You are on page 1of 32

STATISTIK ASAS

Nordin Tahir
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Ipoh

Statistik Asas
Statistik asas merupakan satu teknik matematik
untuk memproses, menyusun, menganalisis dan
membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk
kuantitatif
Dalam ujian dan peperiksaan, kaedah statistik
digunakan untuk membuat analisis dan kesimpulan.
Data yang dipungut ini biasanya tidak disusun
dengan teratur.
Untuk memudahkan kita merujuk kepada data ini, ia
seharusnya direkodkan secara teratur dan sistematik.

Graf, Ogif, Histogram,


Lengkung Taburan, dan Kekerapan
Apabila skor ujian diperoleh daripada sekumpulan pelajar, ia
biasanya akan berada dalam susunan rawak seperti yang
ditunjukkan:
90, 56, 70, 70, 90, 70, 40, 56, 90, 86, 46, 57, 78, 90
Kesemua ini adalah skor-skor mentah.
Oleh itu, seorang guru perlu mengorganisasi dan
mempamerkan skor dalam bentuk yang teratur supaya ia
lebih bermakna.
Guru perlu membuat pengiraan mudah untuk mentafsirkan
data secara tepat.
Terdapat dua cara, iaitu taburan secara menaik dan menurun.

Taburan Secara Menaik dan Menurun


Susunan Menaik:
Data-data disusun daripada yang terendah kepada
tertinggi seperti:
40, 46, 56, 56, 57, 70,70,70, 78, 86, 90, 90, 90, 90

Susunan Menurun:
Data-data disusun daripada yang terendah kepada
yang tertinggi. Contohnya:
90, 90, 90, 90, 86, 78, 70, 70, 70, 57, 56, 56, 46, 40

Taburan Kekerapan

Skor 56% : 2 pelajar


Skor 70% : 3 pelajar
Skor 90% : 4 pelajar

Bilangan pelajar yang


memperoleh setiap
skor tersebut
dikatakan kekerapan

Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu skor


wujud dalam sesuatu taburan.
Maka kekerapan untuk skor 90% ialah 4 (kekerapan
tertinggi) manakala kekerapan untuk 56% ialah 2
(kekerapan terendah).

Jika mempunyai bilangan skor yang banyak, adalah berguna


untuk dibina taburan kekerapan secara berkumpul serta graf
taburan.
Skor-skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan skor
yang ada dalam setiap sela digundalkan.
Tanda-tanda gundal ini dikira untuk memperoleh kekerapan,
iaitu bilangan skor dalam setiap sela kelas.
Sebagai contoh, perhatikan bagaimana skor-skor berikut
disusun dalam taburan kekerapan dengan julat kelas sebanyak
5.
33
22
14
32
27
31
17

12
16
34
24
20
22
29

6
48
22
27
33
16
13

45
26
19
30
14
36
18

27
37
40
23
27
27
44

25
21
24
31
20
9
12

11
3
22
19
29
28
28

37
26
15
24
23
25

Histogram (Graf Bar)

Poligon Kekerapan

Poligon Kekerapan dibina dengan memplotkan titik di nilai tengah setiap sela kelas
ke ketinggian selaras dengan bilangan kekerapan kelas berkenaan.
Kemudian, sambungkan kesemua titik-titik dengan garis lurus.
Titik awalan dan akhir harus berada pada paksi-X.

Kekerapan Himpunan (Ogif)

Kekerapan himpunan ialah jumlah kekerapan data dan kekerapan data


sebelumnya.
Berdasarkan jadual di atas, kita boleh menentukan bilangan pelajar yang
memperoleh skor yang sama atau kurang daripada sesuatu skor tertentu.
Contohnya, bilangan pelajar yang memperoleh skor antara 15 19 skor atau
kurang daripadanya ialah 16.

Lengkong Kekerapan Himpunan (Ogif)

Lengkung taburan kekerapan himpunan juga dikenali sebagai ogif.


Taburan kekerapan himpunan digunakan untuk melukis graf yang dinamakan ogif
untuk mentafsir data yang diperoleh.
Untuk melukis ogif, nilai data berada di paksi-x, manakala kekerapan himpunan
berada pada paksi-y.
Ogif yang dilukis di bawah berdasarkan Jadual di atas.

Lengkung Taburan Normal


Lengkung taburan normal berbentuk loceng jika skor-skornya bertaburan
normal.
Kawasan di bawah lengkung mewakili semua skor (100%) di mana 50%
daripada skor berada di atas min dan 50% daripada skor pula berada di
bawah min.
Manakala, min, median dan mod adalah sama.
Kebanyakan skor berhampiran dengan min dan semakin jauh sesuatu skor
daripada min bermaksud kurangnya bilangan calon yang memperoleh skor
tersebut.

Taburan Pencong Positif


Dalam konteks pengujian dan penilaian bilik darjah, kemungkinan kita
tidak akan dapat satu lengkung taburan normal.
Contohnya, taburan pencong positif merujuk kepada susunan ketiga-tiga
ukuran kecenderungan memusat dari kiri ke kanan ialah: pertama, mod,
iaitu nilai terendah; kemudian, median, iaitu nilai tengah; dan akhirnya,
min, iaitu nilai tertinggi.

Taburan Pencong Negatif


Bagi taburan pencong negatif pula, susunan ketiga-tiga ukuran
kecenderungan memusat dari kiri ke kanan adalah : pertama, min, iaitu
nilai terendah; kemudian, median, iaitu nilai tengah; dan akhirnya, mod,
iaitu nilai tertinggi.

Min, Median, Mod


( Ukuran Kecenderungan Memusat)
Ia merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor.
Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat, iaitu min,
median dan mod.
Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar
dalam sesuatu ujian. Ia juga menggambarkan prestasi
keseluruhan untuk tujuan memberbandingkan prestasi antara
pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama. Min juga
berguna semasa mengira sishan piawai dan skor sishan;
Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi
dalam satu taburan. Simbol statistik mod ialah M0;
Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik
atau menurun.
Median boleh dikirakan dengan
membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua
bahagaian yang sama.

Pengiraan Min
Pengiraan min itu penting kerana ia memudahkan kita menggunakan
formula statistik untuk mengira sisihan piawai, skor Z dan skor T.
Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan semua skor
dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini dengan bilangan skor.
Contohnya, min untuk skor-skor 70, 85 dan 100 dalam satu ujian ialah:
70+85+100 = 85
3
Min data dikira dengan menggunakan rumus yang berikut:

Contoh:

Dalam satu ujian Matematik, skor untuk 10 orang pelajar adalah: 35, 42,
55, 67, 75, 88, 90, 94, 96 and 98. Kirakan min dengan menggunakan
formula di atas.

Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua skor


dalam taburan dan ia sangat jitu. Contohnya, min digunakan oleh guruguru untuk mengira nilai purata skor yang diperoleh oleh pelajar-pelajar
dalam ujian buatan guru.

Pengiraan Min untuk Data Terkumpul


Pengiraan min untuk data terkumpul lebih kompleks.
Contohnya;

Median

Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua
skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam satu susunan
taburan menaik atau menurun.
Sebagai contoh, median untuk skor ujian ejaan (40,56,35,70,94) dan ujian penulisan
(55,62,96,45,76,80) adalah berikut:

Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam sesuatu taburan.
Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80. Walaupun min
taburan ini ialah 40, tetapi ini tidak menggambarkan ukuran kecenderungan memusat.
Dalam kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna sebagai ukuran kecenderungan
memusat.

Mod
Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak
terkumpul itu secara menaik atau menurun.
Mod ( Mo ) adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi
dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih
mod atau tidak mempunyai mod langsung. Mari kita perhatikan skor-skor
ujian Matematik berikut:
Contoh 1:

Contoh 2:
Contoh 3:

76, 55, 34, 80, 60, 95, 70


Taburan skor ini tidak mempunyai mod
86, 70, 59, 70, 75, 68, 70
Taburan skor ini mempunyai satu mod (unimod)
sahaja. Nilainya ialah 70.
76, 62, 54, 68, 62, 54, 88, 71
Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod).
Nilai mod ialah 62 dan 54.

Mod memberi satu gambaran umum tentang taburan. Sebagai contoh,


dalam penghasilan baju-T, pengetahuan tentang mod akan membantu
pengusaha menentukan saiz baju-T yang paling dikehendaki.

Sisihan Piawai
Selain daripada mengetahui tentang ukuran
kecenderungan memusat,
kita perlu juga
mengetahui berapa jauh skor-skor itu tersebar, iaitu
sisihan piawai.
Terdapat dua kaedah mengira Sisihan Piawai iaitu:
1. Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul
2. Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul

Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul


Cuba faham contoh di bawah:
Skor untuk 5 orang pelajar ialah 1,2,3,4, dan 5

Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul

Contoh 2 : Mengira sisihan piawai untuk satu set skor yang tidak terkumpul.

Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul


Untuk data terkumpul rumus yang digunakan adalah seperti
berikut:

Contoh: Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk satu ujian sains.
Cuba kirakan sisihan piawai.

Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai


Sisihan Piawai ialah ukuran kebolehubahan atau
sebaran skor-skor.
Ia merupakan sejauh mana skor berubah keliling
min.
Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil
sebaran skor dalam taburan.
Ini membawa implikasi bahawa data adalah
berhampiran antara satu sama lain (homogen).
Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai,
semakin besar sebaran skor dalam taburan.
Ini bermakna data adalah tersebar luas antara satu
sama lain (heterogen).

Kira sisihan piawai skor-skor berikut dan tafsirkan nilai sisihan piawai yang
diperoleh bagi skor-skor berikut: 4, 7, 9, 3, 2

Sisihan piawai ialah 6.8, di mana ia kurang daripada 10. Nilai kecil
menunjukkan bahawa kebanyakan skor adalah berhampiran dengan min
5. Ini bermaksud bahawa taburan bercorak homogen dan skor-skor tidak
tersebar luas.

Skor Piawai
Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi berapa sisihan
piawai skor tersebut berada di atas atau di bawah min taburan. Dan ia
biasanya diwakili dengan skor-z atau skor-t.
Skor-z dikira dengan menggunakan rumus berikut:
Z=

(X X )

Skor-t dikira dengan menggunakan rumus berikut:


t = 50 + 10z

Contoh: Skor untuk 5 orang pelajar dalam satu ujian ialah 5,8,10,4 dan 3. Cari skor-z dan
skor-t untuk pelajar yang mempunyai 10 markah.

Pentafsiran Skor-z
Sebagai contoh, Abdullah mempunyai skor sebanyak 55 dalam ujian
Matematik; skor purata kumpulan normal ialah 60 dan sisihan piawai 15.
Maka skor piawai Abdullah ialah:
z = 55 60= 15

atau
1 - 0.33
3

Ini bermaksud skor Abdullah adalah satu pertiga sisihan piawai daripada
min. Tanda negatif menunjukkan bahawa ia adalah satu pertiga sisihan
piawai di bawah min.
Bagi contoh kedua, katakan Abdullah mempunyai skor sebanyak 75 dalam
satu ujian Sains; purata skor untuk kumpulan normal ialah 65 dan sisihan
piawai ialah 10. Maka skor piawai Abdullah ialah:
z = 75 65= 1
10

Ini bermakna Abdullah adalah satu sisihan piawai daripada min. Tanda
positif menunjukkan bahawa ia adalah satu sisihan piawai di atas min.

Pentafsiran Skor-t
Skor-t lebih biasa digunakan berbanding dengan
skor-z untuk pelaporan keputusan ujian kerana ia
menghasilkan integer positif.
Ia juga lebih kerap digunakan untuk melapor prestasi
ujian seseorang sebagai skor-t
33 berbanding
dengan pelaporan prestasi yang sama dalam skor-z
sebagai 1.7.
Sebenarnya, kedua-dua skor ini adalah sama.
Memandangkan skor-t sentiasa mempunyai min 50
dan sisihan piawai 10, maka, skor-t boleh ditafsir
secara langsung.

Latihan
1. Cari mod untuk data berikut: 54, 76, 69, 54, 74, 88, 74, 65, 74
2. Skor yang diperoleh oleh 12 orang pelajar dalam ujian Sains yang ditadbir oleh guru
adalah seperti berikut:
35, 23, 55, 35, 65, 67, 55, 35, 98, 88, 92, and 72
Kira min, median dan mod bagi skor-skor di atas.
3. Berikut adalah skor-skor untuk 6 orang pelajar dalam ujian Sains:
8, 10, 7, 12, 6, 11
Cari skor-z dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai skor 7.
4.

Jadual di atas menunjukkan keputusan Ali dan Fatimah dalam ujian-ujian Matematik
dan Sains.
- Kira skor-z dan skor-t untuk Ali dan Fatimah dalam Matematik dan Sains
- Dengan menggunakan skor-z dan skor-t, bandingkan prestasi Ali dan
Fatimah dalam Matematik dan Sains

You might also like