You are on page 1of 26

2014 6Klinik

UPSR
PENULISAN
022
SEMOGA
MENJAWAB
NAMA
1

KANDUNGAN
NO

TAJUK

FORMAT

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23

AKU SEBUAH KOMPUTER


AKU SEBUAH TELEFON BIMBIT
AKU SEBUAH BASIKAL
MENOLONG LELAKI TUA YANG TERJATUH
MENOLONG LELAKI TUA YANG TERJATUH
SUKAN
SUKAN
SUKAN
KOKURIKULUM
KOKURIKULUM
KOKURIKULUM
CARA-CARA/PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
CARA-CARA/PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
PERTANDINGAN BERCERITA[PERINGKAT DAERAH]
PERTANDINGAN BERCERITA[PERINGKAT SEKOLAH]
HARI KANTIN
KEMERDEKAAN (BULAN)
KEMERDEKAAN (HARIAN)
HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH
MINGGU BAHASA MALAYSIA
BERCUTI DENGAN KELUARGA
BERCUTI DENGAN KELUARGA
PERKHEMAHAN

AUTOBIOGRAFI
AUTOBIOGRAFI
AUTOBIOGRAFI
SAMBUNG CERITA
KEPERIHALAN
CATATAN
LAPORAN
BERITA
FAKTA
SYARAHAN
DIALOG
DIALOG
KEPERIHALAN
LAPORAN
LAPORAN
KEPERIHALAN
LAPORAN
CATATAN
LAPORAN
LAPORAN
KEPERIHALAN
CATATAN
LAPORAN

MUKA
SURA
T
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

Autobiografi (1)
1. Andaikan kamu sebuah komputer.
Tuliskan karangan yang bertajuk, Aku sebuah komputer.
Rangka jawapan
Aku sebuah komputer yang bernama Acer. Badanku berwarna putih dengan diperbuat
daripada plastik, besi, getah dan alat-alat elektronik.
Setelah siap dibuat, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah kedai komputer di
Kuala Lumpur . Setiap hari, ramai pengunjung datang ke kedai itu. Mereka membelek-belek aku
tetapi tiada seorang pun mahu membeli aku.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang lelaki. Tuanku bernama Ali. Aku digunakan oleh
Ali untuk membuat berbagai-bagai kerja. Dia menaip, melukis, menghasilkan grafik, dan
melayari internet dengan menggunakan aku.
Ali menjagaku dengan baik sekali. Apabila badan aku berhabuk, dia akan segera
membersihkan aku dengan kain supaya aku kelihatan bersih dan berkilat. Ali juga sentiasa
menghantar aku ke kedai untuk diperiksa.
Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berazam untuk
berkhidmat kepada Ali untuk selama-lamanya.

Autobiografi (2)
1. Andaikan kamu sebuah telefon bimbit.
Tuliskan karangan yang bertajuk, Aku Sebuah Telefon Bimbit.
Rangka jawapan
Aku sebuah telefon bimbit yang bernama Samsung ACE. Badanku berwarna putih dengan
diperbuat daripada plastik, besi, getah dan alat-alat elektronik.
Setelah siap dibuat, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah kedai di Kuala Lumpur
untuk dijual. Setiap hari, ramai pengunjung datang ke kedai itu. Mereka membelek-belek aku
tetapi tiada seorang pun mahu membeli aku.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang lelaki. Tuanku bernama Ali. Aku digunakan oleh
Ali dengan baik dan cermat. Dia menaip SMS, melayari internet dan menghubungi rakan-rakan
dengan menggunakan aku.
Ali menjagaku dengan baik sekali. Apabila badan aku berhabuk, dia akan segera
membersihkan aku dengan kain supaya aku kelihatan bersih dan berkilat. Ali juga sentiasa
menghantar aku ke kedai untuk diperiksa dan dibaiki.
Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berazam untuk
berkhidmat kepada Ali untuk selama-lamanya.

Autobiografi (3)
1. Andaikan kamu sebuah basikal.
Tuliskan karangan yang bertajuk, Aku Sebuah Basikal.
Rangka jawapan:
Aku sebuah basikal. Nama aku BMX. Aku diperbuat daripada besi dan getah.
Setelah badan aku siap dipasang, aku dihantarkan ke sebuah kedai yang menjual basikal.
Aku dipamerkan di sana. Setiap hari, ramai pengunjung dating ke kedai itu. Mereka membelekbelek aku tetapi tiada seorang pun mahu membeli aku.
Pada suatu hari, seorang lelaki dan anaknya datang ke kedai itu. Lelaki itu membeli aku
dan menghadiahkan aku kepada anaknya sebagai hadiah hari jadi.
Tuan baru aku bernama Ali. Dia sering menunggang aku ke sekolah. Pada sebelah petang,
Ali akan menuntun aku ke taman rekreasi yang berhampiran dengan rumahnya lalu menunggang
aku di sekeliling taman tersebut untuk menjaga kesihatan diri.
Ali menjaga aku dengan baik. Pada masa lapang, dia akan mencuci badan aku supaya aku
kelihatan bersih dan berkilat. Ali juga sentiasa menghantar aku ke kedai untuk diperiksa dan
dibaiki.
Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berazam untuk
berkhidmat kepada Ali untuk selama-lamanya.

Keperihalan (1): menolong lelaki tua yang terjatuh


1. Loceng sekolah berbunyi. Jam menunjukkan pukul 1.30 petang. Saya mencepatkan langkah saya
keluar ke pintu pagar sekolah. Tiba-tiba
Mulakan karangan kamu dengan, tiba-tiba
Rangka jawapan:
Tiba-tiba saya ternampak seorang lelaki tua terbaring di tepi jalan.
Kami bergegas ke arah wanita itu. Rupa-rupanya lelaki tua itu telah terjatuh akibat
daripda tersadung akar pokok besar itu. Barang-barang yang dibawanya bertaburan di atas
lantai.
Saya memimpin lelaki tua itu ke sebuah kerusi. Kemudian, saya membantu mengutip
barang-barang lelaki tua. Saya melihat kaki lelaki tua itu berdarah dan mendapati luka di
kakinya agak serius.
Saya berusaha menahan kereta-kereta yang lalu di kawasan itu untuk meminta bantuan.
Seorang pemuda yang baik hati telah member bantuan dengan membawa lelaki tua itu ke klinik.
Saya berusaha menghubungi keluarga lelaki tua itu. Selang 30 minit, anak lelaki tua itu
sampai dan saya menceritakan kejadian yang telah berlaku.
Setelah selesai menerima rawatan, anak lelaki tua itu mengucapkan terima kasih kepada
kami berdua. Kemudian, saya pun pulang ke rumah.

Keperihalan (2): menolong lelaki tua yang terjatuh


Ketika kamu dan rakan kamu sedang berjalan pulang dari sekolah, kamu ternampak seorang lelaki
tua terbaring di tepi jalan.
Ceritakan tindakan yang kamu dan rakan-rakan lakukan.
Rangka jawapan
Tengah hari aku dan Ali berjalan pulang dari sekolah. Sewaktu melalui kawasan taman,
aku ternampak seorang lelaki tua terbaring di tepi jalan.
Kami bergegas ke arah lelaki tua itu. Rupa-rupanya lelaki tua itu telah terjatuh akibat
daripada tersadung akar pokok besar itu. Barang-barang yang dibawanya bertaburan di atas
lantai.
Aku memimpin lelaki tua itu ke sebuah kerusi manakala Ali membantu mengutip barangbarang lelaki tua itu. Aku melihat kaki lelaki tua berdarah dan mendapati luka kakinya itu agak
serius.
Kami berusaha menahan kereta-kereta yang lalu di kawasan itu untuk meminta bantuan.
Seorang pemuda yang baik hati telah memberi bantuan dengan membawa lelaki tua itu ke
klinik.
Ali berusaha menghubungi keluarga lelaki tua itu, manakala aku menemani lelaki tua itu
di bilik rawatan. Selang 20 minit, anak lelaki tua itu sampai dan aku menceritakan kejadian
yang telah berlaku.
Setelah selesai menerima rawatan, anak lelaki tua itu mengucapkan terima kasih kepada
kami berdua. Kemudian, kami pun pulang ke rumah masing-masing.

Sukan (1)
Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan.
Tulis catatan tentang Hari Sukan tersebut.
Rangka jawapan:
Sabtu, 14 Julai 2012.
7.30 pagi
8.00 pagi

Loceng berbunyi dan semua murid berkumpul di padang. Cikgu Hor

memberikan taklimat ringkas kepada semua murid.


Pihak sekolah menyambut ketibaan tetamu kehormat dan ibu
bapa. Ramai ibu bapa yang hadir untuk memeriahkan Hari Sukan

8.10 pagi

pada tahun ini.


Majlis bermula dengan ucapan Guru Besar dan tetamu kehormat.
Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
bekerjasama untuk menjayakan Hari Sukan kali ini. Tetamu

8.30 pagi
9.00pagi

kehormat memberi ucapan lalu merasmikan sukan pada tahun ini.


Perbarisan murid-murid bermula. Kali ini terdapat lima buah

rumah sukan yang akan bertanding.


Setelah selesai acara perbarisan, acara sukan pun bermula
seperti lumba lari, lumba lari berganti-ganti, lompat tinggi,

11.30 pagi
12.30 tengah hari

lompat jauh dan lain-lain lagi.


Upacara penyampaian hadiah diadakan. Guru Besar menyampaikan

hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang dalam acara sukan.


Hari Sukan telah selesai. Kami berasa sangat gembira walaupun
agak letih.

Sukan (2)
Sekolah anda telah mengadakan Temasnya Sukan Tahunan. Sebagai setiausaha temasnya sukan tersebut, tulis
laporan selengkapnya.
8

Rangka jawapan:
Laporan Temasnya Sukan Tahunan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chai
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chai telah mengadakan Temasnya Sukan Tahunan
yang ke-7 pada 17 April 2012 yang lalu. Temasnya ini diadakan di padang sekolah bermula pukul
8.00 pagi hingga pukul 1.00 petang.Temasnya ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid
bersukan.
Majlis bermula dengan ucapan Guru Besar dan tetamu kehormat. Guru Besar
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama untuk menjayakan Hari
Sukan kali ini. Tetamu kehormat memberi ucapan lalu merasmikan sukan pada tahun ini.
Kemudian, kawad perbarisan murid-murid bermula. Kali ini terdapat lima buah rumah
sukan bertanding, iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning, Rumah Ungu dan Rumah
Jingga.
Acara sukan dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Terdapat dua kategori yang
dipertandingkan iaitu acara Tahap 1 dan Tahap 2. Acara Tahap 1 ialah acara sukaneka seperti
lari dalam guni, isi air dalam botol dan sebagainya. Manakala acara Tahap 2 ialah acara
olahraga seperti lumba lari, lumba lari berganti-ganti, lompat tinggi, lompat jauh dan lain-lain
lagi.
Ramai ibu bapa hadir untuk memberikan sokongan kepada peserta-peserta yang
bertanding. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai makanan dan minuman yang dibuka di tepi
padang.
Sebelum tamat, Upacara penyampaian hadiah diadakan. Guru Besar telah menyampaikan
hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang dalam acara sukan.
Keluruhannya, temasnya sukan pada tahun ini amat meriah dan berjaya. Semua warga
sekolah berasa sangat gembira walaupun agak letih.
Disediakan oleh,
_______________
(ONG YONG SHENG)
Setiausaha Temasnya Sukan,
SJK(C)Yuk Chai.

25 April 2012.

Sukan (3)
9

Selaku anggota sidang redaksi majalah sekolah, anda telah diminta untuk membuat liputan tentang hari sukan
tahunan yang berlangsung di sekolah anda. Sediakan teks berita anda selengkapnya.
Rangka jawapan:
PETALING JAYA, 15 April Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chai telah mengadakan Hari
Sukan Tahunan semalam. Temasnya ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid bersukan.
Temasnya ini diadakan di padang sekolah.
Majlis bermula dengan ucapan Guru Besar dan tetamu kehormat. Guru Besar
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama untuk menjayakan Hari
Sukan kali ini. Tetamu kehormat memberi ucapan lalu merasmikan sukan pada tahun ini.
Kemudian, kawad perbarisan murid-murid bermula. Kali ini terdapat lima buah rumah
sukan bertanding, iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning, Rumah Ungu dan Rumah
Jingga.
Acara sukan dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Terdapat dua kategori yang
dipertandingkan iaitu acara Tahap 1 dan Tahap 2. Acara Tahap 1 ialah acara sukaneka seperti
lari dalam guni, isi air dalam botol dan sebagainya. Manakala acara Tahap 2 ialah acara
olahraga seperti lumba lari, lumba lari berganti-ganti, lompat tinggi, lompat jauh dan lain-lain
lagi.
Ramai ibu bapa hadir untuk memberikan sokongan kepada peserta-peserta yang
bertanding. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai makanan dan minuman yang dibuka di tepi
padang.
Sebelum tamat, Upacara penyampaian hadiah diadakan. Guru Besar telah menyampaikan
hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang dalam acara sukan.
Keluruhannya, temasnya sukan pada tahun ini amat meriah dan berjaya. Semua warga
sekolah berasa sangat gembira walaupun agak letih.

Kokurikulum (1)
Tulis sebuah karangan tentang kebaikan aktiviti kokurikulum.
Rangka jawapan
10

Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti yang baik. Kokurikulum memberi banyak


manfaat kepada kita.
Antara kebaikan aktiviti kokurikulum ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan
dengan menyertai Pengakap, Kelab Catur, Persatuan Bahasa Melayu dan sebagainya. Jadi ,kita
tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan menyertai aktiviti kokurikulum.
Dengan cara ini, kita tidak akan mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak
dan merayau-rayau.
Di samping itu, kita dapat mengeratkan hubungan dengan guru-guru dan rakan-rakan
semasa menjalankan aktiviti perkhemahan. Secara tidak langsung, kita dapat dididik supaya
berdisiplin, bekerjasama, hormat-menghormati dan berdikari.
Seterusnya, kokurikulum mencungkil bakat dan merangsang minda kita. Oleh itu, kita
akan menguasi pelbagai kemahiran, seperti menyanyi, berlakon dan menari.
Kesimpulannya, kita digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum dengan aktif.

Kokurikulum (2)
Andaikan anda akan menyertai pertandingan syarahan di sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah
Manfaat Kegiatan Kokurikulum .
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
11

Rangka jawapan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, para hakim
yang adil, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini saya akan menyampaikan
syarahan yang bertajuk Manfaat Kegiatan Kokurikulum.
Hadirin sekalian,
Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti yang baik. Kokurikulum memberi banyak
manfaat kepada kita.
Antara kebaikan aktiviti kokurikulum ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan
dengan menyertai Pengakap, Kelab Catur, Persatuan Bahasa Melayu dan sebagainya. Jadi ,kita
tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan menyertai aktiviti kokurikulum.
Dengan cara ini, kita tidak akan mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak
dan merayau-rayau.

Hadirin sekalian,
Di samping itu, kita dapat mengeratkan hubungan dengan guru-guru dan rakan-rakan
semasa menjalankan aktiviti perkhemahan. Secara tidak langsung, kita dapat dididik supaya
berdisiplin, bekerjasama, hormat-menghormati dan berdikari.
Seterusnya, kokurikulum mencungkil bakat dan merangsang minda kita. Oleh itu, kita
akan menguasi pelbagai kemahiran, seperti menyanyi, berlakon dan menari.
Kesimpulannya, kita digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum dengan aktif.

Kokurikulum(3)
Kamu berbual-bual dengan kawan tentang Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum di
Sekolah .Tulis perbualan kamu dengan kawan kamu itu selengkapnya.
Rangka jawapan:
Ali
Abu

: Apa khabar? Abu.


: Khabar baik. Awak pula bagaimana?
12

Ali

: Saya sihat-sihat sahaja. Awak menyertai aktiviti kokurikulum apa pada esok

Abu
Ali

hari?
: Saya menyertai Persatuan Pengakap. Awak pula?
: Saya menjadi ahli Kelab Catur. Bagi saya kegiatan kokurikulum memberi banyak

Abu

faedah kepada kita.


: Kegiatan kokurikulum dapat menambah ilmu pengetahuan kepada murid-murid.

Ali

Jadi, kita tidak akan seperti katak di bawah tempurung.


: Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat mengisi masa lapang kita dengan pelbagai
aktiviti yang berfaedah. Dengan cara ini, kita tidak akan mudah terlibat dalam
aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dan merayau-rayau.

Abu

: Di samping itu, kegiatan kokurikulum dapat megeratkan hubungan rakan-rakan


dan guru-guru semasa mejalankan aktiviti perkhemahan. Secara tidak langsung,
kita dapat dididik supaya berdisiplin, bekerjasama, hormat-menghormati dan

Ali

berdikari.
: seterusnya, kokurikulum boleh mencungkil bakat kita dengan menyertai aktiviti
kokurikulum yang sesuai. Oleh itu, kita boleh menguasai kemahiran menari,

Abu

menyanyi, berlakon dan lain-lain lagi.


: Setuju. Saya berharap, murid-murid yang lain tidak melepaskan peluang dengan

Ali
Abu

menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.


: Walau bagaimanapun, bidang akademik haruslah diutamakan.
: Betul tu.

Cara-cara/persediaan menghadapi peperiksaan (1)


Anda dan rakan menunggang basikal bersama pulang dari sekolah. Dalam perjalanan tersebut, anda
berdua berbual mengenai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.
Tuliskan perbualan tersebut.
Rangka jawapan:
Ali
:
Eh, Abu! Mari kita pulang ke rumah bersama-sama?
Abu
:
Ya, mari.
Ali
:
Abu, tahniah atas keputusan cemerlang kamu dalam peperiksaan percubaan.
Abu
:
Terima kasih.
Ali
:
Apakah rahsia kejayaanmu?
Abu
:
Sebenarnya tidak ada apa-apa, saya cuma menumpukan perhatian terhadap
13

Ali
Abu
Ali
Abu
Ali
Abu
Ali
Abu
Ali

:
:

pengajaran guru serta banyak membuat latihan tambahan dalam buku rujukan.
Adakah kamu menghadiri kelas tambahan di luar?
Tidak, saya hanya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah.

:
:

Pada masa lapang, saya banyak membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
Kalau begitu, awak tidak ada masa untuk bersukan?
Oh, tidak! Saya berenang tiga kali seminggu untuk menyihatkan badan saya

:
:
:
:

kerana badan cergas otak cerdas.


kalau begitu, saya pun hendak ikut caramu belajar.
Selain itu, kamu sepatutnya menyediakan jadual waktu belajar.
Memang betul katamu. Terima kasih Abu kerana member nasihat ini.
Sama-sama. Kita berusaha dan Berjaya bersama-sama. Baiklah, sudah sampai

pun rumah awak. Jumpa lagi.


Jumpa lagi.

Cara-cara/persediaan menghadapi peperiksaan (2)


Anda akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Ceritakan persediaan anda menghadapi
peperiksaan tersebut.
Rangka jawapan:
Saya merupakan murid Tahun 6 dan akan menduduki peperiksaan UPSR pada
tahun ini. Jadi, saya memerlukan persediaan yang cukup rapi untuk lulus dengan
cemerlang dalam UPSR.
Saya mula menyediakan jadual belajar di rumah untuk mengulang kaji. Selain itu,
saya berusaha menepati jadual yang telah saya sediakan itu.
Saya juga sentiasa pasang telinga semasa cikgu mengajar serta banyak membuat
latihan tambahan dalam buku rujukan. Dengan cara ini, saya tidak malu dan kekok
bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan sekiranaya menghadapi masalah.
Di samping itu, saya akan mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan pihak
sekolah. Pada masa lapang, saya akan banyak membaca bahan bacaan yang berguna,
14

seperti majalah, surat khabar, melayari internet dan sebagainya, untuk menambahkan
ilmu pegetahuan.
Seterusnya, saya akan berenang tiga kali seminggu untuk menyihatkan badan saya
kerana otak cerdas badan cergas. Oleh itu , saya dapat memberikan idea-idea yang
bernas.
Persediaan yang cukup amat penting sebelum menduduki peperiksaan. Saya akan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

PERTANDINGAN(1)
Sekolah kamu telah menjadi tuan rumah pertandingan bercerita peringkat daerah.
Tulis laporan tentang pertandingan itu.
Rangka jawapan:
Laporan Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chai
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chai telah mengadakan Pertandingan Bercerita
peringkat daerah 2012. Pertandingan itu diadakan pada 16 April 2012. Pertandingan itu
diadakan di dewan sekolah. Tujuan pertandingan itu diadakan adalah memberi peluang kepada
murid-murid menunjukkan kesungguhan dan bakat bercerita.
Pertandingan itu disertai oleh 17 orang peserta yang dari sekolah yang berlainan. Empat
orang guru dari sekolah lain telah dijemput sebagai pengadil.

15

Pertandingan iutu dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 10.00
pagi.Semua peserta yang menyertai pertandingan tersebut menunjukkan kehebatan masingmasing. Persaingan amat sengit dan menarik antara peserta.
Pada pukul 9.30 pagi, upacara penyampaian hadiah diadakan. Guru Besar telah
menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Johan pertandingan itu dimenangi oleh Tan
Hock Chuan dari SJK(C)Yuk Chai.
Keseluruhannya, pertandingan ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Pertandingan
berakhir dengan jamuan ringan dan tamat pada pukul10.00 pagi.
Disediakan oleh,
_______________
(ONG YONG SHENG)
Setiausaha Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah,
SJK(C)Yuk Chai.

25 April 2012.

PERTANDINGAN(1)
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu telah mengadakan Pertandingan Bercerita. Sebagai setiausaha
Persatuan Bahasa Malayisa, tulis laporan mengenai pertandingan itu.
Rangka jawapan:
Laporan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chai
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chai telah mengadakan Pertandingan Bercerita
peringkat sekolah 2012. Pertandingan itu diadakan pada 16 April 2012. Pertandingan itu
diadakan di dewan sekolah. Tujuan pertandingan itu diadakan adalah memberi peluang kepada
murid-murid menunjukkan kesungguhan dan bakat bercerita.
Pertandingan itu disertai oleh 17 orang peserta yang daripada murid yang terdiri
daripada Tahun Lima. Empat orang guru dari sekolah telah dijemput sebagai pengadil.
Pertandingan iutu dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 10.00
pagi.Semua peserta yang menyertai pertandingan tersebut menunjukkan kehebatan masingmasing. Persaingan amat sengit dan menarik antara peserta.
16

Pada pukul 9.30 pagi, upacara penyampaian hadiah diadakan. Guru Besar telah
menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Johan pertandingan itu dimenangi oleh Tan
Hock Chuan dari Tahun 5K.
Keseluruhannya, pertandingan ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Pertandingan
berakhir dengan jamuan ringan dan tamat pada pukul10.00 pagi.
Disediakan oleh,
_______________
(ONG YONG SHENG)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,
SJK(C)Yuk Chai.

25 April 2012.

HARI KANTIN(1)
Sekolah anda mengadakan Hari Kantin Sekolah. Perihalkan pengalaman anda.

Rangka jawapan:
Pada minggu lepas, sekolahku telah mengadakan Hari Kantin Sekolah. Pada hari itu,
kantin ditutup dan para murid membuka gerai sendiri.
Program bermula pada pukul 7.00 pagi. Semua murid yang mengambil bahagian
pembukaan gerai, berjalan menuju ke gerai masing-masing. Pelbagai telah dibuka seperti
makanan, minuman dan lain-lain lagi. Selain itu, penjualan kupon dimulakan. Kupon ini digunakan
dalam urusan jual beli sepanjang program hari kantin.
Pihak sekolah juga mengadakan aktiviti lain seperti sukaneka, pertandingan melukis, kuiz
dan lain-lain lagi. Kehadiran ibu bapa telah memeriahkan lagi hari kantin kali ini.
Tepat jam 12.30 tengah hari, majlis penutupan diadakan. Guru Besar mengucapkan
tahniah kepada semua pihak yang bekerjasama untuk menjayakan hari kantin pada tahun ini.
Guru Besar turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.
17

Pada pukul 1.00 petang, program hari kantin tamat. Semua murid dibenarkan pulang.
Kami berasa gembira walaupun letih.

HARI KANTIN(2)
Setiap tahun sekolah anda akan mengadakan Hari Kantin Sekolah. Sediakan catatan bagi program tersebut.
Rangka jawapan:
Sabtu, 16 Julai 2012.
7.30 pagi
7.45 pagi

Loceng berbunyi dan semua murid berkumpul di padang. Cikgu Hor

memberikan taklimat ringkas kepada semua murid.


Semua murid yang mengambil bahagian pembukaan gerai, berjalan
menuju ke gerai masing-masing. Selain itu, penjualan kupon dimulakan.
Kupon ini digunakan dalam urusan jual beli sepanjang program hari

8.00 pagi

kantin.
Pihak sekolah menyambut ketibaan tetamu kehormat dan ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang hadir untuk memeriahkan Hari Sukan pada tahun

8.10 pagi

ini.
Majlis bermula dengan ucapan Guru Besar dan tetamu kehormat. Guru
Besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
bekerjasama untuk menjayakan Hari Kantin kali ini. Tetamu kehormat
memberi ucapan lalu merasmikan Hari kantin sekolah.
18

8.30 pagi

Setelah majlis perasmian selesai, lawatan tetamu kehormat ke geraigerai bermula. Selain itu, tetamu lain juga bergerak mengiringi tetam

9.00pagi

kehormat.
Jamuan ringan disediakan untuk tetamu kehormat dan hidirin yang
lain. Murid-murid masih menjalankan aktiviti jual beli di gerai masing-

11.30 pagi
12.30 tengah hari

masing.
Program pada hari ini tamat . semua murd bekerjasama mengemas dan

membersihkan tapak program.


Semua murid dibenarkan pulang. kami berasa gembira walaupun letih.

KEMERDEKAAN(1)
Sekolah anda telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Anda dikehendaki menulis laporan tentang
sambutan tersebut selengkapnya.
Rangka jawapan:
Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina)Yuk Chai
Pada 18 Ogos hingga 2September 2012 yang lalu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)Yuk
Chai telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan bertujuan mewujudkan semangat cinta
akan Negara dalam kalangan murid-murid. Majlis diadakan di dewan sekolah.
Majlis itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Satu Malaysia. Semua murid
menyanyi dengan penuh semangat. Kemudian, Guru Besar dijemput untuk menyampaikan ucapan
dan merasmikan majlis tersebut.
Sepanjang bulan kemerdekaan tersebut, beberapa pertandingan telah diadakan.
Antaranya termasuk pertandingan mendeklamasikan sajak, melukis poster, pertandingan
menghias kelas dan lain-lain lagi. Semua pertandingan tersebut mendapat sambutan yang baik
daripada murid-murid.
Sebelum berakhirnya majlis itu, upacara penyampaian hadiah telah diadakan pada 2
September 2012. Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang
pertandingan.
19

Keseluruhannya, program itu berjalan dengan lancar dan berjaya. Semua warga sekolah
berasa gembira walaupun letih.

Disediakan oleh,
2012.
_______________
(ONG YONG SHENG)
Setiausaha,
Sambutan Bulan Kemerdekaan,
SJK(C)Yuk Chai.

10 September

KEMERDEKAAN(2)
Setiap tahun, sekolah anda akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Sediakan satu catatan sambutan
pada tahun ini.
Rangka jawapan:

Rabu, 30 Ogos 2012


7.30 pagi
: Loceng telah berbunyi. Semua murid berkumpul di dewan umtuk mendengar
taklimat ringkas.
8.00 pagi
: Guru Besar dijemput untuk menyampaikan ucapan. Guru Besar mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama untuk menjayakan
program Cinta Akan Negara. Kemudian, beliau merasmikan program
tersebut.
8.30 pagi
: Program dimulakan dengan larian merdeka. Semua murid dikehendaki
mengambil bahagian.
10.00 pagi
: Setelah acara larian selesai, semua murid dibenarkan ke kantin sekolah untuk
minum pagi.
10.30 pagi
: Murid-murid dikehendaki masuk ke dalam dewan sekolah kerana majlis
bermula. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Satu Malaysia.
Kemudian, upacara penyampaian hadiah diadakan. Guru Besar menyampaikan
hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan larian merdeka.
Persembahan para guru dan murid turut diadakan, seperti drama, tarian
tradisional, mendeklamasikan sajak dan sebagainya.
12.00 tengah hari : Majlis di dalam dewan tamat dan semua guru bergerak ke kantin untuk jamuan
20

12.30 tengah hari

ringan.
: Semua guru dan murid dibenarkan pulang. Semua warga sekolah berasa
gembira walaupun letih.

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH


Tajuk:
1. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kecemerlangan Sekolah. Sebagai setiausaha
sambutan hari tersebut, sediakan sebuah laporan tentangnya.
2. Anda sebagai Jawatankuasa Majlis Kecemerlangan Akademik sekolah anda ditugaskan
untuk menulis laporan tentang majlis tersebut. Tuliskan laporan itu selengkapnya.
Rangka jawapan :
Laporan Hari Kecemerlangan
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina)Yuk Chai
Pada 20 Oktober2012 yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Yuk Chai tealh
mengadakan satu Majlis Kecemerlangan. Tujuan majlis ini ialah memberi penghargaan kepda
murid-murid yang telah berjaya dalam akademik.
Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan ucapan daripada Guru Besar. Guru Besar
menasihati agar murid-murid belajar dengan gigih lagi supaya memperoleh keputusan yang
cemerlang.
Acara kemuncak ialah upacara penyampaian hadiah diadakan. Guru Besar menyampaikan
hadiah dan sijil kepada murid-murid yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang
pada peperiksaan yang lalu. Selain itu, saudara Tan Hock Chuan dari Tahun 6K telah dipilih
sebagai Tokoh Murid bagi tahun ini.

21

Sebelum berakhir majlis tersebut, persembahan disampaikan oleh murid-murid iaitu


tarian tradisional, nyanyian, mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Ibu bapa dan tetamu yang
hadir dijemput ke kantin sekolah untuk jamuan ringan.
Keseluruhannya, majlis tersebut berjalan dengan lancar dan meriah. Semua warga
sekolah berasa gembira walaupun letih.

Disediakan oleh,
2012.
_______________
(ONG YONG SHENG)
Setiausaha ,
Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah 2012,
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina)Yuk Chai.

25 Oktober

MINGGU BAHASA MALAYSIA


Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu telah mengadakan Minggu Bahasa Malaysia.
Sebagai setiausaha persatuan, kamu diminta untuk menulis laporan tentang aktivit tersebut.
Rangka jawapan:
Laporan Hari Kecemerlangan
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina)Yuk Chai
Dari 23 Jun hingga 27 Jun 2012, Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina)Yuk Chai telah
mengadakan Minggu Bahasa Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan
murid-murid menggunakan bahasa Malaysia dengan betul.
Sepanjang program tersebut, banyak aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya
termasuklah pertanding syarahan, pertandingan bercerita, dan berbalas pantun. Murid-murid
telah menunjukkan minat yang tinggi dalam pertandingan tersebut.
Majalis penutupan Minggu Bahasa Malaysia ini diadakan pada 27 Jun 2012. Guru Besar
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama untuk menjayakan program
ini. kemudian, upacara penyampaian hadiah diadakan. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada
pemenang-pemenang dalam pertandingan.
Keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar dan meriah. Semua warga sekolah
berharap program seperti akan terus diadakan pada tahun-tahun yang akan datang.
22

Disediakan oleh,
2012.
_______________
(ONG YONG SHENG)
Setiausaha ,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina)Yuk Chai.

25 Oktober

BERCUTI DENGAN KELUARGA


1. Kamu telah mengikut keluarga kamu bercuti ke suatu tempat
Ceritakan pengalaman kamu semasa percutian tersebut.
2. Ceritakan pengalaman anda bercuti bersama keluarga.
3. Lengkapkan cerita dengan ayat yang diberi.
Bapa membangunkan kami pada awal pagi. Pagi itu, kami ...
Rangka jawapan:
Pada cuti hujung minggu yang lepas, ayah membawa kami pergi ke Tanah Tinggi Cameron.
Pagi itu kami bangun awal untuk membuat persiapan. Aku membantu ibu menyediakan
sarapan. Selepas setengah jam, kira-kira jam 6.30 pagi kami bertolak pergi. Pada pukul 9.30
pagi, kami selamat sampai di sana.
Tempat pertama yang kami pergi ialah sebuah pasar. Pasar itu sangat besar dan
terdapat pelbagai jenis barangan. Aku sempat membeli cenderahati untuk kawan-kawanku. Ibu
pula membeli pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kemudian, kami melawat ladang strawberi, ladang teh, dan ladang kaktus. Ibu sempat
membeli strawberi, teh dan kaktus untuk dibawa pulang.
Pada pukul 6.30 petang, kami mula bergerak turun ke bawah. Sebelum pulang, ayah
singgah sebentar di air terjun. Tempat itu sangat cantik, aku dan adik-adik bermain air di situ.
23

Setelah dua jam menikmati keindahan di air terjun, kami bertolak pulang ke rumah.
Saya berasa sangat gembira.

BERCUTI DENGAN KELUARGA


Kamu sedang berbual dengan seorang rakan tentang pengalaman bercuti di tempat yang menarik.
Tulis perbualan kamu itu.
Rangka jawapan:
Siti
Mei
Siti
Mei
Siti
Mei
Siti
Mei
Siti
Mei

Hai, Mei! Saya dengar awak pergi bercuti ke Tanah Tinggi Cameron pada cuti

:
:
:

sekolah baru-baru ini. Betulkah ?


Ya, Siti. Saya bercuti bersama-sama dengan keluargaku di sana,
Boleh awak ceritakan pengalaman semasa berada di sana?
Seronok sangat Siti. Setelah kami sampai ke sana, saya berasa tidak sabar

:
:

berjalan-jalan dan melihat keindahan di sana, memang sangat cantik dan sejuk.
Apakah aktiviti yang awak lakukan di sana ?
Tempat pertama yang kami pergi ialah sebuah pasar raya. Pasar raya itu sangat

:
:

besar dan terdapat pelbagai jenis barangan yang murah.


Betulkah di sana ada banyak ladang ?
Betul Siti. Kami melawat ladang strawberi, ladang teh, dan ladang kaktus. Ibu

:
:

saya sempat membeli strawberi, teh dan kaktus untuk dibawa pulang.
Apa lagi yang awak lakukan?
Sebelum pulang, ayah singgah sebentar di tempat air terjun. Aku dan adik-adik
bermain air di situ.
24

Siti
Mei
Siti
Mei

:
:
:
:

Seronok pula saya mendengar cerita awak ini.


Memang seronok Siti. Saya ada belikan cenderahati untuk awak. Nah, ambilah.
Terima kasih, Mei.
Sama-sama.

PERKHEMAHAN
1. pasukan beruniform di sekolah kamu baru selesai menjalankan perkhemahan.
Ceritakan pengalaman kamu ketika menyertainya.
2. Sebagai setiausaha sebuah pasukan badan beruniform, kamu diminta menulis laporan tentang satu
perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Rangka jawapan :
Laporan Pekhemahan Pengakap
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina)Yuk Chai
Pada 18 hingga 20 Julai 2012, Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) telah
menganjuran aktiviti perkhemahan. Perkhemahan tersebut diadakan di Hutan Rekreasi Gunung
Hijiau, Taiping.
Tujuan perkemahan ini adalah untuk mendidik murid-murid supaya berdikari.
Perkhemahan itu disertai oleh enam puluh anggota Persatuan Pengakap. Mereka dibahagikan
kepada beberapa kumpulan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti mendirikan khemah, ceramah, pertandingan
kawad, ujian kecerdasan fizikal dan sebagainya. Melalui akitivi ini, semangat kerjasama dan
berpasukan dapat dipupuk.
Selain itu, ceramah motivasi juga diadakan. Ceremah motivasi tersebut bertujuan untuk
membentuk insan yang bermoral. Pada malam terakhir perkhemahan, setiap kumpulan
dikehendaki mengadakan persembahan seperti nyanyian, lakonan dan sebagainya.
Keseluruhannya, matlamat perkhemahan ini tercapai. Para peserta memperoleh banyak
pengalaman dan pegetahuan yang berguna.
Disediakan oleh,
2012.
_______________

25 Oktober

25

(ONG YONG SHENG)


Setiausaha ,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina)Yuk Chai.

26

You might also like