You are on page 1of 10

1.

KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 KANDUNGAN 2
2 PENGHARGAAN 2
3 TAJUK KAJIAN 2
4 ABSTRAK 2
5 LATAR BELAKANG KAJIAN 3
6 ISU/FOKUS KAJIAN 3
7 OBJEKTIF KAJIAN 3-4
8 KUMPULAN SASARAN 4
9 METHADOLOGI KAJIAN 4
10 PELAKSANAAN 4-7
11 REFLEKSI 7-8
12 PENUTUP 8
13 BIBLIOGRAFI 9
2.PENGHARGAAN
Setinggi penghargaan ingin saya ucapkan kepada pihak Guru Besar SK. Seri Manjung
Perak, rakan-rakan guru yang turut memberi sumbangan serta idea dalam saya
menjayakan Kajian Tindakan ini terutama kepada guru pemulihan iaitu Puan Zalina
bt Saat dan Puan Norasmah bt Aziz serta anak murid di kelas 1 Pandai 2011.
3.TAJUK KAJIAN:
Tajuk Kajian Tindakan saya ialah Bestari Fonik iaitu murid diajar mengeluarkan
bunyi huruf yang betul serta mengecam bunyi huruf agar dapat menguasai kemahiran
membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup mudah.
Nama Penyelidik
MUNALIZATUL BINTI DAUD
Alamat Sekolah
SK. SERI MANJUNG PERAK. 32040 SERI MANJUNG, PERAK
4.ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah menguasai kemahiran
membaca suku kata terbuka dan tertutup bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun
1 Pandai yang merupakan murid LINUS. Bilangan murid adalah seramai 27 orang dan
seorang guru pemulihan terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada
kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka yang mudah untuk murid-murid
Linus sebagai asas dalam pembacaan. Kelemahan murid dari segi membaca adalah
berdasarkan instrumens ujian saringan 1 yang dilaksanakan pada penghujung bulan
Mac 2011.
5.LATAR BELAKANG KAJIAN
Latar belakang kajian adalah berdasarkan pengalaman mengajar selama 15 tahun dan
6 tahun bergelar guru Bahasa Malaysia Tahun 1. Banyak pengalaman mengajar yang
saya perolehi dan cabaran tahun pertama mengajar di kelas tahun 1 apabila saya
mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelas I Pandai yang merupakan kelas
KIA 2M( Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis) pada tahun 2005. Saya
berhadapan dengan murid yang lemah dari segi penguasaan kemahiran membaca dan
menulis dan ada juga di antara mereka yang tidak mengenal dan mengecam huruf
sepenuhnya. Antara latihan samada yang bertulis mahupun membaca yang terdapat
dalam buku aktiviti, buku teks, buku kerja adalah menyebut suku kata terbuka dan
tertutup serta menulis perkataan yang terdiri dari suku kata terbuka yang mudah

seperti :
Bu+ku= buku ro+ti= roti me+ja=meja
Oleh kerana mereka tidak menguasai kemahiran membunyikan huruf maka mereka
tidak dapat menyebut suku kata tersebut dengan lancar dan jelas dan seterusnya
mereka tidak dapat membaca perkataan yang diberi dengan betul.
6.ISU/ FOKUS KAJIAN
Ketika saya mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di Kelas 1 Pandai masih
terdapat murid yang tidak menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka,
perkataan suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan suku kata tertutup
yang mudah kerana murid belum menguasai kemahiran membunyikan huruf iaitu
fonik. Ini merupakan kemahiran asas yang sepatutnya telah dikuasai ketika mereka
berada di sekolah tadika semasa berumur 5-6 tahun. Sekiranya mereka tidak
menguasai kemahiran yang mudah, bagaimana mereka hendak menguasai kemahiran
membaca dan menulis yang lebih sukar seperti teks pendek ataupun menjawab soalan
kefahaman berdasarkan teks. Oleh itu saya telah merancang teknik Bestari Fonik
dengan memberi penekanan kepada bunyi setiap huruf ketika mengeja dan membaca
serta menulis suku kata terbuka dan tertutup yang mudah.
7.OBJEKTIF KAJIAN
7.1Objektif Umum
1. Meningkatkan penguasaan kemahiran menyebut serta membunyikan huruf dengan
penekanan pertama adalah huruf vokal a,e,i,o dan u serta huruf-huruf konsonan.
7.2Objektif Khusus
1. Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca serta menulis suku kata terbuka
dan tertutup dengan betul.
8.KUMPULAN SASARAN
Terdiri dari murid Tahun 1 Pandai. 15 murid lelaki dan 12 murid perempuan
berjumlah 27 orang. Murid di dalam kelas ini merupakan murid LITERASI. Lemah
dalam kemahiran membaca dan menulis yang asas.
9.METHODOLOGI KAJIAN
a) Hasil dari pemerhatian di dalam kelas ketika aktiviti membaca dan
menulis.Antaranya ketika guru menggunakan kad gambar dan kad perkataan serta
petikan pendek.
b)Semakan hasil kerja murid dalam buku tulis dan buku aktiviti ketika di dalam kelas
c) Ujian saringan lisan dan bertulis LITERASI. Ujian saringan dijalankan 3 kali
setahun.
d) Ujian pengesanan. Diberikan kepada murid untuk mengukur sejauhmana
pencapaian dan pemahaman mereka untuk menulis perkataan suku kata terbuka dan
tertutup berdasarkan gambar diberi.
10.PELAKSANAAN
10.1Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya saya rancang dan laksanakan, saya telah
memantau masalah-masalah yang menyebabkan murid gagal membaca dan menulis
perkataan suku kata terbuka dan tertutup yang mudah.
10.2Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan kepada instrumens yang dijalankan untuk memantau masalah yang
menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis perkataan

suku kata terbuka dan tertutup, maka saya telah membuat analisis seperti yang
terkandung dalam jadual di bawah:
Bil Masalah Jumlah %
1. Murid kurang tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. 40%
2. Selalu ponteng sekolah. 5%
3. Kurang motivasi diri. 30%
4. Tiada bimbingan ketika di rumah. 5%
5. Sikap malas murid. 20%
Rajah 1: Kajian masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid 1 Pandai 2011
10.3Tindakan yang dijalankan.
Langkah pertama yang saya lakukan adalah memberikan motivasi kepada murid
supaya murid minat untuk belajar dan seterusnya dapat memberi tumpuan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Murid yang lemah memerlukan
80% kata-kata semangat dan perangsang berbanding 20% adalah pembelajaran yang
mereka hadapi ketika di kelas. Selain itu saya memberikan kata-kata nasihat bahawa
membaca dan menulis itu adalah jambatan ilmu untuk Berjaya dan mereka perlu
sentiasa rajin berusaha samada di kelas mahupun di rumah. Saya juga memberikan
pujian dan galakan agar mereka minat untuk belajar. Tindakan seterusnya ialah:
1. Meminta murid melihat mulut saya apabila saya menyebut huruf vokal diikuti
dengan huruf konsonan dan murid akan mengikut langkah menyebut huruf satu demi
satu.
2. Latih tubi membunyikan huruf dengan membuka luas rongga mulut agar bunyi
huruf jelas keluar dan murid dapat mengecam bunyi serta huruf yang disebut (fonik).
10.4Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian.
Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Malaysia. Murid dideahkan
dengan sistem bunyi huruf iaitu fonik agar murid dapat mengecam apakah huruf yang
sedang disebut dan yang ingin ditulis di samping itu saya menunjukkan kad huruf
kepada murid.Saya juga menggunakan teknik nyanyian agar murid berasa seronok
dan berminat ketika belajar.
Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Aktiviti 1
1.Menyebut huruf vokal. a,e,i,o,u.
2. Mengecam bunyi huruf vokal. a,e,i,o,u,e
3.Menyebut perkataan yang bermula dengan huruf vokal.
Contoh: a- api, i-itik, o-obor, e-emak, e-ekor
Aktiviti 2
1.Menyebut huruf konsonan.
2. Mengecam bunyi huruf konsonan.
3. Menyebut perkataan yang bermula dengan huruf konsonan.
Contoh: b- buku, c-ciku,d-duku, f-feri
Aktiviti 3.
1. Mencantumkan huruf konsonan dengan huruf vokal a bagi membentuk suku kata
terbuka.
Contoh:
b+a= ba
c+a= ca
d+a= da

2. Mencantumkan suku kata terbuka dengan huruf konsonan.


Contoh:
Ba+s= bas
Ru+m= rum
So+k= sok
Setelah semua aktiviti dijalankan secara berperingkat, saya dapati ada peningkatan
dari segi penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup murid dan
didapati juga murid sudah mula boleh membaca dengan lancar kerana telah berjaya
mengecam bunyi setiap huruf.Peningkatan ini dapat dilihat berdasarkan keputusan
PKSR 1 dan PKSR 11 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Pemahaman dan
Penulisan dan juga berdasarkan ujian saringan LITERASI yang telah diadakan.

PKSR 1 PKSR11
M/PELAJARAN/
GRED A B C D A B C D
B.M PEMAHAMAN
0 9 13 5
*11 8 6 2
B.M PENULISAN 2 11 11 3 *13 10 2 1
Rajah 2: Keputusan peperiksaan murid 1 Pandai 2011
UJIAN LITERASI
SARINGAN 1 SARINGAN 2 SARINGAN 3
Melepasi Tidak Melepasi Melepasi Tidak Melepasi Melepasi Tidak Melepasi
15/27 12/27 7/12 5/12 2/5 3/5
Rajah 3: Keputusan ujian saringan LITERASI murid 1 Pandai 2011
11.REFLEKSI KAJIAN
11.1Penilaian Pencapaian Murid
Kesemua aktiviti yang telah saya rancang telah pun berjaya dilaksanakan sepanjang
tempoh persekolahan 2011 yang bermula pada Januari hingga November. Peningkatan
yang amat ketara dalam keputusan peperiksaan murid di mana pada PKSR 1 tidak
terdapat seorang pun mencapai keputusan A dalam kertas Bahasa Malaysia
Pemahaman namun pada PKSR 11 peningkatan mendadak dapat dilihat pada
keputusan PKSR11 iaitu seramai 11 orang memperolehi keputusan A dalam kertas
Bahasa Malaysia Pemahaman dan 13orang murid A bagi keputusan kertas Bahasa
Malaysia Penulisan serta peratusan murid gagal juga telah menurun setelah murid ini
mula menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan baik dan
seterusnya dapat memahami apa yang dibaca untuk diaplikasikan di dalam jawapan
mereka. Selain itu murid mula melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang
dilaksanakan di dalam kelas terutama dalam aktiviti membaca petikan mudah serta
mengambil imlak cerita pendek yang dibacakan oleh guru akibat dari peningkatan rasa
keyakinan diri mereka setelah diberi motivasi setiap masa. Manakala dalam ujian
saringan LINUS pula sehingga ujian saringan ke 3 hanya tinggal 3 orang murid yang
masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis suku kata terbuka dan
tertutup serta perkataan suku kata terbuka dan tertutup. Murid A menghadapi
masalah emosi setelah ayahnya meninggal dunia pada awal bulan Mac 2011 dan oleh
sebab gangguan emosi tersebut, murid ini selalu tidak hadir ke sekolah dan sering
ketinggalan dalam pembelajaran. Murid B pula adalah murid yang bermasalah dalam

disiplin. Suka mengganggu rakan-rakan dan sukar untuk dikawal. Murid C adalah
seorang murid yang kurang tumpuan ketika belajar dan mudah berkhayal. Oleh sebab
masalah-masalah yang dinyatakan murid-murid ini masih belum melepasi tahap ujian
yang dijalankan secara lisan dan bertulis. Manakala seramai 24 orang murid dalam
kelas 1 Pandai sudah menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik.
11.2Rumusan Pemerhatian.
Dari pemerhatian yang telah saya lakukan, murid lebih yakin untuk mengeluarkan
suara ketika menyebut seseuatu perkataan yang ditunjuk oleh guru serta petikan yang
terdapat di dalam buku teks serta aktiviti setelah mula menguasai kemahiran membaca
suku kata terbuka dan tertutup dengan lancar dan secara tidak langsung mereka juga
dapat membaca perkataan-perkataan yang lebih sukar dan panjang serta dapat
memahami apa yang dibaca apabila disoal secara lisan. Murid lebih menumpukan
perhatian dan seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dengan teknik
mengeluarkan bunyi(fonik) serta terdapat juga unsur-unsur didik hibur yang
digunakan oleh saya semasa aktiviti dilaksanakan seperti nyanyian, sajak dan pantun.
11.3Cadangan Untuk Meneruskan Kajian Tindakan.
Pengalaman yang saya perolehi, saya timba setelah 6 tahun berhadapan dengan murid
yang bermasalah dalam pembelajaran dan aktiviti yang telah saya rancang dan
laksanakan akan sentiasa saya lakukan penambahbaikan sesuai dengan tahap
kecerdasan murid dan saya berhasrat akan menggunakan Kajian Tindakan ini untuk
murid tahun 1 pada tahun berikutnya serta berkongsi dengan guru-guru yang bakal
mengajar murid LINUS kerana murid ini selain memerlukan perhatian, mereka juga
memerlukan motivasi yang tinggi dan berpanjangan untuk berubah.
12.PENUTUP
Guru adalah umpama lilin yang sanggup menerangi kehidupan orang lain meskipun
menghadapi kepayahan dalam mengharungi kehidupan. Sebagai seorang pendidik,
tugas dan tanggungjawab kita adalah memberikan yang terbaik untuk anak murid agat
tidak ada murid yang tercicir dalam pembelajaran. Walaupun kini guru menghadapi
kekangan dari segi masa dan beban tugas yang semakin mencabar, namun tugas
mendidik adalah asas tunjang bagi pendidikan anak murid bagi melahirkan generasi
ilmu yang mampu bersaing di persada dunia.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

HARGAILAH MASA
glitter-graphics.com

Akulah guru dan akulah pelajar PJJ UPSI

MARI BERKENALAN

MUNA
telah melibatkan diri dalam perniagaan secara online selama 4 tahun..seorang
pendidik..pelajar..
View my complete profile

Salam Perkenalan
Assalamualaikum,
Terima kasih Muna ucapkan di atas kesudian menjengah ke blog p&p Muna ini. Setelah
hampir 16 tahun Muna bergelar seorang pendidik..dan sudah tentunya bnyak pengalaman
yang telah Muna dapat sepanjang tempoh itu. Harap dengan adanya blog ini secara tidak
langsung dapat memberi info kpd semua..insyaAllah...

MYGURU

GROUP UPSI

AKU DAN KELUARGA


Sambutan Hari Kemerdekaan/Hari Raya
Blog/web bisnesku

***~macam-macam ada~***
5 years ago

Info2 berguna

bicara kehidupan
Berdoa
6 months ago

- :: ini blog cik jihan :: JOM BUAT DUIT...


8 months ago

Kimi50blogspot
Kajian Tindakan Bahasa Inggeris
2 years ago

Tanya Cikgu
2 years ago

Blog Pendidikan Pemulihan Khas Bahasa Melayu


KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
2 years ago

BM KSSR TAHUN 1

ASPEK SENI BAHASA DALAM BM KSSR


2 years ago

PENDIDIK SKSM
Mari Bersembahyang - Al Mizan
2 years ago

Aku Dia Dan UPSI


2 years ago

Belajar Bersama Cikgu Ju


Murid Pendidikan Khas
2 years ago

KEMEGAHAN BAHASAKU..BAHASA MELAYU


MARI BERI MAKNA
2 years ago

Mari Belajar Matematik


Video: Mari Mengenal Bentuk
2 years ago

Cikgu Eyna
Video Menarik Matematik
2 years ago

Bahasa Melayu Sekolah Rendah


KATA KERJA
2 years ago

WAHANA TEORI PEMBELAJARAN


SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS
4 years ago

glitter-graphics.com

Facebook Badge
Shamona Liza Daud

Create your badge

Jom Sembang
Blog Archive

2011 (1)

2012 (2)

You might also like