You are on page 1of 4

MODUL MOTIVASI - SEMUT GILA

Seorang fasilitator memberi arahan:"Semua peserta di minta buat bulatan... baik, ditangan saya ada 20 biji gula-gula bersamaan
dengan jumlah awak semua.. awak akan dapat sorang satu.. gula-gula ni, saya letakkan
kedalam plastik.. and then saya masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak saya
letakkan di atas kerusi plastik ni... baik, di tangan ksayan saya pula ada satu wisel... yang
msaya bila saja saya tiup wisel nie... saya nak setiap daripada awak memiliki sorang sebijik
gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua" ketua fasilitator memberikan
arahan kepada para peserta. ok bersedia?".
-BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan...
Prittttt!!! wisel dibunyikan.... maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada
yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa
gula....
Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan
tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut,... ada yang mengaduh
kesakitan... yang yang melonjak kegirangan kersaya mendapat lebih daripada sebiji gulagula.. ada yang bersedih kersaya tidak dapat gula-gula....
keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula
berkecai... dan bertaburan di ssaya-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak
gula2 tersebut patah kaki kerusinya....
Baik... semua dapat gula-gula?.
-Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
-Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula...
Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?...
ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!! bebel
ketua fasilitator.
Baik... saya nak tanya.. apa arahan saya mula-mula tadi?.
-Ambil gula-gula! ...jerit peserta kegirangan....
OOoo... baik.. nak tanya... ada tak saya suruh awak berebut-rebut macam budak kecik?.
-errr.. takk... jawab peserta dalam keadaan serba salah
Kan saya dah kata.. bila saya tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh
ker kalau lantik ketua di awakra awak kemudian beri sorang satu... atau.. awak semua
beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr??.. suara ketua fasilitator sedikit
meninggi...
peserta semua diam sambil menundukkan kepala...
nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada saya
suruh awak buat semua nih??? ha??.

semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah..


saya nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??.
-10 sen...
baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10
sen?.
-Lebih...
dah tu?? awak semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kersaya gula-gula 10 sen
nih??.
peserta semua terdiam....
inilah realiti hidup awak!.. awak sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam
hidup awak semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba awak semua bayangkan..
gula-gula ni adalah keseronokan bermain sehingga mengabaikan pelajaran... plastik yang
menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah hati mak dan ayah..... kotak ni
pulak... harapan awak.. dan kerusi ni pulak adalah masa depan yang menanti awak... tengok
apa dah jadi??.
para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah
kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang....
kerana keseronokan bermain sehingga mengabaikan pelajaran... awak telah hancurkan hati
mak dan ayah... awak harapan awak... dan kerana keseronokkan juga awak hancurkan masa
depan yang menanti awak... suara fasilitator agak meninggi...
peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi....
tuh, tengok sahabat-sahabat awak.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada
yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia awak semua ni hah? kerana gula-gula
sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri...
air mata semakin deras mengalir di pipi...
ketua fasilitator mengangkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula
tadi...
Nih tengok... baca! apa yang tertulis..?? ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotak
yang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN".
Ha! kalau yang awak rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa
nak jadi dengan awak semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong
bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu....
ok baik... sekarang.. saya nak awak pilih pasangan
-dah.. jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing.

masing-masing....

ok baik.., sekarang saya nak.. awak buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil

merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada pasangan masingmasing.. sambil ucap... "saya doakan awak berjaya".
maka sekali lagi dewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan
gula-gula kepada pasangan masing-masing....
"Ok dah suap?".
-"Dah..." jawab peserta kegirangan.
Baik.. awak lupa ka?? kan saya dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULA-GULA
INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?.
-er.. dah ustaz suruh?.
aik? kalau saya suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? awak xleh nak pikir ker.. yang
mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?.
-hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah...
"isk.. yang awak suap kat saya sapa suruh? saya makan la.."
-"yang awak pi makan tu sapa suruh.."
-" dah awak suap..".
dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan di hadapan awak dan
ucapkan "terima kasih". maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing....
dah peluk...? soal ketua fasilitator.
-dah. jawab peserta dengan ringkas..
aih?... awak semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat awak tadi suap gulagula beracun? sahabat awak tuh nak bunuh awak.. awak boleh ucapkan terima kasih... siap
peluk lagi? Soal ketua fasilitator.
-alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta...
"ni lah realiti awak sebagai pelajar sekolah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh
pakai... ajak awak buat jahat.. ajak ke jalan kemungkaran... awak tak reti nak tolak.. atau
mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai
kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan
akhlak awak dengan mengajak awak buat bende tak senonoh... tapi, awak masih anggap dia
kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk
isk... dah la duduk lah...".
-"err... para peserta masih berdiri".
-"tak pe lah...
lah... saya kata duduk.. duduk la..".
-"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk..".
"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut awak lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan
LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk..".
3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri....
"erm.. yang duduk tu sure ke saya suruh duduk..?" soal ketua fasilitator"
-er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri".

"aik? saya tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?".


-"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah..".
"oh pulak.. ikut awaklah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak
terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah
putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar...".
-"alamak.. kena lagi..." para peserta mengeluh kersaya salah memilih....
ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk
bagi meneruskan acara seterusnya...
-Tamat.

Modul Semut Gila ini sesuai untuk digunakan semasa sesi Ice Breaking.. Qias untuk kotak,
plastik dan kerusi boleh di ubah sekiranya ia digunakan untuk program berbentuk islamik
seperti berikut.
.
KOTAK= AGAMA PELAJAR
PLASTIK= AMALAN AWAK DI DUNIA
KERUSI= GANJARAN SYURGA PELAJAR
GULA-GULA= KENIKMATAN SEMENTARA DI DUNIA.
sekiranya ada sahabat-sahabat nak menggunakan modul ni untuk program sahabat-sahabat...
gune lah.. tak faham.. leh tanya... boleh bantu saya cuba bantu, InsyAllah...

Perhatian:.
1. Asingkan peserta muslimin dan muslimah.
2. Jangan buat di tempat yang sempit.
3. pastikan ada fasilitator yang mencukupi untuk menolong... takut ada peserta lemas,
tersepit.

Selamat Mencuba!

You might also like