You are on page 1of 1

Tajuk: Faedah Menabung

Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap
orang? Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian. Maksudnya jika hari ini kita berjimat cermat, hasilnya kita akan
memperoleh kesenangan di hari kemudian.
Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Menabung adalah amalan mulia yang sangat
penting. Dengan menabung, kita dapat meningkatkan pendapatan kita pada masa hadapan, justeru
membaiki taraf hidup kita. Melalui wang tabungan juga, kita dapat membeli barangan yang diperlukan
tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa. Wang yang disimpan dapat digunakan
ketika kita berada di dalam kesempitan selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan
persekolahan. Duit tabungan tersebut boleh kita gunakan untuk membayar yuran persekolahan, yuran
aktiviti, membeli kelengkapan kurikulum dan pelbagai lagi aktiviti yang memerlukan duit. Bukan itu
sahaja, bagi pelajar yang tinggal di asrama, duit tabungan boleh digunakan membeli keperluan harian
dengan demikian, dapat meringankan beban keluarga dirumah.
Dengan menabung juga, kita boleh mendapat faedah ataupun manfaat yang tidak mungkin diperoleh pada
masa sekarang. Menabung dapat mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Antara faedah
menabung yang sangat penting ialah membiayai pendidikan. Kos pendidikan semakin tinggi, dengan
menabung sekurang-kurangnya kita dapat membayar kos pendidikan samada yuran pengajian atau
membeli buku-buku rujukan. Wang yang disimpan secara berterusan boleh digunakan untuk menampung
perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung
pelajaran adalah tinggi. Ini membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat dengan pinjaman
pelajaran dan seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.
Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh itu marilah kita mula
menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata orang sikit-sikit, lamalama jadi bukit. Sekian, terima kasih.

You might also like