You are on page 1of 2

Sekolah anda telah mengadakan Minggu Alam Sekitrar untuk menyedarkan para pelajar tentang

pentingnya menjaga alam sekitar. Sempena minggu tersebut, satu ceramah umum yang bertajuk
Cintailah Sungai Kita telah diadakan. Anda selaku pegawai di Jabatan Alam Sekitar telah dimint
a untuk menyampaikan ceramah tersebut. Tulis teks ceramah itu selengkapnya.
Contoh karangan:
Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Seko
lah Tun Sham al-Johori, Bandar Baharu Sri Makmur, Tangkak, Johor, Guru-guru Penolong Kana
n, Guru-guru, serta adik-adik pelajar sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Pada pagi yang indah dan mulia ini, izinkan saya menyampaikan ceramah yang bertajuk
Cintailah Sungai Kita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, negara kita merupakan sebuiah ne
gara beriklim khatulistiwa. Iklim seperti ini mempunyai keindahan alam sekitar yang indah seper
ti kehijauan hutan dan jalinan sungai yang banyak. Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikira
n dan perasaan, kita perlu bertanggungjawab untuk memelihara khazanah alam ini. Namun begit
u, yang menyedihkan kita hari ini ialah sebahagian daripadanya telah mengalami pencemaran ya
ng teruk. Manakala sebahagian yang lain telah musnah oleh sikap manusia itu sendiri. Oleh itu, a
tas dasar kesedaran inilah kita perlu mencari sebab-sebab kita perlu mencintai sungai kita. Kita j
uga perlu mencari jalan untuk menanamkan kesedaran ini dalam kalangan anggota masyarakat, k
hususnya diri kita sendiri.
Kempen Cintailah Sungai Kita amat penting kerana air merupakan sumber terpenting d
alam kehidupan manusia. Sedarkah kita apakah yang akan terjadi sekiranya dunia ini tiada air? S
udah tentu semua makhluk yang bernyawa akan mati. Oleh itu, jika kita tidak bertanggungjawab
menjaga sungai sudah pasti kita semua akan hidup dalam derita. Menyedari hakikat inilah setiap
masyarakat perlu mengakui betapa pentingnya sungai kepada kehidupan kita. Sungai merupakan
sebahagian daripada keperluan harian. Justeru, kesedaran tentang kepentingan sungai dalam kehi
dupan manusia tidak boleh dinafikan.
Hadirin sekalian,
Di samping sungai menjadi sumber kepada manusia, sungai juga berfungsi sebagai pusat
rekreasi berasaskan air di negara kita. Sebagai pusat rekreasi, sungai perlu dipelihara daripada se
barang pencemaran agar dapat mengekalkan keindahan seterusnya menarik minat pengunjung. T
anpa kawalan terhadap pencemaran sungai yang kian berleluasa, peranan sungai sebagai salah sa
tu kawasan rekreasi di negara kita akan terjejas. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga tidak mahu m
endengar peribahasa indah khabar dari rupa itu menjadi buah mulut pelancong asing.
Sungai merupakan kawasan tadahan air paling penting dan menjadi sumber bekalan air n
egara pada masa hadapan. Oleh itu, seandainya pencemaran sungai terus dibiarkan, kemungkinan
besar suatu hari nanti bekalan air kita akan terjejas dengan teruk. Hal ini perlu diberikan perhatia
n serius supaya negara kita tidak menghadapi masalah yang kritikal pada masa hadapan.
Hadirin sekalian,
Menyedari punca sungai lazimnya berpunca daripada kelalaian dan kecuaian manusia, m
aka suatu langkah yang pantas perlu diambil untuk menaganinya. Pihak yang tidak bertanggungj
awab serta kerap melakukan aktiviti pencemaran perlu dikenakan tindakan yang setimpal oleh pi
hak berwajib. Suatu bentuk penguatkuasaan yang tegas perlu diambil sebelum perkara yang tidak
diingini berleluasa. Hukuman seperti menarik balik permit dan mengenakan denda yang tinggi k
epada pengusaha-pengusaha kilang yang didapati menggunakan sungai sebagai tempat pembuna

gan sisa kilang mereka perlu dilaksanakan segera. Dengan cara ini , kebersihan dan keindahan su
ngai akan terpelihara.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya wajar dijadikan iktibar untuk menggam
barkan betapa pentingnya kita mendidik dan memupuk generasi muda agar menghargai sungai se
bagai sumber alam yang penting. Melalui pendidikan awal yang berterusan, generasi muda dapat
membentuk sikap mencintai sungai dalam diri mereka. Di samping itu, dasar Kementerian Pendi
dikan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran baharu seperti Pendidikan Alam Sekitar di per
ingkat rendah merupakan usaha murni ke arah budaya sihat. Dengan cara ini, kita akan dapat me
mastikan generasi akan datang sentiasa memelihara sungai untuk keperluan mereka.
Kesimpulannya, sungai ialah sumber alam yang amat penting kepada kehidupan manusia.
Sekiranya ditakdirkan kita kehilangan sumber ini, suatu malapetaka kepada setiap warganegara
Malaysia akan berlaku. Tiada gunanya kita menagisi kehilangan alam yang paling berharga ini ji
ka langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dari sekarang.
Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika dalam ceramah saya ta
di terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Akhir kata, hayatilah pepatah Melayu ini
, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sekian, terima kasih

You might also like