You are on page 1of 20

PENILAIAN PAFA SEKOLAH

RENDAH

PENGENALAN
Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah
beberapa perkara yang terpenting dari
Fardu Ain yang berkaitan dengannya, yang
terkandung dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam.
PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap
murid / pelajar benar-benar mengetahui,
memahami dan boleh mengamalkannya
dengan cara yang betul dan sempurna
sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

TUJUAN
Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam
kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain,
kemudian membimbing sehingga mereka dengan
sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul
dan sempurna.
Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam
Perkara Asas Fardu Ain. Dengan perkataan lain,
menentukan kejayaan 100%.
Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan
yang positif untuk menghayati amalan kehidupan seharihari.

PERATURAN
1.
Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan
dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
2.
Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan
sepenuhnya oleh sekolah.
3.
Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran
Pendidikan Islam di kelas masing-masing sebagai proses
penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
4. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut
sebagaimana yang telah ditetapkan.

5. Soalan dan jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah


ditetapkan dalam laman web ini. Soalan dan jawapan tersebut
tidak rahsia. Murid-murid hendaklah diberitahu lebih awal.
6.
Tempuh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal
pertama persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan
berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.
7.
Sepanjang tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah
diberi masa, peluang dan bimbingan yang secukupnya untuk
mengulang, memperbetulkan dan memperbaiki kesalahan dan
kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat
mengamalkan sesuatu kelemahan dengan jaya, betul dan
sempurna.

8.
Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa
secara kemaskini dalam Borang Individu dan Borang Berkelompok.
Catatan tersebut adalah rekod bagi proses dan keputusan penilaian
yang dicapai oleh murid/pelajar.

9.
Suatu penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai
sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa. Penyetaraan adalah
untuk tujuan pengesahan dan pelaporan penilaian.
10. Pencapaian LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila
murid faham dan dapat mengamalkan kemahiran sekurangkurangnya pada tahap keupayaan yang PALING MINIMUM sekirakira 'SAH' di segi Syara'.

11. Murid /Pelajar diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian


Perkara Asas fardu Ain apabila mereka berjaya memahami
dan mengamalkan semua KOD/TAJUK soalan yang ditetapkan.
12. Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan
penilaian kepada Lembaga Peperiksaan Kementerian
Pendidikan menurut prosedur biasa yang ditetapkan.
13. Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan
'LULUS' atau 'GAGAL' dalam keputusan atau sijil peperiksaan.
Pernyataan tersebut tidak mengubah atau menjejaskan
sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan
yang sedang berjalan sekarang.

PELAKSANAAN PAFA

Pelaksanaan PAFA adalah berdasarkan kepada surat pekeliling


berikut:

1.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994 :


Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) Dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) bertarikh 12 Mac 1994 bersamaan 29 Ramadhan 1414H.
Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkan bahawa
Perkara Asas Fardu Ain akan dinilai dan dilaporkan dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mulai Sesi
1994/1995. Perkara Asas Fardu Ain tersebut adalah seperti
berikut :

Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah :

(a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah


(b) Rukun Iman
(c) Rukun Islam
(d) Beristinjak
(e) Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis
(f) Berwuduk
(g) Mandi Wajib
(h) Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawab Azan dan
Iqamah, serta Doa selepas Azan dan Iqamah
(i) Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan
puasa dan hikmat
(j) Adab terhadap ibu bapa
(k) Ihsan

2.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/2002 :


PELAKSANAAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN
(PAFA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH
bertarikh 3 Disember 2002.
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa
Penilaian PAFA yang sedang dilaksanakan di sekolah mengikut
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas
Fardhu Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 telah
disemak semula. Penilaian PAFA Semakan ini akan dilaksanakan
serentak dengan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam
KBSR/KBSM Semakan bermula sesi Persekolahan 2003.

2. Bagi menyelaras pelaksanaan dan menentukan


keberkesanan penilaian tersebut, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menyediakan tiga buah
buku panduan berikut:
2.1 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian
Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR;
2.2 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian
Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR/PMR/SPM;
2.3 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian
Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) PANDUAN GURU.

3. Setiap murid Islam dan Guru Pendidikan Islam harus memiliki


buku berkaitan. Sekiranya murid berpindah ke sekolah lain
mereka hendaklah membawa bersama buku tersebut dan
menyerahkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Islam dikelasnya. Murid dan guru boleh membeli buku
tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau cawangancawangannya. Setiap sekolah hendaklah memiliki sekurangkurangnya satu set buku-buku tersebut sebagai rujukan.

4. Soalan yang akan ditanya semasa penilaian PAFA adalah tidak


rahsia. Semua murid mesti lulus 100% kod-kod yang telah
ditetapkan. Guru boleh menilai keupayaan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dan pada bila-bila masa setelah
murid bersedia. Guru bertanggungjawab membimbing secara
berterusan dan mempastikan mereka menguasai setiap kod yang
ditentukan.

5. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah


dibaca bersama dengan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 :
Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain
(PAFA) Dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) bertarikh 12 Mac 1994.

APA YANG HENDAK DICAPAI


OLEH PAFA?
Melalui P&P, perkara yang hendak dicapai oleh setiap
murid/pelajar ialah:

Boleh mengucap Dua kalimah syahadah dengan betul


serta mengetahui dan memahami maknanya.
Mengingat dan memahami Rukun Islam dan Rukun
Iman.
Mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan cara
menyucikan tubuh badan, pakaian, tempat daripada
najis, berwuduk, mandi wajib dan tayammum.
Boleh mendidikan solat fardu dan yang berkaitan
dengannya seperti azan, iqamah, menjawab azan dan
iqamah serta doanya.

Menghayati ibadat puasa, memahami


hikmahnya dan perkara-perkara yang
membatalkan puasa.
Mengetahui dan menghayati akhlak yang
mulia yang berasaskan ihsan dan
bermula dari birru al-walidain.
Memahami dan meyakini sistem
kekeluargaan Islam dalam pembentukan
ummah yang kuat dan teguh.

STRUKTUR
PELAKSANAAN
Sekolah Rendah:
Tahun 1 : Jun Oktober
Tahun 2 5 : Januari Oktober
Tahun 6 (UPSR): Januari Julai

Kemaskini Borang Berkelompok:


Mac
Jun

JADUAL TINDAKAN PELAKSANAAN


UJIAN PAFA (SR)

AGIHAN KOD PAFA (SR)

RUMUSAN

Penilaian PAFA adalah suatu proses bimbingan


dan penilaian yang berterusan sehingga murid
mencapai sekurang-kurangnya tahap minima.
Penilaian PAFA dijalankan secara lisan (L) dan
amali (A) mengikut kod-kod yang telah
ditetapkan. Contoh:

i. L1.1 : Ujian secara lisan sahaja


ii. A9.4 : Ujian secara amali sahaja
iii. LA 5.1: Ujian secara lisan dan amali
iv. A/L9.1: Ujian secara amali atau lisan

You might also like