You are on page 1of 3

Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita.

Tabiat
buruk ini berlaku kerana kita terdedah dalam persekitaran yang tidak
memberangsangkan. Sebenarnya, tabiat ini banyak memberikan kesan
negatif kepada kita dan kebanyakan masyarakat tahu akan risiko yang
dihadapi akibat merokok. Malangnya, masalah ini menjadi semakin serius
dan diamalkan oleh sebilangan besar warganegara Malaysia. Oleh hal
yang demikian, pihak kerajaan telah memperuntukkan RM17 juta untuk
kempen Tak Nak demi menentang tabiat merokok di seluruh negara.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan juga menghadapi pelbagai halangan
yang menyekat usaha tersebut dan trend ini amat membimbangkan
semua pihak.

Amalan merokok sebenarnya menyumbang pelbagai masalah kesihatan


dalam kalangan penduduk Malaysia. Merokok merupakan penyebab utama
gangguan kesihatan serta kematian sebelum sampai masanya statistik
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Statistik telah
menunjukkan bahawa bilangan kematian yang berpunca daripada barah
paru-paru dianggarkan sebanyak 14733 orang bagi tempoh antara tahun
1995 hingga tahun 2000. Hakikatnya, perokok akan diserang pelbagai
penyakit yang berpunca daripada tembakau. Mereka akan mengalami
penyakit sekatan pulmonary kronik (COPD) yang boleh menyebabkan
pesakit sukar bernafas, batuk berkahak, dan memberikan kesan kepada
jantung. Hal ini demikian kerana mereka akan menyimpan satu persepuluh
partikel asap dalam jantung mereka dan menggandakan risiko mati.
Tegasnya, seseorang yang kuat merokok lebih terdedah kepada risiko
maut berbanding dengan orang lain yang tidak merokok.

Selain memberikan kesan kepada perokok itu sendiri, merokok juga


membawa kesan buruk kepada orang lain. Orang yang tidak merokok
boleh juga diserang penyakit apabila terhidu asap tembakau rokok yang
dihembus keluar oleh perokok. Hal ini demikian kerana kandungan asap
tembakau ini mengandung bahan kimia yang beracun juga. Manakala,
merokok dalam kalangan perempuan yang mengandung boleh
mencacatkan proses pembesaran bayi di dalam rahim. Bahan kimia yang
terkandung dalam asap rokok boleh memberikan kesan kepada kesihatan
bayi dalam kandungan yang kurang daya tahan. Akibatnya, anak yang
dikandung itu mungkin akan dilahirkan cacat tubuh badan. Bayi-bayi
berkenaan turut terdedah kepada serangan penyakit paru-paru, batukbatuk, selesema, dan sakit kerongkong. Kesemuanya ini merupakan kesankesan perokok terhadap orang di sekelilingnya.

Memandangkan kesungguhan kerajaan terhadap kempen Tak Nak untuk


mencegah tabiat merokok dalam halakah masyarakat, tetapi pihak
kerajaan telah mengalami pelbagai halangan yang menyekat usaha ini.
Antaranya ialah halangan daripada pengaruh media massa, terutamanya
iklan. Pengaruh iklan paling susah dikawal oleh pihak kerajaan dalam
usaha membanteras amalan merokok. Pihak kerajaan harus
mengharamkan iklan rokok yang dipamerkan dalam media massa, sama
ada dalam media cetak atau media elektronik. Pihak berkuasa juga harus
menghalang iklan barangan lain atau perkhidmatan menggunakan jenama
rokok dan restoran yang mempamerkan iklan rokok dengan besar-besaran
juga perlu dihalang. Iklan yang membawa mesej rokok bahawa merokok
merupakan simbol imej dan kelelakian harus dicegah dengan secepat
mungkin. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, pengaruh iklan memang
menghalang usaha dan perbelanjaan kerajaan.

Selain itu, tabiat perokok sendiri turut menghalang usaha kerajaan dalam
mencegah tabiat merokok. Sikap perokok yang lemah semangat untuk
menghentikan tabiat tersebut menyebabkan usaha kerajaan mengalami
kegagalan. Walaupun perokok sedar kebahayaan rokok, namun mereka
turut tidak peduli akan kebahayaan merokok. Hal ini demikian kerana
sesetengah bapa perokok juga menghisap rokok tetapi mereka masih
boleh hidup sampai 80 tahun. Sementelahan, sesetengah perokok sudah
tertagih terhadap rokok dan susah untuk berhenti walaupun telah cuba
beberapa kali. Kebanyakan perokok pula tidak dapat mengawal nafsu
mereka justeru mereka tidak berhasrat untuk menghentikannya. Dengan
itu, keinsafan diri di peringkat tertinggi amat diperlukan kerana tiada cara
yang paling berkesan untuk menghentikan ketagihan.

Bertitik tolak daripada itu, undang-undang yang kurang tegas juga


merupakan halangan yang menyekat usaha kerajaan dalam menentang
tabiat merokok. Seperti frasa yang sering diperkatakan, ada undangundang yang ditetapkan, tetapi tiada polis yang melaksanakannya.
Senario ini telah menyebabkan amalan merokok menjadi semakin
berleluasa. Misalnya, papan tanda yang menunjukkan dilarang merokok
yang diletakkan di kawasan awam sering kali hanya untuk pameran
sahaja. Hal ini demikian kerana tiada hukuman yang dijalankan bagi
perokok yang menghisap rokok di kawasan awam. Dengan itu, hukuman
yang berat harus dijalankan supaya penjual rokok akan takut. Tambahan
pula, kekurangan pegawai yang membuat rondaan di tempat awam juga
menyebabkan usaha kerajaan disekat. Tegasnya, undang-undang yang
tidak dikuatkuasakan akan menyekat usaha kerajaan.

Secara intihanya, tabiat merokok sememangnya merupakan tabiat yang


buruk dan harus dihapuskan. Walter B.Pitkin ada berkata, Jangan
menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan
orang lain, tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana
pembuatan sendiri. Kata-kata itu sengaja dipetik untuk memberitahu
bahawa mereka gagal untuk berhenti merokok ibarat orang yang gagal
dalam melawan dengan nafsu. Hal ini demikian kerana tabiat merokok
sendiri merupakan halangan yang susah disekat oleh kerajaan. Dengan
kurangnya perokok di negara kita, maka kadar kematian rakyat kita akibat
tabiat merokok dapat dikurangkan dan suasana yang bebas daripada
pencemaran udara turut dihasilkan. Dengan ini, negara kita tidak akan
kehilangan golongan yang produktif dalam pembangunan negara.

You might also like