You are on page 1of 4

ABSTRACT

Many students are facing the problems in learning the multiplication skills in mathematics.
This is caused by the pupils problem in the times tables. Thus, this study was conducted to
determine the effect of magic box method in learning times tables 6 to 9 and applied the
method in multiplication skills. The researcher also reviewed the problems that existed when
the method is applied in solving problems involving multiplication. Five participants are
involved in this study. The instruments used in this study are Pre-Test, Post Test, Progressive
Test, interviews, observations, and documents. The data collections were analyzed
descriptively. The results showed that the magic box method brought a positive impact on
student achievement in times tables 6 to 9, multiplication skills and attitudes. The findings
also shows that there are five problems that exist due to the application of magic box method
in learning multiplication which are (1) participants confused about the direction of counting
small parcels while searching the answer using the magic box, (2) participants confused
where to start writing the number in constructing the magic box, (3) the number in the box
that should be written in small number was written in big number, (4) the participants are
careless in the process of adding two digits numbers and careless in writing the numbers
correctly, and (5) errors in the process of grouping.

1.0

PENGENALAN

Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk dikuasai oleh murid
khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan menguasai subjek ini diperingkat awal akan
menimbulkan kesan yang negatif kepada pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam
mencapai status negara maju dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah dibuat
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di
Malaysia bagi memenuhi keperluan negara di masa akan datang. Dalam perubahan dasar
tersebut, ia turut melibatkan subjek Matematik. Hal ini kerana, Matematik merupakan subjek
penting dan juga merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah rendah.

Terdapat empat operasi asas dalam matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), antara perkara yang menjadi
fokus adalah membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran tersebut.
Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah penting kerana ia
merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih kompleks di dalam subjek matematik
dan juga asas untuk menguasai subjek-subjek lain seperti sains.

Matematik merupakan satu cabaran kepada generasi muda di Malaysia pada masa kini.
Skemp (1989), seorang pakar psikologi dan matematik menyatakan bahawa mata pelajaran
Matematik adalah subjek yang sukar dan lebih susah untuk dikuasai berbanding dengan
subjek-subjek yang lain. Kajian oleh Harries dan Bramby (2008) berpendapat bahawa
perwakilan konsep darab dengan cara susunan adalah lebih baik berbanding dengan
perwakilan lain. Hal ini kerana cara susunan dapat menunjukkan sifat komutatif operasi
darab, manakala konsep yang lain seperti garis nombor, set atau kumpulan dan nisbah tidak
dapat menunjukkan sifat tersebut dengan jelas.

Penghargaan
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan
proposal kajian tindakan dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Kirkby International college kerana memberi peluang kepada kami
menghasilkan kajian tindakan ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya.
saya juga mengucapkan terima kasih kepada ____------- yang telah banyak memberi
tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini
diedarkan sehinggalah dalam

proses menyiapkan tugasan ini .Selain itu juga, saya

mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam
menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakanrakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga
bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kajian tindakan ini. Pengetahuan
dan bahan yang diperolehi di tutorial beliau membantu saya membuat Kajian Tindakan kali
ini. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang telah menyumbang
tenaga dan idea untuk menyiapkan laporan ini samaada secara eksplisit mahupun implisit.
Saya

ingin

mengambil

kesempatan

ini

untuk

merakamkan

setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung
ataupun tidak dalam menyempurnakan kajian ini. Terutamanya kepada Guru Besar SJKT
Batu Caves Pn.Arasirani, dan PK Tadbir dan Kurikulum iaitu Pn.Nokala atas keprihatian
pihak pentadbiran sepanjang saya menjalnkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada PK HEM
dan PK Kokurikulum Besar SJKT Batu Caves, atas kerjasama baik yang diberikan.

Selain itu, ucapan terima kasih ini juga dihulurkan kepada penasihat-penasihat kajian
saya iaitu semua ahli jawatankuasa Panitia Matematik iaitu Puan Thevakis erta murid-murid
Tahun 5 Kambar SJKT Batu Caves sesi 2014 yang menjadi responden Kajian Tindakan
saya.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan saya disamping dapat menjadi guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan saya agar dapat memberi manfaat
kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi

pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam
proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

You might also like