You are on page 1of 8

PANITIA MATA

PELAJARAN
PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
Penubuhan Panitia Mata Pelajaran
Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua
guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 menegaskan pentingnya penubuhan panitia mata
pelajaran di sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mengembleng tenaga pengajar
dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar melalui strategistrategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Badan ini juga patut
berikhtiar mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran bahkan juga masalah yang berkaitan dengan
motivasi, sikap dan tabiat belajar murid. Dengan tugas dan tanggungjawab yang
berat ini, maka ketua panitia mata pelajaran patutlah terdiri daripada guru kanan
yang berpengalaman.

Struktur dan Organisasi


1.

Panitia mata pelajaran dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata
pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.

2.

Badan ini hendaklah dipimpin oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai
Ketua Panitia oleh Guru Besar. Seorang ahli panitia dilantik sebagai setiausaha.

3.

Ketua Panitia menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

4.

Semua ketua panitia adalah secara automatik menjadi ahli-ahli Jawatankuasa


Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing
di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai pebghubung di antara ahli
panitia dengan Guru Besar.

5.

Keputusan panitia berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum


dan pengajaran dibawa oleh Ketua Panitia kepada Guru Besar/Penolong Kanan
untuk mendapat penyelesaian/tindakan atau makluman.

6. Bagi sekolah kecil (jumlah guru sesuatu panitia kurang daripada 3 orang)
bolehlah menggabungkan beberapa mata pelajaran di bawah satu panitia seperti
contoh gabungan di bawah ini:
Panitia Bahasa: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
Pengurusan Panitia

Panitia Matematik dan Sains

Panitia Kemanusiaan

Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Kajian


Tempatan, Kemahiran Hidup
Panitia Perkembangan Diri :
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan,
Pendidikan Seni, Muzik
atau gabungan-gabungan lain yang difikirkan munasabah/ sesuai.

Tujuan/Objektif Panitia Mata Pelajaran


Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata
pelajaran:
1. Merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran masing-masing.
2. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
3. Berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif
mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong
mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid sejajar dengan Falsafah
dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.
4. Memperbaiki prestasi murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam)
dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi/sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
5. Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan
persatuan atau kelab akademik.

Fungsi dan Peranan Panitia


Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia,
sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:
1.

Memperolehi sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini untuk


kegunaan ahli-ahli panitia.

2.

Menyediakan kerangka/format dan menyelaraskan rancangan mengajar di


antara guru dalam sesuatu darjah dan di antara darjah.

3.

Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku-buku rujukan


atau bahan-bahan bacaan tambahan dan alat/bahan bantu mengajar yang
sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru untuk
dibekalkan di pusat sumber sekolah.

4.

Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah


yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.

Pengurusan Panitia

5.

Menyelaras skima pemarkahan untuk peperiksaan pertengahan/akhir tahun.

6.

Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan murid dalam tiap-tiap


peperiksaan berasaskan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan murid dan pengajaran guru.

7.

Merancang dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia


dalam hal-hal profesional keguruan.

8.

Merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid


dari semasa ke semasa.

9.

Menentukan bilangan minimum latihan-latihan yang diberi dari segi


jenis/kepelbagaian. Memastikan latihan bertulis disemak dengan konstruktif dan
kemas kini dan kesalahan dalam latihan bertulis ditegaskan untuk dibuat
pembetulan.

10.

Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali


sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ad hoc bila dan
jika perlu untuk memikir dan membincangkan antara lain masalah-masalah atau
isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang berhubung dengan
kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isuisu tersebut. Mesyuarat-mesyuarat ini dianggap rasmi dan perlu diadakan
agenda dan minit mesyuarat dicatatkan dalam format yang sesuai dan diadakan
ruang untuk tindakan.
Setiap mesyuarat hendaklah mengesahkan minit
mesyuarat yang lepas dan pihak-pihak yang bertanggungjawab mengambil
tindakan terhadap sesuatu keputusan hendaklah memberikan laporan tentang
kemajuannya. Salinan minit mesyuarat hendaklah disampaikan kepada Guru
Besar, Penolong Kanan dan setiap ahli panitia untuk makluman dan tindakan.

11.

Bekerjasama dengan persatuan akademik bagi meningkatkan prestasi


pembelajaran murid.

12.

Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan


panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan atau
sekelompok.

13.

Bekerjasama dengan panitia-panitia lain dalam usaha membantu dan


memajukan murid-murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.

14.

Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyedia dan


mengedarkan minit mesyuarat, menyelenggarakan fail-fail panitia, menyediakan
laporan dan rekod, surat menyurat dan perkara-perkara lain.

15.

Membantu Guru Besar menyediakan perancangan jangka pendek dan jangka


panjang yang dimuatkan dalam blue print akademik sekolah.

16.

Membantu guru baru dalam hal-hal ikhtisas.

17.

Membantu guru berusaha menyediakan bahan bantu mengajar dengan


mengadakan bengkel di kalangan guru dan memastikan penggunaannya dengan
berkesan.

18.

Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia untuk dikemukakan kepada


Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

Tugas Ketua Panitia


Pengurusan Panitia

Berikut adalah beberapa tugas Ketua Panitia:


1.
2.

Mengetuai panitia sekolah serta menganggotai Jawatankuasa Kurikulum


Sekolah.
Melantik seorang ahli panitia sebagai Setiausaha Panitia.

3.

Mempengerusikan mesyuarat panitia dan memastikan minit mesyuarat


disediakan dan disampaikan kepada Guru Besar, Penolong Kanan dan juga
semua ahli panitia.

4.

Merancangkan segala aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan


pencapaian mata pelajaran berkenaan.

5.

Memastikan kesemua aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan


sempurna.

6.

Berhubung erat dengan semua ahli panitia untuk mendapat tahu tentang
kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkahlangkah yang harus diambil untuk memperbaiki mutu pengajaran dan
pencapaian.

7.

Memberi perhatian kepada semua keputusan ujian dan peperiksaan untuk


menentukan keadaan pencapaian murid.

8.

Bertanggungjawab ke atas pengelolaan dan perolehan bahan-bahan


seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku teks, buku
rujukan/majalah, alat/bahan bantu mengajar, analisis keputusan dan kertas
soalan ujian/peperiksaan, jadual dan nota siaran pendidikan, surat-menyurat,
rekod perkembangan staf, rekod kegiatan dan perkembangan terbaru dalam
mata pelajaran berkenaan.

9.

Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam mata


pelajaran berkenaan melalui bacaan, menghadiri kursus atau mesyuarat yang
berkaitan. Ketua Panitia haruslah menunjukkan kepimpinan yang dinamis dan
inovatif sebagai teladan kepada ahli panitia.

10.

Menguruskan persediaan soalan peperiksaan sekolah dan menetapkan


pembahagian kerja berkaitan.

11.

Bekerjasama erat dengan guru perpustakaan bagi memperolehi bukubuku mata pelajaran berkenaan untuk perpustakaan sekolah.

12.

Memastikan segala alat dan bahan kegunaan guru direkod, dikemaskini


dan dijaga dengan baik, di samping mewujudkan sistem yang memudahkan guru
menggunakannya.

13.

Mengkaji, meneliti, membincang dan mengambil tindakan ke atas laporan


Nazir Sekolah.

14. Menyediakan
satu laporan tahunan mengenai keadaan pengurusan serta
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran.

Aktiviti Panitia
Berikut diberikan beberapa perkara profesional yang perlu diberi perhatian oleh
panitia mata pelajaran dalam perancangan aktiviti serta dalam mesyuarat-mesyuarat
panitia:
1. Rancangan penambahan alat dan bahan mata pelajaran
4
Pengurusan Panitia

2.
3.
4.
5.
6.
7.

Program perkembangan staf


Program ujian dan penilaian
Program peningkatan minat dan pencapaian murid dalam pelajaran
Kelas pemulihan/tambahan
Rancangan aktiviti kokurikulum dalam mata pelajaran
Rancangan pewujudan maklumat berkaitan dengan perkembangan akademik
murid yang berterusan.

Sudut Mata Pelajaran


1.

Sudut mata pelajaran adalah penting diwujudkan di bilik-bilik darjah. Sudut


ini adalah sangat berguna kepada murid untuk meluaskan lagi pengetahuan
mereka dalam topik-topik yang menarik dalam bidang-bidang berkenaan. Selain
daripada itu, sudut ini dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran di
kalangan murid serta dapat meningkatkan minat murid dalam sesuatu mata
pelajaran.

2.

Perjalanan/Pengelolaan sudut mata pelajaran memerlukan usaha dan


kerjasama guru dan murid. Bagi guru, carta dan bahan-bahan berkaitan dengan
pelajaran yang dijalankan bolehlah dipamerkan, dan bagi murid pula, petikan
berita/makalah atau kerja mereka sendiri dikumpul dan dipamerkan untuk
pengetahuan semua.

3.

Sudut
mata
pelajaran
sebagai
aktiviti-aktiviti
tambahan/pengayaan
pembelajaran eloklah diwujudkan di dalam setiap kelas serta di papan kenyataan
sekolah.

4.

Antara bahan-bahan yang boleh dipamerkan di sudut mata pelajaran adalah:


Carta-carta topik/kemahiran tertentu yang sedang diajar

Model atau bahan-bahan maujud yang berkaitan dengan topik/kemahiran


yang sedang diajar
Hasil kerja murid
Petikan/Keratan makalah berkaitan dengan
kuiz/pertandingan mata pelajaran dan lain-lain.

mata

pelajaran

soalan

Aktiviti Kokurikulum/Persatuan Mata Pelajaran


1. Untuk tujuan pengukuhan, pengayaan, meluaskan pengetahuan serta
menimbulkan/meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran berkenaan,
persatuan mata pelajaran perlu merancang program-program yang berfaedah
kepada murid. Program yang dirancangkan seharusnya menarik minat murid
dan tidak terlalu formal.
2. Antara aktiviti-aktiviti kokurikulum yang boleh dilaksanakan untuk mengekalkan
serta meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran berkenaan adalah:
Projek (contoh: membuat model, graf, carta atau laporan berdasarkan
sesuatu siasatan)
5
Pengurusan Panitia

Permainan

Kuiz/pertandingan

Lawatan sambil belajar


Bagi setiap lawatan, perlu ditentukan objektif dan murid dikehendaki
menyediakan laporan secara individu atau secara kumpulan.
Mengendalikan sudut mata pelajaran di papan kenyataan

Perkembangan Staf
1. Perkembangan staf merupakan suatu program untuk meningkatkan
pengetahuan, kecekapan serta memperluaskan pengalaman guru dalam sesuatu
bidang profesional. Pihak sekolah digalak mengadakan program ini untuk
mempertingkatkan prestasi guru di dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran berkenaan serta di dalam bidang lain yang berkaitan.
2. Program perkembangan staf boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu luaran
(external) dan dalaman (in-house):
Program perkembangan staf luaran adalah kursus/bengkel/seminar dan lainlain yang dianjurkan oleh pihak-pihak luar seperti Jabatan Pendidikan Negeri/
Bahagian/Daerah, Institut Aminuddin Baki (IAB), Jemaah Nazir Sekolah,
universiti, maktab perguruan dan agensi-agensi lain. Oleh itu, pihak sekolah
haruslah merancang serta menggalakkan guru-gurunya mengikut/menyertai
program yang disediakan di dalam bidang yang berkaitan.
Perkembangan staf dalaman pula adalah program dan aktiviti yang dirancang
dan dijalankan oleh pihak sekolah bagi guru di peringkat sekolah. Program
perkembangan staf jenis ini boleh juga dimasukkan sebagai salah satu aktiviti
panitia.
3. Antara contoh-contoh program perkembangan staf dalaman yang boleh
dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mempertingkatkan taraf profesion guru
ialah:
Mengkaji penggunaan bahan-bahan sumber mata pelajaran seperti
alat/bahan bantu mengajar;
Mengadakan
sesi perbincangan dan sumbangsaran mengenai isu-isu
dan masalah-masalah pengajaran dan pembelajara mata pelajaran
berkenaan;
Mengadakan bengkel untuk penyediaan bahan pengajaran mata pelajaran
berkenaan;
Mengadakan sesi ceramah/syarahan dengan menjemput penceramah dari
luar (seperti Guru Sumber, pegawai dari Sektor Pengurusan Akademik atau
Jemaah Nazir Sekolah) atau guru sekolah yang telah mengikuti
kursus/bengkel anjuran pihak luar, misalnya Kursus PKSR, Kursus
Pengurusan Kurikulum dan sebagainya;
Mengadakan kursus pembaharuan/peningkatan di dalam bidang pedagogi
atau kaedah mengajar terbaru dalam aspek-aspek berkenaan.
4. Pihak sekolah seharusnya juga menggalakkan guru membaca buku-buku atau
majalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
berkenaan. Bagi tujuan ini, pihak sekolah perlulah menyediakan buku-buku
rujukan, jurnal dan majalah yang mencukupi untuk rujukan guru.
6
Pengurusan Panitia

5. Dalam menjalankan program perkembangan staf, Guru Besar, Penolong Kanan


dan Ketua-Ketua Panitia perlu memain peranan sebagai peminpin ikhtisas,
misalnya:
Mengenal pasti bidang yang memerlukan perkembangan staf;

Mengenal pasti guru yang memerlukan kursus tertentu;

Membantu panitia merancang dan menjalankan program;

Membuat penilaian dan mengambil susulan terhadap sesuatu program/aktiviti


yang dijalankan;
Memilih dan mengedarkan bahan-bahan rujukan untuk dibaca oleh guru mata
pelajaran berkenaan;
Memainkan peranan sebagai penceramah atau kakitangan sumber dalam
kursus/bengkel tertentu.

Penyeliaan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran


1.

Pengurusan kurikulum merupakan tugas utama Guru Besar. Beliau adalah


bertanggungjawab ke atas pelaksanaan kurikulum yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan di sekolahnya untuk mencapai matlamat pendidikan
negara.

2.

Untuk melaksanakan kurikulum secara teratur dan berkesan, sekolah


hendaklah membuat perancangan secara teliti, termasuklah rancangan jangka
panjang (misalnya Rancangan Lima Tahun) dan rancangan jangka pendek
(misalnya rancangan tahunan). Tugas-tugas penyediaan rancangan biasanya
diagihkan kepada panitia mata-mata pelajaran dan jawatankuasa bidang-bidang
khas.

3.

Penyeliaan Guru Besar di dalam pengurusan mata pelajaran merangkumi


proses-proses perancangan, pengelolaan, pelaksanaan dan pengawalan. Beliau
hendaklah memberikan kepimpinan profesional di dalam setiap proses itu dan
mengadakan sistem komunikasi yang berkesan supaya segala arahan beliau
disampaikan kepada guru berkenaan dan juga mendapat maklumbalas secara
berkala. Walaupun tugas penyeliaan juga dijalankan di peringkat Penolong
Kanan dan Ketua Panitia mata pelajaran, beliau masih perlu memonitor
pelaksanaan aktiviti panitia serta membuat tindakikut ke atas laporan-laporan
daripada Penolong Kanan dan Ketua Panitia.

4.

Bagi memastikan kejayaan panitia mata pelajaran, iaitu berfungsi dengan


berkesan untuk meningkatkan mutu/prestasi mata pelajaran di sekolah, Guru
Besar harusnya memastikan:
Seorang guru kanan mata pelajaran yang sesuai dilantik sebagai Ketua
Panitia;
Panitia menyediakan rancangan jangka panjang dan jangka pendek mengikut
garis panduan yang diberikan;
Mesyuarat panitia berjalan seperti yang dirancangkan;
Pihak Guru Besar/Penolong Kanan dapat menghadiri mesyuarat panitia untuk
memberi bimbingan profesional;
Pihak Guru Besar/Penolong Kanan menerima dan menyemak minit mesyuarat
serta mengambil tindakan ke atas keputusan-keputusan mesyuarat;

Pengurusan Panitia

Pihak Guru Besar menerima laporan daripada Penolong Kanan dan ketua
panitia tentang perkembangan/kemajuan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
mata pelajaran yang dijalankan di sekolah;
Pihak Guru Besar memberikan maklumbalas kepada guru hasil daripada
penyeliaan ke atas perjalanan panitia, penyemakan Buku Rekod Persediaan
Mengajar Guru, penyemakan kerja bertulis murid, penyemakan rekod prestasi
dan rekod profil murid dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
Rujukan
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran KP(BS)8591/Jld.II/(44) bertarikh 13 Mac 1986
2. Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah terbitan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1991
3. Buku Panduan Penyeliaan Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dan Menengah terbitan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan
1989 Bil. 6
4. Buku Panduan Penyeliaan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah terbitan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan
1990 Bil. 9
5. Buku Panduan Penyeliaan Matematik Sekolah Rendah terbitan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1989 Bil. 3

Pengurusan Panitia

You might also like