You are on page 1of 2

Tabiat Merokok Dalam Kalangan Pelajar

Tabiat merokok dalam kalangan pelajar semakin


meningkat. Merokok adalah perkara yang amat memudaratkan
kesihatan kita. Dasawarsa ini, pelajar semakin berani untuk
mengamalkan tabiat buruk ini. Terdapat banyak punca
mengapa perkara ini berlaku dan cara untuk menanganinya.

Antara salah satu cara mengapa tabiat merokok


dalm kalangan pelajar semakin meningkat ialah, pengaruh
rakan sebaya. Mereka berasa bahawa mereka harus merokok
sesama rakan mereka semata-mata mahu memelihara ikatan
persahabatan mereka. Pelajar mesti bijak memilih kawan
supaya tidak terjebak dalam perkara yang tidak baik sebegini.

Dari perspektif yang lain, perhatian yang kurang


daripada ibu bapa juga mengundang pelajar untuk merokok.
Pelajar akan mendapat kurang perhatian dan bergantung
kepada rakan sebaya mereka untuk perhatian dan berlepak
bersama mereka. Ibu bapa harus mendidik anak mereka

supaya mereka mengetahui dan menyedari kesilapaan mereka


agar mereka tidak akan melakukan perkara itu lagi.

Seterusnya, antara sebab tabiat merokok dalam


kalangan pelajar meningkat adalah kerana, tekanan pelajar.
Tekanan tersebut mungkin disebabkan oleh pelajaran, rakan,
keluarga dan banyak lagi. Pelajar mencari jalan senang untuk
menghilangkan tekanan tersebut dengan merokok. Cara untuk
mengelakkan perkara ini dari berlaku ialah pelajar harus
bercakap tentang tekanan ini kepada seseorang supaya jiwa
mereka akan tenang.

Kesimpulanya, di atas terdapat sebab dan cara


mengatasi masalah ini. Tabiat merokok dalam kalangan pelajar
adalah tidak baik dan harus dihenti.

You might also like