4.1 Ethnonasionalisme ditanah melayu sebelum merdeka


Didalam melihat kemunculan awal gerakan nasionalis berasaskan kaum ditanah melayu, ianya tidak hanya
bersandarkan kepada bangsa melayu sahaja, Ethnonasionalisme berasaskan kaum juga wujud bagi bangsa cina
dan india dan ini merupakan kesan daripada system pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British.

4.1.1 Ethnonasioanalisme bangsa cina


Pengaruh nasionalisme bagi kaum cina di tanah melayu adalah banyak dipengaruhi oleh keadaan dinegara
China sendiri. Ketiadaan kesatuan diantara kaum dan ketiadaan penyemaian semangat Negara bangsa ditanah
melayu telah menyebabkan bangsa cina ini masih dipengaruhi oleh keadaan dinegara asal mereka. Sebagai
contoh, apabila parti Kuomintang Berjaya memerintah cina pada tahun 1911, cawangan parti tersebut juga
71

telah ditubuhkan ditanah melayu setahun selepas itu. Revolusi di china yang diketuai oleh Sun yat sen yang
menekankan penggunaan bahasa mandarin sebagai bahasa lingua franca di China dan kesannya dilihat masuk
disistem pendidikan ditanah melayu apabila semua sekolah-sekolah aliran cina ditanah melayu dan singapura
telah memperkasakan lagi penggunaan bahasa mandarin dalam persekolahan. System kurikulum dan sukatan
yang diajar juga berdasarkan Negara china dan ia dipantau oleh parti Kuomintang. Hal ini telah menyebabkan
semangat nasionalisme bangsa cina pada ketika itu ditumpahkan kenegara asal mereka. Apabila berlaku
pergolakan politik dinegara china diantara parti KMT dan Parti Komunis,kesannya juga sampai ke bangsa cina
di tanah melayu.

72

Keadaan ini bagaimanapun telah berubah menjelang tahun 1930-an apabila pendudukan kaum cina
ditanah melayu ini telah memberikan keuntungan kepada mereka. Semangat nasionalisme yang pada awalnya
bersandarkan kepada Negara asal mereka telah berubah sedikit kepada pemerkasaan kedudukan bangsa
mereka sendiri ditanah melayu. Hal ini adalah disebabkan oleh jumlah mereka yang semakin ramai ditanah
melayu dan kedudukan ekonomi mereka yang jauh lebih kuat berbanding bangsa lain ditanah melayu. Apa
yang kurang hanyalah pengaruh mereka dalam aspek politik. Oleh itu muncullah tuntutan-tuntutan dari kaum
china ini ditanah melayu seperti tuntutan dalam kewarganegaraan, kerakyatan dan kemasukan kedalam
perkhidmatan awam Malaya. Hal ini terjadi atas alasan mereka mengatakan bahawa Malaya adalah tempat
71

72

Victor Purcell, The Chinese in Malaya, Kuala Lumpur: Ocford University Press, 1982, hlm 41

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 86

29
negara baru bagi mereka yang mereka akan menumpukan taat setianya. Gerakan tuntutan kesaksamaan
politik ini banyak digerakkan oleh bangsa cina yang lahir ditanah melayu dan kebanyakannya mendapat
pendidikan sama ada pendidikan inggeris ataupun cina. Kehidupan kebanyakan mereka yang berpendidikan,
menjalani gaya hidup barat, dan mempunyai ekonomi yang kukuh telah mengelompokkan mereka menjadi
golongan elit cina ditanah melayu.

73

Kesinambungan perjuangan ethnonasionalisme orang cina ini dapat dilihat selepas merdeka iaitu
pada tahun 1949 apabila golongan elit ini telah menubuhkan Parti Malayan Chinese Association (MCA).
Penubuhan parti ini adalah untuk meneruskan desakan kesaksamaan dan perlindungan politik bagi bangsa cina
ditanah melayu. Selain itu penubuhan parti ini juga untuk menghadapi permasalahan yang timbul akibat
pengaruh PKM yang semakin meluas di kalangan masyarakat Cina. Pihak British juga mengalu-alukan
penubuhan MCA kerana ia dapat membantu British menentang PKM. Penubuhannya adalah untuk menyekat
masyarakat Cina daripada menyertai Parti Komunis Malaya.
4.1.2 Ethnonasionalisme india
Seperti bangsa cina, kaum india yang menetap ditanah melayu juga pada awalnya tidak mempunyai rasa
kecintaan terhadap tanah melayu. Hal ini dapat dilihat dalam sukatan pelajaran disekolah jenis india yang lebih
berorientasikan Negara asal mereka seperti pengajaran sejarah india dan bukannya sejarah tanah melayu.
Walaubagaimanapun, pengaruh politik Negara asal mereka tidak memberi kesan kepada semangat
nasionalisme mereka, tidak seperti bangsa cina. Hal ini adalah disebabkan beberapa perkara seperti
kedudukan ekonomi mereka yang lemah, populasi mereka yang tidak begitu ramai dan perpecahan didalam
bangsa mereka sendiri yang disebabkan oleh system kasta. Walaubagaimanapun, masih wujud semangat
nasionalisme india ditanah melayu, hanya ianya lebih didasari oleh perjuangan untuk menjaga kepentingan
politik dan ekonomi kaum india ditanah melayu yang dilihat sangat menyedihkan.
Hal ini dapat dilihat pada tahun 1936 dengan tertubuhnya CIAM. Central Indian Association of Malaya
(CIAM) merupakan gabungan 12 buah persatuan dan empat buah dewan perniagaan India. Tujuan utama
pertubuhan ini ialah untuk memaju dan memelihara kepentingan politik orang India di Tanah Melayu. CIAM
berperanan menjaga kebajikan kaum pekerja India seperti menentang pemotongan upah oleh pihak majikan,
menghentikan sistem penghijrahan buat sementara waktu dan tidak membenarkan penjualan todi. Namun,
sebelum Perang Dunia Kedua masyarakat India menghalakan minat dan kegiatan politik terhadap negara India.
Selepas perang, CIAM lebih aktif dalam politik malah semasa pendudukan Jepun, CIAM bekerjasama dengan
Indian Independence League (IIL) dan India National Army (INA) untuk menjatuhkan kerajaan British di India
namun usaha ini gagal lalu menyebabkan masyarakat India mula memberi tumpuan terhadap keadaan politik
di Tanah Melayu.

73

Ibid.,hlm 89

30
Kemunculan parti-parti politik selepas perang yang berunsurkan perkauman seperti MIC dan UMNO
disamping semangat nasionalisme di india yang menentang colonial telah menyebabkan munculnya parti
politik khas bagi kaum india iaitu Malayan Indian Congress (MIC). Parti ini telah ditubuhkan pada bulan Ogos
1946 dan tujuannya ialah untuk menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu dan memperjuangkan
kemajuan politik bersama-sama dengan kaum lain. MIC mendapat sambutan di kalangan masyarakat India
apabila ia menyertai Perikatan dan menyertai pilihan raya Persekutuan tahun 1955. Parti politik ini juga
didasari oleh golongan india yang berpendidikan inggeris yang duduk dikawasan Bandar dan kebanyakannya
berkasta tinggi. Mereka ini juga tergolong dalam kelompok elit bagi kaum india. Seperti MCA, parti MIC ini juga
menuntut kesaksamaan politik bagi kaum india. Hal ini adalah penting bagi kaum india dimasa hadapan bagi
mendapatkan peluang yang sama rata seperti kaum lain terutamanya dalam aspek ekonomi.

74

4.1.3 Ethnonasionalisme melayu


Dalam melihat kemunculan nasionalisme melayu, selain dari aspek penjajahan British, ianya juga disebabkan
oleh kesedaran orang melayu untuk berubah ataupun a mood for change

75

Kesedaran untuk berubah ini

pula banyak dipengaruhi oleh dasar British yang membawa masuk ramai imigran berbangsa asing ketanah
melayu iaitu dasar buka pintu. Dasar buka pintu ini telah menyebabkan ramai penduduk dari china dan india
dibawa masuk untuk bekerja ditanah melayu dibawah tajaan British. Orang melayu mulanya hanya
menganggap kedatangan imigran ini sebagai tetamu yang datang bertandang dalam masa yang singkat sahaja
76

dan bukannya menetap lama disini. Keberadaan bangsa asing yang pada awalnya hanya untuk bekerja buruh,
telah berubah apabila mereka mula menetap ditanah melayu setelah kedudukan mereka dalam ekonomi,
politik dan social semakin kukuh. Keadaan ini telah banyak merugikan orang melayu terutamanya dari aspek
ekonomi. Hal ini dapat dilihat dalam ketidakseimbangan agihan kekayaan yang berlaku di tanah melayu pada
ketika itu. Selain itu, kemuculan ethnonasionalisme melayu ini juga didorong oleh kemunculan
ethnonasionalisme kaum lain ditanah melayu.
Perkembangan etnonasionalisme melayu juga dapat dibahagikan kepada tiga aliran iaitu aliran yang
pertama Kumpulan yang berorientasikan gagasan pembaharuan Islam yang dipelopori oleh kumpulan yang
boleh dikelompokkan sebagai kumpulan

elit agama. Aliran kedua adalah Golongan menengah Melayu

berlatarbelakangkan pendidikan Melayu yang membawa pemikiran politik yang agak radikal dan aliran ketiga
adalah Golongan atasan yang berpendidikan Inggeris yang mempelopori gerakan politik yang berhaluan
sederhana juga dikenali sebagai golongan elit. Ketiga-tiga aliran ini dipecahkan lagi kepada dua pecahan utama

74

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 92
75

76

Khoo kay kim,Malay society 1874-1920, journal Southeast Asean studies, 1972, hlm 180

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 102

31
iaitu haluan kiri dan haluan kanan. Haluan kiri merupakan aliran yang mempunyai ideology berbeza dengan
british manakala haluan kanan lebih pro-British.
Didalam melihat gerakan Kesedaran nasionalisme Melayu moden di Tanah Melayu ianya mula
digerakkan oleh kumpulan aliran pertama iaitu yang berasaskan agama yang datang dari system persekolahan
agama tempatan yang juga dikenali sebagai madrasah ataupun yang mendapat pendidikan di asia barat seperti
77

cairo, jurusalem dan Baghdad. Disana, hubungan juga dijalankan dengan orang islam dari Indonesia dan dari
situ satu pertubuhan telah ditubuhkan bagi tempat pertukaran idea dan kerjasama antara kedua Negara ini
yang digelar perhimpunan Pemuda Indonesia-Malaya (PERPINDO).

78

Idea reformasi (islah) yang sedang

berkembang di Asia Barat itu telah dibawa ke Tanah Melayu oleh para pelajar lepasan universiti di Timur
Tengah seperti Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohammad Taha, dan Syed Syeikh Al-Hadi dan
membentuk satu kesatuan yang digelar gerakan kaum muda atau golongan reformis islam.

79

Perjuangan

ideology ini adalah untuk menerapkan konsep sebenar agama islam yang selama ini telah dipesongkan yang
membuatkan orang melayu lemah seperti dalam aspek pendidikan, politik, keadilan social dan dalam
kehidupan seharian. Suara perjuangan persatuan ini disalurkan melalui penulisan di akhbar-akhar seperti
Majalah Al-Iman (1906), Al-Ikhwan (1926) di Singapura, idaran zaman(1925) di Pulau Pinang dan akhbar
Saudara (1928).
Walaupun dilihat membawa pemikiran yang lebih kebaratan dan moden, tetapi gerakan kaum muda
ini disekat oleh British kerana kelantangannya dalam mengkritik golongan raja. Kaum muda mengecam manamana pihak terutamanya kaum tua yang terlalu mendewakan golongan raja sehingga segala tindak tanduk raja
diturut tanpa soal. British takut kekuatan golongan raja akan tergugat dengan ideology yang dibawa oleh kaum
muda ini, yang mana golongan raja ini merupakan puppet terpenting bagi British ditanah melayu.

80

Pada era 1930-an pula, muncul aliran kedua dalam gerakan ethno nasionalisme melayu yang
digerakkan oleh golongan menengah melayu yang kemudiannya digelar golongan haluan kiri. Parti haluan kiri
yang bersifat nasional ini dapat dilihat pada tahun 1938 dengan tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda(KMM).
Gerakan parti KMM ini banyak dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme di Indonesia. Parti KMM ini banyak
dianggotai oleh golongan melayu berpendidikan seperti lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar, MPSI, dan
sekolah teknik kuala Lumpur. Hal ini adalah disebabkan Subjek pengajaran disekolah-sekolah berkenaan yang

77

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 95
78

William roff, Origins of malay nationalism, kuala Lumpur: Oxford University press, 1995, hlm 255

79

Ibid., hlm 59-60

80

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 96

32
banyak meceritakan perjuangan nasionalisme di Indonesia dan mesir telah membangitkan semangat
nasionalisme pelajar-pelajar disitu.

81

Matlamat penubuhan KMM ini adalah untuk menuntut kemerdekaan tanah melayu dari jajahan
British, meningkatkan semangat nasionalisme melayu dan memperjuangkan nasib orang melayu yang
didiskriminasi melalui dasar-dasar british.

82

Seperti kaum muda, perjuangan KMM ini juga banyak

menggunakan mata pena seperti melalui akhbar Warta Malaya dan Majlis. Melalui perjuangan KMM ini
jugalah pada Ogos 1939, persatuan melayu seMalaya telah ditubuhkan dan ia merupakan langkah pertama
dalam menyatukan semua orang Melayu. Oleh kerana parti ini merupakan parti yang agak kuat menentang
penjajah dan enggan bekerjasama dengan Inggeris, ia dilabelkan sebagai radikal oleh kerajaan British dan
dianggap sebagai parti berhaluan kiri. Dalam masa dua tahun, KMM telah berkembang dengan begitu pesat
dan banyak cawangannya ditubuhkan di seluruh Tanah Melayu. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan
di pihak kerajaan British. Akibatnya, KMM telah diharamkan oleh pihak British pada tahun 1940.
4.2 Reaksi British terhadap kemunculan ethnocentrisme ditanah melayu
Semangat nasionalisme berasaskan kaum dan kemunculan golongan haluan kiri selepas perang sememangnya
menggusarkan British. Hal ini kerana kedua aspek ini boleh menggugat penguasaan pengaruh British ditanah
melayu. Pada ketika ini, tuntutan untuk mendapat kemerdekaan semakin meningkat dan ini memberikan
kebimbangan kepada British, kerana British tidak mahu pengaruh yang dibawanya dalam system politik dan
ekonomi tanah melayu terhapus sekiranya ianya diperintah oleh golongan berhaluan kiri. Bagi menamatkan
ancaman golongan haluan kiri ini, beberapa langkah telah dilakukan oleh British seperti pengenalan darurat
ditanah melayu pada 1948, dan operasi besar-besaran menghapuskan ancaman pihak haluan kiri ini. Hal ini
ternyata Berjaya apabila pengaruh golongan ini semakin menurun sehingga hamper terkubur pada tahun 1955
menerusi rundingan Baling.
Walaupun, pengaruh haluan kiri ini Berjaya dihapuskan, tetapi permintaan untuk mendapatkan
kemerdekaan dari haluan kanan juga telah muncul pada ketika itu. Selain dari ancaman haluan kiri, masalah
terbesar yang wujud ditanah melayu pada ketika itu adalah masalah pemisahan etnik yang semakin
membimbangkan. Jurang diantara kaum semakin luas dan ini dibuktikan dengan kemunculan parti-parti yang
memperjuangkan ethnocentrisme. Perbezaan matlamat, aspirasi dalam ekonomi dan politik serta perjuangan
diantara kaum ini telah menyebabkan berlakunya ketegangan kaum menjelang tahun 1950-an. Keadaan ini
membuatkan, British tidak boleh memberikan kemerdekaan sewenangnya kepada tanah melayu kerana tanah
melayu masih menjadi asset yang penting bagi British. Keterlibatan British dalam perang dunia kedua telah

81

Radin Soenarno, Malay Nationalisme 1896-1941,Journal Southeast Asian History, University of Singapore,
1960, hlm 8.
82

Mohd salleh Daud, Memoir bukan seorang konformis, Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm

33
menyebabkan ekonomi mereka terjejas dan keperluan untuk mengaut keuntungan dari tanah melayu masih
wujud. Keadaan ekonomi tanah melayu pada ketika itu pula agak stabil dengan eksport getahnya ke Negara
luar seperti Amerika Syarikat sangat tinggi dan dikatakan pendapatan perkapita tanah melayu pada tahun
1950 adalah lebih tinggi dari Negara Jepun.

83

Sungguhpun sekiranya British mahu memberikan kemerdekaan

kepada tanah melayu, British haruslah memastikan terlebih dahulu bahawa kesinambungan kepimpinan tanah
melayu yang baru itu menerapkan system politik yang diterapkan oleh British iaitu system demokrasi dan
mengamalkan system ekonomi kapitalis. Hal ini adalah penting bagi menjaga kepentingan ekonomi British
ditanah melayu. Selain itu, British juga haruslah memastikan ketegangan etnik yang berlaku dapat dihapuskan
sebelum kemerdekaan dapat diberikan.
Didalam menyelesaikan masalah ethnocentrisme yang menebal ditanah melayu ini, British telah
bertindak mahu menyatukan semua kaum dengan memayungi mereka dibawah satu identity, dengan kata lain
konsep Negara bangsa melalui proses asimilasi sederhana cuba diterapkan. Konsep ini cuba direalisasikan
melalui pengenalan Malayan union. Dua aspek utama yang diterapkan didalam Malayan Union iaitu yang
pertama, tanah melayu digabungkan seperti struktur politik zaman colonial iaitu negeri selat, negeri-negeri
melayu bersekutu dan negeri-negeri melayu tidak bersekutu dan diperintah oleh British. Penyatuan ini
dibawah paying British ini adalah penting bagi memastikan system demokrasi dan kapitalis tertanam subur
ditanah melayu. Aspek utama adalah kesaksamaan hak bagi setiap kaum. Perkataan kesaksamaan ini meliputi
aspek dalam pendidikan, ekonomi dan politik. Perkataan kesaksamaan ini juga membawa maksud bahawa
kaum-kaum ditanah melayu ini akan disandarkan pada satu identity yang sepunya seperti bahasa, pendidikan
dan sebagainya. Identity yang sepunya ini dicondongkan kepada identity bangsa melayu seperti pemerkasaan
bahasa melayu. Dibawah aspek yang kedua ini juga, jus soli diperkenalkan dimana kewarganegaraan bagi kaum
bukan Melayu dibuka luas. Kewarganegaraan disini juga bermaksud hak mendapatkan persamaan politik dan
84

peluang bagi semua kaum ditanah melayu. walaubagaimanapun, usaha British membentuk Negara bangsa ini
ditentang bukan sahaja dari golongan parti haluan kiri tetapi juga dari parti haluan kanan. Selain daripada
aspek kewarganegaraan, tentangan ini juga terhasil akibat hal pemisahan singapura daripada Malaya dan juga
cara yang digunakan oleh MacMichael dalam menghubungi dan mendapatkan persetujuan daripada sultansultan yang tidak demokratik.

85

Penentangan terhadap Malayan Union ini dilakukan kerana golongan elit melayu takut risiko terhadap
pemberian kewarganegraan kepada bangsa cina dan india akan menyebabkan hak istimewa melayu terhapus
seperti keistimewaan dalam pemilikan tanah, hal mengenai bahasa, agama islam, dan kedudukan didalam
politik tanah melayu. Disini dilihat semua masyrakat melayu tanpa mengira perbezaan ideology, jantina,
83

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 96
84

85

Ibid., hlm 102

Khong Kim Hoong, 1984, merdeka: British rules and the struggle of independence in Malaya, 1945-57,
petaling jaya: INSAN, hlm 88

34
kedudukan, geografi dan persatuan berada dibelakang UMNO untuk menentang Malayan union. Penentangan
ini diterjemahkan melalui desakan didalam kongres melayu se-malaya dan melalui protes dan demonstrasi
jalanan. Tekanan secara berterusan ini telah membuatkan British terpaksa membatalkan gagasan Malayan
Union ini.
5.0 Golongan elit tanah melayu dan peranan dalam kemerdekaan tanah melayu
Berikutan keadaan ini, British terpaksa menukar perancangannya dan mahu tidak mahu kemerdekaan
harus diberikan kepada tanah melayu. Walaubagaimanapun, British telah menetapkan tiga syarat yang harus
ada sebelum memilih kepimpinan baru ditanah melayu iaitu satu parti yang pro pada dasar-dasar British, parti
tersebut haruslah mendapat kepercayaan rakyat dan parti tersebut haruslah berpotensi untuk mengawal
masalah perkauman ditanah melayu. Pada waktu itu, calon terbaik bagi british adalah parti UMNO kerana parti
ini memenuhi dua daripada tiga syarat yang ditetapkan. Hal ini kerana parti UMNO didasari oleh golongan elit
yang mendapat pendidikan inggeris dan bersifat pro-barat dalam hal system politik dan ekonomi. Tambahan
lagi, parti UMNO telah Berjaya membuktikan bahawa parti ini mendapat sokongan majority orang melayu dan
Berjaya menyatukan masyarakat melayu ketika melakukan penentangan terhadap Malayan union.
Walaubagaimanapun, masalah perkauman masih menjadi halangan besar bagi British untuk memberikan
kemerdekaan untuk tanah melayu.
Kepercayaan British terhadap UMNO sebagai penyambung legasi British mula tergugat apabila
pemimpin utamanya iaitu Dato Onn keluar dari UMNO. Dato Onn merupakan seorang elit berpendidikan
inggeris yang diharapkan oleh Britih untuk meneruskan pengaruh British apabila kemerdekaan diberikan. Hal
ini adalah disebabkan oleh cadangan Dato Onn untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum. Hal ini
telah ditentang oleh semua kepimpinan didalam UMNO dan membuatkan Dato Onn mengambil keputusan
86

keluar dari parti itu dan membuka parti baru yang digelar parti melayu merdeka(IMP). Parti IMP ini membuka
keahlian kepada semua kaum ditanah melayu dan hal ini memberikan harapan kepada British bahawa masalah
kaum dapat diselesaikan dibawah Parti IMP ini. Oleh yang demikian, British telah menukar kepercayaannya
dari parti UMNO kepada parti IMP yang dilihat lebih berpotensi dalam memenuhi syarat-syarat yang British
tetapkan. Hanya tinggal menunggu untuk melihat samaada parti ini mendapat sokongan rakyat atau tidak, dan
pilihanraya bandaraya Kuala Lumpur 1952 akan dijadikan kayu pengukur oleh British.
5.1 Permulaan gabungan kerjasama golongan elit
Bermula dari pilihanraya bandaraya 1952 inilah, dilihat bermulanya hubungan kerjasama diantara
golongan elit berbeza bangsa iaitu diantara parti UMNO dan Parti MCA. Pilihanraya ini melibatkan
pertentangan diantara parti IMP bersama dengan parti UMNO- MCA. Kerjasama diantara parti UMNO dan
MCA ini berlaku hasil persetujuan bersama atas kepentingan yang bersifat saling melengkapi. Bagi UMNO,
parti ini kekurangan dana untuk menjalankan kempen ketika pilihanraya dan ianya dapat diselesaikan dengan

86

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 107

35
bantuan parti MCA yang mengawal ekonomi tanah melayu ketika itu. Parti MCA pula memerlukan bantuan
UMNO kerana parti ini kurang mendapat sokongan dari kaum cina dek kerana ramai masyarakat cina tidak
layak mengundi kerana masih tidak dapat kewarganegaraan. Selain itu, masyarakat cina juga dilihat tidak
berpihak kepada perjuangan MCA yang pro-barat. Oleh itu, bantuan UMNO sangat diperlukan bagi parti ini
meraih undi dari kaum melayu. Gabungan UMNO-MCA ini ternyata berhasil apabila Berjaya memenangi 9 dari
12 buah kerusi yang ditawarkan. Kejayaan kerjasama politik ini telah menyebabkan UMNO-MCA bersetuju
untuk bergabung dengan satu lagi parti politik yang menjadi wakil bagi kaum india iaitu parti MIC lalu
gabungan ini membentuk parti perikatan pada tahun 1953 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Gabungan
antara tiga parti berasaskan kaum ini berhasil kerana ketiga-tiganya mempunyai persamaan iaitu diketuai oleh
golongan elit yang mendapat pendidikan inggeris dan mempunyai pemikiran bersifat pro-inggeris.
Walaupun mempunyai persamaan, tetapi perbezaan ideology diantara parti ini adalah lebih besar lagi
dan kemerdekaan tidak akan dikecapi selagi tiadanya kata persetujuan diantara parti ini bagi mengatasi
perbezaan ideology ini. Oleh yang demikian pendekatan real politik telah diguna pakai terutamanya bagi parti
MIC dan MCA, maka terhasillah apa yang disebut pada hari ini sebagai kontrak social. Kontrak social disini
bermaksud persetujuan parti UMNO untuk menerima tuntutan parti MCA dan MIC dalam aspek pemberian
kewarganegaraan ataupun jus soli dan pengekalan hak untuk mengamalkan budaya dan bahasa masingmasing. Sebagai balasannya, parti MCA dan MIC menerima permintaan UMNO untuk pengekalan hak
keistimewaan bangsa melayu dalam ekonomi dan pendidikan dan dimaktubkan didalam perlembagaan.
Kontrak social ini telah mewujudkan konsep give and take dealing yang menjadi asas kepada konsep
Bargaining politik diantara kaum yang diwakili oleh parti UMNO, MCA dan MIC. Hubungan pakatan yang
dijalankan ini juga telah membina konsep kesatuan melalui kepelbagaian dalam pimpinan politik ditanah
melayu pada ketika itu. Walaubagaimanapun, tindakan pucuk-pucuk pimpinan parti ini dipersoalkan kerana
ianya dilakukan dipihak atas iaitu pihak golongan elit dan tidak melibatkan suara massa. Demokrasi dilihat mati
pada ketika itu, dan golongan elit ini membuat keputusan bukan berdasakan aspirasi massa.
Persetujuan yang membentuk kontrak social ini walaubagaimanapun juga membawa implikasi
negative dan kesan terbesar adalah kepada orang melayu seperti UMNO harus kurangkan perjuangan ethnocentricismenya. Perkongsian kuasa ini juga akan membatasi kuasa autonomi pemimpin UMNO dalam
membuat keputusan untuk memperkasakan nasib orang melayu. Selain itu, persepakatan yang dibentuk
melalui persetujuan dipihak atasan tanpa mendengar suara massa juga akan menimbulkan rasa ketidakpuasan
hatian bagi masyarakat terutamanya masyarakat melayu.
Melihatkan hubungan kerjasama dan persetujuan yang dijalankan oleh tiga parti berasaskan kaum ini
memberikan harapan kepada British untuk memberikan kemerdekaan. Walaubagaimanapun, British masih
tidak dapat memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu kerana skeptical british terhadap penrkongsian
kuasa politik diantara tiga bangsa utama ditanah melayu ini tidak akan Berjaya tetap wujud. Hal ini kerana
British merasakan consociationalisme di tanah melayu adalah sukar untuk Berjaya kerana ideology ketiga-tiga
parti ini masih bersifat perkauman. Selain itu, British juga masih risau dengan ancaman serangan bersenjata

36
PKM, dan perkara ini diambil British untuk menguji sama ada kepimpinan Tunku Berjaya mengawal ancaman
ini ataupun tidak. Walaubagaimanapun, kedua-dua cabaran dan skeptical British ini ditepis oleh tunku didalam
pilihanraya umum 1955 dimana rakyat pada ketika itu menyokong gabungan parti ini dan diterjemahkan
dalam kemenangan besar parti perikatan dalam pilihanraya itu dengan kemenangan di 51 dari 52 buah kerusi
87

yang ditawarkan dan mendapat 87 peratus undi majority. Selain itu, mengenai ancaman komunis, rundingan
Baling yang dilakukan diantara Tunku dan wakil komunis iaitu Chin Peng pada tahun 1955 telah meningkatkan
lagi reputasi Tunku

dimata British. Walaupun rundingan ini telah gagal, tetapi selepas rundingan ini,

perjuangan PKM sudah semakin kendur.

88

Hal ini telah memberikan kelegaan dan keyakinan bagi British untuk memberikan kemerdekaan bagi
tanah melayu kerana mereka tahu kepimpinan parti perikatan ini akan meneruskan system politik dan
ekonomi acuan british dan masalah ketegangan kaum juga dapat diselesaikan melalui proses akomodasi dalam
pembinaan Negara bangsa hasil gabungan tiga parti berasaskan kaum ini. Pada ketika ini dapat dilihat bahawa
golongan elit merupakan golongan yang paling berkuasa diseluruh tanah melayu dan menjadi penerus kepada
kesinambungan system politik demokrasi acuan British dan ekonomi kapitalis sekaligus menampakkan ianya
seperti neo-kolonialisme. Hasil kepercayaan ini maka Tanah melayu pada ketika itu telah Berjaya mendapatkan
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
5.2 Pengaruh golongan elit di sabah dan sarawak
Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 juga bermakna pertambahan bidang kuasa dengan kemasukan
Sabah dan Sarawak. Golongan elit pemerintah pada ketika itu iaitu dari parti perikatan sedar bahawa tindakan
pantas harus dilakukan bagi mengukuhkan kuasanya diutara borneo ini. Taktik yang hamper sama digunakan
oleh parti UMNO apabila tawaran penggabungan diberikan kepada parti-parti berasaskan etnik yang banyak
wujud di Sabah dan Sarawak dengan jaminan bahawa suara politik mereka akan didengari dalam satu pakatan
bertaraf federal iaitu pakatan nasional. Hal ini mendapat pelbagai reaksi dari parti-parti diborneo utara ini.
Terdapat beberapa parti yang menyokong akan gabungan ini seperti parti PANAS, parti SNAP, parti BERJASA,
dan parti PESAKA di Sarawak dan USNO dan UNKO di Sabah. Hal ini sekali lagi meperlihatkan gabungan yang
dilakukan adalah berasaskan persamaan taraf dan ideologi kedua-dua pihak dimana keduanya merupakan
golongan elit dan berpendidikan inggeris. Disini juga dapat dilihat pengaruh kuasa elit parti pusat adalah lebih
tinggi berbanding kuasa elit di sabah dan Sarawak dan ini dilakukan bagi mengekalkan pengaruh kuasa
golongan elit di Malaysia. Sebagai contoh, ketua menteri Sarawak iaitu Stephen Ningkat sari parti SNAP telah
disingkirkan dan digantikan dengan ahli politik Iban bernama Tawi Sali kerana beliau lebih pro kepada segala
keputusan dari pihak elit pusat yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan parti UMNO.

87

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 120
88

Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri melayu dalam Perjuangan Kmerdekaan, bangi: penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2006, hlm 150.

37

6.0 Perkembangan pembangunan dan pengukuhan kuasa elit di tanah melayu selepas merdeka

Kemerdekaan yang dicapai oleh golongan elit berpendidikan barat ditanah melayu ini telah memberikan
mereka kuasa untuk memerintah. Bagi meneruskan legasi kepercayaan rakyat untuk terus mendapat mandat
politik dalam memerintah tanah melayu, beberapa strategi telah dijana dan salah satunya adalah dengan cara
mengatasi setiap permasalahan yang berlaku ditanah melayu pada ketika itu dan mencanang usaha yang
dilakukan dalam menyelesaikan masalah tersebut serta segala idea pembangunan yang dijalankan.

89

Segala

masalah ataupun ancaman yang boleh menggugat kedudukan politik golongan elit ini, haruslah segera
dikenalpasti dan diselesaikan segera bagi mengelakkan masalah yang lebih besar dan bagi mengekalkan kuasa
politik golongan elit ini. Permasalahan yang timbul selepas merdeka dapat dibahagikan kepada dua aspek
utama iaitu permasalahan dari segi social yang dipecahkan kepada dua iaitu pendidikan dan bahasa dan
permasalahan dari aspek ekonomi. Kedua permasalahan ini sangat berkait dan menjadi penentu kepada
legitemasi politik golongan elit.
6.1 Pengukuhan Kuasa elit melalui perkembangan ekonomi tanah melayu sehingga 1970
Satu cara yang digunakan oleh kerajaan pimpinan elit UMNO ini bagi meneruskan kuasa politiknya ditanah
melayu adalah dengan mengekalkan kekuatan ekonomi dan menguruskan sumber ekonomi ditanah melayu
dengan effektif. Pada tempoh masa awal 1950 hinggalah selepas kemerdekaan, sector ekonomi tanah melayu
sangat bergantung kepada sumber semulajadinya iaitu getah. Walaubagaimanapun, harga getah dunia pada
ketika perang korea berlaku berada diparas yang rendah kerana Negara Amerika telah memperkenalkan
teknologi getah tiruan atau sintetik yang lebih murah dipasaran dunia. Disebabkan tanah melyu mengamalkan
system ekonomi kapitalis yang bergantung kepada harga di peringkat antarabangsa, maka ianya juga telah
menjejaskan ekonomi tanah melayu. Golongan elit pemerintah ditanah melayu menyedari bahawa,
pengukuhan ekonomi merupakan aspek yang penting dalam pengekalan kuasa mereka dan kestabilan Negara
dan disebabkan kebergantungan semata-mata terhadap satu sumber akan memberi risiko kepada Negara dan
pemerintahan mereka, maka satu alternative eknomi telah dirancang. Melihatkan beberapa Negara lain yang
juga bertaraf sedang membangun sama seperti tanha melayu telah mengambil langkah menguasahakan
industry ringan, maka tanah melayu padaketika itu memperkenalkan alternative ekonomi yang digelar import90

substitution yang digunakan bagi mengurangkan bebanan ekonomi tanah melayu. Bagi memulakan langkah
import-substitution ini, hasil cadangan dari bank dunia, maka tanah melayu telah meluluskan bil ordinan
peneraju industry 1958 yang membolehkan Negara memperuntukkan dana bagi industry ini. Melalui ordinan

89

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 20
90

Import-substitution merupakan istilah ekonomi yang merujuk kepada pemerkasaan industry tempatan
untuk menggunakan hasilnya diperingkat tempatan tanpa perlu mengharapkan import dari Negara luar bagi
hasil yang sama.

38
ini, beberapa faedah telah ditawarkan seperti cukai yang rendah dan kemudahan serta subsidi dalam hal
jaringan pengankutan. Ordinan ini difokuskan kepada pelabur atau syarikat industry luar agar datang ketanah
melayu dan membuat cawangan operasi syarikatnya ditanah melayu. Melalui hal ini, maka keperluan untuk
mengimport akan semakin berkurangan kerana kebanyakan syaraikat sudah mempunyai cawangan ditanah
melayu sekaligus mengurangkan perbelanjaan Negara.

91

Usaha menggalakkan syarikat luar untuk membuka syarikat ditanah melayu terus dilakukan dengan
membina malayan Industrial development finance limited yang memberikan insentif kepada mana-mana
syarikat luar yang mahu melabur dimana-mana industry-substitute ditanah melayu seperti automobile,
elektronik dan tekstile. Strategi ekonomi ini dilakukan bagi merancakkan ekonomi ditanah melayu sekaligus
akan membolehkan hubungan kerjasama syarikat dilakukan diantara syarikat tanah melayu dan syarikat luar.
Dasar transformasi ekonomi melalui import substitution ini ternyata memberi impak positif kepada Negara
apabila jumlah syarikat luar yang masuk ketanah melayu semakin meningkat dan dikatakan menyumbang lebih
separuh daripada jumlah keseluruhan peningkatan ekonomi perindustrian ditanah melayu.
Transformasi ekonomi yang dilakukan juga memberi kesan kepada bangsa cina ditanah melayu.
Sebelum kemerdekaan lagi, sememangnya masyarakat cina menguasai ekonomi tanah melayu terutamanya
dibahagian penangkutan, pembinaan, dan jualan runcit. Dasar import-substitute memberi kesan terhadap
masyarakat cina dengan memberi faedah dari segi perluasan bekalan dan pasaran. Selain itu, syarikat
kewangan dan pelaburan yang dimiliki oleh masyarakat cina juga mendapat faedah dari pengenalan dasar
import gentian ini kerana sector ini sangat diutamakan oleh pihak kerajaan bagi menjadi pembekal kewangan
tambahan untuk industry berskala kecil yang baru mahu menjalinkan hubungan kerjasama dengan syarikat
luar.
Jumlah pelaburan luar secara terus(FDI) ditanah melayu pada tahun 1960 menunjukkan peningkatan
yang sangat memberangsangkan dan telah mengubah sedikit corak ekonomi tanah melayu yang pada
dahulunya hanya bersandarkan kepada pertanian tetapi kemudiannya berubah kepada perindustrian.
Peningkatan ekonomi tanah melayu sememangnya memberi keuntungan kepada syarikat luar yang melabur
ditanah melayu.

92

Bagi penduduk tanah melayu sendiri, bangsa cina yang aktif dalam bidang ekonomi ini,

merupakan bangsa yang aling terkesan hasil peningkatan ekonomi tanah melayu ini sekaligus meningkatkan
purata kekayaan masyarakat ini berbanding kaum-kaum lain yang dilihat tidak aktif mengambil kesempatan
terhadap transformasi dasar ekonomi yang dijalankan oleh golongan elit parti perikatan ini.

91

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 146
92

Ibid., hlm 146

39

6.2 Pengukuhan kuasa elit dan ancaman yang timbul


6.2.1 Isu pendidikan
Walaubagaimanapun keadaan mula berubah selepas perang dunia kedua dimana British dilihat sudah mula
mahu mementingkan penyatuan antara kaum melalui medium pendidikan ini. langkah pertama dapat dilihat
melalui kewujudan jawatankuasa penasihat pusat pada tahun 1949. Pada tahun 1950 pula, jawatankuasa
Barnes atau juga dikenali sebagai jawatankuasa pendidikan melayu telah dibina yang memfokuskan fungsi
pendidikan dalam pembinaan Negara bangsa. Melalui jawatankuasa ini, beberapa idea telah dicadangkan
seperti system pendidikan rendah percuma untuk kanak-kanak semua kaum dan cadangan penghapusan
bantuan kewangan negeri dan persekutuan kepada sekolah-sekolah cina dan tamil ini bagai menamatkan
system persekolahan komunal. Hal ini bermaksud, cadangan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa
93

melau sebagai bahasa pengantar sudah mula dibina bagi menggantikan sekolah vernacular ini. Cadangan ini
walaubagaimanapun ditentang oleh bangsa-bangsa lain terutamanya bangsa cina. Hal ini dapat dilihat dalam
laporan Fenn-Wu yang menentang keutamaan yang diberikan kepada bahasa melayu dan inggeris dalam
system pendidikan dan mendakwa sekolah-sekolah vernacular ini tetap boleh mnyumbang dalam pembinaan
Negara bangsa atau pada ketika itu lebih dikenali dengan istilah kewarganegaraan malaya. Laporan Fenn Wu
merupakan tindak balas yang dihasilkan oleh parti elit MCA berhubung isu pendidikan ini dan ianya digunakan
sebagai umpan agar MCA semakin mendapat tempat dihati masyarakat cina sebagai pelindung mereka.

94

Disini, sudah dapat dilihat strategi yang dilakukan oleh golongan elit untuk mendapat pengekalan
kuasa dan bagi parti UMNO, untuk terus menjalankan hubungan dengan MCA dan mendapat sokongan
masyarakat cina, maka tuntutan Fenn Wu itu diambil kira maka terhasillah ordinan pelajaran 1952. Ordninan
ini mencadangkan agar semua sekolah vernacular ini dihapuskan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.
System pelajaran disekolah kebangsaaan ini walaubagaimanapun masih mengangkat penggunaan bahasa cina
dan tamil sebagai bahasa ketiga. Walaubagaimanapun rancangan ordinan ini tidak dapat dilaksanakan kerana
kosnya yang tinggi dan pendapatan Negara pada ketika itu yang rendah.

95

Ibarat rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Walaupun ordinan pelajaran 1952 yang
mengangkat penggunaan bahasa cina dan india telah dilakukan, tetapi masih lagi terdengar rungutan dan
desakan yang menuntut agar sekolah jenis kebangsaan cina dan india itu dikekalkan. Berikutan hal itu, setelah
cabinet persekutuan pertama telah dibentuk setelah kerajaan memenangi pilihanraya 1955 jawatankuasa
93

Francis Wong Hoy Kee & Ee Tiang Hong, Education in Malaysia, Heinemann Educational Books, (Asia) 1971,
hlm 52.
94

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 149
95

Francis Wong Hoy Kee & Ee Tiang Hong, Education in Malaysia, Heinemann Educational Books, (Asia) 1971,
hlm 55.

40
pelajaran 1956 pula telah dibentuk. dan melalui jawatankuasa ini beberapa cadangan telah dibina iaitu
cadangan pembinaan dua jenis sekolah rendah iaitu sekolah rendah umum yang mengangkat bahasa melayu
dan sekolah rendah jenis umum yang menggunakan bahasa cina, india mahupun inggeris sebagai bahasa
pengantar. Di peringkat sekolah menengah pula, cadangannya adalah pembinaan satu sekolah menengah
kebangsaan sahaja. Sukatan pelajaran dan kurikulum bagi setiap sekolah ini pula diseragamkan dengan
berwatakkan tanah melayu. System pendidikan yang mengekalkan dasar multingualisme ini digunakan kerana
ahli-ahli jawatankuasa ini yang diketuai oleh Tun Abdul Razak menganggap bahawa isu pendidikan ini adalah
terlalu kontroversi untuk dirombak secara drastic. System pendidikan ini juga dilaksanakan bagi menyatukan
rakyat Malaysia yang multi etnik dibawah satu identity iaitu bahasa melayu.
Tidak cukup dengan itu, umpama orang diberi betis mahukan peha, penentangan masyarakat cina
terhadap system pendidikan ini masih tetap berlangsung. Tentangan kali ini ditujukan kepada penggunaan
bahasa inggeris dalam peperiksaan akhir sekolah menengah.

96

Penentangan ini dapat dilihat datang dari

persatuan guru-guru sekolah cina bersatu dan persatuan pengurusan sekolah-sekolah cina seluruh Malaya.
Penentangan ini dilanjutkan melalui peranan MCA dan impaknya dapat dilihat apabila parti perikatan telah
kalah dalam pilihanraya kecil selepas itu. MCA menolak keras unsur malay centric dalam jawatankuasa
pelajaran 1956 dan menganggap, jawatankuasa ini telah melakukan diskriminasi kepada kaum cina dan akan
menyebabkan peluang mereka untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan semakin rendah.

97

Penentangan

terhadap system pendidikan ini diteruskan walaupun setelpas tanah melayu merdeka.
Berikutan penentangan ini dan bagi mengelakkan timbul permasalahan yang lebih besar disamping
untuk meraih undi, maka pihak kerajaan pada tahun 1960 telah sekali lagi membentuk satu jawatankuasa
pelajaran dan kali ini dikenali sebagai jawatankuasa Rahman Talib. Melalui jawatankuasa ini, system
pendidikan vernacular bagi sekolah rendah masih dikekalkan dan ianya adalah percuma. Dari segi peperiksaan
sekolah menengah pula, ianya akan menggunakan sama ada bahasa melayu ataupun bahasa inggeris tetapi
kemudahan masih diberikan untuk pembelajaran bahasa cina dan tamil.
6.2.2 Isu bahasa
Permasalahan yang kedua dapat dilihat dari aspek bahasa. Permasalahan bahasa ini pada awalnya tidak
menimbulkan permasalahan diperingkat atasan atau dari golongan elit setiap parti, tetapi tentangan hadir dari
pihak massa.
Isu bahasa rasmi ini timbul didalam pengenalan fasal 152 dan akta bahasa kebangsaan 1963. Fasal
152 ini memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu dan akta bahasa kebangsaaan 1963
pula menyebut bahawa penggunaan bahasa melayu akan diperluaskan bagi menjadi wadah penyatuan setiap
96

Cheah Boon Kheng, Malaysia, the making of a nation, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2002,
hlm 36
97

Gordon P. Means, Malaysian Politics: The Second Generation, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1991,
hlm 203

41
bangsa dimalaysia. Menerusi aktar bahasa kebangsaan ini juga penggunaan bahasa melayu diperluaskan
diperingkat pendidikan sekolah menengah. Mana-mana bangsa lain yang sekolah rendahnya dari persekolahan
aliran tamil atau cina, apabila masuk ke sekolah menengah, wajib belajar bahasa inggeris dan melayu selama
setahun. Hal ini dilihat penting bagi memastikan pelajar tersebut memahami fahaman pendidikan
kebangsaan.

98

Pengenalan akta bahasa kebangsaan 1963 dan fasal 152 perlembagaan persekutuan, didakwa oleh
masyarakat cina akan menyekat hal sekolah cina untuk beroperasi dengan bebas kerana terikat dengan
kokurikulum yang tidak mengangkat penggunaan bahasa cina. Mereka juga menuntut agar system pendidikan
ini diasingkan dimana persekolahan cina dibenarkan untuk menggunakan bahasa cina sebagai bahasa
pengantar dari peringkat sekolah rendah

hinggalah keperingkat univeisti. Mereka juga mendesak agar

didirikan sebuah university khas untuk orang cina yang diberinama university merdeka. K.J.Ratnam didalam
bukunya mengenai isu ini pula, beliau mengatakan bahawa bangsa-bangsa bukan melayu ini terutamanya
bangsa cina dan india ini akur bahawa bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi mereka juga mahukan
bahasa ibunda mereka itu dinaikkan menjadi bahasa rasmi dinegara ini. Mereka dikatakan bersedia untuk
99

menjadi Malayan secara politik, tetapi dari segi budaya mereka ingin kekal sebagai cina dan india.

Tidak hanya desakan dari orang cina, suara-suara penentangan juga lahir dari orang melayu. Mereka
mengatakan kerajaan pimpinan golongan elit UMNO ini terlalu berlembut. Mereka juga mengatakan bahawa,
tiada lagi Negara didunia ini selain China dan Taiwan yang begitu mengangkat penggunaan bahasa cina dan ini
ditakuti akan mengurangkan kuasa bahasa melayu. Mereka juga merasakan melalui jawatankuasa pelajaran
1956 ini, orang-orang cina dimasa hadapan akan meminta bahasa mereka untuk dijadikan bahasa rsmi pula
kerana kerajaan yang terlalu berlembut terhadap mereka. Impian pembinaan bangsa Malaysia juga tidak akan
tercapai sekiranya terlalu banyak bahasa yang digunakan dalam system pendidikan.
Menjelang penubuhan Malaysia pada 1963 pula menunjukkan bahawa gerakan menuntut bahasa cina
sebagai bahasa rasmi ini diperkukuhkan dengan penggunaan parti politik MCA secara terbuka. Buktinya,
pemuda MCA telah buat tuntutan agar kerajaan membenarkan penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa rasmi.
Tindakan parti politik utama bangsa cina di tanah melayu ini semakin menyemarakkan api perjuangan
pertubuhan-pertubuhan cina disini pada waktu itu terutamanya persatuan guru-guru cina semenanjung yang
semakin memperluaskan kempennya berkaitan dengan bahasa cina dalam bidang pendidikan.

100

Berikutan

perkara ini akhirnya kerajaan melalui perdana menteri sendiri telah memberi respon secara tegas dengan
menolak kesemua permohonan berkenaan bahasa cina sebagai bahasa rasmi ini dengan alasan bahawa
98

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 150
99

K.J.Ratnam, Communalism and the Political process in Malaya, University of Malaya Press, Singapura, 1967,
hlm 132
100

J.N.Funston, Malay politics in Malaysia, a study of the United Malaya National Organisation and Party Islam,
hlm 76.

42
kesemua ketetapan sudah termaktub didalam perlembagaan dan tidak boleh diubah lagi. Berikutan kenyataan
ini telah menyebabkan parti MCA mengendurkan usahanya kerana bagi menjaga kepentingannya didalam parti
perikatan.
6.3.3 Isu ekonomi
Peningkatan nombor-nombor ekonomi yang dicapai oleh tanah melayu selepas merdeka ternyata tidak
Berjaya sampai keseluruh masyarakat ditanah melayu. Kekayaan pada ketika itu hanya tertumpu kepada
masyarakat cina dan juga pelabur dari luar sahaja sedangkan nasib tuan kepada tanah ini masih terus
terumbang ambing. Jenis ekonomi import gentian yang diperkenalkan pula juga hanya dapat dinikmati oleh
mayarakat cina kerana masyaraat ini tidak didorong untuk menceburi didalam bidang perniagaan. Statisitik
yang diambil sejurus kemerdekaan dicapai sehingga menjelang tahun 1970 menunjukkan perbezaan perolehan
kekayaan yang ketara diantara bangsa melayu dan bangsa bukan melayu, bangsa cina khususnya. Sebagai
contoh, purata pendapatan bulanan masyarakat melayu pada tahun 1957 adalah sebanyak 140 US dollar dan
meningkat 170 dolar pada 1970. Jumlah ini jauh dibelakang bangsa india dan cina yang masing-masing
mencatatkan purata pendapatan bulanan sebanyak 260 dan 381 US dollar.

101

Ketidakseimbangan ekonomi mengkut kaum juga dapat dilihat pada pembahagian pekerjaan, Jika
dilihat pula dari sudut pembahagian pekerjaan pada data yang dikeluarkan pada tahun 1968, bagi sektor
pertanian bukan komersial misalnya, kaum Melayu merupakan majoriti dengan meliputi 65.8 peratus,
manakala masyarakat cina sebanyak 31 peratus dan india 51.8 peratus. Dalam sektor perlombongan,
pembuatan, perniagaan dan pentadbiran awam pula, kaum Melayu meliputi 30.2 peratus, manakala kaum
Cina 64 peratus, kaum India 30.2 peratus. Selain itu, ketidakseimbangan dari aspek ekonomi juga dapat dilihat
pada garis kemiskinan. Kajian daripada bancian penduduk pada tahun 1970 mendapati bahawa 49.3 peratus
daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan.
Daripada jumlah semua keluarga miskin tersebut, 86 peratus berada di kawasan luar bandar dan 14 peratus di
kawasan bandar. Manakala kadar kemiskinan mengikut kaum pula menunjukkan nilai peratus yang paling
tinggi adalah dari kaum Melayu iaitu 65 peratus. Kaum Cina dan India pula masing-masing 26 dan 39.2 peratus.
Disabah dan Sarawak pula, kadar garis kemiskinan yang dikeluarkan pada tahun 1976 menunjukkan kedudukan
kaum bumiputera masing-masing adalah pada 67.1 dan 68 peratus, manakala bagi masyarakat cina dikedua
Negari ini ianya hanya mencatatkan peratusan 22.2 dan 29.6 peratus.

102

Golongan elit UMNO menyedari bahawa sekiranya jurang ekonomi kaum ini dibiarkan, maka ianya
akan menggugat kuasa politik mereka dimasa hadapan. Oleh yang demikian beberapa langkah diambil bagi
meningkatkan kuasa ekonomi orang melayu seperti penubuhan kongres ekonomi Malaya pada tahun 1965,
penubuhan Majlis Amanah Rakyat(MARA) dan Bank Bumiputera.

101

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 147
102

Ibid., hlm 148

43
6.3 Ketegangan kaum dan peristiwa 13 Mei
Permasalahan yang berlaku pada era selepas merdeka sehingga 1970 sememangnya telah
mencetuskan suasana ketegangan diantara kaum dan hanya memerlukan satu pencetus untuk membolehkan
rusuhan kaum berlaku. Ketidakpuashatian kaum melayu dapat disandarkan pada keadaan ekonomi yang
mereka hadapi ditambah lagi dengan bebanan kenaikan taraf hidup sedangkan masyarakat cina
kebanyakannya hidup senang dikawasan Bandar. Mereka juga menganggap ekonomi yang digunapakai oleh
kerajaan sekarang iaitu laissez faire dan sistem import substitution itu tidak menguntungkan orang melayu
langsung dan hanya menguntungkan bangsa cina. Ketidakpuashatian kaumcina pula disandarkan pada sikap
kerajaan yang tidak berada dipihak mereka pada kes pendidikan dan bahasa cina. Selain itu, kaum cina juga
berasa tidak puas hati apabila melihat kerajaan mula menumpukan perhatian kepada ekonomi orang melayu
seperti pengenalan MARA dan Bank Bumiputera yang dilihat sebagai perkauman. Ketegangan antara kaum ini
dikumpulkan dan dipendam sehinggalah berlakunya pilihanraya umum pada tahun 1969. Perasaan tidak puas
hati masyarakat melayu dan cina pada ketika itu jelas dapat dilihat pada keputusan pilihanraya 1969 dimana,
undi terhadap MCA semakin merosot dan dipindahkan kepercayaan masyarakat cina kepada DAP dan
Gerakan. Bagi masyarakat melayu pula, hal yang sama berlaku apabila undi UMNO jatuh dan orang melayu
mula mengundi pada parti PAS.
Tidak hanya berhenti disitu, ketegangan kaum diteruskan selepas pilihanraya 1969 sehingga
mencetuskan rusuhan kaum berdarah yang paling dahsyat ditanah melayu pada 13 Mei 1969. Perayaan
kemenangan parti gerakan dan DAP di Kuala Lumpur telah menyentuh senstiviti kaum melayu apabila mereka
dikatakan membawa penyapu sambil melaungkan mahu menyapu penduduk melayu telah membangkitkan
kemarahan masyarakat melayu. Keadaan diburukkan lagi apabila tersebar berita pembunhan satu keluarga
melayu oleh pemuda cina ketika menonton wayang dikawasan masyarakat cina. Hal ini telah mencetuskan
rusuhan kaum secara besar-besaran yang telah mengorbankan banyak nyawa yang menyebabkan darurat
diisytiharkan. Peristiwa 13 Mei ini sememagnya telah membawa era pemerintahan tanah melayu kesatu tahap
yang baru dimana ianya telah dijadikan satu penanda besar bagi UMNO untuk mereka gunakan untuk terus
berkuasa ditanah melayu.

7.0 Pemerintahan golongan elit dan pengekalan kuasa politik


Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tanah melayu dipimpin oleh golongan elit yang diketuai
oleh parti UMNO. Masalah jurang diantara kaum masih berlaku dan kelihatan semakin parah apabila
pemerintahan Tunku dilihat lebih memfokuskan kepada penguasaan politik bagi orang melayu berbanding
penguasaan ekonomi. Hal ini telah menyebabkan masyarakat melayu terus ketinggalan dibelakang bangsa lain.
Ketegangan yang dipendam ini akhirnya meletup pada 13 Mei 1969 apabila rusuhan kaum telah berlaku.
Peristiwa 13 Mei sememangnya telah mengubah landskap politik tanah melayu. Golongan elit yang selama ini
kukuh berada diaatas tampuk pemerintahan sudah mula rasa tergugat dengan keadaan ini apabila bangsa
masing-masing dilihat semakin hilang kepercayaannya terhadap parti UMNO dan MCA dan dialihkan kepada

44
parti PAS dan DAP/GERAKAN. Melihatkan hal ini, elit UMNO menyedari sesuatu harus dilakukan bagi meraih
kembali undi masyarakat Malaysia terutamanya orang melayu sekiranya mahu terus berkuasa di Malaysia.
Bagi mengekalkan hegemony UMNO selepas peristiwa 13 Mei tersebut, dapat dilihat yang UMNO telah
menggunakan alas an peristiwa 13 Mei ini untuk mencorak langkah seterusnya di Malaysia, langkah yanag
akan terus menegaskan hegemony orang melayu. UMNO sedar sekiranya mahu terus berkuasa, keadaan orang
melayu harus dibela. Melalui penulisan Azlan Tajuddin ini, dapat dibahagikan langkah yang diambil oleh UMNO
untuk terus berkuasa di tanah melayu kepada dua pecahan utama iaitu yang pertama usaha diperingkat
bawahan dan usaha diperingkat atasan. Usaha diperingkat bawahan bermakna usaha yang difokuskan hanya
kepada masyarakat melayu iaitu dengan menyerlahkan dan memperkasakan lagi usaha yang dilakukan untuk
meningkatkan nasib orang melayu dalam ekonomi dan pendidikan. Usaha diperingkat atasan pula adalah
usaha memajukan ekonomi Negara secara keseluruhannya. Bagi menjayakan misi pengekalan hegemony
UMNO ini, maka lahirlah satu dasar yang disebut sebagai dasar ekonomi baru (DEB) pada tahun 1970.
7.1 Pengekalan kuasa melalui pengenalan Dasar ekonomi Baru
Dasar ekonomi baru(DEB) merupakan idea Tun Abd Razak dan Tan Sri Ghazali Shafie yang digunakan untuk
menstrukturkan kembali ekonomi tanah melayu bagi menghapuskan kemiskinan, jurang antara kaum,
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dan ia harus dilakukan dengan meningkatkan penyertaan golongan
bumiputera dalam hal ekonomi dinegara ini.

103

DEB mempunyai dua cabang matlamat yang amat jelas. Cabang

pertama bertujuan untuk mengurangkan dan akhirnya menghapuskan kemiskinan dengan dengan
meninggikan pendapatan dan menambahkan gunatenaga untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
ketrunan mereka. Cabang kedua bertujuan untuk menyegerakan proses menstruktur semula perpaduan
masyarakat Malaysia untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya kelaziman mengaitkan sesuatu
bangsa dengan fungsi ekonomi tertentu dapat dikurangkan hingga akhirnya ia beransur-ansur hapus.

104

Kerangka masa yang ditetapkan adalah selama 20 tahun iaitu dari 1971 hingga 1990. Dalam tempoh
ini, DEB menyasarkan strategi ke arah mengurangkan kadar kemiskinan daripada 50 peratus pada tahun 1970
kepada 16.7 peratus menjelang tahun 1990. Manakala, kerajaan turut menyasarkan penguasaan ekuiti dalam
sector korporat oleh bumiputera daripada 2.4 peratus pada tahun 1970 kepada 30 peratus menjelang tahun
1990. Sementara itu penguasan ekuiti masyarakat lain terutamanya golongan etnik Cina dibenarkan
berkembang daripada 35 peratus kepada 40 peratus, manakala pegangan ekuiti oleh bangsa asing dikurangkan
daripada 63 peratus pada 1970 kepada 30 peratus menjelang tahun 1990
Didalam melihat usaha peringkat bawahan yang dilakukan oleh UMNO bagi memperkasakan nasib
orang melayu dalam system ekonomi, beberapa usaha dilihat telah dilakukan dari segi bantuan kewangan,
pengenalan dasar-dasar dan lain-lain. Disebabkan oleh orang melayu majoritinya masih terperuk diluar
103

104

Leon Comber, 13 may 1969: A historical survey of sino-malay relations, kuala Lumpur: Heineman,1983, 82

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 153

45
Bandar, maka banyak bantuan galakan ekonomi diberikan kepada golongan melayu luar Bandar ini melalui
konsep pembesaran kek ekonomi yang memblehkan orang melayu terlibat secara langsung didalam hal
ekonomi Negara.

105

Bantuan terhadap masyarakat melayu luar Bandar ini dapat dilihat melalui penggalakan

unsur perniagaan dalam pertanian. Pertubuhan MARA ditubuhkan menggantikan RIDA dilihat berperanan
dalam hal ini dengan memberikan bantuan dari segi kewangan, pendidikan dan sebagainya. Melalui MARA,
beberapa industry luar Bandar diperkenalkan seperti pemprosesan getah, sulaman batik, industry kerepek dan
sebagainya.

106

Disamping itu, MARA turut menaungi program pelaburan atau pengendalian syarikat seperti

sektor pengangkutan, perdagangan dan perindustrian melalui pelaburan dan pengurusan anak syarikat bagi
tujuan komersial. Bantuan kerajaan terhadap masyarakat luar Bandar ini juga dapat dilihat dengan pengenalan
UDA, PERNAS, Dasar Pertanian Negara dan sebagainya.
Selain dari hanya memperkasakan lagi masyarakat melayu UMNO juga telah membuat beberapa
perancangan bagi melahirkan golongan kapitalis melayu yang dilihat penting bagi mengimbangi penguasaan
ekonomi tanah melayu oleh bangsa cina. Walaubagaimanapun, golongan kapitalis melayu yang mahu dicipta
oleh UMNO ini haruslah yang pro-kepada parti UMNO itu sendiri. Hubungan diantara UMNO-kapitalis melayu
ini dilihat penting sebagai sumber kewangan bagi parti itu sendiri untuk digunakan dalam pembangunan
Negara. Selain itu, melalui pengenalan golongan kapitalis melayu inilah yang diharapkan akan membolehkan
objektif mencapai 30 peratus ekuiti bumiputera dalam korporat itu tercapai.
Salah satu langkah yang diambil bagi mencapai objektif ini adalah dengan pengenalan PERNAS
(Perbadanan Nasional Berhad) dan Permodalan Nasional Berhad(PNB)

iaitu sebuah bentuk badan

perdagangan milik kerajaan bagi memudahkan orang Melayu terlibat dalam perniagaan. Bersandarkan pada
modal 50 juta dan modal berbayar 12 juta ,PERNAS ditubuhkan dengan Kementerian Kewangan, badan
kerajaan dan separuh kerajaan sebagai pemegang saham awal. Cabang PERNAS ini kemudiannya diluaskan
seperti dengan penubuhan PERNAS Construction, PERNAS Properties, PERNAS Trading, PERNAS Engineering
Sdn Bhd, PERNAS Wakil Sdn Bhd dan PERNAS Mining Sdn Bhd. Dengan kejayaan PERNAS dalam berbagai-bagai
bidang perniagaan, telah menjadi wadah perniagaan kepada orang Melayu untuk turut terlibat dalam bidang
perniagaan yang selama ini dimonopoli oleh syarikat asing.
Selain itu, pengukuhan dasar perindustrian di Malaysia melalui pengenalan akta koordinasi
perindustrian 1975 juga dilihat sangat membantu orang melayu didalam bidang ini. Melalui akta ini, kerajaan
mempunyai kuasa untuk mewajibkan syarikat-syarikat pelabur luar yang mahu beroperasi dimalaysia haruslah
bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat pro-UMNO melalui pemberian saham sebanyak 20 peratus.

107

105

Leon Comber, 13 may 1969: A historical survey of sino-malay relations, kuala Lumpur: Heineman,1983, 84

106

Ibid., hlm 54

107

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 157

46
Pengukuhan dilakukan lagi dengan kawalan kerajaan terhadap pemberian lessen dan permit untuk pelabur
luar membina syarikatnya diMalaysia.
Bagi mengukuhkan lagi hubungan diantara empayar politik dan ekonomi UMNO, maka dilakukan
transformasi yang membolehkan individu elit UMNO untuk mempunyai saham dan kuasa didalam syarikatsyarikat diTanah melayu. Syarikat ini kemudiannya akan dibantu oleh parti UMNO agar menjadi lebih maju
melalui pemberian tender-tender dan sebagainya. Pada ketika ini, istilah kronisme, nepotisme dan
favouritisme dilihat sememangnya berlaku. Berikutan hal ini, maka lahirlah syarikat-syarikat besar yang proUMNO seperti Fleet Group, Renong Berhad dan TRI(Tajuddin Ramli Industries).

108

Selain daripada emansipasi masyarakat melayu dalam aspek ekonomi, melalui DEB ini juga pemberian
keistimewaan masyarakat melayu dalam bidang pendidikan turut ditnjolkan oleh UMNO. Dasar pendidikan
yang diamalkan ketika DEB ini berlangsung dilihat sangat Berjaya. Hasil ledakan ekonomi berasaskan industry,
banyak sekolah-sekolah teknikal dan sains didirikan diseluruh tanah melayu yang memberi kemudahan untuk
golongan melayu bumioutera untuk belajar disini. Semua pembiayaan penyelenggaraan persekolahan ini
diselaraskan dan ditaja oleh kerajaan melalui kementerian pendidikan. Tidak hanya diperingkat itu, pendidikan
tinggi juga menerima tempias dasar DEB ini yang menguntungkan orang melayu dan buktinya pada tahun
1980-1990-an, ramai anak-anak melayu dihantar belajar keluar Negara diperingkat university didalam bidang
sains dan teknikal.

109

Focus univeristi adalah di United Kingdom dan Amerika syarikat. Mereka ini akan ditaja

perbelanjaan pembelajaran disana oleh pihak kerajaan dan diharap akan kembali ketanah air untuk
berkhidmat dengan Malaysia pula. Tajaan biasiswa ini kebanyakannya diperolehi oleh masyrakat bumiputera
melayu sahaja bertepatan dengan pemberian hak istimewa orang melayu seperti yang telah termaktub
didalam perlembagaan. DiMalaysia sendiri, pembinaan institusi pembelajaran bak cendawan selepas hujan.
Bagi institusi pelajran awam, kuota kemasukan bagi orang melayu bumiputera adalah jauh lebih tinggi dan
syarat kemasukan bagi masyarakat melayu juga lebih mudah berbanding bangsa lain. Usaha-usaha yang
dilakukan oleh kerajaaan ini sememangnya dirangka bagi membuat generasi muda ini yang bakal menjadi
pengundi nanti, akan melihat usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan timbul rasa makan budi. Hal inilah yang
akan menguatkan lagi hegemony UMNO ditanah melayu.
Penentangan tidak dibuat dengan hebat oleh masyarakat cina pada kali ini tidak seperti sebelum ini
walaupun jelas dapat dilihat bahawa tindakan affirmative dilakukan terhadap masyarakat melayu adalah
dipercayai atas dua sebab. Sebab yang pertama adalah, kerajaan acap kali membangkitkan isu kontrak social
dan perlembagaan 152 dan 153 bagi menutup segala rasa ketidakpuashatian masyarakat cina. Kerajaan
mengatakan tindakan yang dikatakan adalah hasil persetujuan ketika kontrak social dipersetujui dan
masyarakat cina tidak berhak mempersoalkannya lagi kerana telah diberikan kerakyatan. Sebab yang kedua

108

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 161
109

Ibid., hlm 155

47
adalah masyarakat cina mula takut akan kembalinya peristiwa berdarah 13 mei sekiranya membangkitkan isu
sensitive ini.

7.2 Dasar Ekonomi Baru dan peningkatan ekonomi Malaysia


Selain Usaha diperingkat bawahan yang memfokuskan kepada orang melayu sahaja, usaha bagi mengekalkan
kuasa pemerintahan Politik UMNO ini juga adalah dengan meningkatkan paras ekonomi Malaysia. Kekuatan
ekonomi Malaysia secara keseluruhannya akan memberikan keyakinan bagi masyarakat untuk terus mengundi
UMNO. Ekonomi import substitution dilihat semakin Berjaya didalam tempoh DEB ini berlangsung dimana
semakin banyak syarikat dari luar terutamanya dari eropah dan amerika syarikat mula melabur didalam
Malaysia didalam bidang pembuatan dan perkilangan. Pertambahan pelaburan syarikat kedalam Malaysia
ketika tempoh masa DEB dan peningkatan eksport didalam produk-produk pembuatan dan perkilangan adalah
disebabkan oleh dua sebab utama. Sebab yang pertama adalah keyakinan bahawa Malaysia mempunyai
potensi yang besar untuk mengembangkan kapasiti eksportnya memandangkan kemudahan yang dirangka
dengan baik dan kekayaan hasil minyak Malaysia. Sebab yang kedua adalah perubahan trend pelaburan dari
asia timur ke asia tenggara, Malaysia khususnya. Sebelum ini , pada tahun 1950-an hingga awal 1970-an
pelaburan dan pembukaan kilang-kilang berasasakan pembuatan dan komponen elektrik banyak dilakukan di
Negara asia timur seperti Jepun dan Korea kerana Negara itu memegang status Negara sedang membangun,
oleh itu kos pembuatan dan tenaga kerja adalah murah. Walaubagaimanapun, apabila Negara ini semakin
maju, maka kos juga meningkat, oleh itu syarikat dan pelabur dari eropah ini telah mencari pasaran baru yang
lebih murah, maka asia tenggara dan Malaysia khusunya menjadi pilihan disebabkan Negara-negara ini sedang
membangun maka kos pembuatan dan tenaga kerjanya adalah jauh lebih murah. Hal ini disokong oleh galakan
dantawaran dari Malaysia untuk menarik semakin ramai lagi pelabur dari luar untuk terus melabur diMalaysia.
7.2.1 Pengenalan dasar-dasar ketika DEB
Dasar dan polisi serta insentif yang dibangunkan oleh kerajaan jelas menunjukkan bahawa kerajaan
amat menitik berat kehadiran pelaburan asing ke negara ini bagi membantu perkembangan sektor
perindustrian negara. Malah, pada masa sekarang pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan juga turut
digalakkan. Secara ringkasnya, perkembangan industri di Malaysia dapat dibahagikan kepada lima fasa utama.
Dalam fasa-fasa tersebut terdapat beberapa strategi dan pengubahsuaian polisi bagi mengimbangi perubahan
yang berlaku dalam sektor pembuatan dan ekonomi global, iaitu fasa 1 dimana Tahap ini merupakan tahuntahun awal kemerdekaan. Pada 1958 Ordinan Akta Industri Perintis diperkenalkan dan dilaksanakan sehingga
1968. Penekanan adalah terhadap industri gantian import bagi pasaran tempatan.
Pada fasa 2 pula iaitu pada Tempoh selepas 1968, menyaksikan pengenalan Akta Galakan Pelaburan
dilaksanakan sehingga 1980. Pada masa ini industri berasaskan eksport ditekankan melalui pengenalan
insentif-insentif yang berkaitan dengan eksport dan pembinaan Zon Perindustrian Bebas. Dalam tempoh ini
juga, Akta Penyelarasan Industri 1975 diperkenalkan untuk menjadi alat bagi mencapai objektif Dasar Ekonomi

48
Baru. Pada ketika tempoh masa ini juga dilaksanakan akta zon perdaganagn bebas 1971 yang memberikan
tarikan untuk syarikat luar berniaga dan membuka kilang Malaysia dengan kos yang minimum disebabkan
tiadanya beberapa cukai seperti cukai eksais. Hal ini telah menarik banyak syarikat-syarikat besar dunia untuk
membuka kilang di Malaysia seperti Motorola, Intel, Hitachi dan ericsson. Malaysia ketika itu dilihat menjadi
syurga bagi syarikat pembuat produk computer dan teknologi kerana kosnya yang murah. Apabila kilang-kilang
ini dibuka, penyertaan dari warga Malaysia untuk bekerja disitu juga akan bertambah sekaligus memajukan
ekonomi Malaysia dan kurangnya berlaku pengangguran.
Pada fasa ketiga pula, Tempoh selepas 1980, serentak dengan perlaksanaan Rancangan Malaysia
Keempat (19811985) dan pembentukan Pelan Induk Perindustrian (PIP) pada 1985 yang menjadi alat penting
dalam menarik pelaburan langsung asing ke sektor pembuatan. Pelan ini betujuan untuk mencapai tahap
pembuatan industry yang lebih tinggi dengan pelbagai galakan insentif yang ditawarkan. Dalam tempoh ini
penekanan juga diberikan kepada industri gantian import fasa kedua yang meliputi industri berat, dan juga
wujudnya keperluan pembangunan teknologi untuk meningkatkan industri tempatan. . Selain itu, ia juga
bertujuan untuk menarik perhatian syarikat luar untuk melabur didalam idang industry berat di Malysia dan
melakukan hubungan kerjasama dengan syarikat dimalaysia. Disini lahirlah beberapa syarikat, bebrapa syarikat
gergasi Malaysia seperti Heavy Industry Corporation of Malaysia (HICOM). Oleh yang demikian,selaras dengan
objektif PIP, maka Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian telah dilancarkan pada 1990. Pada
fasa ketiga ini juga, satu dasar iaitu dasar pandang ke timur telah dilancarkan oleh Dr.Mahathir. Dasar ini telah
dilaksanakan bagi menambah lagi kemasukan pelaburan dari Negara asia timur yang semakin meningkat maju
pada ketika itu seperti Jepun dan Korea. Fasa yang terakhri adalah fasa ke 4, Pada fasa ini, PIP II diperkenalkan
apabila didapati kelebihan bandingan yang dimiliki Malaysia sebagai lokasi pengeluaran berkos rendah dan
berorientasikan buruh semakin terhakis. PIP II memperkenalkan dua konsep utama iaitu pendekatan
berorientasikan manufacturing plus plus dan cluster-based. Dalam tempoh ini galakan pelaburan bukan sahaja
dalam industri pembuatan tetapi juga sektor perkhidmatan yang mempunyai kaitan dengan sektor pembuatan
(manufacturing related services).
Satu lagi dasar yang penting yang dilaksanakan ketika tempoh DEB adalah dasar penswastaan. Dasar
ini sangat penting dalam melihat kemuncuan lebih ramai kapitalis pro-UMNO. Dasar ini dinina pada tahun
1983 dan dibina bagi melakukan pemindahan perkhidmatan pelaburan dan kepentingan kerajaan sedia ada
atau yang baru untuk dilaksanakan oleh pihak swasta. Dasar ini juga bertujuan untu mempercepatkan
pencapaian objektif mewujudkan perniagaan orang melayu dan bumiputera. Walaubagaimanapun, perniagaan
melayu yang dimaksudkan ini dilihat perniagaan yang pro kepada UMNO dan lahirlah pada ketika itu, syarikatsyarikat seperti Tenaga Nasional Berhad, HICOM, Malaysia Airlines, telekom Malaysia dan banyak lagi.
Syarikat-syarikat ini yang ahli-ahlinya merupakan pro kepada UMNO akan digunakan oleh UMNO untuk
membina empayar politik dan ekonominya. Melalui dasar ini jugalah maka lahirnya, jutawan-jutawan golongan
elit UMNO seperti Daim Zainuddin yang juga pada etika itu memegenag portfolio sebagai menteri kewangan,
Tajuddin Ramly dan banyak lagi.

49

7.3 Permasalahan didalam DEB dan Usaha pengekalan hegemony UMNO


Sekiranya dilihat dari segi angka-angka ekonomi, sememangnya memperlihatkan peningkatan yang
ketara dari tempoh DEB itu dihasilkan. Walaupun, beberapa objektif tidak Berjaya dicapai tetapi peningkatan
tahap ekonomi Malaysia, disamping dapat mengecilkan juang kemiskinan bagi masyarakat melayu telah
Berjaya menutup mata mereka sekaligus menjamin hegemony UMNO dimalaysia. Purata pendapatan
masyrakat melayu juga dilihat semakin meningkat dan semakin kecil jurangnya daripada bangsa lain.
Walaubagaimanapun, menjelang era globalisasia iaitu pada selepas tahun 1990, masalah system ekonomi yang
diamalkan oleh UMNO ini mula timbul. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam system ekonomi Malaysia yang
terlalu bergantung kepada ekonomi kapitalis dunia dan system hubungan secara langsung antara ekonomi dan
politik melalui campurtangan UMNO didalam syarikat-syarikat.
Permasalahan ini dapat dilihat apabila berlaku kebrobokan didalam UMNO melalui amalan kronisme,
nepotisme dan favouritisme didalam ekonomi. Didalam beberapa keadaan dilihat, tindakan UMNO ini lebih
mementingkan poket syarikat kroninya ini berbanding kepentingan nasional dan apabila berlaku ancaman
terhadap tindakan UMNO ini yang boleh menggugat hegemoninya maka pihak tersebut akan terus
disingkirkan. Contoh yang paling tepat dapat dilihat apabila berlaku krisis terhadap syarikat-syarikat kroni
UMNO ini akibat dari kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Kerajaan yang dipimpin oleh hegemoni UMNO
dan diketuai oelh Dr. Mahathir telah menggunakan berbilion-bilion wang rakyat yang dikutip melalui cukaicukai untuk menolong syarikat krooni UMNO ini yang terjejas. Syarikat UMNO yang terjejas ini kebnyakannya
bukanlah disebabkan oleh kegawatan sahaja, tetapi juga disebabkan oleh ketidakcekapan, rasuah dan
kebrobokan yang lain seperti apa yang berlaku pada syarikat consortium perkapalan milik anak dr.Mahathir
sendiri dan PKFZ.

110

Kerajaan juga menggunakan wang keuntungan petronas yang sepatutnya digunakan untuk

pembangunan rakyat tetai digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat krooni UMNO dari muflis.
Apabila perkara ini dikritik oleh timbalannya, Anwar Ibrahim, maka beliau telah disingkirkan dengan pelbagai
tuduhan dan ironinya beliau sendiri akhirnya memasuki kepenjara atas tuduhan pecah amanah sedangkan itu
yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim. Silap percaturan diantara syarikat-syarikat ini dengan syarikat luar
juga telah menyebabkan banyak kerugian yang akhirnya mendesak kerajaan untuk menaikkan balik syarikat
pro-UMNO ini seperti apa yang berlaku diantara syarikat Proton yang dikawal oleh syarikat Mutshibishi suatu
ketika dulu. Proses menaikkan balik syarikat-syarikat ini kesemuanya melibatkan kepentingan rakyat seperti
penggunaan wang hasil kutipan cukai rakyat dan bagi kes Proton ini pula, kerajaan telah menaikkan cukai
import yang tinggi bagi syarikat automotif luar untuk menjual keretanya di Malaysia bagi memaksa rakyat

110

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 165-166

50
Malaysia membeli kereta proton dan menggunakan istilah tidak patriotic bagi mana-mana pihak yang
mengecam perkara ini.
Selain itu, ketamakan kapitalis elit UMNO ini juga banyak merugikan syarikat-syarikat yang pada
asalnya milik kerajaan sebelum diswastakan dan dibeli oleh syarikat pro-UMNO. Contoh terbaik dapat dilihat,
dalam kes Malaysian Airlines(MAS) dimana syarikat ini mengalami keuntungan yang tinggi sebelum
diswastakan dan dibeli oleh salah seorang kapitalis elit UMNO iaitu Tajuddin Ramly. Tajuddin Ramly
kemudiannya merombak kembali MAS dan memasukkan beberapa syarikat krooni beliau seperti Brahim
company dan sebagainya ke dalam MAS yang akhirnya membawa kepada kerugian berbilion ringgit setelah
beberapa tahun diambil alih. Apabila ini berlaku, sandaran penyelamat kembali kepada kerajaan dan kerajaan
sekali lagi menggunakan istilah patriotism bagi menghalalkan tindakan menyelamatkan syrikat ini dengan
menggunakan wang rakyat.

111

Dari segi kejayaan DEB pula, ianya hanya lebih kepada kecantikan ditahap permukaan, sedangkan
didasarnya masih kotor. Kejayaan yang dicanang oleh parti UMNO melalui dasar DEB tersebut, sebenarnya
merupakan satu kegagalan. Mungkin dari segi tahap purata pendapatan masyarakat melayu, pemilikan equity
dan jurang ekonomi antara kaum itu menunjukkan peningkatan, tetapi ianya masih jauh lagi untuk mencapai
sasaran yang ditetapkan. Sebagai contoh, bagi pemilikan equity korporat, sasaran yang ditetapkan adalah
sebanyak 30 peratus, tetapi yang dicapai hanyalah sekitar 20 peratus. Selain itu, tahap kemiskinan selepas
dasar DEB dilaksanakan juga menunjukkan masyarakat melayu masih dibelakang sekali dengan 5.7 peratus,
jauh dibelakang india 2.5 peratus dan cina 0.6 peratus.

112

Malah untuk mengatakan bahawa dasar DEB ini

untuk membantu masyarakat melayu sahaja adalah kurang tepat. Hal ini kerana disetiap aspek yang disasarkan
kepada peningkatan bagi etnik melayu, etnik bukan melayu juga menunjukkan peningkatan, seolah-olah tiada
apa-apa yang berlaku. Hal ini dilihat dalam pemilikan equity dan purata pendapatan bulanan kaum-kaum
bukan melayu ini yang menunjukkan peningkatan, sama sahaja seperti masyarakat melayu yang dikatakan
dibantu melalui langkah affirmative ini.
Perkara yang lebih teruk lagi disebalik perbezaan yang dicapai antara kaum ini adalah perbezaan yang
berlaku didalam masyarakat melayu itu sendiri atau perbezaan intra-etnik. Sudahlah sasaran purata
pendapatan bulanan dan pemilikan equity ini tidak dapat dicapai melalui DEB ini tidak dapat dicapai, malah
peratusan yang Berjaya dicapai itu sendiri banyak disumbangkan oleh satu kelompok masyarakat sahaja iaitu
golongan melayu atasan yang berada dalam lingkungan besar golongan elit UMNO. Kelompok melayu atasan
inilah yang dilihat mendapat faedah ekonomi sebenar dalam pengenalan pelbagai dasar didalam DEB ini
melalui implementasi kronisme, nepotisme dan favouritisme. Kemunculan ramai jutawan-jutawan pro-UMNO
inilah yang sebenarnya dilihat menyumbang besar kepada peningkatan purata pendapatan bulanan
111

Kesemua isu-isu melibatkan penglibatan kerajaan terhadap syarikat-syarikat pro-UMNO ini boleh dilihat
dibincangkan dengan lebih mendalam lagi di buku Azlan Tjuddin, pada muka bab enam.
112

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 177

51
masyarakat melayu. Perkara ini terjadi hingga ke hari ini dan dibuktikan dengan pengeluaran satu statistic
pada tahun 2010 oleh kounsel penasihat ekonomi kebangsaan(NEAC) yang menunjukkan peningkatan
peningkatan pendapatan selama 20 tahun DEB itu berlangsung majoritinya disumbangkan oleh dua puluh
peratus kelompok masyarakat melayu iaitu golongan elit UMNO ini. Sedangkan masyarakat bawahan yang
113

mewakili 40 peratus menunjukkan peningkatan pendapatan yang sangat sedikit sebenarnya.

Diskriminasi intra-ethnic sepanjang DEB ini juga melibatkan aspek pendidikan. Walaupun dilihat
jumlah pelajar melayu yang Berjaya mendapat biasiswa untuk belajar diluar Negara itu semakin tinggi, tetapi
majority yang mendapat faedah tersebut adalah masyarat melayu kelas atasan. Hal ini disebabkan oleh tiga
factor, factor pertama adalah kerana kehidupan masyarakat melayu atasan ini lebih terdedah dengan peluangpeluang yang ditawarkan oleh kerajaan, factor kedua adalah, penggunaan system cable yang dilihat sudah
berlaku pada ketika itu dimana kenalan yang mempunyai hubungan dengan golongan elit UMNO ini dapat
menggunakan kelebihan berkenaan untuk mendapatkan biasiswa untuk belajar ditempat yang lebih baik.
Factor terakhir adalah disebabkan oleh golongan atasan ini sudah diberikan kemewahan, oleh itu capaian
terhadap pendidikan yang lebih baik adalah lebih mudah untuk didapatkan disamping tidak perlu untuk
memikirkan permasalahan ekonomi keluarga. Hal yang berbeza bagi golongan bawahan, yang terpaksa
bersusah payah untuk mendapatkan capaian pendidikan yang baik dan ditambah lagi dengan factor ekonomi
keluarga yang daif. Ketidakseimbangan didalam aspek pendidikan ini juga dipersetujui oleh sarjana Ozay
Mehmet yang mengatakan, pemberian biasiswa di Malaysia adalah sanagat berat sebelah dan cenderung
kepada golongan melayu yang kaya.

114

8.0 Penerusan dasar ekonomi Malaysia selepas DEB


Selepas tamatnya 20 tahun tempoh masa DEB tersebut, dasar ekonomi maslaysia terus berubah. Melihatkan
kegagalan mencapai sasaran didalam DEB, maka satu lagi dasar telah diperkenalkan iaitu Dsar Pembanguna
Nasional(DPN). Dasar ini telah diperkenalkan oleh Dr. Mahathir ada tahun 1991 dan aianya membawa
spectrum yang lebih besar berbanding DEB dimana DPN ini merangkumi sekua kaum tanpa terbatas kepada
melayu sahaja. DPN ini dijadikan wadah nasionalisme ekonomi bagi semua kaum diMalaysia. Matlamat DPN
adalah untuk menekankan perpaduan dan memperkukuhkan ketsabilan social dan politik bagi mengekalkan
pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN ini dibuka kepada semua kaum trutamanya bangsa cina kerana
penglibatan secara langsung masyarakat cina didalam hal ekonomi adalah sangat diperlukan untuk
mentransformkan ekonomi Negara ini kepada Negara industry sepenuhnya. Melalui DPN, seruannya adalah
agar semua bangsa diMalaysia sama-sama bergerak seiring untuk mencapai satu matlamat yang sama dan
tiada lagi keistimewaan untuk bangsa melayu. Walaupun, dikatakan DPN adalah untuk semua kaum dan
digunakan sebagai wadah nasionalisme ekonomi, tetapi bebrapa dasar didalam DPN itu sebenarnya masih

113

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 176
114

Ibid., hlm 176

52
memberikan keistimewaan kepada orang melayu. Sebagai contoh pengenalan badan Masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian Bumiputera(MPPB) yang menekankan penglibatan bumiputera dalam dunia perniagaan dan
perindustrian. Hak-hak keistimewaan orang melayu seperti kuota, pemberian lessen, subsidi dan sebagainya
masih dikekalkan.

115

Bagi merencanakan matlamat ini, wawasan 2020 telah dikeluarkan oleh Dr. Mahathir. Wawasan ini
meletakkan Malaysia akan menjadi Negara maju dan menjadi Negara perindustrian penuh menjelang tahun
2020. Didalam wawasan ini juga disenaraikan cabaran bagi mencapai misi ini dan diantaranya adalah
mewujudkan Negara Malaysia yang bersatu melalui bangsa Malaysia dan mewujudkan masyarakat yang
mengamalkan demorasi matang.

116

Agenda wawasan 2020 ini diterapkan sebaik mungkin dan secara

berterusan oleh pihak kerajaan agar ia dapat dihayati oleh setiap penduduk. Pada masa yang sama, bagi
memperkasakan lagi usaha ini, pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan seperti kempen Malaysia boleh dan
Asian values yang bertujuan untuk menaikkan semangat masyarakat Malaysia.
Pengenalan DPN ini ternyata Berjaya menaikkan statistic ekonomi Negara dan mengembalikan
keyakinan pelabur di Malaysia selepas krisis ekonomi memandangkan perkembangan ekonomi yang berlaku
dan kekenduran ketegangan kaum di Malaysia. Pada ketika ini, mana-mana pihak yang cuba mengkritik dasar
ekonomi Malaysia, akan dihidangkan dengan statistic yang menunjukkan ekonomi Malaysia yang semakin
meningkat naik. Walaubagaimapun, tindakan kerajaan yang memanjakan kelompok melayu kapitalis proUMNO telah menimbulkan ketidakpuashatian terhadap masyarakat cina, dan mereka mendakwa bahawa,
kerana tindakan kerajaan inilah yang menyebabkan ekonomi Malaysia mengalami kejatuhan sebelum itu. Hal
ini telah menyebabkan kembalinya ketegangan kaum. Reaksi terhadap perkara ini telah diterjemahkan oleh
kerajaan melalui kempen satu Malaysia pada tahun 2009 oleh perdana menteri Malaysia yang keenam iaitu
Najib abd razak.
Kempen satu Malaysia dilihat sebagai satu penerusan kepada aspek nasionalisme ekonomi yang
diterjemahkan kemudiannya melalui model ekonomi baru (MEB). Rangka kepada MEB ini dibuat oleh
beberapa pakar dari luar Negara dan beberapa kelemahan system ekonomi Malaysia selama ini telah
ditonjolkan seperti pemberian subsidi yang terlalu banyak dan bajet Negara yang terlalu tinggi. Matlamat
Model Ekonomi Baru ( MEB ) iaitu menjadikan Negara berpendapatan tinggi, kemapanan dant erangkuman
yang amat diperlukan oleh kita bagi mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) yang lebih
tinggi untuk dekad seterusnya bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat. Langkah meliberalisasikan ekonomi juga
diaplikasikan didalam MEB ini dimana system pasaran bebas diguna pakai bagi menarik lebih ramai lagi
pelabur asing. Tindakan liberalisasi ekonomi ini dilihat sememangnya akan menarik perhatian pelaburan asing,
tetapi risiko yang ditanggung adalah pencairan kepada keistimewaan orang melayu tersebut dan perkara ini
dilihat sangat membimbangkan dimasa hadapan.

115

Jamaie Hamil, UMNO dalam Politik dan Perniagaan Melayu. Bangi: Penerbitan UKM, 2006, Hlm 91
Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 180
116

53
9.0 Pengukuhan hegemony UMNO melalui kawalan politik terhadap rakyat dan media dan kesannya
terhadap demokrasi di Malaysia
Melihatkan kepada isu-isu ekonomi di era globalisasi ini yang dipenuhi dengan kebobrokan, nasib orang
melayu yang masih sama, diskriminasi didalam pendidikan dan ditambah lagi dengan perbezaan etnik yang
masih berlaku, pasti akan timbul persoalan mengapa rakyat tidak menamatkan sahaja hegemony UMNO di
Malaysia. Selain daripada menunjukkan kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan dalam ekonomi masyarakat
melayu khususnya, satu lagi cara yang diguna pakai oleh elit UMNO untuk meneruskan kuasa politiknya adalah
dengan permainan ideology atau sentiment dan kawalan politik terhadap rakyat dan media. Kesukaran untuk
menutupkan segala kelemahan yang berlaku, telah membuatkan golongan pemerintah yang terdiri daripada
golongan elit yang berfahaman kapitalis demokrasi ini bertindak mengawal proses pendemokrasian di
Malaysia dan membuatkan ianya mirip kepada system dictator dan Autoritarianisme. Kawalan ini merangkumi
dari aspek legislative, perundangan, media, polis sehinggalah ke institusi beraja. System demokrasi dilihat mati
pada ketika itu dan proses industrialisasi serta kepesatan ekonomi yang berlaku tidak seiring dengan
kepesatan penyuburan amalan demokrasi. Didalam melihat perkataan demokrasi, haruslah ada tujuh ciri
utama didalamya iaitu kebebasan berucap, kebebasan media, pilihan raya bebas dan adil, kebebasan
berorganisasi, pemerintahan berasaskan majoriti, hak minoriti dihormati dan juga kebebasan kehakiman.

117

9.1 Kawalan atas proses pilihanraya


Kawalan politik pertama yang dilihat dilakukan oleh UMNO bagi mengekalkan kuasa politiknya adalah dengan
mengawal proses pilihanraya dinegara ini. Didalam proses demokrasi, aspek yang terpenting sekali adalah
pilihanraya, kerana ianya dianggap sebagai ibu kepada istilah demokrasi itu sendiri. Pilihanraya haruslah
dijalankan oleh satu badan yang bebas tanpa pengaruh dari mana-mana pihak yang lain, lebih-lebih lagi
pengaruh dari parti politik.
Dalam pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara kita sekarang, pilihan raya
merupakan kaedah politik terpenting untuk menentukan kuasa dan kepimpinan politik umumnya. Pilihan raya
jugalah satu-satunya aturcara politik terpenting bagi rakyat memberikan mandat mereka kepada pemerintah
atau parti politik. Negara kita Malaysia dilihat mengamalkan sistem pemilihan pilihan raya yang mudah (simple
first-past-the-past) ataupun single member territorial representation. Menerusi sistem ini, calon yang menang
ialah calon yang mendapat undi terbanyak(walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja.

118

Kemudian, sistem

pilihan raya yang diamalkan di Malaysia juga adalah berbentuk pelbagai parti(multi-party). Dalam pilihan raya
bentuk multi-party ini, amat penting untuk bagi sesuatu parti itu mendapat majoriti melebihi 50% untuk
menubuhkan sesebuah kerajaan yang stabil.

117

Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud & Zaini Othman(pnyt.), Ideologi pembangunan di Malaysia
dalam Demokrasi, Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia, Bangi: UKM. 2006, hlm. 29.
118

A.Rashid A.Rahman, The Conduct of Election in Malaysia, Kuala Lumpur: Berita Publication, 1994, hlm 3

54
Satu cara elit UMNO mengawal proses pilihanraya bagi memastikan kemenangannya didalam
pilihanraya adalah melalui proses persempadanan pilihanraya. Dalam sejarah pilihan raya di Malaysia,
sebanyak tuju kali proses persempadanan telah dilakukan, masing-masing pada tahun 1958, 1966, 1974, 1983,
1992,2003 dan 2011. Bagi memastikan kemenangan dipihak elit parti pemerintah, konsep persempadanan
pilihanraya melalui cara gerrymandering telah digunakan yang merujuk kepada tindakan memanipulasi atau
tindakan secara sengaja menyusun atau mengatur semula kawasan-kawasan pentadbiran bagi mempengaruhi
keputusan pilihan raya dengan meningkatkan bilangan pengundi parti pemerintah atau mengurangkan undi
parti oposisi.

119

Sebagai contoh, persempadanan diubah setelah melihat pola pengundi dikawasan tersebut.

Bagi kawasan yang asalnya tidak dihuni oleh majority orang melayu, tetapi melalui konsep gerrymandering ini,
kawasan persempadanan telah ditambah atau dikurangkan sehingga kawasan tersebut dihuni oleh majority
orang melayu. Hal ini diyakini kerana orang melayu terutamanya dikawasan luar Bandar masih meletakkan
kepercayaan kepada parti UMNO untuk membela mereka. Sebagai bukti kepada perkara ini, undi popular di
dua pilihanraya terbaru menunjukkan bahawa jumlah kerusi parlimen yang dimenangi oleh barisan nasional
tidak setara dengan jumlah undi sebenar, malah pada pilihanraya 2013 menunjukkan undi majority dipegang
oleh parti pembangkang, tetapi dari segi jumlah kerusi yang dimenangi masih memihak kepada barisan
nasional.
Hujah kedua yang menunjukkan parti elit kerajaan khususnya UMNO dalam mengawal proses
pilihanraya adalah dengan mengawal suruhanjaya pilihanraya. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) ini
telah ditubuhkan pada 4 September 1957 dan ditugaskan menurut perlembagaan untuk menjalankan segala
proses sebelum, semasa dan selepas pilihanraya dilakukan dengan adil dan telus. Pada kebelakangan ini,
banyak tuduhan ditujukan kepada suruhanjaya ini yang menunjukkan suruhanjaya ini sudah tidak lagi bebas
dan dikawal oleh parti UMNO seperti tuduhan pengundi hantu, rasuah, penipuan dalam kiraan undid an lainlain lagi. Bukti jelas yang menunjukkan suruhanjaya ini berada dipihak parti pemerintah adalah pada
pilihanraya kecil di Sibu, dimana perdana menteri Malaysia pada ketika itu iaitu datuk seri Najib tun razak
dengan jelasnya mengatakan bahawa akan memberikan satu projek bernilai lima juta ringgit kepada penduduk
sibu, hanya sekiranya penduduk Sibu mengundi calon barisan nasional. Perbuatan ini jelas merupakan satu
elemen dalam rasuah dan aduan telah diberikan kepada suruhanjaya pilihanraya untuk menyiasat, tetapi
mereka hanya bertindak mendiamkan diri sahaja.

120

Hal ini sebenarnya adalah tidak memeranjatkan kerana

kebanyakan ahli yang dilantik didalam suruhanjaya ini merupakan pekerja jawatan tinggi kerajaan, malah ada
diantara mereka yang berdaftar sebagai ahli UMNO. Disini sudah jelas dapat dilihat matinya demokrasi apabila
badan yang mengawal demokrasi itu tidak bebas sifatnya.
Selain itu, demokrasi juga tidak dapat dilihat apabila hanya satu pihak sahaja yang dibenarkan
berkempen melalui media arus perdana. Calon parti lawan juga tidak dibenarkan langsung untuk berkempen

119

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 187
120

Ibid., hlm 189

55
melalui media arus perdana dan hal ini adalah bertentanagan dengan prinsip demokrasi. Dinegara-negara
pengamal demorasi yang lain seperti Indonesia, amerika syarikat, perancis ketika proses pilihanraya, keduadua calon yang bertanding diberikan hak yang sama untuk berkempen melalui media arus perdana. Kempen
dimedia arus perdana juga hanya menumpukan segala kebaikan yang dimiliki oleh calon parti pemerintah
sebaliknya memburukkan calon parti lawan dan adakalanya melakukan fitnah melalui eksploitasi media.
Sebagai contoh, ketika pilihanraya dibatu burok diterengganu, satu perhimpunan secara aman oleh penyokong
parti PAS dan beberapa wartawan telah disuraikan oleh pihak polis melalui tembakan peluru hidup dan
menyebabkan dua orang tercedara ibarat mereka ini penjenayah besar. Walaupun faktanya sebegitu, tetapi
media yang dikawal oleh pihak pemerintah menyatakan bahawa perhimpunan itu adalah tidak sah dan
tembakan yang dilakukan adalah hanya untuk mempertahankan diri. Satu persidangan terbuka telah dibuat
oleh badan bebas Bersih dan beberapa saksi yang boleh dipercayai telah disediakan yang mengatakan bahawa
rusuhan yang berlaku dicipta oleh polis itu sendiri dan bukannya dari penyokong parti PAS.
Walaubagaimanapun, laporan ini tidak dikeluarkan dimedia dan tidak pernah dilayan oleh pihak pemerintah
mahupun boneka dibawahnya seperti PDRM.
9.2 Kawalan keatas system kehakiman negara
Satu elemen utama didalam melihat tahap demokrasi adalah melalui system kehakimannya. System
kehakiman haruslah bebas dari sebarang kawalan pihak lain. System kehakiman Malaysia diketuai oleh ketua
hakim yang dilantik oleh yang dipertuan agong atas nasihat perdana menteri. Krisis terhadap system
kehakiman bermula pada tahun 1987, dimana pada ketika ini menunjukkan bagaimana pihak parti pemerintah
telah mengawal system kehakiman Negara. Pada tahun 1987, ketika berlakunya pemilihan jawatan presiden
UMNO, buat pertama kalinya jawatan yang disandang oleh Dr.Mahathir itu dicabar oleh Tengku Razaleigh
Hamzah. Keadaan ini telah menyebabkan UMNO terpecah kepada dua iaitu UMNO A dibawah Dr. Mahathir
dan UMNO B dibawah tengku razaleigh.

121

Pada ketika ini, istilah politik wang dilihat mula berleluasa. Ketika

pengundian dilakukan, banyak ura-ura mengatakan bahawa UMNO B telah menang, tetapi setelah keputusan
diumumkan menunjukkan calon presiden iaitu Dr. Mahathir telah menang tipis keastas tengku razaleigh
dengan perbezaan hanya sekitar 40 undi. Jawatan timbalan presiden juga disandang oleh UMNO A iaitu Ghafar
Baba.
Berikutan hal ini timbul rasa tidak puas hati dan dirasakan penipuan telah berlaku, maka beberapa
ahli didalam UMNO B telah membawa kes ini ke mahkamah yang ketika itu diadili oleh Harun Hashim. UMNO
B mendakwa secara tiba-timbul banyak cawangan UMNO yang dilihat tiada sebelum ini dating mengundi
UMNO A. Kes ini dibenarkan untuk dibicarakan oleh mahkamah. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas
hati bagi Dr.Mahathir dan beliau mula mengkritik badan kehakiman Negara. kerajaan pada ketika itu juga telah
menghantar beberapa hakim mahkamah tinggi ke bahagian lain dan ini termasuklah hakim harun hashim.
Walaubagaimanapun, hakim harun Hashim diminta menyelesaikan terlebih dahulu kes melibatkan UMNO
121

Gordon P. Means, Malaysian Politics: The Second Generation, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1991,
hlm 201

56
ini.menugasi semula beberapa hakim Mahkamah Tinggi ke bahagian yang lain, termasuk Hakim Harun Hashim
yang sedang mendengar kes UMNO. Bagaimanapun, oleh sejak kes itu telah berlangsung, pemindahan Harun
tidak akan dikuatkuasakan sehingga kes itu ditutup. Setelah meneliti fakta kes ini, hakim Harun Hashim telah
mengisytiharkan bahawa UMNO yang ada pada hari ini adalah parti haram kerana tidak berdafatar maka
pertuduhan juga akan digugurkan. Akibat dari peristiwa ini, dr Mahathir telah membentuk UMNO baru hasil
gabungan ahli-ahli dalam UMNO A dan Berjaya mengambil semua dana yang dimiliki oleh UMNO lama.
Berikutan kes ini, beberapa hakim mahkamah tinggi telah ditugaskan dibahagian lain dan menunjukkan
kawalanpihak parti pemerintah terhadap bidang kehakiman Negara.
Kes kawalan parti UMNO terhadap badan kehakiman demi kelangsungan hegemoninya diteruskan
selepas itu apabila Tun Salleh Abas, ketua hakim persekutuan telah mengecam tindakan Dr.Mahthir yang
dilihat cuba mengawal badan kehakiman Negara. Beliau kemudiannya telah melakukan persidangan yang
dihadiri oleh kesemua 20 orang hakim Mahkamah Persekutuan dan bersetuju untuk menghantar surat kepada
Yang dipertuan Agong untuk menyatakan kekesalan terhadap tindakan yang dibuat oleh Dr. Mahathir yang
dilihat berterusan mengecam badan kehakiman. Surat-surat ini kemudiannya telah dieksploitasi oleh Dr
Mahathir dengan mengadu domba badan kehakiman dengan pihak institusi raja dan menunjukkan bahawa
tindakan Tun Salleh aba situ adalah satu kesalahan dari segi kehakiman dan hasilnya Tun Salleh Abas telah
digantung jawatannya sebelum dipecat bersama-sama dengan lima orang hakim mahkamah agung.
Akibat dari kes tersebut, satu pengkajian semula terhadap system kehakiman telah dilakukan dan
meletakkan system kehakiman Negara berada dibawah badan eksekutif. Beberapa gelaran didalam badan
kehakiman juga telah ditukar seperti mahkamah agung kepada mahkamah persekutuan dan jawatan ketua
presiden hakim kepada ketua hakim mahkamah persekutuan.

122

Selepas dari tarikh itu, system kehakiman

Negara kita dilihat seringkali membuat keputusan yang dilihat tidak adil dan meragukan terutamanya yang
melibatkan kepentingan parti UMNO seperti kes Anwar Ibrahim dan yang terbaru kes Altantuya Syaribuu. Bagi
kes pengeboman Altantuya, walaupun pelaku, dua orang anggota polis selaku orang yang bertanggungjawab
meletakkan bom tersebut telah dijatuhkan salah, tetapi masih terdapat kelompongan besar didalam kes ini
iaitu dari segi who dan why.
Altantuya merupakan model Mongolia yang bertindak sebagai interpreter bagi transaksi ekonomi
melibatkan pembelian kapal selam scorpene antara syarikat kroni UMNO, Perimekar yang dimiliki oleh razak
baginda yang mempunyai pertalian darah dengan perdana menteri hari ini, iaitu Najib Abdul Razak dengan
firma perancis DCNS. Ketika perbicaraan dilakukan, tebongkar rahsia bahawa Altantuya juga bertindak sebagai
perempuan simpanan Abdul Razak Baginda dan mengetahui banyak rahsia berkaitan transaksi kapal selam ini
seperti komisyen yang diberikan kepada perimekar sebanyak 114 juta yang dipercayai dari kerajaan UMNO
melalui salah guna kuasa. Didalam perbicaraan juga membuktikan bahawa altantuya ada mengugut Abdul
Razak untuk mendapatkan sedikit komisyen sebagai balasan akan menutup rahsia tersebut. Tidak lama

122

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 192

57
kemudian, altantuya didapati dibunuh dengan menggunakan bom dan tertuduh adalah dua orang anggota
polis. Walaupun pada awalnya razak baginda juga didakwa atas tuduhan ini, tetapi kemudiannya dilepaskan
oleh hakim. Titik lompong didalam kes ini adalah motif disebalik kejadian ini kerana kedua angota polis
tersebut dilihat tidak memiliki motif sebaliknya ianya dimiliki oleh Razak Baginda. Persoalan yang keduaadalah
bagaimana kedua anggota polis tersebut memperolehi bom tersebut. Kedua tertuduh tersebut berada
dibawah Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan badan ini berada dibawah kementerian pertahanan
yang pada ketika itu dipegang oleh Najib abd Razak. Tandatangan perdana menteri itu diperlukan untuk
mendapatkan kebenaran menggunakan bom tersebut. Walaubagaimanapun ianya hanyalah sebuah spekulasi.
Pihak peguam bela dipihak Altantuya selepas itu, berkali-kali mendesak agar dilakukan penghakiman semula
dan memanggil Najib Razak untuk disoal sekali, tetapi malangnya ianya tidak berlaku hingga hari ini.

9.3 Kawalan terhadap institusi beraja


Hujah ketiga yang menunjukkan bagaimana UMNO melakukan kawalan politik bagi mengekalkan
penguasaanya diMalaysia adalah dengan mengawal institusi beraja. Malaysia mengamalkan system raja
berpelambagaan yang meletakkan kuasa raja berada dibawah perutukan perlembagaan persekutuan. Sejarah
menunjukkan bahawa UMNO dan raja merupakan pasangan yang saling memerlukan. Raja memerlukan
UMNO bagi terus menikmati keistimewaan luar biasa tanpa dicabar dan UMNO pula memerlukan raja bagi
mendapatkan keyakinan rakyat melayu dan menjadikan raja sebagai alat yang menunjukkan UMNO sedang
menjaga hak orang melayu. Hubungan saling memerlukan ini mula dapat dilihat pada tahun 1981 yang
melibatkan kes sultan Pahang. Pada waktu itu, berlaku kes dimana sultan Pahang dan kerabatnya telah berjudi
disebuah kasino diluar Negara dengan menggunakan duit rakyat dan ia melibatkan jumlah hutang yang besar.
Apabila sultan Pahang mendesak agar kerajaan negeri tolong menyelesaikan masalah hutang tersebut, menteri
besar Pahang ketika itu iaitu Rahim Bakar bertindak enggan menolong sultan dan akhirnya sultan telah
meminta pihak tertinggi UMNO untuk memecat menteri besar ini. Hasilnya Rahim Bakar telah dipecat dan
digantikan dengan menteri besar yang baru dan hutang sultan tersebut telah diselesaikan. Sebagai balasannya,
sultan Pahang menyatakan sokongan penuh kepada UMNO selepas itu terutamanya ketika pilihanraya.
Walaubagaimanapun keadaan mula berubah apabila sultan johor, almarhum sultan ismail berkuasa
dan menjadi Yang dipertuan Agong. Almarhum Sultan Ismail dilihat sering menggunakan keistimewaan yang
dimiliki oleh raja pada ketika itu iaitu tiada pendakwaan boleh dilakukan terhadap raja dan sultan dan
melakukan perkara yang melanggar undang-undang sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, sultan Johor pada
ketika itu telah terlibat dengan beberapa kes serangan fizikal terhadap orang awam sehinggakan pernah
menyebabkan kematian. Keadaan ini menggusarkan UMNO kerana sultan pada ketika itu berada diluar
kawalan politik UMNO dan rakyat juga mula sedar akan kesalahan yang dilakukan oleh sultan. Bertindak atas
hal ini, Dr.Mahathir telah memperkenalkan akta yang menghapuskan kuasa immunity raja dan membolehkan
raja didakwa. Akta ini juga sekaligus membolehkan UMNO kembali mengawal raja-raja ini.

58
Hubungan diantara raja dan UMNO ini dilihat berlaku beberapa kali selepas itu yang menunjukkan
bahawa tindakan sultan sangat berpihak kepada raja seperti isu sultan Selangor pada pilihanraya tahun 2008.
Walaubagaimanapun, kes yang paling jelas yang menunjukkan bahawa raja-raja melayu ini sering berpihak
kepada UMNO adalah ketika krisis perak pada tahun 2008/2009. Kes ini bermula apabila pilihan raya besar
2008 yang memberikan kemenangan tipis kepada parti pembangkang. Hanya dibezakan dengan tiga kerusi.
Krisis timbul tidak lama selepas itu apabila tiga orang perwakilan dari parti pembangkang telah bertindak
lompat parti dan menjadi wakil bebas yang berpihak kepada UMNO. Keadaan ini telah menyebabkan parti
UMNO mengatakan bahawa perak kembali dibawah penguasaan UMNO, manakala menteri besar Perak pada
ketika itu, datuk seri Nizar mahukan pilihanraya semula dilakukan kerana kredibiliti calon yang lompat parti
tersebut boleh diragui. Keadaan ini telah menyebabkan sultan perak ketika itu, iaitu sultan azlan shah
berunding dengan perdana menteri dari parti UMNO dan selepas itu, baginda mengisytiharkan bahawa parti
UMNO berkuasa di Perak dan jawatan menteri besar berpindah kepada wakil dari parti UMNO. Keadaan ini
telah ditentang oleh wakil pembangkang terutamanya dari parti PAS kerana ianya tidak mencerminkan
keadilan yang sebenar. Disini dilihat sultan berpihak kepada UMNO dan ini mungkin disebabkan oleh situasi
dimana anak sulung sultan Perak ini menjalinkan hubunan yang rapat dengan golongan elit UMNO melalui
saham dalam syarikat pembinaan GAMUDA sehingga meletakkan anak sulung sultan Perak ini didalam
kedudukan 40 orang yang paling kaya diMalaysia.

123

9.4 Kawalan terhadap system kepolisan negara


Tidak hanya diperingkat perundangan, tetapi diperingkat penguatkuasa undang-undang tersebut iaitu system
kepolisan Negara juga tidak terlepas dari dikawal oleh UMNO bagi meneruskan hegemoninya diMalaysia.
System kepolisan dilihat sering digunakan oleh parti pemerintah untuk menghapuskan ancaman politik dari
pihak pembangkang dan salah satu contoh yang paling tepat sudah semestinya adalah kes Anwar Ibrahim pada
tahun 1998. Didalam kes ini dilihat berlakunya salah guna kuasa dimana anggota polis yang terlibat didalam
kes ini telah cuba menghapuskan bukti dan lebih teruk lagi telah menyiksa datuk seri Anwar Ibrahim ketika
beliau berada didalam penjara dan ianya dilakukan oleh ketua polis Negara sendiri.

124

Bukti juga menunjukka

bahawa kebanyakan anggota polis yang terlibat didalam kes Anwar ini menerima kenaikan pangkat tidak lama
selepas itu seperti seorang pegawai penyiasat kes liwat anwar Ibrahim yang sebelum itu berpangkat pegawai
rendah kemudiannya melompat kebeberapa tahap secara terus dan Berjaya menjawat jawatan ketua
inspektor selepas itu.
Hal sebaliknya berlaku bagi mana-mana anggota polis yang dilihat memberikan ancaman kepada
UMNO atau mana-mana pihak yang berkepentingan dengan parti ini. Sebagai contoh, seorang anggota polis
penyiasat, Ramli Yusof yang mendedahkan beberapa golongan elit kapitalis UMNO termasuklah Tajuddin
Ramly telah terlibat dalam skandal rasuah yang melibatkan syarikat penerbangan MAS. Walaupun dakwaan

123

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 196
124

Ibid., hlm 197

59
telah dibuat tetapikes tersebut tidak pernah masuk kemahkamah dan sebaliknya beliau telah dibuang atas
tuduhan salah laku. Selain itu, didalam kes yang melibatkan datuk seri Rahim tambhy chik yang pada ketika itu
sedang memegang portfolio ketua menteri Melaka dan timbalan presiden UMNO telah dituduh atas tuduhan
merogol seorang perempuan bawah umur dan akibat keadilan yang tidak ditegakkan, salah seorang ahli politik
pembangkang iaitu Lim Guan Eng yang juga ahli parlimen bagi mangsa ini telah berjuang mendapatkan
keadilan bagi mangsa ini. Bukti juga menyebelahi mangsa dimana menunjukkan sememangnya pernah berlaku
hubungan seks diantara kedua individu ini, dan ini yang diperjuangkan oleh Lim Guan Eng. Tetapi dakwaan
yang dilakukan oleh Guan Eng tidak pernah direkodkan oleh pihak polis dan akhirnya Guan Eng sendiri
diletakkan dibawah akta hasutan pada tahun 1995 atas tuduhan mengedarkan risalah berunsur hasutan
terhadap kes tersebut dan didakwa bersalah. Apa yang lebih menyedihkan, gadis mangsa rogol tersebut telah
dihukum dengan diletakkan dibawah pusat jagaan perlindungan selama tiga tahun, sedangkan sipelaku bebas
gembira.
9.5 Pengenalan akta-akta drakonian
Kawalan terhadap system kepolisan sahaja tidak lengkap sekiranya tiada asas undang-undang untuk polis ini
bertindak.

Disebabkan hal itu, muncullah beberapa akta draconian yang jauh menyimpang dari unsur

demokrasi. Contoh yang paling tepat adalah pengenalan akta keselamatan dalam negeri 1960(ISA). Akta ini
merupakan kesinambungan dari ordinan undang-undang 1948 yang tamat pada tahun 1960 yang mana ia
membolehkan mana-mana individu yang dilihat mengancam keselamatan Negara, akan dipenjarakan tanpa
bicara. Statistic menunjukkan bahawa bermula dari tahun 1960 hinggalah 2005, seramai 10 000 pesalah telah
diletakkan dibawah akta ini yang mana kebanyakannya terdiri daripada individu parti pembangkang. Disini
dapat dilihat bahawa pihak UMNO telah menggunakan akta ini sewenangnya demi menghapuskan ancaman
politik dari parti pembangkang dan meneruskan penguasaan politiknya.
Penggunaan akta ini secara berleluasa dapat dilihat ketika operasi lalang pada tahun 1987. Operasi
Lalang atau Weeding Operation, atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Di Raja Malaysia
bersama-sama Kementerian Dalam Negeri. Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti
pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin
Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan. Operasi ini dikatakan dilancarkan bagi
menangkap pihak-pihak yang mencetuskan ketegangan kaum pada ketika itu sebalinya ianya dilakukan bagi
menangkap pihak-pihak parti pembangkang yang pada ketika itu kerap mengkritik dasar-dasar yang diamalkan
ketika era mahathirisme berlangsung. Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa operasi lalang ini sengaja
dibina bagi mengalih perhatian terhadap isu perpecahan dan politik wang yang berleluasa didalam UMNO itu.
Selain itu, akta ISA ini juga digunakan untuk menangkap ramai pejuang islam yang dikaitkan dengan Jemaah
Islamiah (JI) selepas peristiwa 11 september. Apabila dikaitkan dengan islam, maka parti pembangkang PAS
ketika itu tidak terlepas menjadi sasaran dan menyebabkan ramai ahlinya ditangkap dibawah akta ini.
Walaubagaimanapun, sehingga kehari ini kesahihan kewujudan kumpulan Jemaah Islamiah (JI) ini masih
diragui memandangkan masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan kumpulan ini wujud.

60
Selain dari akta ini, terdapat beberapa lagi pengenalan akta yang melanggar prinsip demokrasi yang
kebanyakannya digunakan hanya untuk menjatuhkan pihak-pihak yang memberikan ancaman kepada parti
UMNO seperti akta hasutan 1948, akta mesin cetak dan penerbitan 1984 dan akta rahsia rasmi 1972.
9.6 Kawalan terhadap media arus perdana
Kawalan yang paling jelas yang dilihat dilakukan oleh pihak pemerintah di Malaysia ini bagi memastikan kuasa
politiknya terjamin adalah dari segi kawalan media arus perdananya. Melalui kawalan media ini, pihak
pemerintah boleh mengawal, memanipulasi dan menentukan jenis berita yang mahu disiarkan.

125

Kawalan

media arus perdana dimalaysia ini dilihat menyeluruh, dari segi media elektronik hinggalah ke media cetak,
dari saluran berbahasa melayu, hinggalah kebahasa cina dan india, kesemuanya dikawal oleh pihak kerajaan.
Media elektronik dimalaysia ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu dari pihak kerajaan dan swasta. Media
elektronik milik kerajaan adalah Radio Televisyen Malaysia(RTM), manakala media elektronik swasta terbahagi
kepada dua iaitu media prima dan astro. Kedua-dua syarikat ini juga merupakan syarikat krooni UMNO. Dari
segi media cetak pula, hamper kesemua akhbar arus perdana adalah milik kerajaan seperti Utusan Melayu
yang dimiliki penuh oleh UMNO. Akhbar-akhbar ini terutamanya Utusan Melaku merupakan ejen penyebaran
ideology UMNO dikawasan pedalaman. Masyarakat melayu dikawasan kampong yang masih menggunakan
akhbar sebagai sumber informasi merupakan golongan yang paling mudah diekspolitasi oleh UMNO. Selain
utusan melayu, ada juga akhbar inggeris seperti the star dan new straits times serta akhbar berbahasa cina
seperti sin chew daily yang juga berada dibawah kawalan parti pemerintah.
Kawalan melampau pihak pemerintah terhadap media arus perdana diMalaysia telah menyebabkan
munculnya rasa tidak percaya masyarakt umum terutamanya masyarakt Bandar terhadap media dimalaysia.
Hasil satu pantauan yang dilakukan oleh satu badan bebas terhadap kebebasan media di Malaysia pada tahun
2010 menunjukkan yang media Malaysia berada dalam keadaan terkongkong dan berada pada kedudukan 142
dari 195 buah Negara. Keadaan ini telah membuatkan cita-cita membina sebuah Negara yang demokratik
seperti yang dicadangkan melalui wawasan 2020 menjadi sukar. Kritikan terhadap media arus perdana
kawalan pihak pemerintah sejak kebelakangan ini juga sekiti berubah apabila media ini dilihat semakin pro
kepada bangsa melayu. Hal ini dipercayai dilakukan bagi meraih sokongan melayu kepada UMNO kerana
dilihat trend semasa pilihanraya, hanya bangsa melayu sahaja yang dilihat kebanyakannya masih menyokong
perjuangan parti pemerintah pimpinan UMNO. Selain itu, RTM dan Utusan Melayu juga dilihat sering
mengeksploitasi atau silap melaporkan ucapan yang dikeluarkan oleh individu dari parti pembankang
terutamanya yang melibatkan isu agama islam, hak keistimewaan orang melayu dan bahasa melayu yang telah
menimbulkan bibit-bibit permusuhan diantara masyarakat melayu terhadap bukan melayu.
10.0 Kepesatan globalisasi dan kesannya pada pola politik Malaysia

125

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 202

61
Pengenalan super multimedia koridor(MSC) pada tahun 1996 merupakan satu titik mula kepada kemasukan
teknologi media baru diMalaysia iaitu internet. Walaupun penggunaan internet sudah ada lagi sebelum itu,
tetapi penubuhan MSC telah menjadi pencetus kepada meluasnya penggunaan internet bagi penduduk
Malaysia. MSC ini ditubuhkan bagi menarik perhatian pelabur luar untuk melabur didalam industry informasi
di Malaysia. Ironinya, bermula dari MSC inilah berlakunya perubahan secara inklusif terhadap pola politik
diMalaysia terutamanya bagi penduduk Bandar. Perkara ini telah menjadi ancaman bagi pengekalan hegemoni
UMNO. Rakyat sudah mula pandai mencari maklumat dan informasi yang tepat mengenai sesuatu perkara dan
perkara ini mula merubah corak pemikiran mereka. Peristiwa yang menjadi fenomena dan menjadi pencetus
pada ketika itu adalah kes yang dihadapi oleh Dato seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Rakyat mengikuti kes
ini diinternet kerana sudah mula timbul rasa tidak percaya terhadap media arus perdana. Peristiwa anwar
Ibrahim ditangkap secara ganas dikediamannya oleh anggota komando dan keadaan muka Anwar yang lebamlebam ketika pergi kemahkamah telah disaksikan oleh rakyat terutamanya rakyat Bandar melalui internet.
Bermula dari peristiwa ini jugalah, timbul bak cendawan laman web sesawang yang memberikan sokongan
kepada Anwar Ibrahim dan menceritakan peristiwa sebenar yang berlaku. Perkara ini telah menggugat
credibility rakyat terhadap parti UMNO dan Dr.Mahathir khususnya.
Hal ini dirancakkan lagi dengan keadaan politik diIndonesia yang mana pada ketika itu sedang berlaku
reformasi yang bertujuan menggulingkan pemerintahan jeneral Sueharto yang terlalu lama memimpin
Indonesia. Berikutan dua peristiwa ini, dapat dilihat pola kepercayaan masyarakat melayu semakin menurun
terhadap pemerintahan UMNO. Pada ketika ini juga aura reformasi telah tiba diMalaysia dan banyak
ditubuhkan laman sesawang yang ditugaskan menyebarkan ideology ini seperti laman reformasi dan
mahafiraun. Satu gerakan yang menuntut keadilan Anwar yang diberi nama GERAK juga telah ditubuhkan pada
ketika itu. Gerakan GERAK ini kemudiannya bertukar menjadi parti KeAdilan dan dipimpin oleh Dr. Wan Azizah,
isteri kepada Anwar Ibrahim. Bagi menghadapi pilihanraya 1999, parti GERAK ini kemudiannya telah
bekerjasama dengan parti PAS dan DAP dan membentuk barisan alternative.

126

Dengan membawa sekali idea

reformasi ketika kempen, barisan alternative ini Berjaya mencabar parti barisan Nasional. Walaupun Barisan
Nasional memenangi pilihanraya ini, tetapi jumlah undi popular terutamanya dari masyarakat melayu telah
berkurang sebanyak lapan peratus. Walaubagaimanapun, kerjasama didalam barisan alternative ini dilihat
mula goyah disebabkan beberapa sebab seperti idea reformasi itu sendiri yang kabur dan perbezaan ideology
perjuangan. Sokongan masyarakat melayu kemudiannya mula kembali kepada parti UMNO dan dibuktikan
dengan kemenagan besar pada pilihanraya 2004. Hal ini dipercayai kerana tiadanya isu kontroversi ketika itu
disamping ekonomi Malaysia yang sudah stabil. Selain itu, pengunduran Dr.Mahathir dalam dunia politik juga
menyumbang kepada kemenangan besar parti UMNO. Kedudukan Dr.Mahathir ini kemudiannya digantikan
dengan Abdullah Badawi. Persona dan personality Abdullah Badawi yang dilihat baik dan lebih islamik juga
menambat kembali kepercayaan masyarakat melayu kepada parti UMNO.

126

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 217

62
Walaubagaimanapun kepercayaan yang diletakkan terhadap Abdullah Badawi ini mula menurun
secara drastic. Kegagalan Abdullah Badawi dalam melancarkan dasar atau apa-apa tindakan bagi mengatasi
masalah rasuah dan kronisme yang dilihat sedang berleluasa telah menghilangkan kepercayaan bukan sahaja
orang melayu, tetapi juga orang bukan melayu terhadap kepimpinan beliau. Abdullah Badawi juga dilihat
terlalu lembut dan tidak membawa idea reformasi yang diperlukan bagi memacu Malaysia terus kepada
kemajuan. Segala kelemahan kerajaan pimpinan Abdullah Badawi ini mudah diketahui oleh masyarakat melalui
kepesatan teknologi maklumat. Pada tahun 2007 juga, satu perhimpunan yang diberi nama Bersih telah
dilakukan bagi menuntut pilihanraya dijalankan secara adil. Perhimpunan seramai hamper 40 000 ini dilihat
tersusun dan ini disebabkan oleh peranan teknologi internet ketika itu yang membolehkan ramai
masyarakatmendapat maklumat mengenai perhimpunan ini. Hasil dari perkara ini, parti pemerintah yang
diketuai UMNO telah dihukum dan hapir kalah pada pilihanraya ini. Penduduk bumiputera diSabah dan
Sarawak serta masyarakat melayu dikawasan kampong dilihat menjadi kelompok penyelamat bagi parti UMNO
untuk terus berkuasa diMalaysia. Berikutan hal ini, Abdullah Badawi telah meletakkan jawatan setahun selepas
itu dan menyerahkan jawatannya kepada Najib abd razak. Disini dapat dilihat betapa berpengaruhnya kuasa
media alternative ini dalam menyampaikan maklumat telah mempengaruhi pola politik Malaysia pada ketika
ini.
11.0 KESIMPULAN
Pada tahun 2014 ini, sudah lebih 57 tahun Negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan dari kolonialisme.
Walaubagaimanapun, kemerdekaan yang dicapai hanyalah dari konsep luaran politik sahaja dimana isi
disebalik kemerdekaan tersebut masih mengandungi unsur kolonialisme yang jelas melalui apa yang dipanggil
sebagai neo-kolonialisme. Pengaruh yang dibawa oleh British sepanjang 133 tahun menjajah Negara kita pula
tidak hanya dari segi pembawaan ideology dan fahaman liberalisme barat, tetapi ianya bersifat inklusif
sehingga memberi kesan kepada apa yang berlaku atas Negara kita pada hari ini. dasar ekonomi kapitalis yang
dibawa oleh British telah membuka lembaran episode baru kepada Negara kita amnya, dan masyakat melayu
khususnya. Melalui ekonomi berasaskan modal dan keuntungan inilah, bermulanya penciptaan masyarakat
multietnik diMalaysia melalui kemasukan imigran cina dan india. Pengaruh kapitalisme dan ditambah lagi
dengan kemasukan imigran-imigran ini telah menyebabkan masyarakat melayu terus tertinggal dibelakang. Hal
ini diburukan lagi dengan pengenalan dasar pecah dan perintah yang menyebabkan berlakunya polarisasi
kaum yang menyumbang kepada munculnya ketegangan kaum dan pada hari ini, kesannya dijelmakan bukan
sahaja melalui ekonomi tetapi dari segi sikap skeptikal satu bangsa terhadap bangsa lain yang sukar dikikis.
Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 juga dilihat bukanlah penyelesaian kepada masalah
kaum ini walaupun dilihat berlakunya gabungan antara tiga parti elit ditanah melayu pada ketika itu melalui
parti perikatan. Kemerdekaan yang dicapai dilihat hanya sebagai satu wadah untuk British lepas tangan dan
menyerahkan penyakit kaum yang tengah kronik itu kepada boneka mereka iaitu golongan elit yang dipimpin
oleh UMNO dan British tidak mengalami sebarang kerugian kerana penerapan nilai-nilai liberalisme didalam
politik dan ekonomi sudah disematkan didalam diri pemimpin golongan elit ini. Pendaman rasa ketidakpuasan

63
hati diantara kaum yang didasari oleh isu bahasa, pendidikan dan ekonomi khususnya akhirnya meletus
melalui rusuhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969. Hal ini sangat menggusarkan kepimpinan UMNO
memandangkan kedudukan politik mereka juga akan tergugat sekiranya masalah perkauman ini terutamanya
melibatkan nasib orang melayu tidak diselesaikan. Bermula dari peristiwa ini, dilihat golongan elit UMNO telah
mengambil beberapa langkah untuk mengekalkan kuasa politik mereka iaitu dengan cara memberikan
keistimewaan kepada masyarakat melayu didalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya seperti yang
termaktub didalam perlembagaan persekutuan artikel 153 dan bagi kaum lain, pendirian yang tebih tegas
ditujukan kepada mereka mengapa keistimewaan ini harus diberikan kepada orang melayu.
Kekukuhan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya juga dilihat akan terus memberikan keyakinan
rakyat terhadap pemerintahan mereka. Kesemua langkah dan usaha bagi menambat keyakinan masyarakat
melayu khususnya ini terhadap pimpinan UMNO dijelmakan melalui pengenalan Dasar Ekonomi Baru(DEB).
Melalui dasar ini, pelbagai langkah dan inisiatif dilakukan bagi mencapai matlamat penubuhannya iaitu
memperkasakan orang melayu. Walaubagaimanapun, matlamat ini dilihat gagal apabila hamper kesemua
objektif yang disasarkan melalui DEB terhadap orang melayu telah tersasar. Hal ini dipercayai disebabkan sikap
pilih bulu didalam bangsa melayu itu sendiri iaitu intraethnic melalui pengamalan kronisme, nepotisme dan
favouritisme. Kebobrokan yang berlaku telah menggagalkan misi DEB itu sendiri dan bagi menutup segala isu
ini turun kepada rakyat yang boleh memberikan ancaman kepada hegemony UMNO, maka bermulalah proses
kematian demokrasi dinegara kita. Prinsip-prinsip asas demokrasi telah dicabuli melalui kawalan keatas proses
pilihanraya, kawalan keatas system kehakiman, kawalan terhadap institusi beraja, kawalan terhadap system
kepolisan Negara, kawalan terhadap media arus perdana dan melalui pengenalan akta-akta draconian seperti
ISA, akta hasutan dan sebagainya. Kawalan-kawalan ini telah menyebabkan system demokrasi dan liberalisasi
politik diMalaysia berada ditahap rendah dan tuntutan terhadap perkara ini telah dijelmakan melalui cara
demonstrasi jalanan kerana hanya itu sahaja cara yang tidak berada dikawalan pihak pemerintah. Keadaan ini
akan berlaku dan akan terus berlaku kerana kepesatan teknologi melalui arus globalisasi telah membuatkan
semakin ramai individu yang cerdik lahir.
Satu statistic yang dikeluarkan oleh the economist Intelligent Unit (EIU) pada 2011 telah melakukan
pantauan skala pendemokrasian yang berlaku di Malaysia, dan skalanya yang dicapai adalah 6.19 yang
meletakkan Malaysia dikedudukan ke 71 daripada 167 buah Negara. Kedudukan ini meletakkan Malaysia
berada didalam kategori flawed democracy atau demokrasi yang tempang dan berada dibelakang jiran baik
kita iaitu Indonesi yang berada dikedudukan ke 60.

127

Pada dalam masa yang sama, indeks ekonomi Malaysia

secara keseluruhannya juga dilihat meningkat. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan disini bahawa
perkembangan kemajuan ekonomi dan industialisasi di Malaysia adalah tidak seiring dengan perkembangan
system demokrasinya. Keadaan di Malaysia pada hari ini juga adakalanya dilihat seperti zaman kolonialisme
inggeris dahulu, hanya bezanya kali ini, yang menjajah dan menarah kekayaan tersebut adalah dari bangsa kita
sendiri.
127

Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed
democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 204

64

12.0

RUJUKAN

Azlan Tajuddin, 2012, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic
Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books.
A.Rashid A.Rahman, 1994, The Conduct of Election in Malaysia, Kuala Lumpur: Berita
Publication
Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya, 1983, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan.
Cheah Boon Kheng, 2002, Malaysia, the making of a nation, Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies,
Cheah Boon Keang & Abu Talib Ahmad . 1990 . Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara
Lain . Petaling Jaya:Fajar Bakti
Chan Hon Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur
D.S.Ranjit Singh, 1984, Brunei 1839-1983: The Problem Of Political Survival, Singapore:
oxford Universiy Press, 1984,
Francis Wong Hoy Kee & Ee Tiang Hong, 1971, Education in Malaysia, Heinemann
Educational Books, (Asia)
Gordon P. Means, Malaysian Politics: The Second Generation, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1991, hlm 201
Harold Crouch, 1996, Government and Society in Malaysia, Australia: Allen & Unwin.
Jomo Kwame Sundaram,1988, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Malaysia, Kuala
Lumpur : DBP
J.M Gullick, 1988, Indigenous political system of western Malaya, London: Athlone Press
Jamaie Hamil, 2006, UMNO dalam Politik dan Perniagaan Melayu. Bangi: Penerbitan UKM.

J.M.Gullick, 1960, A History of Selangor, 1742-1957, Singapore: Eastern Universities Press.

65

J.C.Jackson, Planters and Speculators: Chinese and European Enterprise in Malaya, 17861921, kuala Lumpur: University of Malaya Press.
J.N.Funston, Malay politics in Malaysia, a study of the United Malaya National Organisation
and Party Islam,
Khoo Kay Kim. 1971 Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu.
Jebat, Bil. 1. 1971/72. Jabatan Sejarah. Universiti Malaya.
Khoo kay kim,Malay society 1874-1920, journal Southeast Asean studies, 1972, hlm 180
Khong Kim Hoong, 1984, merdeka: British rules and the struggle of independence in Malaya,
1945-57, petaling jaya: INSAN
K.g.Tregonning, 1964, A History of Modern Malaya, Singapore: University of London Press
K.J.Ratnam, 1967, Communalism and the Political process in Malaya, University of Malaya
Press, Singapura,
Khasnor Johan. 1984, The Emergence of The Modern and Malay Elite. Singapore: Oxford
University Press.
Kassim Ahmad, 1970, Kisah pelayaran Abdullah, Kuala Lumpur.
L. A. Mills, 1966, British Malaya 1824-1867, Oxford University Press
Lofti Ismail, 1988, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: DBP
Leon Comber, 1983, 13 May 1969 : A Historical of Sino-Malay Relations. Kuala
Lumpur:Heinemann Asia
Lim Teck Ghee, 1977, Peasant and their Agriculture Economy in Colonial Malaya 1874-1941,
O.U.P, Kuala Lumpur
Leon Comber,1983,

13 May 1969 ; A Historical of Sino-Malay Relations. Kuala

Lumpur:Heinemann Asia
Mohd salleh Daud, 1998, Memoir bukan seorang konformis, Kuala lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Mohamed Salleh Lamry, 2006, Gerakan Kiri melayu dalam Perjuangan Kmerdekaan, bangi:
penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Radin Soenarno,1960, Malay Nationalisme 1896-1941,Journal Southeast Asian History,
University of Singapore.
R.O. Wistedt,1961, The Malays A Cultural History, London, Routledge and Paul LTD,

66

S. Robert Aiken, Colin H. Leigh dan Michel R. Mass, 1982, Development and Environment in
Peninsular Malaysia, Singapore, Mc-Graw-Hill International Book Company
Tan Ding Eing,1977, A portrait of Malaysia and Singapore, Oxford University Press, Kuala
Lumpur,
William roff, 1995, Origins of malay nationalism, kuala Lumpur: Oxford University press.
Von Vorys, Karl,1975, Democracy without consensus, Kuala Lumpur: Oxford University
Press.
Venon Mullen, 1967, The Story of Sarawak, Kuala Lumpur: Oxford University Press
Victor Purcell,1982, The Chinese in Malaya, Kuala Lumpur: Ocford University Press.
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Nik Hassan
Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman & Mohd. Amin bin Hassan, 1992. Malaysia : Warisan
Dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like