Professional Documents
Culture Documents
8. Apa-apa ________ yang hendak kamu lakukan, fikirkanlah baik dan buruknya
dahulu.
A lah
B tah
C kah
D jua
8. Jalan yang dilaluinya bukan sahaja ber ______________ tetapi mempunyai lopak
yang banyak.
A bolak-balik
B lintang-pukang
C simpang-siur
D pontang-panting
9. Ibu Siti _______________ apabila melihat anaknya terjatuh ke dalam parit.
A jalan buntu
B hilang punca
C kering darah
10. ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas, kata ketua darjah.
A Sila
B Ayuh
C Minta
D Semoga
11. Pendengaran Pak Osman menjadi pekak semenjak dia terlibat dalam satu
kemalangan.
Perkataan seerti bagi pekak ialah
A tuli
B tajam
C kabur
D jelas
12. Bunga cempaka itu kembang dan mengeluarkan bau yang harum.
Perkataan berlawan bagi kembang ialah
A kecut
B kuncup
C mekar
D segar
13. Antara pernyataan berikut, yang manakah ayat pasif ?
A Dia menyikat rambutnya.
B Pakaian Ani belum berbasuh.
C Wanita itu memakai baju kebaya.
D Alif makan nasi di warung Wak Jamal.
14. Kalau tidak silap saya, sejak sebulan yang lalu dia terlantar di hospital.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A Sejak bilakah dia terlantar di hospital?
B Di manakah dia terlantar sejak sebulan yang lalu?
C Siapakah yang terlantar di hospital sejak sebulan yang lalu?
D Kamu menyatakan dia terlantar di hospital sebulan yang lalu?
15. Pak Yunus beritahu saya, dia telah menyewa sebuah teksi untuk ke rumah
Borhan.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A Teksi sahajakah yang akan Pak Yunus naiki untuk ke rumah Borhan?
B Mengapa Pak Yunus ke rumah Borhan dengan menaiki teksi?
C Pak Yunus hendak menaiki teksi sahaja ke rumah Borhan?
D Bagaimanakah Pak Yunus hendak ke rumah Borhan?
I Puan Fauziah menuang air hangat yang telah dijerang itu ke dalam termos.
II Hati Eskandar berasa hangat setelah dicabar oleh kawan-kawannya.
III Berita hangat itu menjadi tajuk utama akhbar pada hari itu.
IV Air itu tidak dapat kami minum kerana terlalu hangat.
A I dan II
B II dan III
C II , III dan IV
D I, III dan IV
2.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
I dan IV
II dan III
I, II dan III
II, III dan IV
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Soalan Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak
buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah
rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat
tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan
cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara
berkumpulan, " kata Pak Jusoh.
Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail.
Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut
bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya
Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula
diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh
ketua mereka.
Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu
kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan
lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanakkanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu
tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan.
Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya
membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah
perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri
yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung
Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan.
Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan
pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya
Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa
ke muka pengadilan.
31.
Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya
supaya berwaspada setiap masa ?
A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.
B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.
C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.
D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala
anjing.
32.
Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk
menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?
A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
B Mengadakan kawalan pada waktu malam.
C Membuat jadual rondaan.
D Menangkap orang yang bersalah.
33. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?
A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.
B Di Kampung Kaki Bukit.
C Di Kampung Paya Dalam.
D Di pantai Kampung Paya Dalam.
34.Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksud
A mengalahkan kuasa.
B membuat keputusan.
C mengalihkan pendapat.
D mengalahkan kemahuan.
35. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak
buahnya ?
A Menjalankan kegiatan menyamun.
B Menjalankan kegiatan pecah rumah.
C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.
D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk
kampung.
Soalan Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Jenis
pertandingan
Pertandingan
mewarna
Pertandingan
bercerita
Mendeklamasikan
sajak
Mencari harta
karun
Sukaneka
Masa
8.00 pagi 12.00
tengah hari
8.00 pagi 10.00
pagi
10.00 pagi 12.00
tengah hari
2.00 petang 4.00
petang
4.00 petang 6.00
petang
Tempat
Kumpulan Umur
Di kantin sekolah
5 7 tahun
Di dewan sekolah
8 10 tahun
Di dewan sekolah
10 12 tahun
Di tempat
perhimpunan
Di padang sekolah
12 tahun dan
ditemani ibu bapa
7 12 tahun dan
para ibu bapa
36.
Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang
sama ?
A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.
B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.
C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.
D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.
37.
Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?
38.
Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk
menyertai suatu pertandingan.
Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?
A Sukaneka.
B Mendeklamasikan sajak.
C Mencari harta karun.
D Mencari harta karun dan sukaneka.
39.
Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya
setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?
A Memendekkan masa pertandingan.
B Penyertaan perlu dihadkan.
C Menyediakan petugas yang lebih banyak.
D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.
40.
Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan
tersebut diadakan ?
A Untuk beradu kekuatan.
B Untuk mencungkil bakat.
C Untuk mengeratkan hubungan.
D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.