You are on page 1of 5

Kopi pelik yang enak?

Jenama kopi yang biasa kita minum pasti memberikan perasaan yang mendatar apabila
meminumnya setiap hari. Bagi penggemar tegar kopi pasti mereka turut tercari-cari jenis kopi
yang jarang sekali boleh di dapati di kedai biasa. Hanya boleh didapati di kawasan pergunungan
dan juga di kepulauan kecil sesebuah negara yang mana mereka adalah pengeluar paling banyak
untuk jenis kopi yang pelik.
Walaupun harga yang agak tinggi berbanding kopi biasa, namun ianya bukanlah menjadi satu

malasah untuk para penggemar kopi untuk merasai keunikan rasa dan juga bauan kopi yang lain
daripada yang lain.
Ikuti beberapa jenis kopi dari seluruh dunia yang pasti memiliki keunikan sendiri.
Kopi Luwak
Kopi yang berasal dari Indonesia ini dirumus khas dari tahi binatang musang yang mana pada

mulanya menjadi baja tanaman ladang kopi. Kemudian menjadi bahan utama untuk membuat
kopi kerana kuantitinya yang banyak suatu ketika dahulu. Jangan risau, kopi ini telah di
dipastikan pembuatan serbuknya terjaga dengan mengambil hanya yang baik sebelum
dipanggang untuk dijadikan sebuk kopi. Kopi ini menjadi antara kopi termahal dan pelik di
dunia, dan boleh menempah sendiri secara online.
Kopi Mark
Sangat sesuai jika anda dapat sajikan kopi ini di waktu pagi atau petang sebagai minuman
pilihan. Kopi yang dirumus khas dengan rasa masam yang enak, aroma yang menusuk kalbu
memberikan anda satu keunikan rasa yang luar biasa. Kopi yang klasik untuk semua. Kopinya
hanyalah yang terpilih dari bahan Arab yang dipanggang.
Kopi Jing Yin
Dahulunya dikenali sebagai kopi ritual. Hanya dibuat khas oleh pembuat kopi terlatih. Dirumus
hanya di satu kawasan ladang kopi yang mana di situ jugalah proses kopi berlangsung. Hanya
terdapat satu tempat sahaja kopi ini diproses yang pasti keunikan kopi ini memang terjaga. Kini
dikenali dengan nama "Kopi Jing Yin" yang boleh dirasai dan didapat di Lokasi: 68-M, Jalan
SS21 / 39, Damansara Utama, Petaling Jaya dengan harga RM10 hingga RM30 ringgit secawan.
Harga yang tidak perlu dibandingkan dengan merasai sendiri keunikan kopi ini!
Kopi di pergunungan gunung biru Jamaica
Kopi yang memang terkenal di pergunungan Jamaica. Mereka antara pengeluar terbesar kopi
yang membantu menaik taraf ekonomi Negara mereka apabila 80 peratus dari kopi yang
dipanggang di sana diimport ke Negara Jepun kerana permintaan yang tinggi dengan keunikan
kopi ini. Kopi di pergunungan biru Jamaica hanya boleh di dapati di sana. Untuk melabel kopi
asli harus ada pengesahan dari pihak atasan pengeluar kopi yang sememangnya menjaga kualiti
produk kopi ini yang telah menjadi salah satu punca ekonomi negara tersebut. Dengan aroma dan
rasanya yang unik, tidak hairanlah kopi ini menjadi antara pilihan penggemar kopi seluruh dunia!
Kopi Monyet Parchment
dddDD Selepas kehadiran kopi Luwak yang menungguli carta kopi pelik yang mahal, ada satu
lagi kopi yang agak pelik dan tidak diketahui ramai iaitu kopi Monyet Parchment yang boleh
didapati di India. Ia terhasil selepas monyet tersebut memakan buah-buahan manis yang ada di
pendalaman hutan dan meludahnya. Ketika itu pekerja yang datang ke kawasan mereka iaitu di
Chickmagular untuk memasang lantai menjumpai ludahan monyet tersebut bersepah di tanah.
Berasa sesuatu yang unik, mereka mengambil keputusan untuk mengumpul dan mengeringkan
bahan tersebut lantas memanggang sehinggalah menjadi serbuk kopi. Rasa kopi yang lazat tetapi
jelik ini sememangnya antara kopi yang anda harus cuba suatu hari nanti.

Khasiat daun sirih untuk kesihatan

By Ashraf Nasser | Tupai Mon, Aug 27, 2012 2:57 PM MYT

Email

Print

View Photo
Khasiat daun sirih untuk kesihatan

27 Ogos - Daun sirih sememangnya sudah menjadi amalan golongan dari dahulu lagi. Pasti anda
mempunyai pengalaman melihat atuk atau nenek kita sentiasa mengunyah daun sirih. Tetapi
golongan muda kini pasti tidak tahu khasiat yang terdapat pada daun sirih ini.

Khasiat daun sirih ini sudah banyak dikenal dan telah teruji secara klinis, dan sehingga kini
penelitian tentang tanaman ini masih terus dikembangkan. Daun sirih sangat bermanfaat untuk
mengubati berbagai penyakit.

Disini kami senaraikan 14 jenis masalah kesihatan yang dapat diubati dengan menggunakan daun
sirih.
1. Batuk
Siapkan 15 lembar daun sirih dan tiga gelas air. Cuci daun sehingga bersih dan rebus sampai
tersisa menjadi tiga perempat bahagian. Minum bersama madu.
2. Bronkitis
Rebus tujuh lembar daun sirih yang telah dicuci bersih bersama sepotong gula batu dalam dua
gelas air bersih. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum tiga kali sehari masingmasing sepertiga gelas.
3. Menghilangkan bau badan
Ambil lima lembar daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Tunggu sampai tersisa menjadi
satu gelas. Minum pada waktu siang.
4. Luka bakar
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Peras airnya dan tambahkan sedikit madu,
kemudian letakkan ke tempat luka.
5. Mimisan
Siapkan satu lembar daun sirih yang agak muda, kemudian memarkan dan gulung. Gunakan
untuk menyumbat hidung yang berdarah.
6. Bisul
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Setelah itu giling sampai halus dan disapukan pada
bisul dan sekelilingnya. Balut dan ganti dua kali sehari.
7. Mata gatal dan merah
Sediakan 5-6 daun sirih muda dan segar rebus dengan segelas air sampai mendidih. Tunggu
sampai dingin dan gunakan untuk mencuci mata dengan gelas cuci mata tiga kali sehari sampai
sembuh.
8. Koreng dan gatal-gatal
Rebus 20 lembar daun sirih sampai mendidih. Gunakan air rebusan yang masih hangat untuk
membasuh koreng dan gatal.
9. Menghentikan gusi berdarah
Rebus empat lembar daun sirih dalam dua gelas air. Gunakan untuk berkumur.
10. Sariawan
Ambil 1-2 lembar daun sirih kemudian cuci bersih. Kunyah sampai lumat dan buang ampasnya
setelah selesai.
11. Menghilangkan bau mulut
Siapkan 2-4 lembar daun sirih, cuci bersih dan remas. Kemudian rendam daun sirih dengan air

panas lalu gunakan untuk berkumur.


12. Jerawat
Ambil 7-10 lembar daun sirih, cuci bersih dan tumbuk halus. Masukkan masukkan daun sirih
yang sudah ditumbuk halus dengan dua gelas air panas. Gunakan air tersebut untuk mencuci
muka. Lakukan 2-3 kali sehari.
13. Keputihan
Rebus 10 daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2.5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih
hangat tersebut untuk mencuci bahagian sulit.
14. Mengurangi ASI berlebih
Ambil beberapa daun sirih, cuci bersih dan sapukan sedikit dengan minyak kelapa. Kemudian
hangatkan di atas api sampai layu. Tempelkan di seputar payudara yang bengkak selagi masih
hangat.

You might also like