You are on page 1of 24

Lapisan berselang-seli lasagna dengan sos becamel dan sos bolognaise serta

parutan keju .

BAHAN-BAHAN:
1 kotak instant lasagna
2 tin sos pasta bolognaise PREGO perisa tradisional
2 peket ayam cincang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton
Sedikit herba oregano fresh
Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :


3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
1 liter susu segar kotak
parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK SOS BOLOGNAISE :


Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di
dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu.
Masukkan pula ayam cincang dan kacau selepas itu masukkan sausage yang
telah di potong nipis-nipis , terus kacau sampai ayam dan sausage masak,
tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos spaghetti Preggo
dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

SOS BECHAMEL:
Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak
kekuningan kemudian masukkan susu dan terus kacau kuah ini . Masukkan
sedikit parutan parmesan cheese dan serbuk black pepper. Biarkan kuah
mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat .
Boleh ditutup api dapur..

CARA MEMASAK :

Susun lapisan pertama lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai . Saya curah
sos bechamel dengan banyak sampai banjir supaya kuah sos bechamel yang
sudah mesra bercampur dengan sos bolognaise meresap dengan sempurna
dalam kepingan lasagna .

A - susun kepingan lasagna


B - lapis sos bolognaise ayam
C - lapis sos bechamel
D - tabur cheese

* Ulang susunan di atas sampai habis semua bahan - bahan .

Lapisan taburan keju kemudian ulang balik cara susunan A,B,C dan D.

Ini ialah lapisan yang paling atas, penuh dengan cheese monzarella dan
chedder . Nak banyak mana cheese ikut suka la . Saya curah kuah bechamel
sampai banjir supaya kepingan lasagna masak dengan elok .
Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehinga lasagna masak
. Selalunya saya bakar sampai bahagian atas agak garing .

Bahan2 utk Sos Putih :

2. Keju cheddar.. nak lg mudah korang guna je 2 keping keju cheesedale

3. 250 ml susu full krim.. nak


guna fresh milk pun boleh

4. 2 sudu besar tepung


gandum

5. garam secukup rasa

Cara Membuat inti Daging :

Masukkan 4 sudu besar


minyak masak.. aku guna minyak zaitun

Tumis bwg2 yg di cincang td.. tggu sampai naik bau.. bkn naik hantu ye..

Masukkan pula daging cincang..

Gaulkan hingga daging berubah jd kaler mcm di atas..

Kemudian tuang sos prego td.. tuang semua sekali..

Gaul sebati sampai jd mcm ni..

Masukkan garam secukup rasa..

Masukkan serbuk oregano..

Masukkan pulak cendawan butang..

Masukkan sesudu besar sos cili..

Tabur serbuk black pepper

Siappp..!!

Meh buat Sos Putih pulak :

Cairkan butter..

Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik je
ye..

Masukkan susu full krim..

Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..

Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit

Siappp.. sila tutup api..

* Nota : aku buat double sos putih ni sbb lasagna akan jd lebih sedap dgn
melebihkan sos putih .

You might also like