You are on page 1of 3

KEPENTINGAN PERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

DI MALAYSIA

Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam


memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan
dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi,
budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam
pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap
golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan.
Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti
berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka
semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh
diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang
pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi
Negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum
sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masingmasing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era
kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina
yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini
telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas
kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu,
pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh
memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu
dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orangorang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Akhir sekali, dengan adanya
perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari
pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara
dalam perkembangan ekonomi Negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita
kecapi ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat
seperti ini.
Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan
peranan yang sangat penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya
yang tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat
menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Antara
kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang
pelbagai dalam Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri
daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini mempunyai
pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek
budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita.
Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat
merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan
masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di
samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan
kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagungagungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa
juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima
kehadiran etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa
memberi bantuan sekiranya mereka dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali

tidak relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman
dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya
kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan
perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang
budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik.
Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang
terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya masyarakat Negara
ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara
kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang
tidak diingini.
Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita
haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa
sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara
yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di
Negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai
masyarakat Negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu,
pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita adalah untuk
memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum
berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara
yang tidak diingini. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk
melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara
kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap
kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini
mempertahankan keselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan
etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada
luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya
daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah
bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai
wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.

You might also like