You are on page 1of 2

Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir setiap insan di bumi bertuah ini

tentang tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini iaitu 1 Malaysia:
Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. Semenjak mencapai kemerdekaan, kita
telah mengalami beberapa perubahan dalam pelbagai bidang,baik dalam
perindustrian,pengangkutan,pertanian mahupun pendidikan. Kerajaan telah banyak
membawa perubahan atau transformasi yang nyata dan signifikan kepada proses
kelangsungan negara. Tranformasi yang dilakukan ini telah pun mencipta pelbagai
kemajuan dan kejayaan yang akhirnya telah memberi manfaat kepada negara dan
kesejahteraan rakyatnya. Perkara ini memang tidak dapat kita nafikan.
Dalam sejarah pendidikan negara selepas merdeka kita telah mengadakan
beberapa kali reformasi yang tujuannya adalah untuk membaiki dan meningkatkan
lagi kemampuan sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa dan cabaran
masa depan.Begitu juga dengan bidang-bidang lain. Pada Tahun 2009, Kerajaan
telah melancarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan
mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan
tinggi menjelang tahun 2020. Transformasi ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama
dan sokongan padu daripada semua rakyat Malaysia .
Transformasi melibatkan diri, niat, komitmen dan pemikiran kita. Menurut
perspektif Islam, transformasi atau perubahan ini tidak akan terhasil melainkan
perubahan itu wujud dalam diri kita sendiri. Firman Allah S.W.T dalam surah alNahl ayat 11 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Dengan itu, kita semua perlu berusaha untuk membuat perubahan positif.Sekiranya
kita bersama-sama melaksanakan transformasi ini dengan cara yang positif sudah
pasti kita akan mengecapi kejayaannya nanti.
Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan
Transformasi Kerajaan (GTP) juga telah menunjukkan impak positif. Antara
kejayaan utama GTP adalah Penurunan Jenayah Jalanan sebanyak 13,193 kes,
Peningkatan penyertaan Prasekolah mencapai 72.42%, Skor Rasuah CPI menurun
kepada 4.5%, sebanyak 44,535 Isi Rumah dikeluarkan daripada kategori miskin
tegar dan 36,273 rumah tambahan dibekalkan air bersih.Justeru,kita mestilah
sentiasa proaktif dalam setiap tindakan agar transformasi yang diidam-idamkan
membuahkan hasil yang cemerlang.Kejayaan dan kesejahteraan negara tidak akan
datang begitu sahaja dengan mudah, transformasi juga tidak akan terlaksana tanpa
daya usaha yang gigih dan kerjasama daripada seluruh rakyat Malaysia
Dalam bidang pendidikan transformasi sangat penting kerana perjuangan
dalam bidang pendidikan adalah perjuangan untuk menjamin kelangsungan hidup
sesuatu bangsa,perjuangan untuk mengangkat maruah dan harga diri
individu,perjuangan untuk menjulang negara ke mercu kejayaan dan
kecemerlangan.Dengan kewujudan Sekolah Berprestasi Tinggi diharapkan
pendidikan di negara kita seiring dengan pendidikan bertaraf dunia. Begitu juga
dalam bidang perindustrian, negara kita sudah dapat berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan negara-negara lain di seantero dunia.
Mantan Perdana Menteri ,Tun Dr.Mahathir pernah menegaskan bahawa `kita
perlu membangunkan negara bangsa Malaysia,tetapi mengikut acuan kita
sendiri.Acuan atau model yang cuba ditanamkan menekankan pembangunan yang

menyeluruh,seimbang dan sepadu antara keperluan-keperluan rohani dan


jasmani,serta duniawi dan ukhrawi,iaitu selaras dengan konsep pembangunan
kemanusiaan yang hakiki,lengkap dan sempurna. Lantaran itu,dengan kewujudan
1Malaysia,dapat mengukuhkan lagi pembangunan negara bangsa ini dalam konsep
1Malaysia yang mahu mewujudkan transformasi ke arah merealisasikan hasrat
pemimpin-pemimpin terdahulu yang mahu melihat integrasi antara kaum di negara
kita menjadi semakin kukuh.Malah,jurang antara penduduk di luar bandar dan di
bandar juga dapat dirapatkan.
Akhir sekali, Marilah kita semua bersatu dan berpadu tenaga untuk
menjayakan agenda transformasi negara demi kesejahteraan rakyat dan negara.

You might also like