You are on page 1of 3

Pemodelan Albert Bandura

Pembelajaran Sosial atau Pembelajaran Pemerhatian mencadangkan bahawa seorang individu meniru
tingkah laku yang diterima masyarakat (socially accepted behaviour) dan juga tingkah laku yang tidak
diterima masyarakat. Tingkah laku yang diterima:
berbeza antara satu budaya dengan satu budaya yang lain,
berbeza antara individu,
berbeza menurut situasi.
Dengan demikian, pembelajaran sosial tidak hanya melibatkan mempelajari tingkah laku yang diterima
tetapi juga tingkah laku tidak diterima. Ini adalah sama dengan proses generalisasi dan diskriminasi yang
diutarakan oleh Skinner.
Mengapa Manusia Meniru?
Orang meniru kerana apa yang dilakukan membawa kepuasan atau ganjaran, iaitu Peneguhan.
Bagaimana peneguhan wujud?
1) Peneguhan Secara Langsung
Individu mendapat ganjaran seperti pujian kerana dia meniru sesuatu tingkah laku yang diperhatikan.
Misalnya kanak-kanak yang meniru sebutan bapanya kerana dia dipuji dan mengulangi tingkah laku
tersebut.
2) Peneguhan Kendiri
Individu meniru bukan kerana ingin dipuji tetapi kerana ingin mencapai cita-citanya sendiri. Misalnya
seorang pelajar meniru cara Usain Bolt berlari bukan untuk dipuji oleh jurulatihnya tetapi untuk
membuktikan kepada dirinya bahawa dia pun boleh lari sama pantas dan ini memberi kepuasan
kepadanya.
3) Peneguhan Vikarius
Individu mendapat kepuasan secara tak langsung dengan meniru. Individu yang perhatikan bahawa orang
lain mendapat kepuasan atau ganjaran kerana meniru model, juga berbuat demikian kerana ingin
mendapat peneguhan yang sama. Misalnya pelajar memperhatikan rakannya dipuji oleh guru kerana
menyelesaikan tugasan dengan cepat mungkin pada masa akan datang akan berbuat demikian kerana dia
jangka akan menerima pujian yang sama.
Langkah-Langkah Pembelajaran dalam Proses Pemodelan Bandura
Untuk pembelajaran pemerhatian wujud, adalah penting untuk individu berkenaan berbuat demikian:
1) Tumpuan (Attention)
Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkah laku model untuk membolehkannya mempelajarinya.
Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri , sikap, dan lain-lain
yang dimiliki. Contohnya seorang pemain muzik yang tidak mempunyai keyakinan diri, mungkin meniru
tingkah laku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan gaya atau stylenya yang
tersendiri. Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka Social Learning & Personality
Development menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku.
Contoh Kajian

Kajian I: Kanak-Kanak Meniru Tingkah laku Agresif Bandura (1962) dan Bandura, Ross & Ross
(1963)
Subjek terdiri daripada kanak-kanak prasekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan
kepada model manusia sebenar, kartun atau model dalam filem yang terlibat dengan tingkah laku agresif
terhadap patung (doll) plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang
atau menumbuk patung plastik itu. Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model
yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa
kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental mempamerkan tingakah laku agresif apabila dibiarkan
bersama patung plastik berkenaan.
Kajian II: Indivudu Meniru Tingkah laku Agresif Yang Diberi Ganjaran Bandura (1963)

Dalam lagi satu kajian, kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental melihat model yang berkelakuan
agresif diberi ganjaran manakala model yang subjek kumpulan kawalan melihat tidak mempamerkan
tingkah laku agresif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak- kanak dalam kumpulan eksperimental
memiliki sifat-sifat agresif yang lebih ketara berbanding dengan kanak-kanak dalam kumpulan kawalan
(lihat graf di sebelah).
2) Penyimpanan (Retention)
Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan
subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.
3) Penghasilan (Reproduction)
Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan
mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. m.s. memandu kereta,
bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponenkomponen tingkahlaku yang telah diperhatikan.
4) Motivasi
Juga penting ialah untuk subjek berkenaan mempunyai sebab dan keinginan untuk meniru.

Bagaimanakah kita meniru sesuatu model ?


1) Model Secara Langsung
Misalnya, dalam sesetengah budaya kanak-kanak perempuan meniru kerja-kerja yang dilakukan oleh ibu
dengan tujuan mengambil alih tugas seorang ibu kelak. Juga kanak-kanak meniru rakan sebaya atau adikberadik mereka.
2) Model Simbolik
Kita meniru apa yang kita lihat atau perhatikan dalam buku, gambar, katun, TV, filem dan pelbagai media
masa lain. Contohnya pada tahun 80an lelaki di Malaysia meniru memakai kasut tumit tinggi setelah
menonton filem Saturday Night Fever apabila melihat pelakon utama John Travolta memakai kasut
seperti itu.
Aplikasi Model Pembelajaran Sosial Bandura di dalam Bilik Darjah

Guru sebagai role model dan model simbolik


Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat
menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.
Modifikasi tingkah laku
Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di
dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan
kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.
Peniruan tidak langsung
Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung,
guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak.
Contoh dan hasil kerja yang baik
Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan
contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakanrakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.
Permainan dan simulasi
Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan
simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu
diaplikasikan dalam situasi sebenar.
Rakan sebaya sebagai model
Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah
laku model dalam kelas.

You might also like