You are on page 1of 7

Perlembagaan Persekutuan

Mempunyai 183 Artikel, 15 bahagian dan 13 jadual.


Peruntukannya merangkumi pelbagai perkara seperti perlantikan
perdana menteri, pembahagian kuasa di antara pihak eksekutif,
kehakiman dan juga perundangan serta hak asasi.
Perlembagaan Persekutuan telah memberikan kuasa yang jelas
kepada tiga komponen utama sebuah kerajaan. Pembahagian
kuasa yang jelas ini adalah amat penting agar badan-badan
tersebut akan melaksanakan kuasa tersebut seperti yang telah
ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, ia juga
bagi mengelakkan daripada berlakunya pertindahan kuasa atau
pemusatan kuasa dalam satu-satu badan yang tertentu. Ini kerana
jika ia berlaku maka ia boleh membawa kepada ketidakadilan.
Justeru, pembahagian kuasa yang jelas ini di dalam Perlembagaan
Persekutuan ini dapat menjamin perjalanan dan pertadbiran
satu-satu badan dalam kerajaan tersebut berjalan dengan baik

EKSEKUTIF

Kuasa Eksekutif di bawah Perlembagaan Persekutuan dinyatakan di dalam Bab 3.


Kuasa Eksekutif secara amnya terletak hak kepada Yang di-Pertuan Agong. Namun,
Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah menteri
melalui undang-undang persekutuan boleh menjalankan kuasa Eksekutif ini.
Fungsi eksekutif ini juga boleh diberikan kepada pihak-pihak lain melalui peruntukan
undang-undang - Artikel 39 Perlembagaan Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong semasa menjalankan fungsi eksekutif ini bertindak setelah
menerima nasihat daripada Jemamah Menteri atau Menteri yang bertindak di bawah
kuasa am Jemamah Menteri - Artikel 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Apabila menyentuh perkara-perkara yang mana Yang di-Pertuan Agong bertindak
mengikut nasihat yang diberikan oleh Jemaah Menteri atau Menteri yang
menjalankan kuasa am Jemaah Menteri maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah
menerima dan bertindak mengikut nasihat tersebut - Artikel 40(1A)
Perlembagaan Persekutuan; Sebagai contohnya Artikel 122B Perlembagaan
Persekutuan; Lihat juga kes In the matter or an oral application by Dato Seri Anwar
bin Ibrahim to disqualify a judge of the Court of Appeal [2000] 2 M.L.J. 481.
Sebagai Ketua Eksekutif, Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah tertinggi
angakatan tentera - Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan.
Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan - Artikel 42 Perlembagaan
Persekutuan.
Dalam menjalankan funginya, Yang di-Pertuan Agong akan melantik Jemaah Menteri Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam melantik Jemaah Menteri ini, Yang di-Pertuan Agong perlu melantik seorang
Perdana Menteri yang pada hemat baginda telah mendapat kepercayaan majoriti ahli

PERUNDANGAN
Kuasa ini terletak di sebuah badan yang dipanggil Parlimen. Parlimen ini pula terdiri
daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua lagi badan iaitu Dewan Negara dan Dewan
Rakyat - Artikel 44 Perlembagaan Persekutuan.
Keanggotaan Dewan Negara ini diperuntukkan di bawah Artikel 45 Perlembagaan
Persekutuan. Dalam hal ini, dua orang ahli dari setiap negeri akan dipilih mengikut
Jadual Ketujuh untuk menganggotai Dewan Negara. Selain itu, dua orang ahli dari
Kuala Lumpur, seorang dari Labuah, seorang dari Putrajaya dan empat puluh orang
ahli Dewan Negara yang lain akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bagi Dewan Rakyat pula, ia mempunyai seramai dua ratus semebilan belas orang ahli
- Artikel 46 Perlembagaan Persekutuan.
Warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak untuk menganggotai Parlimen
jika mereka berumur tidak kurang 23 tahun bagi Dewan Negara dan berumur tidak
kurang dari 21 tahun bagi Dewan Rakyat - Artikel 47 Perlembagaan Persekutuan.
Kelayakan ini pula boleh hilang jika seseorang ahli ini tidak sempurna akal, memegang
jawatan yang berpendapatan, bankrup dan sebagainya - Artikel 48 Perlembagaan
Persekutuan.
Keistimewaan Parlimen ini ada dinyatakan di bawah Artikel 63 Perlembagaan
Persekutuan dan di antaranya ialah tidak boleh dikenakan tindakan dalam manamana prosiding mahkamah bagi apa jua yang dikatakannya semasa di Parlimen.
Namun, kuasa Parlimen yang paling utama adalah dalam proses penggubalan undangundang - Artikel 66, Artikel 67 dan Artikel 68 Perlembagaan Persekutuan.

KEHAKIMAN
Perlu bebas.
Doktrin pengasingan kuasa & kebebasab kehakiman.
Pada tahun 1985 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (selepas ini disebut sebagai PBB) juga telah menerima
pakai prinsip asas kebebasan kehakiman ini dan mahukan ahli-ahlinya menerima pakai prinsip-prinsip asas ini
iaitu:
1. The independence of the judiciary shall be guaranteed by the State and enshrined in the
Constitution or the law of the country. It is the duty of all governmental and other institutions to
respect and observe the independence of the judiciary.
2. The judiciary shall decide matters before them impartially, on the basis of facts and in accordance
with the law, without any restrictions, improper influences, inducements, pressures, threats or
interferences, direct or indirect, from any quarter or for any reason.
3. The judiciary shall have jurisdiction over all issues of a judicial nature and shall have exclusive
authority to decide whether an issue submitted for its decision is within its competence as defined
by law.
4. There shall not be any inappropriate or unwarranted interference with the judicial process, nor
shall judicial decisions by the courts be subject to revision. This principle is without prejudice to
judicial review or to mitigation or commutation by competent authorities of sentences imposed by
the judiciary, in accordance with the law.
5. Everyone shall have the right to be tried by ordinary courts or tribunals using established legal
procedures. Tribunals that do not use the duly established procedures of the legal process shall not
be created to displace the jurisdiction belonging to the ordinary courts or judicial tribunals.
6. The principle of the independence of the judiciary entitles and requires the judiciary to ensure
that judicial proceedings are conducted fairly and that the rights of the parties are respected.
7. It is the duty of each Member State to provide adequate resources to enable the judiciary to
properly perform its functions.
Diterima pakai pada Kongres Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang Ke Tujuh mengenai Crime and the
Treatment of Offenders yang diadakan di Milan pada 26 Ogos sehingga 6 September, 1985 dan telah disahkan
oleh Resolusi 40/32 pada 29, November 1985 dan resolusi 40/146 pada 13 Disember 1985.

KEHAKIMAN

Kehakiman ini ada diperuntukkan di dalam Bab IX iaitu bermula dari Artikel 121
sehinggalah Artikel 131A Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, para hakim yang menduduki badan Kehakiman
mempunyai tempat yang istimewa.
Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
Kelakuan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen
kecuali dengan suatu usul yang tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh
tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen
itu, dan juga tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Dewan Negeri.
Saraan para hakim di Malaysia dibuat melalui Kumpulan Wang yang Disatukan Artikel 125(6) Perlembagaan Persekutuan; Artikel 97 Perlembagaan
Persekutuan.
Dilantik oleh Yang diPertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana
Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja - Artikel 122B Perlembagaan
Persekutuan.
NASIHAT ?
Di dalam kes In the matter or an oral application by Dato Seri Anwar bin
Ibrahim to disqualify a judge of the Court of Appeal [2000] 2 M.L.J. 481,
Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa nasihat di bawah 122B ini adalah satu
proses yang perlu diterima oleh Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini sebenarnya
adalah benar jika kita melihat kepada Artikel 40(1A) Perlembagaan Persekutuan yang
menyatakan bahawa;

KEHAKIMAN
Artikel 124 Perlembagaan Persekutuan. Sumpah
jawatan seorang hakim ada dinyatakan di bawah Jadual
Keenam Perlembagaan Persekutuan yang antara lain
menyebut;
Saya ............................ setelah dipilih (atau dilantik)
memegang jawatan ........................adalah dengan ini
mengangkat
sumpah
(atau
berikrar)
dengan
sesungguhnya
bahawa
saya
akan
menunaikan
kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur dengan
segala daya upaya saya, bahawa saya akan
menumpahkan taat setia yang sebenar kepada
Malaysia, dan akan mernelihara, melindungi serta
mempertahankan Perlembagaannya."

KEHAKIMAN
Ketika ini sebelum sesuatu pelantikan dibuat, calon-calon yang akan
mengisi jawatan Kehakiman ini akan melalui proses pemilihan yang akan
dilakukan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang telah ditubuhkan
oleh Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.
Salah satu tugas Suruhajaya Pelantikan Kehakiman ini adalah untuk
memilih calon yang sesuai bagi mengisi jawatan dalam cabang Kehakiman
untuk perhatian Perdana Menteri.
Jawatan-jawatan ini termasuk jawatan bagi Ketua Hakim bagi Mahkamah
Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Mahkamah
Tinggi.
Setelah pemilihan dibuat maka senarai nama dan alasan pemilihan akan
diberikan kepada Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya Bahagian IV
Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.
Perdana Menteri setelah menerima senarai nama yang disyorkan oleh
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini kemudiannya akan melaksanakan
tugasnya seperti yang telah termaktub di bawah Artikel 122B
Perlembagaan Persekutuan.

You might also like