You are on page 1of 1

8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah

1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut
dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang
mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.
2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa
sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan
penyeliaan dijalankan secara berterusan.
3.Pendekatan Cookbook Management
Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkaraperkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh
dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang
diperoleh daripada pelbagai sumber.
4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan
antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam
memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.
5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)
Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk
memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan
sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas
pembelajaran masing-masing.
6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini
serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga
digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak
diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang
diingini.
7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat
memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas
mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi
kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
8.Pendekatan Proses Kumpulan
Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial.
Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem
sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku
kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

You might also like