You are on page 1of 5

KERTAS KERJA TAMAN HERBA

KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN HERBA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR
1.0 PENDAHULUAN .
Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pemantau kualiti
sekolah di setiap Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Besar juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri. Taman Herba SMK Sungai Besar adalah
dibawah pengawasan Panitia Kemahiran Hidup dan kerjasama daripada Koperasi Sekolah
SMKSB Berhad. Taman Herba ini telah dianugerahkan Taman Herba Terbaik sempena Anugerah
Kualiti Daerah Sabak Bernam pada tahun 2010. Untuk mengekalkan kedudukan sebagai taman
herba terbaik daerah Sabak Bernam, kertas kerja ini dibentangkan untuk mencadangkan
beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan Taman Herba SMK Sg Besar.
Penambahbaikan ini berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh para hakim yang
memantau kualiti taman-taman herba sekolah pada tahun 2010.
2.0 MISI .
Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang
berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga
dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya
yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.
3.0 VISI
Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga SMK Sg
Besar

. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan tanaman yang

mempunyai nilai perubatan .


4.0 OBJEKTIF.
Objektif Kertas Kerja ini ialah :
1.

Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang

cadangan penambahbaikan Taman Herba Sekolah.


2.

Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan

penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Penilaian dan Pemantauan


Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam.
3.

Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi

landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.


4.

Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan

pihak jawatankuasa pelaksana Taman Herba .

5.

Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan

tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.


5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA
PENASIHAT

PN HJH ZURAIDAH BT HJ MOHD SANIF


PENGETUA CEMERLANG

PENGERUSI

PN SAZUNA BINTI BINTI ABDUL WAHID


PK KOKURIKULUM

PENYELARAS I

EN ALI ASAD B MAT JUBAIDI


GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL

PENYELARAS II

EN AHMAD LUTFI B HASHIM

SETIAUSAHA 1

PN HJH SABRINA CHUA BINTI ABDULLAH

SETIAUSAHA II :

PN FARIDAH BINTI SARANI

AJK GURU DAN KAKITANGAN :


1. EN SALIHIN B AMAT
2. PN SOLEHA BINTI MAHMUD
3. EN AZMAN BIN SAIRI
4. PN RESIMAS YONG BINTI BAHROM
5. PN NORHAYATI BINTI MUBIN
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)

AJK PELAJAR :
MOHD MIZZI BIN SOHAMI ( 5S3 )
FAHREN FAZZER BIN SUKATIS ( 4S1 )
MOHD SHAFA AMIRUDDIN BIN MOHD SHAZARI (4A3 )
MUHAMMAD KHAIRUL SYAFIQ BIN ABDUL HAMID (4A3)
MOHD FAUZAN BIN BAINURI (4S2)
ABDUL HALEEM BIN ABDULLAH SANI (4S3)
MOHD ARIF BIN JAMALUDIN (4A4)
MOHAMMAD RAZZIE BIN OTHMAN (4S3)
MUHAMMAD IZZ ZULKARNAIN BIN DARWIS ( 4S3)
FAKHRUL HELMI BIN ROSLAN ( 302 )

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN


Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan
Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam 2010 beberapa perkara telah
dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk menambah baik program Warisan Taman Herba
Sekolah.
Kekuatan :
1.

Mempunyai

pelbagai

variasi

tumbuhan

mengikut

kategori

herba

yang

dipertandingkan. Setakat ini , taman herba ini mempunyai lebih 60 jenis tanaman herba
pelbagai kategori.

2.

Penggunaan sistem pengairan yang sistematik seperti sistem pancuran

automatik dan sistem fertigasi.


3.

Mempunyai jaringan Taman Herba antara unit-unit lain seperti Taman Herba

SBPT dan Taman Herba Pendidikan Khas.


4.

Kerjasama dengan Koperasi Sekolah yang merupakan penyumbang dana

kepada program Taman Herba Sekolah.


Kelemahan :
1.

Kurang mempunyai koleksi tanaman herba yang eksotik dan jarang didapati .

2.

Tidak mempunyai unsur air dalam Taman Herba.

3.

Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.

4.

Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih belum lengkap

dan sempurna.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .
Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah
mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk diambil
tindakan segera , antaranya ialah :
1.

Membina kolam ikan mini untuk mewujudkan unsur air di dalam Taman Herba

Sekolah.
2.

Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba

dengan batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik . Kawasan
Taman Herba sekarang ini dilitupi tanah merah yang menyebabkan tanah lecah apabila
hujan dan berdebu apabila cuaca panas , menyebabkan kawasan taman tidak ceria dan
menarik.
3.

Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.

4.

Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati .

5.

Menambah kawasan Taman Herba , kami cadangkan kawasan belakang Hub

Kosmek dan Bilik PLBS sebagai kawasan tambahan Taman Herba Sekolah.
Kawasan yang sedia ada walaupun agak luas namun tidak dapat menampung jumlah tanaman
yang semakin bertambah pada masa akan datang.

8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN


Bil

Perkara

Kolam Ikan Mini ( 1 set, sistem pam dan kolam )

Jumlah Kos

Sumber

1000.00

SEKOLAH

Menambak Kawasan Taman / 1 lori batu krikil

350.00

SEKOLAH

Lapik batu Pejalan Kaki / 20 unit x RM15.00

300.00

SEKOLAH

Memasang Papan Tanda dan Label Pokok herba

300.00

SEKOLAH

Membeli anak pokok dan benih herba

200.00

KOSMEK BHD

Kos penyelenggaraan

300.00

KOSMEK BHD

( Tanah semaian, racun

rumpai, kawalan serangga dan penyakit tanaman ,


baja , makan minum, peralatan )
JUMLAH

2450.00

9.0 PROJEK KEUSAHAWANAN TANAMAN HERBA.


Mulai tahun 2010 , Taman Herba Sekolah telah mendapat kerjasama daripada Koperasi
SMK Sungai Besar Bhd sebagai penyumbang dana dan kerja-kerja pengoperasian taman herba
sekolah . Pihak koperasi telah menjadikan penanaman herba ini sebagai Projek Keusahawanan
Koperasi Sekolah pada tahun 2010 dan 2011 . Melalui peruntukan Projek Bumi Hijau sebanyak
RM 2000 pada 2010, telah digunakan untuk menaik taraf sistem pengairan Taman Herba SMK
Sungai Besar . Sistem yang digunakan ialah gabungan dua sistem pengairan iaitu sistem
pengairan secara fertigasi dan pancuran automatik . Melalui sistem pengairan ini penjagaan
tanaman-tanaman herba akan lebih mudah dan dijangka hasil pengeluaran taman herba juga
akan meningkat .
Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasil yang memuaskan , pihak jawatankuasa
telah meletakkan 3 fasa dalam proses penanaman herba, iaitu fasa pertama ialah fasa
penyelidikan . Fasa kedua ialah fasa penanaman dan fasa ketiga ialah fasa penuaian . Taman
herba ini telah menjalani fasa pertama pada 2010 untuk fasa penyelidikan dan latihan
penanaman herba yang boleh dikomersialkan. Oleh itu,pada tahun 2011 ini, perancangannya
adalah bertumpu kepada penanaman herba-herba kormersial yang boleh dijual terus kepada
pengguna seperti serai makan, kunyit, lengkuas, cekur , cili padi dan tanaman ulam-ulaman
seperti kacang botor, ulam raja dan pegaga. Manakala untuk herba-herba eksotik yang lain
seperti lempoyang, temu lawak, halia bara, patawali , manjakani ,kacip fatimah , Mas Cotek ,
Misai Kucing dan sebagainya, tumpuan akan diberikan kepada pembiakan anak-anak pokok
untuk dijual kepada peminat-peminat tanaman herba dan nurseri-nurseri di sekitar daerah Sabak
Bernam .
Fasa ketiga dijangka dapat direalisasikan pada tahun 2012 . Mengikut perancangan
tanaman-tanaman herba ini sudah mula membiak dan mengeluarkan hasil . Hasil jualan ini nanti
diharapkan dapat menampung sebahagian kos penyelengaraan taman herba dan dapat
mencatat keuntungan seawalnya pada tahun 2013 atau 2014.
Perlu dingatkan setengah-setengah tanaman herba ini agak sukar untuk dibiakkan dan
memerlukan masa untuk membiak dan mengeluarkan hasil . Oleh itu,perancangan yang teliti dan

komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjayakan Projek Keusahawanan Tanaman Herba ini.
Justru, Projek Tanaman Herba ini perlu dijalankan sepanjang tahun dan berterusan pada tahuntahun yang akan datang , bukan hanya sekadar mempamer tumbuhan-tumbuhan herba untuk
pertandingan

Kualiti Taman Herba semata-mata tetapi juga

mewujudkan satu peluang

perniagaan berasaskan tanaman herba.


10.0 PENUTUP :
Program Warisan Taman Herba Sekolah SMK Sungai Besar 2011 merupakan projek
serampang dua mata , yang salah satu matlamatnya ialah mengekalkan Taman Herba Sekolah
sebagai Taman Herba Terbaik Daerah Sabak Bernam pada tahun 2010 dan juga menjadi salah
satu projek Keusahawan Koperasi Sekolah yang berasaskan tanaman herba . Sehubungan itu,
kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan
dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya
daripada pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan
yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa Taman Herba SMK Sungai Besar. Akhirnya,
dengan kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman Herba SMK Sungai Besar akan mendapat
mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan
datang.
Sekian, terima kasih.
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEH :

............................................
(AHMAD LUTFI BIN HASHIM)
Penyelaras II
Taman Herba SMK Sungai Besar.

You might also like