You are on page 1of 2

8 Aktiviti Biasa Punca Penyakit Jantung

Gangguan kitaran darah ke atas jantung boleh menyebabkan kematian sel jantung itu sendiri. Proses
inilah yang menyebabkan berlakunya sakit jantung. Manakala penyakit jantung koronari yang
berterusan juga boleh mengakibatkan sakit jantung.

Apa pula penyakit jantung koronari ni?

Menurut Wikipedia, ia merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung. Kesannya, anda
akan mengalami sakit dada yang teruk dan ketidakselesaan yang dipanggil angina.

Begitulah serba sedikit info yang dapat saya sampaikan kepada anda. Namun, jika anda kurang
faham dengan penerangan di atas, anda boleh merujuk laman web Wikipedia di sini.

Sebabnya, matlamat asal saya ialah nak mewar-warkan kat anda 8 aktiviti biasa yang dikatakan
menjadi punca utama penyakit jantung. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang saya maksudkan;

1. Anda kekurangan vitamin B6 dan B12, anti-oksidan dan asik folik yang menyebabkan paras
homosistein yang tinggi dalam darah.

2. Melakukan kerja-kerja berat yang berterusan.

3. Waktu tidur yang tak mencukupi. Biasanya waktu tidur yang cukup adalah 5 ke 8 jam mengikut
peringkat umur anda.

4. Selalu mandi di tengah malam. Elakkan mandi selepas jam 10 malam.

5. Melakukan hubungan seks di dalam air atau ketika cuaca (udara) yang terlalu sejuk.

6. Selalu berada di dalam keadaan kemurungan terutamanya untuk wanita.

7. Bagi lelaki pula, elakkan daripada emosi marah menguasai diri anda. Mengikut kajian University
College London, mereka yang panas baran dan mudah meradang lebih mudah diserang penyakit
jantung koronari.

8. Anda yang merokok secara berterusan.

Gambar hiasan rokok - TheSun.co.uk

Hehhehe... pada anda yang merokok tu, jangan marah kalau saya sarankan agar berhenti merokok
secepat yang boleh. Sayangilah jantung anda. :)

Selepas anda dah kenalpasti 8 aktiviti yang perlu dielakkan di atas, saya akan menyusul kemudian
dengan petua untuk menangani penyakit jantung. Nantikannya yer...

You might also like