You are on page 1of 11

Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit

Selesaikan hutang, tambahkan wang simpanan

PPK Program Pengurusan Kredit


Pengurusan Kredit
Kawal semula kehidupan dan bebanan kredit anda. Menerusi program pengurusan kredit,
para kaunselor kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan
pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia*
perkhidmatan kewangan anda.
AKPK tidak menyediakan pinjaman atau pembiayaan kewangan.
Program pengurusan kredit ini disediakan untuk semua individu yang memerlukan
bantuan dalam mengurus bebanan kredit dengan institusi kewangan yang dikawal selia
oleh Bank Negara Malaysia, sekiranya:

anda mempunyai sumber pendapatan yang positif

jumlah pinjaman anda tidak melebihi RM2 juta

anda tidak berada di bawah tindakan undang-undang yang telah lanjut

anda tidak diisytiharkan sebagai muflis


* Penyedia perkhidmatan kewangan terdiri daripada:

semua bank perdagangan

semua bank Islam

semua syarikat insurans

semua pengendali takaful

institusi kewangan pembangunan (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

pengeluar kad kredit/caj (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)


Jangan berlengah-lengah lagi. Bertindaklah sekarang. Datang berbicara dengan kami.

Hubungi
talian
bebas
tol
AKPK:
AKPK berdekatan anda untuk temu janji.

1-800-88-2575

atau

mana-mana pejabat

Jika anda mempunyai hutang yang tidak terurus, anda bukan keseorangan.

DMP (Data Management Platform) Online


Permohonan DMP online adalah satu kaedah menghantar Borang Permohonan secara
elektronik melalui Internet.
Bakal pemohon digalakkan untuk menggunakan DMP online kerana ianya Mudah, Cepat
dan Selamat.
Langkah-langkah untuk memohon DMP Online:
1. Menghadiri sesi kaunseling bersama dokumen yang diminta.
2. Kaunselor kami akan memberi arahan seterusnya.
3. Lawati laman web AKPK (http://www.akpk.org.my) dan klik ikon DMP Online.
4. Daftar masuk DMP Online. Pastikan anda isi borang dengan lengkap.
5. Tandatangan menggunakan sijil digital dan hantar secara dalam talian.
6. Cetak pengesahan penghantaraan DMP Online.
Sila klik di sini untuk memohon DMP Online

Proses Permohonan DMP


(Program Pengurusan Kredit)
Langkah 1: Taklimat Awam
o

Pelanggan digalakkan menghadiri satu sesi taklimat di cawangan kami yang


menyediakan untuk memahami perkhidmatan AKPK (sila rujuk jadual taklimat kami
di sini).

Bagi cawangan yang tidak menyediakan sesi taklimat, anda boleh terus berjumpa
dengan kaunselor kami bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan kewangan
anda.

Selepas taklimat tersebut, pelanggan yang ingin menyertai program DMP AKPK
boleh menentukan waktu kaunseling dengan kaunselor AKPK dan menyediakan dokumen
relevan yang diperlukan sebelum menghadiri sesi kaunseling.

Langkah 2: Dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadiri sesi


kaunseling
o

Laporan Kredit terkini dari Bank Negara Malaysia

Laporan terkini bagi semua pinjaman dari institusi kewangan yang berkenaan

Slip gaji terkini jika bekerja

Jika bekerja sendiri, sila sediakan bukti pendapatan seperti pengisytiharan


pendapatan dari mana-mana Pesuruhjaya Sumpah
Penyata terkini KWSP jika anda ingin menstruktur semula pinjaman perumahan
anda

Dokumen undang-undang jika ada

Penyata Cukai Pendapatan jika ada

Langkah 3: Sesi Kaunseling


o

Dengan dokumen lengkap, pelanggan boleh menghadiri sesi kaunseling khas


dengan kaunselor kredit AKPK di mana-mana cawangan yang berdekatan.

Sewaktu sesi kaunseling, kaunselor kredit akan membuat penialaian atas


pendapatan, perbelanjaan dan semua jumlah pinjaman dan akan cuba menstruktur
semula bayaran bulanan mengikut kemampuan and yang munasabah.

Jika anda masih juga tidak mampu untuk membayar bayaran bulanan tersebut,
pihak kami akan cuba memberi beberapa cadangan dan pilihan lain bagi menyelesaikan
masalah kredit anda.

Langkah 4: Permohonan PPK


o

Jika pelanggan bersetuju dengan pelan pembayaran balik hutang yang


dikemukakan oleh kaunselor, pelanggan dikehendaki membuat permohonan DMP Online.

Seterusnya, anda dikehendaki membuat bayaran pertama seperti yang


dicadangkan dalam tempoh 10 hari dari tarikh anda mengemukakan permohonan DMP
Online.

Jika anda gagal untuk membuat bayaran pertama seperti yang dicadangkan,
anda dikehendaki untuk berbincang semula dengan kaunselor kami di mana-mana
cawangan yang berdekatan.

Langkah 5: Pengesahan Kemasukan Program PPK


o

Dalam masa seminggu daripada tarikh penerimaan bayaran pertama pelanggan


(anggaran), AKPK akan memaklumkan pelanggan secara bertulis tentang status
permohonan dan memaklumkan institusi-institusi kewangan yang terlibat.

Seterusnya, pihak bank akan mengeluarkan Surat Perjanjian Baru dan anda
dikehendaki untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Jadual Taklimat
Sesi Taklimat Mengikut Cawangan

Lokasi

Sesi

10am - 11am

12pm - 1pm

3pm - 4pm

Isnin

BM

BM

English

Selasa

BM

BM

BM

Rabu

BM

BM

BM

Khamis

English

BM

BM

Jumaat

BM

BM

Sesi

9am - 10am

4pm - 5pm

Isnin

BM

Selasa

BM

Rabu

Khamis

Jumaat

BM

Kuala Lumpur HQ

Lokasi

Cawangan Melaka

Lokasi
Cawangan Johor

Lokasi
Cawangan Pulau Pinang

Lokasi
Cawangan Kuching

Sesi

11am - 12:30pm

3pm - 4:30pm

Selasa

BM

Khamis

BM

Sesi

10am - 11am

3pm - 4pm

Selasa

BM

Jumaat

BM

BM

Sesi

10am - 11am

2:30pm - 3:30pm

Rabu

BM

Jumaat

BM

Lokasi

Sesi

10am - 11am

Cawangan Kota Kinabalu

Isnin

BM

Langkah Bayaran DMP


Setelah anda mendaftarkan diri sebagai ahli DMP, bayaran anda boleh dibayar melalui
cara-cara berikut:

Maybank2u.com - Lihat Arahan | Muat Turun

Mesin Deposit Tunai (CDM) - Lihat Arahan | Muat Turun

Mesin Teller Automatik (ATM) - Lihat Arahan | Muat Turun

Melalui Kaunter (OTC) - Lihat Arahan | Muat Turun


Tip: Selepas anda klik Lihat Arahan di atas, anda akan melihat suatu skrin yang sama
seperti di bawah. Hanya klik butang-butang yang tertera untuk membolehkan view
function.

Notis Perlindungan Data Peribadi


Pengenalan
o

Notis Perlindungan Data Peribadi (Notis) ini menerangkan bagaimana Agensi


Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menggunakan data peribadi anda.

AKPK amat komited untuk memastikan data peribadi diproses mematuhi Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP).

Notis ini adalah berkaitan dengan data peribadi yang anda kongsikan secara
sukarela dengan AKPK apabila anda menggunakan perkhidmatan kami.
Tujuan Notis

Notis ini dikeluarkan selari dengan APDP kepada semua individu yang merupakan
pelanggan, rakan kongsi pintar, pihak yang berkepentingan, penjual, dan / atau
pembekal barangan dan / atau perkhidmatan serta pekerja mereka yang:
1. pada masa lepas telah menghadiri atau pada masa depan akan hadir
untuk pendidikan kewangan AKPK, kaunseling kewangan dan program
pengurusan kredit; atau
2. mengemukakan apa-apa tender / pemerolehan untuk AKPK.

Tujuan Pemprosesan Data Peribadi

AKPK memproses data peribadi seperti di bawah tetapi tidak terhad kepada
perkara-perkara berikut:
1. Untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kewangan dan kaunseling
kewangan
2. Untuk membangunkan Program Pengurusan Kredit Peribadi (PPK)
3. Untuk menilai keberkesanan Program Pendidikan Kewangan dan PPK kami
4. Untuk menilai kesesuaian penjual, dan / atau pembekal barangan dan /
atau perkhidmatan serta pekerja mereka dalam menganugerahkan
kontrak yang dipohon
5. Untuk menguatkuasakan hak dan tanggungjawab dalam kontrak,
termasuk membuat pembayaran untuk barangan dan / atau perkhidmatan
dan menyimpan maklumat peribadi kakitangan yang bertanggungjawab
kepada obligasi penjual, dan / atau pembekal barangan dan / atau
perkhidmatan serta pekerja mereka di bawah kontrak
6. Untuk menjalankan kajian kepuasan pelanggan dengan tujuan untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan kami
7. Untuk menyediakan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami
8. Untuk pegesahan maklumat yang berkaitan dengan butir-butir peribadi,
latar belakang pekerjaan, dan kedudukan kewangan
9. Lain-lain aktiviti perniagaan yang sah daripada AKPK.
Jenis Pemprosesan Data Peribadi

AKPK memproses data peribadi termasuklah seperti berikut namun tidak terhad
kepada perkarai-perkara berikut:
1. Butir- butir peribadi : nama, bangsa, agama, tarikh lahir, umur, jantina,
alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor paspot, status
perkahwinan, butir-butir pasangan, anak-anak dan waris terdekat dan
latar belakang pendidikan.
2. Sejarah pekerjaan
3. Pinjaman dan nombor akaun bank & baki dan caruman berkanun, iaitu
KWSP, SOCSO dan cukai pendapatan.
4. Maklumat mengenai aset, liabiliti dan kedudukan kredit.
Pendedahan Data Peribadi

AKPK boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut,


termasuklah permintaan wajib yang dibuat oleh mana-mana pihak di bawah undangundang Malaysia berkenaan:

1. Pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi undang-undang, kawal selia dan


keperluan kerajaan; dan
2. Mana-mana entiti lain yang berkaitan, termasuk bank-bank, syarikat
insuran, pengendali takaful, institusi pembangunan kewangan dan
koperasi.
Capaian Data Peribadi

Di bawah APDP, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda untuk
memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan tentang anda adalah tepat,
lengkap, tidak mengelirukan dan terkini .
Cara Berhubung

Untuk mendapatkan penjelasan mengenai dokumen ini dan permintaan berkaitan


maklumat peribadi, anda boleh meminta untuk dipinda dan / atau diubah data peribadi
anda dengan menghubungi Encik Gunasegaran Munusamy, Pegawai Perlindungan Data
Peribadi di:
Alamat e-mel
: pdpo@akpk.org.my
Nomber Telefon : 603 2616 7775
Nomber Fak
: 603 2616 7603
Waktu Operasi : 8.30 pg 5.30 ptg
(Isnin Jumaat, tidak termasuk cuti umum)
Keselamatan Data

AKPK mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi data peribadi yang


dikumpul dan kerahsiaannya. AKPK memastikan pentadbiran yang bersesuaian,
perlindungan keselamatan dan prosedur yang diambil adalah selaras dengan undangundang dan peraturan-peraturan bagi perlindungan data peribadi.
Pengekalan Data

AKPK memastikan yang maklumat peribadi yang dikumpul akan dikekalkan dan
dimusnahkan sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 10 APDP.
Integriti Data

Data peribadi yang anda berikan kepada AKPK adalah tepat dan terkini dan jika
ada terdapat perubahan kepada data, anda perlu memberitahu AKPK sewajarnya.

Soalan Lazim
Q1. Apakah AKPK?
AKPK atau Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara
Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berikut:

Perkhidmatan pendidikan kewangan

Penstrukturan kaunseling kredit

Penstrukturan semula pinjaman individu dibawah kawal selia BNM

Q2. Apakah tujuan penubuhan AKPK?


AKPK ditubuhkan dengan tujuan:

menyediakan saluran kepada orang ramai supaya mereka mampu menguruskan perbelanjaan dengan
berhemat dan teratur melalui pendidikan kewangan, perkhidmatan kaunseling serta nasihat khusus dalam
pengurusan kewangan dan kredit.

meneguhkan sistem perbankan di Malaysia dengan membantu institusi kewangan dalam usaha
pembayaran balik hutang dan mengurangkan kes-kes hutang tidak berbayar akibat pengurusan wang yang
kurang cekap.

Q3. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK?


1. Pendidikan Kewangan

Pendidikan Kewangan ialah program dan didikan tentang penggunaan kredit secara betul dan
kemahiran asas pengurusan wang serta tip untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.
2. Kaunseling dan Nasihat tentang Pengurusan Kewangan

Khidmat nasihat dan kaunseling tentang Pengurusan Kewangan di mana AKPK memberi kaunseling
dan nasihat berhubung bajet kewangan, pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu individu
membuat belanjawan bagi mengurus perbelanjaan mereka.
3. Program Pengurusan Kredit

Program Pengurusan Kredit membantu individu dalam menyediakan pelan pembayaran semula
pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Pelan tersebut akan membantu individu
membayar balik pinjaman dan mengawal semula kewangan mereka dengan cara yang baik.

Q4. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin mendapatkan
perkhidmatan dari AKPK?
Anda boleh mengunjungi mana-mana pejabat cawangan AKPK yang terletak di seluruh negara, iaitu:

Kuala Lumpur Aras 8, Maju Junction Mall, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur
Pejabat cawangan AKPK di semua Cawangan Bank Negara Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Johor
Bharu, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu

Cawangan lain AKPK di Alor Setar, Ipoh, Kuantan Kota Bharu dan Melaka.

Kami juga membuka beberapa pejabat kaunseling di beberapa kawasan seperti berikut:
1.

Seremban, Negeri Sembilan - HSBC Bank Malaysia Berhad Tingkat 2 Jalan Datuk Bandar
Tunggal, 70000 Seremban, Negeri Sembilan setiap hari Selasa dari jam 9.30 pagi hingga 4.00
petang.

2.

Putrajaya Malayan Banking Berhad R-13 & R-15 Mezzanine Floor, Precint 3, Dewan
Persidangan Kompleks Putrajaya, 62675 Putrajaya setiap hari Rabu dari jam 9.30 pagi hingga 4.00
petang.

3.

Klang, Selangor Malayan Banking Berhad, 14-22 Jalan Kepayang off Jalan Meru, 41050
Klang, Selangor setiap hari Khamis dari jam 9.30 pagi hingga jam 4.00 petang.

4.

Batu Pahat, Johor AmBank (M) Berhad, No 35 Jalan Rahmat 83000 Batu Pahat, Johor
setiap bulan pada minggu kedua hari Khamis dan Jumaat jam 9.30 pagi hingga jam 4.00 petang.

5.

Sibu, Sarawak RHB Bank Berhad, No 27-29 Tingkat 1, Jalan Tunku Osman, 96000 Sibu
Sarawak setiap bulan pada hari Isnin minggu ketiga dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang.

6.

Miri, Sarawak CIMB Bank Berhad, Tingkat 2, Jalan Permaisuri, 98008 Miri Srawak setiap
bulan pada hari Khamis minggu ketiga dari jam 9.30 pagi hingga jam 4.00 petang.

7.

Bintulu, Sarawak Maybank Berhad, No. 24-25, New Commercial Centre, Jalan Abang
Galau, 97000 Bintulu Sarawak Isnin kedua setiap bulan dari jam 9.30 pagi hingga jam 4.00 petang.

8.

Tawau, Sabah RHB Bank Berhad, Tingkat 1, Lot 5, Blok 27 Fajar Komplek, Jalan
Mahkamah, Town Extension II, 91000 Tawau Sabah setiap bulan pada hari Jumaat minggu ketiga
dari jam 9.30 pagi hingga jam 4.00 petang.

9.

Sandakan, Sabah HSBC Bank Malaysia Berhad, No 1 Jalan Pelabuhan, Leboh 3, 90000
Sandakan, Sabah setiap bulan pada hari Isnin minggu ketiga dari jam 9.30 pagi hingga jam 4.00
petang.

Q5. Adakah perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK dikenakan


bayaran?
Semua perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK adalah percuma.

Q6. Apakah nombor talian AKPK yang boleh saya hubungi?


Anda boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2575 untuk pertanyaan dan mendapatkan sebarang
maklumat lanjut.

Q7. Bilakah saya memerlukan perkhidmatan dari AKPK?


Anda boleh mendapatkan perkhidmatan dari AKPK, sekiranya anda mempunyai petanda berikut:

Anda tidak dapat menguruskan wang dengan baik

Anda mempunyai masalah dengan pembayaran hutang piutang

Apabila anda hanya mampu membuat bayaran minima sebanyak 5% daripada jumlah hutang kad kredit
anda

Anda membuat pengeluaran secara tunai dari kad kredit untuk perbelanjaan atau membuat bayaran
kad kredit lain

Anda tidak mempunyai sebarang simpanan atau insurans untuk menampung keperluan kecemasan

Anda sering mendapat panggilan daripada pemiutang

Anda telah diberi notis untuk dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak pemiutang

Q8. Apakah peranan AKPK melalui Pendidikan Kewangan?


AKPK berperanan sebagai sebuah agensi yang memberi pendidikan kewangan kepada seluruh rakyat Malaysia
supaya mereka dapat menguruskan kewangan mereka secara bijak, sistematik dan berhemat. Melalui
pendidikan kewangan, AKPK menyediakan program dan bahan-bahan pendidikan berhubung penggunaan
kredit, kemahiran asas pengurusan wang seperti simpanan, cara membuat belanjawan, tips penggunaan kad
kredit secara bertanggungjawab serta pengurusan hutang yang baik.

Q9. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh AKPK dalam memberi


pendidikan kewangan ini?
AKPK mengadakan pelbagai aktiviti dalam memberi pendidikan kepada orang ramai, antaranya:
1. Taklimat dan penerangan kepada:

badan berkanun kerajaan

agensi kerajaan

kolej-kolej swasta dan universiti awam

badan swasta
2. Road show dan pameran kewangan
3. Kerjasama dengan beberapa badan kerajaan, kementerian dan NGOs dalam mengadakan bengkel dan
seminar:

UNDP United Nations Development Programme

MECD - Ministry of Entrepreneur and Co-operative Development

MCCM Malay Chamber of Commerce

MOHE Ministry of Higher Education

MDTCA Ministry of Domestic Trade & Consumer Affairs

NSD National Service Department

MFPC Malaysian Financial Planning Council

PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia

LPPKN Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara

Q10. Bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada


AKPK sekiranya saya bukan seorang pelanggan penyedia perkhidmatan
kewangan yang dikawal selia oleh BNM?
Ya, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada AKPK walaupun anda bukan pelanggan
penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM.

Q11. Bagaimanakah sesi kaunseling dijalankan?


Perkhidmatan kaunseling dan khidmat nasihat yang disediakan oleh AKPK dibuat secara bersemuka (face-toface) bagi membolehkan kaunselor kami menilai masalah yang dihadapi secara terus dengan lebih terperinci.
Nasihat kami anda perlu menyediakan dokumen yang lengkap sebelum berjumpa kaunselor kami.

Q12. Adakah semua perkhidmatan kaunseling dibuat secara sulit dan


persendirian?
Ya, semua bentuk kaunseling diadakan secara sulit dan persendirian di mana semua data serta maklumat
pelanggan akan dirahsiakan.

Q13. Apakah kriteria yang membolehkan saya menyertai Program


Pengurusan Kredit AKPK?
Bagi Program Pengurusan Kredit (DMP), anda boleh mendapatkan bantuan sekiranya anda memenuhi kriteria
berikut:

Anda tidak diisytihar muflis

Anda tidak berkemampuan untuk menguruskan hutang anda

Anda mesti mempunyai sumber pendapatan bersih yang positif

Anda tidak berada di bawah tindakan undang-undang yang telah lanjut

Hanya pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM

Jumlah pinjaman anda tidaklah melebihi RM2 juta

Q14. Bolehkah saya mendapatkan bantuan kewangan daripada AKPK?


AKPK tidak menyediakan perkhidmatan kemudahan kewangan kepada orang ramai.

Q15. Adakah AKPK boleh membantu seseorang individu yang kesnya


telah dibawa ke mahkamah?
Pihak kami akan cuba membantu anda menstruktur hutang tersebut walaupun kes anda telah dikenakan
tindakan undang-undang dan kami masih boleh membantu anda jika anda belum diistiharkan muflis.

Q16. Bolehkah saya mendapatkan bantuan daripada AKPK sekiranya


saya mempunyai masalah pinjaman dengan hanya sebuah penyedia
perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM?
AKPK tidak ada halangan bagi membantu anda mendapat bantuan sekiranya anda mempunyai masaalah
dengan hanya sebuah penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM. Walaubagaimanapun
kami akan mengkaji dan menasihati anda secara keseluruhan bagi membantu anda menyelesaikan masalah
tersebut.

Q17. Apakah yang akan berlaku selepas saya menyertai Program


Pengurusan Kredit (DMP)?

Jika anda ingin mmengikuti program ini anda perlu:

mengubah cara dan gaya hidup anda (belanjawan/aliran wang tunai supaya hidup mengikut
kemampuan sendiri)

lakukan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan secara berdisplin

semua kad kredit anda akan distruktur bagi membantu anda memperbaiki aliran tunai anda

Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup

You might also like