You are on page 1of 2

Baru-baru ini sekolah kamu

telahmengadakan Larian 1 Malaysia.


Tuliskan berita tentang larian berikut
selengkapnya.
PASIR GUDANG, 20 September- Larian
1 Malaysia telah dilangsungkan di Sekolah
Kebansaan Taman Rinting 2, semalam. Larian 1
Malaysia ini julung kali diadakan. Larian ini
melibatkan murid-murid dan guru-guru. Program
ini juga telah mengeratkan silaturahim antara
murid-murid dan guru-guru. Larian ini diadakan
di padang Sekolah Taman Rinting 2.
Sebelum larian bermula, guru besar iaitu
Puan Mazara telah memberi ucapan untuk muridmurid di padang sekolah.Kemudian murid-murid
telah menyanyikan lagu ' Negaraku' , lagu negeri
Johor dan lagu sekolah. Murid-murid menyanyi
dengan penuh bersemangat.Selepas itu mereka
membaca ikra yang dilafazkan oleh Ketua
pengawas iaitu Syed bin Muzzafar.
Larian bermula pada pukul 9:00 pagi.
Murid-murid tahap 1 dilepaskan dulu. Guru-guru
menunggu murid-murid di checkpoint dan
memberi gelung getah berwarna-warni.Pada
pukul 9:30 murid-murid tahap 2
dilepaskan.Selpas berlari murid-murid duduk di
dewan untuk menghilangkan penat.Setiap murid
diberi botol air minuman.
Pada pukul 10:15 majlis penyampaian
hadiah bermula.Guru besar memberikan hadiah
kepada murid-murid.Tempat pertama bagi tahap

1 adalah Thanusha Araventhan, tempat kedua


Asanthini Rajasran dan tempat ketiga Anny
Selva. Bagi tahap 2 dimenangi oleh Darshana
Araventhan, Shweta Raj dan Sasmitha Mun.Para
pemenang diberi hadiah berutus hamper.Mereka
ditanya perasaan mereka apabila menang.Mereka
semua jawab gembira dan terperanjat.
Selepas majlis penyampaian hadiah,
murid-murid dan guru-guru dijemput makan di
kantin sekolah.Pelbagai juadah yang lazat telah
disediakan oleh pihak kantin.Antaranya ayam
goreng, nasi lemak, kuih -muih dan lainlain.Murid-murid makan dengan gelojoh kerana
sangat lapar selepas berlari 2 kilometer.Muridmurid dibenarkan bermain-main dengan kawankawan mereka untuk seketika.
Program ini ditutup dengan rasminya oleh
guru besar sekolah . Murid-murid balik pada
pukul 1:00 petang.Pihak sekolah berharap
program sebegini akan diadakan dengan lebih
meriah dan juga akan berjalan lancar pada tahun
hadapan.

You might also like