You are on page 1of 8

Pendidikan Moral : Fungsi Dan Kepentingannya

Pengenalan
Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat
pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini
merupakan satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang
berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan
yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting
dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan menjadi contoh (role
model)kepada para pelajarnya. Dalam penghidupan (sosialisasi), seseorang individu
perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga mencapai kematangan. Salah
satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Antara lain, proses
sosialisasi pelajar akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana akan
memberi perubahan besar dalam kehidupan mereka.
Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun pelajar diajar secara
langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di
rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang
lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh pelajar hasil daripada tingkah laku
atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi
berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia
melalui proses interaksi atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal
kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung
kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan
daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Justeru, kepentingan proses sosialisasi pelajar di sekolah terutama dalam
mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka memang tidak dinafikan lagi.
Oleh sebab itu, mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan
Kurikulum 1988), penaakulan moral merupakan hasil yang penting dalam pengajaran
Pendidikan Moral.
Agen Perubahan Sosialisasi Individu
Dalam proses sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut membawa
perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama
dan media massa.

Seringkali ditimbulkan bahawa faktor keluarga memainkan peranan penting


dalam mempengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Ibu bpa yang sentiasa
memberi galakkan dan perangsang sehingga menimbulkan minat, semangat ketekunan
dan keyakinan diri dalam menghadai pelajaran. Ibu bapa juga berupaya membentuk
pola-pola tingkah laku pelajar. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin di
rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi
kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik anak-anak
yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan
dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi. Di samping itu, ibu bapa juga dikaitkan sebagai
satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
sosialisasi khususnya yang berkaitan dengan personaliti dan sahsiah mereka. Tak syak
lagi pepatah Melayu mengatakan, jikalau hendak melentur buluh, biarlah dari
rebungnya. Sehubungan dengan itu Mohd. Azhar et.al, (2001) menyatakan bahawa
ketika kecil dan dalam keluarga pendidikan asas serta pembentukan keperibadian itu
mesti diberikan dasar yang jelas dan kukuh.
Pada diri remaja, pengaruh dalam lingkungan perilaku diakui cukup kuat.
Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk
menentkan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak
dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok
teman sebaya juga diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seseorang
remaja tentang perilakunya (Conger, 1991). Rakan sebaya dilihat mempunyai nilai-nilai
tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Raka sebaya di sekolah dapat
mempengarui disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak
mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati
guru dan mematuhi peraturan, begitulah juga sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifatsifat sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang ndividu yang amat
menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan,
bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan sebaya juga memainkan peranan penting
bagi membentk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama
ada dirinya dihargai ataupun sebaliknya di sisi masyarakat. Contohnya, cara berpakaian,
hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya.
Di samping itu, pelajar menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah.
Pengaruh sekolah (institusi) adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh
keluarga. Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi
bertambah luas. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal
yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi
dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut
giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktivitiaktiviti sekolah. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar
mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, strutur

ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan


perubahan dalam proses sosialisasi mereka. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah
turut mempengaruhi perkembangan personaliti pelajar. Sebagai contoh, pengetua atau
Guru Besar yang tegas melaksanakan disipln pasti menegaskan kepada remaja,
keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan sesuatu tugasan
sebaliknya pengetua atau Guru Besar yang tidak tegas menghasilkan kesan yang
negatif pula (Rosiadi et.al, 2008).
Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai
berpendapat agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah
didapati pelajar yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada pelajar yang
tidak menghadiri kelas agama. Ramai berpendapat pelajar-pelajar menggunakan ajaran
agama sebagai petunjuk dalam proses perkembangan moral mereka. Walau
bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang yang percayakan agama
tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan mereka seharian.
Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka. Sekiranya pelajar-pelajar ini diberi
didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak akan
melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah
yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara
dan kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan
seperti yang terkandung di dalam agama Islam. Keadaan ini sekaligus membentuk
proses sosialsasi dalam diri individu serta membawa perubahan besar dalam hidup
mereka.
Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh sosialisasi
sama kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa yang
merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan
kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang. Pengaruh baik atau buruk
yang diterima oleh pelajar-pelajar melalui media massa bergantung kepada apakah
bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka. Rancangan-rancangan televisyen
mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita di mana orang yang baik
selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima hukuman atau balasan
dapat membantu perkembangan pertimbangan moral pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar
patut digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa dan guru
yang bertanggung jawab adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik
pelajar-pelajar supaya mereka tahu memilih apakah rancangan televisyen dan bahanbahan bacaan yang baik dan sesuai untuk mereka.
Peranan Guru Pendidikan Moral
Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Daripada pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang
berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar
atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan

ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai Guru
Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan
moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan
berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang
datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada
keluarga dan masyarakat.
Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar
tabiat tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka
sekaligus perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat
memupuk nilai-nilai dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang
berilmu serta berdisiplin. Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat
at.el, (2003) di mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan
mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah
profesionalisme.
Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendekatan Perkembangan
Moral Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg (1962)
yang memberi fokus kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar).
Pedekatan ini banyak membantu membina kebolehan menaakul golongan remaja di
peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005) turut
menyatakan bahawa perkembangan moral pada peringkat ini lebih tertumpu kepada
perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat
pertimbangan moral. Di samping itu juga, istilah perkembangan memberi satu
gambaran yang menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih
kompleks yang tidak boleh diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangkan
andaian mengenai apakah yang dianggap matang dari segi moral (Downey & Kelly
(1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).
Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa
implikasi terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang
berlaku kini. Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang
rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan
remaja (Loganathan, 1995). Stoll & Beller dalam Loganathan (1995) turut melaporkan
bahawa sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar
nilai-nilai murni dan yang lebih penting lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul
tentang sesuatu nilai. Namun, Wilson (1973) memang telah menjelaskan bahawa
penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan
sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara
sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan

pengaruh secara tidak lanagsung kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T.
Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja menghabiskan
hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya
berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti
pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan
peperiksan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru,
kesemuanya menggalakkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang lemah dari
segi akademik.
Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang
ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah
proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan
cara ini, Guru Pendidikan Moral di sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral
kognitif pelajar yang bermasalah. Menyentuh pernanan guru dalam menangani masalah
vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap guru itu di mana beliau hampir
dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah tentu usaha ini akan memberi
kesan kepada masalah pelajar kerana tanggungjawab mendisiplinkan pelajar terlelak di
bahu guru di sekolah.
Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg
(1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu
faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah
faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku
moral. Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku
moral jika dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah
laku sebegini. Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral
sekaligus memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat
untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Tambahan Loganathan (1995)
penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional
memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja di
sekolah.
Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan
objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam
kalangan pelajar. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan
bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata
pelajaran yang lain.[1] Selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan
KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur yang
membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluru dan seimbang. Justeru
itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan
diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan
seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar

berkenaan dengan pertimbangan moral (moral judgement) Kohlberg (1987) dalam


Chang Lee Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan
moral bagi golongan pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii)
pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii)
pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan
tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri.
Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam
Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada
tanggungjawab ini. Ikrar dalam EPP, .... dengan menyedari betapa besarnya
tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhpenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan (Yahya
Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang
pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai
bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang
bermoal tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian
mereka agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.
Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat berminda kelas
pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya
kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga
tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara,
bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri
yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip
kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa
dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip
berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan.
Menyentuh tentang konsep Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara di
mana telah meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain Kod
Etika Profesion Perguruan (EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab
untuk membangunkan negara. Guru berkenaan harus menjadi teladan (role
model) dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang
diingini kepada para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan
yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar
ditonjolkan dalam kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej
institusi pendidikan dapat dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk generasi
Malaysia yang bertanggungjawab dan berwawasan.

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Penyelesaian Konflik

Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara


langsung dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu bakal melahirkan generasi
yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha
memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, pendidikan berfungsi sebagai alat untuk
memenuhi kepeluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi
dan sosial.
Dalam membincangkan proses pendidikan, kita harus memberi fokus akan
kepentingan aspek pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan engeluaran idea
yang kreatif dalam kalangan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan
kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain [2] supaya menjadi
lebih berkesan dan kreatif. Antaranya ialah kaedah penyelesian koflik. Di samping itu,
peranan guru yang kreatif dan inovatif [3] amat penting dalam memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Menurut Abd. Rahim (1999) daya
kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah atau metod pengajaran
mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar. Manakala
inovatif pula ialah kebolehan seseorang guru memulakan sesuatu yang baru dalam
bentuk kaedah, sistem pendekatan dan sebagainya.
Justeru, guru adalah pemangkin kepada para pelajar membina daya pemikiran
yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa.
Ungkapan di bawah menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyalur
ilmu dan kemahiran kepada para pelajarnya.
As teachers we must believe in change, we must know it is possible,
or we wouldnt be teaching because education is a constant prosess
of change. Every single time you teach something to someone, it is
ingested, something is done with it, and new human being emerges
(Leo Buscaglia & Boon Pong Ying dalam Mok Soon Sang, 2002 )
Pengajaran dan pembelajaran adalah proses yang berterusan dan tidak statik
selari dengan perubahan-perubahan di sekeliling kita. Dalam era teknologi moden kini,
perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran menuntut profesionalisme guru
mendalami inovasi dalam pedagogi bagi memperbaiki serta memperkukuhkan kapasiti
sebagai seorang pendidik. Bagi mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam menjana idea kreatif para pelajar, guru boleh menggunakan
kaedah penyelesaian konflik.
Penyelesaian konflik dalam bentuk sumbang saran (brainstorming) adalah satu
bentuk perbincangan yang membolehkan satu kumpulan mengeluarkan sebanyak

mungkin idea secara spontan dan berkelompok. Setiap idea perlu diterima untuk dikaji
sama ada sesuai dengan tajuk perbincangan atau tidak. Jangan mengkritik idea-idea
pada peringkat awal kerana akan menghalang kelahiran idea-idea baru. Pada akhir sesi
idea-idea yang sesuai akan diasingkan dengan idea yang tidak sesuai untuk dibuat
rumusan. Rumusan itulah menjadi hasil sesi sumbang saran.
Betapa banyaknya permasalahan moral yang boleh dibincangkan oleh murid kita.
Mereka mampu berbincang, mencari punca masalah, kenapa dan mengapa masalah itu
terjadi. Mereka berbincang tentang kesan atau akibatnya. Mereka juga mampu untuk
menyarankan cara-cara penyelesaiannya. Tetapi bagaimanakah dengan penghayatan
dan tindakan mereka? Adakah mereka menghayati apa-apa yang mereka bincangkan
dan bertindak sebagaimana yang mereka persetujui dalam perbincangan? Contoh isuisu yang boleh dibincangkan ialah gejala melepak, lumba haram, menonton televisyen
yang keterlaluan, membuang masa yang berharga dan sebagainya. Berikut merupakan
model pengurusan grafik bagi teknik perbincangan (sumbang saran) yang berkaitan
dengan kaedah penyelesaian konfik.

Rumusan
Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral
memainkan peranan amat penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di
sekolah melalui beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk
menjadi guru contoh di sekolah bukanlah mudah ianya memerlukan sokongan padu
daripada pihak pentadbir, guru lain, pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya.
Namun dalam proses membentuk sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang
turut membawa perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah
(institusi), agama dan media massa.
Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi
dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang
dalam semua aspek kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang
kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka sudah tentu memerlukan
tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan pendekatan proses pengajaran serta
pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian, kaedah penyelesaian
konflik (perbincangan / sumbang saran) merupakan idea yang kreatif dalam
menggalakkan pelajar yang aktif dan proaktif dalam pembelajaran mereka, khususnya
dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

You might also like