You are on page 1of 17

INSTITUT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

PEDAGOGI PAK
(DTM 301 )

Disediakan Oleh
FARAH NAJWA BINTI ASRI
DPAK A1002143
KOHORT 9A (G3)
017-4722417

Disediakan Untuk
TUAN RANI
(PENSYARAH PEDAGOGI PAK)

4 OGOS 2011

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja


kursus Pedagogi pada masa yang telah ditetapkan. Saya, Farah Najwa binti Asri
mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan terutama sekali
kepada pesyarah kursus ini kerana telah membantu dalam memberi maklumat
sedikit sebanyak dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga pada ahli keluarga
saya, terutamanya kepada kakak saya yang banyak membantu mencari maklumat
untuk kerja kursus ini, serta para rakan yang secara tidak langsung turut membantu
dalam menyiapkan tugasan ini.
Saya telah merancang dengan teraturnya dalam menyiapkan tugasan ini. Pada
permulaan saya mendapat tugasan ini, saya serta rakan-rakan telah bersama-sama
mengumpul maklumat di perpustakaan. Disebabkan cuti semester hampir tiba,
masa tidak mencukupi untuk kami mencari maklumat di perputakaan. Namun saya
tetap meminjam buku berkaitan dengan tugasan untuk mencari maklumat lebih
senang dirumah.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat
membantu saya mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang
semakin jelas mengena ipedagogi. . Fakta-fakta seperti ini perlu diketahui oleh saya
sebagai bakal guru agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan
jayanya. Saya berbangga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang
mempunyai dasar pendidikan yang bagus dan sentiasa diperbaharui ke arah
penambahbaikan dan sejajar dengan pembangunan yang sedang diharungi.

1.0 PENGENALAN
1.1 Rasional
Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru permulaan
yang berkesan.

Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan

pengajaran mikro dalam konteks Praktikum,

Bahagian Pendidikan Guru telah

menekankan agar diaplikasikan teknik pengajaran mikro ini dalam kurikulum


dimaktab/institut perguruan di Malaysia.
1.2 Tujuan

Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan,

dan merangsang

keinginan untuk membaiki diri sendiri.

Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan


menyeronokkan.

Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan


melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan
serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya.

Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan.

Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi


kelas sebenar semasa praktikum nanti.

1.3 Pendahuluan
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk
membolehkan murid melakukan proses pembelajaran.
seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara,

Aktiviti pembelajaran
variasi rangsangan,

peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(gesture) dan perlakuan


bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya
akan menentukan keberkesan guru.
Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur
dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan
disiplin bilik darjah.
Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran
pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat

digabungjalinkan
mereka.

kemahiran-kemahiran

yang

diperlukan

dalam

pengajaran

Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan

kesedaran terhadap teknik pengajaran.

2.0 Pengajaran Mikro


Mengikut Micheel J. Wallace Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran
yang dimudahkan.

Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran

yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran
dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.
2.1 Pengajaran Mikro diaplikasikan

Tidak banyak penulis tentang pengajaran mikro mengusulkannya sebagai ganti


Praktikum

di

sekolah,

malah

kebanyakan

daripada

mereka

berpendapat,

pengajaran mikro sebagai tambahan kepada teknik-teknik latihan perguruan yang


ada, alasan yang diberikan adalah kerana,
1. Membolehkan pelajar menumpukan perhatian kepada tugasan mengajar tanpa
gangguan masalah pengurusan bilik darjah, yang biasa terdapat dalam
praktikum disekolah.
2. Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu kemahiran mengajar pada
satu masa.
3. Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik, dan
mendapat maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat perubahan
untuk membaikinya di mana yang difikirkan perlu.
4. Dengan menekankan penganalisaan pengajaran kepada kemahiran-kemahiran
komponennya, pengajaran mikro meletakkan asas bagi pendekatan saintifik
yang sebenarnya dalam latihan perguruan.
5. Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah dan boleh digunakan dalam
berbagai situasi seperti persediaan untuk praktikum di sekolah, langkah
diagnosis semasa atau selepas praktikum, dan kajian keatas proses pengajaran
dan pembelajaran.

2.2 Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro sebagai sampingan praktikum di sekolah, langkah persediaan


sebelum praktikum, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum atau langkah
peneguhan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Perinsip asas pengendalian
pengajaran mikro ialah;
1. Pelajar mengajar satu pelajaran yang pendek antara 5 hingga 10 minit sahaja.
2. Mengajar pelajaran itu kepada satu kumpulan murid atau rakannya antara 4
hingga 6 orang sahaja.
3. Apabila pelajaran itu tamat, murid atau rakannya keluar, dan ia membincangkan
pengajarannya itu dengan penyelianya.
4. Selepas membuat perubahan di mana yang diperlukan ke atas pendekatannya
yang lalu, ia mengajar pelajaran itu kepada satu set murid atau rakannya yang
lain.

2.3 Perkara yang penting dalam pengajaran mikro

1. Pelajar yang telah menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan
pengajarannya.
2. Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu mengulangi
pengajarn mikronya.
3. Jika penggunaan perakam video panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu
digunakan.
4. Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/intitut dengan murid-murid sekolah
dibawa ke maktab/institut, atau dijalankan di sekolah dengan pelajar dan
penyelianya pergi ke sekolah.
5. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah
perlakuannya.
6. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat berasingan
dengan isi pelajaran.
7. Perakam vedeo mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan
dan bukan lisan.
8. Walaupun panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan
perakam video, tetapi ia boleh digunakan bersama kerana ia dapat

menambahkan keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan


maklumbalas yang bertulis.

2.4 Kemahiran Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar
dalam profesyen perguruannya.

Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran

yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah.


Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang
tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran
murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi
kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu
pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.
Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang
pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran:

Set induksi

Tunjuk cara

Variasi rangsangan

Peneguhan

Penyoalan

Mengilustrasi dengan menggunakan contoh

Penerangan

Aprisiasi

Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran

Penutup

2.5 KEMAHIRAN SET INDUKSI

Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu
pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran.

Pada setiap epesod

pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan


dibuat.

Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta

menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar.

Memandu

muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan


pengalaman lalu/sedia ada.
1. Menarik perhatian
Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik
perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan
bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.
2. Menimbulkan pergerakan
Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan
menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya.

Guru boleh

juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik
minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti.
3. Struktur
Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya,

seperti

Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan
bincangkannya.

Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya.

Guru

menolong muridnya dengan mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu.

4. Membuat perkaitan

Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan


tanda berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di
Sabah atau Sarawak.

Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik

perhatian.
Set induksi yang berkesan ialah,
1. Set induksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan
minat.

2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
3. Pelajaran

baru

hendaklah

dikaitkan

dengan

pengetahuan

sedia

ada

murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketahui.

2.6 KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk
mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini
dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid
kepada pelajaran yang diajarnya.
1. Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian
hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa
bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Elakkan pergerakan ke

hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada
pelajaran.
2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk
menguatkan

perkataan

yang

dituturkan

dapat

menarik

perhatian

murid.

Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti


mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan
menghalang tumpuan kepada pelajaran.
3. Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat
murid terhadap pelajaran.

Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat

menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan
kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.

4. Penglibatan murid secara lisan


Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan
pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran.
akan memberikan rasa seronok kepada murid.

Ini

5. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti
penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada
pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.
5. Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan
menyeronokkan murid semasa mereka belajar.
Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam
aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak
mengganggu perjalanan pelajaran.
3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan
bantu mengajar dan alat bantu mengajar.
4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada
tindak balas murid.

2.7 KEMAHIRAN PENEGUHAN

Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam
beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman,
angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan
murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis syabas dalam
buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan.

Peneguhan seperti ini akan

membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina
sikap yang positif .

Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau

seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan ialah;-

1. Peneguhan lisan
Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti
baik, ia, betul, itu jawapan yang tepat, bijak, pandai, bagus, kerja kamu
sempurna, itu adalah cadangan yang baik, dan lain-lain peneguahn yang positif.

2. Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya
seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh
badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat
tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya.
3. Peneguhan dampingan
Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya,
berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya.
4. Peneguhan sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang
muridnya (sama jantina).
5. Peneguhan aktiviti
Guru

melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid

menghasilkan kerja yang baik.


6. Peneguhan ganjaran
Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid
kerana telah menghasilkan kerja yang baik.

Bagi murid sekolah kebangsaan guru

boleh

gula-gula

memberi

hadiah

seperti

pensil,

dan

sebagainya

untuk

menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.


Peneguhan yang berkesan ialah:1. Kemesraan dan semangat
Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap
perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran
peneguhan.
2. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan
Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau
gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya.

10

3. Peneguhan positif
Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk
jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif
seperti itu salah atau jawapan kamu tidak tepat.
4. Kefahaman murid tentang peneguhan

Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara


peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka.

Guru hendaklah

memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid.


2.8 KEMAHIRAN PENYOALAN

Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan


kemahiran yang lain.

Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang

sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar.

Ada bukti yang menunjukkkan

kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya
adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis
dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat
meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran
sosial yang berkesan.
Penyoalan yang mudah atau asas

Pembentukan soalan - Guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek,


padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid.

Fokus - Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat


melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan
sahaja,

sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru

bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus.

Arah Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas,


selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan
memanggil

nama

murid

itu,

atau

menunjuk

dengan

tangan

atau

menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal.

Penyebaran - Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak


supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya.

11

Pemberitahuan - Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang


boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan.

Tanda itu

mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu.

Penyoalan yang kompleks


PERTAMA

Mempelbagaikan peringkat soalan


Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan
meminta aras pemikiran yang berbeza.

Ingat semula
Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumatmaklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah
menyoal soalan yang lebih kompleks.

Kefahaman
Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara.

Aplikasi
Soalan

yang

memberi

peluang

kepada

murid

agar

dapat

menggunakan pengetahuan yang lalu.


Analisis
Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa buktibukti dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka
mengurus dan melahirkan pemikiran mereka.

Sintisis
Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam
aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang
memerlukan penyatuan beberapa idea.

Penilaian
Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat
anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya
memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu.

KEDUA
Penyungkilan
Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan
jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya.

Soalan penjelasan

12

Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat.


Soalan Penyokongan
Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan
oleh muridnya.
Soalan Persetujuan
Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan
jawapan yang telah diberikan sebentar tadi.
Soalan Contoh
Guru

mengarahkan

muridnya

memberi

contoh-contoh

yang

menunjukkan maksud jawapan yang lalu.

Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro

1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan


peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir.
2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza
dalam kumpulan kelas itu.
3. Guru perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan.
4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid.

2.9 KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH

Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak.
Guru meminta contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah
difahami atau tidak.

Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang

biasa kepada murid.

Dengan mengaitkan contoh dan idea atau konsep, guru telah

mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan diketahui.
Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik
perhatian dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya.
Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh

Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu
pendekatan induktif : contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif:
peraturan diikuti dengan contoh, soalan digunakan untuk mendapatkan contoh;

13

1) Contoh mudah

Guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan jelas dan


boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu.

2) Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep

Menggunakan contoh di mana peraturan atau konsep boleh


digunakan.

3)

Contoh ingin tahu

Menggunakan contoh yang boleh membangkitkan naluri ingin tahu


dan minat murid.

4)

Media yang sesuai

Menggunakan media yang sesuai dengan kebolehan , umur dan


pelajaran yang diajar.

5) Pendekatan

Memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur dan


kebolehan murid dan pelajaran yang diajar.

6) Penglibatan murid

Murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau menyoal, atau


bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara
dengan menggunakan contoh atau model

3.0 KEMAHIRAN PENERANGAN


Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain,
kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami.

dan

Kemahiran

memberi penerangan dengan tepat dan berkesan salah satu kemahiran yang mesti
ada pada guru.

Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman, juga

banyak peringkat penerangan,


a.

Pentarifan

menjelaskan sesuatu isu

b.

Penerangan

menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah.

c.

Sebab

pemberian alasan

Penerangan berstruktur
(a)

Penggunaan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat

fakta utama yang terlibat.

14

(b)

Penggunaan contoh - perkara yang dititik beratkan ialah mudah, berkait,

penggunaan media yang sesuai dan menimbulkan minat.


(c)

Penyimpulan - guru menyatakan perkara utama dalam penerangannya.

Dr. G.A. Brown,

Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan yang

berkesan.
Penerangan Penyampaian
(a)

Penggunaan penyampaian yang jelas - guru menerangkan sesuatu aspek

pada satu masa, dan memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau
ilastrasi.

Ia hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak

sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.


(b)

Penggunaan

penekanan

variasi

rangsangan - guru

hendaklah

menggunakan peringkat, nada dan intonasi suara yang boleh menyampaikan


kepentingan yang berkaitan

dengan sesuatu.

Gerak geri dan pergerakan

hendaklah digunakan dengan sewajarnya.


Penggunaan penekanan petunjuk dan perkaitan dan keutamaan -

(c)

menggunakan perkataan atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu
yang penting dalam penerangannya - contoh:
Petunjuk

Tiga bidang utama.

Perkaitan

Ini membawa kepada

Keutamaan

Dengan ini.

(d)

Jauhkan kekaburan - ini ada kaitan dengan penerangan yang jelas.

Elakkan

menggunakan perkataan .. dan lain-lain, . dan sebagainya.. dan yang


sama sepertinya.
(e)

Sekuens - guru boleh menggunakn pendekatan induktif atau deduktif,

pelbagai rangsangan dan kaitan untuk menunjukkkan penerangan ke arah yang


betul.
(f)

Maklumat balas - penerangan guru janganlah panjang lebar, beri peluang

murid menjelaskan kefahaman, sikap dan minat dan memberi peluang mendapat

15

maklum balas. Guru hendaklah mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan


bilangan contoh yang digunakan.
3.1 KEMAHIRAN PENUTUP
Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;1. Menegaskan semula perkara-perkara penting.
2. Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognetif).
3. Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial.
4. Cadangan aktiviti
i.

Menegaskan semula
Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kajI
Semula ( boleh melibatkan murid )
(a)

Menegaskan semula melalui ringkasan

teguran

akhir,

ringkasan perkara penting dan mengaitkan semula aktiviti yang telah


dijalankan.
(b)

Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi

Rangsangan -

Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat murid.

ii. Penilaian

Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran,


adakah murid telah memahami isi pelajaran hari ini,

rumusan

kognetif.
1.Kaitan kehidupan social

Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid.

2. Cadangan aktiviti
(a)

Kaitkan dengan kognitif

Membuat latihan,membuat projek baru dan

menjalankan kajian.

16

(b) Perkaitan sosial

Menimbulkan perasaan kejayaan dengan peneguhan

dan menyatakan peringkat kejayaan murid, menggalakkan murid mencuba kejayaan


yang lebih tinggi.
(c) Galakan motivasi

Kemesraan dan semangat untuk mengekalkan minat.

Penutup yang berkesan ialah;1. Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat murid.
2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran.
3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami.
4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan.
5. Mengukur pembelajaran murid.
6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.

RUJUKAN
http://eprints.utm.my/10460

http://www.slideshare.net/artventure/pengajaran-mikro

PengenalanPedagogi
Pengarang: Esah Sulaiman

17

You might also like