You are on page 1of 13

Jawab soalan-soalan berikut

1. Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun. Apakah yang
dimaksudkan dengan syajaratun?
A. Asal usul
C. Pertemuan
B. Mulaqoh
D. Cerita

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merasmikan pengisytiharan


Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001.

2. Peristiwa di atas dianggap fakta sejarah kerana


A. melibatkan orang ternama.
B. mempunyai tarikh peristiwa.
C. mempunyai fakta yang tepat dan benar.
D. memberikan kesan kepada masyarakat dan negara.
3. Ramlee dilahirkan pada 1 April 1989. Berapakah umur Ramlee pada tahun 2012 dalam
dekad dan tahun?
A. 1 dekad 3 tahun
C. 2 dekad 3 tahun
B. 2 dekad 2 tahun
D. 3 dekad 1 tahun
4. Antara berikut, yang manakah adalah sumber kedua?
A. Manuskrip
B. Laporan

C. Artifak
D. Fosil

5. Mengapakah kaedah arkeologi sangat penting untuk mengkaji kehidupan masyarakat


zaman prasejarah?
A. Kaedah arkeologi mudah dan murah.
B. Kaedah arkeologi diperolehi melalui proses cari gali.
C. Bahan-bahan arkeologi tahan lama dan mudah rosak.
D. Masyarakat prasejarah tidak merekod apa-apa tentang kehidupan mereka.
6. Berikut merupakan nilai yang didapati dengan mempelajari sejarah, iaitu
I. Perkauman

III. Iktibar dan pengajaran

II. Semangat patriotisme.

IV. Bangga akan negara luar

A. I dan II

C. II dan III

B. I dan III

D. II dan IV

7. Terdapat tiga tahap zaman pra sejarah di Malaysia. Susun zaman prasejarah mengikut
kronologi.
A. Paleolitik, Mesolitik. Neolitik
B. Paleolitik, Mesolitik, Logam
C. Paleolitik, Neolitik, Logam
D. Neolitik, Paleolitik, Logam
8. Pernyataan berikut berkaitan dengan manusia Zaman Paleolitik
Manusia Paleolitik menyembah batu besar

Apakah kepercayaan orang Paleolitik?


A. Animisme
B. Mitos

C. Taoisme
D. Patriotisme

9. Apakah persamaan yang wujud antara Zaman Neolitik dan Zaman Logam?
A. Peralatan batu
B. Kepercayaan
C. Aktiviti perdagangan
D. Sistem pentadbiran
10. Bagaimanakah cara pengebumian mayat pada Zaman Neolitik?
A. Mayat ditanam bersama makanan.
B. Mayat ditanam bersama alatan logam.
C. Mayat ditanam bersama barangan tembikar.
D. Mayat ditanam bersama waris yang masih hidup.
11. Antara berikut, manakah alatan yang dihasilkan pada Zaman Logam?
I. Beliung
III. Pisau
II. Mata lembing
IV. Alat penetak
A. I dan II
C. II dan III
B. I dan IV
D. II dan IV
12. Mengapakah kita perlu mengkaji masyarakat Zaman Prasejarah Negara kita?
I. Mengumpul artifak berharga
II. Mempelajari teknologi zaman purba
III. Memahami perkembangan tamadun manusia
IV. Mencontohi kegigihan dan semangat berusaha
A. I dan II
C. II dan III
B. I dan IV
D. III dan IV

13. Kerajaan Awal di Asia Tenggara terbahagi kepada dua iaitu kerajaan Agraria dan
A. Melaka.
C. Entrepot.
B. Maju.
D. Maritim.
14. Apakah contoh kerajaan Agraria?
A. Srivijaya
B. Majapahit

C. Angkor
D. Champa

15. Sistem pemerintahan kerajaan Angkor tertumpu kepada raja yang berkuasa mutlak. Raja
dianggap sebagai
A. Kurung Bnam.
B. Devaraja.
C. Baray.
D. Divaraja.
16. Rajah di bawah merujuk kepada bahagian pentadbiran kerajaan awal di Asia
Tenggara.

Apakah X?
A. Angkor
B. Chih Tu
C. Srivijaya
D. Kedah Tua
17. Rajah berikut merujuk kepada kerajaan Majapahit.

Apakah X?
A. Undang-undang Manu
B. Undang-undang Bertulis
C. Undang-undang Devaraja
D. Undang-undang Hindu- Buddha

18. Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada sejarah pembentukan kerajaan awal?
I. Keamanan
III. Mementingkan diri
II. Perkauman
IV. Semangat bermasyarakat
A. I dan II
C. II dan III
B. I dan IV
D. III dan IV
19. Pernyataan berikut merujuk kepada Melaka.
Terdapat banyak pokok bakau
dan api-api di Melaka.
Bagaimanakah pokok-pokok tersebut memberi kelebihan kepada Melaka?
A. Menjadi banteng pertahanan.
B. Memudahkan urusan perdagangan
C. Mencantikkan Melaka
D. Mengawal lalu lintas
20. Ilustrasi berikut menunjukkan peristiwa seekor pelanduk menendang anjing perburuan
Parameswara.
Longmanm/s 26

Apakah yang dilambangkan oleh pelanduk dalam peristiwa tersebut?


A. Kebijaksanaan
B. Pengorbanan
C. Kerjasama
D. Kegagahan
21. Antara berikut, yang manakah merupakan peranan Orang
sebagai pusat perdagangan setempat?
I. Pengawas perairan
III.
II. Hakim perdagangan
IV.
A. I dan II
C.
B. I dan IV
D.

Laut dalam menjadikan Johor


Penjaga gudang
Penunda
II dan III
IIIdan IV

22. Peta berikut menunjukkan kedudukan pelabuhan Melaka


Longman ms34

Berdasarkan peta tersebut, apakah keistimewaan pelabuhan Melaka?


I. Muara Sungai Melaka yang dalam dan tenang
II. Kedudukan Melaka di pertengahan laluan perdagangan
III. Terlindung daripada tiupan angun monsun
IV. Selat Melaka bebas daripada ancaman lanun
A. I dan II
C. II dan III
B. I dan IV
D. III dan IV
23. Bendahara, Penghulu Bendahari, Laksamana dan Temenggung merupakan pembesar
utama kerajaan Melaka. Mereka juga dikenali sebagai
A. Pembesar Berempat
B. Pembesar Berlapan
C. Empat Bersaudara
D. Menteri-menteri Utama
24. Bahasa Melayu merupakan bahasa utama di Melaka pada kurun ke-15, walaupun terdapat
84 bahasa yang dituturkan. Mengapakah keadaan ini berlaku?
A. Pedagang asing gemar berbahasa Melayu
B. Bahasa Melayu wajib digunakan oleh pedagang
C. Bahasa Melayu mempunyai banyak perkataan asing
D. Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraaan dalam urusan perdagangan.
25. Hubungan luar adalah perkara penting yang perlu dilakukan oleh sesebuah kerajaan.
Mengapakah Melaka memilih China untuk menjalinkan hubungan luar?
A. Memajukan perdagangan Melaka
B. Memastikan keselamatan Melaka terjamin sekaligus diiktiraf oleh China
C. Memudahkan Melaka mendapat bekalan teh
D. Pedagang China mengutamakan pelabuhan Melaka
26. Siapakah Bendahara Melaka yang paling terkenal?
A. Tun Sri Lanang
B. Tun Perak
C. Tun Perpatih Putih
D. Tun Mahathir

27. Mengapakah Pasai menggunakan istilah salam apabila berutus surat dengan Melaka?
A. Pasai adalah negara taklukan Melaka.
B. Pasai mempunyai hubungan diplomatik dengan Melaka.
C. Pasai setaraf dengan Melaka.
D. Pasai menjalankan kegiatan perdagangan dengan Melaka.
28. Sultan Megat Iskandar Shah ialah Raja Melaka yang pertama memeluk agama Islam pada
tahun 1414. Baginda memeluk agama Islam melalui
A. perdagangan dengan pasai
B. penaklukan dan kemudian perkahwinan
C. pengaruh dakwah
D. perkahwinan dengan puteri pasai
29. Apakah sumbangan Sultan Muzafar Shah kepada kerajaan Melaka?
A. Menghapuskan jenayah
B. Menakluki Siam, Bernam dan Perak
C. Menyelesaikan perbalahan antara pembesar
D. Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam
30. Apakah punca Tun Mutahir dan keluarganya dihukum bunuh oleh sultan?
A. Mengusir Portugis yang dating berdagang
B. Mengamalkan pilih kasih dalam pentadbiran
C. Difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan
D. Keenganan untuk mengahwinkan puterinya dengan sultan
31. Mengapakah askar upahan Jawa melarikan diri semasa Portugis menyerang Melaka?
A. Mereka tidak dibayar gaji
B. Mereka diugut oleh Portugis
C. Mereka terpaksa kembali ke Jawa
D. Mereka takut dengan kekuatan Portugis
32. Antara berikut, kuasa Barat yang manakah pernah menjajah Melaka?
A. Sepanyol
C. Jerman
B. Portugis
D. Amerika Syarikat

33. Manakah antara berikut merupakan sebab Portugis menjelajah ke Timur?

I. Grand
II. Glory
A.I dan II
B. I dan IV

III. Gospel
IV. Goods
C. II dan III
D. III dan IV

34. Siapakah Panglima Perang yang dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetui serangan ke
atas Melaka?
A.Ruy de Araujo
B. Vasco da Gama
C. Lopez de Sequeira
D.Alfonso de Albuquerque
35. Garis masa menunjukkan peristiwa penguasaan Portugis ke atas Melaka
24 Ogos
1511

Portugis menguasai Melaka

10 Ogos
1511

Portugis mengalahkan angkatan


Melaka

25 Julai
1511

Portugis menguasai jambatan


Melaka

Apakah kesan peristiwa tersebut?


A. Bermula pendudukan kuasa asing di Tanah Melayu
B. Pemimpin bersengketa
C. Rakyat ditimpa kesusahan
D. Penghijrahan penduduk ke negeri lain
36. Dalam usaha Sultan Mahmud menyerang Portugis di Melaka, baginda mendapat bantuan
daripada jajahan takluknya iaitu
I. Maharaja Lingga
III. Maharaja Abu Bakar
II. Maharaja Inderagiri
IV. Raja Ali
A. I dan II
C. II dan III
B. I dan IV
D. III dan IV
37. Negeri-negeri yang telibat dalam Perang Tiga Segi ialah
I. Johor
III.
II. Acheh
IV.
A. I dan II
C.
B. I dan III
D.

Pahang
Perak
II dan III
III dan IV

38. Johor giat melancarkan serangan ke atas Melaka kerana


A. Portugis menyekat perdagangan Johor
B. Portugis berpakat dengan Acheh menyerang Johor
C. Johor mahu menguasai Melaka semula.
D. Johor mahu menguasai perdagangan di Selat Melaka.
39. Siapakah tokoh yang telah menjadikan Acheh sebuah kuasa yang kuat?
A. Sultan Mahmud Shah
B. Sultan Abdul Jamil Shah
C. Sultan Iskandar Muda Sri Alam
D. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
40. Berikut merupakan faktor kegemilangan kerajaan Johor.

Apakah faktor X?
A. Pusat penyebaran agama Islam
B. Pengumpulan barang
C. Pengeluar rempah utama di dunia
D. Pusat Perkembangan Persuratan
41. Kerajaan Negeri-negeri Melayu dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Melayu Tua dan
Kerajaan Melayu Baru. Kerajaan Melayu Tua merujuk kepada
A. kerajaan yang wujud sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka.
B. kerajaan yang dijajah oleh Portugis.
C. kerajaan yang dimusnahkan oleh Melaka.
D. kerajaan yang wujud selepas wujudnya Kesultanan Melayu Melaka.
42. Antara berikut, manakah merupakan Kerajaan-Kerajaan Melayu Tua?
A. Kedah, Perak dan Pahang
B. Kedah, Perak dan Selangor
C. Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan
D. Pahang, Terengganu dan Kelantan

43. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan sebuah negeri.


8

Cheh Cha
Kalagam
Kalah Bar

Apakah negeri yang dapat dikaitkan dengan senarai di atas?


A. Terengganu
C. Kelantan
B. Kedah
D. Perak
44. Rajah berikut menunjukkan dasar luar kerajaan Kedah pada kurun ke-17

Apakah tujuan Kedah melaksanakan dasar luar tersebut?


A. Menyebarkan pengaruh
B. Menamatkan perang saudara
C. Mengekalkan kedaulatan negeri
D. Menguasai perdagangan di Selat Melaka
45. Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan Long Yunus?
II. Pernah menjadi Raja Kelantan
III. Merupakan putera Long Muhammad
IV. Mengetuai serangan ke atas Terengganu
V. Memindahkan ibu kota pentadbiran
A. I dan II
C. II dan III
B. I dan IV
D. III dan IV

46. Gambar berikut menunjukkan bendera sebuah negeri.

Apakah nama asal negeri yang diwakili oleh bendera tersebut?


A. Kadaram
C. Taring Anu
B. Kolantam
D. Pong Fong

47. Maklumat berikut menunjukkan struktur pentadbiran negeri-negeri Melayu.

Mengapakah pembahagian tersebut diwujudkan?


A. Pengagihan kuasa
B. Pengamalan demokrasi
C. Keberkesanan pentadbiran
D. Keadilan dalam pemerintahan
48. Rajah berikut merupakan alat kebesaran diraja.

Apakah kepentingan alat kebesaran tersebut?


A. Mengikat kesetiaan rakyat
B. Memperkukuh kedaulatan sultan
C. Menjamin kecekapan pemerintah
D. Mewujudkan jurang antara rakyat dan raja
49. Apakah keistimewaan kaum wanita dalam Adat Perpatih?
A. Menentukan perlantikan Lembaga
B. Melantik perempuan menjadi Undang
C. Mewariskan harta pusaka kepada perempuan
D. Melindungi perempuan daripada hukuman jenayah
50. Pak Mail ingin mengira keluasan sawah padinya. Manakah sukatan yang harus digunakan
oleh Pak Mail?
A. Kaki
C. Relung
B. Depa
D. Luas

51. Penyataan di bawah ini ialah tentang salah satu jalan sungai yang penting bagi pedagang.
Denai penarikan menghubungkan Melaka dengan
Pahang di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu.
10

Mengapakah jalan tersebut penting kepada para pedagang?


A. Keselamatan terjamin.
B. Menjimatkan masa.
C. Memudahkan pergerakan.
D. Kemudahan pengangkutan.
52. Kemudahan pengangkutanRajah di bawah berkaitan dengan adat perkahwinan
masyarakat Melayu tradisional.
Merisik

Apakah X?
A. Berkhatan
B. Bertunang

Akad Nikah

Majlis Perkahwinan

C. Meminang
D. Bercukur

53. Salah satu amalan masyarakat Melayu ialah menghormati jiran. Mengapakah amalan
tersebut diutamakan?
A. Jiran dianggap keluarga terdekat
B. Supaya disegani penduduk
C. Menjadi adat penduduk tempatan
D. Tanggungjawab sebagai anggita masyarakat
54. Apakah tujuan pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu?
A. Melahirkan individu berakhlak mulia.
B. Mempertahankan identiti bangsa.
C. Melahirkan masyarakat patuh dan bersyukur.
D. Melahirkan individu yang berwawasan.
55. Apakah asal usul nama Sarawak?
I. Batang Sarawak
II. Sungai Sarawak
A. I dan II
B. I dan IV

III. Pokok Sarawak


IV. Gua Sarawak
C. II dan III
D. III dan IV

56. Jadual merujuk kepada petempatan kumpulan etnik di Sarawak.

11

Petempatan
Pedalaman
Lembah Sungai
Persisiran Pantai
Apakah Etnik X?
A. Kelabit
B. Murut

Etnik
Penan
Bidayuh
X
C. Iban
D. Melanau

57. Kawasan pantai barat dari Sungai Padasan hingga Sungai Sibuku di pantai timur
diletakkan di bawah nuangan Kesultanan Sulu. Mengapakah Sultan Brunei
menghadiahkan kawasan tersebut kepada Sultan Sulu?
A. Sultan Brunei tidak mampu mentadbir kawasan tersebut.
B. Kawasan tersebut terlalu luas.
C. Membalas jasa Sultan Sulu yang membantu menewaskan pemberontakan di
Brunei.
D. Sebagai tanda persahabatan antara Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.
58. Sistem politik kesukuan banyak terdapat di daerah
A. persisiran pantai.
B. yang berhampiran dengan laut.
C. kelautan.
D. pedalaman.
59. Penduduk Sabah dianggarkan lebih daripada 30 kumpulan etnik. Apakah antara
kumpulan etnik Sabah?
I. Kenyah
III. Bajau
II. Kadazandusun
IV. Iban
A. I dan II
C. II dan III
B. I dan IV
D. III dan IV
60. Berikut adalah gambaran pelukis yang menunjukkan sejenis alat muzik masyarakat
bumiputera Sabah.

Apakah alat muzik tersebut?


A. Bas
B. Suling

C. Gabang
D. Sompoton
KERTAS SOALAN TAMAT

12

13

You might also like