You are on page 1of 16

FASAL KETIGA BELAS

PADA TERJEMAHAN AL-QURAN DAN HUKUMNYA SECARA TERPERINCI

Kepentingan kajian ini

Kita memfokuskan pemikiran kepada mukadimah kajian dari segi kepentingannya, dari tiga
sudut:
Pertama:

Mendalam dan kabur sehingga menyebabkan para ulama berselisih tentangnya sejak

dulu hingga sekarang,dan menjadikan negara mesir yang tercinta sejak dulu lagi menjadi medan
pertentangan samada menegah atau mengharuskan.
Kedua:

Ramai manusia mengaku memindahkan al-Quran ke pelbagai bahasa, dan terjemahan

yang berbagai, sehingga mencapai 120 terjemahan (menurut sebahagian pengkaji) ,ke dalam 35
bahasa sama ada timur atau barat., dan diulang cetak terjemahan2 ini hinggakan salah satu
terjemahan yang dibuat oleh George Sill seorang Inggeris telah dicetak sebanyak 34 kali .
Yang paling banyak terjemahan dan cetakan ialah di dalam bahasa Inggeris,Perancis, Jerman dan
Itali .Dan disana Ada 5 terjemahan dalam bahasa Parsi dan Turki, 4 terjemahan dalam bahasa
cina,3 dalam bahasa Latin,2 dalam bahasa Afghan, 1 dalam bahasa Jawa dan satu dalam bahasa
Urdhu.

Antara yang menjalankan penterjemahan ini adalah orang yang memusuhi Islam secara terangterangan, atau sukakan Islam tetapi jahil tentangnya, Musuh yang berakal lebih baik dari kawan
yang bodoh.
Ketiga:

Terdapat kesilapan yang melampau pada teks yang mereka panggil terjemahan2

itu,hingga menjadi perosak dan pemusnah kepada kemuliaan Islam .juga merupakan
perancangan jahat untuk menggoncangkan kesatuan Agama Islam,bahasa dan masyarakatnya.
(moga Allah memelihara kita darinya).
Berhadapan dengan situasi yang berlaku dan hakikat yng telah disebutkan dan percubaanpercubaan bahaya,tidaklah patut bagi kita berpeluk tubuh, mengunci mulut seolah-olah ianya
tiada kaitan langsung dengan kita. Sedang orang yang mencetuskan idea penterjemahan,dan
membuat perancangan jahat ini adalah lelaki dari agama mereka,dan bishop mereka sendiri yang
dipanggil Yaacob bin aSSoliby sejak kurun ke12 Masihi . Beliau telah memberitahu kaumnya
bahawa beliau telah menterjemah banyak ayat-ayat dari al-Quran kedalam bahasa Siryani.
Kemudian diterbitkan ringkasannya pada kurun ini iaitu pada tahun 1925 Masihi dari manuskrip
yang terdapat di Muzium British di London, disertai dengan terjemahan bahasa Inggeris. Tugas
ini diteruskan oleh paderi-paderi dan rahib-rahib mereka. Mereka saling berlumba dalam bidang
ini.
Anda tentu lebih mengetahui apa yang mereka kehendaki. Allah lebih mengetahui apa yang
mereka sembunyikan
Sila rujuk tentang perkara ini dalam kuliah-kuliah oleh Alpiknet Di Tarazi, selepas itu lihat juga
apa yang ditulis oleh alAllamah Abu Abdullah AzZanjani di dalam bukunya: Sejarah al-Quran
dimana beliau menyebut :

Kemungkinan terjemahan yang pertama adalah ke dalam bahasa Latin, yang merupakan bahasa
ilmu di Eropah iaitu pada tahun 1143 tulisan ( Kent) yang dibantu oleh pemuka Nasrani
Attalitili dan seorang ilmuwan berbangsa arab. Maka Al-Quran telah masuk ke Eropah melalui
Andalus dan tujuan terjemahannya adalah untuk ditunjukkan kepada De KAluni

bagi

mematahkan hujahnya. Kami dapati selepas itu al Quran tela h diterjemahkan dan disebarkan
dengan bahasa Latin(1509) tetapi tidak dibenarkan pembaca al-Quran untuk mengambilnya
kerana cetakannya tidak disertai dengan rudud Pada tahun 1594 henklman telah mengeluarkan
terjemahannya, diikuti cetakan Maratisyi pada tahun 1598 yang disertai dengan RUDUD.
Tidakkah kamu sependapat dengan saya bahawa disebalik itu semua wajib bagi kita
memberikan satu pandangan yang tegas terhadap perkara yang penting ini untuk kita mengetahui
apa yang dikehendaki dari kita dan Quran kita. dan melihat ke arah mana kita telah dibawa?
Mudah-mudahan sikap berhati-hati dan berjaga-jaga akan mendorong kita mengambil tindakan
yang jelas, menapis yang hak dari yang batil dan seterusnya menyampaikan hidayah Islam dan
Quran dengan jelas dan yakin.
Seterusnya tidakkah kamu sependapat dengan saya, bahawa di dalam kajian ini kita mestilah
mengosongkan diri daripada sikap taasub dan kehendak-kehendak peribadi,kita dapat
menyentuhnya dengan lembut dan tenang,mengkaji dengan kajianyang luas dan tersusun ,dan
beriltizam dengan adab-adab kajian dan semangat pengkaji dan menjadikan Allah sebagai satusatunya matlamat dalam apa yang kita usahakan
Kita mulakan dengan menerangkan makna TERJEMAH dari segi bahasa dan istilah kemudian
membahagikannya kepada harfiah dan Tafsiriah. seterusnya menerangkan perbezaan antara
TERJEMAH dan TAFSIR . Sesungguhnya menentukan makna lafaz-lafaz dan memastikan

maksud sebenar adalah usaha yang pentung dan berfaedah terutama yang melibatkan kajiankajian yang ada perselisihan pendapat padanya; seperti kajian yang kita hadapi ini. Kajian telah
menunjukkan bahawa menetapkan pengertian/makna

perkara- perkara khilafiah atau

membebaskan punca perbalahan banyak membantu mendekatkan pendapat-pendapat yang


pelbagai, walaupun yang jelas khilaf yang berlaku adalah lafzian bukan hakikat sebenar kerana
penafian dan pengesahan di antara mereka bukan datang dari perkara yang satu, bahkan
sesungguhnya apa yang disahkan oleh sebahagian mereka tidak menyalahi

sesiapa yang

membenarkannya dengan maksud yang dikehendaki,dan apa yang dinafikan oleh sebahagian
yang lain tidak menyalahi sesiapa dalam penafiannya dengan makna yang dikehendakinya.
Perselisihan ini akhirnya adalah perselisihan dar segi ungkapan-ungkapan kerana perselisihan
pada makna/maksud. Kalau mereka sepakat pada maksud tentu tiada perselisihan pada ungkapan
dari mula lagi.
Kerana itu kami meminta maaf kepada pembaca yang dimuliakan sekiranya kami
berpanjang dalam menerangkan makna yang dikehendaki dalam topik ini, dan apabila kami
membawakan apa yang tidak jelas dan yang membawa kepada perbalahan,maka kami sebutkan
bahawa lafaz (TERJEMAH) membawa berbagai makna,setengahnya dari segi bahasa dan
setengahnya adalah istilah umum
TERJEMAH DARI SEGI BAHASA
Terjemah dalam bahasa Arab memberi empat makna:
Pertama: menyampaikan kata-kata kepada yang tidak sampai. Seperti kata-kata penyair:
Sesungguhnya telah sampai
penterjemah.

pada ku lapan puluhan-telah berhajat pendengaran ku kepada

Kedua:

Mentafsirkan kata-kata dengan bahasa itu sendiri. Seperti dikatakan Ibnu

Abbas: Sesungguhnya beliau penterjemah al-Quran,mungkin AzZamakhsyari di dalam kitabnya


ASAS-ASAS BALAGHAH merujuk kepada makna ini ketika berkata:semua yang
diterjemahkan dari keadaan sesuatu maka ia adalah tafsirannya
Ketiga: Mentafsirkan kata-kata kepada bahasa yang lain daripada bahasanya. Dalam
Lisan Arab: Bahawa Penterjemah adalah yang Pentafsir kepada kata-kata. Berkata Syarah
Alqamus: Dan telah ia menterjemahkannya dan diterjemahkan olehnya apabila dia mentafsirkan
kata-katanya dengan bahasa yang lain.berkata Jauhari tamat
Dan telah datang didalam Tafsir Ibnu Kathir dan AL baghawi bahawa kalimah terjemah
digunakan didalam bahasa arab dengan makna menjelaskan semata-mata samada dengan bahasa
yang sama atau berlainan.
Keempat:

Memindahkan kata-kata dari satu bahasa kepada bahasa yang lain. Di dalam

Lisanul Arab disebut: ATTURJAMAN/attarjuman adalah orang yang menterjemahkan kata-kata


iaitu:

memindahkan dari satu bahasa kepada bahasa yang lain .dan kata jamaknya ialah

TARAAJUM tamat.

Dan Syarah al-Qamus selepas

mendatangkan makna tadi di dalam

terjemahannya dan diterjemahkan darinya berkata; dan dikatakan: memindahkannya dari satu
bahasa kepada yang yang lain tamat
Oleh kerana keempat-empat pengertian tadi memerlukan penerangan, diharuskan
penggunaan perkataan TERJEMAH dengan lebih meluas iaitu mencakupi setiap apa yang ada di
dalamnya penjelasan , maka dikatakan: telah diterjemahkan bab ini begini,yakni: diberi tajuk
baginya. dan diterjemahkan bagi sipulan ,yakni : sejarahnya, diterjemahkan kehidupannya,

yakni; diterangkan riwayatnya. dan terjemahan bab ini begini,yakni: menerangkan maksud
daripadanya: dan begitulah seterusnya.
TERJEMAHAN DENGAN URf
Yang kami kehendaki dengan urf ialah adat percakapan umum, bukan adat kaum tertentu
atau bangsa tertentu. Adat ialah yang diikuti oleh seluruh manusia,maka dikhususkan
TERJEMAH dengan makna keempat dari segi bahasa sepertimana yang telah dibawa sebelum
ini,iaitu memindahkan kata-kata dari satu bahasa kepada bahasa yang lain.
Maksud memindahkan kata-kata kepada bahasa yang lain ; mengungkapkan maknanya
dengan kata-kata yang lain dari bahasa yang bn , dengan menjaga semua makna-makna dan
maksudnya seolah-olah kamu memindahkan kata-kata itu dari bahasa pertama kepada bahasa
kedua.
Inilah rahsia didalam ungkapan merekamemindahkan kata-kata.Sudah diketahui bahawa katakata sendiri tidak brpindah dari bahasanya bihal.
Kita boleh mentakrifkan TERJEMAH mengikut penngertian urf umum dengan ungkapan
yang mudah iaitu: mengungkapkan makna kata-kata dalam satu bahasa kepada kata-kata lain
dalam bahasa yang lain dengan menjaga semua makna-maknanya dan maksudnya.
Dan kata kami : (tentang makna kata-kata) terjemah telah terkeluar dari makna yang
sebenar dari lafaz yang pertama kali (bahasa pertama).
Dan kata kami: (kepada kata-kata lain)terjemah telah terkeluar dari makna yang
dikehendaki dari lafaz yang pertama, walau diulang beribu kali.
Dan kata kami : (dalam bahasa lain) terkeluar darinya tafsiran dengan bahasanya yang asal.

Dan kata kami : (dengan menjaga semua makna-maknanya dan maksud) terkeluar dari nya
kata-kata yang bukan dari bahasanya yang asal. Sedangkan tafsir tidak mensyaratkan untuk
menjaga semua makn dan maksud asalnya , bahkan cukup sekadar ada penerangan walau dari
sudut lain.akan dijelaskan secara terperinci selepas ini.
PEMBAHAGIAN TERJEMAH
Penterjemahan dengan makna urf terbahagi kepada dua: iaitu harfiah dan tafsiriah,
Terjemahan tafsiriah ialah yang menjaga ajukan yng asal pada disiplin dan susunannya. Ia seperti
meletakkan satu perkataan ketempat perkataan itu. Setengah orang menamakannya sebagai
tejemah Lafziah,dan setengahnya memanggilnya dengan terjemah masawiah.
Adapun terjemah Tafsiriah adalah terjemahan yang tidak menjaga ajukan, tetapi lebih
mementingkan penjelasan makna perkataan dan matlamat setiap ayat. Kerana itu ia dipanggil
terjemah maknawiah. Dan dipanggil tafsiriah kerana penjelasan perkataan yang sangat baik dan
matlamat ayat sempurna seperti tafsir, walaupun ianya bukan tafsir sebagaimana yang akan
diterangkan selepas ini.
Maka penterjemah secara harfiah memfokuskan kepada setiap perkataan asal dan
memahaminya,kemudian menukarkan dengn perkataan yang menyamainya dalam bahasa yang
lain dengan sebaik-baiknya, walaupun membawa kepada tersembunyinya makna-makna yang
sebenar daripada yang asal,disebabkan perbezaan dua bahasa di dalam konteks penggunaan katakata yang mengikut konteks.
Adapun penterjemah tafsiriah,penterjemah hanya memfokuskan kepada makna di sebalik
susunan ayat dan memahaminya,kemudian menukarkannya kepada bahasa yang lain,menyamai
apa yang dimaksudkan teks yang asal,tanpa menyusahkan dirinya menekuni setiap perkataan

Sebagai contoh bagi . kedua-dua terjemahan bagi ayat satu ayat al-Quran al-Karim.
Berfirman Allah Taala yang bermaksud. Dan janganlah kamu meletakkan tangan kamu
terbelenggu ke leher dan janganlah kamu melepaskannya selepas-lepasnya al-Israk ayat 29.
Sekiranya kamu menterjemahkannya ke terjemahan harfiah; ianya akan menunjukkan larangan
daripada mengikat tangan ke tengkuk, juga larangan memanjangkannya sepanjang-panjangnya.
dengan menjaga susunan asal dan disiplinnya, iaitu mendatangkan kata larang dahulu,diikuti
dengan perbuatan yang dilarang, bersambung dengan mapul dan pembuatnyabegitulah
seterusnya. tetapi ungkapan yang baru tidak diketahui dan tidak membawa kepada larangan
membazir dan boros.
Adapun jika engkau menterjemahkannya dengan terjemahan tafsiriah, maka selepas
engkau memahami maksud ayat iaitu larangan drpd kikir dan boros .

APA YANG TIDAK DAPAT TIDAK DALAM TERJEMAHAN MUTLAK.


Untuk mencapai maksud terjemahan mutlak sama ada harfiah atau tafsiriah,mesti ada empat
perkara:
PERTAMA:

Penterjemah mengetahui kedudukan kedua-dua bahasa,bahasa asal dan

bahasa terjemahan.
KEDUA;
KETIGA :
yakin.

Pengetahuan meliputi gaya bahas dan keistimewaannya.


Terjemahan mencakupi semua makna yang asal dan maksudnya dengan

KEEMPAT:

Hendaklah gaya bahasa terjemahan berasingan (berkecuali) drpd bahasa asal,

di mana teks yang diterjemahkan tidak bergantung kepada teks asal. Akan diterangkan selepas ini
dalam tajuk perbezaan di antara terjemah dan Tafsir.
APA YANG WAJIB DALAM TERJEMAH HARFIAH.
Kemudian terjemah harfiah bergantung kepada dua perkara lain:
PERTAMA:

Semua perkataan di dalam bahasa asal ada dalam bahasa kedua ,hingga

setiap perkataan ada penggantinya dalam bahasa kedua .


KEDUA:

Kedua-dua bahasa sama di dalam penggunaan kata nama tersembunyi, dan kata

hubung yang menghubungkan perkataan. Kita mensyaratkan kedua-dua persamaan ini kerana di
dalam penterjemahan, muhakat asal adalah tuntutan. Kedua syarat ini adalah sukar dan syarat
yang kedua lebih sukar. Amat sukar untuk kamu dapati pada bahasa terjemah persamaan dengan
bahasa asal pada kebanyakan perkataannya, apalagi untuk mendapatkan persamaan dari segi kata
nama tersembunyi dan penghubung2 ayat dan jumlah.
Kerana unsur nadhir inilah berkata setengah mereka: Sesungguhnya terjemahan harfiah
adalah mustahil. Dan berkata setengah yang lain; dia adalah sesuatu yang boleh pada setengah
ayat sahaja. Adapun terjemahan tafsiriah dia adalah lebih mudah,dan makna-makna yang
dikehendaki dari yang asal juga biasanya lebih jelas. Kerana itu para penterjemah memilih
kaedah ini berbanding terjemah harfiah.

PERBEZAAN ANTARA TERJEMAH DAN TAFSIR

Sama ada terjemah harfiah atau terjemah tafsiriah, sesungguhnya dia bukanlah tafsir sama
sekali, sama ada tafsir dengan bahasa asal atau dengan bahasa lain. Kami melakarkan empat
perbezaan:
Perbezaan Pertama; Bahawa sighah (gaya bahasa) terjemah adalah berasingan daripada
Bahasa asal,tidak seperti tafsir yang bergantung kepada bahasa asal.
Perbezaan Kedua: Bahawa terjemah tidak ada nota kaki,adapun tafsir adalah harus
bahkan wajib menambahkan nota kaki. Kena itu kita dapati kebanyakan tafsir al-Quran
mengandungi nota kaki yang berbagai-bagai.
Perbezaan ketiga: Terjemahan secara adatnya mengandungi jaminan bahawa semua
makna telah ada sebagaimana bahasa pertama, tidak begitu bagi tafsir.
Perbezaan keempat: Bahawa terjemah menjamin (secara adatnya )keyakinan bahawa
semua makna-makna dan maksud yang dipindahkan oleh penterjemah adalah kehendak sebenar
bahasa asal,tidak begitu bagi tafsir di mana para mufassirin kadang-kadang mendatangkan dalildalil dan tarjih untuk menguatkan makna dan maksud asal.
Terkeluar daripada maksud keyakinan ialah apa yang berlaku pada kitab-kitab terdahulu
seperti Taurat dan Injil, di mana penterjemahnya sudah melupakan terus asal kitab iaitu dalam
bahasa ibrani dan mendakwa kitab yang diterjemahkan itulah Taurat atau Injil,sedangkan tidak
sama sekali.

ALQURA N,MAKNA DAN MAKSUDNYA

Sekarang kita sudah selesai membincangkan maksud perkataan TERJEMAH,kita akan


menekuni makna AL-QURAN pula untuk mengetahui hukum yang sahih baginya adakah boleh
diterjemahkan atau tidak.
Apa maksud Al-Quran
Kita telah membincangkan maksud al-Quran dalam bab pertama dahulu,tetapi di sini
maksud dari sudut terjemahan ,Al-Quran ialah lafaz yang mukjiz (tidak meliputi cirinya yang
qadimah, kata kata hukum dan doa-doa. Apa yang jelas ialah terjemah hanya merangkumi
lafaz-lafaz yang berupa huruf dan suara , dan tidak merangkumi sifatnya yang qadim,ayat-ayat
hukum kecuali apabila dibuat misalan.
Makna Al-Quran dua jenis:
Kerana al-Quran al-Karim adalah kalam baligh( yang sampai dan difahami dengan mudah
) dia mestilah mengandungi dua makna iaitu makna awalan dan makna kedua atau makna asli
dan makna tambahan. Makna awalan difahami terus dari bahasa itu walaupun dengan bahasa
lain.

Adapun

makna

tambahan

pemahamannya

bergantung

kepada

keadaan

pendengar,penutur,lidah dan bahasa itu sendiri.


Contoh mudah : Apabila kamu hendak memberitahu seseorang tentang kemurahan hati
Hatim,
kamu

boleh

menyebutnya

dengan

berbagai-bagai

gaya

penuturan;

Hatim

pemurah,Sesungguhnya Hatim pemurah,Demi Allah Hatim adalah pemurah, dan berbagai-bagai


lagi gaya bergantung kepada orang yang kita hadapi,.Makna awalan bagi frasa ini ialah sifat
pemurah Hatim, tetapi ditambah dengan berbagai-bagai keistimewaan dan ciri yang berbezabeza.

Kalam yang baligh berbeza-beza. tidak diketahui di seluruh pelosok dunia kata-kata yang
mencapai tahap tertinggi dari segi kesusasteraannya kecuali al-Quran al-karim,hingga para
sasterawan terhebat pun mengangkat tangan menyerah kalah kerana bila dibandingkan karya
mereka dengan al-Quran,karya mereka adalah karya makhluk sedang al-Quran adalah karya
Sang Pencipta.

TUJUAN-TUJUAN AL-QURAN AL-KARIM


Allah s.w.t menurunkan al-Quran dengan tiga tujuan utama: untuk menjadi hidayah kepada jin
dan manusia,sebagai tanda-tanda kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW dan supaya manusia
dapat beribadat dengan membaca ayat-ayat Allah yang Maha Tinggi.
Petunjuk al Quran
Petunjuk al-Quran mempunyai ciri-ciri umum,sempurna dan jelas.
Adapun umumnya : ialah kerana ia menyusun kehidupan manusia dan jin,di setiap masa
dan tempat. Sempurnanya al-Quran ialah kerana ia mengandungi semua yang diperlukan oleh
manusia sama ada segi aqidah,akhlak,ibadat dan muamalat. Adapun jelasnya al-Quran ialah
persembahannya adalah sangat menarik dan mengesankan,mencakupi semua unsur penjelasan
dan memuaskan hati. Apa yang penting ialah semua hidayah Allah itu dapat difahami dari
makna-makna yang asal/awalan dengan sepakat ulama, Adapun bahagian kedua iaitu makna
tambahan ia adalah perselisihan pendapat ulamak. Kita ambil contoh daripada Fatihatulkitab:
(tiada perselisihan)

Antaranya : Menunjukkan bahawa adab memulakan sesuatu perkara dengan basmalah dan
dia adalah pembuka semua surah-surah di dalam al-Quran.
Antaranya : Meminta pertolongan dalam setiap sesuatu mestilah dengan nama Allah
Antaranya ;

Menunjukkan bahawa Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiah seperti yang

terdapat dalam surah al-Fatihah


Dua contoh perselisihan ulama:
Pertama: Wajib tertib di antara anggota wuduk ketika bersuci. Firman Allah yang
bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman jika kamu hendak melakukan solat,maka

hendaklah kau membasuh muka kamu dan tangan kamu ke siku dan sapulah kepala dan kaki
kamu hingga buku lali. Al-Maidah ayat 6
Kedua : Firman Allah SWT yang bermaksud dan sapulah kepala-kepala kamumemberi
maksud basuhlah dari kepala bagi mazhab Hanifiah ,tetapi di bantah oleh ulama-ulama yang
lain.
Kemukjizatan al-Quran
Maksud kedua penurunan al-Quran ialah sebagai bukti kebenaran risalah Nabi Muhammad
s.a.w dan kekal sebagai mukjizat yang kekal abadi . Tidakkah cabaran untuk sesiapa sahaja
mengadakan tiga ayat atau satu ayat sahaja yang sama dengan al-Quran dari segi makna-makna
dan seninya yang tinggi menjadi cabaran yang tidak berjawab sampai ke hari ini dan bila-bila
Ibadah membaca al-Quran

Tujuan ketiga daripada penurun al-Quran ialah menjadi ibadah bagi hamba yang
membacanya. Mereka diberi pahala walaupun sekadar menyebut perkataannya tanpa
memahaminya .Apabila disertai dengan kefahaman bertambahlah pahala.
Berkata Rasulullah s.a.w Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah Taala baginya
satu kebaikan,dan kebaikan menyamai sepuluh kali,aku tidak maksudkan :

satu huruf tetapi

alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf diriwayatkan oleh Tirmizi.
Inilah keistimewaan al-Quran yang tidak ada pada yang lain,dimana seseorang itu haruslah
berfikir dan bertadabbur untuk mendapatkan pahala. Keunggulan al-Quran ini adalah keran
hikmah-hikmah yang tinggi:
Pertama:

Menjadi faktor kepada penjagaan dan kekalnya al-Quran daripada

penyelewengan dan pengubahsuaian sepertimana yang berlaku kepada kitab-kitab yang


terdahulu. Kerana itu pahala yang Allah janjikan bagi orang-orang yang menyebutnya menjadi
pendorong kepada manusia untuk membaca dan mengulang-ulang hingga lahir para hufaz yang
menjadi perisai dari sebarang niat jahat musuh.
Kedua: Menjadi Faktor penyatuan umat Islam dari segi bahasa, menguatkan kesatuan
agama dan memudahkan jalan untuk saling memahami dan tolong menolong di antara mereka.
Ketiga : Menjadi motivasi untuk pembaca membaca,mengambil petunjuk dan seterusnya
meningkatkan diri dari sehari ke se hari.

HUKUM TERJEMAH AL-QURAN SECARA TERPERINCI

1- Terjemah al-Quran dengan metode menyampaikan lafaz al-Quran itu sendiri. Hukumnya

harus dari segi syarak bahkan mencapai hukum wajib dan sunat.
2- Terjemah al-Quran dengan metode pentafsiran dalam bahasa Arab, bukan dalam bahasa

yang lain. Hukumnya juga harus seperti di atas. Rasulullah sendiri melaksanakannya
dengan sebaik-baiknya,hingga Sunnah Nabawiyah sendiri adalah tafsir kepada al-Quran.
3- Terjemah al-Quran dengan metode tafsiran ke dalam bahasa asing iaitu bahasa yang lain

dari bahasa Arab. Tafsiran al-Quran al-Karim memadai dengan menerangkan kehendakkehendak Allah dengan kadar kemampuan manusia kerana tafsir bermaksud menjelaskan
dan menerangkan.
Beberapa perkara penting:
Pertama: Bahawa ulama kita telah menegah kita menulis al-Quran dengan tulisan bukan
Arab. Kerana itu apabila menulis terjemahan ke dalam apa-apa bahasa hendaklah menulis ayat
al-Quran supaya tidak berlaku kecacatan dan penyelewengan dari segi lafaz.
Kedua: Bahawa kebanyakan tafsir yang beredar adalah dengan meletakkan ayat al-Quran
di tengah tafsiran,di mana jika kita asingkan tafsiran dari ayat al-Quran ,jadilah tafsiran
perkataan yang tidak berguna. Tafsiran adalah tafsiran yang tidak membawa makna al-Quran
kecuali sedikit,kerana al-Quran sendiri sangat hebat dan agung kerana ia adalah kata-kata Yang
Maha Mengetahui dan bijaksana.
Ketiga : Kita hendaklah memanggil terjemahan ini sebagai terjemah tafsir al-Quran, atau
tafsir al-Quran dengan bahasa sekian tidak boleh menyebut terjemah al-Quran (semata-mata).
SEKIAN,WALLAHUAKLAM BILSOWAB

You might also like