You are on page 1of 3

IMPLIKASI TOKOH MARIA MONTESORRI DAN IBNU KHALDUN DALAM SISTEM

PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA


a) Pengurusan bilik darjah
Implikasi tokoh Maria Montesorri dalam sistem di bilik darjah prasekolah di
Malaysia ialah dari segi persekitaran pusat prasekolah. Suasana persekitaran
pendidikan prasekolah di Malaysia mempunyai kawasan yang luas untuk kanakkanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga
kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Peralatan asas di
dalam bilik darjah prasekolah juga seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan,
papan hitam dan pelbagai lagi juga diguna pakai yang sesuai dengan umur mereka,
bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping
dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Sama
seperti yang ditekankan falsafah Montessori yang berdasarkan logik, teratur,
sistematik dan indah.
Selain itu, guru prasekolah yang berada di Malaysia juga mengamalkan kawalan
yang minimal. Maksudnya disini guru hanya memerhati kanak-kanak dari jauh dan
hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang
bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Hal ini sama seperti yang
ditekankan dalam pendidikan Montessori.
Tambahan pula, guru prasekolah di Malaysia juga menggunakan alat bahan
bantu mengajar yang maujud untuk mengajar kanak-kanak supaya kanak-kanak
lebih cepat faham.
Manakala, implikasi Ibnu Khaldun di dalam prasekolah Malaysia dari segi aspek
pengurusan bilik darjah ialah apabila guru mengajar, guru akan mengajar dari
senang dulu kepada yang susah iaitu secara berperingkat-peringkat, mengadakan
latih tubi, menggunakan benda-benda maujud dan juga menggunakan bahan-bahan
bantu mengajar. Hal ini sangat diterapkan dalam pengajaran seharian seorang guru
kepada anak murid di prasekolah Malaysia. Selain itu, jadual kanak-kanak

prasekolah juga disusun dengan baik dan juga masa belajar untuk kanak-kanak
tidak terlalu panjang sejajar dengan pendapat Ibnu Khaldun.

b) Kurikulum
Manakala dari segi kurikulum Maria Montesorri pula, implikasinya begitu banyak
yang diguna dalam sistem Kurikulum Prasekolah Kebangsaan di Malaysia. Diantaranya
ialah Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living). Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti
mengenakan butang baju, memasang tali kasut, menggilap kasut, menyikat rambut,
menyiram pokok dan juga mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja.
Aktiviti ini telah diguna dalam kurikulum prasekolah di Malaysia pada aktiviti rutin.
Aktiviti rutin ini sangat penting dan mengambil lebih kurang 30% daripada masa
prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin merangkumi kesemua tunjang dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Selain itu, Bahan Deria (Sensorial Material) juga telah diguna dalam Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan di Malaysia. Untuk memperkembangkan kemahiran kanakkanak, Montessori telah mencipta berbagai alat bantuan mengajar seperti Pink Tower,
Brown Stairs, Red Rods, Cylinder Block, Smelling Jar, Baric Tablets, Latihan Mengecam
Warna, Sound Boxes, Temperature Jugs dan juga Pelbagai Jenis Kain. Kaedah
Montessori dan bahan pengajarannya menekankan Sensory Teaching And Learning.
Sama

seperti

sistem

Kurikulum

Prasekolah

Kebangsaan

di

Malaysia

yang

menggunakan alat bahan bantu mengajar yang sesuai dan juga unik untuk mengajar
kanak-kanak. Hal ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan
menggunakan deria dengan cekap.
Aktiviti yang bercorak akademik dari Maria Montessori juga telah diguna dalam
sistem Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dimana pendidikan prasekolah di
Malaysia ini melaksanakan modul bertema dan juga modul asas. Modul asas yang
merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan juga Bahasa Tamil.
Modul ini diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah. Manakala, Modul

Bertema pula menyepadukan semua tunjang dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan


termasuk bahasa, pendidikan dan juga matematik. Hal ini sejajar dengan kaedah
kurikulum Maria Montessori.
Sesungguhnya Ibn Khaldun adalah perintis dalam bidang pendidikan di mana
beliau banyak mengemukakan idea-idea besar tentang bagaimana sikap yang
sepatutnya ada dalam proses pendidikan. Lihat sahaja saranan beliau tentang aspek
berfikir. Kini, Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) telah diterapkan di
dalam kurikulum sekolah. Ini menunjukkan, kemahiran berfikir ini telah lama disarankan
oleh Ibn Khaldun lebih dari 600 tahun yang dulu. Betapa hebatnya pemikiran beliau di
mana beliau dapat memberi idea yang segar dan masih relevan walaupun kini kita telah
memasuki abad 21.
Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam
membentuk peribadi kanak-kanak.

You might also like