You are on page 1of 35

Nota BMM3117 PISMP semester 1

NOTA BMM3117 semseter 1


PENDEKATAN INDUKTIF

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF?


Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan
Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat
generalisasi/kesimpulan
Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
o Memerhati & mengkaji bernafas melalui insang
o Mentafsir dan membuat generalisasi Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk
bernafas.
Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
o Sediakan contoh-contoh yang sesuai
o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan
o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
o Sediakan alat bantu mangajar
o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu & sentuh.
o Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan
umum.
PENDEKATAN DEDUKTIF
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF?
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu
memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum,
teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
1

Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan


Proses pengajaran:
o Prinsip/rumus
o Kaedah deduktif
o Aplikasi rumus/prinsip
o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat
kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.
PENDEKATAN EKLEKTIF
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/eklektik?
o Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur
o Gabungan pendekatan digunakan
o Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif
o Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik
o Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
o Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan komunikatif,


pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.
Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis
atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan
yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori
behavouris, maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan
situasi.

Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K
Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday telah membuktikan
bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut
Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut:
Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu.
Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain.
Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain.
2

Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud.


Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan.
Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat.
Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.
Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina pendekatan
pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa seperti Keith Morror,
H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit dan lain-lain telah cuba
membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan teori Halliday.
Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna sangat
diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan
komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz. Ketiga,
konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat, pembelajaran bahasa
merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran
sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia
atau simulasi dalam aktiviti pengajaran. Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah
menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun
menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat
pendekatan komunikatif.
Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa perkara penting yang
perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina berdasarkan pendekatan
komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara.
Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan umur, pengalaman,
latar belakang, minat dan keperluan pelajar.
Kedua, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik dan
menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dalam dunia yang
sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan atau pergaulan.
Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa sebagai alat
untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan.
Keempat, semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya komunikasi
dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat
produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat reseptif.
Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan situasi
3

pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan murid-murid.
Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kseilapan perlu dibetulkan
serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan.
Ketujuh, dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru seharusnya
bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana penglibatan guru amat
minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan sesuatu aktiviti yang dijalankan
itu haruslah seringkas mungkin.

STRATEGI PEMUSATAN GURU


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?
Guru memainkan peranan penting
Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
Kepimpinan guru secara autokratik
Pencapaian objektif guru diutamakan
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni/perkembangan emosi.
Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
Interaksi di antara murid adalah pasif.
Kaedah keseluruhan kelas.
Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita,
keseluruhan kelas.
STRATEGI PEMUSATAN MURID
APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?
Murid memainkan peranan penting
Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
objektif pencapaian murid diutamakan
perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian
4

masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.


Apakah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar ?
Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu).
Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari).
Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ), terlibat dalam
penilaian berterusan
Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.
Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. Melibatkan pelajar secara terus dan dalam
menemui pengetahuan. Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan
pemahaman konsep baru yang mendalam. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial.
Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.
Menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos.
Nyatakan tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan
penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan
kekuatan dan kelemahan pelajar.
Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari
oleh mereka.
Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK


PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
1. Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?
Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu
laporan yang betul.
2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?
5

Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.


Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
Interaksi guru murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data,
dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
Sesuai dengan murid dan kurikulum.
Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?
Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar
yang pelbagai.
Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P
& P.
Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah,
berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang
berbeza.
4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran
berasaskan projek?
Memberi tugasan mengikut kurikulum.
Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
Menentukan jadual kerja.
Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
Penyediaan JPT dan PMM
Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN BAHAN


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?
Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai
objektif pengajaran.
Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman
dan berdikari.
Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah
kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb.
Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam
pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

2. Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan
disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak
begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan
daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu
pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha
murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai
bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi
realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti
yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
7

tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang
hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan
miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal
mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan
seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik
yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau
membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid
di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah.
Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan
cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang
disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada
kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia
juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru
kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.
3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme
Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme.
Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara
objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan
bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah
untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam
paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid.
Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk
menghuraikan fenomena yang diperhatikan.
Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa
yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini
menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh
pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan
menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan
guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang
produktif dan berpengetahuan luas.
Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam
menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi
dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka
menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan
hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir
8

dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan
perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan
mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan
memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik
sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru
akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru
akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta
berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan
pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber
pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap
pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar
bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi
memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan
sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan
sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab
membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak
boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam
pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang
dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama
dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan,
soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya
menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan
sahaja.
Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan
munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep,
rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli
objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan
boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang
mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam
proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk
membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses
ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran mereka.
Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal
disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru
9

untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa
yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru
dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya
tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan
Objektivisme Konstruktivisme
Tanggapan Utama Pengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran pelajar
Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia
ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak
Kesan Guru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud.
Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk
membantu murid Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid
merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong
murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong
murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang
lebih tinggi
Respons Guru "ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang
saya tahu"
"Saya ajari ini, mereka belajar ini"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan" "Ada perkara yang anda
hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar
mereka"
Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in
Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran
melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal
mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai
untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea
asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh
murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami
dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk
menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa
renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal
renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal
mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan
perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta
kognitif.
Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah
I Orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan suasana Amali penyelesaikan masalah sebenar,
10

tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar


II Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu Amali, perbincangan
dalam kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan
III Penstrukturan semula idea

i. Pernjelasan dan pertukaran


ii. Pendedahan kepada situasi konflik
iii. Pembinaan idea baru
iv. Penilaian Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.
Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan
idea yang lebih saintifik.
Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri
Menguji kesahan idea-idea sedia ada
Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea
Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina

Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan


Perbincangan, pembacaan, input guru.
Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru
IV Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa
Penulisan sendiri kerja projek
V Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi
sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan,
catatan peribadi dan lain-lain.
Anda telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya:
Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
11

Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah


Pelajaran berpusatkan murid
Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'
Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman
idea tersebut
Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya
Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina
Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori
Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan
Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid
Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru
Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid
Murid bekerja dalam kumpulan
Prinsip-prinsip Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis bahawa kognisi
(pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar
mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli
konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar
serta kepercayaan dan sikap pelajar.
Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:
1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi
dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.
2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek
sahaja.
3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa
pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung
kepada pengalaman uniknya.
4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif
menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.
5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan
sikap.
6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi
masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.
7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran
dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.
8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses
'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.
12

9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem
ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran
hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh
menghalang pemahaman murid.
10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam
ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.
11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah
harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.
12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat
menyatakan kecenderungan masing-masing.
13. Ciri-ciri P&P Konstruktivisme
14.
15. Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme
berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995),
Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut:
Pelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi kandungan didedah dan digalakkan
Matlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar atau dalam perundinan dengan guru atau sistem
Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcara
Aktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi,
anlisis-, kawalan-, refleksi- dan penyedaran kendiri.
Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan pembelajaran
Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan,
realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenar
Sumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia
sebenar
Pembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan
Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan
pengalaman sosial.
Sikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu diambilkira dalam proses pembinaan
pengetahuan semasa
Penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi dan pemahaman mendalam ditegaskan
Kesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang lalu
Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara
berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnya
Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di mana tugasan,
kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks.
Kompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling hubungan konsep dan pembelajaran antara
disiplin
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan agar pelajar didedahkan kepada
pandangan alternatif
Tetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar mencapai di seberang (beyond) had
13

kebolehannya
Penilaian adalah autentik dan dianyamkan dengan pengajaran

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
PEMBELAJARAN MASTERI
Pentingnya Pembelajaran Masteri
1. Sekiranya anda mengkaji keputusan peperiksaan awam setiap tahun seperti UPSR, PMR, SPM
dan STPM anda akan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan pelajar yang belum mencapai
tahap yang minimum dalam beberapa mata pelajaran.
2. Salah satu daripada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah itu ialah
melalui pembelajaran masteri.
3. Jadi, anda harus melaksanakan pembelajaran masteri kerana:
a. anda hendak meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya rendah
b. sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri telah mendapati
bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat. Pencapaianyang tinggi itu telah berkekalan
kerana pelajar itu sudah tahu bagaimana untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar.
Konsep Pembelajaran Masteri
1. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar
dapat menguasai apa yang diajar.
2. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu
prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya:
a. ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan
b. pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti
3. Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat menguasai
perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit
pembelajaran atau tajuk yang lain.
4. Rajah 1 meringkaskan proses pembelajaran masteri.
Rajah 1
5. Masa untuk pelajar anda menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika anda:
14

a. menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan;


b. menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah;
c. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan
d. melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi
pelajar berdikari.
6. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya
anda:
a. menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan
kepada pelajar
b. menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai
c. mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan
menghayati sesuatu perkara;
d. menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara
yang telah diajar; dan
e. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri
1. Berapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadangkan pelbagai strategi untuk
melaksanakannya.
2. Pada asasnya anda perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut:
a. Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajran;
b. Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai;
c. Menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan
d. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
3. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat
sekurang-kurangnya markah 80%
4. Anda boleh memulakan dengan markah 50% sebagai saasaran pencapaian dan markah itu
harus dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%.
Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri
1. Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.
2. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri
kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara
tersirat.
3. Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
a. Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
b. Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran
masteri;
c. Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi
pelajar berdikari;
15

d. Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian
diagnostik;
e. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
f. Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
4. Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan
tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.
5. Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan
sejawat dalam panitia mata pelajaran.
6. Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.
7. Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu
perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru,
masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.
Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri
1. Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk
belajar dan menguasai apa yang diajar.
2. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara
satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan
sebaya dalam kumpulan.
3. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:
a. tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
b. belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
c. betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
d. memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
e. membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi
4. Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka
dapat menjadi pelajar berdikari.
Rumusan
1. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
2. Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan kepada satu
prinsip iaitu semua pelajar boeh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan
pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.
3. Kejayaan pembelajaran masteri bergantung kepada kebolehan dan kemahiran anda untuk:
a. menentukan hasil pembelajarn yang perlu dikuasai;
b. mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai;
c. mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran befikir di kalangan pelajar;
d. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar;
e. menilai secara formatif dan sumatif; dan
f. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
16

4. Pembelajaran masteri menggalakkananda menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga


menggalakkan anda mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan pelajar anda dapat menguasai apa yang diajar.
5. Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, guru akan dapati
bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan
memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak lain.
6. Pencapai pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan merangsang guru dan pelajar
untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam
menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah
merujuk dunia sebenar seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,
kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan
pembelajaran kontekstual. Sungguhpun semua kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran, guru masih tidak dapat menggunakan kemahiran ini
sepenuhnya.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran Berfikir
Belakangan ini, guru-guru banyak terdedah dengan teknik pengajaran yang
bermatlamat untuk memperbaik keupayaan berfikir dan pengaplikasiannya dalam
pembelajaran. Namun begitu, sebahagian besar pengajaran guru tertumpu pada

bavani@hotmail.com

2008
penggunaan buku teks. Dengan hanya membaca buku tidak akan memberikan
pemahaman yang secukupnya untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Kaedah penyoalan digalakkan bukan sahaja dalam kalangan murid malah juga
dalam kalangan guru untuk memastikan kesahihan sumber-sumber informasi (Siegel,
1980). Tambahan pula, guru perlu menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid
kerana kajian menunjukkan kebanyakan murid sekolah menengah tidak menguasai
kemahiran berfikir secara kritikal. Guru bertindak mengambil jalan mudah untuk
menghabiskan sukatan pelajar dengan cepat tanpa merangsang kemahiran berfikir
17

murid. Ada juga guru yang tidak selalu mengajar untuk merangsang minda kreatif murid
malah membantutkan perkembangan pemikiran mereka.
Contohnya dalam pengajaran pemahaman, guru sering membaca dan juga
menjawab soalan pemahaman yang diberikan, khususnya soalan yang memerlukan
pandangan atau pendapat murid. Tujuan sebenar guru adalah untuk memastikan objektif
pelajaran tercapai. Walaupun guru disarankan untuk menjalankan pengajaran yang
berpusatkan murid, didapati guru masih lupa untuk mengaplikasikannya semasa dalam
situasi sebenar.
Dalam masa yang sama, bukan semua murid diberi peluang untuk menyatakan
pandangan masing-masing. Ada kalanya murid-murid perlu disoal atau ditanya dengan
menggunakan pendekatan yang berbeza. Misalnya, murid yang malu atau takut
memerlukan guru menggunakan cara yang sesuai untuk membolehkan mereka
menyatakan pandangan mereka. Guru juga sering mempersendakan atau menjadikan
jawapan murid sebagai bahan humor yang akhirnya menghalang minat murid di samping
membantutkan proses pemikiran mereka.
2

bavani@hotmail.com

2008
Ketidakpelbagaian soalan dan teknik penyoalan yang kurang berkesan turut
menjadi kekangan dalam merangsang kemahiran berfikir murid. Penyoalan yang lemah
seperti menggunakan kata soal apa, siapa, bila dan sebagainya tidak menggalakkan
kemahiran berfikir secara maksimum. Guru tidak sedar bahawa penyoalan amat penting
dalam merangsang minda murid.
Selain itu, penggunaan bahan rangsangan seperti gambar, carta, jadual dan bahan
lain juga kadang kala tidak bersifat merangsang kemahiran berfikir murid. Bahan
rangsangan yang biasa dilihat, tidak menarik, atau tidak bersifat luar biasa kemungkinan
besar tidak akan menarik minat murid untuk berfikir untuk memberikan pandangan atau
pendapat.
Tambahan pula, bahan pelajaran yang disediakan guru juga tidak pelbagai.
Kebanyakan guru bahasa Melayu sering menggunakan bahan bacaan semasa mengajar
berbanding sumber yang boleh didengar atau ditonton. Alat bantu mengajar seperti
18

radio, televisyen dan komputer jarang digunakan manakala bahan bercetak pula
digunakan kerap kali digunakan. Ini sebenarnya menyebabkan murid bosan seterusnya
tidak menggalakkan kemahiran berfikir.
Sebahagian besar pengajaran guru tertumpu pada penggunaan buku teks. Dengan
hanya membaca buku tidak akan memberikan pemahaman yang secukupnya kepada
murid-murid untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Justeru, guru seharusnya perlu membantu murid-murid untuk memperkembang
kemahiran berfikir dan mental untuk membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan
kritis, khususnya dalam membuat keputusan. Guru perlulah merancang strategi yang
dapat menghasilkan keputusan yang efektif dengan meminta murid-murid membuat
refleksi terhadap keputusan yang dibuat oleh mereka.
3

bavani@hotmail.com

2008
Guru bahasa Melayu perlulah sentiasa menggalakkan keseluruhan perkembangan
diri murid dengan menekankan aspek persediaan akademik, nilai-nilai moral,
pengurusan emosi, kemahiran sosial, pemikiran yang efektif dan kebolehan
menyelesaikan masalah.
Kadang-kala, pembawaan juga merujuk kepada kemahiran. Misalnya, kemahiran
berfikir secara kritis iaitu kebolehan menganalisis, menilai dan menginterpretasi dalam
cara yang munasabah, efektif, berhati-hati dan serius. Pembawaan guru dikatakan tidak
kukuh atau kuat sekiranya mana-mana kemahiran ini tidak kena pada tempatnya. Untuk
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini, guru bahasa Melayu perlu bersikap terbuka
dan adil. Kemahiran berfikir bergantung kepada pembawaan dan keinginan guru dalam
memastikan aliran pengetahuan yang sempurna (Halpern 1998; Wright 2002).

3. Apakah Kemahiran Berfikir?


1. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek.
2. Terdapat beberapa istilah berikut yang biasa digunakan untuk mengkelaskan kemahiran
berfikir:
1. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi:
19

1. Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.
Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat.
2. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh:
kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjanakan idea, membuat keputusan,
menyelesaikan masalah dan merancang.
3. Perkataan kemahrian berfikir yang biasa digunakan bermaksud kemahiran berfikir aras
tinggi.
2. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK):
1. KBKK adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan
kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti
membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat.
2. KBKK adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru.
3. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir
secara kreatif.
3. Pemikiran Vertical dan Lateral:
1. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis.
Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?
2. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik;
pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif.
Contoh: Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok?
4. Pemikiran bertumpu dan bercapah:
1. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menganalisis sesuatu data atau
maklumat. Contoh: Ali deman. Dia tidur di bilik darjah. Mengapa Ali tidak faham apa yang
cikgu mengajar?
2. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan
baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan?
3. Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan melalui mana-mana istilah tersebut di atas
harus dikuasai oleh pelajar anda:
1. Membuat kaitan:
Pelajar anda harus boleh mengaitkan dengan cepat dan luas mengenai sesuatu. Contoh: Apakah
boleh dikaitkan dengan BUKU?
2. Membanding dan membeza:
Pelajar anda harus boleh membanding dan membezakan dua atau lebih benda, cerita, atau cara
dengan mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian atau
kesimpulan. Contoh: Banding dan bezakan dua cerita: "Sang Kancil dan Buaya" dengan "Anjing
dengan Bayang-bayang".
3. Mengkelaskan:
1. Pelajar anda harus boleh mengkelaskan pelbagai benda, cerita dan cara di dalam kelas-kelas
yang sesuai.
2. Kemahiran ini melibatkan kemahiran membanding dan membezakanciri-cirinya serta
mengkelaskannya di dalam kelas-kelas yang sesuai. Contoh: Kumpulkan yang berikut ke dalam
20

kelas-kels yang sesuai: buku, anjing, pokok bunga raya, harimau, Ahmah.
4. Menilai:
Pelajar anda harus boleh menilai sesuatu benda, tindakan, watak, cerita, atau cara untuk
menentukan sama ada baik, menarik, kelebihannya, akan berjaya, atau kreatif. Contoh: Ali
terlupa bawa pensel ke sekolah. Ahmad meminjamkan penselnya kepada Ali. Nilaikan perbuatan
Ali dan Ahmad.
5. Menyusun atur:
Pelajar anda harus boleh menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan, atau cara
mengikut sesuatu urutan, ploa, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki. Contoh: Susunkan
tugas berikut mengikut keutamaan:
1. Siram pokok bunga.
2. Baiki tayar basikal yang bocor.
3. Buat latihan matematik.
1. Mengenal pasti pernyataan benar dan palsu:
Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataanbenar dan palsu dengan menggunakan
pengetahuannya atau dengan menaakul secara logik. Contoh: Yang manakah pernyataan benar?
1. Matahari terbit di Barat.
2. Lembu makan rumput.
1. Mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat:
1. Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat
2. Pernyataan berasaskan fakta senang dibuktikan sama ada benar atau salah
3. Pernyataan berasaskan pendapat adalah pandangan seseorang dan pernyataan itu susah
dibuktikan sama ada benar atau salah.
Contoh: 1. Sekolah Ali mendapat 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun ini.
(Pernyataan berasaskan fakta; faktanya ialah 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun
ini)
2. Pelajar akan belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka belajar dengan muzik.
(Pernyataan berasaskan pendapat; pendapat ialah sekiranya mereka belajar dengan muzik.)
2. Mengenal pasti pernyataan berat sebelah:
Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan yang berat sebelah.
Contoh: Kenal pasti sama ada pernyataan berikut adalah berat sebelah:
1. Lebih daripada 90% pengguna termasuk Awie menggunakan sabun X berbanding dengan
sabun Y.
2. Makanan kesihatan X mengandungi lebih banyak Vitamin A tetapi harganya lebih tinggi
berbanding dengan makanan kesihatan Y.
1. Mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab:
1. Pelajar harus boleh mengenal pasti sebab bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal
pasti sebab daripada dua pernyataan berikut: Ali terlanggar kereta. Kakinya patah.
2. Pelajar harus juga boleh menyatakan pelbagai sebab mengapa sesuatu tindakan atau kejadian
berlaku. Contoh: Aminah menangis. Mengapa?
2. Mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat:
21

1. Pelajar harus boleh mengenal pasti akibat sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti
akibat daripada dua pernyataan berikut: Ali tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh
gurunya. Bapa Ali menasihatinya.
2. Pelajar anda harus juga boleh meramal pelbagai akibat bagi sesuatu tindakan atau kejadian.
Contoh: Ahmad membandu keretanya dengan laju. Apakah yang mungkin akan terjadi?
3. Membuat inferens atau kesimpulan awal:
Pelajar anda harus boleh membuat generalisasi atau hipotesis dengan mendapatkan satu pola dan
membuat satu pernyataan umum atau hipotesis. Contoh: Aminah boleh menjahit baju. Siti juga
boleh menjahit baju. Apakah generalisasi atau pernyataan umum yang boleh dibuat?
4. Mentafsir:
Pelajar harus boleh mentafsir perkataan, ayat, gambar, atau graf. Contoh: Mentafsirkan ayat
berikut:
1. Orang itu panjang tangan.
2. Air tenang jangan disangka tiada buaya.
1. Mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci:
1. Pelajar harus boleh mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci untuk
pemahaman yang lebih jelas.
2. Idea utama dalam sesuatu perenggan menggambarkan isi kandungan di dalam perenggan itu.
3. Idea sokongan menerangkan idea utama.
4. Butir-butir terperinci menghuraikan dengan lebih mendalam tentang idea utama atau idea
sokongan. Contoh: Kenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci di dalam
maklumat berikut: Ali suka bermain bole sepak. Dia bermain dengan kawan-kawannya. Mereka
bermain di padang kampung mereka. Padang itu kecil.
2. Merujus atau meringkas:
1. Pelajar harus boleh merumus atau meringkaskan sesuatu maklumat.
2. Kemahiran merumus melibatkan kemahiran mengenal pasti dan menyusun idea utama dan
idea sokongan yang penting dan kemudian menyatakannya secara ringkas. Contoh: Ringkaskan
perenggan yang diberi di atas.
3. Membuat keputusan:
Pelajar anda harus boleh membuat keputusan mengikut langkah-langkah berikut:
1. Janakan pelbagai pilihan.
2. Ramalkan akibat untuk sesuatu pilihan.
3. Tentukan kriteria seperti keselamatan, kos, masa, minat, atau kriteria lain tuk membuat pilihan.
4. Pilih pilihan terbaik berasaskan kriteria.
Contoh: Anda ingin membeli kasuk sukan. Apakah yang harus diambilkira untuk memilih jenis
kasut sukan?
1. Menyelesaikan masalah:
1. Pelajar harus boleh menyelesaikan dua jenis masalah iaitu yang memerlukan idea baru dan
memerlukan analisis.
2. Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan idea baru dengan mengikut langkah
berikut:
22

1. Janakan cara atau idea untuk menyelesaikan masalah itu.


2. Pilih cara yang difikirkan baik.
3. Laksanakan cara yang telah dipilih itu.
4. Nilai sama ada cara itu berkesan.
Contoh: Persatuan Pengakap bercadang membersihkah satu kawasan pantai yang tercemar tetapi
menghadapi masalah kewangan. Bagaimanakah persatuan itu boleh mendapat wang?
1. Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan analisis dengan mengikut langkah
berikut:
1. Tentukan faktor yang mungkin menyebabkan masalah itu berlaku.
2. Janakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah itu.
3. Pilih cara yang terbaik
4. Laksanakan cara yang telah dipilih itu.
5. Nilai sama ada cara itu berkesan.
Contoh: Kebanyakan pelajar di sekolah X lemah dalam mata pelajaran Matematik.
Bagaimanakah masalah itu boleh diselesaikan?
4. Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Boleh Dikembangkan?
1. Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir tersebut di atas dengan pendekatan
penyerapan.
2. Dalam pendekatan penyerapan, kemahiran berfikir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata
pelajaran dikembangkan.
3. Pelajar perlu juga tahu akan jenis kemahiran berfikir yang digunakan serta langkah-langkah
dalam proses berfikir.
4. Dalam perkembangan kemahian berfikir, guru harus juga menegaskan proses berfikir iaitu
langkah-langkah dalam kemahiran berfikir itu.
5. Contoh: Dalam topik "Benda-benda Hidup", mata pelajaran Sains sekolah rendah, guru boleh
mengembankan kemahiran membanding dan membeza sera mengkelaskan benda hidup selain
daripada mengenal pasti pelbagai benda hidup.
6. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berhubung dengan kemahiran
membuat ayat yang mudah, anda boleh mengembangkan kemahiran menyusun atur dengan
memberi perkataan dan meminta pelajar menyusunnya untuk mendapatkan ayat yang bermakna.
Contoh: Susun perkataan berikut supaya menjadi ayat yang bermakna: Badminton dengan
bermain Ali kawan-kawannya
7. Apabila pelajar telah tahu tentang setiap kemahiran berfikir tersebut di atas, anda harus
memperkukuhkan penguasaannya dengan menggunakan pelbagai aktiviti.
8. Lihat contoh di bawah ini:
Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua itu hendak melintas
jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad sendiri
melintas jalan. Ali membantu orang tua itu melintas jalan.
1. Guru boleh mengembankan kemahiran berfikir aras rendahdgn soalan berikut:
a. Siapa yang nampak orang tua di tepi jalan?
b. Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu?
23

c. Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan?


2. Guru boleh memperkembangkan kemahian berfikir aras tinggi dengan soalan atau aktiviti
berikut:
a. Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan?
b. Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu?
c. Apakah pendapat anda tentang tindakan Ali dan Ahmad?
d. Bandingkan watak Ali dengan watak Ahmad?
e. Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada Ali?
f. Tuliskan sepucuk surat kepada Majlis Bandaraya untuk memberi cadangan bagi orang awam
melintas jalan yang sesak.
g. Perbahasan: dua kumpulan akan bahaskan yang berikut: "Kereta persendirian harus tidak
dibenarkan dibandar".
h. Projek: Buat satu kajain tentang jalan raya yang sangat sesak dn menyusahkan orang awam
melintas jalan raya berhampiran rumahanda.
i. Melukis jejantas untuk orang tua melintas jalan.
2. Aktiviti yang boleh digunakan tuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk:
a. soal jawab
b. sumbang saran
c. permainan
d. pertandingan
e. kuiz
f. teka teki
g. perbahasan
h. projek:
mereka bentuk
mereka cipta
mengkaji
menyelidik
membuat eksperimen
menghasilkan sesuatu produk
menyelesaikan sesuatu masalah
1. Aktiviti untuk mengembangkan kemahiran berfikir yang tersebut di atas boleh dilakukan
secara kelas, kumpulan atau perseorangan.
5. Rumusan
1. Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, guru harus megembangkan lapan kecerdasan dan
kbkk di kalangan pelajar.
2. Lapan kecerdasan yang dikemukakan oleh H. Gardner ialah bahasa, logik-matematik, ruang,
muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik.
3. Anda harus tahu pelbagai istilah yang digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir
seperti:
a. Kemahiran berfikir aras rendah dan tinggi
24

b. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif


c. Pemikiran vertical dan lateral
d. Pemikiran bertumpu dan bercapah
Kemahiran berfikir yang harus dikuasi oleh pelajar adalah:
a. membuat kaitan
b. membanding dan membeza
c. mengkelaskan
d. menilai
e. menyusun atur
f. mengenal pasti pernyataan benar atau salah
g. mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat.
h. mengenal pasti pernyataan berat sebelah
i. mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab
j. mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat
k. membuat inferens atau kesimpulanan awal
l. membuat generalisasi atau hipotesis
m. mentafsir
n. mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci
o. merumus atau meringkas
p. membuat keputusan
q. menyelesaikan masalah
5. Guru harus menggunakan pelbagai aktiviti untuk mengembangkan lapan kecerdasan dan
kemahiran berfikir yang tersebut di atas.
6. Dalam perkembangan kemahiran berfikir, guru harus memberi penegasan terhadap proses
berfikir.
1. Apakah pembelajaran berfikrah?
Pembelajaran berfikrah adalah proses P&P yang memberi penekanan untuk mewujudkan
iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks.
Apakah strategi guru berfikrah (a thoughtful teacher)?
Guru
berusaha memfokus dan memfokuskan semula tugas pelajar.
menyoal soalan-soalan yang terbuka (open ended)
menyoal soalan-soalan lanjutan.
menunggu maklum balas daripada pelajar.
menerima kepelbagaian maklum balas.
menggalakkan interaksi antara pelajar.
tidak memberi pendapat atau value judgement terhadap pelajar.
tidak akan mengulang maklum balas pelajar.
meminta pelajar membuat refleksi tentang pemikirannya.
25

Apakah tingkah laku pelajar berfikrah?


Pelajar
akan terikat kepada sesuatu masalah walaupun pada masalah yang lebih susah.
akan memberi jawapan yang berlainan kepada sesuatu masalah.
memberi sebab untuk jawapan.
menggunakan perkataan yang spesifik dan tepat.
mengambil masa untuk berfikir.
mengambil bahagian dalam pembelajaran.
akan mendengar kepada apa yang disebut oleh pelajar lain.
memikir akan pemikirannya.
akan menyoal dengan soalan-soalan yang kompleks mengenai tajuk tersebut.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)


PEMBELAJARAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI

1. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi ?


Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses p&p.
2. Nyatakan strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi ?
Strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi adalah :
merancang dan memilih topik yang sesuai
merancang objektif pengajaran pembelajaran
merancang dan menyediakan bahan akses atau mempastikan bahan sedia ada boleh digunakan
mempastikan hasil pembelajaran pelajar tercapai
kawal selia penggunaan media
3. Sebagai seorang guru bagaimanakah anda akan menentukan keberkesanan penggunaan
pembelajaran berbantukan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran anda?
Seorang guru perlu melihat beberapa aspek seperti isi, tujuan, kesesuaian, kaedah penggunaan,
kualiti dan kos sesuatu alat bantu mengajar.
26

4. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan ICT?


Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT adalah pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuain untuk meningkatkan kecekapan
proses p&p.
5. Terangakan maksud ICT (a) untuk pembelajaran tutorial (b) untuk pembelajaran penerokaan
(c) sebagai alat aplikasi (d) sebagai alat komunikasi
(a) Tutorial: menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan
(Pembelajaran Tutorial merangkumi: ekspositori, demonstrasi, latihan atau latih tubi yang
disampai dan dikawal oleh sistem).
(b) Penerokaan: ICT sebagai medium
mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom, internet, portal, maklumat dll.
mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
(c) Alat aplikasi : apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan
sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.
(d) Alat komunikasi : apabila digunakan untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat
yang pelbagai bentuk (teks, grafik, audio, video).
6. Apakah perbezaan antara soalan 1 dan 4 ?
Soalan 1 merujuk kepada semua jenis teknologi (OHP, radio, TV, dsbnya). Soalan 4 merujuk
kepada teknologi yang melibatkan komputer sahaja.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan
untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum. Sejauhmanakah guru-guru mencari jalan
untuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang
dan berubah dari masa ke masa? Dan sejauhmanakah guru sendiri mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT secara berkesan? Apakah yang
sebenarnya dapat dilakukan untuk meningkatkan dan memperbaik tahap keberkesanan
ICT di sekolah?
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi jarang sekali diaplikasikan di
dalam kelas. Umumnya, ini kerana kemudahan makmal komputer untuk mempelajari
bahasa sangatlah terhad di kebanyakan sekolah. Namun begitu, ada juga sekolah yang
27

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR


BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)
BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)
Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan
kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan.
Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses
belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk
memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu
mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan
penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka.
Belajar cara belajar di sini akan cuba memberikan berberaapa cadangan dan idea untuk
menjalankan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang menyerapkan
belajar cara belajar. Untuk mencapai matlamat ini, beberap objektif seperti:
Menjelaskan konsep belajar cara belajar kepada guru.
Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid
Membimbing guru mengenal pasti startegi pembelajaran yang sesuai untuk murid.
Membantu guru mengaplikasikan kemahiran belajar cara belajar dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Menyediakan contoh rancangan pengajaran-pembelajaran untuk guru.

RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR


Belajar cara belajar yang diperkenalkan dalam pendidikan adalah berdasarkan kepada beberapa
sebab:
Proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam kelas adalah terhad.
Pengetahuan dan maklumat yang diterima oleh murid di dalam kelas juga terhad.
Sika tanggungjawab murid perlu ada terhadap pembelajaran mereka.
Murid perlu belajar untuk memperolihi maklumat tambahan di luar waktu persekolahan.
Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu.
Kemahiran belajar cara belajar sejajar dalam matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran
belajar seumur hidup di kalangan murid..
OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR
Objektif Belajar Cara Belajar adalah seperti berikut:
Menyediakan murid yang berupaaya belajar sendiri tanpa guru.
Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai
sumber pembelajaran.
Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri.
Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada
28

dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR?


Pengertian Belajar Cara Belajar
Belajar cara belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru
( formal ) atau tanpa guru ( non-formal ).
KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta
meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan
beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Kemahiran itu termasukla:
Kemahiran mendengar dengan berkesan.
Kemahiran membaca.
Kemahiran mencatat nota.
Kemahiran menulis.
Kemahiran mengingat.
a. Kemahiran Mendengar dengan Berkesan.
Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar
ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan
maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar melibatkan beberapa proses.
1. Apa yang didengar.
1.1 Terdapat pelbagai bahan yang kita dengar seperti teks puisi, muzik, ucapan, arahan, lakonan,
lagu, berita, pengumuman, syarahan dan pelbagai lagi.
2. Mengapa perlu mendengar.
2.1 Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta,data dan pengetahuan dari apa yang
didengar.
2.2 Perlunya mendengar juga adalah untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik.
2.3 Untuk mengetahui perkembangan semasa.
2.4 Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu.
3. Siapa yang didengar.
3.1Sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat, memberikan penjelasan, membuat
pertanyaan dan mereka yang memberikan pendapat.
4. Bagaimana mendengar dengan berkesan.
4.1 Seseorang yang mendengar dengan teliti dan penuh perhatian terhadap apa yang
disampaikan.
4.2 pendengaran dengan berkesan adalah dalam suasana yang tenang dan selesa.
5. Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar.
5.1 kemahiran mendengar dapat ditingkatkan dengan cara memotivasikan diri untuk memberikan
sepenuhnya tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu.
5.2 mendengar dan memandang kearah guru atau penyampai.
29

5.3 Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis.
b. Kemahiran Membaca.
Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta
mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi
antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat gaya
bacaan, iaitu:
1. Skimming / Luncuran.
Skiming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai
sesuatu bahan atau maklumat. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi
menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen. Dalam proses bacaan ini juga ialah
bertujuan untuk membuat pandangan umum mengenai dokumen dengan segera.
Bacaan skimming boleh dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan
sesuatu bahan atau dokumen, begitu juga dengan membaca menggunakan
rgerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang
dibaca.

2. Scanning / Imbasan.
Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam
daripada skimming. Antara tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat tertentu
sebagai jawaban kepada sesuatu persoalan.

Membaca secara imbasan adala membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam,
membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang
dinyatakan.
3. Bacaan intensif
Bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan
intensif memerlukan penumpuaan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca.
Ketekunan dalam pembacaan juga mesti tinggi dan selalunya bacaan secara intensif ini
mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna apa yang dibaca.
Tujuan bacaan secara intensif adalau sematapmata untuk mendapatkan semua maklumat dengan
mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.
4. Bacaan Laju.
Bacaan laju ialah teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan laju
dan mampu memahami dengan serentak apa yang dibaca. Membaca laju menumpukan perhatian
pada pemikiran atau idea utama. Ini boleh dibuat dengan membaca cepat seluruh buku, membaca
cepat senarai bab, membaca cepat semua bahagian dan membaca cepat semua perenggan.
Tujuan bacaan laju adalah untuk menggunakan masa terhad dengan lebih produktif, dapat
menjimatkan masa, dan untuk memperolihi maklumat tambahan pada kadar yang cepat.
c. Kemahiran Mencatat Nota.
Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang
dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah,
ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.
Perlunya mencatat nota adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan.
Daripada isi-isi penting ini dapatlah ia dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota yang telah
dikumpul akan dapat membantu sebagai bahan rujukan tambahan pada masa hadapan.
d. Kemahiran Menulis
30

Menulis Laporan
Pada umumnya untuk menyediakan laporan adalahseperti yang berikut:
Memilih topic sekiranya tidak diberikan.
Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
van dengan topic. Meneliti dan memilih maklumat yang rele
Membuat nota .
Menyerdiakan kerangka laporan.
Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik.
Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik yang lain yang sesuai.
Menyemak draf.
Membuat pemurnian dan menulis draf kedua.
Menerbitkan laporan.
Kemahiran Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan
tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu , memerlukan kreteria seperti berikut:
Kelajuan menulis.
Tulisan yang boleh dibaca.
Kandungannya difahami.
Seseorang yang boleh menulis dengan cepat dapat menulis lebih banyak maklumat. Dalam
peperiksaan dengan jangka masa yang terhad tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang boleh
ditulis. Kebolehan menulis cepat juga dapat menjimatkan masa.
Syarat pra-menulis cepat bagi ia akan dapat membantu untuk menyampaikan banyak maklumat
atau fakta dalam ingatan semasa menjawab soalan peperiksaan. Murid juga boleh mengingat
kembali fakta atau maklumat dengan cepat. Penyediaan alat tulis yang baik juga penting dalam
penulisan cepat seperti pensel yang tajam atau pen yang sempurna.
e. Kemahiran Mengingat
mengigat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria
dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali
dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama.
Jenis ingatan adalah ingatan jangka pendek dimana maklumat yang diterima akan hanya diingat
dan tersimpan dalam jangka masa yang singkat sahaja manakala ingatan jangka panjang adalah
maklumat yang disimpan dan kekal dalam ingatan.
Proses ingatan dapat dibahagikan kepada tiga langkah iaitu:
Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan.
Menyimpan maklumat
Mengingat kembali maklumat.
KEMAHIRAN MAKLUMAT
Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah satu aspek kemahiran belajar cara
belajar yang pentinh. Mengenal pasti sumber pembelajaran , cara mendapatkan maklumat dari
temu ramah, membuat rujukan , mengenal maklumat dalam buku, dan cara merujuk kamus,
direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada kemahiran maklumat yang perlu dikuasi
oleh murid.
Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang
sesuatu perkara atau seseorang. Manakala kemahiran maklumat ialah keupayaan seseorang
31

mengenalpasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah


maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.
STRATEGI METAKOGNISISI
Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi
Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan
pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya
dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.
Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses
seperti berikut:
Merancang apa yang dipelajari.
Memantau kemajuan pembelajaran diri.
Menilai apa yang dipelajari.
Proses Metakognitif
a. Proses Merancang
Proses ini memerlukan murid meramalkan apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu
dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari. Murid perlu menyediakan diri secara
fizikal, mental dan psikologi. Murid juga perlu membuat perancangan dari semasa ke semasa
cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara.
b. Proses Memantauan
Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa
perkara perkara seperti:
- Apakah soalan yang perlu saya kemukakan?
- Adakah ini membawa makna kepada saya?
- Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?
- Mengapakah saya tidak memahami cerita ini?
c. Proses Menilai
Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui:
- Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya?
- Mengapakah saya mudah / sukar menguasainya?
- Apakah tindakan / pengubahsuaian yang harus saya ambil?
Dengan pengetahuan seperti ini, murid dapat memeikirkan strategi yang lebih sesuai untuk
menguasai pelajaran baru.
RUMUSAN
Belajar cara belajar yang telah diperkenalkan ini adalah kerana disebabkan oleh keadaan yang
memaksa .Sepertimana yang diketahui umum masa dalam bilik darjah adalah amat terhad bagi
setiap murid untuk mendapatkan pengetahuan. Maklumat yang diterima dalam masa yang terhad
juga adalah sangat kurang.
Belajar cara belajar juga mendidik murid untuk merasa lebih bertanggungjawab dalam pelajaran
mereka. Mereka akan belajar untuk mendapatkan maklumat di luar waktu persekolahan. Selain
daripada itu, belajar cara belajar juga dapat menggalakkan murid supaya meningkatkan
keupayaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Kemahiran belajar cara belajar sejajr dengan
matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid.
Belajar cara belajar telah mengariskan tiga komponen utama dalam perlaksanaan kemahiran
belajar iaitu:
Kemahiran belajar
Kemahiran maklumat
32

Strategi metakognitif
Ia merangkumi dari segi cara belajar murid, mencatat maklumat dan strategi metakognitif yang
mana murid dapat meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang
berlaku.
KAJIAN MASA DEPAN
KECERDASAN PELBAGAI
1. Bagaimanakah Lapan Kecerdasan Diperkembangkan?
1. Menurut Howard Gardner, seorang mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan berikut:
Bahasa
Logik-matematik
Ruang (spatial)
Muzik
Kinestetik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalistik
1. Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi dalam Jadual 1.
2. Guru harus mengenal pasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan membantu mereka
memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti pengayaan.
3. Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai atu topik yang berasingan tetapi dikembangkan
secara penyerapan semasa p&p.
Jadual 1: Ciri-ciri Lapan Kecerdasan
Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan
Bahasa Menulis karangan, sajak, puisi, pnatun dan memberi ucapan Penulis, penyajak,
penceramah
Logik Matematik Menaakul, kiraan, membuat analisis Saintis, jurutera, akauntan
Ruang Mencorak, melukis, mengukir Pelukis, pengukur
Muzik Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat muzik Pencipta lagu, penyanyi,
pemain alat muzik, peminat muzik
Kinestetik Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan Atlit, pemain bola sepak, peninju,
penari, pelakon
Interpersonal Perhubungan manusia Diplomat, ahli politik, peniaga
Intrapersonal Nilai murni, pendirian, falsafah Pengarang, penyajak, ahli falsafah
Naturalistik Mengecam sifat semula jadi, memburu dan pertanian Pemburu, petani, ahli sains
semulajadi
4. Ini bermakna, selain daripada penguasaan isi kandungan atau kemahiran dalam mata pelajaran
itu, guru harus juga mengembangkan kelapan-lapan kecerdasan tersebut di kalangan pelajar.
5. Misalnya, dalam mata pelajaran bahasa guru harus:
Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan bahasa seperti penulisan karangan, sajak
atau puisi, memberi ucapan, dan perbahasan.
Kecerdasan interpersonal boleh juga dikembangkan apabila pelajar anda membuat pendirian
atau pegangan atau memberi pendapatnya.
33

Mengembangkan kecerdasan lain dengan kaedah atau aktiviti berikut:


Pembelajaran koperatif: mengembangkan kecerdasan interpersonal
Lakonan, permainan, simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestetik,
interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang
Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep: mengembangkan kecerdasan ruang
Menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu: mengembangkan kecerdasan muzik.
1. Dalam mata pelajaran Sains, anda harus:
1. Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran:
Menaakul secara logik
Membuat kiraan
Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau
mentafsir
Membuat sistesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan
Membuat keputusan
Menyelesaikan masalah
Menu Linguistik
Gunakan kaedah bercerita untuk menerangkan ...
Langsungkan perbahasan tentang ...
Karangkan sajak, mitos, legenda, berita, rencana mengenai ...
Ciptakan program "radio talk show" tentang ...
Lakukan temubual dengan ... tentang ...
Menu Lojik-Matematik
Terjemahkan ... dalam bentuk rumus matematik
Reka dan jalankan suatu ujikaji tentang ...
Buat suatu "syllogisms" untuk mendemostrasikan ...
Ciptakan sesuatu analogi untuk menjelaskan ...
Huraikan corak atau simetri dalam ...
Menu Kinestetik
Lakukan gerakan atau suatu siri gerakan untuk menjelaskan ...
Reka tugasan atau kad teka-teki untuk ...
Bina atau konstruk ...
Rancang dan jalankan suatu lawatan lapangan untuk ...
Bawa bahan-bahan amali untuk menunjukkan ...
Menu Visual
Mencarta, memeta, menggugus, menggambar ...
Cipta tayangan slaid, pita video, atau album gambar tentang ...
Reka sesuatu bahan seni untuk mendemostrasikan ...
Bina permainan papan atau kad untuk menunjukkan ...
Rajahkan, lukiskan, lakarkan, ukir atau pahatkan ...
Menu Muzik
Buat persembahan dengan diiringi oleh muzik tentang ...
Nyanyikan rap atau lagu untuk menjelaskan ...
Tunjukkan corak ritma dalam ...
Jelaskan persamaan muzik dalam sebuah lagu dengan ...
Buat suatu alat muzik dan gunakannya untuk menunjukkan ...
34

Menu Interpersonal
Adakan mesyuarat untuk ...
Dengan sengajanya, gunakan kamahiran sosial untuk mempelajari ...
Libatkan diri dalam projek khidmat untuk ...
Ajar rakan anda tentang ...
Berlatih memberi dan menerima maklum balas tentang ...
Gunakan teknologi untuk ...
Menu Intrapersonal
Huraikan ciri-ciri diri yang membantu anda menjayakan ...
Tetapkan sesuatu matlamat dan berusaha mencapainya
Huraikan salah satu nilai peribadi tentang ...
Tulis jurnal tentang ...
Nilaikan kerja-kerja sendiri dari segi ...
Menu Naturalis
Ciptakan buku nota pemerhatian tentang ...
Huraikan perubahan dalam persekitaran tempatan atau global
Peliharakan haiwan perliharaan, taman bunga atau taman rekreasi.
Gunakan teropong, mikroskop dan kantu pembesar untuk ...

35

You might also like