You are on page 1of 6

Ibu bapa ialah tonggak sesebuah keluarga.

Peranan mereka umpama nakhoda sebuah bahtera yang


sedang merentasi sebuah samudera yang penuh cabaran. Budaya membaca sebagai penanda aras
penting sesebuah masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan dan kemajuan patut bermula dari
rumah. Di tangan ibu bapalah asas pembentukan tingkah laku dan tabiat anak-anak dapat disemai.
Peribahasa menyebut bahawa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa hendaklah
memainkan peranan utama bagi memupuk budaya membaca di rumah. Penentu kejayaan peranan ibu
bapa termasuklah keupayaan kepimpinan, kewangan dan dorongan yang berterusan.

Kepimpinan ibu bapa dalam konteks pemupukan budaya membaca bermaksud proses mempengaruhi
anggota keluarga supaya sentiasa aktiviti pembacaan semasa berada di rumah. Untuk itu, ibu bapa
terlebih dahulu hendaklah memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan budaya
membaca. Kesedaran itu kemudian dipanjangkan kepada anak-anak supaya mereka juga memiliki tahap
kesedaran yang sama dengan ibu bapa mereka. Kesedaran tentang budaya membaca dizahirkan
menerusi minat ibu bapa terhadap bahan bacaan menerusi percakapan dan juga perbuatan. Pendek
kata, kesedaran ibu bapa adalah asas pemupukan budaya membaca di rumah.

Cogan kata 'kepimpinan menerusi teladan' sudah biasa kita baca dan dengar. Sebagai pemimpin
keluarga, ibu bapa ialah suri teladan terdekat kepada anak-anak. Ibu bapa dan anak-anak bukan sahaja
memiliki hubungan biologi yang jelas, bahkan sebahagian besar pembawaan dan tabiat ibu bapa turut
diwarisi oleh anak-anak. Peranan ibu bapa dalam proses pemupukan budaya membaca ialah
pengukuhan pengaruh positif secara konsisten. Ibu bapa bukan hanya menggesa anak-anak supaya
membaca, sebaliknya mereka sendiri menunjukkan teladan amalan membaca yang ketara.

Sebagai pemimpin keluarga, ibu bapa berperanan merancang jadual kegiatan keluarga, termasuk
peruntukan waktu membaca bagi seisi keluarga. Ibu bapa mungkin sibuk dengan pekerjaan dan urusan
rumah tangga yang lain, tetapi tiada sebarang sebab yang munasabah mengizinkan berlakunya
pengabaian kegiatan seisi keluarga termasuk pembacaan. Misalnya, ibu bapa mengumpulkan seisi
keluarga di ruang tamu sambil memegang bahan bacaan yang bermanfaat seperti buku dan majalah.
Sebarang gangguan terhadap tumpuan pembacaan seperti siaran radio dan televisyen dihentikan.
Peruntukan waktu senyap di rumah akan membuka laluan supaya tabiat membaca berkembang dan
menjadi kebiasaan di rumah.

Ibu bapa juga mesti meluangkan masa bersama anak-anak untuk berkunjung ke perpustakaan awam
yang berdekatan. Misalnya, pada pada hujung minggu, selepas sarapan pagi, seisi keluarga bergerak
menuju perpustakaan dan berada di sana mungkin dalam tempoh satu atau dua jam. Ibu bapa harus
menemani anak-anak yang masih kecil untuk memberi galakan ke arah pengukuhan tabiat membaca

yang didambakan. Ibu bapa juga boleh membantu anak-anak untuk memahami bahan bacaan pilihan
masing-masing. Ibu bapa mesti sanggup menurunkan tahap komunikasi supaya setara dengan anak-anak
supaya aktiviti pembacaan tidak bersifat beban yang berat atau membosankan. Kunjungan ke
perpustakaan awam hendaklah dijadualkan, manakala anak-anak diberi pengukuhan supaya memiliki
tahap kesediaan yang tinggi untuk terus bersama mereka ke perpustakaan awam.

Belanjawan keluarga memang perlu dirancang dengan berhemah bagi memenuhi semua keperluan,
walaupun pendapatan ibu bapa mungkin tidak sebanyak mana. Di samping melangsaikan segala
perbelanjaan asas rumah tangga, peruntukan untuk membeli bahan bacaan harus ada walaupun sedikit
Misalnya, setiap orang anak dihadiahkan senaskhah buku setiap bulan. Kini, buku dan bacaan bacaan
yang bermutu tidak hanya dijual di toko buku yang besar, bahkan di gerai pasar malam dan pasar tani,
terutama buku terpakai yang masih baharu. Penerbit buku juga mungkin mengadakan pameran buku
bergerak dengan tawaran potongan harga yang menarik. Ibu bapa boleh membeli bahan bacaan yang
bersesuaian sambil dapat berjimat.

Kegiatan bacaan di rumah juga menjadi lebih selesa jika terdapat suasana fizikal rumah yang sesuai.
Ibu bapa boleh mengatur susunan perabot yang menyokong aktiviti pembacaan. Ruang tamu tidak
hanya dipenuhi dengan rak cakera padat hiburan, tetapi didominasi oleh bacaan bacaan yang menarik.
Berdekatan dengan set televisyen juga tertera slogan seperti 'baca buku dahulu, kemudian baharu
menonton'. Minda seisi keluarga sudah dibiasakan dengan keutamaan amalan membaca. Disiplin dalam
pembacaan juga diterapkan dalam kalangan anak-anak. Seisi keluarga menghormati tempoh waktu
membaca tanpa sesiapa pun yang cuba membuat kecoh. Tiada sebarang bacaan yang dibiarkan
berselerak usai aktiviti membaca. Pendek kata, ibu bapa berperanan besar dalam menyediakan suasana
membaca di rumah.

Di negara maju seperti Jepun dan Jerman terdapat pasar raya buku yang khusus. Di Malaysia,
walaupun gedung besar seumpama itu belum wujud, sekurang-kurang terdapat kedai buku di lot kedai
atau pasar raya utama. Ibu bapa boleh memainkan peranan memupuk budaya membaca di rumah
dengan mengajak anak-anak mengunjungi premis kedai buku yang berkenaan. Kunjungan ke kedai buku
bukan bererti untuk membuat belian bahan bahan bacaan dalam kuantiti yang banyak. Sebaliknya ibu
bapa menetapkan senaskhah buku bagi setiap orang anak. Tujuan sampingan ke kedai buku adalah
untuk membuat tinjuan judul buku terkini. Ibu bapa boleh memberitahu anak-anak supaya merujuk
buku-buku yang berharga mahal di perpustakaan sahaja.

Anak-anak yang masih mentah mungkin sekali tidak konsisten dalam amalan bacaan mereka.
Umpama bunga yang mudah layu, siraman air akan mengembalikan kesegarannya. Maka, demikian juga

dengan anak-anak yang mungkin tergoda dengan aktiviti lain yang lebih santai dan ringan hingga
melanggar peruntukan waktu untuk pembacaan. Maka, ibu bapa berperanan untuk memberi
pengukuhan, peringatan, dorongan dan galakan, sama berbentuk lisan dan hadiah yang munasabah
Pujian yang dihamburkan oleh ibu bapa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan
suci hati. Bahasa mesra yang digunakan untuk menggalakkan anak-anak untuk terus membaca bakal
menyumbang terhadap proses pemupukan budaya membaca di rumah.

Aktiviti pembacaan yang sihat tidak berakhir dengan begitu sahaja tanpa sebarang susulan yang
konkrit. Ibu bapa berperanan untuk memastikan bahawa setiap sesi pembacaan seisi keluarga memberi
manfaat yang berpanjangan. Caranya adalah dengan melakukan perbincangan ringan tentang perkara
yang dibaca. Ibu bapa dan anak-anak saling bersoal jawab tentang pengalaman pembacaan yang telah
dilalui. Input bacaan dikongsi bersama dalam bentuk aplikasi alam nyata. Anak-anak juga diberi peluang
meluahkan pendapat samada setuju atau membantah saranan yang ditemui dalam bahan bacaan
masing-masing.

Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca di rumah begitu
menyumbang terhadap pembinaan sebuah masyarakat yang mencintai ilmu dan kemajuan dalam segala
bidang. Ibu bapa bukan sekadar memainkan peranan yang pasif dengan hanya tahu menyuruh anakanak membaca, sebaliknya mempamerkan contoh teladan yang terbaik. Amalan membaca bukan suatu
pilihan, tetapi ialah suatu kewajipan sebagaimana yang disarankan lewat surah al-Alaq. Tanggungjawab
yang dipikul oleh pemimpin keluarga untuk menyemarakkan amalan membaca di rumah tidak boleh
dibuat secara sambil lewa. Peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca di rumah sebenarnya
sangat kritikal.

Langkah -Langkah Memupuk Minat Membaca


Terdapat satu peribahasa cina yang menyatakan bahawa membaca buku diumpamakan sebagai
makanan jiwa.Jiwa seseorang perlu diisi supaya tidak menjadi tin kosong dan ini dapat dikepai dengan
membaca buku.Malangnya,masyarakat kini,terutamanya remaja,kurang menghargai buku berbanding
dengan makanan yang dimakan oleh mereka.Mereka tidak sedar akan kewujudan masyarakat berkualiti
bergantung kepada minat membaca.Banyak pihak telah menyuarakan rasa bimbangan mereka
terhadap masa depan negara.Satu soalan yang pasti berlegar dalam benak kita iaitu,bagaimanakah
budaya membaca dapat diwujudkan?
Salah satu cadangan untuk memupuk minat membaca adalah melalui peranan ibu bapa.Ibu bapa
seharusnya menjadi role modelkepada anak-anak.Anak-anak perlu didedahkan kepada mereka bahan
bacaan sejak kecil lagi agar minat membaca buku dapat dipupuk.Hal ini demiakian kerana melentur
buluh biar dari rebungnya.Kanak-kanak yang kecil tidak tahu menghargai buku dan inilah proses

pembelajaran yang perlu diterima.Sekiranya minat membaca dapat dipupuk sejak kecil,mereka akan
menjadikan membaca sebagai satu kebiasaan.Keadaan inilah yang sentiasa diharap-harapkan oleh
pelbagai pihak.
Kesedaran tentang kepentingan dan faedah membaca amat diperlukan dalam sanubari anakanak.Sewaktu mereka membaca,mereka harus diberitahu tentang faedahnya menimba ilmu
pengetahuan.Cara ini dapat mengelakkan anak-anak mereka berputus asa dan menjadikan membaca
sebagai amalan.Mereka juga haruslah dimaklumkan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang rajin
membaca.Galakan dan pujian ibu bapa amat diperlukan agar budaya membaca dapat diteruskan.
Selain itu,guru di sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam
kalangan remaja.Hal in kerana remaja menghabiskan masa enam jam di sekolah.Masa inilah
tanggungjawab berkenaan terletak di bahu guru dan bukannya ibu bapa.Guru-guru dapat menarik minat
mereka terhadap buku tersebut dan secara tidak langsung menimbulkan keinginan membaca buku
tersebut.Di samping itu,perpustakaan juga perlu dikemas kini dengan bahan bacaan yang ada di
pasaran.Persatuan yang berkaitan perlu bergiat menjalankan aktiviti yang menjurus kepada bahan
bacaan.
Sebenarnya kerajaan juga,turut menyumbangkan tenaga dalam usaha tersebut.Bermula tahun
2000,komponen kesusteraan dimasukkan dalam sukatanpelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.melalui cara ini,pelajar berpeluang membaca pelbagai genre,bahan sastera dan mengenali
tokoh-tokoh yang terlibat.Di samping memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar,cara ini juga
dapat membentuk keperibadian yang tinggi dalam kalangan pelajar.Misalnya nilai-nilai murni yang
terdapat dalam novel pasti akan meninggal kan kesan dalam minda pelajar.Pengenalan komponen
sastera merupakan satu proses berterusan dan diharapkan minat membaca pelajar berterusan.
Sementara negara kita sedang berusaha mencapai negara yang maju pada tahun 2020,remaja hari
ini mungkin akan menjadi pemimpin pada hari esok dan sebad itulah mereka perlu ditekankan akan
pentingnya membaca.Kita berharap masa depan dan satu-satunya menjadikan membaca sebagai
kemestian.Budaya membaca masyarakat Malaysia,mampu melahirkan generasi yang
cemerlang,gemilang,dan terbilang.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan
tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak
bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang
sesuai untuk anak-anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu
yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.
Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan

kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas
juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin
membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita miliki. Hal ini
kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Jika kita membaca
bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali lebih banyak istilah atau kosa
kata baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah, apabila seseorang telah
mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa
berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan mudah. Penguasaan
perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi kini. Persaingan antara
masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin
membaca supaya dapat menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.

Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang cemerlang.
Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan
tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran tertentu yang memerlukan pembacaan
yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut
memerlukan pembacaan yang luas kerana kita akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat
berguna dalam penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan mahupun di rumah. Dengan
ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi,
penghawa dingin dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan pembacaan mereka
dalam keadaan yang kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan
daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu,
semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian agar mendapat keputusan
yang cemerlang.

Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang antara dua
pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan
membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh menjadikan perkara lain sebagai hobi sekiranya
perkara itu berfaedah. Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada seseorang, namun masa yang singkat itu
sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah
menggunakan masa lapang dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya seseorang itu tidak
mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika menunggu bas. Oleh itu, sebagai
insan yang begitu mengutamakan masa mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.

Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan negara. Hal ini demikian kerana tokohtokoh yang pakar dalam bidang tertentu dapat membantu meningkatkan ekonomi negara kita. Lanjutan
itu, negara kita dapat membangun dengan pesat. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah
menyebabkan banyak ciptaan baharu direka. Sebagai contoh, Negara Jepun yang maju dalam bidang
sains dan teknologi telah mencipta pelbagai jenis barangan yang berfungsi secara automatik. Membaca
akan menambahkan ilmu pengetahuan kita dan ilmu-ilmu yang diperoleh ini bolehlah digunakan dalam
memajukan sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan. Apabila sektor-sektor dibangunkan,
ekonomi negara kita akan pesat membangun seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan. Secara
umumnya, negara kita akan layak bersaing dengan negara maju yang lain. Kemajuan negara pula perlu
disusuli dengan budaya menulis buku. Oleh itu, kita hendaklah rajin membaca supaya tanah air kita
dapat dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik.

Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada individu mahupun negara. Melalui
membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu
bukan sahaja dapat membantu seseorang mendapat keputusan yang cemerlang malah dapat
memajukan negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk
amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal ini disebabkan budaya membaca
perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya. Ibu bapa juga
bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan banyak membaca buku. Selain itu,
pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan supaya kita dapat
membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk
budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju. Oleh itu,
semua orang wajiblah membaca dan berusaha meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang
celik ilmu dapat dilahirkan.

You might also like