You are on page 1of 32

Penyakit Tonsil

Ungkapan saya ada tonsil seringkali kedengaran di kalangan masyarakat umum.


Tidak kurang juga ada daripada golongan warga kerja perubatan dan kesihatan
sendiri yang menggunakan pernyataan sedemikian yang merujuk kepada suatu
struktur yang kelihatan pada mereka tidak normal di dalam rongga mulut.
Sebenarnya, tonsil adalah agregasi tisu limfoid yang terdapat dalam rongga
mulut dan tekak seseorang.
Tonsil yang biasa dirujuk ialah struktur kelenjar yang terletak di bahagian tepi,
iaitu di kanan dan kiri orofarinks seseorang, yang juga dikenali sebagai palatine
tonsil.
Selain itu, ada lagi agregasi limfoid lain yang berhampiran dengannya yang turut
memainkan peranan dan fungsi yang sama.
Ia dikenali sebagai lingual tonsil iaitu yang terletak di pangkal lidah, tubal tonsil
yang terletak di belakang hidung dan beberapa kumpulan tisu limfoid yang lain di
dalam tekak yang kesemuanya tersusun dalam bentuk lingkaran yang dipanggil
Lingkaran Weldeyer Dalam.
Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanakkanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan
sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi
mencapai tahap kematangan sepenuhnya.
Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransuransur hilang. Justeru, ungkapan mengatakan saya ada tonsil tidaklah lebih
daripada mengumumkan bahawa diri mempunyai struktur normal seperti mana
orang lain.
Dari segi signifikan maksudnya, ia samalah seperti mengatakan saya ada hidung,
saya ada mata, saya ada telinga dan sebagainya.
Pada awal usia kanak-kanak, saiz tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit
sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau.
Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lamakelamaan akan menjadi semakin kecil.
Hal yang demikian menerangkan mengapa tonsil jarang kelihatan atau jika
dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.
* Masalah berkaitan tonsil

Dalam praktis bidang otorinolaringologi (telinga, hidung dan tekak), masalah yang
sering dikaitkan dengan tonsil ialah jangkitan virus dan bakteria, baik pada tonsil
itu sendiri atau struktur di sekitarnya iaitu kawasan peritonsilar, hipertrofi atau
pembesaran saiz kelenjar tonsil yang mengakibatkan tandatanda obstruktif (halangan) seperti penyempitan saluran pernafasan atas dan
ketumbuhan termasuklah karsinoma sel skuama (squamous cell carcinoma) dan
limfoma.
1. Jangkitan
Selaras dengan fungsinya sebagai struktur barisan hadapan pertahanan badan
terutamanya pada kanak-kanak, tonsil merupakan tisu yang terdedah kepada
jangkitan kuman baik virus atau bakteria.
Inflamasi berpunca daripada jangkitan virus biasanya merupakan sebahagian
daripada jangkitan pada saluran pernafasan atas seseorang (upper respiratory
tract infection).
Bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti
sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Ia biasanya mempunyai
kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.
Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya
akan menjadi lebih teruk sedikit.
Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang
pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi
lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.
Punca-punca jangkitan lain yang boleh berlaku pada tonsil termasukah difteria,
infeksi mononukleosis, agranulositosis dan sebagainya yang kebanyakannya
berlaku dalam frekuensi yang agak rendah.
Ini mungkin disebabkan oleh keberkesanan imunisasi yang diperkenalkan oleh
kerajaan terhadap bayi yang baru lahir, meningkat kefahaman tentang
pentingnya menjaga kebersihan serta kesihatan gigi dan mulut, di samping
kecenderungan ibu bapa membawa anak yang mempunyai masalah kelenjar tonsil
untuk mendapatkan rawatan pada peringkat yang lebih awal.
2. Hipertrofi Tonsil
Hipertrofi tonsil merujuk kepada saiz tonsil yang lebih besar daripada yang
sepatutnya. Ia biasanya melibatkan kedua-dua belah tonsil dan saiznya
bersimetri.

Tonsil yang bersaiz besar ini akan mengakibatkan diameter saluran pernafasan
atas amnya dan orofarinks khususnya menjadi lebih kecil. Hal ini akan menjadi
lebih teruk jika ia berlaku pada kanak-kanak.
Ini adalah kerana saiz orofarinks kanak-kanak adalah lebih kecil dan
pertambahan saiz tonsil akan mengakibatkan baki ruangan saluran yang tinggal
untuk pernafasan semakin kecil.
Selain itu, saiz tonsil yang besar juga akan menyebabkan gangguan dalam proses
menelan yang normal. Kesukaran menelan ini disebut disfagia.
Tonsil yang besar juga kerap kali menjadi tempat terlekat atau tersangkutnya
benda asing seperti tulang ikan atau sisa makanan terutamanya tonsil yang
mempunyai lubang-lubang yang jelas.
3. Ketumbuhan
Dalam kes-kes terpencil, terutamanya jika hanya sebelah tonsil yang kelihatan
membesar lantas menjadikannya tidak lagi simetri, maka ia harus dipastikan
bukan berpunca daripada ketumbuhan. Ini adalah kerana bentuk penyiasatan, dan
yang lebih penting lagi rawatannya, adalah berbeza.
Ketumbuhan tonsil juga biasanya akan menunjukkan tanda-tanda sistemik yang
lain seperti susut berat badan, hilang selera makan dan bengkak kelenjar limfa
pada leher yang seharusnya meningkatkan syak terhadap kemungkinan
berlakunya ketumbuhan.
Biasanya, pesakit juga mempunyai faktor-faktor risiko yang lain seperti merokok,
mengambil minuman beralkohol, mengamalkan memakan sirih atau mengunyah dan
menyimpan tembakau di dalam mulut (budaya di sesetengah tempat).
l Tanda-tanda Penyakit Tonsil
n Sakit sewaktu menelan, iaitu odinofagia adalah antara tanda utama yang
membuatkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. Ada kalanya ia
disertakan dengan demam panas yang mencecah 40Celcius.
n Saiz tonsil yang besar, baik pada pesakit yang diketahui mempunyai hipertrofi
tonsil atau pun kesan infalamasi hasil daripada jangkitan akan menyebabkan
saluran pernafasan menjadi sempit. Kedua-dua belah tonsil mungkin membengkak
dan bersentuh di bahagian tengah orofarinks (kissing tonsils). Apabila ini
berlaku, pesakit akan mengalami tidur berdengkur, kadang-kadang berhenti
bernafas atau apnea sewaktu tidur. Menelan, walaupun air liur sendiri, juga
menjadi suatu pengalaman yang memeritkan. Dalam kes jangkitan kawasan

peritonsilar, perubahan suara akan berlaku di mana pesakit akan bertutur


seperti dia sedang memakan sesuatu yang panas (hot potato voice).
n Dalam kes-kes ketumbuhan, ada pesakit yang mengadu batuk berdarah dan
pemeriksaan menunjukkan permukaan tonsil yang mengalami ulser dan berdarah
apabila disentuh. Tidak kurang juga pesakit yang datang dengan tanda yang
minimum seperti merasa seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong
sewaktu menelan.
l Rawatan penyakit Tonsil
Bergantung kepada jenis penyakit, rawatan terhadap permasalahan tonsil juga
berbeza. Umumnya, sebarang bentuk jangkitan perlu diubati dengan agen
antikuman atau antibiotik (untuk bakteria).
Pada masa yang sama, kebersihan mulut perlu ditingkatkan. Pesakit juga
digalakkan makan seperti biasa sebagaimana yang boleh.
Jika ia menjadi terlalu sukar, mungkin pemberian cecair serta elektrolit perlu
diberikan secara intravena bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan
stabil.
Bagi kes-kes kawasan peritonsilar yang mempunyai pengumpulan nanah, ia perlu
dialirkan keluar. Ini kerana jangkitan yang terkurung di kawasan tersebut boleh
mengakibatkan gangguan yang berterusan terhadap saluran pernafasan.
Ia juga mengundang risiko merebaknya jangkitan ke kawasan lain yang lebih
sukar untuk dirawat seperti kawasan parafaringeal, retrofaringeal dan mungkin
sampai ke mediastinum atas.
Sekiranya jangkitan tonsil berulang-ulang, atau ia menyebabkan gejala obstruktif
yang mengganggu kehidupan seperti berdengkur atau apnea tidur, maka
pembedahan elektif membuang tonsil adalah disyorkan.
Di Amerika Syarikat, tonsilektomi atau surgeri membuang tonsil merupakan
pembedahan elektif yang paling kerap dijalankan di kalangan kanak-kanak.
Ia merupakan suatu prosedur pendek dan pesakit biasanya perlu berada di
hospital untuk beberapa hari sahaja. Tiada parut kelihatan kerana prosedur
dijalankan melalui rongga mulut.
Jika keabnormalan tonsil merupakan manifestasi masalah ketumbuhan, maka
kaedah rawatannya juga berbeza. Ada antara pesakit memerlukan pembedahan
dan tidak kurang juga yang dapat dikawal dengan penggunaan ubat kemoterapi.

Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa insiden bagi ketumbuhan tonsil ini amatlah
kecil, jika dibandingkan dengan masalah tonsil yang berpunca daripada jangkitan
dan hipertrofi.
Walau apapun, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Dan semestinya
rawatan di peringkat awal adalah jauh lebih baik daripada peringkat yang lewat.
Menyemai budaya ingin tahu dan menambahkan ilmu pengetahuan melalui
pembacaan dan perbincangan mahu pun konsultasi dengan mereka yang pakar
pastinya merupakan suatu pendekatan yang amat berkesan.
Amalkan gaya hidup yang sihat, nescaya anda akan dapat menikmati hidup sihat
yang ceria bergaya.
Oleh Dr Irfan Mohamad

Pengenalan
Tonsil merupakan tisu limfoid yang berada pada kedua-dua bahagian tekak
manusia. Inflamasi tonsil dinamakan tonsillitis. Tonsilitis boleh wujud dalam
bentuk akut tonsillitis, kronik tonsillitis, tonsillitis berulang kali dan yang paling
teruk dinamakan peritonsillar abscess ( tonsil bernanah ).
Penyakit ini selalunya berlaku pada kanak-kanak dan boleh berlaku sekiranya
pesakit mempunyai ahli keluarga yang telah menjalani pembedahan pembuangan
tonsil.
Sungguhpun ia kerap berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia jarang sekali berlaku
kepada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 2 tahun.
Tonsilitis yang disebabkan oleh Streptococcus selalunya berlaku pada kanakkanak berusia 5-15 tahun manakala tonsillitis yang disebabkan oleh virus
selalunya berlaku pada kanak-kanak yang lebih muda usianya.
Peritonsillar abscess ( PTA ) biasanya berlaku pada golongan remaja, tetapi ianya
boleh juga berlaku kepada kanak-kanak.

Akut tonsillitis yang disebabkan oleh bakteria sebagaimana di atas.Tonsil


kelihatan membengkak dan merah beserta keluar nanah.Uvula kelihatan di
tengah-tengah antara 2 tonsil.
Apakah penyebab tonsillitis ?
Kebanyakan serangan penyakit tonsillitis adalah disebabkan oleh virus seperti

HSV

EBV

Cytomegalovirus

Herpes viruses

Adenovirus

Measles virus
Bakteria pula hanya menyumbang 15-30% kepada penyakit tonsillitis.Bakteria
anerobik memainkan peranan yang penting dalam penyakit ini.
Apakah simptom-simptom tonsillitis ?
Sejarah menentukan jenis tonsillitis samada ianya akut, berulang atau kronik.
Akut tonsillitis.
Simptom-simptom akut tonsillitis termasuk demam, sakit tekak, nafas berbau,
susah untuk menelan, sakit untuk menelan, berdengkur, bernafas melalui mulut,
letih dan lemah badan. Simptom selalunya hilang selepas 3-4 hari. Akan tetapi ia
boleh bertahan selama 2 minggu sekalipun diberi rawatan yang cukup.2.
Tonsilitis berulang.
Keadaan ini berlaku apabila pesakit mengalami serangan tonsillitis sebanyak 7 kali
dalam setahun, 5 jangkitan dalam masa 2 tahun berturut-turut ataupun 3
jangkitan setiap tahun dalam masa 3 tahun berturut-turut.
Kronik tonsillitis.
Simptom-simptom kronik tonsillitis termasuklah sakit tekak yang berpanjangan,
mulut berbau, tonsillitis dan sakit kalenjar servikal berterusan.
Peritonsillar abscess (PTA) ( tonsil bernanah ).
Simptom-simptom tonsil bernanah termasuklah sakit tekak yang teramat sangat,
demam, air liur meleleh, nafas berbau, susah untuk membuka mulut dan serak
suara.
Bagaimanakah penyakit ini didiagnosakan?
Sebenarnya penyakit ini boleh sahaja didiagnosakan berdasarkan simptomsimptom yang ditunjukkan oleh pesakit. Akan tetapi pemeriksaan fizikal penting
untuk memastikan penyakit tersebut adalah tonsillitis.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor sebagaimana di bawah:

Pemeriksaan tonsil dan farinx.


Penemuan positif bagi pesakit tonsillitis adalah sebagaimana di dalam gambar di
bawah. Tonsil kelihatan bengkak dan merah. Kadang-kadang, nanah mungkin turut
kelihatan.
Di dalam keadaan yang teruk, pesakit mungkin mengalami perubahan suara dan
bernafas melalui mulut disebabkan oleh pembengkakan tonsil.
Sakit kalenjar servikal dan ketegangan otot leher mungkin boleh wujud ketika
serangan penyakit ini.
Di dalam kes peritonsillar abscess (PTA), farinx kelihatan bengkak dan merah
dan pesakit tidak dapat membuka mulut kerana sakit. Selalunya tonsil yang
bengkak adalah berbentuk unilateral di mana salah satu tonsil adalah lebih besar
berbanding yang satu lagi. Selain daripada penemuan fizikal di atas, sakit
kalenjar servikal,sakit telinga di bahagian yang berkenaan dan torticollis boleh
wujud.
Selain daripada perkara-perkara di atas, doktor juga akan memeriksa kulit
beserta mukosa pesakit untuk melihat tanda-tanda kekurangan air di dalam
badan.
Terdapat beberapa kes yang patut diambil pertimbangan semasa melakukan
pemeriksaan farinx dan tonsil.
Kes-kes seperti Infectious mononucleosis dan jangkitan virus Herpes simplex
mempunyai cirri-ciri tambahan yang berbeza.
Dalam kes Infectious mononucleosis, selain daripada akut tonsillitis, penyakit ini
juga menunjukkan penemuan fizikal lain seperti sakit kalenjar axilla, servikal dan
inguinal beserta limpa yang bengkak, letih yang amat sangat,sakit-sakit badan
dan demam bersuhu rendah mengiringi akut tonsillitis. Penemuan fizikal yang
paling penting membezakan infectious mononucleosis dengan akut tonsillitis yang
lain ialah terdapatnya selaput berwarna kelabu yang meliputi tonsil yang
membengkak sebagaimana gambar di bawah. Selaput ini boleh dibuang tanpa
berlaku pendarahan.

Gambar di atas menunjukkan tonsillitis yang disebabkan oleh jangkitan


Epstein-Barr (infectious mononucleosis). Tonsil yang bengkak diselaputi oleh
lapisan putih kekelabuan.
Berbeza dengan kes jangkitan virus herpes simplex, penemuan fizikal yang boleh
didapati pada pesakit ialah farinx kelihatan merah, tonsil kelihatan bengkak dan
kadang-kadang terdapat ulcer pada permukaan tonsil. Selain itu, radang gusi dan
radang bibir boleh wujud pada pesakit.
Di dalam kes tonsillitis ini, perlukah ujian makmal dijalankan?
Tonsilitis dan peritonsillar abscess ( PTA ) boleh didiagnosis secara klinikal iaitu
berdasarkan simptom-simptom dan penemuan fizikal oleh doktor.
Pemeriksaan makmal hanya dilakukan sekiranya jangkitan tonsil disyaki
disebabkan oleh Kumpulan A beta-hemolytic streptococcus. Di dalam kes ini
sample diambil daripada tekak pesakit kemudian dikultur di dalam makmal. Kultur
dari tekak pesakit untuk mengesan kumpulan A beta-hemolytic streptococcus
adalah 90-95% sensitif. Berbeza pula dengan rapid streptococcal test kerana ia
adalah kurang sensitif berbanding kultur tekak pesakit.Walau bagaimanapun,
masa yang diperlukan untuk mengesan bakteria di dalam kultur dari tekak
mengambil masa yang lama berbanding rapid streptococcal test. Ini menjadi
faktor penggunaan rapid streptocoocal test lebih praktikal berbanding kultur
dari tekak pesakit.
Selain ujian makmal di atas, ujian serum Monospot ( untuk mengesan infectious
mononucleosis yang disebabkan oleh virus Epstein-Barr ), CBC (complete blood
count) dan paras elektrolit di dalam serum mungkin dibuat.
Bagaimana tonsillitis dirawat?
Rawatan akut tonsillitis bertumpu kepada pengekalan air di dalam badan dan juga
pengambilan kalori yang cukup . Selain itu, ia juga bertumpu kepada pengawalan
sakit dan demam.
Ketidakmampuan mengekalkan pengambilan air dan kalori yang cukup boleh
menyebabkan pesakit terpaksa mengambil gentian air secara intravenous,
antibiotik dan pengawalan sakit. Kortikosteroid secara intravenous mungkin
diberi untuk mengurangkan pembengkakan pharynx.
Rawatan yang diberikan semasa terkena tonsillitis sebagaimana di bawah :
1. Paracetamol dapat mengurangkan sakit dan demam.
2. Elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan pedas dapat
mempercepatkan proses penyembuhan.
3. Banyakkan berehat.
4. Banyakkan minum air.
5. Corticosteroid boleh memendekkan tempoh demam dan radang farinx di
dalam kes infectious mononucleosis.
6. Antibiotik selalunya dipreskripsikan apabila berlakunya radang farinx yang
disebabkan oleh bacteria. Ampicillin dan cephalexin selalunya
dipreskripsikan akan tetapi ia patut dielakkan penggunaannya sekiranya
disyaki infectious mononucleosis. Erythromycin patut digunakan di dalam
kes infectious mononucleosis.

Preskripsi antibiotik patut diberikan di dalam kes:


1. Tonsil bernanah.
2. Demam.
3. Peningkatan sel darah putih di dalam darah.
4. Pesakit mendapat jangkitan daripada pesakit yang telah dijangkiti oleh
Group A beta-hemolytic streptococcus.
Di dalam banyak kes, inflamasi farinx yang disebabkan oleh bakteria dan virus
adalah mustahil untuk dibezakan secara klinikal.
Kepentingan rawatan Group A beta-hemolytic streptococcus dengan antibiotik
ialah :
1. Untuk mengelak terjadinya demam rheumatik.
2. Pencegahan daripada berlakunya komplikasi tonsil bernanah.
3. Mengurangkan simptom-simptom dan tanda-tanda tonsillitis.
4. Mengelakkan perebakan jangkitan yang disebabkan oleh Group A betahemolytic streptococcus.
5. Mengurangkan kesan sampingan rawatan antibiotik yang tidak sesuai.
Bilakah kalenjar tonsil patut dibuang?
Tonsilitis berulang
Kalenjar tonsil patut dibuang sekiranya pesakit mendapat serangan penyakit
tonsillitis sebanyak 6 kali dalam masa 1 tahun, 3 atau lebih jangkitan tonsil dalam
masa 1 tahun sekalipun diberi rawatan perubatan, kronik atau jangkitan berulang
yang dikaitkan dengan pembawa streptococcus yang tidak memberikan kesan
kepada antibiotik yang tahan beta-lactamase.
Tonsilitis berulang selepas pembuangan tonsil adalah jarang sekali.
Tonsilitis selepas pembuangan tonsil mungkin disebabkan oleh pertumbuhan
semula tisu tonsil yang mana dirawat dengan membuang tisu tersebut.
Kronik Tonsilitis
Rawatan terbaik untuk kronik tonsillitis ialah pembedahan pembuangan tonsil.
Walau bagaimanapun risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan harus
diambil kira sebelum ia dilakukan kerana tonsil mungkin sudah berparut.
Pertimbangan ini mempengaruhi pemilihan peralatan semasa pembedahan dan
keputusan untuk membenarkan pesakit balik.
Tonsillitis di dalam kes Infectious mononucleosis:
Pembesaran tonsil yang kekal selepas jangkitan infectious mononucleosis dan
menyebabkan saluran pernafasan tersumbat perlu pembedahan pembuangan
tonsil.
Peritonsillar abscess PTA( Tonsil bernanah )
Rawatan untuk PTA termasuklah aspiration( nanah ditarik keluar dengan
menggunakan jarum ) dan Incision and drainage( tonsil dibelah dan nanah ditarik
keluar).
Pembedahan pembuangan tonsil dilakukan untuk kes PTA apabila ia dikaitkan
dengan kronik atau tonsillitis berulang.
Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?

1.Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan


dengan pengambilan immunisasi.
2.Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
3.Elakkan pesakit yang mempunyai keimunan rendah seperti pesakit HIV atau
pesakit yang sentiasa mengambil kortikosteroid amat berguna.
4.Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan
diphtheria,
namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak
yang ada selsema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit
tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:

Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria


sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.

Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan


streptococcus.

Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.

Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan


kualiti hidupnya.

Aku Dan Tonsil


Hari ini,kakak aku akan ditempatkan di Darul Ehsan Medical Center (DEMC)
Shah Alamsekitar pukul 3 petang untuk menjalani pembedahan pembuangan
Tonsil. Walaupun pembedahan itu boleh dikatakan sebagai minor tapi kita
tidak boleh ambil mudah. Macam aku, sekitar tahun 2004 aku pernah ke
Hospital Bukit Mertajam untuk menjalani pembedahan yang sama seperti
kakak aku.Tetapi, atas kelalaian doktor kat hospital itu aku harus melakukan
pembedahan itu untuk kali kedua 3 hari selepeas pembedahan. Bodoh tol.
Prosedur pembedahan pembuangan tonsil ni lain skit, mereka tak jahit just
bakar sahaja selepas buang tonsil tu. Teringat kembali detik doktor kejut aku
habis sudah pembedahan itu dijalankan.
Encik Taufiq, pembedahan sudah berjaya, theres nothing to worry about.
Kami akan bawa adik ke bilik wad ya..
Dalam hati akuNapalah ko kejutkan aku!!!!!!! sakitla!!!!!! biarje aku
tidoooooo!!! hehehe
Atas katil aku kene tidur mengiring. Habis bantal aku jadi peta bercampur
darah. Sakitlah juga tapi wat to do. Petang itu aku dikerah minum milo ais
supaya otot tekak aku exercise menelan something. Kang tak fasal fasal aku
tak leh telan makanan.. haha
Jadi rutin aku makan aiskrim for the next couple of weeks.
3 hari selepas pembedahan, doktor explain yang tekak aku ada lagi darah yang
masih belum beku. Salah sapa? Salah kau la kan. Bakar tak abis!!!!!! Kadar
darah dalam badan aku kurang, high blood presure dan no wonder la muka aku
pucat dan letih tak kesudah.

Selepas itu aku terus ke Hospital Besar Pulau Pinang menaiki ambulan.
Vroooooommmm cepat gile. Sampai sampai tak sempat nak panaskan bontot
terus masuk bilik pembedahan OK. Aduh.. kene operate lagi..
Dah abis.. Aku dikejutkan sekali lagi oleh doktor kat situ. Alih alih ada paip
dalam hidung kiri. So uncomfortable! nak telan dah la sakit.. Just imagine nak
bernafas. Hari aku di situ untuk proses recovery.
Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar selepas itu. Aku akui memang agak
sukar untuk menelan walaupun hanya air. Perit.. Ya.. Aku tidak sanggup melihat
keadaan kakak aku sebentar lagi. Mahu sahaja aku rasa keperitan yang di
alami.
Semalam aku membuat solat hajat dan sedikit solat sunat berdoa supaya
segalanya berjalan lancar.
Kepada blooger dan pembaca blog TokyoBLUE.. Berdoa ya untuk kakak aku
supaya selamat segalanya. I really appreciate it.
MENCEGAH RADANG TONSIL DIKALANGAN KANAK-KANAK. AMALKAN
MENGGUNAKAN NEIBAC 5 UNTUK MENCEGAHNYA.
April 21, 2009
Beginilah rupa tonsil yang dijangkiti.

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di


dalam tekak.
Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan
bernanah.
Radang tonsil seperti dalam gambar diatas biasanya berlaku di dalam umur 3
tahun ke atas.
Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini
walaupun tidak terkecuali.
Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Kami selalu demam dan sakit kepala disebabkan radang tonsil sebelum ini.
Setelah menggunakan Neibac5, kami tidak mudah dijangkiti bakteria itu lagi
dan apabila kami mula berasa dijangkiti, dengan cepatnya kami akan
menyembur Neibac5 terus ke tekak kami dan minum lebih banyak air yang
disembur Neibac5. Kami tidak perlu menjalani pembedahan tonsil lagi kerana
dapat mengawalnya daripada membengkak seperli guli yang keras.
Alhamdulillah Syukur kepada Allah SWT dan Terima Kasih Mamadan
Neibac5.
Pengidap radang tonsil akan mendapat demam kuat, sakit kepala, sakit tekak,
letih, tiada selera makan,mulut berbau busuk, susah hendak menelan makanan
dan berbagai-bagai lagi.
Radang tekak ini berlaku disebabkan oleh ketahanan badan yang lemah.
Neibac5 boleh membantu dalam menguatkankan sistem pertahanan badan
manusia dan sekaligus membunuh bakteria streptococcus yang menjadi punca
penyakit tekak bernanah ini.(tonsilitis)
Dengan adanya Neibac5 didalam pasaran, pesakit yang mudah dihinggapi radang
tonsil ini dapat mengawal atau mengelak daripada dijangkiti bakteria itu dengan
lebih kerap dan mudah.
Cara ini adalah lebih baik dan selamat daripada selalu mengambil ubat-ubatan dan
antibiotik kerana ia akan memberi banyak kesan sampingan yang tidak baik
terutama sekali bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
Bagi semua ibubapa yang ada anak-anak menghadapi masalah ini, boleh dapatkan
produk semulajadi ini dengan menghubungi Syarikat Nuorico Sdn Bhd:

+6012 4102368
Assalamualaikum.
Saya ingin berkongsi dengan tuan dan puan para pembaca tentang satu penyakit
yang sering berlaku kepada kita terutama kepada anak-anak yang dipanggil
tonsillitis. Sebelum kita bercerita jauh mari kita tinjau dahulu apakah itu sejenis
organ yang dipanggil tonsil.
Apakah itu Tonsil?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang meru

pakan sebahagian dari


sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil
limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil
yang terdapat di rongga mulut:1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?


Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh
dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai
contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan
di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk
menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem
limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut
tonsilitis atau radang tonsil.
Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus

ataupun jangkitan
bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh
menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr
Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil
juga.
Antara gejala radang tonsil ialah :1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur
Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh
keputihan seperti nanah pada tonsil.
Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak
berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak
terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.
Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam
akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik

kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.


Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan,
ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan
kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata
pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan.
Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh
terganggu.
Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria
yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah.
Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute
glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever
(penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan
oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan.
Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa
tidur.
Perawatan Radang Tonsil.
Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan
kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk
mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh).
Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase
atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya
saya pun tidak pasti.
Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen
untuk tujuan menahan sakit.
Ubat antibiotik akan diberikan sekirany

a tonsil itu disebabkan

oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin
seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik
dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik
bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan
prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk
mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang
menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem
pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan
secara berhati-hati.
Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar
membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan
perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu
memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti
3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria
lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3
hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya
tiada demam dan tiada pendarahan.
Salam...
Website: www.neibac.com
June 18, 2011 6:54 AM
liyana said...
salam doc, sy nk share pengalaman sy skrg..br 8 hr sy menjalani
pembedahan buang tonsil di hospital pakar.umur sy 27 thn, mcm biasa
tonsillitis neh buatkan sy demam panas on off,berdengkur, sore throat
yg sgt sakit.setelah buang tonsil kiri n kanan yang seberat 4.4g n 4.6 g
tiap satu,sy bersyukur (waktu tu admitted)doc akan bg
painkiller(cucuk)n ubat mkn gak.mmg xrasa sakitla waktu 3hr di
hsptl.mcm biasa, abis operate trus dia bg milo ice, ice cream n soft
diet.dr breakfast til dinner mcm tu.nigtmarenyer, bila kuat hsptl,kna
jaga sndiri kt rmh,doc bekalkan
painkiller(2jenis),antibiotik,difflam(gargle)n alloclair spray.mmg sgt2
sakit.mcm nk mati.sy bergantung pada painkiller.follow up 21 jun lepas
sy nagis dpn doc,dia kata mmg seminggu neh tahap sakit yg maksima,sy
xleh ckp,sakit sampe kedlm telinga,kepala mcm nk meletup.tambah plak
sy batuk(lgla sakit jdnyer)telan air liur pb seksa.mkn bubur mmg
jauhla(sy xmkn)skrg doc bc painkiller yg lg kuat,difflam,gel kna drop
into mouth(buat kebas)(sy takut nk telan gel neh cos ia mcm tersekat
kat kerongkong (susah nk telan air liur n mcm susah nk breathing)then
ia bertukar jd kahak kna paksa buang(mmg sakit)tp ia buat kebas
jap.antibiotik dh stop.skrg leh ckp(if painkiller effective)if x,mmg
xleh ckp cos sakit.sy skrg brgantung pada painkiller.sy bedah pake

laser.sy di diagnosed billateral chronic tonsillitis.nasehat sy, if cn, jgn


bedah..huhu sgt sakit(maybe umo sy pun dh 27)my cuzen 6 thn buang
gak tp cpt sembuh.doakan sy skrg cpt sembuh ye.saya pencinta mknan
pedas..pakar ckp no more pedas..(mayb dlm tgh sakit je kot)huhu
thanks
June 23, 2011 3:58 PM

Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis


Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada
serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur
menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon.
Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus
berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus.
Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan
limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk
kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur
dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya
juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus.
Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti
gonorea, sifilis dan klamidia (Rajah 7).
Bersawang-sawang dah blog saya ni.. Heheheh Ada banyak rentetan cerita
sebelum Khayra admitted and have a surgery last monday. Tu yang banyak jugak
benda yang saya tak sempat update. Mana-mana yang email yang saya missed
untuk reply tu, saya tengah usahakan hari ini. Mana-mana yang message saya,
bolehla saya reply. Sebab saya tiada internet access di hospital tu plus anak
saya memerlukan perhatian saya terutamanya semalam.
Anyhow, thanks to my hubby sebab tolong
Sebenarnya Khayra masuk hospital ni memang di rancang. Dirancang?
hehehehheh yep, dah book dah appointment dengan doktor seminggu sebelum
untuk buang tonsil Khayra yang dah makin membesar. Sepatutnya kitorang masuk
petang ahad tu, tapi malam baru masuk sebabnya sehari sebelum kitorang sambut
birthday Khayra bersama keluarga-keluarga + dengan berbuka puasa ramairamai. Then ahad tu, saya berbuka dengan kawan baik saya dari sekolah lagi. Tu
yang lambat sikitla masuk wadnya. Kasi Khayra enjoy dulu.
Cerita sebelum-sebelum, nanti la saya postkan. Karang jadi caca marba pulak
post ni..

Khayra dan arisa di kelab Shah Alam.. Konon main piano la


Malam sebelum
masuk wad.
Macam mana Khayra boleh kene operate?
Cerita dia macam ni. Sebabkan Khayra sekarang ni tidur dah start berdengkur
kuat, lepas tu tiba-tiba kurang makan sangat, kalau makan pun makan makanan
lembik-lembik macam bubur. Lepas tu, dia suka pegang leher dia. Then, satu hari
tu, sebab makan nasi, tiba-tiba muntah, saya pun terusla bawak pergi klinik.
Doktor check-check semua, rupanya tonsilnya dah membengkak dan besar sudah.
So, doktor refer ke hospital untuk jumpa pakar EnT. Keluar e dari klinik tu, saya
terusla ke DEMC. Hehehhehe Saja je kali ni nak try pergi DEMC pulak. Hospital
baru.. Hehehheh Lagipun, lagi dekat dengan rumah kami. Jumpa dengan specialist
ENT then dia check, dia sugest suruh buang je. Sebabnya kalau dah membesar,
tonsil tu tetap akan besar macam tu. Kalau dibiarkan, then kena lagi demam etc,
dia akan membesar lagi. Sebab tu la doktor sugestkan untuk buang. Then
specialist tu ada bagitahu jugak kemungkinan adenoid pun dah besar. Tapi untuk
tengok, kene X-ray atau bila buang tonsil tu boleh nampak terus.
Kemudian kami tanya, Khayra baru je masuk 2 tahun, tak kecik ke lagi untuk buat
surgery macam tu kan. Yela, MIL saya pernah cakap, kalau dulu-dulu dah besar
sikit baru boleh buang. Then doktor tu cakap, dia dah pernah buat untuk budak 1
tahun. Lagi kecil. Specialist tu cakap, kecik-kecik heal power lagi kuat. Cepat
sembuh kalau compare dengan yang dah besar. Lepas fikir-fikir and bincangbincang semua, kami setuju untuk buang tonsil Khayra pada 30hb. Lepas Khayra
dah enjoy celebrate birthday dia.

Khayra @ DEMC Malam pertama

Malam tu, lepas makan puas-puas, kami sampai di DEMC pukul 930. Adeh.. lambat
dah sebenarnya. Hihihihihi Masuk bilik tu, alhamdulillah.. Abang dah ada tempat
tidur. Kalau dulu-dulu kena la bawak toto then bentang kat bawah. Kali ni tak
perlu.

Mula-mula Khayra agak excited bila masuk, tapi bila atuk and wan dia datang, dah
mula nak turun and jalan-jalan and balik. Malam tu masa nurse check semua suka.
Konon bestla.. And start pukul 12, Khayra kene puasa. Agak runsing gak la sebab
Khayra area pukul 4,5,6 dia akan bangun untuk menyusu. Seperti yang
dijangkakan, pukul 5 dia bangun minta susu. Sebabkan nak dia puasa, sampai
sorokkan botol dia. Bagitahu tertinggal kat rumah. Tunggu wan datang hantar.
Hehehehhehe Kitorang pulak sahur tak best langsung. Huhuhu Yela kat situ kedai
jauh sikit. Abang lak malas nak drive pepagi tu. Sudahnya, makan je la apa yang
ada. Banyak kali gak Khayra minta susu, tapi kitorang tak bagi. Sudahnya dia tak
tidur dari pukul 5 tu, sampaila masa untuk dibedah. Awal-awal senyum-senyum je,
sampai je bilik bedah and nak bagi ubat pelali, Khayra dah start nangis-nangis.
Then saya kena tunggu kat luar.

Satu jam lebih sikit kot process dia. Time tu, tak senang duduk jugakla, asyik
dok fikir, Khayra ok ke Macam mana dengan khayra. Tak lama lepas tu, tibatiba nurse panggil saya suruh saya masuk sebab nurse tu cakap Khayra nangisnangis. Time tu hati saya dah suspen dah. Masuk-masuk, memang Khayra tengah
mengamuk. Mungkin Sebab sakit kot. Saya amik dia, peluk-peluk.. zikirkan
Khayra, kejap ok.. kejap nangis balik. Time tu rasa macam nak nangis je sebab
terasa mesti Khayra sakit sangat. Dah la time tu mata still pejam. Mungkin sebab
Khayra lama nangis, sudahnya doktor kasi pain killer Tak lama lepas tu, barula

Khayra senyap. Tapi kalau jauhkan je dari badan saya, dia akan bangun terkejut
and nangis-nangis. Kena peluk dia betul-betul. Masa sampai bilik, bila dah tidur
saya cuba letak atas tilam, nangis-nangis and macam teringat dia boleh cakap
nanak-nanak. Sudahnya sampai ke tengahari saya kena riba dia and peluk dia.
Sian anak ummi. Bila wan dengan atuk sampai, and Khayra pun dah ok sikit, barula
dia nak duduk kejap. Bila offer minum semua tak nak. Mungkin dia takut sakit.
Then kitorang offer ice cream. Mula-mula tak nak jugak. Abah terus letak kat
bibir dia kasi rasa. Bila rasa sedap, terus nak makan ais cream tu. Amboii.
Makan berselera. Ye la, dah lapar kan. Bila menyusu pun, sikit je. Mungkin sakit
lagi kot. Makan, comfirm la tak nak. Doktor cakap, bagi je ikut mana yang dia
tolerate. Lagi banyak dia makan dan minum, lagi cepat sembuh. Satu hari tu,
Khayra asyik tidur je. Mungkin sebab ubat tidur tu.

saya yang kiok.. Letih Nasib ada abang

jagakan Khayra.
Sampai malam tadi, Khayra semakin ok. Semakin aktif balik. Hati pun dah lega.
Cuma dia agak pelik sebab saya dengan abang suka offer dia makan ais cream.
Sebelum ni, no ice cream or air sejuk. hehehhehe Dia macam suka gila bila dapat
makan ice cream tu. Hehehhe Sian anak ummi.. Hari ni, doktor check and tgk dia
semakin ok. Makan pun ok, so dh boleh balik. Yeayyyy CUma kena makan ubat
takut demam and batuk. Khayra memang dah start batuk-batuk ni. So, doakan
Khayra cepat sembuh ye kawan-kawan.
Saya dengan abang pun dah macam collapse kot hari ni. Ngantuk sangat. Nasib
baik ada atuk dia tengokkan Khayra. Hehhehehehhe
Luv,
UmmiKA

Dengkuran kanak-kanak
DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran comel atau lucu tetapi tabiat
berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah
daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.
Memang ramai kanak-kanak berdengkur yang membabitkan antara tiga hingga 12
peratus kanak-kanak prasekolah. Walaupun berdengkur, tetapi secara umumnya
kebanyakan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami gejala lain.
Kajian menunjukkan masalah berdengkur membabitkan 11 hingga 12 peratus
kanak-kanak di seluruh dunia berumur antara satu hingga sembilan tahun. Kanak-

kanak berdengkur sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu dan


bunyinya cukup kuat untuk disedari ibu bapa.
Namun dianggarkan dua peratus daripada kanak-kanak yang berdengkur ini
mengalami masalah kerap terjaga ketika tidur (apnea tidur); iaitu satu keadaan
yang dianggap antara penyumbang penting kepada masalah kelakuan di kalangan
kanak-kanak.
Bagaimana untuk mengetahui sama ada dengkuran anak anda adalah dengkuran
biasa atau apnea tidur? Kanak-kanak yang berdengkur dan tidak mengalami apnea
tidur sepatutnya sihat, cergas, tidak mengantuk pada siang hari dan mempunyai
corak tidur yang normal. Sebaliknya apnea tidur menyebabkan tidur anak anda
terganggu nafasnya terhenti, mendengus atau tercungap ketika tidur.
Kanak-kanak yang ada masalah ini mungkin mengalami masalah tingkah laku,
mengantuk pada siang hari dan sukar menumpukan perhatian di dalam bilik
darjah.
Punca
Dengkuran pada kanak-kanak boleh disebabkan tiga perkara iaitu:
Bentuk anatomi seperti rahang mulut yang kecil atau kanak-kanak berkenaan
dilahirkan dengan saluran pernafasan yang kecil.
Otot dan saraf yang mengawal otot pada saluran pernafasan tidak bergerak
seiringan ketika tidur dan menyebabkan saluran pernafasan tidak terbuka
sepenuhnya.
Tonsil dan adenoid bengkak (punca paling lazim)
Mengapa ibu bapa perlu risau jika anak mereka berdengkur?
Dengkuran boleh menjejaskan kualiti tidur anak anda dan lain-lain keadaan yang
membabitkan otak dan jantung. Malangnya ada ibu bapa tidak kisah anak mereka
berdengkur, malah bangga kerana anak mereka seperti orang dewasa kecil yang
berdengkur seperti ahli keluarga.
Dengkuran pada kanak-kanak bukan perkara lucu. Ia menandakan kanak-kanak
berkenaan mempunyai masalah dan dengkuran mereka perlu diperiksa.
Bagaimana dengkuran pada kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa?
Prinsip dengkur pada kanak-kanak hampir sama dengan orang dewasa. Dengkuran
adalah bunyi pernafasan yang kuat disebabkan getaran udara yang memasuki
saluran pernafasan atas. Secara umumnya ia hanya bunyi. Namun ia juga
menandakan adanya rintangan pada saluran pernafasan atas yang bermakna
rintangan udara untuk melalui saluran ini adalah tinggi.
Ketika tidur, otot juga berehat sedikit dan ia menyebabkan saluran udara
menjadi kecil dan sempit. Namun jumlah udara yang masuk adalah sama, sama ada
ketika tidur atau jaga.
Berdengkur juga boleh menjadi petanda kepada masalah lebih serius seperti
apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan atas. Kira-kira tiga
peratus kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun mengalami masalah ini
yang boleh menyebabkan pelbagai keadaan lain.
Perbezaan antara apnea tidur dan sindrom rintangan saluran pernafasan atas
Kanak-kanak yang ada masalah sindrom rintangan saluran pernafasan atas
kadangkala terjaga kerana dengkuran terlalu kuat atau dengkuran itu

menggunakan banyak tenaga mereka. Namun tahap oksigen dan karbon dioksida
dalam darah atau tisu kanak-kanak ini tetap sama seperti orang lain.
Bagi apnea tidur, saluran pernafasan ini kadangkala runtuh sehingga menutup
saluran pernafasan dan tidak terbuka. Kanak-kanak biasanya terpaksa berjuang
untuk bernafas kerana udara tidak masuk.
Akibatnya paras gas oksigen berkurang dan karbon dioksida meningkat yang
menyebabkan kanak-kanak terjaga untuk bernafas. Ada kanak-kanak yang
terjaga 500 hingga 600 kali semalam hanya untuk bernafas dan kembali tidur.
Adakah dengkuran yang kronik pada kanak-kanak berbahaya?
Pakar kesihatan tidak pasti mengenai perkara ini. Berdengkur bukan perkara
normal tetapi ia tidak semestinya memerlukan rawatan. Yang pasti, jika anak
anda kerap terjaga malam kerana berdengkur, ia menunjukkan dia mengalami
masalah apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan yang perlu
dirawat.
Risiko apnea tidur
Obesiti adalah faktor risiko paling utama. Jika anda baring dan banyak lemak
pada leher, ia menambah tekanan pada tisu yang sudah berehat dan membuatkan
saluran pernafasan menjadi lebih kecil.
Kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai risiko apnea tidur
mempunyai risiko lebih tinggi. Selain itu kanak-kanak Sindrom Down, ada masalah
hipotonia (otot lemah) dan mengalami penyakit neuromuskular lebih berisiko
tinggi mendapat apnea tidur berbanding kanak-kanak lain.
Pada kanak-kanak alahan, lapisan dalaman hidung akan membengkak menyebabkan
adenoid membesar, menyempitkan saluran udara dan menyukarkan mereka
bernafas melalui hidung. Sesetengah kanak-kanak asma mengalami masalah ini.
Dua masalah boleh berlaku serentak walaupun mempunyai mekanisma berbeza.
Bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok juga berisiko
tinggi untuk berdengkur.
Kesan berdengkur
Dengkur boleh mendatangkan kesan jangka pendek yang menyebabkan anak anda
berasa letih selepas bangun tidur. Daya tumpuannya terhad, sukar menumpukan
perhatian, berasa resah gelisah pada waktu pagi dan kerap mengantuk.
Mereka juga mungkin kencing di tilam kerana bagi mereka yang lebih penting
ialah keinginan untuk tidur. Ada juga kanak-kanak yang bermimpi buruk.
Oleh kerana tidur mereka terganggu, kanak-kanak ini sukar menumpukan
perhatian di dalam bilik darjah seolah-olah seperti kanak-kanak yang alami
gangguan tumpuan dan hiperaktif. Contohnya kanak-kanak yang melawan rasa
mengantuk akan berkelakuan hiperaktif, mula mengacau orang lain dan akhirnya
meragam.
Keesokan harinya, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian dan duduk diam
di dalam bilik darjah. Jika diberi rawatan, masalah hiperaktif ini akan hilang.
Apnea tidur juga menjejaskan pelajaran. Jika tidak cukup tidur, otak tidak
mendapat cukup oksigen dan anak anda kehilangan sel otaknya. Dalam tempoh
pembangunan minda, keupayaan kognitif kanak-kanak ini akan terjejas.

Dalam kajian beberapa tahun lalu mendapati kanak-kanak yang tidak cukup tidur
kurang cemerlang di sekolah. Kajian juga mengesahkan kesan kekurangan tidur ini
boleh berlarutan sepanjang hayat kerana IQ kanak-kanak menjadi rendah.
Selain itu paras oksigen rendah juga boleh memberi kesan kepada sistem saraf
dan menyebabkan tekanan pada jantung. Lama kelamaan ia mengubah tekanan
darah sehingga membuatkan kanak-kanak mengalami tekanan darah tinggi. Pada
orang dewasa, keadaan biasanya lebih serius.
Kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi tabiat makan seseorang. Jika kurang
tidur, anda cenderung untuk makan lebih banyak keesokan harinya (terutama
makanan mengandungi banyak lemak dan gula).
Jika penat dan tidak bersenam, anda menjadi lebih gemuk dan menyebabkan
masalah apnea tidur lebih serius. Ini akhirnya menjadi perangsang kepada
masalah kolesterol tinggi, kencing manis dan risiko sakit jantung pada usia yang
lebih muda.
Rawatan
Rawatan untuk kanak-kanak berbeza sedikit daripada orang dewasa. Pada orang
dewasa, oleh kerana masalah dengkur disebabkan obesiti, rawatan menggunakan
mesin CPAP (tekanan saluran udara positif berlarutan) boleh membantu.
Oleh kerana masalah dengkur kanak-kanak berpunca daripada tonsil dan adenoid
yang besar, rawatan terbaik ialah menghantar mereka berjumpa pakar bedah
telinga, hidung dan tekak. Kira-kira 85 hingga 90 peratus kes berjaya
diselesaikan.
Bagaimanapun masalah ini boleh berulang semula apabila mereka dewasa. Kanakkanak yang jalani pembedahan akan dipantau 24 jam di hospital.
Jika pembedahan tidak berjaya (10 peratus terutama pada kanak-kanak obes),
mereka boleh diberi rawatan CPAP atau BIPAP (tekanan positif saluran
pernafasan dua paras).
kredit ~ hmetro.com.my
Wsm,
Saya menjalani pembedahan membuang tonsil pada November tahun lepas.
Walaupun ianya satu pembedahan kecil, masa untuk sembuh terutama 2 minggu
yang pertama adalah satu proses yang sangat-sangat menyakitkan.
Kena pandai pain management waktu tu. Kena selalu makan painkiller sangat kuat.
Saya pun tak tahan sakit terpaksa buat research melalui internet cari blog
support group untuk recovery dari pembedahan tonsil dan buat research tentang
painkiller.
Duduk kat hospital mungkin hanya 1 atau 2 hari lepas operation. Lepas tu kena
jalani proses penyembuhan di rumah. Kat rumah susah nak tidur. Selalu kena
makan aiskrim dan basahkan tekak. Nak telan air liur pun satu penyeksaan apatah
lagi nak makan. Berat badan akan berkurangan

Tapi budak-budak kecil cepat sembuh berbanding dewasa.


Jadi buatlah research sebelum operation supaya lebih bersedia. Mungkin link di
bawah boleh menolong.
articles.blogknob.com/...ience.html
www.tonsillectomyguide.com/
TONSIL (amaran: entri panjang)
Entri ni khas untuk menjawab soalan kak Ati Masrif, yang sering kali kena tonsil
(tonsilitis).
Mungkin ada yang tak tahu, apa itu tonsil, di manakah ia..
Ini tonsil...dalam keadaan normal.
Tonsil ini terbentuk daripada lymph tissue, iaitu dari sistem pertahanan tubuh.
Jadi fungsi tonsil ialah merangsang sistem immuniti tubuh badan menghasilkan
antibodi bila badan diserang jangkitan.

Tonsil boleh meradang(inflammation) bila terkena jangkitan, samada dari virus,


atau bakteria.
Keadaan keradangan tonsil ni dipanggil sebagai tonsillitis.
Tonsillitis boleh dibahagikan kepada 3 jenis, bergantung kepada bila dan berapa
lama ia berlaku:
1- Acute Tonsillitis - baru berlaku.
2- Chronic Tonsillitis - tonsillitis yang dah lama berlaku
3- Recurrent Tonsillitis - tonsillitis yang berulang ulang
Tonsillitis selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak, boleh juga berlaku kepada
orang dewasa.
Amat jarang kanak kanak 2 tahun ke bawah mendapat tonsillitis ini.
Simptom Acute Tonsillitis:

-sakit tekak, susah menelan, demam, kelenjar di leher mungkin membengkak dan
sakit, letih/lesu, dan simptom halangan pernafasan (eg; berdengkur, atau tiba
tiba tersedar tak boleh bernafas masa tidur, sleep apnoea).
-dalam kanak kanak, kadangkala simptom utamanya ialah mereka enggan makan,
sebab tekak mereka sakit!
-acute tonsillitis berlangsung selama 3-5 hari...dan paling maximum boleh
menjangkau 2 minggu.
Apa itu Recurrent Tonsillitis ?:
- Apabila anda kena acute tonsillitis 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam
tempoh 2 tahun berturut turut, atau 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun
berturut turut.
-Jadinya, moral di sini ialah, SILA KIRA berapa kali anda kena acute tonsillitis.
Kerapkali aku jumpa patient yang tak aware tentang ini. Kenapa perlu kira?
Kerana dengan kiraan inilah aku boleh justify, ianya recurrent atau tidak..dan
perlukah kes di rujuk untuk pembedahan membuang tonsil.
Chronic Tonsillitis:
-bila mengalami simptom sakit tekak yang berpanjangan, lebih dari dua minggu,
sakit menelan dan mungkin juga bengkak kelenjar di leher yang berterusan.

Bagaimana aku men diagnos kes acute tonsillitis?


-Semestinya, kena tanya sejarah pesakit dulu( history). Jadi, pesakit kena lah
bercerita serba sedikit tentang simptom yang di alami. Sesetengah pesakit yang
dah otai (selalu sangat kena, recurrent tonsillitis) straight away masuk bilik
consultation dan cakap "doc, tonsil i bengkak" ...mudah kan kerja aku? ekekeke...
Lepas dah dapat semua sejarah pesakit, kita proceed ke pemeriksaan fizikal.
Pemeriksaan fizikal standard ialah memeriksa :
-Suhu badan : demam atau tidak
-Tekanan darah
-Kemudian, melihat ke dalam mulut pesakit yang di suspek ada
tonsillitis..beginilah rupanya..:
Resdung + tonsil = ??
Dah bertahun Che Mid resdung. Alahan pada habuk dan cuaca. Boleh dikatakan
setiap pagi Che Mid akan bersin dan selsema. Jiran-jiran pun dah cam macamana
bunyi bersin Che Mid. Gatal hidung, telinga dan mata dah jadi perkara biasa.
Kadang-kadang ada juga makan ubat resdung tapi sejak mengandung dan
melahirkan Deeja, stop langsung ubat-ubatan.
Biasanya kalau dah tak tahan selesema lama-lama, Che Mid akan pergi ke klinik.
Masa tu tekak dah merah dan perit. Doktor akan beri ubat sakit tekak,

antibiotik dan ubat selsema. Lepas makan ubat, biasanya akan hilang selsema dan
perit tekak tu.
Sejak pindah ke SP ni, kurang sikit resdung Che Mid sebab kawasan yang baru,
udara pun bersih dan segar. Tapi, bila sesekali balik Klang, memang teruk kena
attack resdung ni.
Awal tahun ni, Che Mid ke klinik di SP. Sebeban ubat termasuk antibiotik Che
Mid bawa balik. Peliknya, selepas 2 atau 3 kali makan ubat, telinga Che mid rasa
macam sumbat pulak. Seolah-olah macam dimasuki air. Che Mid biarkan saja
sebab rasa-rasa tak lama. Tapi dah seminggu lepas tu, masih ada lagi. Rasa tak
selesa sangat. Cakap pun macam dengarn tak dengar je.
Sekali lagi Che Mid pergi ke klinik yang sama, doktor tu pelik juga tengok Che
Mid macam tu. Kebetulan alat untuk cek telinga tu rosak pulak, jadi dia kata
mungkin banyak taik telinga agaknya..Tak puas hati dengan layanan doktor tu,
Che Mid minta dirujuk ke pakar ENT.
Doktor Irhaam Imran Abdul Ghani, Pakar Bedah ENT, Leher dan Kepala, Hospital
Pantai mengesahkan bahawa masalah resdung Che Mid telah menyebabkan tonsil
membengkak dan bernanah. Kerongkong Che Mid semakin tertutup oleh bengkak
dari belakang dan tepi tekak. Kuman tonsil telah menjangkiti telinga
menyebabkan gangguan pada deria dengar.
Che Mid takdelah terkejut sangat cuma berharap ubat yang diberi doktor Irham
akan berkesan. Tapi itu bukan yang terjadi. Selepas seminggu mencuba ubat
baru, keadaan tetap sama. Telinga Che Mid masih tidak dapat mendengar dengan
baik. Tekak semakin membengkak. Namun resdung semakin berkurangan kecuali
kahak sentiasa tersekat di kerongkong amat tidak menyelesakan.
Siang tadi, Doktor Irham kata memang kena buat pembedahan sebab ubat yang
diberi sebelum ni tak memberi kesan. Pembedahan itu adalah untuk membuang
cairan di belakang telinga, membuang tonsil dan membuan lendir di ruang pipi,
jika ada.
Masyaallah, 3 in one punya operation ni. Kalau dah mulut di bedah, hidung pun di
bedah juga, habih tu, nak napas ikut mana? Mulalah soalan bodoh
menerpa..Doktor kata lagi, procedure telinga tu tak sakit, tapi buang tonsil sakit
sikit. Ya ka .. sakit sikit?? Maknanya SAKIT la tu.. alah macamana ni..kalau
operation macam ni, boleh mati tak??
The next question is... bila operationnya?? Doktor kata jangan lama sangat takut
telinga tu jadi makin teruk. Masalahnya, sape nak jadi budak kecik Deeja tu? Nak
jaga makan minum Che Mid yang tengah sakit ...Dahlah tinggal jauh dari keluarga

dan sedara mara..Nak tunggu cuti penggal sekolah lama lagi..Doktor kata kalau
nak buat di KL atau tempat lain pun boleh diuruskan.
Che Mid ada seminggu dari sekarang untuk beri jawapan..
Posted by Che Mid at 10:48 PM
RESDUNG - Risiko jangkitan otak
by Info Kesihatan on Wednesday, October 20, 2010 at 9:40pm

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula
rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa,
bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian
muka.
Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan
mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap
penyakit sinusitis.
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat
biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan
boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas
hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga,
Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed
Dahan.
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang
bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata,
hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal,


sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori
mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan
peranan dalam degungan suara.
``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan
disalirkan ke dalam hidung.
``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga
sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.
Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di
dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.
Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung
disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia
di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal
menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang
boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai
pencetus radang hidung.
Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam
persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan
tempat-tempat yang seumpamanya.
Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga
beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.
Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan
lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan
dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak
mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus
yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.
Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi

sebahagian tanda-tanda resdung akut.


Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda
mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.
Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam
selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai
gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:
``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka
dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak
warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.
``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan
lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.
``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh
menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan
pembedahan,'' katanya.
Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung
rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti
penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak
langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.
Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan
rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula
sebulan dua kemudian.
Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak
dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal
dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di
mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di
bawah penglihatan kamera skop.
Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit
kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.
Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di
sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan
hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.
``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan
pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.
Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan
merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.
Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik


* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan
kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah
Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan
disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak
berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat
disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu
rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang
yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang


membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan
resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam
ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika
tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda
memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan
parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana
sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain
masalah.

You might also like