You are on page 1of 15

PENGENALAN

LATAR BELAKANG BUKU


Spatial Technology and Archaeology: The Archaeological Applications of GIS, merupakan
sebuah buku yang ditulis oleh dua orang penulis iaitu David Wheatley dan David Gillings.
Buku ini diterbitkan pada tahun 2002 oleh Taylor & Francis. Dua orang pengarang buku ini,
iaitu David Wheatley dan David Gillings, merupakan dua orang ahli akademik yang
mengkhususkan kepada teknologi GIS.
Dr. David Wheatley merupakan seorang pensyarah kanan di University of
Southampton. Beliau juga merupakan penyelia bagi kajian pelajar PhD di universiti tempat
beliau berkhidmat. Beliau menyatakan bahawa bidang kajian tumpuan yang menarik
perhatian beliau ialah Arkeologi Berkomputer (University of Southampton, 2014).
Dr. Mark Gillings pula, merupakan seorang pensyarah di University of Leicester.
Selain daripada menjadi pensyarah, Dr David juga merupakan seorang Timbalan Ketua
Sekolah di University of Leicester. Beliau menumpukan kajian dalam bidang GIS dan
merupakan antara pembuka langkah dalam penggunaan teknologi GIS di samping Dr David
Wheatley (University of Leicester, 2014).
TUJUAN PENULISAN
Penulisan ini akan menumpukan kepada bab tiga di dalam Spatial Technology and
Archaeology: The Archaeological Applications of GIS dalam buku. Penulisan ini juga ditulis
dengan beberapa tujuan. Tujuan utamanya ialah untuk mengulas dan menghadam isi
kandungan yang terdapat dalam buku ini. Tujuan kedua ialah untuk menambahkan atau
memadatkan maklumat yang dituliskan dalam buku ini. Ini akan dilakukan dengan cara
merujuk kepada penulisan-penulisan lain yang akan menyokong atau menentang idea-idea
dalam buku tersebut.

Selepas kedua-dua tujuan atau objektif ini dicapai, maka sebuah

huraian akan dapat dilakukan.

ULASAN

BAB

TIGA

SPATIAL

TECHNOLOGY

AND

ARCHAEOLOGY:

THE

ARCHAEOLOGICAL APPLICATIONS OF GIS.


PENDAHULUAN
Bab tiga dalam buku Spatial Technology and Archaeology: The Archaeological Applications
of GIS diberikan tajuk Acquiring and integrating data. Secara amnya, bab tiga ini
merupakan sebuah bab yang membincangkan mengenai cara untuk mendapatkan data dan
mentafsirkan data yang dikutip tersebut. Bab ini dibahagikan kepada dua belas subbahagian termasuk bahagian kesimpulan. Dalam bahagian ini, kesemua bab itu akan cuba
dihuraikan dan dipadatkan untuk menambahkan pemahaman. Selain itu, isi kandungan bab
ini juga akan dibandingkan dengan bahan rujukan lain bagi mengukuhkan, menambah dan
menolak sebarang isi kandungan yang dilihat sesuai.
KUTIPAN BAGI BAB TIGA
Wheatley & Gillings (2002) menyatakan bahawa dalam kehidupan sebenar, para ahli
arkeologi telah lama menyedari bahawa terdapatnya kepentingan bagi maklumat spatial
adalah penting. Spatial merupakan sebuah istilah dalam Bahasa Inggeris dan digunakan
dalam merujuk kepada ruang atau ciri-ciri ruang itu (Merriam-Webster, 2014). Selain itu,
Wheatley & Gillings (2002) menyatakan bahawa ahli arkeologi ini telah berusaha untuk
membangunkan teknik yang lebih tepat dan efektif bagi kutipan dan pengukuran data spatial
ini.
Dalam kehidupan seharian, penumpuan lebih diberikan kepada amalan seperti
membahagikan kawasan landskap kepada sampel tetap atau tidak tetap bagi tinjauan tanah
yang dibajak, mengukur dan menyamatarakan secara teratur di lokasi penemuan dalam
sebuah ruang kaji gali, membuat sebuah rujukan bagi merekodkan ciri-ciri tanah dan
membentuk grid bagi ruang ujian dan tinjauan geofizikal (Wheatly & Gillings, 2002). Bagi ahli
arkaeologi moden, menurut Wheatley & Gillings (2002), telah menggunakan teknik dan
peralatan seperti pita pengukur, kompas dan denyut asas (simple pacing) bagi merekodkan
maklumat spatial. Selain itu, peralatan moden seperti ukuran laser jarak jauh dan Global
Positioning System (GPS) yang lebih tepat turut digunakan (Wheatley & Gillings, 2002).
Meskipun terdapat pelbagai cara yang digunakan sejak dahulu, namun, kepelbagaian
teknik dan kaedah ini tetap mempunyai satu persamaan. Persamaan ini ialah teknik dan
kaedah pengumpulan data ini mempunyai bentuk yang penterjemahan yang terhad. Bentukbentuk ini ialah peta atau plan yang dilukis mengikut skala, senarai koordinat lokasi yang
disimpan dalam bentuk kad rekod atau dalam pengkalan data, manakala dalam teknik
tinjauan geosofikal, sebuah imej akan dihasilkan dengan mengambil kira ruang kajian
2

tersebut. Selain itu, gambar dari udara juga boleh diperolehi daripada penggunaan teknik
pengesanan jarak jauh atau remote-sensing (Wheatley & Gillings, 2002).

Mohd Faris

Dziauddin & Ruslan Rainis (2003), turut menyatakan data yang diinput ke dalam sistem
maklumat ini boleh datang daripada pelbagai sumber (contohnya peta, foto udara, kajian
lapangan, dan imej dari satelit) dan wujud dalam pelbagai bentuk.
Pada masa kini, selain daripada cara mengutip data yang dikatakan oleh Wheatley &
Gillings itu, terdapat juga satu lagi teknologi yang baru sedang dan telah disiapkan.
Teknologi ini telah dibentangkan dalam persidangan The International Archives of the
Photogrammetry, Remote Sensing and Spatial Information Sciences kali ke-37 di Beijing,
pada 2008. Teknologi ini dinamakan sebagai Virtual Field Archaeological Environment.
Kaedah ini menggunakan data-data spatial untuk membina model pengimejan tiga dimensi
dan menggalakkan gerak kerja secara rangkaian kerjasama. Dengan kaedah ini, asas
pengetahuan dan asas model itu sendiri akan dapat digunakan sebagai rujukan kepada
kajian arkeologi dan rujukan kepada membuat keputusan di kawasan kajian. Asas kepada
teknologi ini ialah gabungan geografi, tinjauan, pemetaan dan pengkomputeran (Yang &
Sheng, 2008).
Menurut Wheatley & Gillings (2002) sebuah pengkalan data spatial mepunyai dua
jenis data. Data ini ialah maklumat spatial dan bukan spatial. Attribute data atau data sifat,
menurut Wheatley & Gillings (2002), adalah data berkaitan dengan objek atau fenomena
yang telah direkodkan lokasi dan unsur spatial dengan teliti. Dengan menggunakan contoh
sebuah tembikar yang ditemui dalam tanih yang digembur di sebuah padang, komponen
data spatial, menurut Wheatley & Gillings (2002), akan memberikan sebuah maklumat iaitu,
kordinat x-y penemuan tersebut. Namun, data sifat yang akan didapati daripada penemuan
itu adalah amat pelbagai berbanding dengan data spatial.
Tambah Wheatley & Gillings (2002), data-data ini juga boleh terdiri daripada jenis
fabrik, bentuk, warna, berat, tahap pengekalan, kaitan dengan jenis sedia ada, kaitan
budaya, asal usul dan tarikh. Jika maklumat tentang sesebuah bahan penemuan itu cuba
untuk dikaji melalui jumlah perincian yang ada, maka lebih banyak data sifat akan ditemui. Ini
dapat menyatakan bahawa data sifat merupakan data yang padat dan kompleks. Data sifat
juga akan berubah apabila dikaji dengan lebih mendalam (Wheatley& Gillings, 2002). Demi
untuk menunjukkan kaitan antara data spatial dan data sifat, Wheatley dan Gillings (2002)
mencadangkan supaya rujukan ditumpukan kepada maklumat yang diperolehi daripada
kajian lapangan. Dalam buku mereka, Wheatley & Gillings (2002) memilih untuk
menonjolkan kajian mengenai Boetiao Project. Projek ini merupakan sebuah program

tinjauan ke atas sebuah kawasan dalam Greece tengah (Bintlif & Snodgrass 1985, Gillings &
Sbonias, 1999, dalam Wheatley & Gillings, 2002).

Projek itu mempunyai tujuan untuk mengkaji mengenai perubahan tetapan landskap
mengikut masa. Untuk memastikan tujuan itu berjaya, kawasan kajian itu telah dibahagikan
mengikut beberapa siri blok yang bersilang. Blok-blok ini bersifat tidak tepat, mengikut
sempadan kawasan, atau berbentuk segi empat tepat. Beberapa peratusan tanah yang dikaji
itu telah dianalisis bagi mencari bukti dan hubung kait dengan unsur kebudayaan.
Penemuan-penemuan ini telah direkodkan dengan teliti (Wheatley & Gillings, 2002). Pada
masa yang sama, sampel bahan-bahan diagnostik juga telah dikumpulkan. Perkara ini
dilakukan, di samping daripada pengiraan yang dilakukan. Hasilnya, pengkaji mempunyai
data mengenai set data yang mempunyai silangan, kiraan seramik, bahan yang dikumpulkan
dan penilaian mengenai kejelasan permukaan. Dalam penulisan ini juga, sebuah persoalan
mengenai cara untuk menterjemahan komponen spatial dan data sifat (Wheatley & Gillings,
2002).
Dengan menimbulkan persoalan itu, Wheatley & Gillings (2002), telah memberikan
jawapan bahawa komponen spatial dalam uji kajian tersebut adalah bersifat jelas dan
mempunyai beberapa siri kawasan dan silangan. Dalam kajian itu, kumpulan pertama
maklumat tersebut telah disilangkan kepada jumlah kiraan, jangkaan kejelasan permukaan
dan bilangan jumlah serpihan. Saranan turut diberikan kepada pembaca supaya
menggunakan data ini sebagai lapisan vektor atau corak (Wheatley & Gillings, 2002).
Dengan melakukan seperti saranan tersebut, data-data yang terbentuk akan menjadi sebuah
kawasan atau poligon dengan label-labelnya yang tersendiri. Data-data sifat tersebut juga
akan dibentuk menjadi sebuah pengkalan data ringkas yang mengandungi label silangan,
kiraan, kejelasan dan bilangan serpihan diagnostik (Wheatley & Gillings, 2002).
Menurut Wheatley & Gillings (2002), walaupun data spatial dan data sifat diletakkan
dalam fail yang berlainan, namun, terdapat hubungan secara langsung antaranya berdua
telah diwujudkan dalam sebuah maklumat yang dikongsikan bersama. Ini, secara tidak
langsung, membolehkan GIS berpandukan vektor untuk menggunakan perkongsian
maklumat ini bagi bagi kegunaan lapisan spatial yang akan dapat membina penyilangan dan
kod warna bagi bilangan tembikar yang ditemui (Wheatleay & Gillings, 2002). Dalam struktur
data raster, Wheatley & Gillings (2002) menyatakan bahawa pengekodan boleh dilakukan
dengan menggunakan tiga lapisan spatial. Dengan cara ini, setiap lapisan itu akan
mempunyai blok yang bersambung sebagai mewakili kawasan persilangan. Wheatley &
Gillings (2002) memberikan kaedah yang meletakkan bahawa lapisan pertama dalam setiap
4

blok akan berkait dengan kiraan seramik. Dalam lapisan kedua pula, kejelasan lapisan dan
lapisan ketiga pula diletakkan bilangan serpihan dianostik (Wheatley & Gillings, 2002).
Wheatley & Gillings (2002) turut memberikan satu pandangan lain mengenai struktur
data raster. Mereka berdua menyatakan bahawa berbanding tiga lapisan, kaedah struktur
data raster yang menggunakan konsep rangka data, hanya sebuah lapisan raster yang
mempunyai pelbagai data akan dihasilkan. Heywood I & Cornenelius S (2002), menyatakan
lapisan raster berperanan untuk menyimpan data-data. Nilai sel dalam setiap blok akan
dapat dikaitkan dengan kod bagi kod yang akan menunjukkan penyilangan. Rangka data
akan digunakan untuk menununjukkan nilai bagi sifat yang terlibat (Wheatley & Gillings,
2002). Bagi membezakan keputusan kawasan silangan dan kiraan bahan yang dikumpulkan,
Wheatley & Gillings (2002) telah memberikan saranan supaya sebuah penetapan atau
piawaian dilakukan. Sebuah faktor pembetulan juga perlu dilakukan kepada kiraan seramik,
bagi menyemimbangkannya dengan kejelasan lapisan silangan. Langkah-langkah ini penting
bagi memastikan sifat dinamik dalam maklumat sifat tersebut (Wheatley & Gillings, 2002).
Wheatley & Gillings (2002) menyatakan bahawa setakat ini cara yang paling
berkesan untuk menyesuaikan GIS dengan data sesuatu peta ialah dengan cara
menukarkan peta kepada bentuk digital. Proses ini merupakan proses dimana, menurut
Wheatley & Gillings (2002), ciri-ciri peta ditekap daripada helaian peta dan ditukarkan
kepada lapisan vektor bertema yang akan disimpan dalam GIS. Pendigital itu merupakan
sebuah tablet rata yang disambungkan dengan sebuah pengesan yang disambung dengan
pembidik dan beberapa rangkaian butang-butang. Pengesan ini akan digunakan untuk
menduakan imej di atas tablet tersebut ke dalam GIS. Unit yang digunakan untuk mengukur
mengenai jarak dalam grid tersebut ialah dengan melihat kepada kesesitifan pendigital
tersebut (Wheatley & Gillings, 2002). Menurut Wheatley & Gillings (2002), setiap kali butang
yang berkenaan ditekan pada pemegang tersebut, maka lokasi pembidik akan disamakan
secara realtif dengan tablet tersbut. Bacaan ini akan dihantar sebagai koordinat X, Y selain
daripada bentuk blok data vektor yang bersifat primitif. Data vektor ini ialah seperti garisan,
titik dan kawasan (Wheatley & Gillings, 2002).
Dalam kaedah pendigitalan, peta diletakkan di atas permukaan pendigital dan
pembidik digerakkan untuk setiap ciri-ciri yang difikirkan sesuai untuk direkodkan. Lokasi
berkordinat yang akan menandakan titik kedudukan, titik permulaan atau pengakhiran, vertis
dan kedudukan label poligon akan dibezakan melalui penetapan butang yang berlainan bagi
setiap ciri-ciri. Pendigital akan memberikan beberapa siri kordinat X, Y dalam selangan masa
yang sudah ditetapkan. Ini akan berlaku secara berterusan apabila pembidik digerakkan
sepanjang permukaan tablet (Wheatley & Gillings, 2002). Melakukan proses pendigitalan
5

secara berterusan memerlukan kepakaran yang tinggi dan mahir. Salah satu bahagian yang
memerlukan penggunaan kaedah berterusan ini ialah untuk merekodkan ciri-ciri yang
panjang dan berterusan seperti kontur (Wheatley & Gillings, 2002). Ini bermakna, bagi ciriciri lain seperti sungai juga memerlukan penumpuan dan kepakaran yang tinggi.
Bagi memastikan lapisan-lapisan data itu digunakan dengan baik setelah didigitalkan
ke dalam pengkalan data spatial, penggunaan unit kordinat lebih sesuai digunakan
berbanding dengan unit pendigital. Penggunaan unit ini selalu digunakan oleh kartografer
bagi menghasilkan peta yang asli (Wheatley & Gillings, 2014). Namun, terdapat lagi satu
halangan. Nasir Nayan (2007), menyatakan beberapa perkara perlu dipertimbangkan
sebelum proses data dan format, kerelevanan data, keluaran yang dikehendaki. Halangan ini
ialah untuk menukarkan kordinat daripada sistem dalaman digitiser kepada sistem dunia
sebenar untuk digunakan. Proses ini dinamakan sebagai proses pemindahan digital. Proses
ini berfungsi dengan cara menukarkan lokasi pendigitalan yang mentah kepada siri
pemboleh ubah yang tepat bagi membolehkan GIS berfungsi dengan baik. Bagi proses ini,
sekurang-kurangnya empat titik diperlukan di atas helaian peta bagi membolehkan proses
penukaran itu berlaku dengan baik (Wheatley & Gillings, 2002).
Titik-titik penting ini merupakan garisan silang ataupun sempadan bagi helaian peta
tersebut. Titik-titik ini selalunya mempunyai kordinatnya yang tersendiri. Titik ini dikenali
sebagai daftar, kawalan atau tic dalam petunjuk (Wheatley & Gillings, 2002). Bagi
menunjukkan lagi proses pendigitalan ini, perhatian perlu diletakkan kepada pelbagai tahap
yang melibatkan tiga lapisan maklumat daripada sebuah peta ringkas. Lapisan-lapisan ini
mengandungi lokasi-lokasi bagi kawasan tapak-tapak arkeologi, aliran sungai dan sempadan
bagi kawasan lapang (Wheatley & Gillings, 2002). Perkara seterusnya yang dapat dilihat
dalam buku mereka ialah, Wheatley & Gillings (2002) meletakkan tiga lapisan proses bagi
menyempurnakan proses GIS tadi. Proses-proses ini ialah persediaan, kebolehgunaan
pendigitalan dan imbasan peta dan pendigitalan paparan muka. Setiap daripada prosesproses ini mempunyai sub-proses yang tersendiri (Wheatley & Gillings, 2002). Dalam setiap
proses, perancangan yang penting diperlukan bagi memastikan kelancaran proses terbabit.
Dalam proses bagi menyempurnakan GIS ini, langkah pertama yang paling penting ialah
untuk memastikan peta itu sendiri dicetak ke atas bahan yang stabil.
Selain itu, adalah penting juga bagi pengkaji tersebut untuk mempunyai maklumat
rujukan-geo yang mencukupi. Ini bagi memastikan proses pendigital berlaku dengan
berkesan. Selain itu, pengkaji perlu mengenal pasti sekurang-kurangnya empat titik rujukan
di atas helaian peta tersebut yang mana mempunyai kordinat dunia sebenar (Wheatley &
Gillings, 2002). Langkah seterusnya ialah untuk menentukan lapisan vektor mana yang ingin
6

diwujudkan daripada helaian peta tersebut. Setelah dikenalpasti dan ditentukan, maka setiap
lapisan tersebut perlu dilabelkan dengan nama yang berbeza. Selepas proses penamaan itu
selesai, maka proses untuk memberikan kod warna kepada helaian vektor itu dilakukan. Kod
warna ini bertujuan untuk mengaitkan warna dengan pengkalan data yang telah diwujudkan
(Wheatley & Gillings, 2002). Proses seterusnya, menurut Wheatley & Gillings (2002) ialah
menentukan kebolehgunaan proses pendigitalan. Dalam proses ini, terdapat beberapa subproses yang digunakan untuk memastikan objektif proses ini tercapai. Langkah pertama
ialah untuk menetapkan peta kepada tablet pendigitalan yang rata. Ini dilakukan bagi
memastikan tidak berlaku sebarang gangguan dalam bacaan. Selepas itu, pengkaji perlu
melaksanakan proses penukaran bagi memastikan kordinat dunia sebenar yang boleh
dikesan terletak di atas peta (Wheatley & Gillings, 2002).
Menurut Wheatley & Gillings (2002), bagi tujuan untuk merekodkan rangkaian X, Y,
kordinat yang akan dapat diterjemah melalui GIS adalah titik tumpuan sendiri, titik
permulaan, penghujung atau pertengahan sepanjang sebuah garisan. Setiap alat
pendigitalan mempunyai fungsi untuk menangkap seberapa banyak bentuk garisan yang
terdapat dalam peta terbabit bermula daripada titik permulaan hingga penghujung (Wheatley
& Gillings, 2002). Salah satu kelebihan apabila dapat menguasai sisih piawai ini ialah boleh
menjimatkan masa apabila proses terakhir untuk memperincikan peta dijalankan. Kelebihan
ini juga dapat ditambahkan lagi dengan kemahiran menggunakan tangan dengan berhatihati. Selepas proses ini, proses terakhir dalam menentukan kebolehgunaan proses
pendigitalan ialah proses mewujudkan topologi bagi lapisan-lapisan tersebut (Wheatley &
Gillings, 2002).
Perkara ini boleh dilakukan dengan software dalam pendigitalan itu sendiri atau
dengan menggunakan sistem induk. Pada peringkat ini, masalah-masalah yang terdapat
dalam peta itu akan dikenal pasti dan akan disisihkan. Selalunya, setiap alat pendigitalan
atau software induknya akan mempunyai kebolehan untuk membetulkan kesilapan-kesilapan
ini. Namun begitu, proses untuk membetulkan kesilapan-kesilapan ini adalah kompleks dan
memakan masa (Wheatley & Gillings, 2002). Peringkat terakhir dalam kitaran proses
pendigitalan ini dikenali sebagai pengimbasan peta dan pendigital pemuka (Wheatley &
Gillings, 2002). Salah satu alternatif bagi menyesuaikan sumber maklumat spatial
berasaskan peta kepada pengkalan data adalah melalui kaedah kepingan rata (flatbed) atau
pengimbas tong (drum scanner). Pengimbas akan dapat mengimbas dan menukarkan
maklumat-maklumat untuk disimpan kepada format imej fotografik seperti .tiff dan .png. Imejimej ini akan dapat digunakan kepada GIS yang bersesuaian secara langsung (Wheatley &
Gillings, 2002).

Salah satu daripada kelebihan mengimbas berbanding mendigitalkan adalah helaian


peta yang kompleks boleh disesuaikan dengan sepenuhnya dengan mudah. Selain itu,
proses ini juga akan dapat menjimatkan masa. Walaupun begitu, salah satu kelemahan
proses imbasan ini ialah maklumat khusus yang terdapat pada helaian-helaian peta itu tidak
akan dapat dibezakan (Wheatley & Gillings, 2002). Salah satu cara bagi mengatasi masalah
ini ialah dengan menggabungkan kedua-dua elemen tersebut. Data peta yang telah diimbas
dijadikan sebagai tapak manakala maklumat-maklumat khusus ditambah secara superimpose ke atas imej imabasan itu tadi. Dengan cara ini, sebarang kehadiran atau
kehilangan yang terdapat dalam data-data untuk setiap sel akan dapat diperhatikan dengan
teliti (Wheatley & Gillings, 2002).
Perlu juga diketahui bahawa bahawa proses yang telah dilakukan itu tidak terlindung
daripada kesilapan. Oleh itu, Wheatley & Gillings (2002) menyatakan bahawa salah satu
cara untuk mengatasinya ialah dengan cara menyediakan peta yang telah dikemaskini.
Maksud peta yang dikemas ini ialah segala maklumat yang perlu dibuang dan disisihkan
sudah tiada di atas peta terbabit. Namun, proses ini ternyata mengambil masa untuk
diselesaikan (Wheatley & Gillings, 2002). Antara langkah-langkah lain yang boleh diambil
untuk memastikan bacaan lebih tepat, jenis alat mengimbas juga perlu diambil kira. Hal ini
kerana setiap pengimbas mempunyai kelemahan yang tersendiri. Selain itu, ketajaman
imbasan itu juga perlu diambil kira. Penggunaan pengimbas yang memiliki ketajaman yang
rendah akan mengakibatkan imbasan menjadi tidak tepat dan kabur (Wheatley & Gillings,
2002).
Pendigitalan pemuka merupakan sebuah teknik yang dapat menyesuaikan maklumat
dengan menggabungkan imbasan dan proses pendigitalan. Dalam proses ini, peta akan
diimbas, dibaca melalui GIS dan dipaparkan kepada skrin. Hubungan interaktif antara
pengguna dan data akan disalurkan melalui gerakan tetikus. Walaubagaimanapun, teknik ini
merupakan teknik yang agak jarang digunakan. Ini kerana proses ini merupakan proses
yang mahal dan tidak disertakan dalam GIS. Selain itu, kejayaan proses ini turut bergantung
kepada kejayaan proses mengemaskini peta yang telah diimbas itu sendiri (Wheatley &
Gillings, 2002).
Salah satu cara lain untuk menterjemahkan maklumat spatial, menurut Wheatley &
Gillings (2002) adalah dengan kaedah kordinat. Kaedah ini akan memberikan kordinat bagi
setiap barangan yang dijumpai. Secara amnya, maklumat kordinat ini akan mengikut format
Easthing: Northing (Wheatley & Gillings, 2002). Namun, bergantung kepada pihak yang
bertanggungjawab terhadap kajian tersebut, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah rujukan
grid untuk sesetengahnya. Bagi mengatasi masalah ini, data yang direkodkan sebagai
8

rujukan grid perlu disesuaikan terlebih dahulu untuk dijadikan sebagai data berpandukan
konsep Easting: Northing(Wheatly & Gillings, 2002).

Sebaik sahaja rujukan grid telah dipecahkan dan kordinat telah dapat dikutip
daripadanya, langkah yang perlu diikuti seterusnya ialah untuk mengalihkan senarai kordinat
tersebut kepada hamparan kertas kerja atau fail ringkas. Kordinat digunakan untuk membuat
rujukan kepada satu titik secara amnya. Data kordinat ini boleh digunakan dalam GIS,
dengan syarat, data tersebut disimpan dalam format digital yang bersesuaian yang akan
dapat dibaca dalam GIS (Wheatley & Gillings, 2002). Maklumat spatial juga boleh didapati
daripada maklumat tinjauan yang dilakukan. Maklumat tinjauan ini akan dapat diperolehi
melalui dua kaedah. Kaedah pertama ialah kaedah Stesen Penuh (Total Station), manakala
kaedah kedua ialah Sistem Kedudukan Global (Global Positioning System). Kedua-dua
kaedah ini semakin popular dalam kalangan komuniti arkaeologi (Wheatley & Gillings, 2002).
Kaedah kajian dengan menggunakan Stesen Penuh ialah proses yang menggunakan
sebuah theodolite digital yang mempunyai pengukur jarak elektronik, kalkulator, dan
penyimpan data samada dalaman atau luaran. Stesen penuh ini boleh digunakan untuk
mengambil ukuran jarak dan sudut dengan tepat. Teknik ini telah mula digunakan sejak
daripada tahun 1980 sehingga kini (Wheatley & Gillings, 2002). Teknik Sistem Kedudukan
Global (Global Positioning System) pula merupakan teknik yang menggunakan kaedah
hubungan radio dengan satelit yang bergerak di orbit bumi. D.K & Elliott Christopher, J.H
(2006), menyatakan GPS merupakan sistem yang menyediakan kedu dukan dan halaju
maklumat diseluruh dunia secara tiga dimensi, tepat, dan berterusan kepada pengguna
melalui peralatan yang sesuai menerima data tersebut. Teknologi ini masih boleh dikatakan
sebagai sebuah teknologi baru berbanding dengan kaedah kajian penuh, namun kaedah ini
merupakan kaedah yang digemari. Hal ini kerana penerima isyarat GPS mudah didapati dan
mudah alih. Ini secara langsung memudahkan kerja arkeologi yang dijalankan. Data yang
boleh diperolehi pula merangkumi tinjauan kawasan dan tinjauan tahap tapak kajian
(Wheatley & Gillings, 2002).
Dalam buku terbitan mereka, Wheatley & Gillings (2002) turut menggariskan bahawa
kutipan data spatial boleh dilakukan dengan menggunakan imej. Imej ini diperolehi dengan
kaedah-kaedah yang tertentu dan akan diterjemahkan dengan cara yang sesuai. Antara
kaedah pengimejan bagi kutipan data ialah tangkapan imej dari udara, imbasan elektronik &
imbasan jauh daripada angkasa, kaedah satelit (Landsat, SPOT dan sistem Rusia) dan
maklumat tinjauan Geofizikal (Wheatley & Gillings, 2002). Tangkapan imej daripada udara
merupakan sebuah kaedah yang diasaskan daripada fotografi udara yang dimulakan pada
9

perang dunia pertama dan kedua oleh O.G.S Crawford. Selepas itu, teknik ini mula diterima
dalam komuniti arkeologi bagi mendapatkan data spatial. Teknik ini boleh dilakukan dengan
cara menggunakan kapal terbang biasa atau menggunakan paparan imej daripada satelit
(Wheatley & Gillings, 2002). Paul, J.C (1955) menyatakan terdapat enam jenis kamera udara
yang diguna pakai untuk fotograf udara iaitu kamera pemetaan, kamera tinjauan, kamera
jalur, kamera panorama, kamera berbilang kanta dan kamera berbilang kamera.

Kelebihan kaedah ini ialah kaedah ini dapat menunjukkan ciri-ciri yang tidak dapat
dilihat pada permukaan bumi, melalui pengimejan daripada udara. Antara perkara yang
dapat dilihat melalui pengimejan udara ini ialah corak pencahayaan atau perbezaan warna
antara tanih. Selain itu, corak tumbuhan dan tahap pertumbuhan tumbuhan yang berbeza
akan dapat dilihat (Wheatley & Gillings, 2002). Paul, J.C (1955) menyatakan bahawa untuk
melakukan kajian udara terhadap kawasan yang luas, kejituan geometri dan kejituan
radiometer yang tinggi diperlukan. Hal ini kerana, pemerolehan imej yang jelas diperlukan
bagi menterjemahkan dalam bentuk data yang diperlukan.
Kaedah imbasan elektronik merupakan kaedah yang digunakan untuk radiasi di
sesebuah kawasan. Dalam kaedah ini, kelebihannya ialah kerana kaedah ini lebih sensitif
terhadapa data-data radiasi yang terdapat di sekitar kawasan kajian. Terdapat dua jenis
pengesan elektronik ini, salah satunya ialah mendapatkan bacaan daripada beberapa alat
pengimbas yang dinamakan sebagai multispectral, dan satu lagi proses di mana pengesan
elektronik memungut data yang dirujuk sebagai pengimbas hyperspectral (Wheatly &
Gillings, 2002).
Teknik imbasan jauh daripada angkasa ialah kaedah yang melibatkan pengimejan
muka bumi di kawasan kajian dengan satelit. Kaedah ini mempunyai kejelasan yang lebih
baik berbanding kaedah lain. Imej daripada satelit ini boleh menunjukkan maklumat berharga
terhadap persekitaran sedia ada. Dengan menggabungkan imej yang didapati daripada
kaedah imbasan elektronik dan teknik imbasan satelit ini, sebuah data yang jelas dan tajam
akan dapat dijadikan sebagai rujukan (Wheatley & Gillings, 2002). Kaedah ini merupakan
kaedah yang baru dimulakan pada tahun 1946. Namun, pada masa kini, imej yang diambil
daripada satelit senang dan mudah untuk didapati. Selalunya, data-data ini boleh diperolehi
dalam bentuk imej dicetak sedia ada dan juga dalam bentuk digital. Data yang diperolehi ini
pula boleh dikategorikan sebagai data kasar, yang merupakan data yang diambil dan tidak
diterjemahkan, dan satu lagi bentuk ialah data yang telah diproses dan diterjemahkan
(Wheatley & Gillings, 2002).

10

Landsat pula ialah sebuah siri beberapa satelit yang diorbitkan oleh Amerika Syarikat
bagi tujuan peninjauan bumi. Landsat yang pertama dilepaskan pada 1972 dan terdapat lima
buah Landsat yang berada di orbit sekarang. Namun begitu, tiga Landsat yang terawal telah
ditarik balik memandangkan alat pengesan yang dipasang pada Landsat telah rosak.
Landsat menggunakan pengesan-pengesan seperti pengesan multispectral, pemeta
thematic, dan pemeta thematic yang telah ditingkatkan (wheatley & Gillings, 2002).
SPOT merupakan sebuah sistem tinjauan yang direka di Perancis. Nama penuh
sistem ini ialah Satellite Pour l'Observation de la Terre. Sistem ini pertama kali dilancarkan
pada tahun 1986 dan ditarik balik pada 1990. Pada tahun 1990, sistem kedua telah
dilancarkan dan diikuti dengan sistem seterusnya pada tahun 1993. Seperti Landsat, sistem
ini juga membawa bersama alat pengesan bagi tujuan tinjauan. Kelebihan SPOT ialah imej
yang dihasilkan lebih jelas dan tajam berbanding Landsat (Wheatley & Gillings, 2002).
Selepas tamat perang dingin, kerajaan Rusia mula menerbitkan dokumen rahsia
kepada orang awam. Dalam dokumen-dokumen ini, menunjukkan bahawa terdapat alternatif
kepada Landsat dan SPOT telah direka oleh Rusia. Namun begitu, kebanyakkan satelit
Rusia hanya mempunyai peralatan untuk mengambil gambar dan bukannya alat pengimbas
elektronik. Data yang diperolehi daripada satelit Rusia ini dicetak atau siap untuk diimbas.
Kelebihan sistem ini ialah kejelasan maklumat spatial yang dapat dilihat (Wheatley &
Gillings, 2002).
Maklumat tinjauan Geofizikal merupakan maklumat yang telah diterbitkan oleh badan
Peninjau Geofizikal (Geophysical Prospection). Istilah maklumat tinjauan Geofizikal ini
merupakan sebuah istilah yang luas. Istilah ini turut merangkumi penggunaan kaedah
berteraskan pengaliran eletrik, sifat magnetik, atau sifat thermal. Selain itu, kaedah yang
paling

berkesan

ialah

kaedah

menggunakan

pengaliran

dan

pembalikan

isyarat

elektromagentik yang dinamakan GPR (Ground penetrating radar). Namun, kaedah ini sukar
untuk diterjemahkan walaupun kadar keberkesanannya ialah tinggi (Wheatley & Gillings,
2002). Terdapat pelbagai cara untuk menterjemahkan data spatial yang dikutip daripada
kajian lapangan. Salah satu daripadanya ialah kaedah penterjemahan data mengikut sumber
data digital sedia. Walupun data-data ini secara sedia adanya wujud, namun kepakaran
tertentu diperlukan untuk menterjemahkan maklumat yang terdapat dalam data-data
tersebut. Antara agensi yang mempunyai sebilangan besar maklumat-maklumat sedia ada
ini ialah Peninjau Geologi Amerika Syarikat (US Geology Survey) dan Ordinan Tinjauan
United Kingdom (UK Surveying Ordinan) (Wheatley & Gillings, 2002).
Selepas kutipan data spatial daripada kawasan kajian dilakukan dan diterjemah,
langkah seterusnya ialah untuk mengutip maklumat berkenaan data sifat. Seperti juga cara
11

untuk mendapat data spatial, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data sifat juga
mempunyai pelbagai cara. Antara kaedah-kaedah ini ialah indeks kad berasaskan kertas,
arkib tapak dan tinjauan, laporan yang diterbitkan dan artikel jurnal, arkib mikrofiche dan
pengkalan data tipologikal atau artefact (Wheatley & Gillings, 2002). Sememangnya terdapat
banyak kaedah untuk mendapatkan rekod bagi data sifat, namun begitu hampir kesemuanya
mempunyai bentuk sebuah pengkalan data. Bagi memastikan maklumat-maklumat ini akan
dapat dibaca oleh GIS, maka format pengkalan data tadi perlu ditukarkan menjadi bentuk
digital. Proses ini tidak mengambil masa yang lama memandang GIS selalunya mempunyai
kebolehan untuk membaca terus data tersebut sekiranya disediakan dalam format dbase III
dan IV (Wheatley & Gillings, 2002). Data dalam bentuk digital lebih mudah untuk diuruskan
berbanding data yang bukan digital kerana melibatkan lebih banyak proses berbanding data
digital. Dalam data digital, seseorang itu hanya perlu menduakan data sedia ada kepada
bentuk digital. Proses bagi maklumat tidak digital ini memerlukannya untuk diterjemahkan
sebelum dimasukkan kepada sebuah pengkalan data digital (Wheatley & Gillings, 2002).
Menurut Wheatley & Gillings (2002), kelompok arkeologi hanya menumpukan
perhatian kepada kualiti data-data dalam pengkalan data spatial arkeologi pada mutakhir ini.
Kerosakan dalam komponen spatial dapat dilihat apabila data tersebut diplot atau
diterjemahkan dalam bentuk imej. Keadaan ini tidak berlaku kepada pengkalan data
terdahulu yang tidak diterjemahkan kepada bentuk imej. Imej yang dihasilkan GIS dalam
sesebuah penerbitan dapat dijadikan sebagai sebuah rujukan yang diterima walaupun kualiti
data tersebut tidak begitu baik. Hal ini kerana GIS dilihat sebagai sebuah alat yang
mempunyai keboleh percayaan yang tinggi (Wheatley & Gillings, 2002). Apabila bercakap
tentang kualiti, dua konsep asas yang selalu dikelirukan oleh orang ramai ialah precision dan
accuracy. Kedua-duanya berkaitan namun, apabilan tiba masa untuk meletakkan istilah,
accuracy lebih digunakan berbanding precision. Accuracy bermaksud seberapa dekat nilai
itu dengan nilai sebenar. Precision pula merupakan istilah yang digunakan dalam
menerangkan mengenai ketepatan data yang disimpan. Semakin kecil unit bagi data itu,
makin tepatlah bacaan bagi alat tersebut (Wheatley & Gillings, 2002).
Turut diingatkan bahawa terdapat dua jenis accuracy. Satu bersifat relatif manakala
satu lagi adalah bersifat tepat. Bagi menerangkan mengenai accuracy bersifat tepat, data
yang diambil daripada GPS boleh menjadi contoh. Ini kerana data ini diukur dengan
mengambil kira jarak daripada kedudukan satelit itu sendiri (Wheatley & Gillings, 2002).
Terdapat pelbagai sebab yang mengakibatkan kualiti maklumat yang diperolehi. Selain
daripada kesilapan yang berpunca daripada ketidaktepatan pengkalan data, kualiti sumber,
kegagalan pemerhatian dan pengukuran, dan kegagalan catatan bagi bacaan turut

12

menyebabkan berlakunya kecacatan dalam kualiti maklumat yang diperolehi itu (Wheatley &
Gillings, 2002).
Kebanyakkan data yang digunakan oleh ahli arkeologi tidak digunakan dalam masa
yang segera. Kebanyakkannya berpunca daripada data-data sedia ada yang diubah bentuk
samada melalui pemerhatian atau ukuran yang bertujuan untuk perkara lain. Sebagai
contoh, data yang berkaitan dengan populasi penduduk atau pertumbuhan tumbuhan masih
dikira penting dan digunakan oleh ahli arkeologi. Contoh bagi data yang berkualiti rendah
ialah data yang boleh ditemui dalam Rekod Tapak dan Monumen di mana maklumat
mengenai tapak arkeologi diambil daripada rekod yang telah lusuh dan berumur (Wheatley &
Gillings, 2002). Masalah data turut diakibatkan oleh kegagalan pemerhatian dan
pengukuran. Ini boleh berlaku dalam mana-mana alat pemerhatian atau pengukuran seperti
rajah, bahagian, tinjauan geofizikal, kedudukan GPS dan data tinjauan tradisional.
Kerosakan pada data boleh berlaku apabila seseorang peninjau mengalihkan sampel yang
dijumpai atau meletakkan label yang salah pada barangan tersebut. Kerosakan data juga
boleh berlaku apabila alatan yang digunakan itu rosak atau tidak diselenggara dengan baik
(Wheatley & Gillings, 2002).
Kegagalan catatan bagi bacaan turut menyebabkan berlakunya kerosakan pada data
yang dikutip. Kegagalan ini berlaku apabila maklumat dipindah bentuk daripada satu format
ke format yang lain. Kegagalan ini juga selalunya dikaitkan dengan penggunaan komputer.
Ini berlaku apabila maklumat yang diubah bentuk itu disalah taip melalui papan kekunci.
Selain itu, kegagalan ini juga boleh berlaku apabila sebuah format cuba diterjemahkan ke
format yang lain (Wheatley & Gillings, 2002).
Menurut Wheatley & Gillings (2002), metadata merupakan himpunan maklumat yang
berkaitan dengan data. Metadata adalah penting bagi situasi di mana kita memerlukan data
yang mempunyai lebih daripada satu fungsi. Ini bagi memudahkan penggunaan data itu
dalam bentuk yang lain. Contohnya, sekiranya pengkalan data untuk maklumat spatial ingin
dibuat agar dapat digunakan dalam operasi-operasi lain, maka pengkalan data tersebut perlu
direkod dengan betul dan tepat (Wheatley & Gillings, 2002). Secara mudahnya, metadata
merupakan

maklumat

yang

diperlukan

bagi

membolehkan

seseorang

itu

dapat

menggunakannya bagi membuat terjemahan atau untuk membuat sebarang prosedur yang
berkaitan dengan maklumat spatial. Terdapat dua jenis metadata. Salah satu daripadanya
ialah maklumat yang menerangkan mengenai sifat-sifat data atau memberikan sifat spatial.
Jenis yang kedua pula ialah metadata yang diperlukan untuk berasingan daripada lapisan
maklumat. Secara umumnya, metadata ini penting kerana melaluinya, individu boleh

13

menafsir dan menggunakan pengkalan data yang berkaitan dengan maklumat spatial
(Wheatley & Gillings, 2002).
Kesimpulannya,

melalui

buku

Spatial

Technology

and

Archaeology:

The

Archaeological Applications of GIS, yang ditulis oleh David Wheatley dan David Gillings
menerangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan GIS. Selain itu, melalui bab tiga dalam
buku ini, merupakan bab yang turut menggariskan mengenai maklumat tambahan,
metadata, perkara yang perlu direkodkan dan dicatat bagi kegunaan pihak-pihak yang
berkenaan (Wheatley & Gillings, 2002). Rentetan huraian dari bab ke bab akan menjelaskan
dengan lebih lanjut mengenai aplikasi arkeologi GIS ini. Pemperolehan data dan penafsiran
data amat penting dalam aplilkasi arkeologi GIS ini. Satheesh, G. , Sathikumar, R, & Madhu,
N (2007) menyatakan bahawa sesungguhnya untuk GIS, sumber data seperti peta analog,
gambar-gambar udara, imej satelit, pengukuran, pendigitan, pengimbas, dan laporan dan
penerbitan digunakan secara meluas.

14

RUJUKAN
D.K & Elliott Christopher, J.H. (2006). Understanding GPS Principles and Applications.
Norwood : Artech House. Inc
Heywood I, & Cornenelius S., (2002). An Introduction to Geographical Information System.
England: Pearson Education Limited.
Mohd Faris Dziauddin & Ruslan Rainis. (2003). Pengenalan Kepada Kartografi. Petaling
Jaya : Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Nasir Nayan. (2007). Persekitaran Sistem Maklumat Geografi. Tanjong Malim : Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Paul, J. C (1955). Prinsip Penderian Jauh (Abdul Hakim Bin Alang Hassan, Terjemah) .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Satheesh, G. , Sathikumar, R, & Madhu, N. (2007). Advanced Surveying : Total Station, GIS
and Remote Sensing. India : Dorling Kindersley Pvt. Ltd.
The University of Leicester. (2014, January 1). Dr Mark Gillings. Diperoleh pada Oktober 3,
2014, daripada http://www2.le.ac.uk/departments/archaeology/people/gillings.
University of Southampton. (2014, January 1). Dr David Wheatley. Diperoleh pada Oktober
3, 2014, daripada http ://www. Southampton ac uk / archaeology/ about/ staff /
dww. Page.
Wheatley, D., & Gillings, M. (2002). Chapter 3: Acquiring and integrating data. In Spatial
technology and archaeology: The archaeological applications of GIS. New York:
Taylor & Francis.
Yang, L., & Sheng, Y.H (2008, Julai 3-11). Experience and Implement Flow of Virtual Field
Archeology Environment Kertas kerja dibentang di 37th The International
Archives of the Photogrammetry, Remote Sensing and Spatial Information
Sciences, Beijing, China.

15

You might also like