You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah permainan dan interaksi
dengan bahan dalam meningkatkan prestasi pencapaian murid khas dalam menguasai konsep
asas matematik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebolehan belajar murid
adalah berbeza dan memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Untuk
tujuan ini, aspek metodologi yang digunakan dalam kajian ialah kajian eksperimen. Reka bentuk
kajian ini menggunakan kumpulan eksperimen yang terdiri daripada murid berkeperluan khas
yang tidak pernah diajar menggunakan kaedah permainan sebelum ini. Murid yang dipilih
merupakan murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sibu. Bagi mengkaji
perubahan disebabkan oleh olahan, dua cerapan dilakukan melalui praujian dan pascaujian.
Hasil kajian mendapati penggunaan Kaedah bermain dan berinteraksi dengan bahan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran konsep sedikit dan banyak memberi kesan kepada peratusan
pelajar yang lulus dan pengurangan bilangan pelajar yang gagal dalam ujian diagnostik. Hal ini
bermakna objektif kajian yang telah ditentukan iaitu meningkatkan penguasaan murid terhadap
konsep sedikit dan banyak dapat dicapai. Dengan ini, diharapkan hasil kajian ini dapat memberi
kebaikan dan manfaat kepada pihak yang terlibat terutama kepada guru-guru pendidikan khas
di Malaysia dan bakal-bakal guru pendidikan khas supaya mereka dapat memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada institusi pendidikan, terutamanya di sekolah, serta
muridnya dalam menjayakan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi
memartabatkan Pendidikan Khas dalam kalangan masyarakat Malaysia.

iv

You might also like