You are on page 1of 2

Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan

Laporan Hari Pertama (19/8/2013)


Hari ini merupakan hari pertama saya menjalankan PBS di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yok Eng. Saya bangun awal pagi pada
pukul 6 dan bertolak dari rumah pada pukul 7 pagi ke sekolah ini. Saya
tiba di sekolah lebih awal kerana hari ini merupakan hari pertama saya
menghadirkan diri ke sekolah ini untuk menjalani PBS saya. Sebaikbaiknya tiba di sekolah, saya pergi ke pejabat untuk berjumpa dengan
guru besar sekolah ini. Di dalam pejabat guru, saya berjumpa dengan
beberapa guru dan seterusnya bertegur sapa dengan mereka. Selepas
itu, saya pun berjumpa dengan guru besar sekolah SJK(C)Yok Eng iaitu
Puan Lee Tee Lan. Beliau pun membawa saya ke bilik komputer untuk
mencari tempat duduk saya. Hal ini demikian kerana keluasan sekolah
ini agak kecil, maka tiada tempat yang banyak untuk saya. Pada masa
yang sama, saya berjumpa dengan dua orang pelajar dari IPG Kuala
Lipis. Mereka merupakan pelajar semester yang keempat, boleh
dikatakan sebagai senior-senior saya.
Pada pukul 7:45 pagi, murid-murid beratur untuk pergi ke tapak
perhimpunan. Pada pukul 8 pagi, perhimpunan dimulakan dengan
nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang. Semasa lagu
dimulakan, setiap murid berdiri tegak tanpa melakukan sebarang
perlakuan. Ini bermakna murid-murid di sekolah ini mempunyai disiplin
diri yang sangat baik. Selepas itu, perhimpunan diteruskan dengan
ucapan guru besar, penolong kanan Hal Ehwal Pelajar dan juga PK
Kokurikulum.

You might also like