You are on page 1of 1

Daun Gelenggang Ubati Penyakit Kulit

Penyakit kulit seperti panau, kurap dan kudis buta merupakan perkara yang semestinya ingin anda
jauhi, kan? Dijangkiti penyakit kulit tersebut membuatkan anda tak selesa dek kerana beberapa
sebab. Antaranya kerana bau yang kurang menyenangkan, gatal-gatal serta malu jika diketahui orang
lain.

Bagi mengubati panau, kurap serta kudis buta, anda bolehlah menggunakan khasiat yang dimiliki
daun gelenggang. Anda boleh juga mengenalinya melalui nama saintifik iaitu Cassia Alata atau
Senna Alata. Sila rujuk gambar di bawah yer. :)

Kalau anda masih ingat, saya pernah menulis artikel berkenaan Petua Menghilangkan Panau. Ianya
juga berkaitan penggunaan daun gelenggang. Tapi caranya agak berbeza sikit dengan kaedah yang
bakal dinyatakan di bawah.

Apa dia yang berbeza sikit tu? Kalau nak tahu, anda bacalah dulu artikel di atas dan bandingkannya
dengan langkah-langkah di bawah ini;

1. Ambil beberapa helai daun gelenggang dan bersihkannya.

2. Tumbuk daun gelenggang tadi hingga lumat. Pada masa yang sama, tambahkan sikit minyak
tanah.

3. Sapukan daun yang telah lumat ke bahagian yang dijangkiti penyakit kulit.

Ulangi 3 langkah yang dinyatakan sehinggalah penyakit panau, kurap atau kudis buta anda sembuh.
Mudah-mudahan

Selamat Mencuba!

anda

sentiasa

sabar

sebelum

menikmati

hasilnya.

You might also like