You are on page 1of 12

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN

ELEKTRONIK

SEMESTER 5
2015
TEKNOLOGI ELEKTRIK
ETE 50?
Tugasan ? :
Motor 3 Fasa Arus Ulang Alik Berserta Kawalannya
Disediakan oleh:
MUHAMMAD AMINUDDIN BIN RAMLAN
970604-10-5653
Nama pensyarah:
?

Tarikh:
?

KANDUNGAN

1) Penghargan
2) Pengenalan
3) Motor Tiga(3) Fasa
a) Motor aruhan 3 fasa sangkar tupai
b) Motor aruhan 3 fasa dwisangkar tupai
c) Motor aruhantiga fasa pemutar berbelit

d)
PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,


nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Pertamanya, saya tuju ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, En.Zainal bin
manhuri kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang telah banyak membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya
menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

PENGENALAN

Motor aruhan atau motor tidak segerak merupakan sejenis motor AC di mana kuasa
dibekalkan kepada rotor melalui aruhan elektromagnet.

Motor elektrik berputar kerana daya magnet dikenakan antara elektromagnet pegun
dipanggil stator dengan elektrimagnet berputar dipanggil rotor. Dalam motor DC serta
motor AC gelang gelincir, arus dibekalkan kepada rotor melalui sesentuh bergerak dipanggil
komutator serta gelang gelincir. Dalam motor aruhan pula, arus diaruhkan ke dalam rotor
tanpa sebarang sentuhan oleh medan magnet stator, melalui aruhan elektromagnet. Motor
aruhan kadang-kadang digelar sebagai transformer bergerak kerana stator membentuk
bahagian primer transformer manakala stator membentuk bahagian sekunder transformer.
Tidak seperti transformer biasa yang mengubah arus menggunakan fluks berkadaran masa,
motor aruhan pula menggunakan medan magnet berputar untuk menukar voltan. Arus pada
bahagian primer menghasilkan medan elektromagnet yang bertindak balas dengan medan
magnet di bahagian sekunder bagi menghasilkan kilasan, dan seterusnya menukar tenaga
elektrik kepada tenaga kinetik. Motor aruhan digunakan secara meluas, terutamanya motor
aruhan berbilang fasa, yang sering digunakan dalam industri.

Motor aruhan menjadi pilihan utama sebagai motor industri kerana binaannya yang tahan
lasak, ketiadaan berus yang mengurangkan kecekapan mekanikal (yang amat diperlukan
dalam kebanyakan motor DC) serta hasil teknologi elektronik kuasa moden keupayaan
untuk

MOTOR 3 FASA

1. Memberikan kecekapan yang lebih baik, faktor kuasa yang lebih tinggi, mempunyai ciri
permulaan yang lebih baik dan harga yang lebih murah berbanding motor 1 fasa.
2. Penggunaan motor ini digalakkan untuk mengelakkan ketidakimbangan beban pada sesalur
bekalan.

Motor Aruhan Tiga Fasa Sangkar Tupai

1. Mempunyai pemegun berbelit dengan 3 set belitan, setiap fasa mempunyai satu set belitan.
2. Ia menggunakan pemutar sangkar tupai. Pada pemutar tiada sambungan belitan, hanya
terdapat palang-palang yang diperbuat daripada aluminium atau kuprum yang dipateri
kedua-dua hujungnya agar berlitar pintas.
3. Kendaliannya:Apabila pemegun motor ini
dibekalkan dengan bekalan 3 fasa, dengan sendirinya pemutar medan magnet terbentuk
pada pemegun itu. Laju putaran magnet yang terbentuk bergantung pada frekuensi bekalan
dan bilangan kutub.

N5 = f X 60 putaran seminit
P
f

= frekuensi

= bilangan pasang kutub

N5 = laju segerak (laju putaran medan magnet

4. Belitan pemegun merupakan belitan utama pengubah sementara pemutar menjadi setaraan
belitan sekunder pengubah.
5. Ini menjadikan aruhan saling berlaku antara dua belitan menyebabkan wujudnya arus
teraruh pada pemutar.
6. Arus yang terbentuk cukup kuat untuk membentuk medan megnetnya sendiri kerana belitan
ini berlitar pintas.
7. Medan magnet yang baru wujud di pemutar ini akan bertindak balas dengan medan magnet
pemegun yang sedang berputar diatas prinsip kutub yang serupa dan berlainan.
8. Pemutar itu akan berputar dengan kelajuan Nr mengikut arah yang sama denagan arah
putaran medan, N5 tetapi kelajuan putaran pemutar ini pelahan sedikit lebih-lebih lagi
apabila beban dipasangkan pada pemutar motor.
9. Kelengahan putaran pemutar disebut gelinci(s) atau dinyatakan dalam formula sebagai:-

Motor Aruhan Tiga Fasa Sangkar Tupai (sambungan)


S = Ns - Nr
Ns
Ns = laju segerak
Nr = laju pemutar
ciri - ciri:i) Mempunyai kelajuan yang tunggal.
ii) Kelajuan seakan-akan dengan ciri kelajuan motor belitan medan pirau.
iii) Kilas permulaan motor amat kecil
iv) Faktor kuasa permulaan rendah
vi) Faktor kuasa akan beransur naik apabila beban ditambah sehingga ke beban penuh dan
nilainya boleh mencapai sehingga 0.85 atau 0.9

Kelebihan motor 3 fasa sangkar tupai ialah:-

i) Motor ini ringkas, tahan lasak dan tidak mudah dimusnahkan terutamanya pada pemutar
sangkar tupainya.
ii) Harganya murah dan penjagaannya mudah.
iii) Motor ini boleh digerakkan tanpa memrlukan belitan tambahan.

Kelemahan motor aruhan 3 fasa sangkar tupai ialah:i) Kelajuan tidak boleh diubah sesuka hati kecuali dengan mengubah kecekapannya.
ii) Kelajuan motor akan berkurang dengan pengurangan beban.
iii) Kilas permulannya serupa dengan motor belitan medan pirau.

Motor Aruhan Tiga Fasa Dwisangkar Tupai

1. Pemutar motor dibina daripada dua sangkar tupai yang berasingan iaitu satu dipasang diluar
dan satu lagi didalam.
2. Sangkar tupai didalamnya mempunyai rintangan yang rendah tetapi renggangannya tinggi
berbanding sangkar tupai di luar yang berkeadaan sebaliknya.
3. Kendaliannya:- Apabila bekalan 3 fasa diberikan kepada pemedun motor itu, putaran medan
magnet akan wujud pada pemegun tersebut.Dengan proses aruhan saling, pemutar
mendapatarus teraruhnya dan seterusnya berbentuk fluks pemutar.
4. Fluks yang dihasilkan akan bertambah baik daripada motor 3 fasa yang mempunyai satu
sangkar tupai sahaja.
5. Kelajuan semakin bertambah, frekuensi arus gelincir dalam pemutar adalah di dalam akan
berkurang.
6. Oleh sebab itu arus yang lebih besar akan teraruh dan seterusnya akan mengambil alih
pengendalian pemutar itu.
7. Walaupun kilas permukaan dapat ditingkatkan tetapi untuk pergerakan yang berterusan,
nilainya agak rendah sedikit daripada motor 3 fasa sangkar tupai. Kecekapan dan faktor
kuasa pada beban penuh akan berkurang.
8. Motor ini biasanya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan kilas
permulaan yang tinggi.
9. Motor ini tahan lasak dan harganya murah.
10. Untuk menyongsangkan arah putaran adalah sama dengan mator aruhan 3 fasa sangkar
tupai iaitu dengan menukarkan sambungan urutan bekalan 3 fasa yang masuk ke motor.
11. Biasanya dihidupkan dengan menggunakan pemula 3 fasa seperti pemual bintang delta,
autopengubah dan sebagainya.

Motor Aruhan Tiga Fasa Pemutar Berbelit


1. dikenali juga motor gelang gelincir.
2. mempunyai pemutar yang berbelit dan disambungkan kepada 3 perintang 3-fasa yang boleh
dilaraskan oleh gelang gelincir.
3. Dari gelang gelincir ini motor disambungkan ke litar luar dengan perantaraan 3 berus
karbon.
4. Kendaliannya:- Apabila pemegun motor diberikan bekalan, putaran medan magnet akan
wujud di pemegun pemutar itu.
5. Dengan proses aruhan saling antara pemegun dan pemutar, arus teraruh akan wujud pada
pemutar berbelit.
6. Sekiranya perintang boleh laras pada pemutar itu berada pada nilai maksimum motor akan
berputar perlahan. Apabila perintang tersebut dikurangkan, motor akan beransur laju.
7. Kalajuan putaran pemutar menjadi perlahan disebabkan oleh kecilnya arus yang teraruh
oleh penambahan perintang boleh laras pada pemutar.
8. Ia akan berputar pada kelajuan maksimum apabila perintang boleh laras berada pada nilai
yang terendah.
9. Apabila kelajuan maksimum dicapai gelang-gelang gelincir akan dilitar pintaskan dan berusberus karbon akan diangkat daripada menyentuh gelang-gelang gelincir tersebut dengan
menggunakan alat khas yang dikendalikan dengan tangan untuk menjimatkan penggunaan
berus-berus karbon itu.

Ciri-cirinya:i) Kelajuannya dengan mengubah nilai perintang yang disambung kepada pemutar.
ii) Jika nilai perintang bertambah besar, kelajuan menjadi semakin perlahan tetapi bagi mencapai
tujuan perintang boleh laras hendaklah dari jenis yang boleh menahan arus tugas berat dan tahan
untuk penggunaan pelarasan yang berterusan.
iii) Kawalan kelajuan dengan cara ini tidak begitu cekap kerana banyak kehilangan tenaga yang
berlaku pada perintang
iv) Perbelanjaan penyelenggaraan motor agak mahal

Motor Segerak
1. Pemegunnya dibelitkan dengan belitan 3 fasa sementara pemutarnya dibuat 2 bentuk iaitu
sama ada kutub tertonjol atau kutub silinder rata.
2. Memerlukan voltan ujian arus terus dari luar dan dan voltan ujaan ini dibekalkan ke pemutar
melalui gelang gelincir dan berus karbon.
3. Pemegunnya dibelitkan dengan belitan 3 fasa sementara pemutarnya dibuat 2 bentuk iaitu
sama ada kutub tertonjol atau kutub silinder rata.
4. Memerlukan voltan ujian arus terus dari luar dan dan voltan ujaan ini dibekalkan ke pemutar
melalui gelang gelincir dan berus karbon.
5. Kendaliannya:- Apabila bekalan 3 fasa dibekalkan kepada pemegun putaran medan magnet
akan berlaku pada pemegun itu.Pemutar akan terus berputar mengikut arah putaran
magnet di pemegun pada laju segerak kerana pemutar itu telah terkunci dengan dengan
ikatan medan magnet pemegun.
6. Bagi pemutar motor berukuran sederhana. Semasa motor mula-mula dihidupkan, putaran
pemutar diwujudkan dengan cara aruhan pemutar di sangkar tupai. Motor itu akan terus
berputar dengan cara aruhan sehinggalah kelajuan motor ini hampir-hampir mencapai laju
segerak.
7. Bagi pemutar motor berukuran basar. Pemutar motor itu akan dipusingkan dahulu dengan
bantuan pergerak luar pada arah yang sama dengan arah putaran medan magnet pemegun.
Apabila laju pemutar itu hampir-hampir mencapai laju segerak barulah bekalan arus terus
diujakan kepada pemutar itu dan motor akan terus berputar kerana fluks pemutar telah
terikat oleh pautan medan magnet pemegun yang berputar. Motor akan terus berputar
pada laju segerak.

Ciri-cirinya:i) Kelajuan motor ini malar semasa berbeban penuh atau tidak.
ii) Laju pemutar motor

iii) Faktor kuasa motor ini boleh dilaraskan dengan mengubah voltan ujaan. arus terus yang
diberikan kepada pemutar itu.
iv) Jika voltan ujaan tinggi, faktor kuasa akan mendahulu, jika voltan rendah, faktor kuasa akan
menyusul.
vi) Semakin besar voltan yang diuja ke puncak semakin tinggi kecekapan motor.
vii) Motor ini tidak perlu dibebani dengan beban yang berat kerana kecekapan tinggi

Kegunaan:-

i) Menjalankan mesin yang memerlukan kelajuan yang malar seperti pam.


ii) Digunakan juga untuk menjalankan kerja yang berterusan seperti pada unit pendingin udara
pusat
iii) Digunakan untuk memperbaiki faktor kuasa bekalan dan memperbaiki voltan pada talian.

RUMUSAN

Tugasan ini telah mengajar saya tentang motor tiga(3) fasa di samping menjadi asas kepada
pelajar untuk mendapatkan lebih pengetahuan berkaitan dengan motor tiga (3) fasa ini.
Tugasan ini juga telah memberi saya impak yang positif tentang kegunaannya dan cara
menggunakannya.Tambahan pula,saya dapat memahahami dengan lebih mendalam konsep
kendalian motor tiga(3) fasa ini berfungsi .Saya dapat menyedari kebaikan serta keburukan
yang sedia ada.Saya rasa amat bersyukur dengan tugasan yang diberikan.
Akhir sekali,saya juga dapat mengetahui formula dan jenis-jenis motor tiga(3) fasa ini.

You might also like