You are on page 1of 2

Hobi Saya

Setiap orang di dalam dunia ini mempunyai hobi yang


tersendiri. Hobi adalah sesuatu perkara yang sangat
bermaanfatkan dan mempunyai banyak faedah. Kita dapat
menghabiskan masa lapang kita dengan berguna jika kita
mempunyai hobi. Contoh-contoh hobi adalah mengumpul
setem, membaca buku, memancing, melukis dan sebagainya.
Hobi saya membaca. Saya berjinak-jinak dengan hobi
ini sejak saya berumur lima tahun. Semasa saya berumur lima
tahun, ibu saya selalu membacakan buku cerita untuk saya dan
adik saya setiap hari.Ibu juga akan membawa saya dan adik ke
perpustakaan awam yang berdekataan dengan rumah
saya.Sejak itu, saya menjadikan budaya membaca itu sebagai
hobi saya. Boleh dikatakan saya mengikut jejak ibu dan bapa
saya yang rajin membaca buku.
Ibu bapa saya mengalakkan saya supaya membaca
setiap hari. Mereka juga juga membeli pelbagai bahan bacaan
untuk saya seperti novel,komic,buku cerita,surat khabar dan
lain-lain. Saya berminat membaca buku cerita misteri.Saya
juga suka membaca bahan bacaan yang mengandungi unsurunsur lawak jenaka. Membaca juga dapat menghiburkan hati
dan juga merehatkan minda selepas penat belajar.
Saya juga dapat bertukar-tukar buku cerita dengan
kawan-kawan saya. Ini juga dapat mengeratkan hubungan
kami dan saya tidak perlu menyusahkan ibu bapa saya untuk
membeli buku-buku cerita untuk saya.Ibu bapa saya juga
membelikan buku cerita sebagai hadiah semasa hari jadi saya.
Saya juga sering membaca dan meminjam buku cerita di
perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam.
Seseorang yang rajin membaca tidak akan menjadi
seperti 'katak di bawah tempurung'. Dengan membaca saya
dapat memperoleh banyak ilmu , memperbaiki mutubahasa
saya dan memperluasan perbendaharan kata. Ibu saya juga
selalu memberitahu saya bahawa seseorang yang rajin
membaca akan berjaya dalam pelajaran.

Hobi sangat berfaedah dalam hidup kita. Oleh sebab


itu, kita harus memupuk tabiat suka membaca, bak kata orang
bijak pandai, ' Membaca Jambatan Ilmu'.

You might also like