You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH MOTIVASI

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahillazi anaman biniaqmatil imani wal islam. Wassola tu wanaslamu


ala qairil anam, saiyidina muhammadin waala alihi wasohbihi wabarik wassalam.

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Yang Berhormat,
Dato Hajah Suraya Bt Yaacob
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang
Yang Dihormati,
Encik Rosham Noor,
Selaku penceramah jemputan
Yang Dihormati,
Encik Zubidi bin Deris
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang,
Barisan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang,
Para ibu bapa dan waris
Seterusnya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang.
Buah pauh si bunga rampai,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi,
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah berseri.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi
melangsungkan Majlis Ceramah Motivasi Pelajar dan Waris SMK Kubor Panjang.Bagi seluruh
warga SMK Kubor Panjang., pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato dan para
jemputan bertamu ke majlis kita pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini
akan menjadi lebih bermakna.

Orang Jawa berdagang ke kota,


Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan
bagi memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


tadi.

atas bacaan doa sebentar

Hadirin yang dihormati,


Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SMK Kubor Panjang. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Dihormati Encik Zubidi bin Deris, bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Sekalung penghargaan kepada Yang Dihormati Encik Zubidi bin Deris, atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berhormat, Dato Hajah Suraya Bt Yaacob Ahli

Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya,
majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi apresiasi buat Yang Berhormat, Dato Hajah
Suraya Bt Yaacob atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin,
Kini, tibalah kita ke acara yang paling dinantikan semua. Untuk itu, Majlis dengan tunduk hormatnya
mempersilakan Yang Dihormati Encik Rosham Nor bagi memulakan slot motivasi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Rosham Nor
atas kesudian mengendalikan slot motivasi sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi..


Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Hajah Suraya bt Haji Yaacob
serta para tetamu atas kesudian hadir ke majlis yang bermakna ini.
Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang
baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.
Tirai majlis saya tutup dengan Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabaratuh.

You might also like