You are on page 1of 83

KESESUAIAN KOMSAS (CERPEN)

DALAM MERANGSANG MINAT MURID


TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

HALIM BIN YAAKOB

Universiti Sains Malaysia


2014

ii

KESESUAIAN KOMSAS (CERPEN)


DALAM MERANGSANG MINAT MURID
TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

HALIM BIN YAAKOB

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah

Universiti Sains Malaysia


2014

iii

KESESUAIAN KOMSAS (CERPEN) DALAM MERANGSANG MINAT


MURID TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesesuaian teks KOMSAS(Cerpen) untuk
merangsang minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Kajian ini melibatkan 40 orang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan
Paya Besar, Lunas, Kedah, yang merupakan sekolah berprestasi rendah. Kajian
deskriptif telah di gunakan sebagai reka bentuk kajian yang menggunakan instrumen
soal selidik Likert 4 markah. Murid telah bersetuju bahawa pembacaan teks
KOMSAS (Cerpen) telah merangsang minat pada nilai min (3.12 , 0.70) terhadap
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Korelasi di antara item minat
terangsang dan item suka baca bahasa indah menyokong andaian bahawa pembacaan
estetik telah merangsang minat murid untuk terus membaca bahan-bahan teks dalam
Bahasa Melayu. Nilai korelasi untuk pembacaan estetik bagi cerpen Mutiara Bonda
ialah (r = 0.75), hubungan yang kuat. Nilai korelasi untuk pembacaan estetik bagi
cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana ialah (r = 0.63), hubungan yang kuat.
Walaupun respons keseluruhan data soal selidik ialah positif, seramai 36% daripada
murid mendapati bahawa plot kedua-dua cerpen tidak mudah untuk di fahami dan
perkataan baru yang tidak di fahami telah membantut kefahaman teks. Data kajian
menunjukkan minat terangsang telah di pengaruhi oleh faktor bahasa mudah.
Korelasi di antara minat terangsang murid dengan faktor bahasa mudah ( r = 0.81,
p>0.05) ialah lebih kuat daripada korelasi minat terangsang dengan faktor watak (r=
0.57, p>0.05) untuk cerpen MB. Bagi cerpen SYTADS korelasi di antara minat
terangsang murid dengan faktor bahasa mudah ( r = 0.63, p>0.05) ialah lebih kuat
daripada korelasi minat terangsang dengan faktor watak (r= 0.28, .0.05). Kesimpulan
kajian ini menunjukkan bahawa faktor bahasa mudah teks KOMSAS mempunyai
hubungan signifikan dengan minat terangsang murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

iv

SUITABILITY OF SHORT STORIES IN MALAY LITERATURE


COMPONENT TO STIMULATE INTEREST TOWARDS THE TEACHING
AND LEARNING OF MALAY LANGUAGE
ABSTRACT
This study was conducted to investigate the suitability of short stories in the Malay
Literature Componen to stimulate interest towards the teaching and learning of the
Malay language. The descriptive research methodology was based on the use of a 4
point Likert scale questionnaire. The sample population was a class of 40 students
from

the Jalan Paya Besar Secondary School, Lunas, Kedah, which is a low

performing school. Students had responded that the reading of the short stories had
stimulated their interest in the teaching and learning of the Malay language was (3.12
, 0.70). Asthetic reading, as a corelation between the stimulated interest item and
interest in reading literary language is strongly corelated, (r=0.75, p>.05) for the MB
short story and (r = 0.63, p>0.05) for the SYTADS short story. The general responses
were at a very positive level but 36% of the students found it was difficult to
understand the plot and new words in the text made it difficult for them to understand
the text as a whole. The study suggests that stimulated interest was influenced by the
simple language of the text rather than the structural feature of the text, main
character. The corelation between stimulated interest and the simple language of the
text was stronger ( r = 0.81, p>0.05) than the corelation between stimulated interest
and the structural feature of the text, main character (r= 0.57, p>0.05) for MB.While
The corelation between stimulated interest and the simple language of the text was
stronger ( r = 0.63, p>0.05) than the corelation between stimulated interest and the
structural feature of the text, main character (r= 0.28, p>0.05) for SYTADS. This
study concludes that simple language of the short stories in the Malay Literature
Componen has a significant corelation with stimulated interest among students
towards the teaching and learning of the Malay language.

PENGHARGAAN

Pengkaji bersyukur ke hadrat Allah S. W. T kerana dengan limpah dan


kurniaNya latihan ilmiah ini dapat disempurnakan. Dengan penuh rasa rendah diri,
pengkaji ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan latihan
ilmiah ini.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Siti Hawa
binti Abdullah selaku penyelia kajian yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat
dan tunjuk ajar sepanjang pelaksanaan kajian ini.
Penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga penyelidik tujukan kepada
semua tenaga pengajar yang telah memberikan ilmu dan membantu penyelidik
sepanjang menuntut di Universiti Sains Malaysia ini.
Akhir sekali kajian ini dapat menjadi kenyataan kerana inspirasi, dorongan,
dan sokongan yang berterusan daripada keluarga penyelidik yang amat dikasihi
terutama isteri,Che Jamaliah Wali dan anak-anak. Fatin Najwa dan Fatin Najiha yang
sentiasa mendoakan kejayaan penyelidik.

Terima kasih.

vi

Saya mengesahkan bahawa Laporan Latihan Ilmiah Tahun Akhir bertajuk


KESESUAIAN KOMSAS (CERPEN) DALAM MERANGSANG MINAT
MURID TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU oleh Halim Bin Yaakob telah dikemukakan dan diperiksa oleh Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Saya memperakukan laporan
ini memenuhi keperluan untuk kursus KRL 3043.

Dr. Siti Hawa binti Abdullah


Unit Penyelidikan Pendidikan Asas,
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
Tarikh :

vii

PERAKUAN

Saya memperakui bahawa Laporan Latihan Ilmiah Tahun Akhir ini adalah hasil kerja
saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan
sumbernya. Saya juga memperakui bahawa laporan ini tidak pernah dimajukan
sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk kursus lain sama ada di
Universiti Sains Malaysia atau di institut lain.

............................
HALIM BIN YAAKOB
Tarikh :

viii

KANDUNGAN

Halaman
ABSTRAK .

iii

ABSTRACT

iv

PENGHARGAAN

PENGESAHAN

vi

PERAKUAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH ..................................................................................

xii

SENARAI CARTA ..................................................................................

xiii

SENARAI SINGKATAN.

xiv

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1.2

Latar Belakang Kajian ..

1.3

Pernyataan Masalah ..

1.4

Tujuan dan Skop Kajian 4

1.5

Persoalan Kajian ..

1.6

Kepentingan Kajian

1.7

Batasan Kajian

1.8

Definisi Istilah ...... .............................

1.9

Rumusan

ix

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

10

2.2

Cerpen Sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

10

2.3

Tinjauan penyelidikan lepas

13

2.4

Rumusan Tinjauan Literatur Kajian .....................

16

2.5

Kerangka Konseptual Kajian ...........................................

17

2.6

Kerangka teoritikal penyelidikan

2.7

Rumusan ......................................................................

..........

18
22

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

23

3.2

Reka Bentuk Kajian

23

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

23

3.4

Persampelan ....................

3.5

Instrumen Kajian

26

3.6

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

28

3.7

Kajian Rintis ...............................................................................

3.8

Prosedur Pengumpulan Data

3.9

Analisis Data .

3.10

Rumusan .

24

..
29

..

29
30
33

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN


4.1

Pengenalan

34

4.2

Latar belakang Responden

35

4.3

Analisis Pencapaian Kefahaman Responden dalam Ujian Percubaan


Bahasa Melayu PT3 bahagian KOMSAS ..................................................

35

4.4

4.5

Analisis Dapatan Kajian


4.4.1

Objektif 1

36

4.4.2

Objektif 2

40

4.4.3

Objektif 3

42

4.4.4

Objektif 4

4.4.5

Objektif 5

44

Rumusan

47

44

BAB 5 : KESIMPULAN & CADANGAN

5.1

Pengenalan .

49

5.2

Rumusan Kajian Keseluruhan

49

5.3

Perbincangan Kajian ..

52

5.3.1 Minat Membaca Teks KOMSAS (Cerpen) ..............................

52

5.3.2 Kesesuaian Teks KOMSAS (Cerpen) ..................................


5.3.3 Kerangka Konseptual Kajian ...............................................
5.3.4 Batasan Data Kajian ............................................................

54
55
57

5.4

Cadangan untuk Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS di Sekolah


Berprestasi Rendah .....................................................................
57

5.5

Cadangan untuk Kajian Selanjutnya ..........................................

5.6

Rumusan ..

58
59

RUJUKAN .

60

LAMPIRAN

66

xi

SENARAI JADUAL

Jadual

Halaman

3.1

Jadual 3.1 Analisis Peperiksaan PMR 2013 Dan 2012

24

3.2

Jadual 3.2 : Jadual Penentu Sampel Krejcie dan Morgan

25

3.3

Jadual Item Instrumen Kajian Minat dan Kesesuaian Teks KOMSAS


(Cerpen) Sekolah Menegah Berprestasi Rendah

27

3.4

Data Min mengikut item soal selidik

30

3.5

Interpretasi Skor Min 5 markah

32

3.6

Interpretasi Skor Min 4 markah

32

4.1

Profil Jantina dan Kaum Responden

35

4.2

Respons Minat bagi cerpen Mutiara Bonda mengikut min

36

4.3

Respons Minat bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana


mengikut min

38

Tahap Minat bagi Cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta
Ada di Sana

38

4.5

Min Respons Minat Terangsang bagi Teks Cerpen Mutiara Bonda

39

4.6

Min Respons Minat Terangsang bagi Cerpen Segala yang Tercinta


Ada di Sana

40

4.7

Tahap Kesesuaian bagi Teks Cerpen Mutiara Bonda

42

4.8

Tahap Kesesuaian bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana

43

4.9

Perbezaan Tahap Minat diantara terhadap cerpen Mutiara Bonda dan


Segala yang Tercinta Ada di Sana

44

Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen


Mutiara Bonda

45

4.4

4.10

4.11

Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen


Segala yang Tercinta Ada di Sana
47

xii

SENARAI RAJAH

Rajah

Halaman

3.1

Rajah 1: Kerangka Konseptual LEPO Philips et. al. (2010)

17

3.2

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian

18

xiii

SENARAI CARTA
Carta

Halaman

3.1

Carta Histogram

30

3.2

Carta Bar Dimensi

31

4.1

Carta Kekerapan bagi Item Minat Cerpen Mutiara Bonda

36

4.2

Carta Kekerapan Item Minat Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana

37

4.3

Minat Terangsang Selepas Membaca Cerpen Mutiara Bonda

39

4.4

Minat Terangsang Selepas Membaca Cerpen Segala Yang Tercinta


Ada di Sana

40

4.5

Respons Dimensi Kesesuaian Cerpen Mutiara Bonda mengikut min

41

4.6

Respons Dimensi Kesesuaian Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana


mengikut min

42

Dimensi Pengetahuan latar belakang Responden mengikut Cerpen


Mutiara Bonda

44

Dimensi Pengetahuan latar belakang Responden mengikut Cerpen


Segala yang Tercinta Ada di Sana

46

4.7

4.8

xiv

SENARAI SINGKATAN

BPK

Bahagian Pembangunan Kurikulum

KBSM

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KDPM

Kursus Diploma Perguruan Malaysia

KOMSAS

Komponen Sastera

KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia)

MB

Mutiara Bonda

PMR

Peperiksaan Menegah Rendah

PT3

Pentaksiran Tingkatan 3

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS

Statistical Package for Social Science

SYTADS

Segala Yang Tercinta Ada di Sana

BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan


bahan teks kesusasteraan Melayu bertujuan meningkatkan kemahiran bahasa Melayu
serta minat murid terhadap membaca teks kesusasteraan. Aktiviti pembacaan teks
kesusasteraan KOMSAS oleh murid telah memperkenalkan pelbagai cabaran-cabaran
baru bagi murid. Di antara cabaran-cabaran yang murid perlu menghadapi ialah dari
aspek gaya bahasa dan apresiasi isi kandungan teks kesusasteraan Melayu, bilangan
teks yang wajib dibaca dalam jangka masa yang terhad. Kajian ini bertumpu kepada
persoalan minat membaca teks KOMSAS(cerpen) dan isu berkaitan yakni, kesesuaian
teks cerpen yang wajib di baca oleh murid.
1.2 Latar belakang kajian

KOMSAS ialah akronim bagi perkataan-perkataan komponen dan kesusasteraan


Melayu. KOMSAS ialah komponen mustahak dalam pengajaran dan pembelajaran subjek
Bahasa Melayu. Mohd Azli Bin Muda (2011) telah surih pelaksanaan KOMSAS sebagai
komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah secara
berperingkat. KOMSAS telah mulai dilaksanakan pada Mac 2000 bagi tingkatan satu dan
empat, tahun 2001 untuk tingkatan dua dan lima serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga.
Perlaksanaan KOMSAS ialah satu lanjutan daripada pengajaran yang mengguna
teks sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1984.
Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir (2007), mengutarakan konsep kewajaran pengajaran
dan pembelajaran KOMSAS dari perspektif penggunaan bahan kesusasteraan untuk
pengajaran bahasa. Teks KOMSAS sebagai bahan pengajaran ialah untuk memperkayakan
pengalaman murid dalam aspek bahasa Melayu melalui pendedahan kepada gaya bahasa yang
serat dengan ungkapan puitis. Beliau telah menyatakan,
Apabila diteliti daripada sudut bahasa karya-karya kesusasteraanlah sumber
yang paling ideal kerana keluasan dan kepelbagaian gaya yang sering dilenturkan
untuk menyatakan emosi yang bermacam-macam. Pengarang yang kreatif akan cuba

menggunakan bahasa seluas mungkin meliputi pemilihan ayat, gaya bahasa,


ungkapan-ungkapan khusus, dan meluaskan penggunaan bahasa-bahasa kiasan untuk
mencapai kesan yang mendalam.

Kewajaran pengajaran dan pembelajaran teks KOMSAS dari perspektif kurikulum


dapat di kesan dari penyataan hasil pembelajaran dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Tingkatan Tiga (2002:43). Objektif bilangan 11.0 merujuk kepada Menguasai gaya
bahasa dan laras bahasa dalam karya penulisan kreatif dan bukan kreatif. Objektif kurikulum
berkenaan menunjukkan tujuan pembacaan teks KOMSAS ialah untuk membantu murid
menguasai gaya bahasa dalam penulisan kreatif . Objektif kurikulum ini merupakan sebagai
satu strategi untuk menumpukan pemerhatian murid kepada aspek penggunaan bahasa dalam
konteks dunia penulisan sastera.

Pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (2002:1) dalam Huraian Sukatan Pelajaran


Bahasa Melayu Tingkatan Tiga juga mengharapkan murid dapat memupuk minat membaca
teks Bahasa Melayu hasil daripada aktiviti membaca teks kesusasteraan Bahasa Melayu.
Maka hasil daripada pembacaan teks sastera seperti cerpen, novel dan puisi dapat memupuk
minat terhadap Bahasa Melayu apabila bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid. Maka aktiviti KOMSAS boleh
membantu untuk menimbulkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
Kajian oleh Arif bin Mohamad (2009) mendapati bahawa majoriti responden dalam
kajian beliau mempunyai respons yang positif terhadap penggunaan teks cerpen dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Majoriti murid mempunyai persepsi bahawa teks cerpen yang
digunakan adalah sesuai dan mereka berminat membaca cerpen yang digunakan oleh guru
dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Nur Aini Binti Bidin (2013) dalam kajian beliau juga telah mendapati bahawa majoriti
responden hanya berminat untuk membaca cerpen KOMSAS yang mudah dan menarik
sebagai pertanda kesesuaian penggunaan teks cerpen KOMSAS.
Data kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini binti Bidin (2013)
menunjukkan kepentingan kesesuaian teks cerpen KOMSAS dan minat terhadap pembacaan

teks cerpen KOMSAS sebagai persoalan-persoalan penting dalam kajian pengajaran dan
pembelajaran KOMSAS.
Faktor sikap murid terhadap pengajaran dan pembelajaran KOMSAS adalah penting.
Kajian oleh Mat Asuar Bin Awang (2008 ms.11) telah mengenal pasti sikap bosan murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Mat Asuar Bin Awang (2008) telah
memetik Laporan Pelaksanaan Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu tahun 2001 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Laporan berkenan
mendapati bahawa murid-murid menunjukkan sikap bosan terhadap KOMSAS (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001). Kajian Mat Asuar Bin Awang (2008) menegaskan kepada
faktor kaedah pengajaran sebagi punca sebab murid tidak berminat untuk mempelajari dan
membaca teks KOMSAS. Kajian Mat Asuar Bin Awang (2008) telah membuktikan kegagalan
strategi pengajaran KOMSA yang digunakan oleh guru untuk membentuk minat kepada
pengajaran dan pembelajaran KOMSA sebagai satu masalah pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
Kajian Mat Asuar Bin Awang (2008) dan laporan Pusat Perkembangan Kurikulum,
(2001) menunjukkan adanya masalah minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
KOMSAS. Manakala dapatan kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini binti
Bidin (2013) menunjukkan bahawa murid minat kepada teks yang mudah dan menarik.
Percanggahan di antara dapatan kajian yang di sebut di atas menuntut satu kajian yang baru
dijalankan . Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persoalan kesesuaian teks dari sudut unsurunsur struktural cerpen. Kajian in mengandaikan unsur-unsur struktural cerpen sebagai faktor
kesesuaian teks yang boleh merangsang minat murid untuk membaca teks KOMSAS
(cerpen).

1.3 Pernyataan masalah penyelidikan

Ariff bin Mohamad (2009) telah mengenal pasti bahawa penggunaan teks
kesusasteraan adalah satu keperluan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
sebagai strategi penguasaan bahasa melalui pelbagai bahan. Beliau telah memetik pendapat S.
Nathesan (2002:5) yang menyatakan bahawa salah satu masalah dalam pengajaran bahasa
ialah bahan pengajaran. Ariff bin Mohamad (2009) telah mengenal pasti bahawa kesesuaian
teks adalah satu sifat bahan pengajaran yang penting. Kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009)

telah menunjukkan bahawa 85.5% orang murid daripada sampel kajian mempunyai persepsi
bahawa teks cerpen KOMSAS yang digunakan untuk pembelajaran Bahasa Melayu adalah
sesuai. Di samping itu, 78.2% murid mempunyai persepsi bahawa teks KOMSAS telah
menambah minat mereka untuk membaca dalam Bahasa Melayu.
Manakala kajian oleh Nur Aini binti Bidin (2013) menunjukkan tahap minat pelajar sains
terhadap membaca teks KOMSAS adalah rendah, pada nilai min (1.96).
Tahap motivasi untuk membaca teks cerpen KOMSAS di kalangan murid tingkatan
tiga sekolah berprestasi rendah adalah rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
kesan pembacaan teks cerpen yang sesuai sebagai perangsang minat murid sekolah berprestasi
rendah terhadap teks cerpen KOMSAS. Adalah diandaikan minat membaca teks KONSAS
ialah hasil daripada pembacaan teks cerpen yang sesuai serta berpadanan dengan
pengetahuan latar belakang murid pada teks. Minat murid selepas membaca teks cerpen
KOMSAS yang sesuai serta berpadanan dengan pengetahuan latar belakang murid, akan
merangsang murid untuk terus membaca teks kesusasteraan sebagai satu hasil pembelajaran
dalam domain afektif.

1.4 Tujuan dan skop penyelidikan


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teks Cerpen KOMSAS dalam
menjana minat murid berprestasi rendah terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Satu deskripsi kuantitatif digunakan untuk mengenal pasti tahap minat membaca
murid yang terangsang dan mengenal pasti tahap kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini mengandaikan
bahawa rangsangan minat boleh berlaku jika unsur-unsur struktural teks KOMSAS(cerpen)
yang dibaca oleh murid adalah berpadanan dengan pengetahuan latar belakang murid.
1.4.1 Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengkaji minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selepas
membaca teks KOMSAS (cerpen).
ii.Mengenal pasti tahap kesesuaian cerpen yang bertajuk Mutiara Bonda berdasarkan
unsur-unsur struktural cerpen.

iii. Mengenal pasti tahap kesesuaian cerpen yang bertajuk Segala yang Tercinta Ada di
Sana berdasarkan unsur-unsur struktural cerpen.
iv. Mengenal pasti perbezaan tahap minat membaca murid terhadap cerpen bertajuk Mutiara
Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana.
v. Mengenal pasti tahap pengetahuan latar belakang murid.

1.4.2 Skop kajian


Proses pengajaran dan pembelajaran adalah kompleks kerana peristiwa berkenan
berlaku dalam situasi pelbagai aras dan konteks. Peristiwa ini yang melibatkan peranan guru
dalam proses pengajaran, peranan murid dalam proses pembelajaran dan bahan pengajaran
dan pembelajaran untuk menghasilkan satu bentuk hasil pembelajaran. Aktiviti pengajaran
juga melibatkan proses pentaksiran terhadap hasil pembelajaran yang di hasilkan oleh murid.
Tumpuan analisis penyelidik adalah berdasarkan kerangka teori, yang merangkumi teori
motivasi, Teori Evolusi Kognitif (TEK) telah diperkenalkan oleh Deci dan Ryan pada tahun
1985 dalam Khairuddin Nisa (2011) dan kriteria pemilihan kesesuaian teks oleh pakar-pakar
bahasa dalam negara dan luar negara. Kerangka teori kajian akan digunakan untuk
menghuraikan masalah minat sebagai hasil pembelajaran dalam domain afektif. Minat sebagai
hasil pembelajaran dalam domain afektif adalah bergantung kepada pembacaan teks yang
sesuai.
Kajian ini tidak memberi tumpuan kepada aspek strategi pengajaran guru, tetapi
tumpuan diberi kepada teks sebagai bahan bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan kajian ini di sokong oleh pendapat Marohaini Yusoff (2000) dalam Ariff bin
Mohamad (2009) yang menyatakan bahawa kejayaan penggunaan strategi bergantung pada
pemilihan teks di dalam kelas. Maka bahan pengajaran dan pembelajaran sebagai faktor
utama yang membantu kejayaan strategi pengajaran guru diberi tumpuan.

1.5 Persoalan kajian


Pengumpulan data kajian ialah berdasarkan persoalan-persoalan kajian seperti berikut:

i. Apakah tahap minat murid selepas membaca teks KOMSAS (cerpen) dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu ?
ii. Apakah tahap kesesuaian cerpen yang bertajuk Mutiara Bonda berdasarkan unsur-unsur
struktural cerpen?
iii. Apakah tahap kesesuaian cerpen yang bertajuk Segala yang Tercinta Ada di Sana
berdasarkan unsur-unsur struktural cerpen?
iv. Apakah perbezaan tahap minat murid terhadap cerpen bertajuk Mutiara Bonda dan
Segala yang Tercinta Ada di Sana?.
v. Apakah tahap pengetahuan latar belakang murid?

1.6 Kepentingan kajian

Data mengenai kesesuaian penggunaan cerpen KOMSAS dalam pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu dari kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini binti
Bidin (2013) menunjukkan bahawa murid berminat untuk membaca genre teks kesusasteraan
seperti cerpen yang mudah dan menarik.
Kajian oleh Nur Aini binti Bidin (2013) tertumpu kepada murid tingkatan empat
sekolah asrama penuh aliran sains manakala kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) tertumpu
kepada murid dalam aliran sastera dan aliran sains dari sekolah-sekolah kawasan Kuantan.
Kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) tidak mengenal pasti tahap keupayaan kognitif atau
keupayaan akademik murid. Penyelidik membuat andaian bahawa murid-murid yang terpilih
dari sekolah-sekolah kawasan Kuantan adalah pada tahap sederhana pada keseluruhannya,
kerana responden-responden kajian tersebut adalah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 6.
Tumpuan kajian yang dijalankan ialah pada murid tingkatan tiga sekolah berprestasi rendah.
Data yang dikumpulkan dapat mengenal pasti keperluan murid tingkatan tiga sekolah
berprestasi rendah untuk pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Keperluan murid akan
bertumpu kepada pengetahuan latar belakang murid yang merangkumi aspek-aspek bahasa
dan pengalaman peribadi mengenai masyarakat dan kehidupan. Data yang terkumpul dapat
membantu guru mengadaptasikan bahan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS untuk
menghasilkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan kepada pelajar.

1.7 Batasan Kajian


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teks Cerpen KOMSAS dalam
menjana minat murid berprestasi rendah terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Satu deskripsi kuantitatif digunakan untuk mengenal pasti tahap minat membaca
murid yang terangsang dan mengenal pasti kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
1.7.1 Batasan Instrumen Kajian
Soal selidik ini di bina berdasarkan pengubahsuaian pada instrumen-intrumen kajian oleh
Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini binti Bidin (2013). Kajian ini tidak menggunakan
instrumen kajian yang di bina oleh pakar penyelidikan pendidikan.
1.7.2 Batasan Kaedah Pensampelan
Jumlah murid yang terlibat adalah, tidak mematuhi Jadual Penentu Sampel Krejcie dan
Morgan yang memerlukan jumlah sampel sebanyak 127 responden bagi populasi
198 orang murid.
1.7.3 Batasan Kaedah Menginterpretasikan Data
Statistik deskripsi mengikut Mok Soon Sang(2010) hanya untuk melaporkan apa data
yang diperoleh. Data kajian hanya menunjukkan bahawa rangsangan telah berlaku, Kajian
ini menggunakan kata kunci selepas tamat membaca dalam item Saya berminat untuk
membaca cerpen yang lain-lain selepas tamat membaca cerpen Mutiara Bonda. sebagai
pertanda rangsangan telah berlaku.
Statistik inferential seperti Ujian Hipotesis atau Analysis of Variance (ANOVA) tidak di
gunakan untuk pembuktian hubungan sebab dan musabab di antara terangsang nya minat dan
aktiviti membaca.
Definisi istilah
1.8.1 Kesesuaian
Kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu mentakrifkan kesesuaian sebagai keadaan
yang sesuai. Mahzan Arshad,( 2003) dalam Ariff Mohamad (2009) telah menerangkan
kesesuaian teks kesusasteraan sebagai bahan yang sesuai dengan perkembangan usia pelajar,

bahan yang dapat menarik pelajar supaya terus membaca dan bahan yang sesuai dengan latar
belakang pelajar. Penggunaan istilah kesesuaian dalam kajian ini merujuk kepada unsurunsur struktural teks cerpen yang sesuai dengan umur murid dan latar belakang pelajar
sehingga dapat menarik minat supaya terus membaca . Unsur-unsur struktural teks cerpen
yang diberi tumpuan adalah gaya bahasa, perjalanan cerita, tema, persoalan masyarakat dan
realiti kehidupan.
1.8.2 Minat
Kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu mentakrifkan minat sebagai keinginan yang
kuat. Natha Kosasi (2012) telah merujuk kepada definisi Faridah Rahim yang menyatakan
minat baca adalah keinginan yang kuat disertai usaha-usaha seseorang untuk
membaca. Seseorang yang mempunyai minat membaca yang kuat akan diwujudkan
dalam kesediaannya untuk mendapat bahan bacaan dan kemudian membacanya atas
kesedarannya sendiri
Farida Rahim (2008: 28),
Kajian ini merujuk istilah minat sebagai satu keadaan psikologi murid yang
mempunyai keinginan kuat untuk membaca sebagai satu dorongan sedia ada pada murid atau
kesan selepas membaca teks KOMSAS yang wajib untuk terus membaca karya-karya dalam
Bahasa Melayu.
1.8.3 Pembacaan Estetik
Pembacaan Estetik dalam konteks pengajaran dan pembelajaran KOMSAS, ialah
bacaan kefahaman terhadap teks kesusasteraan Melayu yang tertumpu kepada keindahan
bahasa yang di olah oleh pengarang untuk memberi rasa keindahan atau keseronokan terhadap
gambaran kehidupan masyarakat Melayu serta diperkukuhkan dengan pengajaran nilai murni.
Definisi pembacaan estetik ialah berdasarkan definisi estetik oleh Mana Sikana (2009) dan
konsep estetika sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (2000). Estetik, mengikut Mana
Sikana (2009) ialah rasa keindahan, keseronokan, kegembiraan yang ... terpahat dalam
pemikiran. Teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (2000) dalam Mana
Sikana(2009) mengkonsepsikan estetika sastera Melayu sebagi sastera yang menghadirkan
kehidupan dari pengalaman dan dikaryakan dengan bahasa yang cantik dan mengandung
pengajaran.

1.9 Rumusan
Dalam tinjauan kajian pengajaran dan pembelajaran KOMSAS, majoriti kajian
bertumpu kepada masalah minat murid tertumpu kepada persoalan pedagogi sebagai punca
murid tidak minat kepada pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Kajian ini bertujuan untuk
mengkaji masalah minat murid dan hubungannya dengan kesesuaian teks yang di baca oleh
murid.

10

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Tinjauan literatur kajian ini menumpukan kepada persoalan kajian yang merangkumi
penggunaan cerpen sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Huraian
fungsi cerpen sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan di bincang
dalam konteks kesesuaian teks dari segi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
berdasarkan kajian yang telah di jalankan. Penyelidik juga akan menegaskan perbezaan fungsi
teks KOMSAS sebagai bahan pengajaran dari segi instruksi dan sebagai bahan bacaan. Teks
KOMSAS sebagai bahan instruksi yang lebih melibatkan dengan peranan guru. Manakala
teks KOMSAS sebagi bahan bacaan murid lebih berpusat kepada interaksi murid dengan teks.
Dalam tinjauan kajian lepas, penyelidik akan meninjau kajian-kajian dari segi
persoalan minat murid terhadap teks KOMSAS (Cerpen) dan kaedah yang di gunakan untuk
memperoleh dapatan kajian-kajian berkenaan.
2.2 Cerpen Sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Peranan cerpen sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat di
kenal pasti daripada pernyataan objektif pemelajaran KOMSAS.

Sepri Ismail (2013) telah

merujuk kepada kertas kerja Pengajaran Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa
Melayu di Sekolah Menengah: Konsep dan Batas Pengajaran oleh

Zahirah Aziz dan

Kamaruzaman Abdullah (2001:l-2) yang menyatakan bahawa terdapat enam objektif


pemelajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah, iaitu:

(a) Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera seperti novel,
cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional.
(b)

Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan
perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai murni dan pengajaran.

(c)

Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran


bertutur, membaca dan menulis.

(d)

Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang

11

Sasterawan Negara.
(e)

Mendapat nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.

(f)

Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti dapat melahirkan novel, cerpen,

sajak, dan drama yang bermutu tinggi yang boleh dibanggakan.


(Zahirah Aziz dan Kamarulzaman Abdullah, 2001 :2)
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran genre cerpen,objektif pertama KOMSAS
merujuk kepada peranan penggunaan teks cerpen dalam KOMSAS untuk peningkatan minat
dan kemahiran membaca. Murid dijangka dapat mengenal struktur teks cerpen dalam aspekaspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan
dan nilai murni. Keberkesanan pengajaran dan pemelajaran KOMSAS bergantung kepada
kesesuaian teks kesusasteraan yang mempunyai keselarasan dengan kompetensi bahasa,
kemahiran membaca dan kemahiran berfikir murid. Kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009)
dan Nur Aini Binti Bidin (2013) telah menunjukkan kepentingan faktor kesesuaian teks
cerpen untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Penggunaan cerpen dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS mempunyai fungsi


selain daripada pembentukan minat dan menyemai nilai-nilai murni. Teks kesusasteraan
Melayu bagai bahan pengajaran yang asli, yang kaya dengan maksud tersurat dan tersirat.
Sehubungan dengan itu,penggunaan cerpen juga dapat mempertingkatkan kemahiran menulis.

Nur Aini Binti Bidin (2013) telah memetik berapa pendapat, pertama, Marohaini
Yusof (2001), menyatakan bahawa penggunaan bahan sastera mampu membekalkan murid
bahan yang mudah difahami, mesej yang menarik dan asli untuk tujuan bahasa. Kedua, Yahya
Othman (2009) berpendapat maksud teks yang tersurat dan tersirat di dalam teks cerpen boleh
membantu murid untuk menguasai Bahasa Melayu dan secara tidak langsung dapat
mengapresiasi dalam kehidupan seharian. Abdul Rasid Jamian et. al, (2013) menegaskan
bahawa penggunaan cerpen memberi kesan yang positif kepada murid-murid khususnya
dalam aspek prestasi karangan keseluruhan dan aspek pengembangan isi karangan..
Teks KOMSAS,(cerpen), sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
mesti mempunyai ciri-ciri kesesuaian supaya murid dapat membaca teks

yang

menarik.Mahzan Arshad, (2003:160) dalam Ariff bin Mohamad (2009) telah mengenal pasti
faktor-faktor kesesuaian dari segi usia murid, bahan yang menarik yakni isi cerita dan latar
belakang murid. Faktor-faktor tersebut adalah penting untuk proses kefahaman teks

12

kesusasteraan yang memerlukan daya fikir yang tinggi serta pengetahuan mengenai persoalan
kemasyarakatan dan kehidupan. Manakala Siti Ainun Bt Ab Razak (2000).dalam dalam Ariff
bin Mohamad (2009:37) , telah melihat isu kesesuaian dari perspektif objektif pengajaran,
bahasa pelajar, psikologi pelajar dan latar belakang bahan. Orientasi kognitif bagi
memperjelaskan konsep kesesuaian teks kesusasteraan oleh Siti Ainun Bt Ab Razak (2000),
menujukan bahawa gaya penceritaan yang melibatkan struktur cerpen seperti tema,plot atau
sudut pandangan penceritaan perlu sesuai dengan tahap pemikiran, kompetensi bahasa dan
pengalaman murid untuk mencapai objektif kurikulum bahasa Melayu.
Huraian konsep kesesuaian teks kesusasteraan oleh Mahzan Arshad, (2003:160) dan
Ainun Bt Ab Razak (2000).dalam dalam Ariff bin Mohamad (2009) menunjukkan bahawa
untuk mencapai objektif kurikulum supaya murid minat membaca teks kesusasteraan, teks
cerpen perlu mempunyai laras dan gaya bahasa yang selaras dengan tahap kemahiran
kefahaman murid. Di samping itu tema dan isu kemasyarakatan dan kehidupan berbentuk
mudah untuk difahami oleh murid.
Konsep kesesuaian teks menunjukkan adanya hubungan di antara pembaca dengan
teks. Pernyataan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Bahagian Pembangunan
Kurikulum 2002:40) bagi bidang Estetika, Objektif bilangan 10.0 dinyatakan sebagi
Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera. Kemahiran memberi
respons peribadi adalah satu kemahiran yang memerlukan penggunaan kemahiran berfikir
pelahiran emosi, serta murid dapat membuat apresiasi dan penghayatan terhadap karya
sastera. Murid perlu melakukan tugasan memberi respons dalam aktiviti-aktiviti seperti
penceritaan semula sesebuah karya sastera, mengenal pasti perkara yang menarik dalam karya
sastera, ciri, tema dan persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran. Aktiviti memberi
respons peribadi memerlukan murid membuat satu hubungan diantara pengetahuan latar
belakang murid dengan teks yang dibaca.
Dalam tinjauan kajian-kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran KOMSAS yang
terhad oleh penyelidik, kajian oleh Mohamed Kassim bin Abdul Latiff (1999), Mat Asuar bin
Awang (2008), Ariff bin Mohamed (2009) memberi penegasan kepada kepentingan kaedah
mengajar untuk menghasilkan minat membaca teks kesusasteraan. Sehubungan itu,
Durokhman Mohd Basri (2008) dalam Subadrah_Nair dan Rajeswari Arumugam (2006)
telah mengenal pasti model utama pengajaran KOMSAS bertumpu kepada perbincangan yang
diketuai oleh guru dan pemberian nota.

13

Kajian oleh Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) telah memberi tumpuan
kepada proses pembacaan oleh murid melalui pendekatan teori skema yang berpusatkan
aktiviti pengetahuan latar belakang murid. Kajian ini telah menggunakan kaedah mengajar
untuk membantu murid mengaktifkan pengetahuan latar belakang yang diperlukan untuk
kefahaman cerpen yang berkesan.
Kajian oleh Subadrah dan Rajeswari (2006) adalah satu kajian yang signifikan kepada
tujuan kajian yang akan dijalankan kerana kajian berkenaan telah menunjukkan kepentingan
pengetahuan latar belakang murid untuk menghasilkan kefahaman yang berkesan.
Manakala kajian oleh Sri Indrawati dan Sri Utami (2008) telah mendapati bahawa aktiviti
pemetaan skema formal dan isi kandungan teks sastera telah meningkatkan tahap kefahaman
teks sastera. Kajian beliau juga telah menunjukkan adanya hubungan pengetahuan skema dan
kefahaman teks sastera hasil daripada interaksi teks dan pembaca semasa proses pembacaan.

2.3 Tinjauan penyelidikan lepas


2.3.1 Tinjauan kajian lepas tentang minat murid dalam Pengajaran dan
Pembelajaran KOMSAS
Kajian oleh Mohd Rasdi bin Saamah ( 2002) yang bertajuk, Pelaksanaan KOMSAS dalam
pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah:Satu Tinjauan. Dalam tinjauan ini beliau telah
mengkaji persepsi guru terhadap minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
KOMSAS sebagai salah satu daripada objektif kajian beliau. Dapatan kajian beliau
menunjukkan bahawa 90.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka
hanya berminat kepada genre tertentu sahaja dalam KOMSAS. Manakala 90.0% atau 27
orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka berminat kerana KOMSAS termasuk
dalam peperiksaan Kertas 2 Bahasa Melayu. Selain itu 22 orang atau 73.3% daripada mereka
bersetuju bahawa pelajar-pelajar yang mereka ajar tidak berminat kepada KOMSAS. Bagi
item yang menyatakan KOMSAS membosankan,
seramai 17 orang (56.6%) guru bersetuju dengan pernyataan tersebut berdasarkan
pengalaman mereka di kelas masing-masing.
Kajian eksperimental oleh Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam(2006) telah
membuktikan kepentingan peranan skema untuk membantu kejayaan pembacaan cerpen .

14

Dapatan kajian menunjukkan bagi soalan tentang gaya bahasa peningkatan min Kumpulan
Eksperimen lebih tinggi dan signifikan daripada Kumpulan Kawalan. Ini menunjukkan
pengajaran skema gaya bahasa secara terancang dengan menggunakan model skema dapat
membantu pelajar menjawab soalan gaya bahasa dengan baik. Manakala dalam aspek
peningkatan minat murid, dapatan kajian terdapat perbezaan
yang signifikan dari segi minat subjek Kumpulan Eksperimen terhadap pembelajaran cerpen
sebelum dalam selepas pengajaran dengan menggunakan model skema. Peningkatan min ialah
berjumlah 17.34, satu tahap yang signifikan.
Kejayaan kajian Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam(2006) menunjukkan
kepentingan peranan skema sebagai pengetahuan latar belakang murid untuk menghasilkan
kefahaman yang berkesan. Kedua-dua kajian oleh Mohd Rasdi bin Saamah (2002 ) dan
Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) menunjukkan peranan motivasi ekstrinsik
dalam merangsang minat murid dalam pembelajaran KOMSAS. Murid dalam kajian Mohd
Rasdi bin Saamah (2002 ) di dorong oleh faktor pencapaian peperiksaan SPM, manakala
murid dalam kajian Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) di dorong oleh
pencapaian pada akhir pelajaran.
Kajian ini pula bertumpu kepada kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) sebagai
perangsang intrinsik kepada penjanaan minat. Andaian kajian ialah bahawa rasa seronok
dalam pengalaman pembacaan estetik merupakan satu motivasi intrinsik kerana ia tidak di
dorong oleh keinginan pencapaian akademik atau ganjaran luar yang lain.

2.3.2 Tinjauan kajian lepas tentang Kesesuaian Teks KOMSAS (Cerpen)


Kajian oleh Lee Kim Hong ( 2005) yang bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran
Sastera dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Cina KDPM mendapati bahawa unsur-unsur
struktural teks kesusasteraan Cina telah dikenal pasti oleh subjek kajian beliau sebagai dasar
ciri-ciri kesesuaian teks kesusasteraan. Lee Kim Hong (2005 ) telah memetik pendapat Jeniri
(1988), yang menyarankan tema, persoalan, bahasa, struktur dan ilustrasi sebagai kriteria
pemilihan bahan sastera yang sesuai. Lee Kim Hong (2005 ) juga melaporkan bahawa dapatan
kajian beliau ialah sepadan dengan cadangan Najendran (2000), yang menyatakan bahawa
pemilihan teks sastera yang berkaitan dengan kehidupan pelajar merupakan satu perkara yang
perlu diberi perhatian supaya teks sastera membawa makna kepada pelajar. Kajian Lee Kim

15

Hong ( 2005) telah menyatakan bahawa teks yang sesuai dengan keperluan kognitif ,
pengalaman peribadi dan bahasa pelajar boleh membantu keberkesanan pengajaran yang
berpusatkan pelajar.
Kajian Ariff bin Mohamad (2009) bertumpu kepada kesesuaian teks KOMSAS
(cerpen) dari aspek-aspek isi kandungan yang mudah difahami dan menarik, menepati cita
rasa murid,mencabar pemikiran murid dan nilai-nilai murni. Manakala kajian oleh Nur Aini
Binti Bidin (2013) memberi tumpuan kepada mesej mudah, menarik dan sesuai kepada
murid. Kedua-dua kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini Binti Bidin (2013)
hanya memberi tumpuan kepada persoalan kesesuaian berdasarkan ciri-ciri kandungan yang
mudah dan menarik, satu konsep kesesuaian yang umum. Pendekatan penyelidikan kedua
mereka merupakan satu analisis kepada fungsi teks KOMSAS (cerpen) sebagai bahan
pengajaran dan mereka tidak memperincikan konsep kesesuaian.
Kajian ini menumpukan kepada persoalan kesesuaian dari aspek struktural cerpen
sebagai ciri-ciri kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) untuk aktiviti bacaan murid.

2.3.3 Tinjauan kaedah penyelidikan dalam kajian kesesuaian teks KOMSAS


(Cerpen)
Kedua-dua kajian oleh Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini Binti Bidin (2013)
menggunakan kaedah soal selidik. Pendekatan mereka memberi kesan kepada reka bentuk
soal selidik dengan menggunakan soalan-soalan umum.
Soalan-soalan dalam kajian Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini Binti Bidin (2013)
menggunakan kata kunci seperti Mesejnya menarik, Mudah difahami,Isi cerita bersesuaian,
Kandungan cerita membosankan, Sukar difahami,Cerita tidak bersesuaian, dan Cita rasa. Satu
kelemahan ialah soalan dalam kajian berkenaan ialah perkataan bersesuaian merupakan
bentuk soalan pimpinan dan mempengaruhi responden untuk melakukan bias dalam respons
mereka.
Manakala kajian oleh Lee Kim Hong ( 2005) menggunakan pendekatan kualitatif dan
berbentuk kajian kes yang menggunakan kaedah temu bual berstruktur. Kelebihan pendekatan

16

kualitatif ialah persoalan kajian dapat dikaji pada peringkat yang mendalam. Hasil daripada
kaedah temubual oleh Lee Kim Hong ( 2005), telah dapat mengenal pasti fungsi struktural
teks kesusasteraan sebagai faktor penting dalam persoalan kesesuaian teks kesusasteraan.
Tema soalan temu bual Lee Kim Hong (2005) mengikut tema persoalan kajian ialah:
7.1 Persepsi Responden Terhadap Sastera Dalam Sukatan Pelajaran PC

2.4 Rumusan Tinjauan Literatur Kajian


Tinjauan Literatur kajian ini mendapati bahawa dalam persoalan motivasi dan
kaitannya dengan minat membaca teks kesusasteraan bertumpu kepada pengaruh pengajaran
dan pencapaian akademik sebagai motivasi ekstrinsik. Tiada kajian yang memberi tumpuan
kepada pengalaman pembacaan estetika secara terperinci. Walau pun bidang KOMSAS bukan
merupakan satu kajian kesusasteraan yang khusus, dalam proses membaca murid akan
menghadapi gaya bahasa kesusasteraan yang kaya dengan metafora, simile,personifikasi dan
hiperbola. Objektif kefahaman kepada unsur penulisan kreatif memerlukan murid membuat
kaitan dengan pengalaman peribadi mengenai persoalan hidup dan masyarakat. Kajian
pembacaan teks KOMSAS (cerpen) perlu dikaji dalam konteks padanan di antara pengalaman
murid sebagai pembacaan estetika dengan teks. Pembacaan estetika memerlukan
pengetahuan latar dari segi bahasa dan dunia luar untuk menghasilkan kefahaman yang
berkesan justeru itu menjana minat murid untuk membaca teks KOMSAS..
Persoalan kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) juga perlu dikaji dari aspek struktural
cerpen dan kompetensi murid dalam aspek bahasa. Kajian pengajaran teks KOMSAS (cerpen)
oleh Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) telah menunjukkan bahawa skema
sebagai pengetahuan latar belakang boleh membantu murid memahami maksud gaya bahasa
secara berkesan. Kajian mengenai kesesuaian teks Ariff bin Mohamad (2009) dan Nur Aini
Binti Bidin (2013) bertumpu kepada aspek psikologi, seperti unsur-unsur bosan, menarik dan
cita rasa murid kepada teks. Kesesuaian teks dalam kajian ini dikaji dari perspektif teori
kognitif skema yang memberi tumpuan kepada skema pengetahuan latar belakang murid.

17

2.5 Kerangka Konseptual Kajian

Kajian ini menggunakan kerangka konseptual LEPO (Learning Environment, Process,


Outcomes) oleh Philips et. al (2010) ialah satu alat analitikal untuk menggambarkan
organisasi idea-idea kajian untuk mencapai tujuan kajian. Merujuk kepada Rajah 1, pada
peringkat tertinggi ialah persekitaran pembelajaran yang membantu proses pembelajaran.
Kemudian daripada itu, bersambungan kepada hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran pula
akan menentukan persekitaran pembelajaran.

Rajah 1: Kerangka Konseptual LEPO Philips et. al. (2010)

Kerangka LEPO digunakan, mengikut Philips et. al (2010), ialah untuk analisis proses
pembelajaran. Penggunaan kerangka ini dapat memetakan tumpuan kajian terhadap tugasan
membaca murid dan menulis ulasan sebagai proses pembelajaran. Kerangka LEPO membantu
penyelidik mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat. Merujuk kepada Rajah 2, peristiwa
yang di kaji ialah tahap kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) yang digunakan untuk bacaan
murid sekolah berprestasi rendah. Tumpuan hasil pembelajaran ialah minat yang terangsang
yang terhasil daripada pembacaan teks KOMSAS (cerpen) yang sesuai.

18

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian

Komponen kerangka konseptual kajian dalam konteks pengajaran dan pembelajaran


KOMSAS(cerpen) ialah murid, teks, proses pembacaan dan minat. Kesesuaian teks
KOMSAS (cerpen) merupakan berpadanan di antara teks dengan pengetahuan latar belakang
murid. Kerangka teoritikal akan menghuraikan kerangka konseptual kajian ini.

2.6 Kerangka teoritikal penyelidikan


Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pembentukan minat membaca teks
KOMSAS (cerpen) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Teks KOMSAS
(cerpen) yang sesuai merupakan satu rangsangan intrinsik kepada pembentukan minat
membaca dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Interpretasi data kuantitatif
kajian ini dipandu oleh teori-teori motivasi. Di samping itu, teori kesesuaian teks sebagai satu
konsep yang berdasarkan kriteria pemilihan teks sebagai bahan pengajaran juga dirujuk.

2.6.1 Teori Motivasi Intrinsik


McCullagh( 2005) dalam Khairuddin bin Nisa(2011) menyatakan motivasi bermaksud
kesungguhan dan ke arah untuk mencapai usaha-usaha, di mana kesungguhan merujuk kepada
kuantiti usaha-usaha yang dibuat, manakala ke arah untuk mencapai merujuk kepada apa yang

19

akan anda kehendaki. Terdapat dua jenis motivasi utama iaitu motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik.
Motivasi intrinsik bermaksud melakukan sesuatu aktiviti kerana, bukan disebabkan oleh
faktor-faktor luaran yang lain. Apabila seseorang itu telah didorong oleh motivasi intrinsik,
mereka akan melakukan sesuatu perkara kerana rasa gembira, minat dan kepuasan dan bukan
disebabkan oleh faktor luaran seperti tekanan dan ganjaran (Ryan &Deci, 2000) dalam
Khairuddin bin Nisa(2011).
Definisi bagi motivasi ekstrinsik pula sangat berlawanan dengan maksud motivasi
intrinsik. Motivasi ekstrinsik bermaksud seseorang melakukan sesuatu bukan disebabkan oleh
faktor-faktor dalaman individu seperti rasa gembira, minat dan kepuasan tetapi
melakukannya disebabkan oleh faktor luaran seperti tekanan daripada pihak lain atau
disebabkan kerana inginkan ganjaran. Contohnya pelajar sekolah menyiapkan kerja rumah
bukan disebabkan oleh minat terhadap pelajaran tersebut, tetapi disebabkan oleh rasa takut
terhadap hukuman yang akan diberikan oleh ibu bapa mereka jika tidak menyiapkan kerja
rumah itu (Ryan & Deci, 2000) dalam Khairuddin bin Nisa(2011).
Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) dalam kajian mereka mengenai
pengajaran dan pembelajaran KOMSAS (cerpen) telah membuktikan apabila skema latar
belakang murid dapat diaktifkan, peningkatan kefahaman akan berlaku, serta minat murid
terhadap pembacaan cerpen juga telah meningkat.
Berikut adalah pandangan-pandangan ahli teori skema mengenai aspek kefahaman
teks kesusasteraan dan peranan skema latar belakang yang membantu kefahaman teks yang di
petik dalam kajian Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam (2006) .
Izzah Abdul Aziz (2000) menjelaskan dalam pembelajaran KOMSAS pelajar harus
memahami teks yang dibacanya dan seterusnya dapat menilai dan mengkritik karya tersebut.
Ini adalah kerana lazimnya dalam sesuatu teks, pengarang mengutarakan mesej yang ingin
disampaikannya secara tersirat iaitu melalui tema dan persoalan, gambaran perwatakan, latar
masyarakat dan bahasa yang digunakannya. Kenyataan tersebut disokong oleh Lazar (1993)
yang menegaskan pelajar perlu membuat interpretasi untuk memahami urutan plot, watak dan
perwatakan, perbendaharaan kata dan seterusnya persoalan-persoalan yang ingin diutarakan
oleh pengarang.
Pengkaji teori skema antaranya Driscoll (1994), Rumelhart (1977), Spiro (1980),
Chiang dan Dunkel (1992), Anderson (2000) dan Brynes (2001) menjelaskan skema atau
pengetahuan latar membantu pelajar dalam proses kefahaman bacaan. Skema ialah

20

pengetahuan yang dibina dalam struktur kognitif seseorang. Seseorang pembaca menghubung
kaitkan maklumat yang dibacanya dengan skema yang relevan yang terdapat dalam struktur
kognitifnya untuk memahami maksud penulis.
Huraian teori skema mengenai kefahaman seperti di atas menunjukkan bahawa jika
murid dalam kajian ini dapat menggiatkan pengetahuan latar belakang yang berkaitan dengan
struktur cerpen, kefahaman akan terbentuk dan disertakan dengan pencetusan perasaan minat.

Kerangka kajian ini menggabungkan teori motivasi Ryan & Deci, (2000) dengan teori
skema. untuk menjelaskan peristiwa rangsangan oleh teks yang sesuai untuk murid dan
pencetusan minat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran KOMSAS,bacaan teks cerpen
merupakan pembacaan estetika yang mempunyai rangsangan berbentuk rasa suka,gembira,
minat dan kepuasan kerana pembaca dapat membina makna teks yang dibaca. Pembaca
berjaya dalam pembinaan makna teks setelah mengaitkan pengetahuan latar belakang
pembaca degan teks sebagai satu interaksi di antara pembaca dan teks. Pengalaman bacaan
estetik akan menghasilkan rasa suka atau seronok dan minat serta mencetuskan keinginan
meneruskan pembacaan teks sedia ada atau membaca teks-teks yang lain .

2.6.2 Teori Kesesuaian teks.


Marohaini Yusoff (2000) dalam Ariff bin Mohamad (2009) menyatakan bahawa
kejayaan penggunaan strategi bergantung pada pemilihan teks di dalam kelas. Dalam hal ini,
faktor murid iaitu kemampuannya dari segi bahasa, umur, dan minat merupakan rujukan
utama.
Pertimbangan terhadap penggunaan perkataan, sintaksis dan gaya bahasa adalah
penting supaya pelajar dapat menerima teks tersebut dan dengan itu pelajar akan dapat
memahami dan menikmati apa-apa yang dibaca. Demikian juga halnya dengan faktor tema
dan perkaitannya dengan tahap umur dan perkembangan diri pelajar dari segi emosi dan
mental.
Menurut Awang Sariyan (2004:249), dalam Ariff bin Mohmad (2009) keragaman latar
belakang pelajar senantiasa menjadi sebab timbulnya kesulitan menentukan asas pemilihan
teks sastera yang sesuai dalam pengajaran bahasa. Beliau mengenal pasti tiga kriteria utama
yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan teks sastera dalam pengajaran bahasa seperti
berikut:

21

i.Latar belakang budaya pelajar iaitu persepsi mereka tentang


kemasyarakatan, politik dan ekonomi banyak menentukan pemahaman
mereka tentang teks.
ii.Keterampilan linguistik pelajar iaitu dari segi tahap penguasaan bahasa
pelajar. Guru perlu memilih teks sastera dalam pengajaran bahasa dengan
berasaskan prinsip 'bermula dengan yang lebih lazim' pada sebilangan
besar pelajar.
iii. Latar belakang sastera pelajar iaitu pengalaman menghayati karya sastera
dan sudah mempunyai kesediaan menerima karya sastera sebagai bahan
pelajaran bahasa
Pandangan yang di kemukakan oleh Awang Sariyan (2004:249), dalam Ariff bin Mohmad
(2009) yang menegaskan kepentingan pengetahuan latar belakang ialah pandangan ynang
merujuk kepada skema isi kandungan mengikut Carrell et. al. (1992) dalam Sri Indrawati
dan Sri Utami (2008). Lee Kim Hong ( 2005), telah mengenal pasti fungsi struktural teks
kesusasteraan sebagai faktor penting dalam persoalan kesesuaian teks kesusasteraan.
Mengikut Carrell et. al. (1992) dalam Sri Indrawati dan Sri Utami (2008) struktural teks
merupakan skema formal mengenai organisasi teks. Setiap teks mengikut genre mempunyai
ciri-ciri struktur yang khusus. Jeniri (1988) dalam Lee Kim Hong ( 2005), berpendapat
bahawa kriteria pemilihan bahan sastera yang sesuai perlu fokus kepada unsur-unsur struktur
teks seperti tema, persoalan, bahasa, struktur dan ilustrasi sebagai.
Konsep kesesuaian teks kajian ini merupakan satu konstruk berdasarkan teori skema.
Dimensi kesesuaian soal selidik akan fokus kepada aspek skema formal, unsur-unsur
struktural. Tahap kesesuaian teks di ukur pada dua peringkat. Peringkat kesesuaian pertama
ialah berdasarkan ciri-ciri struktural teks sebagai satu konstruk berasaskan teks . Peringkat
kesesuaian teks kedua ialah mengikut fungsi membaca, di mana skema formal akan di
padankan dengan dimensi pengetahuan latar belakang murid sebagai skema isi kandungan
untuk mengenal pasti tahap kesesuaian untuk aktiviti kefahaman. Kajian ini mengandaikan
dari segi fungsi membaca, bahawa tahap kesesuaian teks cerpen dapat dibuktikan berdasarkan
padanan diantara skema formal dan skema isi kandungan.

22

2.7 Rumusan
Penyelidik mereka bentuk kajian ini berdasarkan pendapat-pendapat yang di petik
untuk membina satu soal selidik. Soal selidik yang dibina ialah untuk mengenal pasti tahap
kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) dari segi struktural teks. Kesesuaian dari segi fungsi
membaca pula, mengukur kesesuaian teks berdasarkan padanan di antara aspek struktural teks
dan pengetahuan latar belakang murid dalam penjanaan minat pembaca terhadap teks
KOMSAS (cerpen).

23

Bab 3

Methodologi Kajian

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan menghuraikan secara terperinci mengenai metodologi
kajian yang menggunakan kaedah tinjauan kuantitatif untuk pengumpulan data kajian. Di
samping itu, bahagian-bahagian metodologi yang akan dihuraikan merangkumi reka bentuk
kajian, populasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan alat
kajian,kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif untuk hasilkan satu dapatan kajian
deskriptif mengenai persepsi murid terhadap tahap minat membaca teks KOMSA (cerpen)
dan tahap kesesuaian teks. Kaedah tinjauan di gunakan untuk pengumpulan data skala dengan
menggunakan kaedah soal selidik. Morrison (1993) dalam Mok Soon Sang (2010)
berpendapat bahawa soal sedidik dapat mewakili populasi sebenar. Sehubungan dengan
konteks kajian ini, data soal selidik dapat mencapai tujuan kajian untuk mengkaji tahap minat
membaca teks KOMSAS (cerpen) murid sekolah berprestasi rendah.
Morrison(1993) dalam Mok Soon Sang (2010) juga mengenal pasti fungsi penggunaan soal
selidik dalam pembentukan generalisasi pola respons responden. Data deskriptif kajian ini
mengenal pasti tiga pola utama respons responden. Pola pertama ialah tahap minat membaca
teks KOMSA (cerpen) dan pola kedua ialah tahap kesesuaian teks. Pola ketiga kajian ini ialah
tahap penggunaan pengetahuan latar belakang murid dalam pembacaan teks KOMSAS
(cerpen).

3.3 Populasi dan Sampel Kajian


Populasi kajian ini terletak di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Paya, Lunas, Kedah.
Sekolah ini di pilih berdasarkan status akademik, ia merupakan sebuah sekolah berprestasi

24

rendah. Peratus Keseluruhan PMR sebanyak 51.78% dan Gred Purata Sekolah sebanyak 3.32
mengikut klasifikasi Kementerian Pelajaran Malaysia, mengkategorikan sekolah ini sebagai
berprestasi rendah. Data pencapaian peperiksaan PMR tahun 2012 -2013 bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, peratus keseluruhan PMR dan Gred Purata Sekolah untuk PMR dapat
dirujuk pada Jadual 3.1
Jadual 3.1 Analisis Peperiksaan PMR 2013 Dan 2912
Peperiksaan PMR 2013 Dan 2912
Mata
Pelajaran

Tahun Calon

Ambil Bil %

Bil

C
%

Bil

D
%

Bil

Lulus

Bil %

Bil

GP

Bahasa

2013

195

29

14.87 77

39.49 31

15.9 38

19.49 20

10.26

175

89.74 2.71

Melayu

2012

220

18

8.18

40.45 60

27.3 34

15.45 19

8.64

201

91.36 2.76

89

Peratus
Keseluruhan
PMR 2013

51.78%

Gred Purata Sekolah

3.32

3.4 Persampelan

Menurut Mok Soon Sang (2010), populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang
menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Saiz
sampel perlu dimaksimumkan supaya saiz dapat meminimumkan ralat pensampelan. Oleh itu,
penggunaan saiz sampel perlu digalakkan melebihi 30 kerana andaian bahawa taburan normal
biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30.
Kajian ini memilih sebayak 40 orang sebagai sampel daripada 198 orang bagi populasi
tingkatan tiga. Jika digunakan Jadual Penentu Sampel Krejcie dan Morgan sila rujuk Jadual
3.2 dalam Mok Soon Sang (2010) , saiz sampel yang sepatutnya ialah 127.

25

Jadual 3.2 : Jadual Penentu Sampel Krejcie dan Morgan

10

10

100

80

280

162

800

260

2800

338

15

14

110

86

290

165

850

265

3000

341

20

19

120

92

300

169

900

269

3500

246

25

24

130

97

320

175

950

274

4000

351

30

28

140

103

340

181

1000

278

4500

351

35

32

150

108

360

186

1100

285

5000

357

40

36

160

113

380

181

1200

291

6000

361

45

40

180

118

400

196

1300

297

7000

364

50

44

190

123

420

201

1400

302

8000

367

55

48

200

127

440

205

1500

306

9000

368

60

52

210

132

460

210

1600

310

10000

373

65

56

220

136

480

214

1700

313

15000

375

70

59

230

140

500

217

1800

317

20000

377

75

63

240

144

550

225

1900

320

30000

379

80

66

250

148

600

234

2000

322

40000

380

85

70

260

152

650

242

2200

327

50000

381

90

73

270

155

700

248

2400

331

75000

382

95

76

270

159

750

256

2600

335

10000

384

0
Petunjuk: N (Populasi) : S (Sampel)
Sumber : Krejcie, Robert V., Morgan, Daryle W (1970). Determining Sample Size for
Research Activities, Educational and Psychological Measurement, dalam Mok Soon Sang (2010)

26

Kajian ini memilih saiz sampel sebanyak 40 orang murid secara pensampelan bertujuan.
Keputusan dibuat untuk menggunakan saiz kecil di sebabkan batasan masa untuk melakukan
analisis soal selidik bagai saiz yang besar.
Menurut Mok Soon Sang (2010), kaedah pensampelan bertujuan, mempunyai pelbagai
kategori. Kajian ini menggunakan kategori kriteria. Kriteria yang digunakan adalah kriteria
kebolehan akademik murid dan kaum. Murid dari kategori sederhana dan kaum Melayu dan
India telah di pilih. Dalam kajian ini murid di kategorikan sederhana mengikut peringkat
nasional kerana kesemua murid Melayu memperoleh keputusan UPSR pada peringkat 2-3 A
manakala bagi murid India dari aliran SJK Tamil, mereka memperoleh 3- 4 A . Murid India
di kategorikan sebagai sederhana di sebabkan kecekapan Bahasa Melayu ialah pada peringkat
sederhana.
Dalam konteks sekolah berprestasi rendah yang di kaji, permasalahan pensampelan
murid merupakan satu perkara yang rumit untuk membentuk sampel kajian yang sebenarbenar mewakili populasi keseluruhan bagi sekolah berkenan. Nisbah murid Melayu kepada
murid India ialah 6:4. Oleh kerana 90% daripada murid India di sekolah berkenaan sangat
lemah dalam Bahasa Melayu, hanya 6 orang murid India di pilih sebagai responden kajian
kerana menepati kriteria minima kecekapan bahasa .
Kaedah ini digunakan untuk memastikan kesemua responden ada syarat minima
kemahiran membaca supaya murid dapat faham dan menjawab soal selidik. Murid dari segi
kebolehan sederhana sahaja dipilih untuk tujuan menjawab soal selidik kerana proses
penarafan Skala Likert memerlukan kemahiran kognitif peringkat analisis aras keempat serta
membuat penilaian yang merupakan aras keenam dalam Taksonomi Bloom Atiqah Aiza
(2013). Keupayaan kognitif mengikut umur responden telah di kenal pasti oleh (Borgers et al.,
2000; Fuchs, 2005) dalam Fuchs (2009), sebagai faktor yang mempengaruhi
kebolehpercayaan respons soal selidik. Mengikut Fuchs (2009) adalah di andaikan kualiti data
dari murid remaja adalah lebih baik daripada murid di bawah umur 14 tahun.
3.5 Instrumen Kajian
Penyelidik menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian. Borang soal selidik yang
disediakan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Penjelasan mengenai setiap bahagian dalam borang soal selidik ialah seperti huraian berikut:
i. Bahagian A ialah berkaitan dengan latar belakang pelajar yang merangkumi jantina dan
kaum.

27

ii. Bahagian B dan Bahagian C adalah berkaitan minat dan persepsi pelajar
terhadap teks KOMSAS (cerpen). Bahagian B merupakan soalan-soalan yang bertumpu
kepada cerpen bertajuk Mutiara Bonda dan Bahagian C merupakan soalan-soalan yang
bertumpu kepada cerpen bertajuk Segala yang Tercinta Ada di Sana.
Struktur soalan -soalan soal selidik adalah seperti dalam Jadual 3.3:
Jadual 3.3 : Jadual Item Instrumen Kajian Minat dan Kesesuaian Teks KOMSAS (cerpen)
Sekolah Menegah Berprestasi Rendah
BAHAGIAN

DIMENSI

ITEM

Bahagian A

Latar Belakang Responden

A1, A2, A3, A4

Bahagian B

Minat Murid Terhadap Teks

B1, B2

cerpen Mutiara Bonda


Kesesuaian Teks berdasarkan

B3,B4.B5,B6,B7,B8,B9

unsur-unsur struktural cerpen

Bahagian C

Pengetahuan latar belakang

B10,B11.B12,B13

Minat Murid Terhadap Teks

C1,C2

cerpen Segala yang tercinta ada di


sana.
Kesesuaian Teks berdasarkan

B3,B4,B5,B6,B7,B8,B9

unsur-unsur struktural cerpen


Segala yang tercinta ada di sana.
Pengetahuan latar belakang

B10,B11,B12,B13

murid dari segi bahasa dan


pengalaman peribadi tentang
masyarakat dan kehidupan

Jenis soalan-soalan di gunakan ialah berbentuk skala kadar yang menggunakan format
soalan tertutup. Soal selidik kajian ini hanya mengemukakan 26 soalan supaya responden tidak
rasa jemu dan dapat memberi perhatian. Penyelidik berpendapat bahawa jumlah soalan ia lah

28

sesuai bagi murid sekolah berprestasi rendah yang mempunyai masalah memberi tumpuan
yang lama bagi satu tugasan.
Menurut Mok Soon Sang (2010) soalan tertutup memerlukan responden memahami
soalan atau penyataan di mana ia berdasarkan arahan yang diberi di dalam soal selidik. Subjek
juga dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat berasaskan kepada cadangan-cadangan
jawapan untuk soalan yang dikemukakan. Kajian ini menggunakan Skala Likert 4 markah
seperti berikut:
1

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

Walaupun Skala Likert pada asalnya ia lah 5 markah, ada pakar penyelidikan seperti
Noraini Idris (2010) yang menggunakan Skala 4 markah, dipetik oleh Shamsudin Othman
dan Abdul Rashid bin Jamian (2013)
Soal selidik ini di reka bentuk berdasarkan objektif kajian yang merangkumi aspekaspek penjanaan minat membaca, kesesuaian teks dan pengetahuan latar belakang murid.

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian


Kamaruzaman Moidunny (2013), telah merujuk kepada pendapat (Alias 1992;
Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999) mengenai
kesahan soal selidik. Definisi kesahan soal selidik oleh Kamaruzaman Moidunny (2013) ia
lah Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen
mengukur apa yang sepatutnya diukur. Di samping itu, mengikut (Mohd Majid 1990) dalam
Kamaruzaman Moidunny (2013), Dalam sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai
kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah
tinggi.
Syed Muhd Kamal Bin S.A.Bakar (2014), telah mengenal pasti prosedur memastikan
kesahan pada instrumen kajian. Mengikut beliau, instrumen ini akan disemak bagi
memastikan isi kandungannya bersesuaian dan menepati matlamat kajian. Semakan pakar
adalah perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan kandungan (Kline, 2005;

29

dan Hulse, 2006). Dalam kajian ini, instrumen kajian akan disemak dan di sahkan oleh
penyelia kajian, Dr. Siti Hawa binti Abdullah, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, USM.
Kamaruzaman Moidunny (2013), mendefinisikan kebolehpercayaan berdasarkan
pendapat-pendapt (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992), ia lah
Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan
dalaman. Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk semasa pengukuran ketekalan
dalaman sesuatu konstruk (Cronbach 1946; Norusis 1977) dalam Kamaruzaman Moidunny
(2013) .
Pengiraan nilai Cronbach Alpha tidak di lakukan dalam kajian ini. Kesahan yang
digunakan ialah Kesahan muka, yang merujuk kepada penilaian soal selidik dilihat sebagai
satu instrumen yang dilihat mengukur apa yang sepatutnya diukur.
3.7 Kajian Rintis
Kajian rintis telah dijalankan di kalangan murid tingkatan empat SMK Jalan Paya
Besar, Lunas, Kedah. Seramai sepuluh orang murid telah dipilih untuk menjawab soal selidik
kajian. Tujuan kajian rintis ini dijalankan ialah untuk memastikan adanya kesahan muka soal
selidik. Analisis kesahan muka soal selidik bertumpuan untuk semakan bahasa, kejelasan
pernyataan soalan dan kesesuaian bilangan soalan.
3.8 Prosedur Pengumpulan Data
Kajian ini telah merujuk kepada prosedur pengumpulan data yang di kenal pasti oleh
Mok Soon Sang (2010) yang merupakan sebanyak 11 langkah yang merangkumi tindakantindakan berikut:

Prosedur utama ialah membina instrumen kajian berdasarkan persoalan kajian.


Instrumen yang dibina ialah sebuah soal selidik untuk mengukur minat murid,kesesuaian teks
cerpen dalam KOMSAS dan pengetahuan latar belakang. Tujuan penggunaan instrumen soal
selidik adalah untuk mengesan persepsi murid terhadap persoalan kajian.
Satu kajian rintis telah dijalankan sebelum soal selidik ditadbirkan pada murid.
Pada peringkat pentadbiran soal selidik, seramai 40 orang murid di kumpul di sebuah bilik
darjah. Murid sebagai responden di beri arahan dan panduan cara menjawab soal selidik.

30

Langkah ini adalah untuk memastikan murid tahu bagaimana untuk memilih respons yang
mewakili persepsi mereka secara tepat terhadap item yang di soal.

3.9 Analisis data

Bagi tujuan menganalisis data, penyelidik menggunakan statistik deskriptif yang


merangkumi kekerapan respons, peratusan dan min serta sisihan piawai yang di kira dengan
perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi18.
Kajian ini melibatkan 40 orang murid sebagai sampel soal selidik yang mengandungi
26 soalan yang dibahagikan kepada 3 bahagian, A,B dan C. Pada bahagian B dan C yang
menumpukan kepada persoalan kajian, dibahagikan kepada tiga dimensi yakni, dimensi
minat, dimensi kesesuaian teks dan dimensi pengetahuan latar belakang murid. Data
kekerapan dan peratus dipersembahkan dalam bentuk carta histogram seperti dalam Carta 3.1
dan data min serta sisihan piawai dalam bentuk jadual seperti dalam Jadual 3.2. Carta bar
akan digunakan untuk mempamerkan nilai min bagi setiap item dalam satu dimensi seperti
dalam Carta 3.3
Carta 3.1 Carta Histogram

Jadual 3.4: Data Min mengikut item soal selidik


Item

Min

SP

Terendah

Tertinggi

31

Carta 3.2 Carta Bar Dimensi


Carta Dimensi Kesesuaian Cerpen Segala Yang
Tercinta Ada di Sana
Plot mudah faham
2.75
Dimensi Kesesuaian Cerpen

Faham cerita
2.75
Bahasa mudah

3.1

Suka Baca Bahasa Indah

3.17
3.25

Suka kata baru

3.4

Suka Tema

3.5
Suka Protagonis

Min
0

Analisis berbentuk deskriptif di gunakan untuk merumuskan persoalan kajian bagi sampel
kajian berdasarkan respons soal selidik. Analisis deskriptif dapat mengukur tahap minat,
kesesuaian teks dan tahap pengetahuan latar belakang murid berdasarkan nilai min dan
peratus respons.
Boone, Jr. dan Boone (2012) serta Simon dan Goes (2013) telah mengenal pasti
kesesuaian penggunaan nilai min dan nilai sisihan piawai untuk analisis respons mengikut
Skala Likert yang di takrifkan sebagai nilai selang. Soal selidik yang mengguna format Item
Likert, mengikut Sommer (2014), dapat mengenal pasti arah serta ketegasan persetujuan atau
penentangan responden terhadap item yang di kaji dengan melakukan penarafan mengikut
skala yang di sediakan. Soal selidik kajian ini menggunakan Skala Likert 4 markah yakni,
Sangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.
Untuk mengenalpasti nilai min mengikut tahap, nilai min di kategorikan mengikut
julat.
Shamsudin Othman dan Abdul Rashid Jaminan (2013) mengunakan pengkategorian untuk
Skala Likert 5 markah seperti Jadual 3.5 berikut:

32

Jadual 3.5 Interpretasi Skor Min Likert 5 markah

Kajian ini menggunakan kategori tahap min oleh Nur Aini Bt Bidin (2013) yang
menggunakan Skala Likert 4 markah seperti Jadual 3.6:
Jadual 3.6 Interpretasi Skor Min Likert 4 markah
:JULAT SKOR MIN

INTERPRETASI TAHAP

1.00 2.00

Rendah

2.01 3.00

Sederhana

3.01 4.00

Tinggi

Kajian ini juga menggunakan Ujian T untuk mengenal pasti perbezaan signifikan di
antara minat responden terhadap cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di
Sana. Mengikut de Winter dan Dodou (2012) kajian mereka telah membuktikan bahawa ujian
t boleh di gunakan secara tepat tanpa mengkompromikan persoalan kadar perkiraan salah
sebagi alat pengujian statistik soal selidik yang menggunakan Skala Likert 5 poin.
Selain daripada Ujian T, kajian ini juga telah menggunakan Ujian korelasi Pearson
untuk mengenal pasti kesesuaian teks dari segi fungsi membaca. Tujuan perkiraan korelasi di
jalankan ialah untuk mengenal pasti hubungan di antara skema formal dan skema isi
kandungan sebagi bukti adanya padanan di antara unsur struktur teks dan pengetahuan latar
belakang murid.
Ujian korelasi telah dijalankan diantara item 4, suka protagonis dan item 10,
pengalaman peribadi mengenai watak bagi cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta
Ada di Sana. Murray (2013) dalam kajian beliau telah mendapati kedua-dua Ujian Korelasi
Pearson dan Spearman mempunyai ketepatan perkiraan bagi data Likert. Mengikut Choi et. al.

33

(2010) Ujian Korelasi Pearson adalah lebih mudah di gunakan untuk perkiraan korelasi dan
interpretasi data. Manakala Ujian Korelasi Spearman lebih sesuai untuk data ordinal.

3.10 Rumusan

Bab ini telah menerangkan metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk
mengukur respons murid. Kaedah deskripsi,mengikut Knupfer et. al. (2012) menumpukan
kepada rumusan ciri-ciri data serta mengenal pasti hubungan korelasi diantara pemboleh ubah
dalam kajian yang dijalankan. Ujian korelasi tidak menunjukkan hubungan sebab musabab
tetapi hanya mengenal pasti kekuatan hubungan di antara dua pemboleh ubah. Analisis data
yang menggunakan nilai min, sisihan piawai dapat menggambarkan, menerangkan dan
mengesahkan data kajian. Data soal selidik berdasarkan statistik deskriptif dapat mengenal
pasti bentuk corak penarafan oleh responden terhadap persoalan kajian. Corak penarafan soal
selidik oleh responden merupakan penerangan pandangan responden bagi satu populasi
mengenai fokus kajian. Maka data soal selidik kajian ini dapat mewakili populasi sekolah
berprestasi rendah mengenai minat mereka terhadap teks, kesesuaian teks KOMSAS yang di
baca dan tahap pengetahuan latar belakang mereka.

34

BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data mengenai
tahap minat murid terhadap membaca teks KOMSAS (cerpen) dan kesesuaian teks berkenaan
sebagai bahan bacaan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Soal selidik kajian ini menggunakan
format item Likert-like/Seperti Likert yang mengikut Boone, Jr. dan Boone (2 012) ialah
format soal selidik yang menggunakan Skala Likert untuk penarafan respons kepada setiap
item soal selidik yang tersendiri. Kajian ini menggunakan data min dan sisihan piawai serta
carta histogram dan carta bar sebagai alat-alat statistik deskriptif. Segala perkiraan statistik
dalam dapatan kajian ini menggunakan perisian SPSS versi 18.
Ujian Korelasi Pearson telah digunakan untuk mengenal pasti korelasi padanan di
antara skema formal dan skema isi kandungan, Item 4 suka watak dan Item 10 ada
pengelaman mengenai watak. Ujian Korelasi Pearson juga telah di gunakan untuk mengenal
pasti korelasi di antara item minat terangsang dan item suka baca bahasa sebagai pembacaan
estetik. Seterusnya korelasi di antara minat terangsang murid dengan faktor bahasa mudah
serta korelasi di antara minat terangsang murid dengan faktor struktural,watak telah di kenal
pasti.
Data min dan sisihan piawai di ukur pada selang kayakinan (SK) 95%. Mengikut
Curran-Everett dan Benos (2004) selang keyakinan menunjukkan bahawa min bagi sesuatu
populasi berada dalam sesuatu selang pada peratus keyakinan yang di tetapkan. Selang
keyakinan boleh digunakan sebagai pertanda kebolehpercayaan prosedur perkiraan data yang
tepat. Kiraan selang keyakinan pada SK 95% boleh digunakan sebagai pertanda
kebolehpercayaan keputusan tinjauan yang di laporkan mengikut Cox dan Hinkley (1974)
dalam Confidence interval. (2014, November 8). Neyman (1937) dalam Confidence interval.
(2014, November 8) telah menegaskan bahawa nilai selang keyakinan yang diperolehi
merujuk kepada kebolehpercayaan prosedur anggaran dan tidak merujuk kepada selang yang
dihasilkan oleh perkiraan.

35

Data respons di persembahkan dengan menggunakan carta histogram, carta bar dan
jadual. Analisis data kekerapan respons di persembahkan melalui carta histogram untuk
menunjukkan variasi dan taburan respons untuk item Minat dan Minat Terangsang. Huraian
analisis data berdasarkan carta histogram dapat menjelaskan arah persetujuan pilihan para
responden mengikut Sommer (2014).Carta bar di gunakan untuk mempaperkan nilai min bagi
item-item mengikut pemeringkatan bagai satu dimensi soal selidik. Iitem-item di susun
mengikut pemeringkatan nilai min untuk menunjukkan penarafan yang paling positif sehingga
yang paling negatif. Jadual digunakan untuk menunjukkan nilai min dan sisihan piawai.
4.2 Latar belakang Responden
Seramai 40 orang murid Tingkatan Tiga dari Sekolah Menegah Kebangsaan Jalan Paya Besar,
Lunas, Kedah yang terdiri dari jantina lelaki, perempuan serta kaum Melayu dan India telah
menjawab soal selidik. Pola jantina dan kaum mengikut bilangan dan peratus ialah seperti
dalam Jadual 4.1
Jadual 4.1 Profil Jantina dan Kaum Responden
Ciri-ciri Demografi

Bilangan Responden N=40

Peratus

Lelaki

14

35%

Perempuan

26

65%

Melayu

34

85%

India

15%

4.3 Analisis Pencapaian Kefahaman Responden dalam Ujian Percubaan Bahasa Melayu
PT3 bahagian KOMSAS.
Kesemua murid Melayu merupakan murid dari aliran Sekolah Kebangsaan yang
mempunyai pelbagai aras kecekapan Bahasa Melayu. Manakala 6 orang murid India adalah
dari aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Murid India yang di pilih mempunyai
kemahiran membaca Bahasa Melayu aras sederhana.
Nilai min skor ujian percubaan PT3 bagi Bahasa Melayu Kertas 1 untuk sampel kajian
ialah 73%. Dalam soalan ujian percubaan PT3 Bahasa Melayu Kertas 1 Negeri Kedah, tiada
soalan cerpen bagi bahagian KOMSAS. Soalan bahagian kefahaman teks KOMSAS ialah

36

puisi dan drama. Nilai min bagi bahagian kefahaman teks KOMSAS ialah 60% atau 12
markah daripada jumlah sebanyak 20 markah. Data ini digunakan untuk mengkategorikan
tahap kefahaman teks KOMSAS oleh para responden pada tahap sederhana.
4.4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN
4.4.1 Objektif 1: Mengkaji minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu selepas membaca teks KOMSAS (cerpen).
Carta 4.1 Carta Kekerapan bagi Item Minat Cerpen Mutiara Bonda.

Merujuk kepada Carta 4.1, benuk taburan kekerapan bagi item Minat ialah pencongan
negatif (- .83) di mana kawasan taburan min berada di sebelah kanan. Analisis penarafan
menunjukkan respons responden berpusat pada Skala Setuju pada peringkat peratusan sah
sebanyak 60% daripada sampel. Tambahan pula peratusan sah sebanyak 32.5% dikenal pasti
sebagai respons Skala Sangat Setuju. Pada keseluruhannya 92.5% daripada responden
menunjukkan minat membaca cerpen Mutiara Bonda. Manakala 7.5% daripada responden
memberi respons negatif kepada cerpen Mutiara Bonda.
Jadual4.2 Respons Minat bagi cerpen Mutiara Bonda mengikut min
Item

Min

SP

Terendah

Tertinggi

37

Minat

3.22

0.66

Merujuk kepada Jadual 4.2 , nilai min untuk item Minat ialah sebanyak (3.22,0.66)
pada SK 95% [ 3.01 , 3.43 ]. Nilai min ini menunjukkan respons responden berpusat secara
purata pada Skala Setuju. Nilai (SP = 0.66 ) menunjukkan serakan variasi respons daripada
min ialah tinggi. Variasi tinggi ini disebabkan adanya 1 respons pada Skala Sangat Tidak
Setuju yang telah melebarkan julat respons untuk item Minat bagi cerpen Mutiara Bonda.
Carta4.2 Carta Kekerapan Item Minat Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana.

Merujuk kepada Carta 4.2, bentuk taburan kekerapan respons ialah hampir semetri
dengan nilai pencongan negatif yang sangat kecil (-.01). Respons positif sebanyak 65%
berpusat pada kawasan 68% taburan normal. Tambahan pula respons Skala Sangat Setuju
ialah 22.5 %. Pada keseluruhannya 87.5% daripada responden menunjukkan minat membaca
cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana . Manakala 12.5% daripada responden memberi
respons negatif kepada cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana.

38

Jadual4.3 Respons Minat bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana mengikut min
Item

Min

SP

Terendah

Tertinggi

Minat

3.1

0.59

Merujuk kepada Jadual 4.3 nilai min untuk item Minat ialah sebanyak (3.1,0.59) pada
SK 95% [2.91 , 3.28], yang berpusat secara purata pada Skala Setuju. Nilai (SP = 0.59)
menunjukkan serakan variasi respons daripada min adalah tinggi. Variasi tinggi ini
disebabkan 5 respons pada Skala Tidak Setuju yang telah melebarkan julat respons item
Minat bagi cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana.
Jadual 4.4 Tahap Minat bagi Cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana
Cerpen Mutiara Bonda

Min

SP

Julat Min

Tahap
Minat

3.22
Cerpen Segala yang Tercinta Ada di

0.66

Min

3.01 - 4

Tinggi

Julat Min

Tahap

Sana

Min Purat untuk kedua-dua cerpen

Minat
3.1

0.59

3.01 - 4

Tinggi

3.16

0.37

3.01 - 4

Tinggi

Merujuk kepada Jadual 4.4, min kedua-dua cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta
Ada di Sana adalah pada Tahap Minat Tinggi, ini menunjukkan bahawa kedua-dua cerpen di
minati oleh para responden kajian. Min purata untuk cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang
Tercinta Ada di Sana adalah pada Tahap Minat Tinggi,(3.16,0.37)

39

Carta 4.3 Minat Terangsang Selepas Membaca Cerpen Mutiara Bonda

Skala Item Minat Terangsang


Jadual 4.5 Min Respons Minat Terangsang bagi Teks Cerpen Mutiara Bonda
Item

Min

SP

Terendah

Tertinggi

Minat

3.1

0.74

1.00

4.00

Carta 4.3 menunjukkan 92.5% responden setuju bahawa selepas membaca cerpen
Mutiara Bonda mereka rasa terangsang untuk membaca cerpen-cerpen yang lain. Carta 4.3
menunjukkan bentuk taburan respons ialah pencongan negatif (-1.3), respons berpusat secara
purata di skala Setuju di arah kanan.
Jadual 4.5 menunjukkan bahawa respons Minat Terangsang ialah pada nilai min (3.10,
0.74) pada SK 95% [2.86 , 3.4]. (SP = 0.74) menunjukkan serakan variasi respons daripada
min ialah tinggi. Variasi tinggi ini di sebabkan adanya 5 respons pada Skala Sangat Tidak
Setuju telah melebarkan julat respons Minat Terangsang bagi cerpen Mutiara Bonda

40

Carta 4.4 Minat Terangsang Selepas Membaca Cerpen Segala Yang Tercinta Ada di Sana

Carta 4.4 menunjukkan 77.5 % responden setuju bahawa selepas membaca cerpen
Segala yang Tercinta Ada di Sana mereka rasa minat terangsang untuk membaca lain-lain
cerpen ialah pada nilai min (3.15, 0.89) pada SK 95% [2.86,3.4]. Carta menunjukkan bentuk
taburan respons ialah pencongan negatif (-.01), respons berpusat secara purata di Skala Setuju
di arah kanan.

Jadual 4.6 Min Respons Minat Terangsang bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana
Item

Min

SP

Terendah

Tertinggi

Minat

3.15

0.89

1.00

4.00

Merujuk kepada Jadual 4.6, respons Minat Terangsang (SP = 0.89 ) menunjukkan serakan
variasi respons daripada min adalah tinggi. Variasi tinggi ini dapat disebabkan adanya 2
respons pada Skala Sangat Tidak Setuju telah melebarkan julat respons untuk item Minat
Terangsang bagi cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana.
4.4.2 Objektif 2: Mengenal pasti tahap kesesuaian cerpen yang bertajuk Mutiara Bonda
berdasarkan unsur-unsur struktural cerpen

41

Carta 4.5 Respons Dimensi Kesesuaian Cerpen Mutiara Bonda mengikut min.

Carta Dimmensi Kesesuaian Cerpen Mutiara Bonda


Plot mudah

2.85
3.17

Bahasa Mudah di
fahami
Baca Bahasa Indah

3.22

Dimmensi
Kesesuaian

3.25

Boleh faham

3.4
3.42
3.55

Min

Tema
Suka baca kata baru

Merujuk kepada Carta 4.5,data mengikut pemeringkatan nilai min menunjukkan


unsur-unsur cerpen yang di sukai dan tidak di sukai oleh responden. Arah respons paling
negatif ialah item B6, bahawa plot cerpen Mutiara Bonda adalah mudah dan senang untuk
difahami

(2.85,0.78). Manakala arah respons paling positif ialah item B4, yang

menunjukkan responden suka akan watak ibu Mohd Harazz (3.55,0.67). Diikuti oleh item
B5, responden suka membaca perkataan atau istilah yang baru. Seterusnya, item B3,
responden suka tema mengenai kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anak lelaki
sehingga berjaya.
Ke empat, item B9, bahawa para responden boleh faham teks walau pun ada perkataan
baru yang tidak di fahami oleh responden (3.25,0.66). Seterusnya diikuti oleh item B7,
responden suka membaca bahasa indah (3.22,0.61), di beri kedudukan yang lebih tinggi dari
pada item B8,bahawa responden setuju bahasa dalam cerpen Mutiara Bonda adalah mudah
untuk difahami (3.17,0.63).
Pada keseluruhannya dalam aspek bahasa, pandangan responden bahawa bahasa teks
adalah mudah mengikut item B8 (3.17,0.63), di sokong oleh respons bagi item B9
(3.25,0.66). Item-item yang berkaitan dengan bahasa pada min (3.25 dan 3.17) menunjukkan
bahawa teks cerpen Mutiara Bonda mempunyai tahap kesesuaian yang tinggi dalam aspek
bahasa.

42

Jadual 4.7

Tahap Kesesuaian bagi Teks Cerpen Mutiara Bonda

Item
Min Purata

SP

( )

Dimensi Kesesuaian

3.26

Terendah

0.36

Tertinggi

2.29

Min

Julat Min

Tahap Kesesuaian

3.26

3.01- 4.00

Tinggi

4.00

Merujuk kepada Jadual 4.7, min purata kesesuaian teks cerpen Mutiara Bond ialah
(3.26 , 0.36) pada SK 95% [3.15 , 3.38 ].Nilai min purata ini menunjukkan para responden
menarafkan cerpen Mutiara Bonda pada tahap kesesuaian yang tinggi. Jadual 4.7
menunjukkan
njukkan serakan variasi respons daripada min ialah sederhana berdasarkan (SP = 0.36.)
Variasi sederhana ini dapat dilihat pada julat respons berdasarkan nilai minimum sebanyak
2.29 dan maksimum pada 4.
4.4.3 Objektif 3: Mengenal pasti tahap kesesuaian cerpen
cerpen yang bertajuk Segala yang
Tercinta Ada di Sana berdasarkan unsur-unsur
unsur
struktural cerpen
Carta4.6 Respons Dimensi Kesesuaian Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana mengikut
min

Carta Dimensi Kesesuaian Cerpen Segala


Yang Tercinta Ada di Sana

Dimensi Kesesuaian Cerpen

Plot mudah faham


2.75

Faham cerita

2.75
Bahasa mudah

3.1

Suka Baca Bahasa Indah

3.17
3.25

Suka kata baru

3.4

Suka Tema

3.5
Suka Protagonis
0

Min

43

Merujuk kepada Carta 4.4,data mengikut pemeringkatan nilai min item-item


item
yang di
sukai dan tidak di sukai oleh responden. Arah respons paling negatif ialah item C6, mengenai
plot cerita yang mudah di fahami (2.75,0.70). dan C9, responden boleh faham cerpen
cerpe walau
pun ada perkataan baru yang tidak di ketahui (2.75,0.70). Manakala arah respons paling
positif ialah item C4, responden suka watak Aku, (3.5,0.59). Dalam aspek bahasa teks, item
C5, responden suka baca perkataan/ istilah baru (3.25,0.67), di beri kedudukan yang lebih
tinggi daripada item C7, responden suka baca bahasa indah (3.17,0.71). Item C7 di beri
kedudukan yang lebih tinggi daripada item C8, responden setuju bahawa bahasa teks cerpen
adalah muda difahami (3.1,0.59).
Data dimensi kesesuaian cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana menunjukkan
bahawa ada penarafan yang tidak konsisten di antara item C9, responden boleh faham cerpen
walau pun ada perkataan baru yang tidak di ketahui (2.75,0.70) yang bersifat hampir kepada
arah negatif dengan item
em C8, responden setuju bahawa bahasa teks cerpen adalah muda
difahami (3.1,0.59) yang berada di arah positif.
Jadual 4.8 Tahap Kesesuaian bagi Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana .
Item
Min Purata
Dimensi Kesesuaian

SP

( )
3.13

Terendah

Tertinggi

2.43

3.86

0.39

Min

Julat Min

Tahap Minat

3.13

3.01- 4.00

Tinggi

Merujuk kepada Jadual 4.8, min purata dimensi kesesuaian cerpen Cerpen Segala
yang Tercinta Ada di Sana ialah (3.13 , 0.39) pada SK 95% [3.01 , 3.26]. Nilai min purata ini
menunjukkan penarafan para responden mengkategorikan cerpen Segala yang Tercinta Ada
A
di Sana pada tahap kesesuaian yang tinggi. Jadual 4.8 menunjukkan serakan variasi respons
daripada min ialah sederhana berdasarkan (SP = 0.39). Variasi sederhana ini dapat dilihat
pada julat respons berdasarkan nilai minimum sebanyak 2.43 dan maksimum pada
p
3.86.

44

4.4.4 Objektif 4. Mengenal pasti perbezaan tahap minat membaca murid terhadap
cerpen bertajuk Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana.
Jadual 4.9 Perbezaan Tahap Minat diantara terhadap cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang
Tercinta Ada di Sana.
Item

Cerpen Mutiara Bonda

Cerpen Segala yang Tercinta


Ada di Sana

Nilai Min Minat/ Sisihan

3.22

0.66

3.1

0.59

Piawai pada N=40


Keputusan Ujian t dua
bentuk . Aras Signifikan
p< 0.05

t = 0.819 df =39 Signifikan dua bentuk= 0.418 p<0.05


Tiada perbezaan signifikan

Merujuk kepada Jadual 4.9, perkiraan ujian t mendapati bahawa tahap minat diantara
cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana tiada perbezaan signifikan.
4.4.5 Objektif 5: Mengenal pasti tahap pengetahuan latar belakang murid
Carta4.7 Dimensi Pengetahuan latar belakang Responden mengikut Cerpen Mutiara Bonda

Carta Dimensi Pengetahuan Latar Belakang


Responden Mengikuit Cerpen Mutiara Bonda

Pengetahuan Kosa Kata

2.57
Dimensi Pengetahuan
Latar Belakang
Responden

3.10
3.15
3.57

Pengalaman Masyarakat
Pengetahuan Gaya
Bahasa
Pengalaman Peribadi

Min

0.00 1.00 2.00 3.00 4.00

Merujuk kepada Carta 4.7, data mengikut pemeringkatan nilai min menunjukkan
kedudukan pelbagai bentuk pengetahuan latar belakang responden mengikut arah dan
ketegasan penarafan. Penarafan pada penegasan yang paling kuat ialah item B10 para

45

responden setuju bahawa mereka mempunyai pengalaman mengenali individu seperti Aku
(3.57,0.63). Berikutnya, item B12 para responden telah setuju bahawa mereka mempunyai
pengetahuan untuk memahami gaya bahasa (3.15,0.66). Seterusnya, item B11 para responden
bersetuju bahawa mereka mempunyai pengalaman mengenai hal kemasyarakatan untuk
memahami plot cerita (3.10,0.70). Akhir sekali, 45% daripada sampel responden memberi
respons pada item B13 bahawa mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi untuk
memahami cerpen Mutiara Bonda (2.570.78).
Data dimensi
mensi pengetahuan latar belakang cerpen Mutiara Bond menunjukkan bahawa
ada penarafan yang tidak konsisten di antara
antara item B13, 45% responden memberi
mem
respons
bahawa mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi untuk memahami cerpen
Mutiara Bonda (2.570.78).dengan item B12, para responden telah setuju bahawa mereka
mempunyai pengetahuan untuk memahami gaya bahasa (3.15,0.66)
(3

Jadual 4.10 Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen Mutiara
Bonda
Item
Min Purata
Dimensi Pengetahuan Latar Belakang

( )

SP

Terendah Tertinggi

3.1

0.43 1.75

3.75

Nilai selepas Item 13 disingkir

3.27

0.42 2

Min

Julat Min

Tahap Minat

3.1

3.01- 4.00

Tinggi

3.27

3.01- 4.00

Tinggi

Responden mengikut Cerpen Mutiara


Bonda.

Merujuk kepada Jadual 4.10, data dimensi pengetahuan latar belakang menunjukkan
bahawa para responden setuju (3.27,0.42) pada SK 95% [3.13 , 3.41] bahawa mereka
mempunyai pengetahuan latar belakang untuk memahami cerpen Mutiara Bonda pada tahap
yang tinggi.
i. (SP = .42) menunjukkan serakan variasi respons daripada min ialah tinggi.

46

Variasi tinggi ini dapat dilihat pada julat respons berdasarkan nilai minimum sebanyak 2.0
dan maksimum pada 4.0.
Carta 4.8 Dimensi Pengetahuan latar belakang Responden mengikut Cerpen Segala yang
Tercinta Ada di Sana

Carta Dimensi Pengetahuan Latar Belakang


Responden Mengikut CerpenSegala Tercinta Ada di
Sana

2.75
Dimensi Pengetahuan
Latar Belakang
Responden

Peng. Kosa Kata

2.95

Pengalaman Masyarakat
3.00

Pengalaman Peribadi
3.15

Min

2.4

2.6

2.8

Peng. Gaya Bahasai

3.2

Merujuk pada Carta 4.8, data mengikut pemeringkatan nilai min menunjukkan
kedudukan pelbagai pengetahuan latar belakang responden mengikut arah dan ketegasan
penarafan. Item C12, responden setuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan mengenai
gaya bahasa pada nilai min tertinggi (3.15,0.69). Seterusnya diikuti oleh item C10 bahawa
para responden setuju bahawa mereka mempunyai pengalaman mengenali individu seperti
Aku. Selepas itu, item C11 para responden setuju mereka mempunyai pengalaman masyarakat
untuk memahami plot cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana pada nilai min yang
mempunyai penegasan yang lemah (2.95,0.59). Penarafan yang paling lemah ialah item C 13
para responden mengakui bahawa mereka mempunyai kosa kata untuk memahami cerpen
berkenaan pada nilai min (2.75,0.70).
Data dimensi pengetahuan latar belakang cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana
menunjukkan bahawa ada penarafan yang tidak konsisten di antara item C13, 35% responden
memberi respons bahawa mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi untuk
memahami cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana (2.75,0.70) dengan item B12, para

47

responden telah setuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan untuk memahami gaya
bahasa (3.15,0.69)
Jadual 4.111 Tahap Dimensi Pengetahuan latar belakang responden mengikut Cerpen Segala
yang Tercinta Ada di Sana
Item
Min Purata
Dimensi Pengetahuan Latar

( )

SP

Terendah

Tertinggi

2.96

0.47

1.75

3.15

3.03

.47

2.0

4.0

Belakang Responden mengenai


cerpen Segala yang Tercinta
Ada di Sana
Nilai min selepas item 13 di
singkir
Min

Julat Min

Tahap Pengetahuan Latar Belakang

2.96

2.01 3.00

Sederhana

3.03

3.01- 4.00

Tinggi

Merujuk kepada Jadual 4.11, data dimensi pengetahuan latar belakang menunjukkan
bahawa para responden mengakui bahawa mereka mempunyai pengetahuan latar belakang
pada nilai min (3.03,0.47) pada SK 95% [2.88 ,3.18 ] untuk memahami cerpen Segala yang
Tercinta
ta Ada di Sana pada tahap yang sederhana. (SP = .47) menunjukkan serakan variasi
respons daripada min ialah tinggi. Variasi tinggi ini dapat dilihat pada julat respons
berdasarkan nilai minimum sebanyak 2.0 dan maksimum pada 4.0.
4.5 Rumusan
Kajian ini telah
elah mentadbir soal selidik di kalangan 40 responden Tingkatan 3 dari
kebolehan akademik peringkat sederhana. Analisis data berdasarkan nilai min dan sisihan
piawai mendapati persoalan-persoalan
persoalan kajian mengenai minat, minat terangsang, kesesuaian
teks dan pengetahuan latar belakang telah di ukur pada ketegasan Sekala Setuju secara purata.
Walau bagaimana pun analisis respons secara terperinci mendapati item 13 tidak mempunyai
kebolehpercayaan. Ini merupakan satu kesilapan reka bentuk kajian di peringkat kajian
ka
rintis

48

kerana menggunakan murid dari Tingkatan 4 sebagai sampel kajian rintis. Responden dari
Tingkatan 4 tidak memberi respons yang tidak konsisten pada mana-mana item.
Respons bagi Item 13: Saya mempunyai pengetahuan kosa kata untuk memahami
cerita, di dapati tidak mempunyai kebolehpercayaan. Seramai 52.2% daripada responden
telah memberi respons negatif kepada cerpen Mutiara Bonda dan 35% daripada responden
telah memberi respons negatif kepada cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana untuk item .
Respons untuk item ini tidak konsisten dengan respons positif bagi Item 9: Saya boleh faham
cerita dalam cerpen Mutiara Bonda / Segala yang Tercinta Ada di Sana, walaupun ada
perkataan baru yang saya tidak ketahui sebelum ini. Apabila di tanya oleh penyelidik, para
responden tidak boleh memberi sebab walau pun mereka mengakui bahawa mereka faham
maksud istilah kosa kata. Ada seorang responden telah memberi respons Pakai jawab je!,
jawapan ini merupakan pertanda bahawa responden tak faham kehendak soalan.
Borgers et. al (2004) telah mengenal pasti masalah respons tidak konsisten di kalangan
kanak-kanak dan awal remaja berdasarkan teori satisficing oleh Krosnick (1991). Teori ini
menerangkan kenapa kebolehpercayaan respons berbeza di antara responden dan kenapa
susun kata soalan soal selidik boleh memberi kesan kepada respons. Teori ini ialah satu
huraian yang terperinci ke atas model proses menjawab soalan standard oleh Tourangeau
(1988; cf. Cannel et al., 1990; Krosnick et al., 1996; Schwarz & Knuper, 1999; Schwarz et
al., 1998; Sudman et al., 1996). Teori Krosnick mengenal pasti dua proses, optimizing dan
satisficing yang menerangkan perbezaan respons. Optimizing merujuk kepada respons yang
menggunakan kesemua empat langkah-langkah kognitif untuk menjawab soalan soal selidik.
Manakala satisficing ialah respons yang dangkal tanpa melalui kesemua empat langkahlangkah kognitif untuk menjawab soalan soal selidik.
Mengikut Borgers et. al (2004), murid kanak-kanak dan awal remaja mempunyai
keupayaan kognitif, kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial masih pada peringkat
perkembangan yang berbeza. Perbezaan inilah menyebabkan adanya respons yang berbeza
dari segi kebolehpercayaan respons bagi pernyataan soalan berbentuk negatif yang
memerlukan kefahaman logik. Item 13 berbentuk pernyataan positif tetapi masih merupakan
soalan yang rumit bagai responden awal remaja di sekolah berprestasi rendah.
Keputusan yang di buat oleh penyelidik ialah untuk singkir Item 13 daripada data kajian.

49

BAB 5
KESIMPULAN & CADANGAN

5.1

Pengenalan
Kajian tinjauan mengenai penggunaan teks KOMSAS (cerpen) sebagai bahan

bacaan untuk pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah berprestasi rendah telah
menumpukan kepada persoalan minat murid, kesesuaian teks sebagai bahan bacaan murid
serta pengetahuan latar belakang murid yang berkaitan dengan teks cerpen yang dibaca oleh
murid.
Pengumpulan dan analisis data kajian ialah berdasarkan andaian-andaian kerangka
konsep kajian. Andaian pertama ialah minat yang terangsang ialah pendorong intrinsik bagi
murid untuk terus membaca lain-lain teks cerpen. Andaian kedua ialah teks yang sesuai ialah
teks di mana unsur-unsur struktural teks adalah sepadan dengan pengetahuan latar belakang
murid yang berkaitan dengan tema, watak utama, plot dan gaya bahasa dalam penceritaan
cerpen berkenaan. Andaian ketiga tahap kesesuaian teks yang tinggi dapat membantu
berlakunya pembacaan estetik.
5.2

Rumusan Kajian Keseluruhan


Kajian ini telah mengenal pasti bahawa sampel kajian yang merupakan murid

Tingkatan 3 sekolah berprestasi rendah telah memberi penarafan yang tinggi untuk objektifobjektif kajian. Kajian ini mengkategorikan penegasan respons pada nilai min lebih daripada
(3.0) sebagai tahap tinggi.
Andaian pertama kajian ini ialah minat yang terangsang ialah pendorong intrinsik
untuk terus membaca lain-lain cerpen. Nilai min minat terangsang untuk cerpen Mutiara
Bonda ialah (3.1,0.74) dan nilai min minat terangsang untuk Segala yang Tercinta Ada di
Sana ialah (3.1,0.89).
Ujian-T menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan dalam tahap minat di antara
cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana. Dapatan ini ialah di luar
jangkaan kajian kerana pemerhatian dalam kelas menunjukkan responden kurang minat pada
cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana. Cerpen berkenaan mempunyai banyak istilah

50

berkaitan dengan nama tumbuhan hutan yang tidak digemari oleh sebahagian daripada
responden. Respons yang positif terhadap cerpen menunjukkan bahawa pada keseluruhannya
responden suka pada cerpen dari segi tema masyarakat kampung, dan watak individu rajin.
Ada kemungkinan bahawa soalan soal selidik tidak dapat mengesan aspek-aspek yang tidak di
sukai oleh responden.
Andaian kedua ialah teks yang sesuai ialah teks di mana unsur-unsur struktural teks di
ukur sebagai pertanda tahap kesesuaian dari segi teks sebagai satu konstruk. Kesesuaian dari
fungsi membaca ialah satu padankan di antara dimensi struktural teks dengan dimensi
pengetahuan latar belakang murid. Kedua-dua dimensi kesesuaian (struktural teks) dan
pengetahuan latar belakang telah di beri penarafan pada peringkat tinggi. Penarafan tahap
kesesuaian(unsur-unsur struktural) Cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di
Sana oleh para responden secara purata untuk kedua-dua cerpen ialah (3.03,0.37). Di samping
itu min purata untuk tahap pengetahuan latar belakang bagai kedua-dua cerpen ialah
(3.03,0.37). Maka data tahap kesesuaian (unsur-unsur struktural) dan tahap pengetahuan latar
belakang menunjukkan adanya padanan di antara kedua dimensi berkenaan.
Seramai 82.5% responden mengakui mereka mempunyai pengetahuan latar belakang
mengenai personaliti kedua dua watak utama dan 96.5% responden suka pada kedua-dua
watak utama dalam cerpen Mutiara Bonda dan Segala yang Tercinta Ada di Sana. Ini
menunjukkan bahawa dari segi unsur watak adanya padanan di antara unsur watak dan
pengetahuan latar belakang murid. Ujian Korelasi Pearson telah mendapati korelasi diantara
item suka protagonis dan pengalaman peribadi bagi cerpen Mutira Bonda ialah lemah (r
=0.37, p>0.05).

Ujian Korelasi Pearson telah mendapati korelasi diantara item suka

protagonis dan pengalaman peribadi bagi cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana ialah
sangat lemah (r =0.28, p>0.05). Maka kesesuaian teks dari segi fungsi membaca ialah lemah.
Respons yang sangat tinggi kepada watak utama menunjukkan para responden ialah
pembaca jenis fokus kepada watak semasa membaca. Kajian oleh

Smith (2009) telah

memetik kajian oleh Hughes-Hassell and Lutz (2006) yang telah mengenal pasti bahawa
murid awal remaja berminat membaca bahan bacaan mengenai remaja yang seperti mereka.
Ini ialah kerana remaja sebagai pembaca dapat menggiatkan diri mereka dengan personaliti
dalam bahan yang di baca. Watak ibu kepada Harraz, seorang remaja dalam cerpen Mutiara

51

Bonda dan Aku seorang remaja dalam Segala yang Tercinta Ada di Sana ialah watakwatak
yang berkaitan dengan dunia remaja.
Kesesuaian teks cerpen dari segi bahasa juga mendapat respons pada tahap tinggi.
Bagi cerpen Mutiara Bonda 87.5% responden setuju bahawa bahasa teks ialah mudah dan
senang untuk di fahami dan 87.5% responden bersetuju bahawa mereka boleh faham teks
walau pun ada perkataan yang mereka tak faham. Manakala bagi cerpen Segala yang Tercinta
Ada di Sana, 85.5% responden setuju bahawa bahasa teks ialah mudah dan senang untuk di
fahami dan 65 % responden bersetuju bahawa mereka boleh faham teks walau pun ada
perkataan yang mereka tak faham
Data kajian menunjukkan minat terangsang ada kiatan dengan faktor bahasa mudah.
Korelasi di antara minat terangsang murid dengan faktor bahasa mudah ( r = 0.81, p>0.05)
ialah lebih kuat daripada korelasi minat terangsang dengan faktor watak (r= 0.57, p>0.05)
untuk cerpen Mutiara Bonda. Bagi cerpen Segala Yang Tercinta Ada di Sana, korelasi di
antara minat terangsang murid dengan faktor bahasa mudah ( r = 0.63, p>0.05) ialah lebih
kuat daripada korelasi minat terangsang dengan faktor watak (r= 0.28, .0.05). Kesimpulan
kajian ini menunjukkan bahawa faktor bahasa mudah teks KOMSAS mempunyai hubungan
signifikan dengan minat terangsang murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
Pemahaman plot merupakan unsur struktural yang paling lemah bagai responden
kajian yang menunjukkan bahawa hanya 63.75 % daripada responden berpendapat bahawa
plot kedua-dua cerpen adalah mudah dan senang di fahami. Mengikut Tovani (2000) dalam
Coutant dan Perchemlides (2005) masalah pemahaman teks naratif berpunca daripada
pembaca yang hanya mempunyai kefahaman permukaan(surface) yang tidak dapat
memahami struktur dalaman(deep structures) teks naratif yang memerlukan kemahiran
berfikir aras tinggi.
Andaian ketiga ialah berlaku pembacaan estetik dapat di kesan oleh respons yang
tinggi daripada responden pada nilai peratus ialah 88.75% untuk item saya suka baca bahasa
yang indah. Selain daripada unsur bahasa yang indah, respons positif yang tinggi kepada
unsur-unsur seperti tema (purata 91.5%) dan watak utama ( purata 96.5%) juga menyokong
bahawa pembacaan estetik telah berlaku.
Ujian korelasi Pearson di antara item minat terangsang dan item suka baca bahasa
indah menyokong andaian bahawa adanya hubungan di antara pembacaan estetik dan minat

52

terangsang murid untuk terus membaca bahan-bahan teks dalam Bahasa Melayu.

Nilai

korelasi untuk pembacaan estetik bagi cerpen Mutiara Bonda ialah (r = 0.75, p>0.05),
hubungan yang kuat. Nilai korelasi untuk pembacaan estetik bagi cerpen Segala yang Tercinta
Ada di Sana ialah (r = 0.63, p>0.05), hubungan yang kuat.
Respons positif, suka; menunjukkan adanya respons emotif daripada pembaca. Kesan
emotif suka membawa maksud konotasi seronok. Perasaan keseronokan mengikut Mana
Sikana (2009) ialah kesan estetik terhadap pembacaan bahan kesusasteraan. Walau bagaimana
pun dapatan kajian ini mengenai persoalan pembacaan estetik ialah terbatas kepada
kefahaman peringkat literal sahaja.
Pada keseluruhannya kesemua persoalan-persoalan kajian telah menerima penarafan
secara purata pada penegasan Skala Setuju. Tahap respons yang tinggi kepada persoalan
kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga andaian kajian ini telah di kenal pasti mengikut
jangkaan objektif-objektif kajian.
5.3

Perbincangan Kajian
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji persoalan sama ada murid Tingkatan 3 dari

sekolah

berprestasi

rendah

mempunyai

minat

terhadap

pembacaan

teks

KOMSAS(cerpen).Tambahan pada tujuan yang tersebut, kajian ini juga mengkaji sama ada
tahap kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) bersepadanan dengan pengetahuan latar belakang
murid. Dapatan kajian menunjukkan minat membaca teks telah terangsang dan tahap
kesesuaian teks KOMSAS (cerpen) yang di kaji ialah bersepadanan dengan pengetahuan latar
belakang murid.
5.3.1 Minat Membaca Teks KOMSAS (Cerpen)
Dapatan kajian ini mengenai minat murid Tingkatan 3 sekolah berprestasi rendah
terhadap teks KOMSAS (cerpen), menunjukkan respons positif. Seramai 90% daripada
responden memberi respons positif untuk 2 buah cerpen atau nilai min (3.16,0.39). Tahap
respons mengikut peratus ialah selaras dengan dapatan kajian oleh Nur Aini binti Bidin
(2013), 75.6% responden memberi penarafan positif untuk 3 buah cerpen yang paling popular
dan kajian Ariff bin Mohamad (2009), 92.7 % responden dari Tingkatan1-6 memberi
penarafan positif terhadap teks KOMSAS (Cerpen dan Novel ).

53

Kajian oleh Nur Aini binti Bidin (2013) telah menumpukan kepada persoalan minat
penggunaan teks KOMSAS (Cerpen) di kalangan murid Tingkatan 4 aliran Sains. Tahap
minat penggunaan teks dalam pembelajaran Bahasa Melayu ialah pada peringkat sederhana.
Kajian beliau mendapati bahawa sampel kajian hanya mempunyai minat terhadap 3 daripada
6 buah teks cerpen yang wajib dibaca oleh murid tingkatan 4. Manakala kajian ini hanya
menumpu kepada 2 daripada 4 buah teks cerpen yang wajib dibaca oleh murid tingkatan 3.
Reka bentuk kajian yang di gunakan oleh Nur Aini binti Bidin (2013) ialah mengkaji minat
terhadap 6 cerpen dan masalah murid dalam pembelajaran KOMSAS. Manakala kajian ini
menumpukan kepada persoalan yang khusus, aspek kesesuaian teks mengikut unsur-unsur
struktural cerpen dan pengetahuan latar belakang murid. Kajian Nur Aini binti Bidin (2013)
telah menggunakan kriteria bahasa mudah sebagai kriteria minat teks cerpen. Kajian ini telah
menggunakan kriteria bahasa mudah untuk dimensi kesesuaian teks. Kajian Nur Aini binti
Bidin (2013) dan kajian Ariff bin Mohamad (2009) menunjukkan faktor bahasa mudah ada
kaitan dengan minat murid terhadap teks KOMSAS. Ujian korelasi yang telah di jalankan
juga menunjukkan bahawa bagi sampel dari sekolah berprestasi rendah, bahasa mudah juga
merupakan faktor yang signifikan.
Ketiga tiga cerpen Ibu dan Ceper, Memori Seorang Tua dan Melissa yang di minati
oleh murid aliran Sains mempunyai persamaan dengan cerpen Mutiara Bonda dan Segala
yang Tercinta Ada di Sana dari segi tema kegigihan seorang ibu dalam mengharungi
kehidupan (Ibu dan Ceper/ Muriara Bonda), hubungan generasi tua dengan generasi muda
(Memori Seorang Tua/ Segala yang Tercinta Ada di Sana) dan watak utama orang muda
(Melissa/ Segala yang Tercinta Ada di Sana).
Persamaan ini menunjukkan bahawa murid aliran sains mempunyai respons yang
positif kepada 3 buah cerpen yang di sebut kerana cerpen-cerpen berkenaan mempunyai isi
kandungan yang murid aliran sains dapat mengaitkan diri mereka dengan persoalan cerpen.
Bagi 3 buah cerpen yang lain untuk tingkatan 4, berkisar kepada persoalan budaya yang murid
remaja tidak mempunyai minat. Dapatan kajian Nur Aini binti Bidin (2013) membuktikan apa
yang telah di kenal pasti oleh Hughes-Hassell and Lutz (2006) dalam Smith (2009) bahawa
remaja mempunyai minat yang tinggi kepada teks yang ada kaitan dengan diri mereka.
Ainon Mohd (2010) telah mengenal pasti satu unsur penting bagai sastera remaja ialah
ia berkisar kepada dunia remaja dari perspektif remaja. Maka dalam konteks bahan bacaan

54

yang bersifat kesusasteraan, dapatan Hughes-Hassell and Lutz (2006) mengenai minat murid
terhadap bahan bacaan dapat di perkembangkan untuk menjelaskan minat kepada bahan
bacaan kesusasteraan yang mempunyai ciri-ciri sastera remaja.
Interpretasi penyelidik terhadap kajian Nur Aini binti Bidin (2013) serta kajian ini
menunjukkan bahawa minat murid kepada teks KOMSAS (Cerpen) mempunyai kaitan
dengan ciri-ciri sastera remaja dalam teks KOMSAS (Cerpen). Maka aliran akademik Sains
atau status Sekolah Berprestasi Rendah bukan merupakan sebagai faktor yang boleh di
kiatkan dengan minat murid terhadap teks KOMSAS (Cerpen).
Bagi Item Minat Terangsang untuk cerpen Mutiara Bonda, responden setuju pada nilai
min (3.10,0.74) bahawa minat mereka telah terangsang untuk terus membaca teks-teks yang
lain. Bagi Item Minat Terangsang untuk cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana, responden
setuju pada nilai min (3.15,0.89) bahawa minat mereka telah terangsang. Dalam kajian Nur
Aini binti Bidin (2013) pelajar aliran sains telah hanya setuju bahawa minat mereka telah
terangsang oleh aktiviti pengajaran KOMSAS pada nilai min (2.72,0.88). Walaupun kajian ini
melihat minat terangsang dari hasil pembacaan estetik, manakala kajian Nur Aini binti Bidin
(2013) melihat minat terangsang dari hasil pengajaran, respons dari kedua-dua sampel adalah
tekal mengikut trend penarafan bagi sampel yang berkenaan. Kajian Ariff bin Mohamad
(2009) telah mendapati bahawa 78.2% daripada responden setuju bahawa pengajaran
KOMSAS telah menambah minat mereka untuk membaca teks KOMSAS. Kajian Nur Aini
binti Bidin (2013) dan Ariff bin Mohamad (2009) telah mengkonsepsikan minat yang
dirangsang sebagai motivasi ekestrink kerana minat dirangsang oleh faktor luar pada murid,
ya itu proses pengajaran. Manakala kajian ini mengkonsepsikan minat terangsang sebagai
motivasi intrinsik hasil daripada murid selepas pembacaan estetik. .
5.3.2 Kesesuaian Teks KOMSAS (Cerpen)
Kajian ini telah membina soal selidik untuk dimensi kesesuaian teks berdasarkan
struktural cerpen dari sudut tujuan penggunaan teks sebagai bahan bacaan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian oleh Nur Aini binti Bidin (2013) dan
Ariff bin Mohamad (2009) telah membina soal selidik dimensi kesesuaian dari sudut tujuan
penggunaan teks sebagai bahan pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.

55

Nilai min untuk tahap kesesuaian 2 teks KOMSAS (Cerpen) untuk kajian di sekolah
berprestasi rendah ialah (3.20,0.31), untuk kajian Nur Aini binti Bidin (2013) ialah (2.97) dan
untuk kajian Ariff bin Mohamad (2009) ialah (1.5). Tahap kesesuaian teks KOMSAS
(Cerpen) yang tinggi bagi sekolah berprestasi rendah ialah selaras dengan dapatan kajian Ariff
bin Mohamad (2009) yang juga berada pada peringkat tinggi. Dapatan kajian Nur Aini binti
Bidin (2013) bahawa teks KOMSAS (Cerpen) untuk Tingkatan 4 ialah sesuai pada peringkat
sederhana.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah data dari kajian ini telah mengesahkan bahawa
teks KOMSAS (cerpen) yang di sediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sesuai
untuk semua peringkat pelajar di semua sekolah menengah di Malaysia.

5.3.3 Kerangka Konseptual Kajian


(a) Dapatan kajian berdasarkan teori-teori dalam kerangka konseptual kajian.
Dapatan kajian ini mengenai motivasi menunjukkan bahawa murid remaja mempunyai
motivasi intrinsik yang di dorong oleh minat untuk membaca teks KOMSAS (cerpen) apabila
kandungan cerpen itu mempunyai kaitan dengan dirinya dan dunia remaja. Dapatan kajian ini
mengenai motivasi menunjukkan bahawa responden setuju bahawa selepas membaca teks
KOMSAS, murid mempunyai motivasi intrinsik untuk terus membaca. Persetujuan responden
menyokong teori motivasi (Ryan &Deci, 2000) dalam Khairuddin bin Nisa (2011),yang
mengenal pasti faktor minat sebagai pendorong kepada motivasi intrinsik.
Konstruk soal selidik kajian ini ialah berdasarkan teori skema, dimensi kesesuaian
berdasarkan unsur-unsur struktural ialah skema formal dan pengetahuan latar belakang murid
ialah skema isi kandungan mengikut Carrell et. al. (1992) dalam Sri Indrawati dan Sri Utami
(2008). Penggunaan teori skema sebagai konstruk soal selidik telah mengenal pasti corak
penarafan dimensi kesesuaian mengikut unsur-unsur struktural teks. Responden telah
memberi penarafan tinggi kepada unsur watak dan tema cerpen yang berkaitan dengan dunia
remaja. Responden juga memberi penarafan yang tinggi bagi skema isi kandungan, responden
setuju mereka mempunyai pengetahuan latar belakang mengenai personaliti watak. Corak
penarafan menunjukkan minat responden kepada unsur watak dan tema cerpen di pengaruhi
oleh faktor identiti responden sebagai remaja. Kajian oleh Hughes-Hassell and Lutz (2006)

56

dalam Smith (2009) dan rencana Utusan Online oleh Rajiah Hasan (2008) yang memetik
dapatan Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia; remaja minat
membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan dunia remaja.
(b) Kesesuaian teks KOMSAS (Cerpen) dalam Konteks Sekolah Berprestasi
Rendah
Kepentingan faktor umur merupakan satu dapatan di luar jabgkaan kajian, kerana
tujuan kajian ialah untuk mengumpul data minat dan kesesuaian teks dalam konteks sekolah
berprestasi rendah. Corak penarafan respons soal selidik kajian dari segi kebolehpercayaan
respons dan kecenderungan minat membaca teks cerpen telah menunjukkan bahawa faktor
umur ialah lebih kritikal daripada faktor persekitaran pendidikan, sekolah berprestasi rendah.
Walau bagaimana pun data soal selidik yang berkaitan dengan kemahiran kefahaman dapat
menunjukkan ciri-ciri kesesuaian teks KOMSAS (Cerpen) dalam konteks sekolah berprestasi
rendah berdasarkan kesukaran kefahaman.
Respons yang sederhana terhadap keupayaan memahami plot ialah pertanda
kelemahan kefahaman. 65% responden bersetuju bahawa plot kedua-dua cerpen ialah muda
dan senang untuk di fahami. Data ini menunjukkan bahawa 35% daripada responden
menghadapi masalah memahami plot cerpen yang berkaitan dengan organisasi naratif cerpen.
Kelemahan ini ialah pertanda pembaca lemah mengikut Pang (2008) berdasarkan dapatan
kajian oleh Commander and Stanwyck (1997) .
Dari segi kompetensi bahasa, 35% daripada responden tidak setuju bahawa mereka
boleh faham teks kerana ada perkataan baru yang mereka tidak faham. Ini menunjukkan
adanya kelemahan dalam strategi membaca serta kelemahan perbendaharaan kata. Pang
(2008) telah memetik dapatan kajian oleh Alderson (2000) dan Grabe and Stoller (2002, p.
77) yang telah mengenal pasti kecekapan perbendaharaan kata di kalangan pembaca bahasa
pertama sebagai pertanda pembaca mahir.
Kefahaman peringkat teks yang terbatas oleh kerana ada perkataan baru yang tidak
difahami ialah pertanda pembaca lemah. Dapatan kajian Hosenfeld (1977, 1984) dalam Pang
(2009) menunjukkan bahawa pembaca yang mahir dari segi strategi membaca dapat
memahami teks secara keseluruhan walau pun teks itu mengandungi perkataan baru yang
tidak dikenali.

57

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 35% daripada murid sekolah berprestasi rendah
dalam sampel kajian mendapati teks KOMSAS (Cerpen) adalah sukar untuk difahami.
Kesukaran yang di kenal pasti ialah dari segi ada perkataan baru yang tidak difahami dan plot
cerpen.
Kajian kebolehbacaan oleh Dahlia binti Janana (2003) telah mengemukakan tesis
bahawa tahap kesesuaian teks KOMSAS perlu ikut tahap kebolehbacaan yang sesuai
mengikut peringkat tahap persekolahan. Konsep kesesuaian teks yang di kemukakan
bermaksud bagi judul teks kesusasteraan yang sama, kerumitan ayat dan perkataan bagi teks
peringkat sekolah rendah ialah lebih mudah daripada teks untuk sekolah menengah.
Berdasarkan konsep kesesuaian oleh Dahlia binti Janana (2003,) tahap kesesuaian teks
KOMSAS (Cerpen) boleh di interpretasikan sebagai kurang sesuai dari segi kebolehbacaan.
bagi 35% responden yang merupakan pembaca lemah.
5.3.4 Batasan Data Kajian
Batasan utama kajian ini ialah responden terdiri daripada remaja yang berumur 15
tahun. Kesan umur responden dapat di kesan pada sisihan piawai yang tinggi yang
menunjukkan perbezaan respons yang tinggi pada hampir kesemua respons item mengikut
Borgers et. al. (2004).
Kajian oleh Fuchs (2009) mendapati kualiti data mempunyai kaitan dengan umur
responden. Keupayaan kognitif remaja yang tidak dapat membuat interpretasi respons pada
kebolehpercayaan yang tinggi kerana dibatasi oleh kemahiran logik yang belum matang.
Mengikut Fuchs (2009) kajian oleh (Borgers et al., 2000; Fuchs, 2005) mendapati

bahawa

kebolehpercayaan data dari remaja adalah lebih berkualiti daripada respons kanak-kanak.
Maka kebolehpercayaan data dalam kajian ini terbatas oleh umur dan keupayaan kognitif
responden.
5.4

Cadangan untuk Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS di Sekolah


Berprestasi Rendah

Dapatan kajian ini telah menunjukkan kepentingan teori skema untuk kefahaman teks
KOMSAS (Cerpen). Kajian ini mencadangkan:

58

(a) Guru perlu menggunakan kaedah konstruktivisme untuk meningkatkan tahap


kefahaman dan minat murid berdasarkan teori skema.
(b) Guru perlu mengajar maksud perkataan sebagi pengetahuan latar belakang dan strategi
mengaktifkan pengetahuan latar belakang semasa proses membaca..
(c) Guru perlu mengajar maksud frasa atau ayat sebagi pengetahuan latar belakang dan
strategi mengaktifkan pengetahuan latar belakang semasa proses membaca..
(d) Guru perlu menggunakan peta pemikiran sebagai strategi untuk pemetaan isi
kandungan teks untuk pembentukan skema isi teks dalam bentuk grafik.
(e) Guru perlu menjalankan aktiviti meta kognisi sebagai pengajaran mengenai proses
kefahaman teks kesusasteraan untuk membentuk skema tatacara kefahaman.
(f) Guru perlu mengajar kemahiran berfikir aras tinggi untuk pembentukan skema
seperti tema, plot dan perwatakan .

5.5

Cadangan untuk Kajian Selanjutnya


Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penambahbaikan reka bentuk kajian tinjauan

boleh di lakukan untuk kajian pengajaran dan pembelajaran KOMSAS:


(a) Menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif yang menggunakan soal
selidik serta interbiu atau soalan separuh berstruktur untuk memperoleh maklumat
yang lebih terperinci mengenai pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.
(b) Menggunakan kaedah kajian kes untuk meninjau strategi bacaan murid untuk
kefahaman teks KOMSAS.
(c) Konsep sastera remaja di gunakan sebagai kerangka konseptual untuk kajian teks
KOMSAS.
(d) Menjalankan kajian kebolehpercayaan respons murid remaja.
(e) Menjalankan kajian kebolehbacaan teks KOMSAS yang berteraskan pengetahuan latar
belakang murid.
(f) Menjalankan kajian mengenai pembacaan estetika yang lebih terperinci.
(g) Menjalankan kajian untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk mengajar tema
atau persoalan teks KOMSAS yang tidak di sukai oleh pelajar.

59

5.6

Rumusan
Pembacaan estetik teks KOMSAS(Cerpen) telah mencetus rasa suka kepada bacaan

cerpen sehingga merangsang minat murid sebagai motivasi intrinsik untuk terus membaca
karya cerpen yang lain. Perasaan suka terhadap teks KOMSAS (Cerpen) ialah kerana tahap
kesesuaian teks yang tinggi dari segi bahasa mudah serta perwatakan dan tema yang berkaitan
dengan dunia remaja. Pengetahuan latar belakang murid sebagai satu skema sedia ada telah
membantu murid untuk memahami dan suka unsur watak pada korelasi yang lemah. Maka
padanan yang lemah menunjukkan peranan skema isi kandungan mempunyai pengaruh yang
lemah dalam proses kefahaman murid.
Tahap minat dan penarafan kesesuaian teks bagi cerpen Mutiara Bonda dan Segala
yang Tercinta Ada di Sana ialah pada peringkat tinggi. Walau pun begitu, 35% daripada
responden telah memberi respons yang menunjukkan kedua-dua cerpen berkenaan kurang
sesuai bagi mereka. Ini di sebabkan oleh masalah perkataan baru telah membantut tahap
kefahaman mereka serta plot cerpen juga di dapati sukar untuk di fahami. Bagi dimensi
struktural cerpen,corak penarafan unsur-unsur struktural oleh responden menunjukkan
pemeringkatan yang utama kepada watak, di ikuti oleh tema dan akhir sekali plot. Ujian
korelasi Pearson telah menunjukkan bahawa korelasi minat terangsang dengan bahasa mudah
ialah lebih kuat daripada korelasi minat terangsang dengan unsur struktural, watak. Ujian
korelasi Pearson telah menunjukkan bahawa faktor signifikan dalam persoalan kesesuaian
teks KOMSAS (Cerpen) ialah bahasa mudah.
Dapatan kajian ini menunjukkan bagi sampel populasi sekolah berprestasi rendah,
minat terangsang dan kesesuaian teks KOMSAS (Cerpen) mempunyai kaitan signifikan
dengan unsur bahasa mudah. Tambahan pada itu, unsur-unsur struktural teks dari segi
watak,tema dan plot juga mempunyai kaitan dengan kesesuaian teks. Pada keseluruhannya
corak respons sampel murid dari sekolah berprestasi rendah di pengaruhi oleh keupayaan
kognitif mengikut peringkat umur.

60

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Norzila Md Yusof (2013). Keberkesanan
Cerpen dalam Mempertingkatkan Prestasi Penulisan Karangan Bahasa Melayu dalam
Kalangan Murid. Jurnal Bahasa: Jilid 13 Bil.1, Jun 2013.
http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/7-Mempertingkatbahasa-melayu.pdf

Ainon Mohd (2010). Sastera Remaja: Apa Itu Genre Young Adults. Universiti Terbuka
PTS
http://universitipts.com/index.php/site/comments/Sastera_Remaja_Apa_Itu_Buku_Young_Adults
/

Ariff bin Mohamad(2009). Analisis Kesesuaian Pemilihan Teks Bagi Genre Cerpen Dan
Novel Komponen Sastera Dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Tesis Sarjana Muda,)
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/433/1/ANALISIS KESESUAIAN PEMILIHAN
TEKS BAGI GENRE CERPEN DAN NOVEL KOMPONEN SASTERA DALAM
PENDIDIKAN BAHASAMELAYU

Atiqah Aiza (2013) . Nota BMM 3103- Domain Kognitif Taksonomi Bloom.
http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/05/nota-bmm-3103-domain-kognitiftaksonomi.html

Bahagain Pembangunan Kurikulum (2002). Hurian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu


Tingkatan 3. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Boone, Jr. Harry N. dan Boone, Deborah A. (2012).Analyzing Likert Data. The Journal of

Extension. April 2012 // Volume 50 // Number 2.


http://www.joe.org/joe/2012april/tt2.php
Borgers, Natacha. , Joop, Hox., dan Sikkel, Dirk. (2004). Response Effects in Surveys on
Children and Adolescents: The Effect of Number of Response Options,
NegativeWording, and Neutral Mid-Point. Quality&Quantity38: 1733, 2004. Kluwer
Academic Publishers. http://dspace.library.uu.nl/handle/1874/23628

61

Choi, Jaehwa et. al. (2010) Correlational analysis of ordinal data: from Pearsons r to
Bayesian polychoric correlation. Asia Pacific Educ. Rev. (2010) 11:459466 DOI
10.1007/s12564-010-9096-y. http://www.statpt.com/correlation/choi_2010.pdf
Confidence interval. (2014, November 8). Dalam Wikipedia, The Free Encyclopedia. Di
dapatkan semula 01:31, November 11, 2014, dari
http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Confidence_interval&oldid=632956509
Coutant, Carolyn dan Perchemlides, Natalia (2005). Strategies for Teen Readers. EducationalLeadership. October 2005 | Volume 63 | Number 2 Reading Comprehension Pages 4247
http://www.ascd.org/publications/educationalleadership/oct05/vol63/num02/Strategies-for-Teen-Readers.aspx
Curran-Everett , Douglas. dan Benos, Dale J. (2004). Guidelines for reporting statistics in
journals published by the American Physiological Society.Advances in Physiology
Education. Published 1 September 2004Vol. 28no. 3, 85-87DOI:
10.1152/advan.00019.2004. http://advan.physiology.org/content/28/3/85

Dahlia bt. Janana (2003). Kebolehbacaan dan kesesuaian teks komponen sastera Bahasa
Melayu-kajian menurunkan indeks kebolehbacaan. (Tesis sarjana) Universiti
Pendidikan Sultan Idris. http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/156/1/Kebolehbacaan dan
kesesuaian teks komponen sastera Bahasa Melayu-kajian menurunkan indeks
kebolehbacaan.pdf
de Winter,J.C.F. dan Dodou, Dimitra (2012). Five-PointLikertItems: t test versus MannWhitney-Wilcoxon. Practical Assessment, Research & Evaluation.Volume 15,
Number 11, October,2010. http://pareonline.net/getvn.asp?v=15&n=11
Fuchs,Marek (2008). The Reliability of Childrens Survey Responses: The Impact of
Cognitive Functioning on Respondent Behavior. Proceedings of Statistics Canada
Symposium 2008
Data Collection: Challenges, Achievementsand New Directions.
http://www.statcan.gc.ca/pub/11-522-x/2008000/article/10961-eng.pdf

Kamaruzaman Moidunny (2013). Artikel 17 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen


Kajian. http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2013/07/artikel-17-kesahan-dankebolehpercayaan.html

Khairuddin bin Nisa (2011). Kesan Motivasi Intrinsik Dan Motivasi Extrinsik Ke Atas
Pencapaian Pelajar Tingkatan 5 SMK Khir Johari Sungai Sumun (Kajian ilmiah).

62

http://www.geoandyou.com/kajian_ilmiah/kajian_motivasi_intrinsik&extrinsik_2011.
pdf

Knupfer, Nancy et. al. (2012) Descriptive Research Methodologies. Handbook of Research
for Educational Communications and Technology. Edited by David H. Jonassen The
Association for Educational Communications and Technology.
http://www.aect.org/edtech/ed1/41/41-01.html

Lee Kim Hong ( 2005).Pengajaran dan Pembelajaran Sastera dalam Sukatan Pelajaran
Pengajian Cina KDPM.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2005/leeMPRM.pdf

Mat Asuar Awang (2008) KesanPendekatanPenghayatanTerhadapPembelajaranPuisi.(Tesis


PhD ) UniversitiSains Malaysia.
http://eprints.usm.my/9971/1/KESAN_PENDEKATAN_PENGHAYATAN.pdf

Mana Sikana (2009).Estetika di Sebalik Tabir Teori Sastera Melayu.Islam. Jurnal Melayu (4)
2009: 11-28. http://www.ukm.my/j-melayu/images/PDF/pdf%204/2-Mana.pdf
Mohd.Azli Bin Muda (2011) Sejarah Dan Kepentingan KOMSAS.(Tugasan Kursus)
Universiti Terbuka Malaysia. http://www.scribd.com/doc/61854727/SEJARAH-DANKEPENTINGAN-KOMSAS
Mohamed Kassim bin Abdul Latif (1999). Penggunaan Cerpen Dalam Pengajaran Bahasa
Melayu Tingkatan 2 Di Dua Buah Sekolah. (Thesis sarjana) University of Malaya.
http://studentsrepo.um.edu.my/1135/4/BAB_1.pdf

Mohd Rasdi bin Saamah (2002) Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di
sekolah menengah: Satu Tinjauan .Jabatan Pengajian Melayu Institut Perguruan
Tengku Ampuan Afzan. http://jpmipgmtaa.webs.com/penulisan/microsoft word
kajian_komsas.pdf
Mok Soon Sang (2010) Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Ipoh, Malaysia: Penerbitan Multimedia.
Murray, Jacqueline (2013) Likert Data: What to Use, Parametric or Non-Parametric?
International Journal of Business and Social Science, Vol. 4 No. 11; September 2013
http://www.ijbssnet.com/journals/Vol_4_No_11_September_2013/23.pdf

63

Natha Kosasi, Prabantantyo (2012). Korelasi Minat Membaca Di Perpustakaan Sekolah


Dengan Prestasi Belajar Siswa Kelas IV SD Di Kecamatan Pengasih Kabupaten
Kulon Progo S1 thesis Universitas Negeri Yogyakarta
http://eprints.uny.ac.id/9696/3/Bab 2-08108249144.pdf
Nik Hassan Nik Ab. Kadir (2007).Kewajaran Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu.
Jurnal Peradaban Melayu. http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/jurnalperadaban-melayu_04.html

Nur Aini Bt Bidin (2013) Kesesuaian Penggunaan Teks Cerpen Dalam Kalangan Murid
Aliran Sains (Tesis Sarjana Muda,) Universiti Perdana Malaysia.
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 25201.doc
Rajiah Hasan (2008) Membaca bentuk sahsiah remaja, Rencana Utusan Online 07/05/2008
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0507&sec=Rencana&pg=re_
09.htm
Seperi Ismail (2013 ) Jumaat, 21 Jun 2013. KOMSAS. Wacana Perkongsian.
http://seprianiq.blogspot.com/2013_06_01_archive.html.
Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian (2013) Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah
http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/7-Didik-hibur.pdf
Simon, M. K., dan Goes, J.(2013). Dissertation and scholarly research: Recipes for
success(2013Ed.). Seattle, WA, DissertationSuccess, LLC.
http://www.dissertationrecipes.com/wp-content/uploads/2011/04/Measurement-andLikert-Scales.pdf
Smith, Nichole Lynnette (2009). A Study of Middle Grades Students Reading Interests,
Habits, and Achievement.( Doctorate of Education Thesis) University of North
Carolina at Chapel Hill. https://cdr.lib.unc.edu/indexablecontent/uuid:6130e628-adb6440a-bf88-a964c59878db
Sommer,Barbra (2004). Measuring Attitudes. Scaling Module.
http://psychology.ucdavis.edu/faculty_sites/sommerb/sommerdemo/scaling/attitude.ht
m
Sri Indrawati, Nurbaya, dan Sri Utami (2008). Peningkatan Keterampilan Membaca Melalui
Pemetaan Skemata Isi Dan Struktur Teks. Forum Kependidikan, Volume 28, Nombor
1 September 2008
http://forumkependidikan.unsri.ac.id/userfiles/Artikel%20Sri%20IndrawatiUNSRI.pdf

64

Subadrah Nair danRajeswariArumugamm(2006).Keberkesanan Kaedah Model Skema Bagi


Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar Terhadap Cerpen Bahasa Melayu
Malaysian Journal of Learning and Instruction .MJLI VOL. 3 (2006) 65
http://repo.uum.edu.my/1065/1/Subadrah_Nair.pdf
Syed Muhd Kamal Bin S.A.Bakar (2014) Instrumen Penilaian Kemahiran Generik Dalam
Kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK): Metode Kajian. Prosiding
Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014). BatuPahat, Johor,
910 April 2014
http://eprints.uthm.edu.my/5482/1/Syed_Muhd_Kamal_Bin_S.A.Bakar_Full_Paper_2
9.pdf

Phillips, R. A., McNaught, C., & Kennedy, G. (2010). Towards a generalised conceptual
framework for learning: the Learning Environment, Learning Processes and Learning
Outcomes (LEPO) framework. In J. Herrington & W. Hunter (Eds.), ED-MEDIA 2010
(pp. 24952504). Proceedings of the 22nd annual World Conference on Educational
Multimedia, Hypermedia & Telecommunications, Toronto, Canada, 28 June2 July.
Chesapeake VA: Association for the Advancement of Computers in Education.

65

LAMPIRAN

66

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK KAJIAN:
KESESUAIAN KOMSAS (CERPEN) DALAM MERANGSANG MINAT MURID
TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pelajar-pelajar yang dihormati,


-

Saya merupakan mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah dari Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan.

Tahniah kerana anda telah terpilih dalam kajian ini. Saya ingin merakamkan setinggitinggi penghargaan atas kesudian anda untuk mengambil bahagian dalam kajian ini.

Sila jawab kesemua soalan yang diberikan.

Identiti dan respon anda adalah SULIT dan akan dirahsiakan.

Maklumat peribadi anda tidak akan didedahkan dan akan digunakan untuk tujuan
kajian sahaja.

67

BAHAGIAN A : Latar Belakang Pelajar


Arahan :

i.
ii.

Sila tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan.


Sila jawab semua soalan.

1. Bangsa

Melayu
India

[
[

]
]

2. Jantina

Lelaki
Perempuan

[
[

]
]

Bahagain B:Soal Selidik Cerpen Mutiara Bonda


ARAHAN BAHAGIAN B DAN C : BULATKAN JAWAPAN BERDASARKAN SKALA 1, 2, 3, ATAU 4.
Petunjuk :
4 Sangat Setuju

3 Setuju

2 Tidak Setuju

1 Sangat Tidak Setuju

Tajuk Cerpen: Mutiara Bonda


Bil Item
Dimensi minat

Skala

Saya berminat membaca cerpen Mutiara Bonda

Saya berminat untuk membaca cerpen yang lain-lain selepas tamat


membaca Mutiara Bonda.
Dimensi kesesuaian cerpen

Saya suka membaca tema mengenai kegigihan dan kesabaran seorang


ibu mendidik anak lelaki sehingga berjaya..
Saya suka sifat kasih sayang ibu Mohd Harraz.

Saya suka baca perkataan atau istilah baru.

Saya suka plot cerita Mutiara Bonda kerana ia mudah dan senang untuk
difahami.

1
2

68

7
8
9

10
11
12
13

Saya suka membaca bahasa indah yang terkandung dalam cerpen


4
Mutiara Bonda.
Bahasa yang digunakan dalam cerpen Mutiara Bonda mudah dan senang 4
untuk difahami.
Saya boleh faham cerita dalam cerpen Mutiara Bonda walaupun ada
4
perkataan baru yang saya tidak ketahui sebelum ini.
Dimensi pengetahuan latar belakang murid

Saya ada pengalaman menerima kasih sayang yang ditunjukkan oleh


seorang ibu.
Saya dapat faham plot cerita berdasarkan pengalaman saya mengenai
apa yang berlaku dalam masyarakat.
Saya mempunyai pengetahuan bahasa untuk memahami gaya bahasa
seperti metafora,simile atau personifikasi.
Saya mempunyai pengetahuan kosa kata untuk memahami cerita
Mutiara Bonda.

Bahagain C:Soal Selidik Cerpen

Tajuk Cerpen: Segala yang Tercinta Ada di Sana


Bil Item
Dimensi minat

Skala

Saya berminat membaca cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana

Saya berminat untuk membaca cerpen yang lain-lain selepas tamat


membaca Mutiara Bonda.
Dimensi kesesuaian cerpen

Saya suka membaca tema mengenai masyarakat kampung yang


bergantung pada tumbuhan-tumbuhan semula jadi sebagai sumber
makanan dan perubatan.
Saya suka watak bersifat rajin, bertanggungjawab dan taat kepada
orang tua seperti Aku.
Saya suka baca perkataan atau istilah baru.

Saya suka plot cerita Segala yang Tercinta Ada di Sana, kerana ia mudah
dan senang untuk difahami.
Saya suka membaca bahasa indah yang terkandung dalam cerpen Segala
yang Tercinta Ada di Sana.
Bahasa yang digunakan dalam cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana,
mudah dan senang untuk difahami.
Saya boleh faham cerita dalam cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana,
walaupun ada perkataan baru yang saya tidak ketahui sebelum ini.
Dimensi pengetahuan latar belakang murid

1
2

3
4

7
8
9

69

10
11
12
13

Saya ada pengalaman mengenali orang seperti watak Aku.

Saya dapat faham plot cerita berdasarkan pengelaman saya mengenai


apa yang berlaku dalam masyarakat.
Saya mempunyai pengetahuan bahasa untuk memahami gaya bahasa
seperti metafora,simile atau personifikasi.
Saya mempunyai pengetahuan kosa kata untuk memahami cerita Segala
yang Tercinta Ada di Sana.

Sekian Terima kasih

You might also like